universiti teknologi malaysiauniversiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis / kertas...

125
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON Tarikh lahir : 16 MAC 1990 Judul : APLIKASI QLASSIC DI KALANGAN KONTRAKTOR KELAS KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA Sesi Akademik : 2016/2017 Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai; SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)* TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh) Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh, ________________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) (900316-02-5110) (DR SHAMSUL HENDRA BIN MAHMUD) Tarikh: Tarikh: CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. /

Upload: others

Post on 16-Aug-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

Tarikh lahir : 16 MAC 1990

Judul :

APLIKASI QLASSIC DI KALANGAN KONTRAKTOR KELAS

KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA

Sesi Akademik : 2016/2017

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan

sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

(900316-02-5110) (DR SHAMSUL HENDRA BIN MAHMUD)

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

/

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

APLIKASI QLASSIC DI KALANGAN KONTRAKTOR KELAS KECIL DAN

SEDERHANA DI MALAYSIA

FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

DR SHAMSUL HENDRA BIN MAHMUD

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

UKUR BAHAN

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia I : .......................................................................

Tarikh : .......................................................................

Tandatangan : .......................................................................

Nama Penyelia II : SR DR SARAJUL FIKRI BIN MOHAMED

Tarikh : .......................................................................

* Potong yang tidak berkenaan.

………………………………

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

ii

“Saya akui tesis yang bertajuk “Aplikasi Qlassic Di Kalangan Kontrator Kelas Kecil

Dan Sederhana Di Malaysia” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................

Nama Penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

Tarikh : .....................................................

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

iii

“Kepada ibu tersayang, keluarga dan kawan-kawan yang tersayang”

Ini adalah untuk anda semua…

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang, Bashiron Bin Baharom dan Norzilah Binti

Md Nayan, Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan, semangat dan

nasihat yang kalian titipkan,

Tidak dilupakan kepada adik-beradik yang dikasihi, Noordiana, Nurul anati aisya

dan Norathirah, terima kasih kerana memberi inspirasi,

Buat sahabat sahabat, Khasnya program SBEQ ambilan September 2014, terima

kasih kerana menjadi teman yang setia. memahami dan menceriakan hidup ini,

sesungguhnya memori yang kita cipta akan terabadi di dalam sanubariku buat

selama-lamanya.....

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin Nya projek

penyelidikan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Dengan

berbekalkan semangat, keyakinan dan sikap tidak mudah putus asa, segala

rintangan berjaya ditempuh.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penyelia tesis ini, Dr Shamsul

Hendra Bin Mahmud di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang

tempoh penyelidikan tesis ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau, tidak

mungkin tesis ini dilaksanakan.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak responden yang sudi meluangkan

masa untuk menjawab boring soal selidik demi menjayakan penyeldikan ini. Segala

kerjasama dan bantuan yang diberikan amatlah bermanfaat. Tanpa pihak responden,

tesis ini tidak akan berjaya disiapkan.

Kepada insan-insan yang tercinta, ibu dan ayah yang banyak berkorban,

mendoakan kejayaan dan memberikan yang terbaik kepada anaknya, adik-adik

yang disayangi dan ahli keluarga yang lain, sokongan yang diberikan oleh mereka

semua sangat dihargai.

Tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu memberi dan

berkongsi pendapat, jutaan terima kasih diucapkan. Selama 4 tahun kita bersama,

pelbagai cabaran dan dugaan yang telah kita harungi bersama. Segala kenangan

manis dan pahit tidak akan dilupakan.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

vi

ABSTRAK

Sistem penilaian kualiti (QLASSIC) dilaksanakan pada tahun 2006 adalah

untuk menilai dan meningkatkan tahap kualiti di dalam kerja-kerja bangunan di

kalangan kontraktor dan pemain industri pembinaan di Malaysia. QLASSIC

mengetengahkan satu piawaian di mana kualiti terhadap kerja-kerja pembinaan

yang difokuskan kepada cara kerja untuk setiap elemen bangunan dan infrastruktur.

Walaubagaimanapun, QLASSIC masih kurang diaplikasi oleh kontraktor kelas

kecil dan sederhana di Malaysia atas alasan sistem kualiti ini kurang dipromosikan

dan tidak termaktub sebagai kriteria wajib untuk digunakan dalam industri

pembinaan. Laporan kajian tertumpu pada tahap pengetahuan, tahap penggunaan

QLASSIC dan langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan sistem

QLASSIC untuk mencapai tahap kualiti di dalam cara kerja industri binaan. Bagi

memenuhi kajian ini, sebanyak 100 set borang soal selidik telah dihantar kepada

kontraktor yang dipilih secara rawak sebagai responden untuk mendapatkan

pandangan dan persepsi mereka. Daripada 100 set borang soal selidik tersebut,

sebanyak 30 set borang soal selidik telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan

min purata. Berdasarkan analisis, menunjukkan tahap pengetahuan pihak kontraktor

mengenai beberapa elemen QLASSIC ini adalah masih tidak tahu. Analisis juga

mendapati tahap penggunaan QLASSIC adalah masih kurang digunakan di dalam

projek pembinaan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh tidak mendapat

pendedahan mengenai sistem QLASSIC. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab

perlu memainkan peranan untuk memperkenalkan sistem ini kepada kontraktor di

seluruh Malaysia. Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC

juga berjaya dikenalpasti dan sebahagian besar dari pihak kontraktor bersetuju

dengan langkah-langkah yang telah dikemukakan.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

vii

ABSTRACT

Quality assessment system (QLASSIC) implemented in 2006 is to evaluate and

improve the quality of building construction contractors and players in Malaysia.

QLASSIC highlights a standard where the quality of the construction work is

focused on how it works for every building element and infrastructure. However,

QLASSIC is still poorly applied by small and medium-class contractors in Malaysia

on the grounds that this quality system is poorly promoted and is not mandatory as a

compulsory criterion for use in the construction industry. The research finding

focuses on the level of knowledge, the level of QLASSIC use and the steps to

improve the use of the QLASSIC system to achieve the quality level in the way the

construction industry works. To meet this study, a total of 100 sets of questionnaires

were sent to randomly selected contractors as respondents to gain their views and

perceptions. From the 100 sets of questionnaires, 30 sets of questionnaires have been

collected and analyzed using score mean. Based on the analysis, it shows the level of

knowledge of the contractor on some elements of QLASSIC is still unknown.

Analysis also found that the level of QLASSIC usage was still poorly utilized in their

construction projects. This is due to the lack of exposure on the QLASSIC system.

Therefore, the responsible party should play a role in introducing this system to

contractors throughout Malaysia. The steps to increase the use of QLASSIC have

also been identified and most of the contractors agree with the steps outlined.

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Persoalan Penyelidikan 4

1.4 Objektif Penyelidikan 4

1.5 Skop Penyelidikan 5

1.6 Kaedah Penyelidikan 5

1.7 Kepentingan Penyelidikan 5

1.8 Carta Alir Metodologi Kajian 6

2 KAJIAN LATAR BELAKANG 8

2.1 Pengenalan 8

2.2 Definisi Kualiti 9

2.2.1 Konsep Kualiti 11

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

ix

2.2.2 Ciri-ciri Kualiti 11

2.3 Prinsip Kualiti Menyeluruh 13

2.3.1 Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement) 13

2.3.1.1 Pihak Pengurusan 14

2.3.1.2 Pekerja 15

2.3.1.3 Pelanggan 15

2.3.1.4 Pembekal 16

2.3.2 Peningkatan Berterusan (Continuos

Improvement) 16

2.3.2.1 Peningkatan Proses Atau Kaizen 17

2.3.2.2 Pusingan Deming 17

2.3.2.3 Quality Control Circle 18

2.3.2.4 Sistem Cadangan 19

2.3.2.5 Anugerah Dan Penghargaan 19

2.3.2.6 Kanban atau Just In Time (JIT) 19

2.3.2.7 Amalan 5S 20

2.3.2.8 Penanda Arasan (Benchmarking) 21

2.3.2.9 Anugerah TQM 21

2.3.2.10 Sistem Pengurusan Kualiti (ISO

9000) 22

2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti 23

2.5.1 Komitmen Dan Kepimpinan Pengurusan 24

2.5.2 Latihan 25

2.5.3 Kerja Berpasukan 26

2.5.4 Kaedah Statistik 27

2.5.5 Kualiti Kos 28

2.5.6 Khidmat Pelanggan 29

2.6 Langkah-Langkah Mempromosikan Kualiti Semasa

Peringkat Pembinaan 31

2.6.1 Pasukan Pengurusan 32

2.6.2 Penglibatan Tenaga Kerja 32

2.6.3 Kempen Poster 33

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

x

2.6.4 Video Berkualiti 33

2.6.5 Quality Walk 34

2.6.6 Ganjaran Dan Pengiktirafan 34

2.7 Adaptasi Construction Quality Assesment System

(QONQUAS) Di Malaysia 35

2.7.1 Definisi QONQUAS 35

2.7.2 Objektif QONQUAS 36

2.7.3 Skop QONQUAS 36

2.7.4 Komponen Yang Akan Dinilai 37

2.7.5 Kategori Projek 39

2.7.6 Pensampelan 39

2.7.7 Pendekatan Penilaian 39

2.7.8 Kebaikan QONQUAS 40

2.8 Pengenalan Kepada QLASSIC 40

2.8.1 Objektif QLASSIC 41

2.8.2 Skop QLASSIC 42

2.8.3 Penilai QLASSIC 42

2.8.4 Pendekatan Penilaian Dan Proses

Persampelan 43

2.8.5 Standard Industri Pembinaan (CIS : 2006) 48

2.8.6 Aliran Proses Penilaian QLASSIC 50

2.8.7 Kategori Bangunan Yang Dinilai QLASSIC 51

2.8.8 Kebaikan Aplikasi QLASSIC 52

3 METODOLOGI 55

3.1 Pengenalan 55

3.2 Rekabentuk Penyelidikan 56

3.3 Populasi Penyelidikan 58

3.4 Sampel Penyelidikan 58

3.5 Instrumen Penyelidikan 59

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 60

3.7 Kaedah Analisis Data 60

3.7.1 Indeks Purata 61

3.7.2 Analisis Kekerapan 62

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xi

3.8 Skala Likert 63

3.8.1 Analisis Data Skala Likert 63

3.8.1.1 Pengiraan Skor Bagi Skala Likert 64

3.8.1.2 Kelebihan Skala Likert 64

3.8.1.3 Langkah-Langkah Pembinaan

Skala Likert 65

3.9 Ringkasan Bab 67

4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 68

4.1 Pendahuluan 68

4.2 Bahagian A : Analisa Demografi Dan Latarbelakang

Responden 69

4.2.1 Maklumbalas Soal Selidik Yang Telah

Diedarkan Kepada Firma Kontraktor Yang

Terlibat 69

4.2.2 Jawatan Responden 70

4.2.3 Jenis Responden 72

4.2.4 Pengalaman Dalam Industri Pembinaan 73

4.2.5 Bilangan Aplikasi QLASSIC Dalam Projek

Pembinaan 76

4.2.6 Penglibatan Dalam Kursus Berkaitan

QLASSIC 77

4.3 Bahagian B – Tahap Pengetahuan Mengenai

QLASSIC 79

4.3.1 Pengetahuan Mengenai Objektif QLASSIC 80

4.3.1.1 Skor Bagi Mengenalpasti Tahap

Pengetahuan objektif QLASSIC 80

4.3.2 Pengetahuan Mengenai Skop QLASSIC 82

4.3.2.1 Skor bagi mengenalpasti tahap

pengetahuan mengenai SKOP

QLASSIC 82

4.3.3 Pengetahuan Mengenai Kategori Bangunan

Yang Dinilai Menggunakan QLASSIC 83

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xii

4.3.3.1 Skor min bagi tahap pengetahuan

mengenai kategori bangunan yang

dinilai menggunakan QLASSIC 84

4.3.4 Pengetahuan mengenai proses QLASSIC 86

4.3.4.1 Skor min bagi pengetahuan

mengenai proses QLASSIC 86

4.3.5 Pengetahuan mengenai elemen penilaian

QLASSIC 88

4.3.5.1 Skor min bagi tahap pengetahuan

mengenai elemen penilaian

QLASSIC 88

4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan QLASSIC 89

4.4.1 Tahap penggunaan QLASSIC 90

4.5 Bahagian D – Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan

Penggunaan QLASSIC 91

4.5.1 Skor Min Bagi Langkah-Langkah Untuk

Meningkatkan Penggunaan QLASSIC 92

4.6 Ringkasan Bab 95

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 96

5.1 Pengenalan 96

5.2 Pencapaian Kajian 97

5.2.1 Tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan

kontraktor kelas kecil dan sederhana 97

5.2.2 Tahap penggunaan QLASSIC di kalangan

kontraktor kelas kecil dan sederhana 98

5.2.3 Langkah-langkah untuk meningkatkan

penggunaan QLASSIC di kalangan

kontraktor kelas kecil dan sederhana 99

5.3 Sumbangan kepada pengetahuan 99

5.4 Masalah semasa menjalankan kajian 100

5.5 Cadangan kajian lanjutan 100

7 LAMPIRAN 104

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Definisi kualiti 10

2.2 Amalan 5S yang dilakukan dalam sesebuah 20

organisasi untuk mencapai kualiti

3.1 Kedudukan skala indeks purata 63

4.1 Jumlah borang soal selidik yang dihantar dan

diterima 70

4.2 Pecahan jawatan responden 72

4.3 Jenis responden 73

4.4 Pengalaman responden 75

4.5 Kekerapan Aplikasi QLASSIC 77

4.6 Penglibatan responden dalam kursus berkaitan

QLASSIC 79

4.7 Skala Likert 80

4.8 Skor min bagi tahap pengetahuan 81

mengenai objektif QLASSIC

4.9 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai

Skop QLASSIC 83

4.10 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai

kategori pembangunan yang dinilai menggunakan

QLASSIC 85

4.11 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai

Proses QLASSIC 87

4.12 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xiv

elemen penilaian QLASSIC 89

4.13 Skala likert 90

4.14 Skor bagi tahap penggunaan QLASSIC 91

4.15 Skala Likert 92

4.16 Skor min bagi langkah-langkah untuk 93

meningkatkan penggunaan QLASSIC

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta alir metodologi penyelidikan 6

2.2 Matlamat, prinsip dan elemen TQM 23

2.3 Konsep tiga (3) pihak yang terlibat dalam 30

Pembinaan

2.4 Permukaan siling yang licin, tiada kecacatan 44

yang dapat dilihat dan tiada jurang antara

siling dan dinding

2.5 Kecerunan jubin lantai yang lurus dan tepat 44

2.6 Permukaan adalah sama rata, bebas daripada 45

Permukaan mengelupas, dan tiada jurang yang

kelihatan rosak dan retak

2.7 Permukaan dinding luar di cat sama rata, bebas 45

daripada mengelupas dan tidak ada kecacatan

2.8 Permukaan kaca mestilah kemas dan mempunyai 45

alignment yang lurus dan tegak

2.9 Permukaan bumbung yang dinilai tidak kotor, 46

penyambungan dipasang dengan betul, kemas dan

selari dan warna yang konsisten

2.10 Longkang mestilah tidak bertakung dan selari 46

2.11 Alignment harus selari, aksesori yang mencukupi, 47

louvered tingkap dengan panel kaca panjang yang

betul

2.12 Penyambungan yang kemas, selamat untuk 47

digunakan, tiada sebarang kerosakan dan

mempunyai warna yang konsisten

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xvi

2.13 Carta alir proses penilaian QLASSIC 50

2.14 Weightage bagi komponen yang dinilai 52

4.1 Peratusan bagi borang soal selidik yang 70

diterima dan tidak diterima

4.2 Peratusan pecahan jawatan responden yang 71

menjawab borang soal selidik

4.3 Peratusan jenis responden yang menjawab

borang soal selidik 73

4.4 Peratusan pengalaman bilangan tahun yang

terlibat dalam industri pembinaan 75

4.5 Peratusan bilangan projek yang menggunakan

QLASSIC 77

4.6 Peratusan penglibatan responden dalam kursus

QLASSIC 78

4.7 Purata bagi tahap pengetahuan responden

mengenai objektif QLASSIC 81

4.8 Purata bagi tahap pengetahuan responden

mengenai skop QLASSIC 83

4.9 Purata bagi tahap pengetahuan mengenai

responden mengenai kategori bangunan yang

dinilai menggunakan QLASSIC 85

4.10 Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai

proses QLASSIC 87

4.11 Purata bagi tahap pengetahuan elemen penilaian

QLASSIC 88

4.12 Peratusan bagi tahap mengenai tahap

penggunaan QLASSIC 90

4.13 Purata bagi langkah-langkah untuk meningkatkan

Penggunaan terhadap QLASSIC 94

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xvii

SENARAI SINGKATAN

TQM - Total Quality Management

QMS - Quality Management System

CIS - Construction Indsustri Standard

QLASSIC - Quality Assessment Industry Construction

QONQUAS - Construction Quality Assesment System

CIDB - Construction Industry Board

SPC - Statistical Processing Control

QCC - Quality Circle Control

PDCA - Plan, Do, Check and Act

DRIFT - Do Right The First Time

BCA - Building And Construction Authority

-

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 102

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

xix

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kualiti dalam pembinaan ditakrifkan sebagai memenuhi keperluan atau

pemilik dalam industri pembinaan. Kualiti yang dihasilkan dalam pembinaan

mestilah mengikut pematuhan spesifikasi yang telah ditetapkan bagi memberi

keselesaan dan keselamatan terhadap pengguna. Oleh itu, dapat disimpulkan kualiti

adalah berkaitan sifat atau ciri-ciri bagi sesuatu produk atau hasil kerja yang

memberi kepuasan dari semua aspek dimana telah melalui proses dan pematuhan

kepada arahan atau kehendak yang telah ditetapkan.

Kualiti adalah antara aspek paling penting dalam industri pembinaan selain

daripada masa dan kos. Oleh itu, kualiti di dalam pembinaan perlu dikawal dengan

baik supaya dapat memenuhi standard kualiti yang ditetapkan setaraf dengan kualiti

pembinaan diperingkat global seterusnya dapat mewujudkan kekayaan dan

meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penafsiran dasar sosio-ekonomi

infrastruktur, bangunan sosial dan ekonomi kerajaan. Di samping itu, industri

pembinaan juga dapat mencipta kesan pengganda kepada industri lain. Jika kualiti di

dalam industri pembinaan tidak diurus dengan baik, maka ia akan memberi kesan

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

2

kepada sesebuah pembinaan tersebut. Kesan daripada pengabaian aspek kualiti

dalam pembinaan boleh mengancam keselamatan klien dan pengguna, keberkesanan

bangunan dan jangka hayat bangunan tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan

memberi impak yang negatif kepada industri pembinaan, ekonomi dan reputasi

negara.

1.2 Pernyataan Masalah

Pada masa kini, kualiti bangunan menjadi isu apabila banyak kemalangan

berlaku berkaitan dengan kegagalan bangunan seperti runtuhan bangunan. Banyak

kritikan yang diterima daripada orang ramai tentang kualiti bangunan ini. Ini telah

terbukti apabila Mahmood et al. (2010) menyatakan bahawa industri pembinaan di

Malaysia telah dilihat sebagai salah satu sektor yang mempunyai kualiti yang

kurang berbanding sektor lain seperti pertanian atau sektor automotif.

Ini disokong oleh Said et. al. (2009) apabila beliau mendakwa bahawa

terdapat salah faham di kalangan pekerja di sesebuah organisasi mengenai konsep

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Said et. al (2010, c.f SIRIM 2005) juga

mendapati bahawa Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) boleh dilaksanakan sama ada

di peringkat organisasi atau di peringkat pembinaan itu sendiri.

Melihat kepada senario industri pembinaan di Malaysia, terdapat kira-kira

4000 organisasi yang disahkan QMS ISO 9001: 2000 dalam industri berkaitan

pembinaan Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih kecil berbanding

dengan jumlah 63,204 organisasi dalam industri ini. Melihat senario semasa dalam

industri pembinaan Malaysia, pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) adalah

faktor yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti dalam industri pembinaan di

Malaysia. Keng dan Hamzah (2011, cf Haupt et al 2004) juga menemui beberapa

masalah yang terdapat dalam melaksanakan sistem penilaian kualiti di tapak

pembinaan seperti terlalu banyak kerja kertas kerja, sifat tenaga kerja sementara,

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

3

pekerja lapangan menganggap pengurusan kualiti sebagai tidak relevan, kesukaran

membuat keputusan, dan subkontraktor dan pembekal yang tidak berminat dalam

sistem penilaian kualiti di tapak pembinaan.

