fasa bm

4
Bahagian 1- memerlukan anda menelusuri perkembangan bahasa mengikut era tertentu, membuat perkaitan, menjelaskan perkembangan dan kemajuan, serta kedudukan bahasa Melayu dan badan yang terlibat bagi menggambarkan penggunaan bahasa yang diucapkan oleh 70 juta manusia. 1 Perhatikan kemajuan, pertimbangkan kedudukan bahasa Melayu dan kaitkan penggunaannya dalam fasa-fasa tersebut. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ERA SEBELUM MERDEKA Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu mencapai kedu yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, d pengantar di pusat pendidikan Islam. Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu selepas keruntuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis (!"#$%& dan 'elanda (#$%" )%&, didapati baha*a bahasa ter digunakan dalam hubungan antara pemerintah (penjajah& dengan rakyat, barangkali perantaraan jurubahasa. +ika tidak, komunikasi tidak mungkin berlaku an (penjajah& dengan rakyat. alam konteks ini, bahasa Portugis dan 'elanda juga turut digunakan, namun terhad yang melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah& i (-smah mar )%% / 0&. Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melay digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa pent Surat"surat raja Melayu pada abad ke"# ditulis dalam 'ahasa Melayu kepada 1aja engan demikian raja"raja daripada kerajaan -ceh juga menggunakan 'ahasa Melayu urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing. 'ahasa Melayu menjadialatpenyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. 2al demikian memaparkan ke*iba*aan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun dalam cengka penjajah. 3amun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di 4ana a*al abad ke")% apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Ketika penjajahan, 'ahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang rasmi dan persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi semua daerah yang dija

Upload: suri

Post on 07-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahagian 1- memerlukan anda menelusuri perkembangan bahasa mengikut era tertentu, membuat perkaitan, menjelaskan perkembangan dan kemajuan, serta kedudukan bahasa Melayu dan badan yang terlibat bagi menggambarkan penggunaan bahasa yang diucapkan oleh 70 juta manusia. 0. Perhatikan kemajuan, pertimbangkan kedudukan bahasa Melayu dan kaitkan penggunaannya dalam fasa-fasa tersebut.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ERA SEBELUM MERDEKASemasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu selepas keruntuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis (1511-1640) dan Belanda (1640-1820), didapati bahawa bahasa tersebut tetap digunakan dalam hubungan antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat, barangkali dengan perantaraan jurubahasa. Jika tidak, komunikasi tidak mungkin berlaku antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat. Dalam konteks ini, bahasa Portugis dan Belanda juga turut digunakan, namun secara terhad yang melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah) itu sendiri (Asmah Omar 2008: 31). Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu masih digunakan sebagai bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam Bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Hal demikian memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun dalam cengkaman penjajah.Namun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada awal abad ke-201 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Ketika zaman penjajahan, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pentadbiran yang rasmi dan juga bahasa persekolahan, ini merupakan suatu keadaan yang umum bagi semua daerah yang dijajah oleh Inggeris, dan juga kuasa-kuasa barat yang lain. Oleh itu, Bahasa Inggeris mendapat kedudukan yang tinggi. Hal ini mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu menjadi terbatas iaitu hanya digunakan sebagai bahasa perhubungan di rumah dan bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah.

Akibatnya, Bahasa Melayu tidak mempunyai peluang yang cukup untuk berkembang menjadikan kedudukan sosialnya lebih rendah daripada Bahasa Inggeris, dan dari segi fungsi, Bahasa Melayu dianggap kurang kerana ketiadaan istilah-istilah yang lengkap dan bersifat khusus. Dorongan untuk mempelajari Bahasa Melayu juga hampir tidak ada kerana kerana kemajuan sosial dan ekonomi seseorang individu tidak bergantung kepada pengetahuan Bahasa Melayu tetapi sebaliknya bergantung kepada pengetahuan Bahasa Inggeris yang ada dalam dirinya. Kedudukan bahasa Melayu pada masa ini semakin merosot dan hanya menjadi bahasa pengantar untuk peringkat persekolahan yang paling rendah. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan untuk golongan bawahan sahaja. Kewibawaan bahasa Melayu pada waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan penjajah. Bahasa Melayu hilang maruah dan hala tuju. Namun keadaan mula berubah apabila berlaku perjuangan mengangkat bahasa Melayu serentak dengan perjuangan membebaskan tanah air daripada penjajah oleh para nasionalis yang terdiri daripada guru-guru Melayu, para wartawan, para sasterawan dan ahli-ahli politik.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU ERA SELEPAS MERDEKAPerjuangan oleh para nasionalis telah membuka lembaran baharu kepada nasib bahasa Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu 1957. Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan telah mengangkat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib digunakan dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum. Oleh yang demikian, hubungan bahasa dan perpaduan rakyat ditekankan oleh Penyata Razak1956 demi membina identiti bangsa melalui pendidikan. Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku Mohd.Taib Osman (2004), penyampaian ilmu secara berkesan hanyalah dapat dilakukan dalam bahasa ibunda kerana bahasa dapat memupuk perkembangan emosi manusia.Status bahasa Melayu ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain digunakan dalam institusi pendidikan, bahasa Melayu juga telah diperluaskan penggunaannya dalam urusan kehakiman, persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Meskipun telah menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan dan digunakan sebagai bahasa ilmu serta bahasa perpaduan namun, bahasa Melayu perlu disemarakkan dan diberi penghormatan bagi memperkasakan kedudukannya.