falsafah pendidikan kebangsaan dan kurikulum bahasa melayu

5
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bahasa Melayu Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Perkembangan potensi individu Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepada seseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu dicungkil, dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti. Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berupaya membaca, menulis dan mengira. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Berkemampuan untuk mengembangkan daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus dan mengemukakan usul-

Upload: daredevil89

Post on 15-Jun-2015

904 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Kurikulum Bahasa Melayu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bahasa Melayu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara.”

Perkembangan potensi individu

Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepada

seseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

yang perlu dicungkil, dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melalui

pendidikan berkualiti.

Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berupaya membaca, menulis dan mengira.

Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Berkemampuan untuk mengembangkan

daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus dan

mengemukakan usul-usul yang terbaik secara kritis dan kreatif. Berupaya

menggunakan ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat manfaat

daripadanya.

Kurikulum Bahasa Melayu lebih menekankan terhadap perkembangan kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Sebagai contoh memperkembang daya imaginasi,

kreativiti, pemikiran kritis melalui kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, Kurikulum

Bahasa Melayu membentuk individu yang mampu menghasilkan pelbagai jenis

penulisan kreatif dan berunsur ilmiah.

Page 2: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Kurikulum Bahasa Melayu

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat kategori ini mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu dan dengan itu sentiasa

berusaha untuk menambahkannya. Giat membaca untuk menimba ilmu dan

menyebarkannya. Berfikiran terbuka dan berusaha menggunakan ilmu untuk manfaat

diri sendiri dan orang lain.

Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat Kurikulum Bahasa Melayu

menyediakan murid yang menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan

menggunakan peraturan sistem bahasa secara betul dan tepat. Murid mampu

mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping

mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat yang mempunyai kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas.

Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang wajar bagi sesuatu tugas.

Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan sempurna.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid

dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri,

memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Secara kesimpulannya,

matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk menyediakan individu yang

berketrampilan dalam penguasaan ilmu pengetahuan.

Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan merupakan proses yang membolehkan seseorang individu memperoleh dan

menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran tertentu.

Proses ini berlaku secara berterusan dalam diri individu itu sejak dilahirkan hinggalah

sepanjang hayat. Pada peringkat awal, kanak-kanak dibimbing dan diasuh oleh

ibubapa. Ia menerima bimbingan agama dan asuhan akhlak yang baik. Pendidikan awal

adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang

hingga ke akhir hayat nanti.

Page 3: Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Kurikulum Bahasa Melayu

Apabila ke sekolah, kanak-kanak akan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan

dipupuk nilai-nilai murni. Selain itu, bakat dan potensi terus dikembangkan. Proses ini

berterusan sepanjang tempoh persekolahan pelajar berkenaan dan sepanjang hayat.

Dengan kata lain, pendidikan seumur hidup akan terus dititikberatkan sebagaimana

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu

Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.

Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa

Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk

pembelajaran seumur hidup.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

Rakyat yang dimaksudkan akan menonjolkan ciri-ciri seperti sentiasa berusaha

mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni

seperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat-

menghormati dan bertoleransi. Berusaha ke arah peningkatan kehidupan berkualiti

melalui penggunaan sains dan teknologi yang canggih. Menghayati prinsip-prinsip

Rukun Negara, mematuhi undang-undang dan mempertahankan perlembagaan.

Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara yang kuat. Rakyat yang rela

berbakti dan berkorban untuk agama, bangsa dan negara.

Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat

di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap

bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Rakyat juga berperanan

sebagai generasi yang mempunyai semangat cinta akan tanah air bersama semua

bangsa di Malaysia dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu berpotensi untuk

dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat

dan komunikasi. Ini bertujuan untuk membentuk Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

yang mantap dan bertaraf antarabangsa.