Oleh itu, Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan (QLASSIC) telah

diperkenalkan CIDB sejak 2006 bagi menilai kualiti kerja dalam pembinaan. Kualiti

pembangunan akan dicapai sekiranya standard kualiti diaplikasikan terhadap kerja-

kerja pembinaan. Peningkatan tahun ke tahun kadar terima pakai QLASSIC oleh

industri adalah petunjuk positif penekanan terhadap kualiti kerja pada standard yang

paling tinggi oleh industri.Walau bagaimanapun, QLASSIC masih kurang

diaplikasikan oleh sebilangan besar pihak pemaju dan kontraktor di Malaysia atas

alasan sistem kualiti yang dijalankan ini tidak termaktub sebagai kriteria wajib untuk

mendapatkan projek Sharul (2016).

Pada masa yang sama juga, aplikasi sistem QLASSIC hanya dipraktikkan dan

diaplikasikan oleh segelintir pihak sahaja. Ini disebabkan kerana berdasarkan CIS

7:2014 pelaksanaan adalah secara sukarela dan pengaplikasian adalah tidak termasuk

dalam obligasi kontrak. Menurut Pengurus Besar Kanan Sektor Pembangunan, sejak

diperkenalkan pada 2007, hanya 700 buah projek dibina menggunakan QLASSIC

kerana masih ramai penggiat industri pembinaan tidak tahu mengenai kewujudan

sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi termasuklah kepada kontraktor kelas

kecil dan sederhana.

Tambahan pula, aplikasi QLASSIC tidak diketahui oleh penggiat industri

pembinaan dimana hanya segelintir syarikat pemaju besar sahaja yang mengguna

pakai QLASSIC dalam menilai hasil kerja pembinaan projek mereka. Justeru itu,

bagi meningkatkan pengetahuan dikalangan pihak-pihak yang kurang pengetahuan

dan terdedah dengan QLASSIC, langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

4

memastikan QLASSIC diaplikasikan secara menyeluruh di dalam industri

pembinaan di Malaysia.

1.3 Persoalan Penyelidikan

Terdapat beberapa persoalan yang berkaitan dengan aplikasi QLASSIC di

kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana. Antara persoalannya ialah ;

1. Apakah tahap penggunaan QLASSIC di kalangan

kontraktor kelas kecil dan sederhana?

2. Apakah tahap pengetahuan kontraktor kelas kecil dan

sederhana terhadap QLASSIC?

3. Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan

pengetahuan dikalangan kontraktor kelas kecil dan

sederhana terhadap QLASSIC

1.4 Objektif Penyelidikan

i) Mengenalpasti tahap pengetahuan kontraktor kelas kecil dan

sederhana terhadap QLASSIC

ii) Mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC dikalangan kontraktor

kelas kecil dan sederhana

iii) Mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan

QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

5

1.5 Skop Penyelidikan

Skop penyelidikan ini hanya memfokuskan kepada pihak kontraktor kelas

kecil dan sederhana sahaja.

1.6 Kaedah Penyelidikan

Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, beberapa kaedah telah dirangka.

Yang pertama adalah kaedah kajian dibuat untuk memahami maksud kualiti,

pengurusan kualiti dan QLASSIC itu sendiri. Selain mengkaji teori yang berkaitan,

kajian juga dibuat kepada penyelidikan sebelum ini yang mana sedikit sebanyak

membantu dalam mencapai objektif penyelidikan ini.

Kaedah yang kedua adalah soal selidik dimana soalan akan diberikan untuk

mendapatkan data dan informasi mengenai objektif penyelidikan yang ingin

dicapai. Responden adalah terdiri daripada kontraktor kelas kecil dan sederhana.

Kemudian penilain dibuat berdasarkan analisa data yang diperolehi daripada borang

soal selidik serta membuat kesimpulan berdasarkan data yang diterima dengan

rujukan yang diperolehi.

1.7 Kepentingan Penyelidikan

Kualiti merupakan aspek penting dalam indusri pembinaan. Oleh itu menjadi

tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan untuk

memberikan kualiti yang terbaik terhadap setiap pembinaan yang diberikan kepada

mereka. Melalui penyelidikan ini, ia menunjukkan bahawa tahap pengetahuan di

kalangan pihak kontraktor sangat penting. Ini kerana tanpa pengetahuan mengenai

sistem penilaian kualiti iaitu QLASSIC, mereka sudah tentu tidak akan

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

6

mengaplikasikan sistem penilaian ini di dalam setiap projek pembinaan yang

dijalankan. Pihak yang memperkenalkan sistem penilaian ini iaitu CIDB haruslah

memainkan peranan agar sistem penilaian kualiti ini dapat dikenali dan peningkatan

penggunaanya di dalam industri pembinaan pada masa hadapan. Selain itu,

penyelidikan ini juga penting kerana ia menunjukkan langkah-langkah yang wajar

perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penggunaan sistem penilaian kualiti

tersebut.

1.8 Carta Alir Metodologi Kajian

Peringkat 1

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringakt 2

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenalpasti Masalah, Objektif Kajian, Skop

Kajian, Kepentingan Kajian

Kajian Literatur dan Data Sekunder

Kajian Dijalankan (Kuantitatif)

Soal Selidik

Pengumpulan Data Primer

Analisis Data

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

7

Peringkat 3

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian

Penyediaan Laporan

Tamat

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

BAB 2

KAJIAN LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan

Kualiti adalah perkataan yang disebut-sebut di setiap mulut pada hari ini.

Takrif kualiti boleh didapati dari buku teks, seminar, nota kursus dan perundingan

merangkumi pengurusan kualiti, jaminan kualiti, kawalan mutu, sistem kualiti dan

sebagainya. Tidak menghairankan, ramai orang keliru dengan definisi dan

terminilogi dan mungkin juga berasa keliru untuk memberi pemikiran yang jelas

kepada konsep kualiti dalam persekitaran kerja bagi setiap individu yang berada di

setiap alam pekerjaan mereka (P.S Wilton 1994). Kualiti merupakan keseluruhan

ciri produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan standard yang telah

ditetapkan (ISO 8402 – 1986). Dalam konteks pembekalan, penyediaan atau

perkhidmatan produk yang mendapat persetujuan umum bahawa kualiti bermaksud

apa yang pelanggan inginkan bahawa produk atau perkhidmatan harus memenuhi

persepsi dan keperluan pelanggan. Kualiti juga menunjukkan tahap kecemerlangan

atau gred yang sering dihasilkan daripada pengeluaran.

Dalam konteks pembinaan, kualiti adalah satu perkara penting yang dapat

memenuhi undang-undang, mempunyai nilai estetika yang tinggi, dan kecekapan

fungsi sesebuah projek pembinaan tersebut. Keperluan yang dinyatakan mungkin

mudah atau kompleks, atau mereka mungkin dinyatakan dari segi keputusan akhir

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

9

yang diperlukan atau sebagai penerangan yang terperinci mengenai apa yang perlu

dilakukan. Tetapi, walaubagaimanapun dinyatakan, kualiti diperolehi jika keperluan

yang dinyatakan adalah mencukupi. Dari segi undang-undang, kualiti merupakan

liabiliti professional dimana konsep undang-undang yang memerlukan semua

tenaga professional mengetahui tanggunjawab yang akan dipratikkan oleh mereka.

Pihak arkitek dan jurutera yang menawarkan kepakarannnya kepada pemilik

bangunan adalah tertakluk kepada undang-undang liabiliti professional. Beberapa

pakar rekabentuk percaya bahawa kualiti diukur melalui nilai estetika yang direka

oleh mereka. Menurut Stasiowski dan Burstein (1992), kualiti adalah berdasarkan

kepada isu-isu seperti bangunan terhadap persekitarannya, kesan psikologi

bangunan terhadap penduduknya, keupayaan reka bentuk landskap untuk

dipadankan dengan pembinaan di persekitarannya dan konsep rekabentuk yang

bersesuaian dengan keselesaan penduduk di dalam sesebuah bangunan tersebut.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa projek yang berkualiti tinggi boleh

digambarkan dengan istilah seperti kemudahan dalam memahami lukisan, tahap

konflik dalam lukisan dan spesifikasi, ekonomi pembinaan, kemudahan operasi,

kemudahan penyelenggaraan, dan kecekapan tenaga. Ia juga termasuklah

memenuhi kehendak pereka, pembina serta pemilik sesebuah projek pembinaan itu.

2.2 Definisi Kualiti

Kualiti bukanlah suatu konsep yang subjektif seperti kecemerlangan atau

kecantikan yang boleh berubah mengikut persepsi pemerhati. Kualiti sebenarnya

boleh didefinisikan sebagai memenuhi kehendak atau keperluan pelanggan. Ini boleh

dilihat dari sudut perkhidmatan yang diberikan atau produk yang dikeluarkan oleh

sesuatu organisasi atau syarikat untuk pelanggannya. Menurut Barker (1990), “there

is an epidemic of ‘quality’ world wide which, if you don’t catch it, may mean you are

not in business in ten years time”. Semua pihak-individu, orgsanisasi, dan negara

mestilah mengutamakan kualiti dan kecemerlangan. Aristotle pula menyatakan

Page 31: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

10

kualiti bukan perlakuan, tetapi ia adalah tabiat. Tegasnya kualiti mesti dijadikan

amalan, tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Terdapat juga pelbagai definisi yang telah diberikan oleh guru-guru dari

Amerika Syarikat dan Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai dan Kanji.

Menurut ;

Penulis

Definisi

Deming (1992) Tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang

rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran.

Crosby (1979) Menepati kehendak pelanggan (comformance to

requirement), tetapi pada tahun 1992, beliau mentafsir kualiti

sebagai apa yang telah dipersetujui oleh semua individu.

David Garvin (1988) Ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk,

pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-

ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu :

kebolehpercayaan (realibility), penepatan (comformance),

ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan

(serviceability), estetik, persembahan, ciri-ciri asas produk

atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived

quality).

Imai (1986) Apa-apa sahaja yang boleh diperbaiki.

Juran (1988) Kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).

Kanji (1988) Satu konsep yang relatif di mana orang yang berbeza

mempunyai tanggapan yang berlainan.

Jadual 2.1 Definisi kualiti, Sumber : Illhaamie, (2002)

Dalam industri pembinaan pula, kualiti dilihat sebagai sifat atau ciri yang

menyeluruh, sifat bagi suatu cara, hasil, proses, komponen, perkhidmatan, atau

kemahiran, yang menghasilkan sesuatu yang mencukupi dan dikehendaki

Page 32: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

11

(American Society of Civil Engineers, 1998). Secara ringkasnya, setiap definisi

yang diberikan oleh orang yang berbeza memberi takrifan kualiti yang berbeza

tetapi pada asasnya, ia memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan. Ini

bermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalam pelbagai cirri bergantung kepada

kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan

yang mereka ingini. Sekiranya sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak

mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan

kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.

2.2.1 Konsep Kualiti

Walaupun semua sarjana TQM mementingkan kualiti dalam produk dan

perkhidmatan secara konsisten tetapi ungkapan yang menjadi isu di sini biasanya

dikaitkan dengan Philip Crosby. Konsep asas ungkapan ini bukan sekadar

mementingkan kualiti yang baik dan terjamin dalam segala aspek organisasi malah

yang lebih penting daripada itu ialah prinsip mengelakkan kecacatan. Ini bererti

kualiti merujuk kepada usaha mengelakkan pembaziran atau kerosakan sifar. Kata

Crosby, “Quality inprovement is built on getting everyone to do it right the first

time (DRIFT)” (1984:59) Justeru itu, sesuatu organisasi yang berkualiti akan

mengelakkan kecacatan setiap kali dan dengan tegasnya menolak alasan bahawa

kecacatan boleh diterima sekali sekala khasnya pada permulaan.

2.2.2 Ciri-ciri Kualiti

a) Memenuhi kehendak dan keperluan klien dimana ianya dapat berfungsi

dengan baik dan masa penyiapan pembinaan dapat disiapkan mengikut

jadual yang ditetapkan. Selain untuk ciri-ciri kualiti yang baik ialah ianya

Page 33: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

12

mempunyai kos kitaran hidup, operasi dan penyelenggaran sepanjang

jangka hayat sesebuah bangunan yang telah siap dibina.

b) Memenuhi kehendak dan keperluan pihak pereka bentuk berdasarkan

skop kerja yang jelas, kos untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi

sebelum peringkat reka bentuk dijalankan, peruntukan kos bagi pekerja

yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman, peruntukan masa yang

cukup bagi melaksanakan kerja-kerja yang telah ditetapkan.

c) Memenuhi keperluan pihak-pihak pembinaan yang terlibat mengikut

pelan kontrak, spesifikasi, dan dokumen yang disediakan secara terperinci

bagi memudahkan pihak-pihak pembinaan yang terlibat meletakkan harga

tawaran tender mengikut keperluan kontrak yang telah ditetapkan.

d) Memenuhi kehendak orang ramai tentang keselamatan dan kesihatan

umum, melindungi harta benda orang awam, keselarasan undang-undang

serta memelihara alam sekitar daripada tercemar.

Di samping itu, seseorang harus membezakan antara kualiti sebenarnya dan

kualiti dalam persepsi. Pembekalperkhidmatan atau barangan yang memenuhi

spesifikasi mencapai kualiti dalamfakta. Perkhidmatan atau produk yang memenuhi

jangkaan pelangganmencapai kualiti dalam persepsi. Dengan kata lain, produk

boleh menjadi berkualiti tinggi namun ia mungkin tidak dapat dipenuhi mengikut

keperluan pelanggan dan sebaliknya. Terdapat perbezaan diantara dua kualiti

tersebut iaitu kualiti elemen yang berkaitan secara langsung dengan fizikal produk

itu sendiri, dan kualiti proses iaitu kualiti kualitiproses yang menyebabkan produk

boleh diterima atau tidak. Kualiti produk dalamindustri pembinaan boleh merujuk

kepada mencapai kualiti dalam bahan,peralatan dan teknologi yang masuk ke dalam

bangunan struktur, sedangkan kualiti proses mungkin merujuk kepada pencapaian

kualiti di mana projek itu dianjurkan dan diuruskantiga fasa perancangan dan reka

bentuk, pembinaan, danoperasi dan penyelenggaraan.

Page 34: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

13

2.3 Prinsip Kualiti Menyeluruh

Deming telah memperkenalkan satu sistem pengurusan menyeluruh yang

mencontohi stail pengurusan Jepun pada tahun 1950. TQM menggunakan kaedah

statistik kawalan bagi mengurangkan perbezaan produk sebagai satu usaha untuk

memperbaiki kualiti produk secara berterusan. Falsafah asas Deming berkaitan

kualiti ialah produktiviti akan meningkat melalui pengurangan perbezaan (Deming,

1982). Deming juga menganjurkan penglibatan pekerja dalam proses membuat

keputusan.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) merupakan asas kepada kejayaan

berterusan bagi organisasi. TQM merupakan pendekatan sistematik yang terbukti

dalam perancangan dan pengurusan seluruh aktiviti organisasi. TQM bermatlamat

untuk mempastikan setiap aktiviti dalam organisasi menyumbang kepada pencapaian

objektif organisasi.

Pada amnya, TQM memerlukan organisasi mengubah cara-cara organisasi

beroperasi. Kualiti merupakan keutamaan bagi setiap kakitangan dan tidak cukup

bagi kakitangan bergantung kepada teknik mengenalpasti dan membetulkan

kesilapan. Justeru itu setiap pekerja dan setiap jabatan dalam organisasi mesti

menaruh perhatian penuh terhadap falsafah TQM.

2.3.1 Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement)

TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat

dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang

dikehendaki iaitu pihak pengurusan, pekerja, pelanggan dan pembekal.

Page 35: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

14

2.3.1.1 Pihak Pengurusan

Pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan wujudnya

penyertaan dari semua pihak yang terlibat dalam organisasi tersebut. Bagi

memastikan pekerja memberi komitmen kepada syarikat, ia perlu menyediakan

persekitaran TQM kepada pekerja dimana mereka akan merasa mereka dihormati

dan diterima oleh organisasi tersenut. Mereka juga akan merasakan mereka

merupakan sebahagian daripada organisasi tersebut. Dengan itu, mereka akan

berusaha bukan sahaja untuk memenuhi kehendak mereka sendiri tetapi juga untuk

memenuhi kehendak organisasi. Pihak pengurusan juga perlu memastikan pekerja

mereka setia kepada syarikat kerana mengikut konsep TQM, pekerja yang setia akan

menghasilkan pelanggan yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada

misi, visi organisasi, nilai, objektif, dan polisi kualiti, kaedah atau teknik-teknik

TQM dan mesin serta peralatan di syarikat.

Selain daripada pekerja, pihak pengurusan juga bertanggungjawab memantau

kepuasan pelanggan dan memastikan produk atau perkhidmatan memenuhi kehendak

mereka. Ini dapat dilakukan dengan mengenalpasti dan menilai peningkatan kualiti

yang perlu. Bagi menghasilkan pelanggan yang setia, sesebuah organisasi perlu

mengukur kepuasan mereka melalui kajian telefon, kajian pelanggan bulanan, kajian

tanda aras pasaran, kumpulan fokus, panel pelanggan, dan perbincangan dengan

jurual. Organisasi juga perlu mempunyai pengkalan data yang mengandungi

maklumat mengenai pelanggan, mengumpul aduan-aduan pelanggan dan

menyampaikan maklumat tersebut kepada keseluruhan organisasi dan mempunyai

carta kawalan mengenai kepuasan pelanggan yang ditayang di atas dinding dan

kawasan kerja di keseluruhan organisasi.

Begitu juga dengan pembekal, organisasi perlu berhati-berhati dalam memilih

pembekal supaya bekalan yang diperolehi bebas daripada kerosakan. Pendek kata,

kualiti menjadi syarat utama dalam pemilihan pembekal. Ini merupakan syarat

penting bagi menjayakan objektif organisasi iaitu untuk mendapatkan kualiti seperti

mana yang dikehendaki oleh pelanggan. Selain daripada itu organisasi juga perlu

Page 36: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

15

mengurangkan jumlah pembekal yang terlibat sebagai satu usaha untuk

mengurangkan variasi yang terdapat dalam bahan mentah atau komponen produk dan

kos pengurusan yang terlibat. Hasilnya, hubungan antara organisasi tersebut dan

pembekal dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.

2.3.1.2 Pekerja

Pekerja mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti,

mengurangkan kitaran dan mengurangkan kerugian (waste). Pekerja merupakan

kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua pekerja mempunyai idea yang

berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung

kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih

mengetahui bagaimana untuk menangani masalah dan pada masa yang sama cuba

untuk meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan organisasi.

Pekerja yang kompeten merupakan aset syarikat yang perlu dibangunkan dan

mereka bukanlah komoditi yang digunakan. pekerja akan menjadi lebih

bertanggungjawab dalam memenuhi permintaan pelanggan sekiranya mereka dilatih,

diberikan kepercayaan dan autoriti yang sepatutnya.

2.3.1.3 Pelanggan

Pelanggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pelanggan dalaman dan

pelanggan luaran. Pelanggan dalaman merupakan setiap pekerja dalam sesebuah

organisasi. Mereka merupakan pelanggan atau pembekal kepada individu lain

dengan jangkaan kualiti masing-masing di setiap bahagian di dalam rantaian

sesebuah organisasi. Manakala pelanggan luar pula terdiri daripada pelanggan yang

Page 37: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

16

membeli produk keluaran syarikat atau menggunakan perkhidmatan yang diberikan

oleh syarikat.

Pelanggan merupakan bahagian paling penting di dalam rantai proses.

Terdapat lima ciri permintaan pelanggan iaitu kesediaan (availability), penghantaran,

kebolehpercayaan (realibility), pengekalan (maintainability) dan kos yang efektif.

2.3.1.4 Pembekal

Pendapat daripada pembekal juga penting agar kualiti yang dijangkakan dapat

dicapai. Untuk memastikan adanya penyertaan yang aktif daripada mereka,

organisasi boleh melakukan beberapa aktiviti peningkatan berterusan melibatkan

pembekal seperti audit kualiti, latihan, kumpulan pembekal bersama atau integrasi

pembekal ke atas pembangunan produk, teknologi dan perancangan strategik.

2.3.2 Peningkatan Berterusan (Continuos Improvement)

Pelanggan merupakan asas kepada peningkatan berterusan kerana apabila

pelanggan berpuas hati, mereka akan menjadi setia dan ini merupakan objektif utama

sesebuah organisasi untuk bertahan dalam pasaran. Peningkatan berterusan hanya

dapat dicapai sekiranya organisasi mengambil usaha untuk mempertingkatkan proses

dan operasi syarikat dengan penggunaan inovasi bersertakan pembuangan aktiviti-

aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat (non value added).

