konsep falsafah pendidikan kebangsaan

25
1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang 1

Upload: ezadimperial

Post on 23-Jun-2015

1.492 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha

yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana

adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan

ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu.

Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa

juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep

pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung

dengan lancar dan baik.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan

negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada

semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan.

Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang

hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka

melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan

mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi

menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik,

bertoleransi dan bermoral baik.

Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan

kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan

mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan

tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan

produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya.

1

Page 2: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK

1. Faktor agama:

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian,

Agama Budhha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undang-

undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang

penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara.

2. Faktor sosial:

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran

negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-

menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha

mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk

mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor politik :

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah

berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen

rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam

usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam

penentuan dasar pendidikan negara.

4. Faktor ekonomi:

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara

memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini

dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan

terhadap kemakmuran negara.

2

Page 3: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5. Faktor individu:

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini

meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan

harmonis. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,

sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup

dengan tenang.

6. Faktor sejagat:

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada

pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea

yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa

pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan, kemajuan

serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara

antarabangsa.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK

Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang

dapat saya senaraikan di sini. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di

mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran

dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara

berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Ini dapat membantu individu

terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat

memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan

mereka. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan

bakat, potensi dan kebolehan yang tertentu. Maka seelok-eloknya ia hendaklah

dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan.

3

Page 4: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

dimana bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan,

sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara

satu sama lain. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya

merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi

individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta

mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). Apabila

keempat-empat ini seimbang, maka terhasillah individu yang mampu hidup secara

harmonis dengan diri sendiri dan orang lain.

Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai

kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira). Individu tersebut juga mestilah

sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta

berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Tidak lupa juga, individu

juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan

percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. Tidak ketinggalan,

individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai

emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki

dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

unsur yang terakhir ialah unsure jasmani iaitu dimana individu hendaklah

menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan

kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan

fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di

mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui

Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Individu juga mesti menyedari bahawa 4

Page 5: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan

haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang

dianuti.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di

mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk

budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang

berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan

untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh

dan berinisiatif. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik.

Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu

perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni

dan moral sebagai prinsip hidup.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan eleman yang kesepuluh di

mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas

dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Setiap

individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap selain dari

mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri,

keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan

mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran

hidup.

Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua

belas dimana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat

melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. 5

Page 6: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara

berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan disamping sering mengekalkan kestabilan

dan mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mampu mempertahankan

maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Elemen yang ketiga belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu

individu mesti mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan

untuk mengharungi liku-liku hidup.

Manakala yang terakhir adalah sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Di mana individu haruslah menjadikan

Rukun Negara sebagai amalan hidup dan perlu memupuk persefahaman keluarga.

Individu juga hendaklah mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara.

4.0 PERANAN GURU/SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK

Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah(PBS) di sekolah SK Sungai Kerawai, saya dapati banyak usaha-usaha yang

dilakukan oleh guru-guru dan pihak sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Saya akan menerangkan berdasarkan aspek-aspek berikut :

1) Kepimpinan

1.1 Guru Besar

Saya perhatikan guru besar yang sebagai orang nomnor satu dalam sekolah

mengamalkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran beliau. Ini dapat

memudahkan guru-guru beriteraksi dengan guru besar jika ada masalah yang

timbul dan murid-murid juga dapat bersemuka dengan guru besar tanpa

sebarang halangan.

Selain itu, bidang tugas guru besar sangat luas. Beliau bertnaggungjawab

terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum sekolah. Selaras dengan

tugas beliau untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah dan pelajar, 6

Page 7: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

pelbagai program telah dianjurkan. Antaranya ialah, program bijak sifir, reading

program, vocabulary building, dan understanding and using English grammar.

Dalam bidang kokurikulum, program yang sepatutnya wujud di sekolah seperti

unit beruniform, kelab dan persatuan dan permainan telah dianjurkan. Ini secara

tidak langsung dapat mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam bidang

kokurikulum.

1.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( GPK 1 )

Guru PK Pentadbiran adalah orang nombor dua dalam sekolah dan merupakan

penolong kepada guru besar. Antara tugas beliau ialah Beliau bertanggungjawab

kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan

kurikulum.

Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru

Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi

jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS),

menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum

dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan

berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.

Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong Kanan

Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan ada guru

ganti bagi ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit. Ini bagi

memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka.

Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan.

Contohnya, menyemak skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia.

Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah

mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini.

1.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum

7

Page 8: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Tugas seorang guru penolong kanan kokurikulum adalah mengada dan

menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan

rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Peranan aktiviti kokurikulum di

sekolah adalah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid.

Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani murid-

murid, sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan

kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Melalui

aktiviti ini, murid-murid dapat mempelajari ilmu di luar bilik darjah seperti

menguruskan diri ketika perkhemahan unit beruniform.

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat murid-murid. Guru-guru

akan memberikan latihan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya

kebangsaan. Ini bersesuaian dengan FPK untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

2) Budaya sekolah

Budaya memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku seseorang.

Di sekolah ini, saya dapat lihat pelbagai budaya yang diamalkan seperti budaya

memberi salam kepada guru-guru, membaca doa sebelum sesi pembelajaran

bermula, beratur semasa hendak membeli makanan di kantin sekolah, dan

membaca serta menepati masa.

Apa yang bagus ialah di atas setiap meja di kantin sekolah tersebut, diletakkan

bahan-bahan bacaan seperti cara mengeja dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris. Bahan-bahan bacaan ini juga diletakkan di pondok-pondok rehat di

mana murid-murid akan membacanya semasa mereka beristrirehat di sana. Ini

adalah bertepatan dengan FPK yang berusaha untuk melahirkan Rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan.

3) Kokurikulum dan Kurikulum

8

Page 9: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan

bakat dan potensi dalam diri setiap murid dalam bidang kokurikulum ialah

Kejohanan Sukan Tahunan. Pada 24 Januari 2009 yang lalu, sekolah ini telah

mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24. Melalui aktiviti ini murid-

murid bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah

mereka juga dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial.

Dari segi emosi, murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan,

muhibbah, kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa

kejohanan sukan berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang

diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha

murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan

ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain.

Dari segi sosial, murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang

berlainan kaum. Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum

masing-masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang

lain. Justeru akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka.

Dari segi kurikulum pula, sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk

kurikulum pelajar. Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program

yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti Kelas Intensif untuk murid-murid

Tahun 6, kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan

sebagainya. Selain itu, sekolah juga telah mengadakan program motivasi bagi

murid-murid yang akan menduduki UPSR bagi menaikkan semangat belajar di

kalangan murid-murid.

Dari segi agama, sekolah telah memberi tanggungjawab kepada panitia agama

Islam bagi menjalankan Program Solat Jemaah iaitu pada waktu Zohor sebelum

murid-murid pulang ke rumah. Ini bagi menanamkan sifat kepatuhan kepada

perintah tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4) Guru dan Guru Kelas

9

Page 10: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Di sekolah ini, bilangan guru lelaki lebih sedikit daripada bilangan guru wanita.

Namun, apa yang saya dapat katakan, semua guru-guru di sana bersifat

peramah dan murah dengan senyuman. Saya langsung tiada masalah dalam

beriteraksi dengan mereka semua. Guru-guru di sini juga boleh dikatakan

menepati masa kerana mereka akan menunggu murid-murid masuk ke kelas

kerana murid-murid lewat masuk terutama selepas waktu rehat. Keterampilan

guru-guru di sana sangat kemas dan bagus di mana ia dapat memberi contoh

yang baik kepada murid-murid.

Pada perhimpunan pagi pula, ketua pengawas akan mengendalikannya.

Manakala guru memberi sedikit tunjuk ajar supaya murid-murid pandai berdikari

dan menguruskan sesuatu dengan baik dan ini selaras dengan FPK iaitu

melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal

merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan,

Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga

perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan

hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan

pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas,

kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk

kemudahan murid-murid.

5) Prasarana

Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan

keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai

kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah

berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara

kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber,

makmal Sains, makmal komputer, kantin, surau, padang dan sebagainya.

