fakulti sains kognitif dan pembangunan … doktor perubatan terhadap... · awal di sekolah rendah...

24
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SIKAP DOKTOR PERUBATAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM AMALAN PERUBATAN HASHIMAH HASHIM Tesis ini dikemukakan bagi mernenuhi sebahagian daripada syarat untuk Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Kota Samarahan 2000

Upload: vudung

Post on 31-Jan-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SIKAP DOKTOR PERUBATAN TERHADAP PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM AMALAN PERUBATAN

HASHIMAH HASHIM

Tesis ini dikemukakan bagi mernenuhi sebahagian daripada syarat untuk

Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Kota Samarahan

2000

Page 2: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

PERAKUAN

Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada bahagian daripada tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu

permohonan lain untuk mendapatkan kelayakan ijazah di universiti ini atau universiti lain atau institusi pengajian lain.

Page 3: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji tahap sikap, keyakinan, pengetahuan, penggunaan dan kemahiran komputer doktor-doktor perubatan. Korelasi semua tahap juga ditinjau kecuali bagi

* domain pengetahuan. Domain-domain yang dikaji dilihat pula perbezaannya dari segi kategori perkhidmatan, gender dan umur. Sampel kajian terdiri daripada 81 orang doktor perubatan klinikal dari hospital Universiti Sains Malaysia. Penganalisaan data kajian dilakukan secara statistik diskriptif dan inferen. Dapatan kajian menunjukkan, pa& keseluruhannya tahap sikap, keyakinan dan pengetahuan adalah tinggi tetapi tahap penggunaan dan kemahiran adalah sederhana. Terdapat perbezaan yang signifiken antara tahap sikap dengan kategori perkhidmatan dan umur. Korelasi empat domain pula menunjukkan terdapat korelasi negatif antara penggunaan dan kemahiran. Kajian juga mendapati cara belajar yang paling digemari oleh doktor perubatan ialah dengan belajar sendiri.

Page 4: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

BIOGRAFI

Penyelidik dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1968. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan Sekolah Rendah Convent, Setiawan, Perak. Pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Convent menengah atas di Sekolah Menengah Anglo Chinese, dan tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahrnad Boestamam, Sitiawan, Perak. Pada tahun 1988 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, Jalan Othman sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan pada tahun 1991. Setelah tamat pengajian, beliau telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia dan Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai pembantu makmal clan pengkatalog. Beliau kemudiannya mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pada tahun 1993 dan memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsan Abdullah, Sernpoma, Sabah. Sehingga 1998, beliau berpengalaman sebagai Ketua Jabatan Bahasa, Penyelaras Pusat Sumber, Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam, Ketua Panitia Bahasa Inggeria, Guru Kanan Perpustakaan, Ketua Penasihat Pasukan Kadet Polis dan Penyelaras Data Guru di sekolah tersebut. Tamat tempoh perkhidmatan di"Sabah, beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan, sebagai guru Sains dan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pengajian Sajana Sains Pembangunan Sumber Manusia pada akhir tahun 1999 melalui program kembar IAB- UNIMAS.

Page 5: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan tersayang.. .

Abah Sokongan dan semangatnya, kegigihan dan kejayaannya menjadi aspirasi dan contoh bagiku, peluang yang tiada pada masanya dianugerahkan Allah untukku bagi meraih

kejayaan yang pastinya menjadi kebanggaan Abah.

Cik Kesabaran dan Doa Ibu yang tak putus adalah bekal buatku anak tersayang. Kerisauan

dan Pesan yang tak sudah adalah sernangat darinya yang tak kunjung padam. Ini anugerah buat Bonda sebagai penyambung cita-cita yang akan terus menyala.

Kak Ngah dan Cik Su Sama-sama kita teroka dunia ilmu yang tiada akhimya. Ini jihad kita walau bukan sebagai

dae. Kegigihan ku adalah contoh untuk kalian terus gigih be rjuang meraih kejayaan.

Hashif Akan kami cipta persekitaran kondiusif buatmu merintis jalan ke dunia ilmu.

Buat Nenda Berdua Sukar dimengertikan apa lagi dicari cucu yang seorang ini.

Tapi akuIah kebanggaan mereka.

Teman Serumah dan Sekohot Pertemuaan ini mengayakan pengalaman, terima kasih yang tak terhingga buat kalian.

Page 6: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tesis ini sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat memperolehi ijazah sarjana. Penghargaan buat Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan Universiti Malaysia Sarawak atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk mengikuti program kembar sa rjana IAB-UNIMAS ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin saya rakamkan kepada Cik Sabasiah Hussein sebagai penyelia penyelidikan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM), UNIMAS, di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk-ajar yang tak terhingga; DR Ahrnad Fuad Abdul Rahim kerana menyemak soal selidik, pandangan terhadap kajian yang dijalankan dan sokongan artikel berkaitan kajian berdasarkan sinario di Malaysia, dari Jabatan Pendidikan Perubatan , Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian , Kelantan dan DR Anthony F. Jerant kerana sokongan artikel-artikel berkaitan kajian yang sukar diperolehi melalui internet dari Jabatan Perubatan Keluarga dan Komuniti, Pusat Pengajian Perubatan Davis,

. Universiti California, Amerika. Juga kepada Cik Zaiton dari FSKPM dan Encik Sallehiddin dari EPRD, Kementerian Pendidikan.

Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah Hospital Besar Kota Bharu, Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia dan Ketua-ketua Jabatan kepada 12 jabatan di Hospital Universiti Sains Malaysia serta doktor-doktor perubatan klinikal yang terlibat dalam memberikan kebenaran supaya dapat ditadbir kajian rintis, kajian sebenar dan sebagai responden sehingga terkumpulnya data bagi keperluan kajian ini.