Page 38: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

17

2.3.2.1 Peningkatan Proses Atau Kaizen

Kaizen atau peningkatan proses merupakan kejayaan daya saing syarikat

Jepun. Perkatan Kaizen telah diperkenalkan oleh Masaaki Imai yang bermaksud

langkah demi langkah dalam peningkatan kualiti. Ia merupakan peningkatan

berterusan dengan penambahan inovasi. Sebaliknya organisasi barat hanya

mementingkan inovasi tetapi tidak peningkatan berterusan. Terdapat tiga perkara

yang dikenalpasti dapat dipertingkatkan prosesnya iaitu dalam pengurusan,

kumpulan dan individu.

Peningkatan proses merupakan satu siri langkah yang mengandugi aktiviti-

aktiviti yang saling berkaitan di mana ia menghasilkan output yang lebih baik dan

seterusnya dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ia merupakan satu pengurusan

proses untuk mengelak berlakunya kesilapan atau kecacatan dalam produk atau

perkhidmatan dengan menggunakan kaedah kawalan piawaian SPC (Statistical

Processing Control).

2.3.2.2 Pusingan Deming

Pusingan Deming atau lebih dikenali sebagai pusingan PDCA (Plan, Do,

Chect, Act) atau shewart. Konsep peningkatan proses adalah sesuai dengan pusingan

Deming yang tidak berhenti dan berterusan untuk meningkatkan kesemua perkara

dengan menggunakan inovasi yang tidak berkesudahan. Pusingan Deming

mengandungi empat peringkat utama iaitu rancang, buat, periksa dan bertindak di

mana mereka berturutan antara satu sama lain dan proses ini akan berterusan.

Teknik-teknik statistik seperti rajah tulang ikan, carta bar, car perbatuan, rajah

pareto, rajah pai, rajah taburan atau SPC akan dipilih sesuai dengan proses-proses

sebagai alat untuk membantu organisasi dalam mengawal kualiti agar ia dapat

mencapai atau melampaui piawai yang telah ditentukan oleh mereka.

Page 39: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

18

Kaedah saintifik yang digunakan kerana ia tidak berasaskan kepada pendapat

atau perasaan individu. Oleh itu, ia merupakan cara terbaik bagi mempertingkatkan

proses. Selain daripada itu, ia dapat membantu para pengurus lebih memfokus

perhatian mereka kepada proses daripada individu dan mengambil keputusan

berdasarkan fakta dan maklumat yang bebas daripada prejudis dan perasaan subjektif

atau jangkaan yang tidak realistik.

2.3.2.3 Quality Control Circle

Kumpulan kualiti atau lebih dikenali sebagai QCC (Quality Control Circle)

dipelopori oleh Profesor Ishikawa pada tahun 1962. Ia merupakan aktiviti-aktiviti

kumpulan tidak formal di mana ahli-ahli berjumpa pada masa-masa tertentu secara

sukarela dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Selain dikenali sebagai QCC,

ia juga dikenali sebagai kumpulan keselamatan, kumpulan produktiviti, gerakan

kerosakan sifar, mini think tank, kumpulan sokongan, kumpulan sinergi, kumpulan

peningkatan pekerja (work improvement team) dan sebagainya.

Kumpulan ini terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga kerja, pembekal dan

sub-kontraktor dan mengandungi enam hingga sepuluh ahli. Bengkel-bengkel

pembelajaran teknik statistik bagi mengawal kualiti diadakan untuk memberi tekanan

kepada penyelesaian masalah dan peningkatan kualiti. Ahli-ahli berjumpa setiap

minggu atau dua minggu di bawah penyeliaan seorang fasilitator dan

membentangkan penemuan mereka kepada pihak pengurusan atasan bagi

mendapatkan kelulusan. Penyelesaian yang terpilih akan dilaksanakan dan kesan

akan dipantau oleh individu yang sama. Kumpulan QCC yang terbaik bagi

keseluruhan syarikat akan diberi anugerah sijil penghargaan dan lain-lain.

Page 40: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

19

2.3.2.4 Sistem Cadangan

Sistem cadangan merupakan satu sumber bagi organisasi untuk memastikan

peningkatan kualiti akan terus berlaku. Pekerja dikehendaki memberi sekurang-

kurangnya sepuluh cadangan setahun dan cadangan terbaik akan diberikan hadiah

wang tunai. Dengan cara ini, organisasi dapat meningkatkan komunikasi dua hala

dan pada masa yang sama, dapat menjimatkan kos tenaga dan sumber.

2.3.2.5 Anugerah Dan Penghargaan

Terdapat banyak bentuk-bentuk anugerah yang boleh diberikan oleh

organisasi sama ada untuk individu Kaizen atau kumpulan Kaizen iaitu program

penghargaan, promosi, bonus, wang tunai, percutian, perutnukan makanan di tempat

kerja, hadiah saguhati seperti makanan, pakaiaan dan sebagainya.

Daripada kajian yang dilakukan oleh Kanji pada tahun 1998, didapati faktor-

faktor yang memotivasikan pekerja untuk membuat cadangan bagi

mempertingkatkan kualiti ialah hadiah dan anugerah, piawai bagi jumlah cadangan

dan sistem bonus dan bukannya hadiah wang ringgit, persaingan, latihan atau

pembelajaran. Kajian itu juga mendapati bahawa syarikat negara Barat kurang

memberi anugerah dan penghargaan sebagai motivasi kepada pekerja berbanding

negara Timur.

2.3.2.6 Kanban atau Just In Time (JIT)

Kanban dipelopori oleh Tarichi Ohno. Beliau mendefinisikan Kanban

sebagai papan tanda atau label atau sesuatu untuk menyatakan pemprosesan bahagian

Page 41: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

20

tertentu sedang berjalan. Kanban yang sama akan dihantar ke peringkat awal oleh

proses yang sama atau proses sebelumnya untuk menjadi tempahan bagi bahagian

lain. Jadi, ia merupakan arahan kepada operator untuk melaksanakan sesuatu tugas

seperti mengeluarkan lebih produk atau menghantar bahan mentah ke mana-mana

bahagian yang memerlukannya. Produk yang telah siap juga akan dihantar terus ke

pelanggan-pelanggan dengan menggunakan lori yang sudah siap menunggu di luar

kilang. Ini bermakna, stor kilang hanya menyimpan stok untuk proses-proses yang

sedang berjalan sahaja. Dengan ini, syarikat dapat mengurangkan kos penyimpanan.

2.3.2.7 Amalan 5S

Amalan 5S merupakan teknik untuk memastikan persekitaran kualiti dapat

dicapai dalam organisasi. Butir-butirannya dapat dilihat dalam Jadual di bawah :

Jadual 2.2 Amalan 5S yang dilakukan dalam sesebuah organisasi untuk

mencapai kualiti, Sumber : Samuel K. Ho (1995) hal. 47.

Jepun English Makna Contoh

a) Seiri Structurise Organisasi Sampah di buang ke

dalam tong sampah

b) Seiton Systemise Kekemasan 30 saat mencari

dokumen atau fail

c) Seiso Sanitise Kebersihan Kebersihan menjadi

tanggunjawab individu

d) Seiketsu Standardise Piawai Pengestoran dapat

dilihat

e) Shitsuke Self Discipline Disiplin Lakukan amalan 5S

setiap hari

Page 42: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

21

2.3.2.8 Penanda Arasan (Benchmarking)

American Productivityand Quality Cenre (1992) mendefinisikan penanda

arasan sebagai satu proses pengukuran yang sistematik dan berterusan dalam

membuat perbandingan antara proses pengukuran yang sistematik dan berterusan

dalam membuat perbandingan antara proses perniagaan sesebuah organisasi dengan

proses perniagaan yang dimiliki oleh organisasi besar dan berjaya. Tujuannya ialah

untuk mendapatkan maklumat bagi membantu organisasi tersebut dalam

mempertingkatkan persembahannya seperti peningkatan dalam pemahaman

mengenai pelanggan dan pesaing, pengurangan aduan, reputasi syarikat yang lebih

kuat dan yang paling penting ialah peningkatan dalam keuntungan dan jualan.

Terdapat empat jenis penandaarasan iaitu generik, persaingan, dalaman dan fungsi.

2.3.2.9 Anugerah TQM

Terdapat 3 jenis Anugerah TQM yang paling dikenali di seluruh dunia iaitu

anugerah Deming, Malcom Baldrige National Quality Award yang ditubuhkan oleh

Kongres USA, Eropah dan England. Anugerah Deming diberikan sempena

penghargaan negara Jepun kepada Deming. Syariakt-syarikat yang telah menerima

anugerah ini ialah Toyota Motors, NEC Microcomputer System dan Kansai Electric

Power.Anugerah Malcom Baldrige National Quality telah dilaksanakan semenjak

tahun 1988 oleh Kongres Amerika untuk syarikat-syarikat Amerika yang

mempunyai kedudukan kukuh dalam pasaran. Syarikat-syarikat yang telah

memenangi anugerah ini adalah seperti Westinghouse (1988), Xerox (1989) dan

Cadilac (1990). Syarikat-syarikat ini dinilai atas tujuh kategori seperti kepimpinan,

maklumat dan analisis, perancangan kualiti strategik, penggunaan sumber manusia,

penjaminan kualiti produk atau perkhidmatan, hasil kualiti dan kepuasan

pelanggan.

Page 43: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

22

Di Malaysia pula, anugerah-anugerah TQM adalah seperti Anugerah Kualiti

Perdana Menteri (AKPM) Sektor Awam, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam

(AKPA), Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Di Antara Sektor Awam Dan

Sektor Swasta (AIPB), Anugerah Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (AKMK),

Anugerah Kualiti Pejabat Daerah (AKPD), Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa

Tempatan (AKPBT), Anugerah Perdana Teknologi Maklumat (APTM), dan

Anugerah Kualiti Setiausaha Kementerian Kewangan (AKKSUKK). Anugerah-

anugerah TQM ini diberikan kepada organisasi-organisasi kerana telah berjaya

dalam melaksanakan TQM di tempat kerja mereka dan pada masa yang sama dapat

menjadi model dan contoh kepada organisasi-organisasi lain dan memberi motivasi

kepada pekerja-pekerja mereka agar terus meningkatkan persembahan kualiti di

organisasi mereka.

2.3.2.10 Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9000)

Siri ISO 9000 merupakan keluarga pengurusan kualiti dan piawai kualiti yang

dibangunkan oleh International Organisation for Standardisation yang berpusat di

Geneva. Tujuannya ialah untuk memudahkan persetujuan global mengenai piawai

kualiti antarabangsa. Ia merupakan satu sistem pengesahan pembekal dan

memastikan mereka telah mencapai piawai antarabangsa. Mana-mana organisasi

yang telah dianugerahkan sijil ISO ini adalah dikira sebagai telah mematuhi piawai

kualiti yang telah ditetapkan.

Page 44: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

23

OBJEKTIF

------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------

PRINSIP------------------------------------------------------------------------------------------

2.4

ELEMEN

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rajah 2.2 Matlamat, prinsip dan elemen TQM Teong ( 2008)

2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti

Kualiti akan dapat dihasilkan sekiranya ianya dapat memenuhi keperluan

sesuatu projek pembinaan itu. Keseimbangan dari segi keperluan kos, jadual projek,

ciri-ciri operasi yang dikehendaki, bahan-bahan pembinaan dan keperluan

rekabentuk tenaga profesional untuk masa yang mencukupi dan memenuhi

keperluan kos merupakan proses yang sangat penting bagi mencapai kualiti.

Peningkatan Berterusan

Fokus Pelanggan

Proses Peningkatan

Penglibatan

Keseluruhan

Pendidikan dan

latihan

komunikasi

Kempimpinan

Ganjaran dan

pengiktirafan

Pengukuran

Page 45: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

24

Pemilik mengimbangi keperluan mereka terhadap ekonomi semasa dan membuat

kajian kemungkinan seperti kegagalan bangunan yang akan dijalankan. Tenaga

rekabentuk profesional diwajibkan melindungi kesihatan dan keselamatan penghuni

sesebuah bangunan itu.

2.5.1 Komitmen Dan Kepimpinan Pengurusan

Keberkesanan industri pembinaan dapat disimpulkan bahawa punca utama

kelemahan produktiviti pembinaan secara langsung atau tidak langsung melibatkan

amalan pengurusan yang lemah. Oleh kerana kualiti adalah sebahagian daripada

hasil produktiviti kerja, pengurusan merupakan langkah pertama untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan. Kejayaan program TQM

yang utama ialah bergantung kepada amalan pengurusan.TQM adalah budaya dan

falsafah yang mesti diterapkan di dalam sesebuah organisasi sebagai kaedah

pengurusan. Ianya hanya boleh berkembang maju hanya di bawah pengurusan yang

menetapkan TQM sebagai keutamaan. Komitmen ini mesti disertakan dengan

pemahaman yang mendalam tentang TQM. Jika organisasi menggunakan TQM

sepenuhnya, maka perusahaannya dapat merealisasikan kualiti yang tinggi. Kaedah

pengurusan TQM merupakan pengurusan yang diamalkan dalam industri

pembinaan di Amerika Syarikat hari ini.

Disebabkan oleh tekanan persaingan antarabangsa dan peningkatan

permintaanuntuk produk dan perkhidmatan yang berkualiti, industri sedang menilai

semulakeberkesanan pengurusan dengan kawalan. Menurut Joiner dan Scholtes,

dalam pengurusan ini carta organisasi adalah amat penting dan menjadi kawalan

utama dalam struktur sesebuah organisasi itu. Seorang pengurus mestilah

mempunyai misi dan matlamat tertentu bagi masa depan organisasi mereka.

Seorang pengurus mestilah menetapkan matlamat dan memberi penekanan kawalan

terhadap setiap pekerja di bawah mereka. Dalam industri pembinaan, kos, jadual,

Page 46: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

25

dan matlamat kualiti ditubuhkan untuk setiap projek. Pengurus projek diberi

tanggungjawab atas dasar untuk memenuhi matlamat ini. Sistem pengurusan ini

telah memberi kesan yang baik dan berjaya oleh organisasi yang mengamalkan

pengurusan ini kerana ianya mudah, logik, dan konsisten.

2.5.2 Latihan

Di bawah TQM, kualiti menjadi tanggungjawab semua orangdan latihan

mestilah disasarkan untuk setiap peringkatsyarikat. 13 Pelan latihan khusus perlu

dibuat antaranya ialah pengurusan, jurutera, juruteknik, pejabat rumah dan

lapangankakitangan, kakitangan sokongan dan buruh lapangan. Ia boleh dikatakan

bahawa kerja-kerja pembinaan sementaraagak berbeza dari pembuatan yang relatif

yang mempunyai tenaga kerja mahir. Sifat sementara ini boleh menjadikannya lebih

sukaruntuk melatih pekerja, terutamanya pekerja yang kurang mahir di dalam

industri pembinaan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak aspek seperti latihan dan

kesedaran yang dilakukan bagi membantu dalam meningkatkan kualiti antaranya

ialah kesedaran keselamatan syarikat pembinaan dan pelaksanaan konsep TQM.

Kebanyakan syarikat pembinaan Amerika Syarikat yang telah memberi penekanan

keselamatan kepada pekerja mereka dengan mewujudkan Pentadbiran Keselamatan

dan Kesihatan Pekerjaan dan ianya dapat membuktikan membuktikan keberkesanan

kos program keselamatan mereka dankini menggunakan rekod keselamatan mereka

sebagai alat pemasaran.

Beberapa cara yang sama yang digunakan untuk menanamkan kesedaran

keselamatan dalam buruh kurang mahir boleh digunakan untuk memberi kesedaran

tentang kualiti dalam pembinaan. Ianyamudah untuk menggunakan rekod prestasi

kualiti yang baik sebagai alat pemasaran yang kukuh dan kuat.Sekiranya konsep

TQM diterima secara meluas di seluruhindustri pembinaan, pekerja yang bertukar

tempat kerja yang baru sepatutnya diberi latihan TQMmengenai asas kesedaran

Page 47: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

26

kualiti sejak dari tempat kerja mereka yang terdahulu. Usaha latihan mungkin

termasuk arahan dalam asas-asasTQM, analisis sebab dan kesan, penyelesaian

masalah pasukan,komunikasi interpersonal dan interaksi dan ianya tidak

semestinyakaedah statistik dan kos pengukuran kualiti. Kajian TQM menunjukkan

bahawa lebih daripada 200 syarikat mendapati bahawa kemahirandalam interaksi

manusia, kepimpinan, dan inisiatif berperanan pentingkepada kejayaan dalam apa-

apa usaha peningkatan kualiti.

2.5.3 Kerja Berpasukan

Sesebuah organisasi yang mempunyai pekerja yang bekerja dalam

teamworkmerupakan organisasi yang mengamalkan TQM. Latihan kualiti yang

dijalankan dan proses penambahbaikanyang berterusan dilaksanakanmelalui

strukturteamwork yang dirancang dengan baik. Matlamat utama dariteamwork adalah

untuk mendapatkan semua orang termasuk kontraktor, perekabentuk, vendor,

subkontraktor, dan pemilik yang terlibat di dalam proses TQM.Di peringkat industri

pembinaan, konsep TQM diperluaskan kepadapihak yang disebutkan di atas dalam

bentuk pasukan bersama untuk mencapaikepuasan pelanggan yang lebih

tinggi.Teamworkini bertanggungjawabuntuk mewujudkan matlamat, pelan, dan

kawalan bersama bagi mencapai kualiti dalam pembinaan. Teamworkmemberikan

mekanisme untuk mendengar dan berkomunikasi dengan pemilik untuk mengukur

tahap kepuasan pelanggan.

Dua halangan untuk menubuhkan teamwork adalah keadaan kebebasan

undang-undang antara syarikatdan kaedah tradisional mereka bekerja secara

individu. Halangan-halangan ini dapat diatasi dalam industri pembinaan sekiranya

pemilik berdedikasi untuk berbuat demikian.Di peringkat syarikat, pasukan terdiri

daripada jabatanwakil-wakil yang diperlukan untuk melaksanakan TQM di

seluruhorganisasi. Pendekatan pasukan yang sama boleh digunakan semasa peringkat

Page 48: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

27

projek. Hasil ini menunjukkan bahawa kerja berpasukan antaraparti seperti struktur,

elektrik, alam sekitar, siviljurutera, arkitek, dan pemilik adalah penting untuk

mencapai matlamat berkualiti semasa peringkat reka bentuk. Dalam peringkat

pembinaan, teamwork merupakan kumpulan yang paling dalam proses pembinaan

diikuti oleh pembina dan seterusnya pengurus pembinaan untuk mencapai kualiti

yang baik dalam setiap pembinaan yang dilakukan oleh mereka. Pada kesimpulan

teamwork merupakan kumpulan paling penting dalam semasa peringkat reka bentuk

dan agak ketara daripada peringkat pembinaan.

2.5.4 Kaedah Statistik

Kaedah statistik merupakan cara penyelesaian masalah kepadaProses TQM.

Menurut Perisco, mereka menyediakan cara untuk mengenalpasti punca masalah

kualiti, untukberkomunikasi dalam bahasa yang tepat yang dapat difahami oleh

semua ahli pasukan, untuk mengesahkan, mengulang, dan menghasilkan

semulapengukuran berdasarkan data, untuk menentukan masa lalu,sekarang, dan

kepada tahap yang lebih rendah, status masa depan proses kerja, dan membuat

keputusan mengenai fakta yang berasaskandata daripada pendapat dan keutamaan

individuatau kumpulan. Kaedah statistik yang paling biasa digunakan di Malaysia

ialah proses TQM termasuk histogram, sebab dan kesangambar rajah, kunci kertas,

rajah Pareto, graf, kawalancarta, dan gambarkan gambarajah. Kaedah statistik sangat

penting dalam industri pembuatan bagi meningkatkan kualiti. Oberlender

menggariskan kepentingan kaedah statistik untuk menyediakan cara penyelesaian

masalah penting kepada proses TQM. Teknik statistik jugayang digariskan oleh ISO

9001 adalah sangat penting. Ia dapat disimpulkan bahawa semua profesionalterlibat

dalam kajian ini bersetuju bahawa penggunaan kaedah statistikmempunyai kesan

yang sangat kecil terhadap kualiti projek pembinaan. Penemuan ini bertentangan

dengan pernyataan Hellardbahawa aktiviti pembinaan individu adalahbiasanya unik

dan menghilangkan potensi untuk apa-apa jeniskawalan proses statistik.

