oumhbef2703-fasa persediaan

28
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (2 Hari 1 Malam)

Upload: julizan

Post on 11-Nov-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BEST

TRANSCRIPT

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

(2 Hari 1 Malam)

FASA

PERSEDIAAN

KERTASCADANGAN

Sekolah Kebangsaan Bukit BalaconPeti surat 6059191115 Lahad Datu.

Kertas Kerja Perkhemahan Unit Beruniform& Program muhasabah diri

PADANG SKBB29- 30 jun 2012( JUMAAT-SABTU)

AnjuranUnit Kokurikulum dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SKBB

PERHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI 2012

1.PENGENALANPerkhemahan Unit Beruniform SKBB merupakan aktiviti tahunan pembinaan pemuafakatan serta integrasi antara para pelajar serta guru-guru SK Bukit Balacon. Pasukan unit beruniform merupakan tunjang pembinaan disiplin serta sahsiah dikalangan murid-murid dan pada tahun ini, ianya dimantapkan lagi menerusi anjuran bersama unit Hal Ehwal Murid dimana aktiviti yang dilaksanakan secara berpasukan dalam perkhemahan yang dilaksanakan ini digabungkan bersama program muhasabah diri bagi tujuan pembangunan sahsiah murid-murid.

2.MATLAMATPerkhemahan Unit Beruniform & Program Muhasabah diri yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Ianya juga mampu membina ketahanan mental, fizikal dan jati diri yang kuat, insan yang berhemah tinggi, serta membentuk ketrampilan diri murid-murid agar selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

3.OBJEKTIF3.1 Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.3.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama, toleransi dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta sesuai dengan JERIS.3.4 Menjadikan unit beruniform suatu badan yang diminati oleh murid-murid.3.5 Memberi pengiktirafan serta motivasi kepada murid-murid yang cemerlang dalam unit beruniform serta guru yang banyak memberikan sumbangan dalam memajukan unit uniform.3.6 Membina intergrasi serta persefahaman dalam permuafakatan antara pelajar serta guru-guru SKBB3.7 Membina insan yang berhemah tinggi & berdisiplin.4.PENGANJURUnit Kokurikulum dibawah kelolaan Persatuan St John Ambulans dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid, SKBB.5.SASARAN15 orang ahli terpilih bagi setiap Unit Beruniform.6.TEMPAT PERLAKSANAANPadang SKBB

7.TARIKH & MASA PERLAKSANAAN29-30 Julai 2012 (Jumaat-Sabtu)8.AHLI JAWATANKUASA ( Rujuk Lampiran 1&2)9.ANGGARAN PERBELANJAAN( Rujuk Lampiran 3 )10.TENTATIF & AKTIVITIAktiviti yang diadakan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa pertandingan dan aktiviti pertandingan(Rujuk Lampiran 4, 5 & 6)10.PENUTUPSemoga melalui aktiviti perkhemahan seperti ini dapat melahirkan murid yang kreatif,inovatif dan bertanggungjawab.Selain itu dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim di antara murid dan warga pendidik.

Disediakan oleh;Disemak oleh;

..(NORLIANA ISMAIL)(EN. SELAMAT HJ. ABDUL)Ketua Penasihat Persatuan ST John Ambulans, PK Ko-Kurikulum,SK. Bukit Balacon.SK Bukit Balacon.

Disahkan oleh;

.(PN. MYNAH HJ. RELAY)Guru Besar,SK Bukit Balacon.

ORGANISASIKERTASCADANGAN

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pengerusi:Pn. Mynah Hj. RelayGuru Besar

Timbalan Pengerusi:En. Selamat Hj. Abdul (PK Ko-Kurikulum)En. Ednin Sodoi (PK Pentadbiran)Pn. Roslia Selamat (PK HEM)

Penyelaras Perkhemahan:Pn.Norliana Ismail (Ketua Penasihat St John Ambulance)

Setiausaha:Pn Norzaini Sergius

Bendahari:Pn Jamiyana Abdullah

Kem Komandan: En Dismond Jabong

Pen Kem Komandan: En Redzuan Binting

LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAPERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI

Pengerusi:Pn. Mynah Hj. RelayGuru Besar

Timbalan Pengerusi:En. Selamat Hj. Abdul (PK Ko-Kurikulum)En. Ednin Sodoi (PK Kurikulum)Pn. Roslia Selamat (PK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras Perkhemahan:Pn.Norliana Ismail (Ketua Penasihat St John Ambulance)

Setiausaha:Pn Norzaini Sergius

Bendahari:Pn Jamiyana Abdullah

Kem Komandan: En Dismond Jabong

Pen Kem Komandan: En Redzuan Binting

Pendaftaran: Pn Roslina RosliPn Rabiana Ramli

Urusetia :Pn Nom Fazlina NumleePn Norayah EmanahPn Jurainiey JamilPn Norliana IsmailPn Jamiyana AbdullahPn Norzaini Sergius

Tapak Perkhemahan/ Peralatan: En Mahadir BakarEn Mohd Nurhaminza

Keselamatan/ Kecemasan: En Redzuan BintingEn Rozan RichardJuruacara Malam Aspresiasi Seni & Penutupan: Pn Shuhada RusliPn Marli Mastura Abd Manap

Kerohanian: Ustaz Mohd RifaieUstazah Marli Mastura Abd ManapPn Failin Jaipol

Hadiah/ Cenderahati/ Sijil:Pn Satina Hassan Pn Rinah Tinggas Penyelaras Aktiviti Pertandingan: Pn Norzaini SergiusPn Farhiyah Abdul GhaniPn Hasnawiah Abd RahmanPn Norliana Ismail

Pengadil Pertandingan: Pihak PentadbirJurugambar:En. Rozan Richard Siaraya: En Mohd Nurhaminza

Fasilitator & Jurulatih Aspresiasi Seni: ST John: Pn Failin Jaipol Pn Jamiyana AbdullahPengakap: Pn Farhiyah Abd Ghani En Rozan RichardTKRS: Pn Rinah Tinggas En Mohd NurhaminzaPuteri Islam: Pn Roslina Rosli Cik Asmiah Paidi

Senaman Pagi:Pn SuzianahCik Asmiah Paidi

Disiplin/ Kebersihan:Pn Ajijah EsranPn Jaleha Maraban

SENARAIAKTIVITI

LAMPIRAN 4

Senarai aktiviti tanpa pertandingan:

Bil.Aktiviti

1Latihan kawad

2. Senaman pagi

3.Ketatanegaraan

4.Kem Kraf

5.Solat Berjemaah/Kuliah maghrib/ Subuh

6.Kembara

7.LDK

Senarai aktiviti pertandingan:

Bil.Aktiviti

1Masakan Tanpa Api & Hiasan Meja

2. Pertandingan Khemah terbaik

3.Malam Apresiasi Seni

4.Unit Beruniform Terbaik

JADUALAKTIVITI

PENYELARAS AKTIVITI PERKHEMAHAN

BILAKTIVITITindakan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

9

10

11

12 Majlis suai kenal

Kem Kraf

Latihan kawad kaki

LDK & Persiapan Latihan Aspresiasi Seni

Malam Apresiasi Seni

Kerohanian, Kuliah Maghrib & Subuh

Senaman Pagi

Ketatanegaraan

Kembara

Pertandingan Masakan Tanpa Api & Hiasan Meja

Pemilihan Khemah Terbaik

Unit Beruniform Terbaik

Slot Muhasabah Diri Kem komandan (En Dismond Jabong) Pen Kem Komandan(En Redzuan Binting)

En Mahadir Bakar En. Mohd Nurhaminza

En. Redzuan Binting En. Dismond Jabong

ST John (Pn Failin & Jamiyana) Pengakap (Pn Farhiyah & En Rozan) TKRS (En M Nurhaminza & Pn Rinah) PPIM (Pn Roslina & Cik Asmiah)

Penyelaras Aktiviti Pertandingan(Pn Norzaini, Pn Farhiyah)

Ustaz Rifaie, Ustazah Marli, Pn Failin

Pn Suzianah & Cik Asmiah

Kem Komandan

Kem komandan (En Dismond Jabong) Pen Kem Komandan(En Redzuan Binting) Fasilitator & guru penasihat