Sekalung penghargaan kepada Prof. Dr. Ibrahim Mamat, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan Dr Abdul Rahim , Pengarah Institut Arninuddin Baki atas kesempatan yang diberikan untuk saya mengikuti kursus ini. Kepada semua pensyarah yang terlibat dalam program pasca siswazah IAB-UNIMAS 1999-2000, Dr Bakhtiar, Dr. Quek, Prof. Dr. Ibrahim Mamat, Dr Maheswary, Prof Razali Arof, Prof Mohammed Awang, Dr Wahab, Dr Abang Ridzuan, Prof Madya Dr Peter Songan, Encik Abang Ekhsan Abang Othman ( Penyalaras Program), Puan Norshah, Puan Leniiew Roman, Cik Zaiton, Cik Eleine, Puan Chen, Encik Teh, Cik Faaizah, Dr Wang, Encik Sharaf dan Dr Rosziati, sekalung penghargaan dan terima kasih atas pemberian ilmu yang mengayakan saya.

Kepada rakan-rakan seperjuangan Kohort 5 IAB-UNIMAS, terima kasih atas kerjasama dan dorongan sehingga sama-sama menamatkan kursus ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih khas buat Julie, Jashireen, Roslyn dan Adline kerana keharmonian sebagai rakan seapartmen dan Cikgu Sharif kerana peringatan yang sangat penting sebelum menamatkan kursus.

Page 7: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Bab 1: Pendahuluan 1.0 Pengenalan 1.1 Pendahuluan 1.2 Pemyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Persoalan Kajian 1.5 Hipotesis Nu1 Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Skop dan Batasan Kajian 1.8 Definisi Konseptual 1.9 Definisi Operasional 1.10 Kesirnpulan

Bab 2: Tinjauao Kajian 2.0 Pengenalan 2.1 Definisi dan Konsep Sikap 2.2 Sikap Terhadap Komputer 2.3 Sikap dan Pen&unaan Komputer Dalam Arnalan Perubatan 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Kesimpulan

Bab 3: Metodologi 3 .OPengenalan 3.1 Rekabentuk Kajian 3.2 Kaedah Pengumpulan Data 3.3 Rekabentuk Soal Selidik 3.4 Pentadbiran Kajian

3.4.1 Kajian Rintis 3.4.2 Pentadbiran Kajian Sebenar

3.5 Pernilihan Saiz Sampel 3.6 Kaedah Analisa Data 3.7 Pembinaan Skor Tahap 3.8 Kaedah Korelasi Pearson 3.9 Ujian -1 3.10 Ujian ANOVA 3.1 1 Kesimpulan.

Bab 4 : Dapatan Kajian 4.0 Pengenalan 4.1Tahap Sikap Doktor Perubatan Terhadap Komputer

Page 8: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

4.2 Tahap Keyakinan Doktor Perubatan Terhadap Komputer

4.3 Tahap Pengetahuan Komputer Dalarn Amalan Perubatan

4.4 Tahap Penggunaan Komputer Doktor Perubatan 4.5 Tahap Kemahiran Komputer Doktor Perubatan 4.6 Cara Belajar Komputer Paling Berkesan 4.7 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Gender 4.8 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Kategori Perkhidmatan 4.9 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Umur 4.10 Perhubungan Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan

Penggunaan 4.1 1 Kesimpulan

Bab 5 : Rumusan Dan Cadangan 5.0 Pengenalan 33 5.1 Perbincangan Dapatan Kajian 33

5.1.1 Tahap Sikap 3 3 5.1.2 Tahap Keyakinan 3 3 5.1.3 Tahap Pengetahuan 3 3 5.1.4 Tahap Penggunaan 34 5.1.5 Tahap Kemahiran 34 5.1.6 Cara Belajar Komputer Paling Berkesan 34 5.1.7 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Gender 34 5.1.8 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Kategori Perkhidmatan 34 5.1.9 Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran

dan Penggunaan Berdasarkan Umur 35 5.1.10 Perhubungan Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan

Penggunaan 3 5 5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 3 5 5.3 Cadangan Kajian Akan Datang 36 5.4 Penutup 37

Rujukan Lampiran

Page 9: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

JADUAL

Jadual 1 - Bacaan Alpha Bagi Ujian Analisa Kebolehpercayaan Bagi 4 Domain Yang Dikaji

Jadual2 - Pengiraan Saiz Sampel Minimum

Jadual3 - Taburan Responden

Jadual4 - Skor Tahap Yakin

Jadual5 - Skor Tahap Sikap

Jadual6 - Skor Tahap Penggunaan

. Jadual7 - Skor Tahap Kemahiran

Jadual8 - Skor Item Tahap Sikap dan Penggunaan

Jadual9 - Skor Item Tahap Keyakinan dan Kemahiran

Jadual10 - Penentuan Pekali Korelasi Pearson (r)

Jadual 11 - Tahap sikap Doktor Perubatan Terhadap Komputer

Jadual12 - Tahap Keyakinan Penggunaan Komputer Doktor Perubatan

Jadual13 - Tahap Penggunaan Komputer Doktor Perubatan

Jadual14 - Tahap Kemahiran Komputer Doktor Perubatan

Jadual15 - Cara Belajar Komputer Paling Berkesan

Jadual16 - Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan Penggunaan Berdasarkan Gender

Jadual17 - Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan Penggunaan Berdasarkan Kategori Perkhidmatan

Jadual18 - Perbezaan Tahap Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan Penggunaan Berdasarkan Umur

Jadual19 - Perhubungan Sikap, Keyakinan, Kemahiran dan Penggunaan

Page 10: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

SENARAI RAJAH

Rajah 1 - Kerangka Konseptual Hubungan Antara Kepercayaan, Sikap, Niat dan Tingkahlaku Terhadap Sesuatu Objek

Rajah 2 - Tiga Komponen Pembentukan Sikap

Rajah 3 - Model Penerimaan Atau Penolakan Komputer

Rajah 4 - Kerangka Kajian

Page 11: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Perkara-perkara yang akan dibincangkan di dalam bab ini ialah pendahuluan, pemyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan, skop dan batasan serta definisi konseptual clan operasional.