Page 49: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

28

2.5.5 Kualiti Kos

Kualiti kos dianggap oleh Crosby 22 dan Juran 5 adalah alat utama untuk

mengukur kualiti. Ia digunakan untuk mengesan keberkesananProses TQM, memilih

peningkatan kualiti projek, danmemberikan justifikasi kos yang tepat. Kos kualiti

telah mendapat perhatian yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Ia amat

berkesan dalam meningkatkan kesedaranmengenai kualiti dan komunikasi kepada

pihak pengurusan dan memberi manfaat TQM dari segi kos. Kualiti kos terdiri

daripada kos pencegahan, kospenilaian, dan kos penyimpangan. Kos pencegahan

adalahyang terhasil daripada aktiviti yang digunakan untuk mengelakkan

penyimpangan ataukesilapan, manakala kos penilaian terdiri daripada kos yang

ditanggungaktiviti yang digunakan untuk menentukan sama ada produk, proses,

atauperkhidmatan mematuhi keperluan yang ditetapkan. Kosulasan reka bentuk atau

pembinaan, serta kos mengubah suai prosedur kerja untuk mematuhi piawaian

kualitimungkin dianggap kos pencegahan, sementara pemeriksaan adalahcontoh kos

penilaian. Satu kaji selidik firma AS menunjukkan bahawa halangan utama untuk

menggunakan ISO 9000 piawaian adalah kos tambahan untuk mengubahsuai

prosedur kerjadan kos tambahan untuk menyemak semula standard piawai yang

ditetapkan. Kos penyimpangan adalah akibat daripada tidak memenuhi keperluan.

Beberapa kos penyimpangan ditanggung pada tapak projek kerana kerja semula,

analisis kegagalan, kesilapan pembekal, atau pengurangan harga disebabkan

ketidaksesuaian. Kos penyimpangan lain ditanggung sebaik sahajapemilik

mengambil alih kemudahan yang dibina. Initermasuk kos untuk pelarasan aduan, kos

pembaikan,kos untuk mengendalikan dan menggantikan bahan yang ditolak, hasil

kerjaatau kos peralatan untuk membetulkan kesilapan, dan perbelanjaan litigasi.

Dalam industri pembinaan, kontraktor dipilih oleh pemilik secara kompetitif.

Walaupun tawaran itudianggap sebagai kriteria pemilihan utama, terutamanya

pemilik persendirian juga mempertimbangkan rekod keselamatan

kontraktor,sokongan teknikal, keupayaan peralatan, dan khususnya reputasi

mengenai kualiti kerja yang dilakukan. Kontraktor yang mempunyai reputasi untuk

kualiti yang kurang tinggi tidak mungkin untuk dianugerahkan banyak projek dalam

kompetitif yang ada pasaran. Penglibatan pembekal untuk menghasilkan produk

Page 50: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

29

berkualiti bergantung pada hubungan antara pihak yang terlibat dalam proses itu

pembekal dan pelanggan. Kualiti mana-mana peringkat dalam proses bergantung

kepada kualiti peringkat sebelumnya. Kualiti projek yang dibina oleh pembina secara

langsung berkaitan dengan kualiti rancangan dan spesifikasi yang disediakan oleh

pereka, kualiti peralatan dan bahan yang dibekalkan oleh vendor, dan kualiti kerja

yang dilakukan oleh subkontraktor. Hubungan jangka panjang dengan pembekal ini

adalah amat penting semasa proses pembinaanuntuk mencapai ekonomi dan mutu

terbaik. Secara tradisinya, dalam industri pembinaan, kontraktor, subkontraktor, dan

penjual semuanya berselisih yang lain untuk bersaing atas dasar kontrak tawaran

rendah.

Namun, menurut Deming, untuk mencapai tahap tekanan yang tinggi yang

perlu ditamatkan syarikat amalan pemberian perniagaan berdasarkan tanda harga

sahaja. Menurut Peters, 27 projek yang berjaya di masa depan mungkin akan

ditentukan berdasarkan kualiti, kitaran hayat kos (bukan kos permulaan), dan tindak

balas pembekal, yang hanya boleh dicapai melalui hubungan perkongsian; hubungan

ini akan melibatkan kurang pembekal, dan mereka dijangka berdasarkan kepercayaan

bersama. Ini sudah terbukti bahawa dalam beberapa bidang pembinaan industri

pasaran. Perjanjian perkongsian jangka panjang telah dibentuk di antara beberapa

pemilik dan kontraktor. Sesetengah pemilik memerlukan kontraktor mereka untuk

menjalankan TQM, dan kedua-dua pemilik dan kontraktor memerlukan vendor

mereka untuk melaksanakanTQM untuk kepentingan industri pembinaandi masa

hadapan.

2.5.6 Khidmat Pelanggan

TQM adalah proses yang memerlukan penglibatan secara universal. Ini

termasuklah penglibatan pelanggan. Lebih banyak syarikat yang terlibat dalam

proses TQM dan permintaan untuk peningkatan kualiti yang lebih baik, konsep

Page 51: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

30

inimenjadi semakin penting.Pelanggan mungkin sama ada dalaman atau luaran.

Memuaskan keperluan para pelanggan ini adalah bahagian penting dariproses

membekalkan pelanggan luaran akhir dengan produk yang berkualiti. Juran

mendakwa bahawa pihak-pihak dalam proses (pembekal, pemproses, dan pelanggan)

mempunyai "tiga peranan". Rajah 2.3 menunjukkan konsep "tiga peranan" yang

digunakan untuk pembinaan. Pereka adalah pelanggan pemiliknya kerana pereka

perlu menerima keperluan projekdari pemiliknya untuk menyediakan reka bentuk

yang layak. Reka bentuk bekalan perancang dan spesifikasi kepada pembina dalam

hal ini pembina adalah perekapelanggan kerana pembina menggunakan rancangan

perekadan spesifikasi, kemudian menjalankan proses pembinaan, dan akhirnya

membekalkan bangunan yang lengkap kepada pemilik. Kualiti dalam setiap proses

dipengaruhi oleh kualiti sebelum ini. Oleh itu, perkhidmatan pelanggan dalam setiap

peringkat adalah penting untuk prestasi bagi keseluruhan proses.

Input Proses

Output

Input Proses Output Input Proses

Rajah 2.3 Konsep tiga (3) pihak yang terlibat dalam pembinaan, Sumber: David & H

Murat (1997)

Pemilik Kontraktor

Arkitek Dan Jurutera Pemilik

Keperluan

Pemilik

Peringkat

Rekabentuk

Pembinaan

Fasiliti

Cadangan

Dan

Spesifikasi

Peringkat

Operasi Dan

Penyelenggaraa

n

Pringkat

Pembinaan

Page 52: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

31

Organisasi yang berjaya mengamalkan TQM telah meraih banyak manafaat.

Antaranya ialah peningkatan produktiviti,meningkatkan semangat, kepuasan,

keyakinan serta kebolehan pekerja, meningkatkan imej organisasi, memperbaiki

perhubungan di antara pembekal-pembekal dapat penjimatan kos.

2.6 Langkah-Langkah Mempromosikan Kualiti Semasa Peringkat

Pembinaan

Kempen kesedaran “Sifar kecacatan setelah pembinaan siap” telah

diperkenalkan oleh Olympic Delivery Authority’s Construction Programme untuk

mempromosikan kualiti semasa di peringkat pembinaan. Ini telah mendapat

penyutujuan bersama oleh semua pihak dan program ini dianjurkan bermula

daripada pihak atasan sehingga kepada individu yang bekerja di tapak bina.

Promosi ini termasuklah penghargaan, pengiktirafan untuk mempraktikkan bagi

meningkatkan kualiti dalam pembinaan, video kualiti dan kempen poster mengenai

kualiti. Setiap orang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti (London, 2012).

Walaupun inisiatif yang dilakukan mendatangkan kejayaan dalam

meningkatkan kualiti, namun pengetahuan terhadap setiap individu yang terlibat

semasa peringkat pembinaanharuslah ditingkatkan dari masa ke semasa. Kempen

untuk mempromosikan kualiti perlu dilaksanakan pada permulaan sesebuah

pembinaan itu.Inisiatif yang diterangkan di bawah dapat membantuuntuk

memastikan pengetahuan kualiti pada setiap individu yang terlibat di dalam

pembinaan.

Page 53: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

32

2.6.1 Pasukan Pengurusan

Pihak pengurusan dari pihak klien, kontraktor dan pihak pembekal telah

telah berkumpulbersama-sama dalam satu Persidangan Kecemerlangan Prestasi

untuk :

i. mengemukakan kaedah merekauntuk mengurus kualiti dalam perniagaan

mereka, kejayaan mereka ataupembelajaran melalui kegagalan;

ii. menjemput penceramah luaran untuk memberi taklimat mengenai

kepentingan kualiti dan bagaimana untuk menguruskan kualitikepada peserta

yang hadir

iii. membincangkan isu kualiti dan bagaimanamereka boleh menangani masalah

kualit dengan baik

iv. pemimpim program memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai

keperluan kualiti seterusnya dapat menjadi satu budaya ke arah meningkatkan

kualiti

v. memberi penghargaan atau pengiktirafan terhadap pihak kontraktor yang

mana aktif dalam menghasilkan kualiti dalam produk yang dihasilkan oleh

mereka.

2.6.2 Penglibatan Tenaga Kerja

Bagi memastikan kualiti dapat dicapai, penglibatan tenaga kerja di tapak bina

adalah sangat penting. Ini kerana kualiti dapat dicapai sekiranya pengurusan kualiti

mengikuti proses yang betul. Antara kepentingan penglibatan tenaga kerja di tapak

bina ialah ;

4. Perbincangan kualiti toolbox kualiti digunakan bagi

mendidik tenaga kerja untuk melakukan kerja

mengikut standard yang diperlukan dan ingin dicapai.

Page 54: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

33

Ini bermakna ianya diperlukan untuk melindungi kerja

mereka, kesedaran untuk menyiapkan kerja dan

menghormati kerja setiap orang yang ada disekeliling

5. memperkasakan tenaga kerja untuk mengambil

pemilikankerja mereka dengan menggalakkan mereka

untuk membincangkan masalah dengan teknik

pemasangan, yang melibatkan mereka dalam

keputusan yang berkaitan dengan perlawanan akhir

produk dan pengurusan mengambil alih dalam setiap

kerja yang diberikan.

2.6.3 Kempen Poster

Kempen poster yang menekankan kepentingan kualiti dalam projek

pembinaan yang dapat dilihat dengan keterangan pendek yang digunakan untuk

menyampaikan mesej kepada orang ramai.

2.6.4 Video Berkualiti

Video berkualiti yang dihasilkan menggunakantenaga kerja sebagai galakan

yang menggalakkanpemilikan kerja mereka, keinginan untuktunjukkannya

(bangga). Pelakon ituberbangga untuk bercakap dan membuktikankerja mereka

yang terlibat dengan danmahu memastikan ia cukup baik untuk ditunjukkan.Video

boleh digunakan sebagai sebahagian daripadainisiatif untuk mempromosikan

kualiti, iaituminggu berkualiti, dan lain-lain dan dimasukkan sebagaisebahagian

daripada induksi tapak.Jika mereka mula lagi, pelajarandari pengalaman mereka:

a. Bersedia untuk melancarkan promosikempen pada permulaannya

daripada binaan supaya mereka menangkap kerja awal, selepas semua

Page 55: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

34

ini adalah platform untuk menyiapkan produk.Di London 2012

program iniakan mempunyai banyakmanfaat yang lebih besar jika

sudahdihantar lebih awal.

b. Alihkan kempen dengan Kesihatandan inisiatif Keselamatan yang

sedang diambiltempat yang mungkin, selepas semuamereka saling

mempengaruhi, gunakan teknik yang serupa seperti tingkah

lakulatihan untuk penyelia.

c. Menggalakkan mesej kepada semuaahli pasukan yang mereka

mahumeraikan mendapatnya pertama kali,idea inovatif dan

sebagainya.

2.6.5 Quality Walk

Pengurusan atasan akan membuat lawatan tapak dan berjalan bersama tenaga

kerja untuk membincangkan masalah yang dihadapi, isu-isu yang berkaitan dengan

kerja di tapak dan mereka perlu membuat keputusan sekiranya diperlukan . Dengan

pemantaun yang sering kali dibuat ini, tenaga kerja dan pihak pengurusan atasan

dapat mengetahui tanggungjawab yang harus dijalankan oleh mereka dan seterusya

kualiti akan dapat dicapai.

2.6.6 Ganjaran Dan Pengiktirafan

Ganjaran dan pengiktirafan yang diberikan menunjukkan individu, pasukan

kerja dan organisasi itu bahawa kualiti adalah sangat penting kepada klien, dan

mereka yang menerima ganjaran dan pengiktirafan tersebut adalah yang terbaik. Di

London 2012, sebanyak 1000 pin lencana telah dihasilkan dan diberikan bersama-

sama sijil penghargaan kepada ahli-ahli yang memberi perhatian kepada kualiti,

menghargai pekerjaan mereka, menghormati kerja yang dilakukan oleh mereka dan

kepada ahli yang baru pertama kali menyertai program tersebut.

Page 56: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

35

2.7 Adaptasi Construction Quality Assesment System (QONQUAS) Di

Malaysia

QONQUAS adalah sistem penilaian kualiti yang digunakan di Singapura

sejak tahun 1989. Ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan (BCA 2005) Singapura selaras dengan kehendak agensi sektor awam

dan badan-badan professional untuk mengukur tahap kualiti yang dicapai bagi

sesuatu projek dalam pembinaan. Pada hari ini, QONQUAS diiktiraf dan digunakan

secara meluas dan diterima diperingkat antarabangsa sebagai penanda aras untuk

mengukur kualiti. Negara seperti UK dan Hong Kong telah berjaya menggunakan

kaedah penilaian ini dalam industri pembinaan mereka. QONQUAS kini telah

diguna pakai secara meluas terutama di Singapura, Malaysia, China, Hong Kong,

United Kingdom, Australia, Afrika Selatan dan India.

2.7.1 Definisi QONQUAS

Standard for Construction Quality Assesment System (QONQUAS)

merupakan sistem penilaian untuk mengukur kualiti dalam pembinaan. CONQUAS

meletakkan standard ke atas aspek-aspek pembinaan pelbagai serta

menganugerahkan point/markah bagi mana-mana kerja yang memenuhi kehendak

standard. Markah-markah ini akan dicampur bagi mendapatkan skor/markah kualiti

secara menyeluruh yang digelar QONQUAS SCORE bagi projek bangunan.

Dengan menggunakan QONQUAS sebagai kaedah penilaian kualiti yang standard,

pemaju dapat menggunakan skor QONQUAS bagi menetapkan sasaran kepada

kontraktor untuk mencapai dan menilai kualiti bangunan yang telah siap dibina.

Page 57: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

36

2.7.2 Objektif QONQUAS

Sistem QONQUAS mepunyai tiga (3) objektif (BCA,2005)

6. Untuk menyelaraskan standard penilaian kualiti bagi

projek pembinaan.

7. Untuk menjalankan objektif penilaian kualiti dengan

mengukur kerja-kerja yang telah dibina berbanding

dengan standard dan spesifikasi tenaga kerja

(workmanship) dan menggunakan pendekatan secara

persampelan mengikut kesesuaian projek.

8. Untuk memudahkan penilaian kualiti dijalankan secara

sistematik dengan kosdan masa yang berpatutan.

2.7.3 Skop QONQUAS

QONQUAS menyediakan piawaian dan spesifikasi untuk pelbagai aspek

kerja pembinaan dan memberikan skor untuk kerja-kerja yang memenuhi piawaian

yang telah ditetapkan. Semua skor ini akan dijumlahkan dan dipanggil QONQUAS

skor untuk menunjukkan pencapaian kualiti bagi pembinaan tersebut. QONQUA

mempunyai 3 komponen utama iaitu :

a. Kerja-kerja struktur

b. Kerja-kerja Senibina

c. M & E Works

Page 58: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

37

Setiap komponen dibahagikan lagi kepada item yang berbeza untuk tujuan

penilaian. Namun, kerja-kerja cerucuk, asas berat dan kerja sub struktur

dikecualikan daripada penilaian terutamanya pada kualiti kerja kerja yang dinilai

melalui pemeriksaan tapak dan ujian lapangan. Pemeriksaan akan dilakukan

sepanjang proses pembinaan kerja struktur, kerja mekanikal dan elektrikal dan

bangunan yang telah siap untuk kerja-kerja senibina. Selain daripada pemeriksaan

tapak, penilaian termasuk ujian ke atas bahan-bahan dan prestasi fungsi

perkhidmatan dan pemasangan terpilih juga akan dinilai (BCA, 2005).

2.7.4 Komponen Yang Akan Dinilai

Penilaian QONQUAS terdiri daripada tiga (3) komponen utama iaitu;

i. Kerja-kerja struktur

Intergriti struktur bangunan adalah sangat penting kerana kos bagi

kecacatan sesebuah bangunan dan kos pembaikannya adalah

bergantung kepada tahap kualiti sesebuah bangunan itu. Penilaian

terhadap kerja struktur terdiri daripada ;

(a) Pemeriksaan tapak kerja acuan, tetulang keluli dan konkrit

siap semasa pembinaan. Penilaian hendaklah termasuk konkrit

keluli struktur jika masing-masing merupakan lebih daripada

20% daripada jumlah kos struktur.

(b) Ujian makmal kekuatan mampatan konkrit dan tegangan

tetulang keluli.

(c) Ujian tidak menyebabkan kerosakan keseragaman dan penutup

konkrit yang keras.

ii. Kerja-kerja Senibina

Page 59: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

38

Kerja-kerja senibina terutamanya pada kemasan dan komponen-

komponen yang terlibat. Elemen-elemen ini adalah bahagian yang

dinilai dari segi kualiti kerja yang dihasilkan.

(d) Pemeriksaan tapak kemasan dalaman, bumbung, dinding

luaran, dan kerja luaran diperingkat penyiapan bangunan.

Kemasan dalaman termasuk lantai, dinding dalaman, siling,

pintu, tingkap dan komponen (kerja-kerja senibina yang tidak

dikelaskan di atas)

(e) Ujian bahan, dinding luar dan jubin dinding dalaman.

iii. M & E Works

Kualiti kerja M & E adalah sangat penting memandangkan kos yang

semakin tinggi dan kesannya terhadap prestasi sesebuah bangunan.

Penilaian ini meliputi kerja-kerja penghawa dingin dan kerja-kerja

pengudaraan mekanikal (ACMV), kerja-kerja elektrik, kerja-kerja

perlindungan kebakaran, kerja-kerja kebersihan dan kerja paip dan

kelengkapan asas M&E. Tahap-tahap penilaian termasuklah ;

(f) Pemeriksaan tapak kerja dalam proses semasa pembinaan

seperi pada saluran ACMV, saluran elektrik, paip tersembunyi

dan lain-lain.

(g) Pemeriksaan tapak kerja memasang seperti Unit Pengendalian

Udara (AHU), menara penyejuk, panel kawalan penggera

kebakaran dan lain-lain.

(h) Ujian prestasi ke atas kerja-kerja terpilih seperti ujian tekanan

air, ujian earthing dan sebagainya.

Setiap komponen dibahagikan lagi kepada item yang berbeza untuk penilaian.

Jumlah 3 komponen akan memberikan skor QONQUAS untuk projek tersebut.

Bangunan yang dinilai berdasarkan standard piawai melalui pemeriksaan tapak.

Page 60: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

39

Penilaian dilakukan sepanjang proses pembinaan kerja-kerja struktur dan M & E

dan di bangunan yang telah siap untuk kerja-kerja senibina. Penilaian ini juga

termasuk ujian ke atas bahan-bahan dan prestasi bagi perkhidmatan dan

pemasangan terpilih. Ujian ini membantu untuk melindungi kepentingan penghuni

bangunan berhubung dengan keselamatan, kecantikan dan kecacatan nilai estetika.

2.7.5 Kategori Projek

Di dalam sistem QONQUAS, struktur kerja bangunan, senibina, M&E

diperuntukkan mengikut empat kategori bangunan. Sistem weightage yang

bertujuan untuk mencapai objektif skor QONQUAS untuk menilai kualiti sesebuah

bangunan mengikut nilai estetika yang ada di setiap bangunan itu. Skor

QONQUAS yang diberikan adalah jumlah mata yang diberikan kepada tiga

komponen di dalam setiap kategori bangunan yang dibahagikan.

2.7.6 Pensampelan

Memandangkan QONQUAS tidak sesuai digunakan terhadap semua

komponen yang ada di dalam sesebuah bangunan, sistem ini telah menggunakan

sistem persampelan semasa penilaian dibuat. Sistem persampelan yang dinilai

berdasarkan saiz sesebuah bangunan. Sistem ini juga dapat memastikan bahawa

penilaian yang dibuat adalah mewakili keseluruhan bangunan tersebut.

2.7.7 Pendekatan Penilaian

Sampel hendaklah diagihkan disepanjang peringkat pembinaan dijalankan.

Pemarkahan akan dilakukan pada kerja-kerja yang diperiksa buat kali pertama.

Pembetulan yang dilakukan selepas penilaian itu dibuat tidak akan dapat diperbaiki

Page 61: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

40

semula. Objektif yang utama dalam sistem penilaian ini adalah untuk

menggalakkan pihak kontraktor “melakukan perkara yang betul pada pertama kali”.