Penyelaras Aktiviti Pertandingan(Pn Hasnawiah & Pn Norliana) Pengadil: Pentadbir

Pengadil: Pentadbir

Pn Norzaini Sergius Pengadil: Pentadbir

Kem Komandan Pen. Kem Komandan

LAMPIRAN 5TENTATIF PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

JUMAAT (29 JUN 2012)

1.30-2.30 petang: Pendaftaran pelajar

2.30-3.30 petang: Kem Kraf

3.30- 4.00 petang: Solat Asar

4.00-4.30 petang: Minum petang

4.30-6.00 petang: LDK & Permainan Tradisional

6.00-7.00 petang: Persediaan diri Solat Maghrib & Kuliah Maghrib Solat Isyak

7.00-7.30 malam: Makan Malam

7.30-8.30 malam: Persediaan & Latihan untuk malam Aspresiasi Seni

8.30-10.30 malam: Malam Apresiasi Seni

10.30-12.30 malam: Slot Muhasabah Diri

SABTU (30 JUN 2012)

5.00-6.00 pagi: Persediaan diri Solat Subuh & Kuliah Subuh

6.00-.6.30 pagi: Ketatanegaraan & Senaman Pagi

6.30-7.00 pagi: Sarapan

7.00-9.30 pagi: Kembara

9.30- 11.00 pagi: Pertandingan masakan Tanpa Api & Hiasan Meja

11.00- 11.30 pagi: Makan tengahari

11.30 pagi-12.30 tghari: Upacara penutupan & penyampaian hadiah

12.30-1.30 petang: Membersihkan tapak perkhemahan

2.00 petang: Bersurai

SURATMENYURAT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACONPETI SURAT 60591, 91115 LAHAD DATU___________________________________________________________________________TARIKH : 22 Jun 2012

Guru Besar,SK. Bukit Balacon.

Puan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK POGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02.Sebagai makluman tuan, unit ko-kurikulum dengan kerjasama unit HEM akan mengadakan perkhemahan antara Unit Beruniform & Program Muhasabah Diri seperti berikut:

Tarikh:29-30 Jun 2012 (Jumaat-Sabtu)

Masa :1.30 petang (Jumaat)- 2.00 petang (Sabtu)

03.Justeru, bagi menampung kos program & pertandingan sepanjang perkhemahan tersebut, pihak kami ingin memohon peruntukan daripada pihak sekolah sebanyak RM716.00. Berserta dengan surat ini, disertakan kertas kerja bagi program tersebut untuk perhatian pihak tuan.

04.Segala kerjasama pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

1 SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN

Saya yang menurut perintah,

..(NORLIANA BINTI ISMAIL)Penyelaras Program Perkhemahan Unit Beruniform& Program Muhasabah Diri)SK Bukit Balacon.

sk Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACONPETI SURAT 60591, 91115 LAHAD DATU___________________________________________________________________________TARIKH : 22 Jun 2012

SK Lahad Datu IVLahad Datu(up: PN JUNAIDAH, PK Kokurikulum)

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN KHEMAH UNTUK POGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI SKBB 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02.Sebagai makluman tuan, unit ko-kurikulum SK Bukit Balacon akan mengadakan perkhemahan antara Unit Beruniform & Program Muhasabah Diri seperti berikut:

Tarikh:29-30 Jun 2012 (Jumaat-Sabtu)Masa :1.30 petang (Jumaat)- 2.00 petang (Sabtu)

03.Justeru, pihak kami ingin memohon pinjaman khemah dari pihak tuan sebanyak LAPAN (8) BUAH bagi menampung kekurangan khemah untuk kegunaan sepanjang program tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan tentatif progam berkenaan.