1.1 Pendahuluan Kepentingan teknologi maklumat (IT) menyebabkan ia berkernbang begitu pantas dan semua sektor tidak dapat menafikan penggunaanya. Malah, komputer dikatakan sebagai satu agenda pemangkin terhadap kewujudan pengurusan dan p e l h a a n tugas yang cekap dan tepat. Dari segi teknologi juga, komputer dikatakan akan menjadi pencetus yang radikal kepada perkembangan teknologi masa depan.

Dalam proses untuk memaju dan mengembangkan penggunaan teknologi maklumat di negara ini, pelbagai inisiatif telah diambil. Majlis Teknologi MaWumat Negara (MTMN)

, telah ditubuhkan pada tahun 1994. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan penggunaan dan pembangunan teknologi maklumat sebagai teknologi strategik dalam pembangunan negara.

Menurut Othman (1997).aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menyebabkan penekanan kepada penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia dilaksanakan. Hasrat ini disalurkan dengan pelancaran Koridoraya Multimedia pa& Ogos, 1996. Teleperubatan telah diletakkan sebagai salah satu dari tujuh elemen aplikasi perdana di dalarnnya. Elemen ini meliputi konsaltasi, diagnosis dan rawatan secara 'remote', rekod pesakit secara maya dan rangkaian rekod perubatan kebangsaan.

Mat Lazim (1995) dan Mohd Zulkarnain (1997) dalam Rohayah (1998) berpendapat, organisasi awam clan swasta mesti sanggup berhadapan dengan perubahan tersebut melalui pelbagai persediaan termasuk penggunaan peralatan yang canggih serta penyediaan tenaga kerja yang berkualiti. Rohayah (1998) menyatakan bahawa penghasilan kerja yang berkualiti mempunyai perkaitan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan. Oleh itu peningkatan kualiti perkhidmatan bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan peralatan yang digunakan tetapi kepada sikap dan kualiti kerja yang mengendalikan perkhidmatan tersebut. Pekejaan yang tidak berkualiti boleh menyebabkan misi dan visi sesebuah organisasi gaga1 mencapai matlamat dengan jayanya.

Kementerian Kesihatan (2000) menjelaskan, dalam Rancangan Malaysia ke 5, 21 buah hospital di Malaysia sedang melalui beberapa fasa pembangunan yang selaras dengan perancangan kerajaan untuk menyediakan hospital tanpa kertas. Antara yang hampir dengan kenyataan ialah Kompleks Hospital Sungai Buloh yang direkabentuk untuk menjadi pusat rujukan perubatan kebangsaan berkaitan protokol dan piawaian teknologi

Page 12: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

berkaitan perubatan. Hospital lain yang akan mempunyai piawaian yang sama ialah Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lurnpur.

Bila sistem ini diimplimentasi, menjelang tahun 2000, Malaysia akan menjadi negara pertama di rantau ini yang mempunyai hospital tanpa kertas. Setakat ini sebuah hospital di Glasgo, Scotland dikatakan hospital pertama yang memulakan operasi sebagai hospital tanpa kertas (Chooi, 1999).

1.2 Pernyataan Masalah Jumlah penduduk Malaysia melebihi 17.5 juta orang dan kebanyakannya mendiami kawasan luar bandar, pertumbuhan penduduk pa& kadar 2.3% setahun, nisbah puata doktor dan penduduk ialah 1:2,301 (Kementerian Kesihatan, 2000a). Dengan kadar nisbah yang tinggi ini, pihak kementerian perlu mengembangkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin. Kepesatan perkembangan dalam bidang perubatan, ditambah dengan kemunculan penyakit-penyakit dan kaedah-kaedah diagnosis, rawatan dan kawalan baru yang dilaporkan hampir setiap hari, memerlukan perkembangan perkhidmatan selari dengan perkembangan teknologi.

Antara strategi, Kementerian Kesihatan Malaysia, ia berhasrat untuk meneruskan pengukuhan sistem penjagaan kesihatan di semua peringkat di negara ini melalui peningkatan kecekapan pengurusan, kemudahan sokongan dan teknologi dengan memberikan penekanm kepa& penjagaan kesihatan asas. Kedua, meningkatkan keberkesanan pendidikan kesihatan di kalangan rakyat melalui peningkatan kepakaran dan teknologi. Sentiasa mengutarnakan peningkatan kualiti tenaga manusia untuk menyaingi kecanggihan teknologi dan peningkatan ekspektasi pelangan. Ketiga mengkaji dan mengadakan pembaikan keatas piawaian-piawaian kualiti dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan persekitaran, perubahan dasardasar kerajaan, peningkatan ekspektasi pelanggan dan peningkatan keupayaan organisasi (Kementerian Kesihatan, 2000b)

Bagi menjana strategi-strategi tersebut, pnhgkatan teknologi dan prestasi organisasi dalam bi&ng perubatan terkini m a t memerlukan kepada penggunaan komputer sama a& &lam bidang pentadbiran, perkhidmatan atau rawatan. Sellu (1994) -&pat, komputer telah menjadi salah satu alat yang membantu dalam menjalankan tugas yang amat penting &lam bidang perubatan kerana ia bitikal dan memerlukan ketepatan &lam merawat dan menyelamatkan nyawa.