2.7.8 Kebaikan QONQUAS

a. Membolehkan pihak firma untuk menanda aras kualiti mutu kerja

setaraf peringkat antarabangsa

b. Dapat memberi kelebihan kepada pihak kontraktor bersaing bagi

meningkatkan kualiti kerja dalam pembinaan yang konsisten bagi

mencapai skor QONQUAS yang tertinggi

c. Meningkatkan rekod prestasi kerja yang baik terhadap pihak

kontraktor bagi memastikan kebolehpasaran di masa hadapan.

2.8 Pengenalan Kepada QLASSIC

Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan atau dikenali sebagai QLASSIC

telah diperkenalkan di Malaysia oleh Lembaga Industri Pembinaan (CIDB) pada

tahun 2007. Di Singapura sistem yang sama digunakan dikenali sebagai

(QONQUAS). Pelaksanaan (QONQUAS) yang berkesan mendorong (CIDB)

menerbitkan (QONQUAS) mereka sendiri dengan beberapa garis panduan dibuat

yang dinamakan sebgagai QLASSIC.

QLASSIC menetapkan piawaian bagi setiap elemen pembinaan dalam

bangunan dan kerja infrastruktur lain. Penilaian bagi kualiti kerja dan kemasan

kerja pembinaan adalah berdasarkan piawaian. Mata akan diberikan jika kualiti

kerja memenuhi garis panduan yang ditetapkan. Mata ini kemudian akan

Page 62: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

41

dikumpulkan untuk memberikan skor kualiti keseluruhan yang dinamakan skor

QLASSIC (%).

Penilaian dilakukan di tapak bina melalui pemeriksaan tapak dan ujian

lapangan. Skor akan dilakukan pada kerja-kerja pembinaan yang diperiksa buat kali

pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbetulkan dari masa ke semasa selepas

penilaian tidak akan dinilai semula. Objektif amalan ini adalah untuk

menggalakkan kontraktor melakukan perkara yang betul pada kali pertama dan

setiap masa. Tujuan sistem ini adalah untuk membolehkan projek pembinaan

dilaksanakan mengikut standard piawaiuntuk memastikan kualiti kerja dalam

pembinaan.

2.8.1 Objektif QLASSIC

Berdasarkan CIDB, QLASSIC merupakan sistem yang menilai kualiti kerja

melalui pendekatan pensamplean dan statistik. Objektif QLASSIC adalah seperti

berikut :

(a) Meningkatkan tahap kualiti dalam industri pembinaan

(b) Memiliki sistem penilaian kualiti sebagai penanda aras untuk kualiti

kerja dalam pembinaan

(c) Membantu kontraktor untuk mengurangkan kerja kecacatan semasa

menjalankan kerja pembinaan

(d) Digunakan sebagai kriteria unutk menilai prestasi kontraktor

berdasarkan kualiti kerja

(e) Penyusunan data yang digunakan untuk analisis statistik dalam

menganggarkan tahap kualiti dan produktiviti industri pembinaan

Page 63: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

42

2.8.2 Skop QLASSIC

QLASSIC menetapkan standard pada kualiti kemahiran kerja bagi pelbagai

elemen pembinaan untuk kerja pembinaan bangunan. Markah diberikan apabila

kemahiran kerja berkenaan mematuhi standard yang digariskan, iaitu mengguna

Construction Industry Standard (CIS 7:2006). Markah tersebut kemudian

dijumlahkan untuk mengira Skor QLASSIC (%) terhadap satu-satu projek

pembinaan bangunan.

Penilaian QLASSIC melaksanakan pemeriksaan tapak serta mengguna

prinsip pemeriksaan kali pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbaiki selepas

penilaian dibuat tidak akan dinilai semula. Objektif prinsip ini ialah untuk

menggalakkan kontraktor "Do Things Right the First Time and Every Time".

2.8.3 Penilai QLASSIC

Penilaian QLASSIC di sesebuah projek pembinaan mesti dilaksanakan oleh

penilai bertauliah yang telah dilantik oleh CIDB.

Penilaian atau Penilai yang bertauliah itu adalah orang yang telah lulus dan

memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan oleh CIDB. Hanya yang lulus latihan

akan berdaftar dengan CIDB, sebagai penilai QLASSIC yang bertauliah.

CIDB memastikan perlantikan para penilai yang menjalankan kerja taksir

nilai di projek pembinaan, adalah terdiri daripada ahli bertauliah yang memiliki

tahap profesionalisme dan integriti tertinggi pada saban masa.

Page 64: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

43

2.8.4 Pendekatan Penilaian Dan Proses Persampelan

Sebelum sesuatu penilaian dilaksanakan, elemen pembinaan yang perlu

dinilaikan itu diperhalusi menerusi pendekatan persampelan dan statistik. Sampel

itu diedarkan sama rata sepanjang pelaksanaan projek.Sampel penilaian dipilih

daripada lukisan dan pelan projek pembinaan yang relevan. Semua lokasi di

sesebuah projek pembinaan akan turut terlibat bagi urusan penilaian. Ini bagi

memastikan sampel terpilih mewakili secukupnya seluruh projek pembinaan

berkenaan.

Oleh kerana tidak praktikal untuk menilai semua elemen dalam projek

pembinaan, penilaian QLASSIC menggunakan proses pensampelan untuk membuat

penilaian. Pensampelan mengambil kira saiz bangunan serta pengagihan di setiap

bahagian atau lokasi yang berfungsi. Ini akan membolehkan penilaian itu mewakili

keseluruhan bangunan (Hao 2005). Sebelum menjalankan penilaian, penilai akan

menentukan sampel (elemen atau lokasi) yang perlu dinilai. Sampel mesti

diedarkan dengan seragam disepanjang projek pembinaan dijalankan. Sampel akan

dipilih daripada lukisan dan pelan projek yang berkaitan. Persampelan kerja-kerja

struktur dibahagikan kepada dua atau tiga peringkat bermula dari aktiviti

superstruktur sehingga selesai kerja-kerja struktur bergantung kepada skop aktiviti

struktur (Hao 2005). Semua lokasi dalam projek pembinaan mestilah disediakan

untuk tujuan penilaian.

Terdapat beberapa elemen yang dapat dinilai oleh penilai tentang standard

kualiti yang dilaksanakan oleh pelanggan atau kontraktor yang telah dilantik oleh

mereka. Oleh itu, penilaian bergantung kepada elemen penilaian yang diperlukan.

Elemen-elemen yang dinilai adalah seperti berikut :

Page 65: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

44

1. Kerja-kerja Struktur

Penilaian dibuat sepanjang projek pembinaan dijalankan. Bilangan

sampel ditentukan berdasarkan keluasan lantai kasar (GFA) bangunan dengan

bilangan minimum dan maksimum sampel.

2. Kerja-kerja Senibina

Penilaian dilakukan setelah projek pembinaan siap dan sebelum proses

penyerahan bangunan tersebut terhadap klien. Sampel ditentukan berdasarkan

keluasan lantai kasar (GFA) bangunan dengan bilangan minimum dan

maksimum sampel.

Kerja-kerja penilaian senibina mengikut elemen-elemen di setiap

bangunan adalah seperti rajah dibawah :

a) Siling

Rajah 2.4 : Permukaan siling yang licin, tiada kecacatan yang

dapat dilihat dan tiada jurang antara siling dan dinding

b) Lantai

Page 66: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

45

Rajah 2.5 : Kecerunan jubin lantai yang lurus dan tepat

c) Dinding dalam

Rajah 2.6 : Permukaan adalah sama rata, bebas daripada

permukaan mengelupas, dan tiada jurang yang kelihatan

kerosakan keretakan.

d) Dinding luar

Rajah 2.7 : Permukaan dinding luar di cat sama rata, bebas

daripada mengelupas dan tidak ada kecacatan

Rajah 2.8 : Permukaan kaca mestilah kemas dan mempunyai

alignment yang lurus dan tegak

Page 67: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

46

e) Bumbung

Rajah 2.9 : Permukaan bumbung yang dinilai tidak kotor,

penyambungan dipasang dengan betul, kemas dan selari dan

warna yang konsisten.

f) Longkang dan apron

Rajah 2.10 : Longkang mestilah tidak bertakung dan selari.

g) Pintu dan tingkap

Page 68: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

47

h) Lekapan dalam dan luar

Rajah 2.11 : Alignment harus selari, aksesori yang mencukupi,

louvered tingkap dengan panel kaca panjang yang betul

Rajah 2.12 : Penyambungan yang kemas, selamat untuk

digunakan, tiada sebarang keroskan dan mempunyai warna

yang konsisten

3. Kerja-kerja Mekanikal Dan Elektrik

Sampel ditentukan berdasarkan keluasan lantai kasar (GFA) bangunan

dengan minimum dan maksimum sampel. Untuk projek-projek yang telah siap

penilaian akan dibuat setelah projek telah siap dan sebelum penyerahan

bangunan terhadap klien. Manakala untuk projek yang sedang dijalankan,

penilaian akan dibuat secara berperingkat dari masa ke semasa.

4. Kerja-kerja Luaran

Page 69: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

48

Penilaian akan dibuat setelah projek telah siap dan sebelum

penyerahan bangunan terhadap klien. Bilangan sampel adalah berdasarkan

(10M panjang / lokasi) mengikut nombor sampel yang minimum.

2.8.5 Standard Industri Pembinaan (CIS : 2006)

Standard industri pembinaan dibahagikan kepada empat komponen utama.

Penilaian kualiti kerja dilakukan berdasarkan standard piawaian dan skor akan

diberikan mengikut keperluan standard yang ditetapkan. Skor kualiti yang diberi

akan dijumlahkan yang dikenali sebagai skor QLASSIC kepada kerja-kerja

pembinaan (Hao,2005). Komponen-komponen yang akan dinilai adalah seperti

berikut :

1. Kerja-kerja Struktur

Struktur bangunan adalah sangat penting kerana ia akan menentukan

peruntukan kos bagi kos kecacatan dan pembaikan setelah pembinaan telah siap

dibina. Penilaian struktur bangunan terdiri daripada :

a. Pemeriksaan terhadap acuan kerja, kerja-kerja besi, elemen

prefabricated atau pre-castsemasa peringkat pembinaan dijalankan

b. Ujian makmal mengenai kekuatan mampatan konkrit dan tegangan

tetulang keluli

c. Ujian tidak terancang bagi uniformitydan penutup konkrit yang

keras

2. Kerja-kerja Senibina

Page 70: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

49

Kerja-kerja senibina sering berkait rapat dengan kerja-kerja kemasan. Ini

adalah bahagian di mana kualiti kerja dapat ditentukan mengikut standar piawai

yang ditetapkan. kerja-kerja senibina adalah kerja seperti lantai, dinding dalaman,

siling, pintu dan tingkap, lekapan dan lengkapan, dinding luaran, bumbung, jalan

masuk, porch dan apron.

3. Kerja-kerja Mekanikal Dan Elektrikal

Kualiti kerja M&E adalah penting memandangkan perkadaran kos

yang semakin tinggi dan kesannya terhadap prestasi bangunan. Secara amnya

penilaian itu meliputi kerja-kerja elektrik, penyaman udara dan kerja-kerja

pengudaraan mekanikal (ACMV), kerja-kerja perlindungan kebakaran, kerja-

kerja pembersihan dan paip, lif, ekskaltor dan asas peralatan dan lengkapan

M&E.

4. Kerja-kerja Luaran

Kerja luaran dalam pembinaan bangunan seperti tempat perlindungan

jalan, longkang, kerja jalan, tempat letak kereta, laluan penjalan kaki, turfing,

taman permainan, pagar, kolam renang, hardscape dan pencawang elektrik.

Dalam standard industri pembinaan, pemberat untuk struktur, seni bina,

M&E dan kerja luaran diperuntukkan, mengikut empat kategori bangunan.

Sistem weightage yang memenuhi objektif QLASSIC dimana ianya dapat

menentukan kualiti bangunan, kompromi antara perkadaran kos empat

komponen dalam pelbagai bangunan dan pertimbangan nilai estetika. Skor

QLASSIC sebuah bangunan adalah jumlah mata yang diberikan kepada

empat komponen dalam setiap kategori bangunan.

Page 71: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

50

2.8.6 Aliran Proses Penilaian QLASSIC

Dalam gambar rajah 2.12 di bawah, menunjukkan carta aliran yang

dihasilkan oleh CIDB. Penilaian carta aliran boleh diaplikasikan oleh pihak pemaju

dan kontraktor di Malaysia.

Rajah 2.13 : Carta alir proses penilaian QLASSIC

MULA

PERMOHONAN

KEPADA CIDB

SKOP PENILAIAN

SAMPEL OLEH

PENILAI

PENILAIAN DI TAPAK

SKOR QLASSIC (%)

TAMAT

- Pemaju/ pemilik

projek/ kontraktor

untuk menghantar

permohonan

- Bilangan sampel

yang akan dinilai

berdasarkan garis

panduan

pensampelan

didalam CIS 7

(GFA)

-Lokasi sampel

ditentukan dan

ditandakan dalam

lukisan pembinaan

-CIDB

mengeluarkan

laporan penilaian

berdasarkan projek

-Kerja senibina

-Kerja penyukturan

-Kerja M&E

-Kerja luaran

1.

-Penilai bebas dan

berkelayakan untuk

menjalankan

penilaian

-Kualiti mutu kerja

adalah berdasarkan

keperluan dalam

CIS 7

-Borang penilaian

2.

Page 72: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

51

2.8.7 Kategori Bangunan Yang Dinilai QLASSIC

Terdapat empat kategori menilai bangunan dengan mengguna QLASSIC

seperti berikut:

i. Kategori A (Setingkat) – Sesebuah, berkembar, teres dan kelompok.

ii. Kategori B (Bertingkat) – Rumah Pangsa, apartment, kondominium,

servis apartmen, small office home office (SOHO) dan town house.

iii. Kategori C (Bangunan awam/komersial/industri tanpa sistem

pendingin berpusat) – Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang,

bengkel, hanger, small office flexible office (SOFO), small office

virtual office (SOVO), bangunan keagamaan, stadium, dewan

komuniti, hospital, lapangan terbang, universiti, kolej, balai polis, dan

seumpamanya.

iv. Kategori D (Bangunan awam/komersial/industri dilengkapi sistem

pendingin berpusat) – Bangunan pejabat, sekolah, kilang, gudang,

bengkel, hanger, small office flexible office (SOFO), small office

virtual office (SOVO), bangunan keagamaan, stadium, dewan

komuniti, hospital, lapangan terbang, universiti, kolej, balai polis, dan

seumpamanya.

Penilaian terhadap kualiti kerja dilakukan berdasarkan komponen-komponen

utama dan markah diberikan jika kualiti mematuhi standard piawaian yang

ditetapkan. Markah yang telah diberikan akan dijumlahkan untuk mendapat jumlah

skor untuk projek pembangunan tersebut. Peruntukan weightageuntuk komponen

kerja pembinaan yang mengikut kategori bangunan adalah seperi dalam Jadual 2.13

di bawah :

Page 73: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

52

Jadual 2.14 : Weightage bagi komponen yang dinilai

Komponen

Kategori A

Setingkat

(%)

Kategori B

Bertingkat

(%)

Kategori C

Bangunan

awam/komersial/indu

stri tanpa sistem

pendingin berpusat

(%)

Kategori D

Bangunan

awam/komersial/indust

ri dilengkapi sistem

(pendingin berpusat)

(%)

Kerja

Struktur

15 20 20 20

Kerja

Senibina

70 60 55 50

Kerja

Mekanikal

&

Elektrikal

5 10 15 20

Kerja

Luaran

10 10 10 10

Jumlah

Skor

100 100 100 100

2.8.8 Kebaikan Aplikasi QLASSIC

Pembeli hartanah pada harini tidak hanya melihat kepada kualiti sesebuah

pembinaan tersebut tetapi ia juga mementingkan nilai estetika juga. Walaupun

kebanyakan pemaju ingin memberikan kualiti yang luar biasa kepada pengguna

akhir, kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan kadangkala tidak dapat

memenuhi standard piawaian yang telah ditetapkan. Kepentingan dalam

Page 74: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

53

memastikan kualiti kerja dalam pembinaan adalah sangat penting kepada pemaju

kerana ini akan meminimumkan keperluan untuk kerja-kerja pembaikan kecacatan

bangunan yang menyebabkan peningkatan kos. Oleh itu, ianya penting bagi pemaju

untuk melihat kualiti kerja pada permulaan projek dan hanya QLASSIC yang dapat

menyediakan ciri-ciri yang sesuai untuk mengukur kualiti dalam pembinaan

(CIDB,2006). Antara kebaikan menggunakan QLASSIC antaranya ialah :

a) Moto – Melakukan perkara yang betul pada pertama kali dan

setiap kali menggalakkan pemaju dan kontraktor untuk

menjalankan kerja-kerja yang betul pada setiap masa. Yang

bermaksud kurang wang yang dibelanjakan untuk kerja

pembetulan dan pembaikan kecacatan bangunan.

b) Pengukur - Membolehkan pemaju untuk mengukur prestasi

kerja mereka. Contohnya dalam projek terdahulu, pemaju A

mendapat skor markah yang kurang baik, iaitu 58%. Dan

selepas dilengkapi dengan pengetahuan yang betul dan

mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai QLASSIC,

pemaju dapat meningkatakn skor markah yang lebih tinggi iaitu

menjadi kepada 65% dalam projek seterusnya dan bertambah

baik kepada 76% dalam pembangunan lain. Ini menunjukkan

peningkatan yang berterusan dengan projek-projek seterusnya

sebagai pendorong kepada pemaju berusaha untuk

menghasilkan produk yang lebih baik dengan kualiti yang baik.

c) Pertimbangan yang tinggi – QLASSIC dapat mewujudkan

pemaju yang mempunyai kepakaran dan kemahiran bagi

mencapai matlamat mereka. Ia juga dapat menunjukkan hasrat

pemaju untuk bertanggungjawab dan keinginan untuk

memberikan kualiti kerja yang baik kepada pembeli.

Page 75: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

54

d) Berwibawa – apabila dikongsi secara terbuka dengan orang

awam, ukuran penilaian kualiti akan memberi kepercayaan dan

kredibiliti terhadap pemaju dan kontraktor.

e) Reputasi kontraktor – QLASSIC adalah sistem penilaian yang

boleh dipercayai untuk digunakan dalam menentukan kualiti

dan memberi pengiktirafan kepada kontraktor. Terdapat contoh

di mana pemaju akan menetapkan skor yang mana kontraktor

mestilah mencapai (biasanya 70% dan ke atas) sebagai cara

untuk mengukur kualiti kerja dan akan dianugerahkan

pengiktirafan kepada kontrakor yang mencapai skor yang

tinggi.

f) Alat pemasaran – skor QLASSIC yang tinggi membolehkan

pemaju menggunakannya sebagai sebahagian daripada alat

pengiklanan dan promosi terutama projek-projek baru dan juga

mewujudkan lebih banyak kesedaran kepada orang ramai

mengenai kepentingan skor QLASSIC yang tinggi dan

berpotensi membuatkan pembeli mempunyai keyakinan dan

kepercayaan kepada pemaju.

g) Anugerah kecemerlangan QLASSIC – Satu perkongsian yang

kuat antara pemaju dan kontraktor untuk mereka bekerjasama

untuk memastikan kualiti kerja yang diiktiraf dan dihormati

yang akan diberikan pada hari QLASSIC.

QLASSIC adalah sangat berpatutan dan hanya berharga RM500 untuk setiap

projek, tanpa mengira projek. Ia adalah satu kali kos dan taksiran tidak boleh

diulang dalam apa-apa keadaan. Pemaju akan mempunyai peluang untuk mengukur

dan mengenalpasti standard piawaian yang ditetapkan dan berusaha untuk

memperbaiki dalam projek seterusnya.

Page 76: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

55

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Tujuan penyelidikan dilakukan adalah untuk memberi jawapan kepada

“ketidakpastian”. Pengkaji menjalankan kajian kerana tidak pasti akan sesuatu

perkara atau fenomena yang telah, sedang atau belum berlaku. Pengkaji tidak boleh

mengenalpasti jawapan untuk dengan hanya berdasarkan pandangan diri sendiri

berasaskan pengetahuan atau pengalaman lalu. Ini adalah kerana pandangan dan

pengetahuannya mungkin dipengaruhi oleh penghuraian yang subjektif berikutan

pengaruh pihak-pihak tertentu, kepercayaan, budaya, tradisi, stereotaip ataupun

tanggapan yang salah. Dalam penyelidikan, pandangan seseorang yang mempunyai

unsur subjektiviti yang tinggi adalah dianggap sebagai tidak formal selagi

pandangan tersebut tidak dianalisis melalui kajian. Penyelidikan merupakan satu

langkah yang memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong oleh

data-data yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Ini dilakukan dengan mengumpul

data (berhubung sesuatu topik) secara terus daripada individu, kumpulan individu,

dokumentasi serta pelbagai sumber maklumat yang lain. Oleh itu, penyelidikan

merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan kaedah

penyelidikan, pengumpulan data, penghuraian data dan pelaporan untuk memberi

jawapan kepada ketidakpastian pengkaji, di samping digunakan sebagai alat untuk

memperoleh sumber pengetahuan yang sah dan boleh dipercayai, iaitu sumber

pengetahuan yang mempunyai nilai saintifik dan logik. Secara ringkas,

Page 77: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

56

penyelidikan adalah satu bentuk disiplin yang sistematik yang memberi jawapan

kepada persoalan.

