final report (practical) - bab 13 isi

Upload: mustakim-shaary

Post on 05-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    1/11

    13.2 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

    (AHMAD ZAKI SDN BHD)

    Sepanjang lima bulan saya menjalani latihan industri di syarikat ini, pelbagai

    pengetahuan telah saya peroleh. Selain maklumat bahagian Kejuruteraan Awam, saya

    juga telah didedahkan dengan ilmu Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di tapak bina.

    Dua bualan pertama saya telah diletakkan di bawah pengawasan penyelia tapak

    bahagian bangunan dan tiga bulan terakhir saya telah dilantik menjadi Safety And

    Healty Assistance di tapak projek ini. Di sinilah saya diajar dan didedahkan dengan

    pelbagai pengetahuan tentang hal-hal Keselamatan dan Kesihatan di tapak bina.

    Setiap syarikat kontraktor di kehendaki melantik seorang safety officer untuk

    membantu memudahkan lagi kerja-kerja pengyelengaran yang berkaitan dengan

    keselamatan. Safety Officer di perlukan apabila sesebuah organisasi syarikat itu

    mempunyai kakitangan atau pekerja lebih daripada 40 orang.

    Sebelum sesuatu projek itu diluluskan penyelia tapak harus menyediakan Job

    Safety Analisys. Mengikut jadual kerja, jika kerja yang dilakukan dianggarkan lebih

    daripada 7 hari dan pada setiap hari penyelia tapak harus mendapatkan kebenaran

    sebelum sesuatu kerja dimulakan. Kelulusan kebenaran ini boleh diketahui apabila

    permit dikeluarkan mengikut kelas-kelas kerja yang dilakukan. Semua ini diserahkan

    dan diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab sahaja.

    Setiap syarikat kantraktor juga harus menyediakn satu Safety And Health

    Policy. Tujuannya adalah sebagai rujukan dan pengatahuan kepada pekerja tentang

    kesihatan dan keselamatan yang terdapat di dalam syarikat.

    187

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    2/11

    13.2.1 Tugas-Tugas SAFETY OFFICER

    Pengantara diantara majikan dengan perkerja.

    Membuat pemeriksaan di tempat kerja.

    Menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang berlaku yang melibatkan

    keselamatan dan kesihatan pekerja.

    Menganjurkan seminar kesedaran yang berkaitan dengan keselamatan kepada

    pekerja.

    Menjadi contoh kepada pekerja lain.

    Memberi maklumat kepada pekerja sebelum kerja di mulakan.

    13.3 SAFETY BRIEFING / TOOL BOX

    Bagi pekerja baru di syarikat ini,, mereka akan mengikuti satu sesi taklimat

    keselamatan dan kesihatan yang dipanggil Safety Induction. Taklimat ini bertujuan

    memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pekerja terlibat tentang peraturan dan

    undang-undang keselamatan terutamanya semasa berada di dalam tapak projek ini.

    Selepas taklimat pekerja akan menyerahkan maklumat diri bagi proses

    membuat kad atau pas pekerja. Setiap pekerja di sini wajib mempunyai pas pekerja

    selama mana mereka berada di tapak projek ini. Borang bagi permohonan pas pekerja

    syarikat Ahmad Zaki Sdn Bhd ditunjukkan dalam bahagian Lampiran.

    188

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    3/11

    13.4 AKTA-AKTA PEKERJA JKKP 1994

    Tujuan akta ini di tubuhkan adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan

    dan kebajikan pekerja dijaga dan dilindungi. Ia juga menggalakkan pesekitaran kerja

    yang sihat.

    Di dalam akta ini juga turut menerangkan kewajipan pekerja. Antara kewajipanpekerja ialah memakai peralatan keselamatan yang telah di bekalkan oleh majikan.