Sikap positif doktor perubatan terha&p penggunaan komputer &lam amalan perubatan adalah penting. Ini kerana suntikan teknologi maklumat dalam car;! mengendalikan tugas di hospital-hospital di Malaysia menyebabkan perubahan berlaku dalam organisasi tersebut dari sistem kerja secara manual kepada sistem keja berotomasi. Menurut Steer dan Black (I994), untuk mengorak langkah ke arah sesuatu perubahan &lam sesebuah organisasi, faktor persediaan mental, pengetahuan dan kernahiran di kalangan anggota di dalam organisasi adalah penting. Faktor-faktor ini boleh menjadi penentu kepada tahap sikap anggota organisasi tersebut untuk menerima perubahan.

Page 13: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Berdasarkan tinjauan yang dibuat di Universiti Sains Malaysia semasa kajian dijalankan, matapelajaran aplikasi komputer dalam bidang perubatan telah ditawarkan kepada pelajar lepasan ijazah. Bagi pelajar ijazah pertarna, kurikulum sedang digubal. Ini bermakna pendedahan aplikasi komputer kepada pelajar perubatan adalah sangat minimum atau tiada langsung terutamanya kepada generasi doktor perubatan yang a& &lam pasaran pekerjaan sekarang.

Menteri Kesihatan Singapura semasa melawat ke Hospital Selayang di Kuala Lumpur menyatakan, di Singapura, sangat sukar untuk mendapatkan doktor yang senior untuk menggunakan komputer (New Straits Times, 2001). Ini adalah kesan dari tiadanya pendedahan dalarn kurikulum pendidikan perubatan sewaktu mereka baa& di universiti. Ditambah dengan kekangan rnasa kerana waktu kerja yang panjang serta kornitrnen kerja yang tinggi, adalah menjadi satu persoalan, apakah tahap sikap doktor perubatan terha&p komputer.

Berdasarkan sinario di atas, kajian ini bermatlamat untuk meninjau tahap sikap semasa doktor perubatan terhadap komputer. Tahap sikap ini pula akan ditinjau hubungannya dengan tahap penggunaan komputer semasa &lam amalan perubatan. Di Malaysia, pada kadar jangkauan tinjauan kajian lalu yang dilakukan oleh penyelidik, kajian seperti ini masih belum dilakukan. Visi dan misi untuk menggunakan komputer sepenuhnya di dalam amalan kerja harian di hospital kerajaan di Malaysia menyebabkan tahap sikap yang tinggi dari doktor perubatan amat penting untuk menerima perubahan ini. Apabila mengetahui tahap sikap mereka, satu gambaran tentang tahap sikap yang diperlukan iaitu tinggi dan tahap sikap semasa diperolehi. Tahap sikap semasa ini pula akan &pat menunjukkan tahap penggunaan semasa komputer dalam bidang perubatan.

13 Objektif Kajian Kajian ini berobjektif untuk mengenal pasti :

(a) Tahap sikap doktor perubatan terhadap penggunaan komputer dalam amalan perubatan

(b) Tahap keyakinan doktor perubatan terhadap penggunaan komputer &lam amalan perubatan

(c) Tahap pengetahuan komputer doktor perubatan dalam amalan perubatan

(d) Tahap penggunaan komputer doktor perubatan dalarn amalan perubatan

(e) Tahap kemahiran aplikasi komputer doktor perubatan dalam amalan perubatan

(0 Cara belajar komputer terbaik di kalangan doktor perubatan

(g) Perbezaan tahap sikap, keyakinan, kemahiran dan pengetahuan terhadap komputer berdasarkan kategori perkhidmatan

Page 14: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

(h) Perbezaan tahap sikap, keyakinan, kernahiran dan pengetahuan terhadap komputer berdasarkan gender

(i) Perbezaan tahap sikap, keyakinan, kemahiran dan pengetahuan terhadap komputer berdasarkan urnur

(j) Perhubungan diantara domain sikap, keyakinan, penggunaan dan kernahiran bagi meninjau signifiken korelasi diantara domain.

1.4 Persoalan Kajian Kajian ini diarah bagi menjawab persoalan kajian berikut:

(a) Apakah tahap sikap doktor perubatan terhadap komputer dalam amalan perubatan?

(b) Apakah tahap keyahnan doktor perubatan terhadap komputer dalam amalan perubatan?

(c) Apakah tahap pengetahuan aplikasi komputer doktor perubatan dalam arnalan perubatan?

(d) Apakah tahap penggunaan aplikasi komputer doktor perubatan dalam amalan perubatan?

(e) Apakah tahap kemahiran aplikasi perisian komputer di kalangan doktor perubatan terhadap penggunaan komputer dalam amalan perubatan?

( f ) Apakah cam belajar komputer yang paling berkesan.

15 Hipotesis Nu1 Kajian Hipotesis Nu1 kajian adalah seperti berikut:

(a) Tidak terdapat perbezaan yang signitiken bagi tahap sikap, keyakinan, kernahiran dan penggunaan komputer dalam amalan perubatan berdasarkan kategori perkhidmafan.

(b) Tidak terdapat perbezaan yang signifiken bagi tahap sikap, keyakman, kemahiran dan penggunaan komputer dalam amalan perubatan berdasarkan gender.

(c) Tidak terdapat perbezaan yang signifiken bagi tahap sikap, keyakinan, kemahiran dan penggunaan komputer dalam amalan perubatan berdasarkan umur.

Page 15: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

(d) Tidak terdapat perhubungan yang signifiken di antara domain sikap, keyakinan, kemahiran dan penggunaan komputer dalam amalan perubatan.