Oleh itu metodologi kajian adalah sangat penting dalam menjalankan sesuatu

kajian. Ia merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan perancangan

kaedah penyelidikan, pengumpulan data, penghuraian data dan pelaporan untuk

memberi jawapan kepada ketidakpastian pengkaji. Menurut Norazman Abdul

Majid, Sahirah Marzuki & Zanariah Md Salleh (2007), metodologi kajian memberi

panduan dalam perlaksanaan serta cara perlaksanaan penyelidikan dijalankan. Di

dalam bab ini akan menerangkan bagaimanakah kaedah penyelidikan yang akan

digunakan bagi mencapai objektif kajian.

3.2 Rekabentuk Penyelidikan

Hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan rekabentuk kajian, manakala

rekabentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Namun, tiada rekabentuk

kajian yang sesuai digunakan untuk semua kajian, tetapi sesuatu kajian boleh

dilakukan dengan menggunakan beberapa bentuk kajian yang berbeza. Oleh itu,

pengkaji harus merancang kajiannya dengan menggunakan rekabentuk

penyelidikan yang bersesuaian dengan tujuan penyelidikan yang telah ditetapkan.

Penyelidikan yang akan dijalankan ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Oleh itu,

penyelidikan akan dijalankan situasi yang realistik agar hasil kajian dapat mencapai

objektif yang telah digariskan.

Sesuatu penyelidikan biasanya dikategorikan sebagai penyelidikan kuantitatif

atau penyelidikan kualitatif. Terdapat juga penyelidikan yang menggabungkan

kedua-dua penyelidikan kuantitatif dah kualitatif. Dua kategori penyelidikan ini

yang berbeza dari segi kaedah dan teknik kajian yang digunakan mempunyai

Page 78: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

57

tujuan, konsep, reka bentuk kajian, persampelan, cara data dipungut dan analisis

data serta instrumentasi yang berbeza.

Istilah “kuantiti” membawa erti beberapa banyak atau bilangan, iaitu merujuk

kepada bilangan yang diskrit yang dinyatakan dengan tepat. Maka, penyelidikan

kuantitatif adalah melibatkan data numerical dan ketepatan, dan adalah berdasarkan

kaedah penyelidikan inkuiri positivitis, di mana penyelidikan dilakukan melalui

kajian eksperimental dan data numerical yang dipungut dianalisis dengan ujian

statistic. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dapat dinyatakan dalam

bentuk hipotesis.

Dalam penyelidikan kuantitatif, variabel-variabel dalam suatu fenomena yang

dikaji akan dioperasionalkan sebelum diukur. Pengukuran data dalam penyelidikan

kuantitatif mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan, dan ia dilakukan untuk

menguji teori, membina fakta dan menyatakan perhubungan antara variabel-

variabel dalam fenomena yang dikaji. Kaedah eksperimental dan kuasi-

eksperimental merupakan dua reka bentuk penyelidikan yang sering digunakan

dalam penyelidikan kuantitatif.

Penyelidikan kuantitatif juga boleh dilakukan melalui kajian deskriptif atau

kajian inferensi. Dalam penyelidikan deskriptif, data dipungut daripada seluruh

populasi dan statistik asas seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan

taburan skor dilaporkan. Dalam kajian inferensi pula, data dikumpul daripada satu

sampel yang dipilih secara rawak daripada populasi dan diuji dengan menggunakan

ujian statistik. Hasil kajian kemudiannya digeneralisasikan kepada seluruh populasi

di bawah kajian.

Page 79: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

58

Berdasarkan kepada persoalan dan objektif kajian, pengkaji memilih untuk

melakukan kaedah penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif melalui borang soal

selidik.

3.3 Populasi Penyelidikan

Populasi kajian adalah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan

kajian dapat diaplikasikan (Fraenkel & Wallen,1990). Dalam penyelidikan ini,

sasaran populasi kajian ialah terhadap syarikat kontraktor kelas kecil dan sederhana

bermula dari kelas G5, G4, G3, G2 dan G1 di dalam industri pembinaan di Malaysia

yang bedaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB).

3.4 Sampel Penyelidikan

Persampelan merupakan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu

populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Ia merupakan satu aspek penting

dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak sesuai akan

mengurangkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Secara amnya, prosedur

persampelan dalam penyelidikan dilakukan dengan menentukan kerangka

persampelan terlebih dahulu, diikuti dengan pemilihan sampel kajian daripada

kerangka persampelan tersebut dan seterusnya ujian statistik dilakukan ke atas

sampel tersebut. Nilai ujian statistik yang diperoleh daripada kajian ke atas sampel

kemudiannya digeneralisasikan kepada nilai populasi kajian yang dikenali sebagai

parameter.

Ralat persampelan digunakan dalam penyelidikan ini. Persampelan ini

merujuk kepada perbezaan antara nilai statistik dalam sampel kajian dengan nilai

parameter yang sebenar dalam populasi (Chuan Yan Piaw 2014).

Page 80: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

59

Oleh yang demikian, responden bagi penyelidikan ini telah ditetapkan pada

peringkat awal bersesuaian dengan penyelidikan yang ingin dibuat. Kontraktor kelas

kecil bermula dari kelas G5,G4,G3,G2 dan G1 telah dipilih untuk menjadi responden

bagi penyelidikan ini. Pemilihan responden adalah sangat penting kepada penyelidik

bagi mendapatkan data yang tepat dan benar.

3.5 Instrumen Penyelidikan

Dalam penyelidikan sains sosial , instrument kajian biasanya merupakan soal

selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian. Soal selidik mempunyai

banyak kegunaan. Antaranya, sebagai senarai semak untuk merekodkan pemerhatian

ke atas tingkah laku responden, sebagai soalan sesi temubual, ataupun sebagai ujian

kertas dan pensil. Soal selidik yang baik tidak seharusnya menimbulkan kebosanan

responden, malah boleh menarik minat responden untuk menjawab dengsn ikhlas dan

jujur. Item-item dalam soal selidik haruslah mudah difahami, dan resposden dapat

menjawabnya tanpa keraguan walaupun dengan membacanya sekali sahaja. Pengkaji

perlu sentiasa ingat bahawa suatu soal selidik yang baik adalah ringkas, jelas, mudah

dijawab dan dapat mewakili konsep operasional yang ingin dikaji dengan tepat.

Oleh itu, instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik

kajian tinjauan. Borang soal selidik boleh dianggap sebagai pengganti diri penyelidik.

Soal selidik adalah borang yang akan menyediakan soalan-soalan dan beberapa

bahagian serta ruangan untuk dijawab oleh responden. Menurut Rohana (2003), soal

selidik lazimnya bersifat standard di mana soalan yang sama akan diberi kepada

semua responden tanpa mengira lapisan masyarakat.

Page 81: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

60

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Setiap penyelidikan melibatkan beberapa proses yang mana proses

pengumpulan data merupakan proses yang paling penting bagi penyelidikan kerana

ianya akan menentukan hasil yang diperolehi di akhir penyelidikan. Setiap

penyelidikan memerlukan pengumpulan data bagi menjawab dan menyokong

objektif yang telah ditetapkan diperingkat awal.

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam

penyelidikan ini. Kaedah pertama ialah edaran borang soal selidik melalui serahan

tangan oleh penyelidik. Penyelidik akan menghantar sendiri borang soal selidik

kepada responden. Kaedah ini mempunyai kelebihan iaitu penyelidik dapat

memperoleh data dengan cepat dan jika responden tidak faham untuk menjawab

soalan yang berkaitan, penyelidik secara terus dapat membantu responden. Dengan

ini, penyelidik dapat maklum balas daripada responden dengan secepat mungkin.

Kaedah yang kedua ialah dengan menggunakan teknologi iaitu melalui email,

mesin faks, dan “online survey”. Penggunaan kaedah ini adalah cepat dan dapat

menjimatkan kos selain kurang menggunakan tenaga kerja.

3.7 Kaedah Analisis Data

Analisis data yang dijalankan bertujuan untuk menjawab objektif yang

dinyatakan. Di samping itu, perbandingan akan dibuat diantara data primer dan data

sekunder yang mana data-data yang diperolehi daripada proses pengumpulan data

sama dengan data-data yang didapati melalui kajian literature.

Page 82: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

61

Di dalam penyelidikan ini, maklumat yang diperolehi melalui borang soal

selidik akan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel. Pemilihan perisian ini

adalah berdasarkan kepada kemudahan mengira responden dan memudahkan

penyelidik untuk mengubah penjelasan kepada bentuk graf dan jadual bagi soalan-

soalan yang telah direka.

Daripada hasil soal selidik yang dilakukan, data yang diperolehi dikumpul

dan dianalisis. Analisis data adalah penukaran dari data mentah kepada maklumat

yang boleh dilihat dengan jelas. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan di

dalam bentuk jadual beserta huraian dalam bentuk penulisan supaya mudah difahami

dengan jelas.

3.7.1 Indeks Purata

Dalam penyelidikan ini, data yang dikumpul daripada soal selidik dianalisis

dengan menggunakan kaedah indeks purata. Indeks Purata dikira untuk

mencerminkan keberkesanan kriteria yang dinyatakan di atas. Sebaik sahaja indeks

purata setiap data ditentukan, kriteria bagi setiap data akan dinilai melalui kedudukan

dan pengelasan skala. Indeks tersebut dikira seperti berikut (Majid & Mccaffer,

1997).

Formula Indeks Purata seperti di bawah :

Indeks Purata : ΣαiXi

Σxi

Di mana:

ai = pemalar yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i

i = 0,1,2,3,4,5 dan seterusnya.

Page 83: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

62

Pengelasan bagi purata mata yang diperolehi pula adalah dengan merujuk

kepada McCaffer dan Muhd Zaimi (1997) seperti yang berikut :

SKALA

PENILAIAN

KATEGORI

INDEKS PURATA

1 Sangat Tidak Tahu 1.00 ≤ Indeks Purata < 1.50

2 Tidak Tahu 1.50 ≤ Indeks Purata< 2.50

3 Kurang Tahu 2.50 ≤ Indeks Purata < 3.50

4 Tahu 3.50 ≤ Indeks Purata < 4.50

5 Sangat Tahu 4.50 ≤ Indeks Purata < 5.00

Jadual 3.1 : Kedudukan skala Indeks Purata

3.7.2 Analisis Kekerapan

Kaedah analisis frekuensi digunakan merujuk kepada soalan tertutup yang

iaitu soalan yang telah disediakan jawapan. Antara teknik yang digunakan untuk

menerangkan dan menghurai statistik deskripsi ini adalah dengan menghuraikan

dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kaedah ini digunakan pada bahagian satu (1)

iaitu latar belakang responden.

Formula berikut akan menerbitkan peratusan kekerapan :

Kekerapan ( fr ) = Kekerapan skor x 100

Bil responden

Page 84: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

63

3.8 Skala Likert

Rensis Likert (1932) mencadangkan bahawa indeks seharusnya dibina dengan

menambah item-item yang berkaitan dengan sesuatu konsep. Skala Likert ini

digunakan secara meluas dalam penyelidikan, terutamanya dalam kajian-kajian

sains sosial dan pendidikan. Pada asasnya, Skala Likert menggunakan 5 skala, iaitu

:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Sangat setuju

Analisis Skala Likert menggunakan formula indeks purata untuk mengukur

pandangan responden terhadap soalan yang ditanyakan dalam borang soal selidik

(Majid & McCaffer 1997). Kaedah ini digunakan pada bahagian dua (2) dan

bahagian tiga (3) borang soal selidik.

3.8.1 Analisis Data Skala Likert

Oleh kerana nilai skala Likert merupakan skala ordinal, maka analisis

perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden boleh dilakukan dengan

menggunakan ujian bukan parametrik seperti ujian Khi Kuasa Dua, ujian Mann-

Whitney U dan ujian Kruskal-Wallis H. Analisis korelasi pula boleh dilakukan

dengan menggunakan ujian Kolerasi Spearman r, manakala analisis deskriptif boleh

menggunakan frekuensi dan peratusan.

Page 85: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

64

3.8.1.1 Pengiraan Skor Bagi Skala Likert

Menurut Lim dan Alum (1995) ; Chua (2006) dan Sulaiman (1996), min ialah

purata yang diperoleh dengan menambahkan semua skor dan dibahagi dengan

bilangan kategori. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pemboleh ubah

secara purata. Nilai min yang diperoleh adalah berdasarkan formula berikut :

Contoh pengiraan :

Sangat Tidak

Tahu

Tidak Tahu

Kurang

Tahu

Tahu Sangat

Tahu

1 2 3 4 5

A B C D E

Skor Min = Jumlah skor

Jumlah Responden

Skala = 1, 2, 3, 4 dan 5

Responden = A, B, C, D, E

Jumlah Responden = A + B + C + D + E = N

Skor Purata = (A x 1) + (B x 2) + (C x 3) + (D x 4) + (E x 5) /N

3.8.1.2 Kelebihan Skala Likert

9. Mudah diurus dan dipakai.

10. Item-itemnya mudah dijawab oleh responden

Skor Min = Jumlah Skor

Jumlah Responden

Page 86: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

65

11. Data yang dipungut melalui skala Likert mempunyai

kebolehpercayaan yang lebih tinggi daripada skala-

skala yang lain seperti Thurstone dan Guttman.

3.8.1.3 Langkah-Langkah Pembinaan Skala Likert

Skala Likert yang digunakan dalam sesuatu instrumen kajian perlu dibina

mengikut prosedur tertentu. Pengkaji boleh mengikuti langkah-langkah di bawah

untuk membina skala Likert untuk item-item pengukuran.

a. Membina item cadangan

Langkah pertama dalam pembinaan skala Likert ialah menghasilkan item-

item cadangan. Jumlah item cadangan yang sesuai adalah antara 60 hingga 100

item. Item-item cadangan boleh dihasilkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan teori-

teori sedia ada ataupun berdasarkan kefahaman sendiri tentang konsep yang ingin

diukur. Sekiranya melibatkan konsep atau variabel yang umum, adalah lebih baik

untuk meminta bantuan daripada orang-orang lain bagi menghasilkan idea-idea

yang akan dijadikan sumber pembinaan item-item cadangan. Sesi penghasilan idea

seperti sumbangsaran boleh diatur untuk menghasilkan item yang banyak.

b.Menilai kesesuaian item cadangan

Item-item cadangan perlu dinilai kesesuaiannya dengan konsep atau variabel

yang ingin diukur dalam kajian. Satu panel pakar yang terdiri daripada individu-

individu yang berpengetahuan tentang konsep atau variabel yang diukur akan

menilai kesesuaian item-item cadangan.

c. Menganalisis kesesuaian item

Langkah seterusnya ialah menganalisis kesesuaian item. Ini dilakukan melalui

2 langkah di bawah :

Page 87: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

66

➢ Mengira nilai inter-korelasi

Mengira nilai inter-korelasi antara skor kesesuaian item bagi setiap item yang

diberikan oleh panel pakar dan jumlah skor keseluruhan bagi semua item (Nilai

inter-korelasi boleh dihitung dengan menggunakan komputer).

➢ Mengira indeks diskriminasi

Bagi setiap item, nilai skor min (purata) bagi kumpulan pakar dalam kuartil 1

dan kuartil 4 dikira. Pengiraan dilakukan seperti yang berikut :

Mengira jumlah skor yang diberi kepada semua item oleh setiap pakar, dan

kemudian menyusun semua pakr mengikut jumlah skor masing-masing mengikut

urutan menaik.

Menentukan bilangan pakar dalam kuartil 1 atau kuartil 4 dengan

menggunakan formula di bawah.

d. Meletakkan item dalam skala Likert

Item-item yang telah dipilih akan diletakkan dalam skala Likert. Bagi setiap

item, pernyataan item akan diikuti dengan skala.

Bilangan pakar dalam kuartil 1 atau kuartil 4 = ¼ X Jumlah Pakar

Page 88: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

67

3.9 Ringkasan Bab

Bab ini telah menerangkan mengenai rekabentuk kajian dan proses untuk

menjalankan kajian ini. Selepas kesemua data telah dianalisis, penyelidik akan

memulakan proses penstrukturan dan penulisan untuk penyelidikan yang dikaji.

Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan bagi mencapai objektif yang telah

dikenalpasti. Instrumen kajian seperti borang soal selidik akan digunakan untuk

mendapatkan data yang tepat dan benar. Akhir sekali, teknik analisis indeks purata

data adalah lebih sesuai digunakan berdasarkan kepada objektif kajian untuk

mendapatkan hasil dapatan yang tepat. Secara kesimpulannya, kaedah ini mampu

untuk penyelidik memenuhi matlamat dan objektif kajian.

Page 89: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

68

BAB 4

ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini menumpukan perhatian kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan.

Analisis data dikemukakan untuk menjawab soalan-soalan. Populasi terdiri

daripada pihak kontraktor yang terdiri daripada pelbagai jawatan dalam sesebuah

organisasi. Analisis kajian merupakan bahagian penting untuk melaksanakan kajian

yang terbaik dan objektif kajian dapat dicapai. Dalam bab ini membentangkan hasil

dapatan kajian yang diperolehi menerusi instrumen soal selidik yang dijalankan ke

atas kumpulan responden yang disasarkan.

Sesuatu kajian yang dijalankan mempunyai satu peringkat di mana

penemuan akan berlaku. Melalui analisis yang dilakukan ini, secara tidak langsung

ia dapat memberi gambaran yang jelas terhadap isu yang dikaji. Dapatan kajian ini

juga dibentangkan dengan mudah dan jelas serta dipaparkan dalam bentuk jadual

dan graf bagi memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan.

Penyelidik menghuraikan analisis terhadap data serta maklumat yang diperolehi

melalui kajian ini mengikut susunan objektif kajian sepertimana yang ditetapkan

dalam bab yang terdahulu.

Page 90: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

69

4.2 Bahagian A : Analisa Demografi Dan Latarbelakang Responden

Bahagian pertama meliputi latar belakang responden yang merangkumi

semua maklumat daripada responden yang memfokuskan kepada organisasi mereka

dalam industri pembinaan. Seksyen ini direka untuk mengumpul maklumat asas

responden yang penting untuk analisis awal kajian. Maklumat asas terdiri daripada

jenis organisasi responden dalam industri pembinaan, tahun penglibatan dalam

industri binaan, bilangan permohonan QLASSIC dalam projek dan sebagainya.

Semua maklumat yang telah dikumpulkan dalam Bahagian A akan memberikan

maklumat asas kontraktor dalam aplikasi QLASSIC dalam industri pembinaan.

Soalan-soalan telah direka dalam kategori yang berbeza dan mudah difahami.

Responden boleh menjawab dengan mudah disebabkan jawapan yang telah

disediakan. Responden hendaklah memilih jawapan yang paling sesuai bagi

menjawab objektif penyelidik.

4.2.1 Maklumbalas Soal Selidik Yang Telah Diedarkan Kepada Firma

Kontraktor Yang Terlibat

Jadual 4.1 : Jumlah borang soal selidik yang dihantar dan diterima

BIL JUMLAH SET BORANG

SOAL SELIDIK

BILANGAN

1 Jumlah yang telah

diedarkan

100

2 Jumlah yang diterima 30

3 Jumlah yang tidak diterima 70

Jumlah

100

Page 91: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

70

Rajah 4.1 : Peratusan bagi borang soal selidik yang diterima dan tidak diterima

Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan bilangan dan peratusan borang soal

selidik yang diterima dan tidak diterima semasa kerja-kerja pengumpulan data

dilakukan. Sebanyak 100 set soal selidik telah diedarkan kepada firma kontraktor

yang terlibat. Namun begitu, hanya 30 responden sahaja yang telah memberi

maklum balas yang positif terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan. Oleh

itu, penyelidikan ini adalah berpandukan kepada maklum balas daripada 30

responden yang berjaya dikumpulkan sahaja.

4.2.2 Jawatan Responden

Daripada 30 responden, individu yang telah menjawab soal selidik ini terdiri

daripada pelbagai jawatan. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Berdasarkan Jadual 4.2, kebanyakan yang menjawab borang soal selidik ini adalah

terdiri daripada mereka yang berjawatan pengurus projek dan pengarah urusan.