    Mematuhi segala arahan yang telah di tetapkan di dalam akta ini, sekiranya terdapat

    pekerja yang tidak mematuhi peraturan tesebut ia boleh di kenakan denda sebanyak

    RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

    13.4.1 Peraturan Keselamatan Individu (Kelengkapan Keselamatan)

    Peraturan keselamatan individu adalah merupakan peraturan yang telah

    ditetapkan ke atas setiap individu bagi menjamin keselamatan mereka. Antara

    peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi adalah seperti berikut ;-

    Pakaian

    Pakaian yang sesuai sahaja dibenarkan pakai semasa melakukan kerja di tapak

    bina. Pakaian khas untuk kerja-kerja tertentu juga diwajibkan bagi pekerja yang

    189

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    4/11

    melakukan kerja tersebut contohnya pakaian jenis 'overall' untuk kerja dikawasan loji.

    Pakaian yang telah koyak dan terlalu rapuh tidak selamat dan tidak boleh dipakai untuk

    kerja-kerja pembinaan. Kasut atau safety bootharus dipakai semasa melakukan kerja,

    terutamanya kerja-kerja di dalam kawasan pembinaan yang mana kaki sentiasaterdedah pada bahaya contohnya terpijak paku atau sesuatu objek keras jatuh ke atas

    kaki.

    Kasut

    Kasut keselamatan yang mempunyai keluli pada bahagian hadapan dan bawah

    kasut memberi jaminan dan perlindungan yang lebih baik untuk kaki. Selain daripada

    kasut keselamatan yang diluluskan,lain-lain jenis kasut tidak dibenarkan dipakai

    semasa menjalankan kerja di tapak bina.

    Rajah 13.4.1.1 : SAFETY BOOT

    190

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    5/11

    Pelindung Kepala

    Topi keledar keselamatan atau safety helmet mesti dipakai setiap masa

    sewaktu menjalankan kerja atau berada ditapak bina. Ini memberi perlindungan kepada

    kepala pekerja yang mana mereka terdedah kepada bahaya terkena bahan atau

    sesuatu objek yang terjatuh dari atas. Dalam kerja pembinaan, terdapat banyak kerja

    bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan seperti semasa mengikat bata di tingkat

    atas yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya bata atau sesuatu alatan terjatuh

    dan terkena pada sesiapa yang berada dibawah. Oleh yang demikian, untuk faktorkeselamatan, lebih baik pekerja memakai topi keselamatan.

    RAJAH 13.4.1.2 : SAFETY HELMET

    Tali Pinggang Keselamatan

    191

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    6/11

    Tali pinggang keselamatan wajib dipakai apabila pekerja bekerja pada tempat

    yang mencapai dan melebihi 3 meter tinggi. Ini adalah untuk menjamin keselamatanpekerja yang mungkin boleh terjatuh. Dalam kerja lepaan simen atau kerja-kerja

    mengikat bata pada bahagian tepi bangunan, tali pinggang keselamatan ini adalah

    sangat penting untuk mengikat badan pekerja agar tidak terjatuh ke bawah.

    Rajah 13.4.1.3 : Tali pinggang keselamatan

    Pelindung Tangan

    Sarung tangan merupakan satu-satunya pelindung tangan yang baik dan palingsesuai digunakan semasa melakukan kerja. Banyak kecederaan berlaku pada tangan

    pekerja terutamanya tukang besi. Ini adalah kerana tangan mereka sentiasa terdedah

    pada batang-batang besi yang tajam terutamanya besi-besi cerucuk yang dipotong dan

    dibengkokkan. Selain itu, hujung dawai yang tajam juga boleh menyebabkan

    192

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    7/11

    kecederaan berlaku. Bagi pekerja yang menjalankan kerja konkrit, sarung tangan

    getah mesti dipakai untuk mengelakkan tangan daripada rosak atau menjadi

    kekeringan akibat daripada simen pada konkrit.

    Rajah 13.4.1.4 : Pelindung tangan

    13.5 KESELAMATAN MESIN

    1. Mesin campur konkrit dan alat getar (vibrator) hendaklah dibersihkan setiap kali

    selepas digunakan supaya simen tidak melekat padanya. Bersihkan dramnya

    selepas digunakan dan biarkan muka dram tersebut menghala ke bawah

    apabila ianya tidak digunakan.