1.6 Kepentingan Kajian Berdasarkan jangkauan tinjauan kajian yang dilakukan oleh penyelidik, kajian seperti ini masih belum dilakukan di Malaysia. Hasil kajian tentang tahap sikap, kemahiran, penggunaan dan keyakinan semasa doktor perubatan terhadap komputer akan dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merangka program latihan khas kepada doktor perubatan yang sedia ada dalam perkhidmatan sekarang .

Pendidikan Perubatan di universiti memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar perubatan terhadap penggunaan komputer dalam amalan perubatan. Aspek-aspek yang ditinjau dan dapatan kajian dapat membantu pihak penggubal kurikulum perubatan dalam proses penggubalan kurikulum bagi matapelajaran komputer dalam bidang perubatan atau amalan komputer merentas kurikulum tersebut.

1.7 Skop dan Batasan Kajian , Kajian ini memberi tumpuan kepada tahap sikap terhadap komputer dalam amalan

perubatan. Berdasarkan tinjauan kajian Nuinda (1998) terhadap kerangka . beliau menyimpulkan, sikap terbahagi kepada tujuh ciri iaitu kebimbangan, keyalanan, kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan. Tinjauan sikap terhadap penggunaan komputer oleh Nuinda (1998) ini digunakan sebagai panduan. Ia diubah suai untuk merekabentuk soalan-soalan tinjauan tahap sikap doktor perubatan terhadap komputer dalam amalan perubatan.

Kajian lampau oleh Jerant (2000) yang berkaitan sikap pelajar dan doktor perubatan terhadap penggunaan komputer di fakulti dan hospital di mana latihan arnali dilaksanakan juga dirujuk. Hasilnya tinjauan terhadap tahap keyakinan, pengetahuan, penggunaan dan kemahiran dibentuk.

Tumpuan kajian ialah kepada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Hospital ini adalah pusat amali bagi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Memandangkan responden iaitu doktor perubatan terdiri daripada pegawai perubatan yang berkhidmat di hospital tersebut dan pensyarah, kemungkinan tahap sikap terhadap komputer dan tahap penggunaannya dikalangan doktor di hospital ini akan agak berbeza dengan hospital bukan pusat pengajian perubatan.

Kekangan untuk mendapatkan jumlah responden seperti formula pemilihan sampel tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan jumlah responden yang diperolehi adalah 58 orang untuk pegawai perubatan dan 23 orang untuk doktor pakar. Sedangkan mengikut pengiraan sampel berdasarkan populasi adalah 3 1 orang untuk pegawai perubatan dan 43 orang untuk doktor pakar. Walau bagaimana pun, penyelidik cuba memastikan hampir semua jabatan dapat memberikan respon terhadap tinjauan ini mengikut peratusan yang ditetapkan tetapi pulangannya masih tidak seratus peratus.

Page 16: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Tinjauan penggunaan komputer dikalangan doktor perubatan dalam amalan perubatan ini ditadbir di hospital yang belum melaksanakan penggunaan komputer sepenuhnya. Jadi jika instrumen yang sarna ditadbir di hospital yang melaksanakan penggunaan komputer sepenuhnya, keputusamya juga munglan berbeza.

1.8 Definisi Konseptual Sika p Encyclopedia Britannica Online (2001) menjelaskan, sikap ialah sains sosial yang mengklasifikasi objek dan kejadian yang kemudiannya menunjukkan reaksi pa& satu tahap penilaian yang konsisten. Secara logik, sikap adalah hipotetikal yang dimanifestasikan melalui pengalaman, verbal, tingkah-laku dan berbagai cara lain.

WorldNet (1997) mendifinisikan sikap sebagai orientasi mental yang kompleks melibatkan kepercayaan clan perasaan serta nilai dan keadaan untuk bertindak dalam keadaan tertentu.

Keyakinan . The American Heritage Dictionary of the English Language (1996) menyatakan

keyakinan sebagai kepastian dan mempercayai sesuatu.

Pengetahuan Encyclopedia Britannica Online (2001) menjelaskan, pengetahuan diperolehi dari pengalaman. The American Heritage Dictionary of the English Language (1996) pula menjelaskan pengetahuan ialah mengenalpasti dan memahami sesuatu melalui pengalaman atau pengajian. Mempelajaxi sesuatu akan mengarah seseorang itu kepada sesuatu pengetahuan. Pengetahuan juga ialah maklumat spesifik tentang sesuatu.

Penggunaan The American Heritage Dictionary of the English Language (1996) mendifinisikan penggunaan sebagai perbuatan memakai sesuatu.

Kemahiran The American Heritage Dictionary of the English Language (1996) menyatakannya sebagai profisiensi yang diperolehi atau dikembangkan melalui latihan atau pengalaman dan sinoname dengan kebolehan.

Doktor Perubatan Webster's Revised Unabridged Dictionary (1996) berpendapat doktor perubatan ialah seorang yang mempunyai lesen untuk mengamalkan perubatan dan menjadi ahli kepada profesion perubatan.

1.9 Definisi Operasional Sika p Kajian ini merujuk kepada 7 komponen sikap iaitu kebimbangan, keyakinan, kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan. Tinjauan 7 komponen sikap dilakukan terhadap komputer dalam amalan perubatan.

Page 17: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Keyakinan Keyakinan merujuk kepada keyakinan doktor perubatan semasa menggunakan perisian aplikasi komputer seperti sistem operasi, pemprosesan perkataan, helaian hamparan clan pengkalan data dalam amalan perubatan.

Pengetahuan Pengetahuan meninjau sama ada doktor perubatan mengetahui atau tidak kewujudan berbagai aplikasi teknologi komputer dalam bidang perubatan.