Sebanyak 16 orang yang terdiri daripada pengurus projek dan diikuti dengan

pengarah urusan sebanyak 10 orang, 3 orang jurukur bahan dan seorang pembantu

jurukur bahan.

30%

70%

Jumlah Yang TelahDiterima

Jumlah Yang TidakDiterima

Page 92: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

71

Jadual 4.2 : Pecahan Jawatan Responden

BIL JAWATAN

RESPONDEN

KEKERAPAN PERATUS

1 Pengurus Projek 16 53.33 %

2 Pengarah Urusan 10 33.33%

3 Jurukur Bahan 3 10%

4 Pembantu Juruku Bahan 1 3.33%

Jumlah

30

100%

Rajah 4.2 : Peratusan pecahan jawatan responden yang menjawab borang soal selidik

Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 pecahan jawatan responden yang telah menjawab

borang soal selidik yang telah diedarkan. Didapati analisis menunjukkan

kebanyakan responden yang telah menjawab borang soal selidik tersebut adalah

terdiri daripada pengurus projek iaitu sebanyak 53.33% , pengarah urusan iaitu

sebanyak 33.33%, jurukur bahan 10% dan pembantu jurukur bahan sebanyak

3.33%.

53.33%33.33%

10%

3.33%

Pengurus projek

Pengarah Urusan

Jurukur Bahan

Pembantu Jurukur Bahan

Page 93: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

72

4.2.3 Jenis Responden

Daripada 30 responden, individu yang telah menjawab soal selidik ini terdiri

daripada pelbagai jenis responden. Ia seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

Berdasarkan Jadual 4.3, kebanyakan yang menjawab borang soal selidik ini adalah

terdiri daripada responden G5 sebanyak 5 orang yang telah menjawab borang soal

selidik. Diikuti responden G4 dan G3 yang kedua-duanya sebanyak 2 orang.

Manakala responden G2 mempunyai sebanyak 6 orang dan seterusnya responden

G1 yang menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 15 orang.

Jadual 4.3 : Jenis Responden

BIL JENIS

RESPONDEN

KEKERAPAN PERATUS

1 G5 5 16.66%

2 G4 2 6.66%

3 G3 2 6.66%

4 G2 6 20%

5 G1 15 50%

Jumlah

30

100%

Page 94: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

73

Rajah 4.3 : Peratusan Jenis Responden Yang Menjawab Borang Soal Selidik

Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan pecahan jenis responden yang telah

menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Didapati analisis menunjukkan

kebanyakan responden yang telah menjawab borang soal selidik tersebut adalah

terdiri daripada G1 yang mencapai peratus tertinggi iaitu 50%. Selain itu responden

yang mencapai peratusan kedua tertingi ialah G2 iaitu sebanyak 20%. Manakala

responden G5 yang menunjukkan peratusan sebanyak 16.66% peratus dan

responden G4 dan G3 kedua-duanya menunjukkan peratusan yang sama banyak

iaitu 6.66%.

4.2.4 Pengalaman Dalam Industri Pembinaan

Dari data yang dikumpul, didapati bahawa angka tertinggi tahun penglibatan

responden kelas G1 dalam industri pembinaan yang bermula dari 6-10 tahun iaitu

sebanyak 23.33%. Manakala diikuti dengan 10% yang bermula dari 11-15 tahun

dan lebih dari 15 tahun dalam penglibatan industri pembinaan.

50%

20%

6.66% 6.66%

16.66%

G1 G2 G3 G4 G5

Page 95: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

74

Jadual 4.4 : Pengalaman dalam industri pembinaan

BIL KELAS

KONTRAKTOR

PENGALAMAN

MENGIKUT TAHUN

KEKERAPAN PERATUS

1 G5 1-5 Tahun 2 6.67%

6 – 10 Tahun 2 6.67%

11 – 15 Tahun 1 3.33%

Lebih 15 Tahun

2 G4 1-5 Tahun

6 – 10 Tahun

11 – 15 Tahun 1 3.33%

Lebih 15 Tahun 1 3.33%

3 G3 1-5 Tahun 2 6.67%

6 – 10 Tahun

11 – 15 Tahun

Lebih 15 Tahun

4 G2 1-5 Tahun 1 3.33%

6 – 10 Tahun 1 3.33%

11 – 15 Tahun 2 6.67%

Lebih 15 Tahun 2 6.67%

5 G1 1-5 Tahun 2 6.67%

6 – 10 Tahun 7 23.33%

11 – 15 Tahun 3 10%

Lebih 15 Tahun 3 10%

JUMLAH 30 100%

Page 96: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

75

Rajah 4.4 : Peratusan pengalaman bilangan tahun responden yang terlibat dalam

industri pembinaan

Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan data yang dikumpul, didapati tahun

penglibatan responden dalam industri pembinaan bagi responden kelas G5

mengikut tahun pengalaman dari 1-5 tahun adalah 6.67 % peratus, 6-10 tahun juga

sebanyak 6.67% peratus dan pengalaman 11-15 tahun mempunyai 3.33% peratus.

Manakala bagi responden kelas G4 pula ialah bermula dari tahun pengalaman 11-15

tahun yang mempunyai sebanyak 3.33% peratus dan diikuti dengan pengalam lebih

dari 15 tahun juga mempunyai sebanyak 3.33% peratus. Bagi responden kelas G3

pula yang terlibat dalam industri pembinaan bermula dari 1-5 tahun mempunyai

6.67% peratus. Responden kelas G2 pula yang terlibat dalam industri pembinaan

bermula dari 1-5 tahun dan 6-10 tahun adalah mempunyai peratus yang sama iaitu

3.33% peratus. Manakala pengalaman yang bermula dari 11-15 tahun dan lebih dari

15 tahun adalah sebanyak 6.67% peratus. Responden Kelas G1 yang mempunyai

pengalaman bermula dari 1-5 tahun adalah sebanyak 6.67% peratus. Diikuti dengan

pengalaman responden bermula dari 6-10 tahun yang mempunyai 23.33% peratus.

Manakala pengalaman responden bermula dari 11-15 tahun dan lebih 15 tahun yang

mempunyai 10% peratus.

6.67

6.67

3.33

6.67

6.67

3.33

23.33

3.33

3.33

6.67

10

3.33

6.67

10

0 5 10 15 20 25

G5

G4

G3

G2

G1

Lebih 15 Tahun

11-15 Tahun

6-10 Tahun

1- 5 Tahun

Page 97: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

76

4.2.5 Bilangan Aplikasi QLASSIC Dalam Projek Pembinaan

Daripada 30 responden, majoriti yang menggunakan QLASSIC dalam

pembinaan mereka pada hari ini ialah kebanyakkan terdiri daripada responden G2.

Jadual 4.5 menunjukkan sepanjang penglibatan dalam industri pembinaan,

sebanyak 20 bilangan projek telah menggunakan sistem QLASSIC. Manakala

responden G5 telah menggunakan sistem QLASSIC sebanyak 3 bilangan projek

selama penglibatan dalam industri pembinaan. Responden G1 pula sebanyak 1

projek sahaja sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Didapati

juga bahawa responden G4 dan G5 tidak pernah menggunakan sistem QLASSIC

sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Ini dapat ditunjukkan

Jadual di bawah yang menunjukkan 0% bagi aplikasi QLASSIC terhadap kedua-

dua jenis responden tersebut.

Jadual 4.5 : Kekerapan aplikasi QLASSIC dalam industri pembinaan

BIL JENIS

RESPONDEN

KEKERAPAN

APLIKASI

QLASSIC

PERATUS

1 G5 3 12.50%

2 G4 0 0%

3 G3 0 0%

4 G2 20 83.33%

5 G1 1 4.17%

Jumlah

24

100%

Page 98: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

77

Rajah 4.5 : Peratusan bilangan projek yang menggunakan QLASSIC mengikut

jenis responden

Jadual 4.5 dan Rajah 4.5 menunjukkan bilangan projek yang menggunakan

QLASSIC sepanjang penglibatan mereka dalam industri pembinaan. Didapati

analisis menunjukkan responden G2 telah menggunakan sistem QLASSIC yang

mencapai peratus paling tinggi iaitu 83.33%. Selain itu juga responden G5 yang

mennjukkan peratusan kedua tertinggi iaitu 12.50%. Manakala bagi responden G1

peratusan menggunakan sistem QLASSIC ialah menunjukkan sebanyak 4%. Diikuti

dengan responden G4 dan G3 yang menunjukkan sebanyak 0% bagi kedua-dua

jenis responden tersebut.

4.2.6 Penglibatan Dalam Kursus Berkaitan QLASSIC

Daripada 30 responden, majoriti yang pernah terlibat dalam kursus berkaitan

QLASSIC sepanjang penglibatan dalam industri pembinaan ialah kebanyakkan

terdiri daripada responden G1 iaitu sebanyak 2 orang. Selain itu diikuti dengan

kontraktor G4 dan G5 sebanyak 2 orang sepanjang penglibatan dalam industri

pembinaan. Manakala responden yang tidak pernah terlibat dengan kursus yang

berkaitan QLASSIC iaitu G1 sebanyak 13 orang. Selain itu responden G2

12.50

0 0

83.33

4

G5 G4 G3 G2 G1

Page 99: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

78

sebanyak 6 orang. Diikuti dengan responden G5 sebanyak 4 orang. Manakala

diikuti dengan responden G3 sebayk 2 orang dan G4 SEBANYAK serang yang

tidak pernah terlibat dengan kursus yang berkaitan QLASSIC.

Jadual 4.6 : Penglibatan responden dalam kursus berkaitan QLASSIC

BIL JENIS

RESPONDEN

PERNAH PERATUS TIDAK

PERNAH

PERATUS

1 G5 1 3.33% 4 13.33%

2 G4 1 3.33% 1 3.33%

3 G3 0 0% 2 6.67%

4 G2 0 0% 6 20%

5 G1 2 6.67% 13 43.33%

Jumlah 4 13% 26 87%

Rajah 4.6 : Peratusan penglibatan responden dalam kursus QLASSIC

Jadual 4.6 dan Rajah 4.6 menunjukkan penglibatan responden di dalam

kursus QLASSIC sepanjang terlibat dalam industri pembinaan. Didapati analisis

menunjukkan responden G5 dan G4 telah terlibat dengan kursus QLASSIC

menunjukkan kedua-duanya 3.33%. Manakala responden G1 yang pernah terlibat

dalam QLASSIC ialah 6.67%.

1 10 0

2

4

12

6

13

0

2

4

6

8

10

12

14

G5 G4 G3 G2 G1

Pernah

Tidak Pernah

Page 100: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

79

Analisis dapatan juga mendapati responden yang tidak pernah terlibat dengan

kursus QLASSIC yang menunjukkan peratusan tertinggi ialah responden G1 iaitu

43.33%. Selain itu, responden G2 menunjukkan peratusan kedua tertinggi iaitu

20%. Diikuti dengan responden G5 yang menunjukkan 13.33%. Responden G3

menunjukkan peratusan sebanyak 6.67%. Dan responden yang menunjukkan

peratus yang terendah iaitu G4 sebanyak 3.33%.

4.3 Bahagian B – Tahap Pengetahuan Mengenai QLASSIC

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting di dalam soal selidik

dimana responden diminta untuk menunjukkan jawapan yang berkaitan dengan

tahap pengetahuan QLASSIC dikalangan responden. Responden perlu memberi

maklumbalas kepada senarai tahap pengetahuan yang disenaraikan dalam bahagian

(B) dengan menggunakan SkalaLikert. Daripada bahagian ini, tahap pengetahuan

QLASSIC boleh dikenalpasti di kalangan responden. Senarai tahap pengetahuan

kontraktor diperoleh daripada hasilkajian literatur pada bab yang terdahulu.

Responden hendaklah memberikan tahap pengetahuan dalam skala tertentu seperti

berikut:

Jadual 4.7 : Skala Likert

1.Sangat Tidak Tahu

2.Tidak Tahu

3.Kurang Tahu

4.Tahu

5.Sangat Tahu

Page 101: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

80

4.3.1 Pengetahuan Mengenai Objektif QLASSIC

Untuk mencapai objektif kajian, objektif QLASSIC disenaraikan seperti

dalam jadual dibawah.

4.3.1.1 Skor Bagi Mengenalpasti Tahap Pengetahuan objektif QLASSIC

Jadual 4.8 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai

objektif QLASSIC. Objektif –objektif QLASSIC telah disusun mengikut

indeks purata dari tinggi ke rendah

No

Objektif

Skor Min

Purata

Kedudukan

1

QLASSIC menilai kualiti hasil

kerja projek pembinaan

berdasarkan kelulusan standard

yang ditetapkan

2.57

1

2

QLASSIC digunakan sebagai

kriteria untuk menilai prestasi

kontraktor berdasarkan kualiti

mutu kerja (workmanship)

2.43

2

3

QLASSIC menyusun data

untuk analisis statistik

mengenai tahap mutu kerja

kontraktor mengikut kelas

2.43

2

4

QLASSIC menjadi penanda

aras kualiti mutu kerja

pembinaan

2.43

2

5

QLASSIC merupakan sistem

atau kaedah untuk mengukur

2.37

3

Page 102: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

81

dan menilai standard kualiti

kerja dalam pembinaan

berdasarkan "Standard Industri

Pembinaan" (CIS 7)

Rajah 4.7 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai objektif

QLASSIC

Jadual 4.8 dan Rajah 4.7 menunjukkan tahap pengetahuan responden

mengenai objektif QLASSIC. Daripada analisis menunjukkan bahawa tahap purata

tertinggi ialah 2.57 iaitu sistem QLASSIC menilai kualiti hasil kerja projek

pembinaan berdasarkan kelulusan standard yang ditetapkan. Selain itu, tahap purata

terendah pula ialah sebanyak 2.37 iaitu sistem QLASSIC merupakan sistem atau

kaedah untuk mengukur dan menilai standard kualiti kerja dalam pembinaan

berdasarkan "Standard Industri Pembinaan" (CIS 7).

Purata min bagi objektif QLASSIC ialah sebanyak 2.45 iaitu di dalam indeks

skala tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak mengetahui

tentang objektif QLASSIC.

2.37 Tidak

Tahu

2.43 Tidak

Tahu

2.43 Tidak

Tahu

2.43 Tidak

Tahu

2.57 Kurang

Tahu

Kaedah Menilai Standard Kualiti

Penanda Aras Kualiti

Menyusun Data

Kriteria Untuk Menilai Pretasi

Kontraktor

Menilai Kualiti Mengikut Standard

Page 103: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

82

4.3.2 Pengetahuan Mengenai Skop QLASSIC

Untuk mencapai objektif kajian, skop QLASSIC disenaraikan seperti dalam

jadual dibawah.

4.3.2.1 Skor bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai SKOP QLASSIC

Jadual 4.9 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai skop

QLASSIC

No Skop Skor Min Purata Kedudukan

1

QLASSIC menetapkan standard

kualiti mutu kerja untuk pelbagai

elemen pembinaan yang mana

dinilai mengikut keperluan

'Standard Industri Pembinaan'

(CIS)

2.47

1

Page 104: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

83

Rajah 4.8 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai skop QLASSIC

Jadual 4.9 dan Rajah 4.8 menunjukkan tahap pengetahuan responden

mengenai skop QLASSIC. Daripada analisis yang dibuat menunjukkan bahawa

tahap purata bagi skop QLASSIC ialah 2.47 iaitu sistem QLASSIC menetapkan

standard kualiti mutu kerja untuk pelbagai elemen pembinaan yang mana dinilai

mengikut keperluan 'Standard Industri Pembinaan' (CIS).

Purata min bagi skop QLASSIC ialah sebanyak 2.47 iaitu di dalam indeks

skala tidak tahu tahu. Ini juga menunjukkan bahawa majoriti responden tidak

mengetahui mengenai skop QLASSIC.

4.3.3 Pengetahuan Mengenai Kategori Bangunan Yang Dinilai Menggunakan

QLASSIC

Untuk mencapai objektif kajian, kategori bangunan yang dinilai

menggunakan QLASSIC disenaraikan seperti dalam jadual dibawah.

QLASSIC menetapkan standard

kualiti mutu kerja untuk pelbagai

elemen pembinaan mengikut CIS

2.47

Tidak Tahu

Page 105: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

84

4.3.3.1 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai kategori bangunan yang

dinilai menggunakan QLASSIC

Jadual 4.10 : Skor min bagi mengenalpasti tahap pengetahuan mengenai kategori

pembangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC

No Kategori bangunan yang dinilai

menggunakan QLASSIC

Skor Min

Purata

Kedudukan

1 Bangunan awam, komersial,

bangunan perindustrian tanpa

sistem penyejukan berpusat (rumah

pejabat, sekolah, kilang, gudang,

bengkel, SOFO, SOVO, bangunan

keagamaan, Stadium, dewan

komuniti, hospital, lapangan

terbang, universiti, kolej dan balai

polis)

2.47 1

2 Perumahan lantang (rumah

berkembar, separuh berkembar,

teres, dan kluster)

2.43 2

3 Perumahan strata (rumah flat,

apartment, kondominium, servis

apartment, SOHO dan Townhouse

2.40 3

Page 106: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

85

Rajah 4.9 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai kategori bangunan

yang dinilai menggunakan QLASSIC

Jadual 4.10 dan Rajah 4.9 menunjukkan tahap pengetahuan responden

mengenai kategori bangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC. Daripada

analisis yang dibuat menunjukkan bahawa tahap purata tertinggi ialah 2.47 iaitu

kategori bangunan awam, komersial, bangunan perindustrian tanpa sistem

penyejukan berpusat (rumah pejabat, sekolah, kilang, gudang, bengkel, SOFO,

SOVO, bangunan keagamaan, Stadium, dewan komuniti, hospital, lapangan

terbang, universiti, kolej dan balai polis). Selain itu, tahap purata terendah pula

ialah sebanyak 2.40 iaitu kategori perumahan strata (rumah flat, apartment,

kondominium, servis apartment, SOHO dan Townhouse.

Purata min bagi kategori bangunan yang dinilai menggunakan QLASSIC

ialah sebanyak 2.43 iaitu berada di dalam indeks skala tidak tahu. Ini menunjukkan

bahawa majoriti responden tidak mengetahui tentang kategori bangunan yang

dinilai menggunakan QLASSIC.

2.4

2.43

2.47

2.36 2.38 2.4 2.42 2.44 2.46 2.48

Perumahan Strata

Perumahan Lantang

Bangunan Awam

Page 107: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

86

4.3.4 Pengetahuan mengenai proses QLASSIC

Untuk mencapai objektif kajian, proses QLASSIC disenaraikan seperti dalam

jadual dibawah.

4.3.4.1 Skor min bagi pengetahuan mengenai proses QLASSIC

Jadual 4.11 : Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai proses QLASSIC

No Proses QLASSIC

Skor Min

Purata

Kedudukan

1 Permohonan kepada CIDB - Pemaju,

pemilik projek dan kontraktor

menghantar permohonan kepada

CIDB

2.57

1

2 Pemberitahuan penilaian - Penilai

yang berkelayakan untuk membuat

penilaian

2.43

2

3 Penilaian di tapak bina -CIDB

mengeluarkan laporan penilaian

berdasarkan projek yang dinilai

2.40

3

4 Permarkahan QLASSIC (%) - Kualiti

mutu kerja adalah berdasarkan kepada

keperluan dalam borang

2.40

3

5 Pensempelan oleh penilai - Lokasi

pensempelan ditentukan dan

ditandakan dalam lukisan pembinaan

dan nombor

2.40

3

Page 108: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

87

Rajah 4.10 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai proses

QLASSIC

Jadual 4.11 dan Rajah 4.10 menunjukkan tahap pengetahuan responden

mengenai proses QLASSIC. Daripada analisis menunjukkan bahawa tahap purata

tertinggi ialah 2.57 iaitu proses permohonan kepada CIDB - Pemaju, pemilik projek

dan kontraktor menghantar permohonan kepada CIDB. Selain itu tahap purata

terendah pula ialah 2.40 iaitu proses penilaian di tapak bina -CIDB mengeluarkan

laporan penilaian berdasarkan projek yang dinilai, proses permarkahan QLASSIC

(%) - Kualiti mutu kerja adalah berdasarkan kepada keperluan dalam borang dan

proses pensempelan oleh penilai - Lokasi pensempelan ditentukan dan ditandakan

dalam lukisan pembinaan dan nombor.

Purata min bagi proses QLASSIC ialah sebanyak 2.44 iaitu berada di dalam

indeks tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak mengetahui

tentang proses QLASSIC.