04.Segala kerjasama pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

1 SEKOLAH, PELAJAR DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN

Saya yang menurut perintah,

..(SELAMAT HJ ABDUL)PK KokurikulumSK Bukit Balacon.

sk Fail

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACONPETI SURAT 60591, 91115 LAHAD DATU___________________________________________________________________________

POGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI 2012

Borang Pendaftaran Ahli Perkhemahan

Unit Beruniform:_________________________________

Bilangan Ahli: LelakiPerempuan

BILNAMA AHLICATATAN (HADIR/ TIDAK HADIR)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BALACONPETI SURAT 60591, 91115 LAHAD DATU

JADUAL SENTRI GURU-GURU SEPANJANG MALAM PERKHEMAHAN

BIL

UNIT BERUNIFORM

NAMA GURU

12.30AM-2.30AM2.30AM- 4.30AM

4.30AM-6.30AM

1

ST JOHN AMBULANS1._________________

2._________________1._________________

2._________________1._________________

2._________________

2

PENGAKAP1._________________

2._________________1._________________

2._________________1._________________

2._________________

3

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH(TKRS)1._________________

2._________________1._________________

2._________________1._________________

2._________________

4

PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA(PPIM)1._________________

2._________________1._________________

2._________________1._________________

2._________________

Sekolah Kebangsaan Bukit BalaconPeti Surat 60591911115 Lahad Datu.

Tarikh : 25 Jun 2012Ibu Bapa/Penjaga SK.Bukit Balacon.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM & PROGRAM MUHASABAH DIRI (2012)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Untuk makluman tuan/puan, Unit Ko-Kurikulum dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SK Bukit Balacon akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform & Program Muhasabah Diri pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh: 29-30 Jun 2012 (Jumaat & Sabtu)Tempa: Padang Sekolah Masa: 1.30 Petang (Jumaat) Hingga 2.00 Petang (Sabtu)

03.Pihak sekolah berharap agar semua ibu bapa/penjaga murid yang telah terpilih untuk mengikuti program ini prihatin dan dapat memberi kerjasama.

Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

1 SEKOLAH,PELAJAR DIDAHULUKAN,PRESTASI DIUTAMAKAN

Saya yang menurut perintah,

.( MYNAH HJ.RELAY )Guru Besar,SK.Bukit Balacon,Lahad Datu.

s.kIbu bapa Fail

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAAN

A. KEPERLUAN PERKHEMAHANBILPERKARAPERINCIANHARGA (RM)JUMLAH (RM)

1. Healer (saiz kecil)1 buah150.00150.00

2. Bateri saiz AA2 pek (8 biji)10.0020.00

3. Belerang6 kg12.0072.00

4. Kerosene10.0010.00

5. Tali rafia 2 gulung (besar)12.0024.00

6.Pita DILARANG MELINTAS1 gulung30.0030.00

7.JUMLAH306.00

B. HADIAH AKTIVITI PERTANDINGANBILPERKARAPERINCIANHARGA (RM)JUMLAH (RM)

1.Pertandingan Memasak Tanpa Api (Makanan Dan Minuman) & Hiasan MejaTempat per-1 x 1hamper Tempat ke-2 x 1 hamperTempat ke-3 x 1 hamper Tempat ke-4 x 1 hamper

40.0030.0025.0025.00

120.00

2.Pertandingan Khemah TerbaikTempat per-1 x 1hamper Tempat ke-2 x 1 hamperTempat ke-3 x 1 hamper Tempat ke-4 x 1 hamper

40.0030.0025.0025.00

120.00

3. Malam Apresiasi Seni

Tempat per-1 x 1hamper Tempat ke-2 x 1 hamperTempat ke-3 x 1 hamper Tempat ke-4 x 1 hamper

40.0030.0025.0025.00

120.00

5.Unit Beruniform Terbaik

1 hamper50.0050.00

6.JUMLAH13 hamper410.00

C. JUMLAH KESELURUHAN (A+B) RM 306.00+RM410.00 = RM 716.00

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PELAJAR

Peralatan berikut perlu dibawa oleh pelajar kerana ia merupakan keperluan yang sangat penting dan berguna untuk kemudahan pelajar sepanjang berada dalam perkhemahan.

1. Pakaian mengikut unit beruniform masing-masing2. Pakaian sukan3. Alas tempat tidur dan selimut4. Kasut sukan,selipar,stoking5. Lampu suluh6. Baldi dan gayung mandi7. Alatan mandi8. Makanan Ringan (biskut,keropok dll)9. Minyak angin10. Telekung/ songkok & sejadah (Murid Islam)11. Pinggan, gelas, sudu, garpu12. Air masak (2 botol besar)