Penggunaan Penggunaan merujuk kepada kekerapan penggunaan berbagai aplikasi teknologi komputer dalam amalan perubatan.

Kemahiran . Kemahiran merujuk kepada kemahiran doktor perubatan semasa menggunakan perisian

aplikasi komputer seperti komunikasi elektronik, pencarian maklumat melalui MEDLINE dan mereka bahan sokongan untuk pembentangan.

Doktor Perubatan .

Doktor perubatan merujuk kepada pegawai perubatan dan doktor pakar klinikal yang terlibat secara langsung dengan pesakit.

Pegawai Perubatan Merujuk kepada doktor perubatan klinikal yang telah tarnat pengajian ijazah pertama dalam bidang perubatan dan mengamalkannya.

Doktor pakar Doktor pakar pula ialah pegawai perubatan klinikal yang telah mengikuti pengajian di peringkat sajana atau kepakaran dalam bidang perubatan.

Penggunaan Komputer Penggunaan komputer merujuk kepada penggunaan aplikasi perisian, mesin berkomputer dalam bidang perubatan, komunikasi elektronik dan penggunaan pengkalan data untuk pencarian maklumat.

1.10 Kesimpulan Bidang perubatan di Malaysia mendapat tempat dalam projek MSC. Hospital-hospital di Malaysia yang sedang dibina dan dalam perancangan disediakan prasarana untuk memenuhi keperluan untuk menjadi hospital tanpa kertas. Perkembangn ini memerlukan doktor perubatan terlibat secata langsung dengan aplikasi komputer. Kajian ini meninjau tahap sikap semasa doktor perubatan terhadap komputer dan perhubungannya dengan tahap penggunaan. Selain tahap sikap secara umum, tahap keyakinan, penggunaan dan kemahiran juga ditinjau di dalam kajian ini.

Page 18: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

BAB 2 TINJAUAN KAJIAN

2.0 Pengenalan Perkara-perkara yang dibincangkan &lam bab ini ialah definisi dan konsep sikap, sikap terhadap komputer, sikap dan penggunaan komputer dalam amalan perubatan, dan kerangka konseptual.

2.1 Definisi dan Konsep Sikap Menurut Aiken (1980) sikap telah didefinisikan dengan berbagai cara dan makna. Pengkaji-pengkaji sikap mempunyai berbagai tanggapan yang berbeza tentang konsep ini. Eagly dan Chaiken (1993) mendefinisikan sikap sebagai satu kecenderungan psikologi yang ditunjukkan dengan menilai sesuatu entiti dengan tahap menyokong (favour) atau tidak menyokong (disfavour).

Allport, &lam Gross (1987), pula menyatakan sikap adalah keadaan mental dan saraf tersedia, tersusun melalui pengalaman. Ia berupaya mengarah atau mempunyai pengaruh

a dinamik pa& tindakbalas individu terhadap objek dan situasi yang berhubung dengannya.

Menurut Katz, dalam Gross (1987), terdapat empat fungsi utama sikap. Pertama, fimgsi pengetahuan dimana individu mencari tahap yang dijangkakan, ketekalan dan kemantapan dalam persepsi terhadap dunia. Sikap memberi makna dan arah kepada pengalaman, menyediakan ran& mjuk untuk menilai peristiwa dan objek.

Kedua, h g s i penyesuaian yang berbentuk instrumental atau utilitarian, individu mendapat tindakbalas yang menyenangkan dari individu lain dengan menunjukkan sikap yang diterima sosial. Oleh itu sikap berkait dengan ganjaran. Contohnya, persetujuan atau penerimaan orang lain. Sikap ini mungkin ditunjukkan umum tetapi tidak semestinya dipercayai, seperti kepatuhan.

Ketiga, fungsi nilai perasaan dimana individu mendapat garnbaran diri melalui nilai yang dihargai. Ganjaran bukan terletak pa& penerimaan sokongan sosial tetapi kepastian dari aspek positif terhadap konsep kendiri individu. Ini terutaxnanya penting untuk kesedaran integriti peribadi.

Keempat pula ialah fungsi ketahanan ego yang berfungsi membantu individu dari mengaku kekurangan peribadi. Contohnya, penafian membolehkan individu mempertahankan konsep kendiri. Empat fungsi-fungsi ini bergabung menunjukkan satu sikap individu.

'Unified Theory' oleh Greenwald (1998) berpendapat, sebahagian besar sikap seperti yang dipersepsikan oleh kebanyakan individu pa& hari ini, berkait dengan persepsi kendiri individu itu sendiri. Bagaimana kita rasa dan persepsi kita terhadap dunia sekeliling bergantung kepada bagaimana kita berfikir dan rasa tentang diri sendiri.

Page 19: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Ajzen dan Fishbein (1980) menekankan konsep persepsi kendiri dengan menjelaskan, seseorang individu yang berhasrat untuk mengubah sikap perlu melibatkan berbagai aspek dalam kehidupannya. Aspek-aspek tersebut perlulah sangat penting dan terlalu peribadi hingga dapat mendorong kepada perubahan sikap.

Teori tentang sikap yang dipelopori oleh Fishbein dan Ajzen (1975) diadaptasi dari 'Expectancy Value Theory' yang hanya menekankan kepada dua pembolehubah iaitu kepercayaan dan sikap. Teori ini kemudiannya berkembang dengan pembolehubah ketiga iaitu tingkahlaku. Dengan itu terdapat tiga pembolehubah dalam teori sikap mereka iaitu kepercayaan, sikap dan tingkahlaku.