Jasmani ialah antara aspek yang ditekankan dalam FPK untuk diperkembangkan

oleh guru-guru. Jasmani penting kerana jasmani yang cergas menghasilkan otak

10

Page 11: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang cerdas. Antara prasarana sekolah yang memperkembangkan jasmani

murid-murid ialah:

PADANG

GELANGGANG BADMINTON

Emosi adalah antara aspek yang penting dalam setiap individu khususnya murid-

murid. Ini kerana, emosi yang stabil akan membantu murid-murid dalam

11

Page 12: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran. Kawasan-kawasan sekolah

yang boleh memperkembangkan emosi murid-murid ialah :

KANTIN SEKOLAH

KELAS @ BILIK DARJAH

12

Page 13: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kekuatan rohani banyak membantu murid-murid dalam proses pembelajaran di

sekolah. Ini kerana, kekuatan rohani yang kuat akan membantu murid-murid

dalam kestabilan emosi dan ketenangan jiwa. Prasarana sekolah yang

memperkembangkan rohani murid-murid ialah tempat ibadat. Disebabkan

Sekolah Sungai Kerawai mempunyai semua murid yang beragama Islam, jadi

tempat ibadat di sekolah ini ialah surau.

MUSOLLA AL MUQARRABIN

MURID-MURID SOLAT JEMAAH

13

Page 14: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perkembangan intelek merupakan antara sebab utama murid-murid pergi ke

sekolah. Perkembangan intelek yang bagus akan menghasilkan warganegara

yang berilmu pengetahuan dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Tempat-tempat yang murid-murid boleh memperkembangkan lagi

intelek mereka ialah :

KELAS SEWAKTU GURU MENGAJAR

PERPUSTAKAAN

14

Page 15: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Aspek sosial di dalam sekolah meliputi pelbagai perkara termasuklah

keselamatan dan pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. Aspek ini

tidak kurang pentingnya kerana dengan sosial, murid-murid dapat berinteraksi

dengan warga sekolah. Selain itu, aktiviti sosial juga mempengaruhi

keseronokan dan keinginan murid-murid untuk datang ke sekolah. Prasarana

sekolah yang mempengaruhi sosial murid-murid ialah :

PONDOK KESELAMATAN

PERTANDINGAN NASYID ANTARA KELAS

15

Page 16: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Antara langkah-langkah lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membantu

mencapai FPK ialah:

i. Mengembangkan potensi secara menyeluru dan seimbang.

ii. Menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua murid tanpa

mengira bangsa atau agama.

iii. Melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi

membolehkannya membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan.

iv. Memperkembangkan murid secara sihat (fizikal dan cergas) dan juga

secara mental serta mempunyai sikap menghargai orang lain.

v. Menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat agar mereka

dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sainstifik dan teknologi.

5.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pertama, FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan

terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh

itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi

memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat

penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa

mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-

masing.

Kedua, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan

FPK. Dalam hal tersebut, mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang

pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat

dan Komunikasi. Sehubungan dengan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba

ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,

kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.

16

Page 17: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ketiga, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab

mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran

sahaja. Malahan pembentukkan modal insane itu juga perlu diberi perhatian yang

serius. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang

secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa

dan tenaga mereka demi keluarga, masyarakat dan negara. Selain daripada itu, guru-

guru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut :

Mesti mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan

diri yang menarik.

Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta

mempunyai tabiat baik yang kukuh.

Mesti bertanggunjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas.

Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri.

Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan unutk terus

belajar seiring dengan pertambahan tugas.

Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang

lain.

Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang

kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungajawab professional meraka,

sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menadi satu kenyataan, dan

bukan hanya satu impian sahaja.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN17

Page 18: Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Rumusan :

FPK mempunyai implikasi yang sangat penting kepada pendidikan negara.

FPK amnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi

kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar

Pendidikan Negara.

Justeru itu, asas falsafah pendidikan memberikan panduan kepada sesebuah

sistem pendidikan unutk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis

kokurikulum, kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah.

Cadangan :

Institut perguruan hendaklah membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu,

kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan

berkesan.

Institut perguruan perlu menigkatkan pengetahuan dan kecekapan guru pelatih

secara berterusan.

Menggubal, melaksana dan menilai kurikulum perguruan supaya bersesuaian

dengan peredaran zaman.

Pendidikan moral kepada semua murid supaya murid mempunyai akhlak yang

mulia dan terpuji.

18