2.40 Tidak

Tahu

2.40 Tidak

Tahu

2.40 Tidak

Tahu

2.43 Tidak

Tahu

2.57 Kurang

Tahu

Pensampelan Oleh Penilai

Permarkahan QLASSIC

Penilaian Di Tapak Bina

Pemberitahuan Penilain

Permohonan kepada CIDB

Page 109: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

88

4.3.5 Pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC

Untuk mencapai objektif kajian, elemen penilaian QLASSIC disenaraikan

seperti dalam jadual dibawah.

4.3.5.1 Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC

Jadual 4.12 : Skor min bagi tahap pengetahuan mengenai elemen penilaian QLASSIC

No Elemen Penilaian QLASSIC

Skor Min

Purata

Kedudukan

1 Luaran -Tempat letak kereta,

longkang keliliing, dinding luar

dan bumbung.

2.40

1

2 Dalaman - Kelengkapan (M&E),

lekapan, tingkap, pintu, dinding

luar dan bumbung

2.37

2

Rajah 4.11 : Purata bagi tahap pengetahuan responden mengenai elemen

penilaian QLASSIC

Tidak Tahu

2.40

Tidak Tahu

2.37

Luaran Dalaman

Page 110: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

89

Jadual 4.12 dan Rajah 4.11 menunjukkan tahap pengetahuan responden

mengenai elemen penilaian QLASSIC. Daripada analisis yang dibuat menunjukkan

bahawa tahap purata tertinggi ialah 2.40 iaitu elemen penilaian dari luaran yang

terdiri daripada tempat letak kereta, longkang keliliing, dinding luar dan bumbung.

Selain itu, tahap purata terendah pula ialah sebanyak 2.37 iaitu elemen penilaian

dalaman yang terdiri daripada kelengkapan (M&E), lekapan, tingkap, pintu,

dinding luar dan bumbung.

Purata min bagi elemen penilaian QLASSIC ialah sebanyak 2.39 iaitu berada

di dalam indeks skala tidak tahu. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden tidak

mengetahui tentang elemen penilaian QLASSIC.

4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan QLASSIC

Bahagian ini juga merupakan bahagian yang penting untuk menentukan tahap

penggunaan QLASSIC dikalangan responden. Responden perlu memberi

maklumbalas kepada senarai tahap penggunaan yang disenaraikan dalam bahagian

(C) dengan menggunakan Skala Likert. Daripada bahagian ini, tahap penggunaan

QLASSIC boleh dikenalpasti di kalangan responden. Responden juga digalakkan

untuk memberi cadangan atau komen mengenai tahap penggunaan QLASSIC.

Responden hendaklah memberikan tahap penggunaan dalam skala tertentu seperti

berikut:

1.Sangat Tidak Digunakan

2.Tidak Digunakan

3.Kurang Digunakan

4.Digunakan

5.Sangat Digunakan

Jadual 4.13 : Skala Likert

Page 111: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

90

4.4.1 Tahap penggunaan QLASSIC

Jadual 4.14 : Tahap penggunaan QLASSIC

No Adakah sistem penilaian QLASSIC

digunakan di dalam setiap projek

pembinaan yang anda terlibat pada hari ini?

Bilangan

1 Digunakan 8

2 Tidak Digunakan 22

Jumlah 30

Rajah 4.12 : Peratusan bagi tahap pengetahuan responden mengenai tahap

penggunaan QLASSIC

Jadual 4.14 dan Rajah 4.12 menunjukkan tahap penggunaan QLASSIC di

kalangan responden. Berdasarkan kepada analisis yang dibuat, didapati kebanyakan

responden tidak menggunakan QLASSIC dalam projek pembinaan mereka. Ini

ditunjukkan dalam rajah iaitu mencatat peratusan yang paling tinggi iaitu 73%

secara keseluruhannya. Rajah juga menunjukkan responden yang menggunakan

QLASSIC hanya mencatat 27% sahaja. Responden yang memberi maklumbalas

27%

73%

Tahap penggunaan QLASSIC

Digunakan

Tidak Digunakan

Page 112: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

91

mengenai tahap penggunaan ini membuktikan bahawa sistem ini masih lagi berada

di tahap yang lemah dan tidak digunakan secara meluas di Malaysia. Justeru itu,

majoriti responden tidak menggunakan sistem penilaian QLASSIC kerana sistem

ini tidak menjadi mandatori wajib dalam industri pembinaan. Bermula pada tahun

ini, semua bangunan kerajaan yang akan dibina diwajibkan menggunakan sistem

QLASSIC iaitu agensi di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

(CIDB). Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan setiap pemaju dan kontraktor

menggunakan piawaian yang dikeluarkan QLASSIC sebelum sesebuah bangunan

kerajaan dibina. Peraturan baru ini diharap dapat menjamin kualiti sesebuah projek

pembinaan bangunan selain mengelakkan kemungkinan berlakunya pengingkaran

peraturan dan standard yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Hasil kajian ini juga mendapati, sistem QLASSIC ini bagaimanapun

disifatkan gagal menambat minat responden kerana kadar penggunaannya masih

pada tahap kurang memberangsangkan. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya

pendedahan dan promosi mengenai sistem QLASSIC kepada mereka. Tambahan

pula, masih ramai penggiat industri pembinaan tidak tahu mengenai kewujudan

sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi walaupun telah lama diperkenalkan.

4.5 Bahagian D – Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan

QLASSIC

Bahagian ini telah dihasilkan untuk mewujudkan langkah-langkah untuk

meningkatkan penggunaan QLASSIC. Responden diberikan senarai langkah-

langkah bagi meningkatkan penggunaan QLASSIC dalam industri pembinaan.

Responden hendaklah menjawab menggunakan Skala Likert seperti berikut :

1.Sangat Tidak Setuju

2.Tidak Setuju

3.Kurang Setuju

4.Setuju

Page 113: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

92

5.Sangat Setuju

Jadual 4.15 : Skala Likert

4.5.1 Skor Min Bagi Langkah-Langkah Untuk Meningkatkan Penggunaan

QLASSIC

Jadual 4.16: Skor min bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan

QLASSIC

No Langkah-Langkah Untuk

Meningkatkan Penggunaan

QLASSIC

Skor Min

Purata

Kedudukan

1 Program insentif kewangan dan

bukan kewangan

4.57 1

2 Latihan dan kursus mengenai

QLASSIC dianjurkan di setiap

negeri di Malaysia

4.53 2

3 Menganjurkan seminar yang

menfokuskan kepada

kepentingan aplikasi QLASSIC

dalam projek pembinaan

4.50 3

4 Memberi mata CCD kepada

kontraktor

4.50 3

5 Memberikan penilaian

QLASSIC secara percuma

kepada projek yang pertama

4.50 3

6 Meningkatkan penilaian

QLASSIC dalam elemen

struktur bangunan

4.50 3

7 Sokongan dan kepimpinan

pengurusan tertinggi mengenai

QLASSIC

4.47 4

8 Mengadakan kempen kesedaran 4.43 5

Page 114: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

93

mengenai QLASSIC

9 Memberi pengiktirafan

QLASSIC kepada pihak

kontraktor yang aktif dalam

menghasilkan kualiti dalam

produk yang dihasilkan oleh

mereka

4.40 6

10 Latihan mengenai asas

kesedaran kualiti perlu

diberikan kepada pihak yang

terlibat dalam pembinaan

4.40 6

11 Meningkatkan penilai

QLASSIC yang bertauliah yang

telah lulus dan memenuhi syarat

keperluan yang ditetapkan oleh

CIDB

4.40 6

12 Mengadakan latihan dan

pengalaman secara teknikal

terhadap penilai QLASSIC

4.33 7

13 Kempen poster secara besar

besaran yang menekankan

kepentingan QLASSIC untuk

meyampaikan mesej kepada

orang ramai

4.30 8

14 Menjemput penceramah dari

luar untuk memberi taklimat

mengenai kepentingan kualiti

dan bagaimana untuk

menguruskan kualiti kepada

peserta yang hadir

4.27 9

Page 115: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

94

Rajah 4.13 : Purata bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan terhadap

QLASSIC

Jadual 4.16 dan Rajah 4.13 menunjukkan langkah-langkah untuk

meningkatkan penggunaan QLASSIC. Berdasarkan daripada analisis menunjukkan

bahawa langkah yang mempunyai purata tertinggi ialah 4.57 iaitu program insentif

kewangan dan bukan kewangan. Selain itu tahap purata terendah pula ialah

sebanyak 4.27 iaitu langkah untuk menjemput penceramah dari luar untuk memberi

taklimat mengenai kepentingan kualiti dan bagaimana untuk menguruskan kualiti

kepada peserta yang hadir.

Purata min bagi langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC

ialah sebanyak 4.44 iaitu berada di dalam indeks skala setuju. Ini menunjukkan

4.27

4.30

4.33

4.40

4.40

4.40

4.43

4.47

4.50

4.50

4.50

4.50

4.53

4.57

4.10 4.20 4.30 4.40 4.50 4.60

Menjemput penceramah dari luar

Kempen poster

Mengadakan latihan terhadap penilai

Tingkatkan penilaian QLASSIC yang…

Latihan mengenai kesedaran kualiti

Memberi pengiktirafan QLASSIC

Mengadakan kempen kesedaran

Sokongan dari pihak atasan

Tingkatkan penilaian dalam elemen…

Memberi penilaian QLASSIC secara…

Memberi Mata CCD

Menganjurkan seminar mengenai…

Latihan dan kursus QLASSIC

Program insentif kewangan dan bukan…

Page 116: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

95

bahawa majoriti responden setuju dengan senarai langkah-langkah yang

dikemukakan kepada mereka.

4.6 Ringkasan Bab

Berdasarkan hasil maklumbalas borang soalselidik dari pihak responden dan

analisis data yang diperolehi, tahap pengetahuan QLASSIC, tahap penggunaan

QLASSIC dan langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC telah

berjaya dikenalpasti. Bab ini telah menghuraikan analisis data yang diperolehi

dalam bentuk rajah, jadual dan huraian yang mudah untuk difahami. Seterusnya,

kesimpulan dan rumusan yang diperolehi daripada bab ini diterangkan dengan lebih

lanjut di dalam Bab 5.

Page 117: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

96

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Bab ini akan

membincangkan rumusan segala hasil-hasil yang diperolehi dari Bab 4. Secara

keseluruhanya, kajian penyelidikan ini telah berjalan dengan lancar dan hasil-hasil

penemuan telah dapat mencapai objektif kajian ini iaitu mengenalpasti tahap

pengetahuan QLASSIC, mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC dan

mengenalpasti langkah-langkah meningkatkan penggunaan QLASSIC di kalangan

kontraktor kelas kecil dan sederhana dalam industri binaan di Malaysia. Selain itu,

bab ini turut membincangkan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang tempoh

penyelidikan serta cadangan lanjutan penyelidikan yang boleh dilakukan.

Pada asalnya, kualiti merupakan falsafah yang mengutamakan pelanggan

terhadap produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi.

Kualiti adalah nilai yang telah ditetapkan oleh pelangan-pelanggan yang menerima

atau menggunakan produk atau perkhidmatan itu. Untuk memastikan kualiti yang

dikehendaki oleh pelanggan ini tercapai, penilaian kualiti mestilah dilaksanakan

untuk memastikan tahap kualiti tercapai. Maka dengan itu, ianya merupakan

Page 118: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

97

tanggungjawab bersama antara badan profesional dan kontraktor dalam menentukan

tahap kualiti pembinaan yang dijalankan di mana kualiti produk atau perkhidmatan

diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan itu sendiri.

5.2 Pencapaian Kajian

Dari penyelidikan ini, terdapat tiga (3) objektif yang telah ditetapkan seperti

yang dinyatakan dalam Bab 1. Objektif adalah seperti berikut :

a. Mengenalpasti tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas

kecil dan sederhana

b. Mengenalpasti tahap penggunaan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas

kecil dan sederhana

c. Mengenalpasti langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan

QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana

5.2.1 Tahap pengetahuan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan

sederhana

Objektif pertama (1) kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai tahap

pengetahuan QLASSIC dikalangan responden. Objektif ini telah dicapai dengan

pengedaran borang soal selidik kepada responden. Di dalam borang soal selidik,

tahap pengetahuan disenaraikan berdasarkan kepada beberapa elemen QLASSIC

iaitu objektif QLASSIC, skop QLASSIC, kategori bangunan yang dinilai

menggunakan QLASSIC, proses QLASSIC, penilaian QLASSIC dan elemen

penilaian QLASSIC. Hal ini telah dibuktikan apabila majoriti maklumbalas

responden menyatakan bahawa tahap pengetahuan QLASSIC yang dinyatakan

dalam borang selidik secara keseluruhannya adalah pada tahap tidak tahu oleh

Page 119: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

98

responden. Majoriti responden tidak tahu mengenai sistem penilaian QLASSIC ini

kerana sistem ini kurang dikenali dikalangan mereka. Jika perkara ini berpanjangan,

maka akan memberi kesan kepada kualiti dalam industri pembinaan pada masa

hadapan.

Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi pihak-pihak dalam industri

pembinaan menggiatkan usaha untuk memperkenalkan QLASSIC di kalangan

kontraktor di Malaysia.

5.2.2 Tahap penggunaan QLASSIC di kalangan kontraktor kelas kecil dan

sederhana

Objektif kedua (2) kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai tahap

penggunaan QLASSIC dikalangan responden. Objektif ini telah dicapai dengan

pengedaran borang soal selidik kepada responden. Hal ini telah dibuktikan apabila

majoriti maklumbalas responden menyatakan bahawa tahap penggunaan QLASSIC

yang dinyatakan dalam borang selidik secara keseluruhannya adalah tidak

digunakan oleh responden. Analisa kajian ini mendapati bahawa tahap penggunaan

QLASSIC dikalangan responden adalah tidak digunakan. Majoriti responden tidak

menggunakan sistem penilaian QLASSIC kerana sistem ini tidak menjadi

mandatori wajib dalam industri pembinaan. Hasil kajian ini juga mendapati, sistem

QLASSIC ini bagaimanapun disifatkan gagal menambat minat responden kerana

kadar penggunaannya masih pada tahap kurang memberangsangkan. Ini adalah

disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan promosi mengenai sistem QLASSIC

kepada mereka. Tambahan pula, masih ramai penggiat industri pembinaan tidak

tahu mengenai kewujudan sistem penilaian ini ekoran kurangnya promosi walaupun

telah lama diperkenalkan.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu berganding bahu untuk memperkenalkan

pelbagai insentif dan dana bagi menarik minat kontraktor tempatan terhadap

Page 120: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

99

QLASSIC, selaras hala tuju ke arah mencapai status negara maju serta pembinaan

yang berkualiti. Kerajaaan optimis sistem penilaian kualiti pembinaan (QLASSIC)

yang dikendalikan CIDB berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan

industri pembinaan negara dalam meningkatkan tahap kualiti sektor terbabit.

5.2.3 Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC di

kalangan kontraktor kelas kecil dan sederhana

Objektif Ketiga (3) kajian ini adalah langkah-langkah untuk meningkatkan

penggunaan QLASSIC. Objektif ini telah dicapai dengan pengedaran borang soal

selidik kepada responden. Hal ini telah dibuktikan apabila majoriti maklumbalas

responden menyatakan bahawa langkah-langkah yang disenaraikan dalam borang

selidik secara keseluruhannya merupakan langkah-langkah yang sesuai untuk

dilakukan bagi meningkatkan penggunaan QLASSIC di Malaysia. Daripada hasil

dapatan taburan min langkah-langkah yang disenaraikan secara keseluruhannya yang

dianalisis adalah berada pada tahap setuju dan ia akan memberi impak yang positif

kepada kontraktor jika langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan QLASSIC

dijalankan dengan lebih cepat dalam industri pembinaan di Malaysia.

Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi

galakkan kepada kontraktor supaya pengggunaan QLASSIC dikalangan kontraktor

di Malaysia akan digunakan secara meluas dan seterusnya dapat meningkatkan

kualiti dalam sektor pembinaan di Malaysia bagi mempertingkatkan daya saing

penggiat industri bagi mengharungi cabaran faktor dalaman dan luaran.

5.3 Sumbangan kepada pengetahuan

Kajian yang dijalankan ialah mengenai tahap pengetahuan terhadap

QLASSIC. Dengan adanya kajian ini dapat memberikan maklumbalas kepada

Page 121: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

100

pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan khususnya pihak CIDB

terhadap kepentingan kualiti dalam projek pembinaan. Dan pada masa yang sama

perlunya mempromosikan dan memberikan pengetahuan kepada kontraktor

tempatan bagi memantapkan lagi mutu kerja industri bagi memenuhi keperluan dan

kepuasan masyarakat yang semakin meningkat.

5.4 Masalah semasa menjalankan kajian

Sepanjang penyelidikan ini dijalankan, terdapat beberapa kesulitan yang

dihadapi khususnya di peringkat pengumpulan data dan maklumat. Antara kesulitan

tersebut ialah berkaitan dengan pengumpulan data sekunder daripada responden

melalui pengedaran borang soal selidik di mana borang yang telah diposkan

kebanyakannya tidak dipulangkan semula. Selain itu, terdapat juga pihak kontraktor

yang tidak mahu untuk memberi kerjasama untuk menjawab borang soal selidik

yang dikemukakan semasa proses pengumpulan data ini.

5.5 Cadangan kajian lanjutan

Daripada kajian yang telah dijalankan ini, terdapat beberapa isu yang boleh

dijadikan kajian lanjutan pada masa akan datang iaitu:

a. Memperluaskan skop kajian ke beberapa kawasan lain di semenanjung

Malaysia.

b. Membandingkan kelebihan sistem penilaian QLASSIC dengan sistem

penilaian kualiti yang lain seperti CONQUAS.

c. Kelebihan menggunakan QLASSIC oleh pihak pemaju dan kontraktor

dalam industri pembinaan di Malaysia

Page 122: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

101

SENARAI RUJUKAN

Adnan Alias (1997) Kualiti Sepintas Lalu, Quality at a Glance, Universiti

Teknologi Mara Shah Alam.

Ayob Norizam, M.A.Malek (2013) Perception On Quality Assessement System In

Construction (QLASSIC) Implementation In Malaysia. Malaysian

Construction Research Journal, Vol 13, No 2, 2013.

Alex White (2011). Lesson Learn From The London 2012 Games Construction

Project. Published October 2011 ODA 2010/374

Berita Nasional. (2016) Wajib Guna Piawaian QLASSIC Di Bawah CIDB

CIDB (2012) Assess Quality Of Workmanship Using QLASSIC

CIDB (2007) The Way Forward In The Construction Indusry

CIS 7 (2006). Quality Assesment System For Building Construction Work. Malaysia :

Construction Industry Development Board

CONQUAS 21 Six Edition 2005 : The BCA Construction Quality Asessment System

Chua Yan Piaw (2014) Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Mc Graw Hill Education.

David Arditi,H Murat Gunaydin (1997) Total Quality Management In The

Construction Process. International Journal Of Project Managament Vol.

15, No.4, pp. 235-243, 1997.

David L. Goetsch, Stanley B.Davis (2006) Quality Management, Introduction to

Total Quality Management for Production, Processing, and services.

Page 123: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

102

Donna C.S Summers (2009) Quality Management Creating and Sustaining

Organizational Effectiveness, University Of Dayton.

Farrah Rina (2013) Challenges Of Quality Assesment System (QLASSIC) In

Construction Industry In Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Tesis

Ijazah Sarjana kejuruteraan Awam

Hubert K Rampersad , K. Narasimhan (2005) Managing Total Quality, Enhancing

Personal and Company Value.

Ilhaamie (2002) Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) : Satu Perbandingan Antara

Prinsip Konvensional Dan Islam. Jurnal Syariah, 10 : 2 [2002] 67-86

John Oakland , Marton Marosszeky (2006) Total Quality In The Construction Supply

Chain.

Kenn Jhun Kam, Ahmad Hilmy, Abdul Hamid (2012) The Relationship Between

Motives And Benefits On Adopting QLASSIC-CIS 7 : 2006 In Malaysia

Construction Industry. International Journal for Quality Research,UDK –

638.124.8.

Lau Yeong Cherng (2017) Application Comparison Between Construction Quality

Assesment system (QONQUAS 21) And Quality Assesment System In

Construction (QLASSIC) For Construction Project , Degree Of Project

Management

P.S. Wilton (1994) The Quality System Development Handbook With ISO 9002, Q.A.

Management Services Pty. Ltd.

Sharul Ikhwan Ekhsan (2016) Aplikasi QLASSIC Di Dalam Sektor Pembinaan Di

Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Ijazah Sarjana Kejuruteraan

Awam

Utusan Borneo (2017) Pemaju Dan Kontraktor Terima Pengiktirafan QLASSIC

Vincent K. Omachonu , Joel E. Ross (2004) Principles Of Total Quality.

Page 124: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

103

LAMPIRAN A

Page 125: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK Nama penuh penulis : FARRAH HAIDA BINTI BASHIRON

104

LAMPIRAN B