Sikap dilihat sebagai afektif atau bersifat nilai, dan ini ditentukan oleh kepercayaan individu mengenai objek sikap tersebut. Kebanyakan manusia mempunyai kedua-dua kepercayaan yang negatif dan positif terhadap sesuatu objek, clan sikap berhubungkait kepada semua nilai terhadap kepercayaan-kepercayaan yang dipegang.

Kerangka konseptual oleh Fishbein dan Ajzen (1975) dalam Rajah 1 jelas menunjukkan , bahawa sikap individu terhadap objek tertentu adalah berkait dengan sekumpulan

kepercayaan. Individu terbabit, bukan hanya terhadap satu-satu kepercayaan tertentu sahaja.

Seterusnya, sikap yang terbentuk terhadap objek ini akan mempengaruhi pula niat atau cadangan terhadap objek tersebut. Ini akan melahirkan keparcayaan baru yang boleh mempengaruhi tingkahlaku individu. Proses ini akan berterusan menyebabkan perubahan dalam sikap dan tingkahlaku individu.

Kepercayaan

objek X

Nilai Tingkahlaku terhadap terhadap objek X objek X

&.., .. . .-

................ Maklum balas

L - I Rajah 1 : Kerangka Konseptual Hubungan Antara Kepercayaan, Sikap, Niat dan

Tingkahlaku Terhadap Sesuatu Objek Sumber: Fishbein, M. and Ajzen,I. (1975) Belief. attitude intentional behavior : An Introduction

to theorv and research. Massachussettes : Addison-Wesley.

Page 20: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Menurut teori klasik sikap yang dikemukakan oleh Rosenberg dan Hovland (1960) pula, terdapat tiga komponen utama dalam pembentukan sikap. Ketiga-tiga komponen ini merangkumi aspek afektif, kognitif dan tingkahlaku. Aspek afektif merangkumi tindakbalas saraf simpatetik dan pernyataan lisan afektif. Aspek Kognitif pula merangkumi tindakbalas saraf simpatetik dan pernyataan lisan efektif. Aspek kognitif pula merangkumi tindakbalas pemyataan lisan yang berkaitan kepercayaan, manakala aspek tingkahlaku merangkurm tindakbalas secara nyata yang dapat dilihat. Rangsangan- rangsangan yang diterima oleh individu akan melalui sikap (pengantara) individu terhadap objek sebelum sesuatu tindakbalas dikeluarkan, sama ada dari segi afektif, kognitif atau tingkah laku. Ketiga-tiga tindakbalas ini membentuk satu komponen sikap.

Simpatetik Pertanyaan lisan afektif

(Individu, keadaan, Tindakbalas saraf

isu sosial, kumpulan Kognitif Simpatetik

sosial dan lain-lain objek sikap)

Simpatetik Pertanyaan lisan

Afektif 0

I

Rajah 2 : Tiga Komponen Pembentukan Sikap S u m k Rosenberg, M.J. et. al. (1960) Attitude ol-eanization and chanpe : An analvsis of

consistencv among attitudes commnents. Westport : Yale University Press.

Rosenberg (1968) juga terkenal dengan teori klasiknya mengenai kognitif efektif yang konsisten. Teori ini menjelaskan, sikap akan menjadi semakin kuat bila pembawaan dan kognitif individu menjadi sangat kuat terhadap sesuatu objek yang sangat dihargainya. Dapatan kajiannya juga menunjukkan individu yang mempunyai kognitif efektif konsisten yang tinggi akan mempunyai sikap yang lebih stabil berbanding mereka yang rendah efektif konsistennya.

Dari tinjauan tentang konsep sikap, Nuinda (1998) menyimpulkan, sikap seringkali dikaitkan dengan kebimbangan, keyakjnan, kognitif, tingkahlaku, keseronokan, penggunaan dan kecekapan.

Page 21: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

2.2 Sikap Terhadap Komputer Kajian-kajian mengenai sikap terhadap penggunaan komputer telah dijalankan dengan meluas. Kajian-kajian yang dijalankan telah menunjukkan sikap memainkan peranan penting dalam penggunaan dan penerimaan komputer (Davis, Bagozzi & Warsaw, 1989). Gambaran model secara am terhadap penerimaan atau penolakan komputer mencadangkan urutan seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3 : Kerangka Konseptual Kajian , Sumber:

Davis, F.D., Bagozzi, R.P. & Warhaw, P.R.(1989) user acceptance of computer technology : A comparison of two theoretical models. Mana~ement Science. 35, 982- 1003.

Pembolehubah luaran --+ kepercayaan dan + sikap 4 pembuatan penilaian terhadap keputusan dan kesan penggunaan niat / cadangan

penggun-

Sikap terhadap komputer boleh dijadikan pengukuran utama terhadap penggunaan komputer. Pertimbangan sikap adalah perlu kerana ia bukan sahaja mempengaruhi penerimaan awal terhadap komputer, malah boleh juga mempengaruhi tingkahlaku masa hadapan terhadap komputer (Selwyn, 1997).

Q

.

Young, dalam Bagozzi, Davis dan Warsaw (1992) melaporkan bahawa 25% mikrokomputer yang terjual tidak digunakan kerana pemiliknya tidak pernah belajar untuk menggunakannya. Jelas sekali, niat atau cadangan memiliki komputer tidak menjamin penggunaa~ya. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kedua-dua niat untuk menggunakan dan tahap di mana individu terbabit cuba belajar untuk menggunakan mempengaruhi penggunaan komputer. Reaksi yang negatif terhadap pembelajaran teknologi akan menghindar seseorang individu dari cuba belajar walaupun individu terbabit mernandang teknologi ini amat berguna dan senang digunakan.