    2. Sambungan wayar elektrik dan palam hendaklah diperiksa setiap masa supaya

    tidak rosak penebatannya.

    193

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    8/11

    3. Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan kebenaran dahulu sebelum

    menggunakan sesebuah mesin.

    4. Pastikan semua alat elektrik dibumikan wayarnya dan apabila menggunakansesuatu mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin itu dipatuhi.

    5. Sebelum kayu diketam, pastikan terlebih dahulu tiada paku dan kecacatan

    padanya terutama kayu-kayu yang telah digunakan atau telah lama.

    6. Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan.

    7. Apabila membuat sebarang tanda atau ukuran pada bahan yang sedangdikerjakan, tutupkan suis mesin terlebih dahulu.

    8. Jangan berbual-berbual atau bergurau senda semasa menggunakan mesin.

    9. Tutupkan suis mesin terlebih dahulu apabila hendak membuat sebarang

    pindaan dimensi atau menukar bahagian gentian.

    10. Jangan menggunakan mesin jika berasa kurang sihat.

    11. Jangan biarkan saki baki potongan kayu berselerak disekeliling mesin.

    12. Gunakan alat pelindung mata, penutup hidung dan mulut, dan lain-lain apabila

    kerja itu mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.

    13. Pastikan semua bekalan kuasa elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan

    tapak binaan.

    KERJA-KERJA SAFETY YANG DILAKUKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

    194

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    9/11

    Pemantauan

    Kerja-kerja pemantauan ini dilakukan pada setiap hari. Antara aspek yangdiberi perhatian ialah :

    Pemakaian kelengkapan seperti topi keselamatan, kasut keselamatan, dan tali

    pinggang keselamatan bagi kerja-kerja di tempat tinggi.

    Tahap kebersihan di sekitar tapak projek dan kongsi pekerja.

    Tahap keselamatan di tapak bina seperti penyimpanan bahan kimia, papan

    tanda keselamatan (signage) iaitu tanda amaran semasa kerja dijalankan

    terutamanya di tepi jalan dan lalulintas.

    Pemeriksaan (site safety weekly checklist)

    kerja-kerja pemeriksaan (checklist) ini dijalankan sebulan sekali. Antara aspek yang

    dititik beratkan ialah :

    pemakaian kelengkapan keselamatan di tapak projek

    penyimpanan barang di tapak bina (material handing/ storage)

    keadaan tapak projek (site condition)

    kerja pembersihan tempat / kawasan (house keeping)

    tanda tanda amaran keselamatan (safety signage)

    195

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    10/11

    kebajikan pekerja (kongsi)

    peranca (scaffolding and equipment)

    Membuat Pas Pekerja

    Setiap pekerja di dalam tapak projek ini sama ada kontraktor utama atau pun

    subkontraktor mesti mempunyai pas pekerja.

    Bagi memperoleh pas ini mereka perlu mengisi borang permohonan pas pekerja

    di bawah arahan kontraktor utama ( Ahmad Zaki)

    Selepas mendapat kelulusan daripada pengurus projek, barulah kerja-kerja

    membuat pas dilakukan.

    Pas akan diserahkan kepada subkontraktor atau pemiliknya selepas satu atau

    dua minggu dari tempoh kelulusannya.

    Membuat Memo, Surat Saman

    Memo akan dikeluarkan kepada Subkontraktor atau pihak yang terlibat bagi

    pemberitahuan, makluman atau pun amaran terhadap sesuatu perkara/ isu.

    Jika pihak terbabit gagal melaksanakan arahan yang diberikan, saman akan

    dikeluarkan kepada pihak tersebut.

    196

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - bab 13 isi

    11/11

    Biasanya pihak Ahmad Zaki memberikan tempoh selama seminggu untuk

    perlaksanaan arahan tersebut.

    Contoh borang, memo dan maklumat berkaitan hal-hal keselamatan dan

    kesihatan dimuatkan dalam bab lampiran.

    197