Fisher (1997) telah mengkaji faktor yang berhubung dengan sikap sekumpulan pengurus senior terhadap penggunaan komputer dan perhubungan di antara sikap tersebut dan niat untuk menggunakan komputer. Seramai 50 orang eksekutif telah ditemubual. Selepas itu kaji selidik mengenai faktor demografi dan pengukuran kognitif dilakukan. Kajian menunjukkan faktor penggunaan dan kursus komputer yang dihadiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap responden terhadap penggunaan komputer. Responden yang mempunyai kursus formal dalam penggunaan komputer mempunyai sik& yang positif. ~ a i a t a n menunjukkan walaupun terdapat hubungai antara sikap dan niat terhadap penggunaan komputer, hubungan ini adalah lemah.

Page 22: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

2.3 Sikap Dan Penggunaan Komputer Dalam Amalan Perubatan. Komputer telah menjadi sebahagian daripada alat dalam amalan pentbatan klinikal. Semua doktor perubatan perlu a& pengetahuan komputer kerana ia memainkan peranan utarna dalam aktiviti perubatan. Belanjawan IT semasa di hospital-hospital Amerika Syarikat ialah sekitar 1.5 - 2.5 peratus dari belanjawan keseluruhan sementara di United Kingdom ialah 0.7-0.8 peratus.

Walau bagaimana pun, hingga 1995, hanya 1 peratus doktor perubatan di UK menggunakan komputer di klinik pesakit luar, tetapi sekurang-kurangnya 30 peratus doktor perubatan umum rnempunyai komputer di meja pemdingan. Dengan meningkatnya kesedaran kepentingan komputer &lam amalan klinikal, adalah perlu semua pengamal perubatan klinikal rnempunyai pengetahuan komputer (Chard, T. 1995).

Dalam kajian yang dilakukan oleh Brown dan Coney (1994), responden yang mengarnbil bahagian &lam kajian ini dipilih untuk mengikuti kajian selama tiga bulan, Mereka di

, didedahkan kepada satu sistem maklumat klinikal selama tempoh tersebut. Borang soal selidik dijawab oleh responden sebelurn dan selepas tempoh tiga bulan tersebut.

Hasil kajian menunjukkan aktiviti yang paling kerap dilakukan oleh responden ialah pencarian bahan mjukan dan mendapatkan semula maklumat pesakit O<edua-duanya 92%). Bagi pengkaji, faktor yang menjadi keraguan terhadap penggunaan komputer ialah tahap kernahiran dimana responden menanda sendiri skala kemahiran, kebolehan menaip dan sikap terhadap komputer. Faktor prediktif sikap terhadap komputer pula ialah fiekuensi maksimum penggunaan komputer, pemilikan komputer dan keraguan terhadap komputer. Faktor tidak prediktif &lam kajian ini terhadap keraguan dan sikap terhadap komputer yang diambil kira iaitu umur, gender dan data yang dimasukkan oleh doktor perubatan dalam soal selidik tersebut . Kesirnpulan petunjuk bagi kesan psikologi negatif terhadap penggunaan komputer akan membolehkan intervensi untuk meningkatkan penerimaan terhadap pengkalan data rekod pesakit yang akan diperkenalkan.

Cork, Detmer dan Friedman ( 1998) telah membangun dan mernvalidasi awalkan satu instrumen untuk mengukur penggunaan, pengetahuan dan sikap doktor perubatan terhadap penggunaan komputer. Kajian ini menerangkan empat skala dari soal selidik secara terperinci berkaitan penggunaan komputer dalam penjagaan kesihatan yang mengukur penggunaan komputer, mengukur skala individu terhadap pengetahuan komputer, keperluan penggunaan komputer responden dan sikap optimis doktor perubatan dalam bidang pendidikan terhadap penggunaan komputer.

Kebolehpercayaan dan validiti bagi setiap skala yang dianalisa &tangnya dari 177 responden yang terdiri daripada pensyarah doktor perubatan sepenuh masa empat jabatan dari lima pusat perubatan akademik di Amerika. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti keupayaan psikornetrik terhadap skala yang boleh dijadikan asas untuk kajian masa depan. Keputusan boleh digunakan sebagai asas rujukan untuk validiti,

Page 23: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

menyediakan set soal selidik dan skala untuk komuniti informatik perubatan sebagai alat untuk mengukur sikap mereka yang terlibat dalam bidang perubatan.

Hasil kajian menunjukkan penggunaan komputer, pengetahuan komputer dan sikap optimis yang tidak dimensional dengan kebolehpercayaan skala pulangan (corresponding) .79, .91 dan 36. Bagi keperluan penggunaan komputer responden, atribiut dibahagikan kepada dua dimensi, pertama menunjukkan keperluan terhadap fbngsi di peringkat tinggi yang menunjukkan realibiliti .81 dan kedua keperluan penggunaan dengan realibiliti .69. Terdapat korelasi positif yang siknifiken antara penggunaan komputer, pengetahuan komputer, keputusan skala sikap optimis terhadap komputer, penggunaan komputer secara 'hands-on' &lam latihan komputer dan skala laporan sendiri responden ierhadap 'computer sophistication'. Item yang direkabentuk untuk skala pengetahuan komputer adalah agak sukar untuk mendapatkan keputusan dan mendapat skor siknifiken yang rendah.

Kesimpulan kajian menunjukkan empat skala soal selidik memberikan kebolehpercayaan atribiut yang sesuai bagi sikap pensyarah perubatan terhadap komputer dalam bidang

a perubatan, keperluan penggunaan komputer, skala laporan sendiri responden terhadap penggunaan komputer dan sikap optimis terhadap komputer. Keputusan awal validiti kajian adalah positif tetapi validasi seterusnya tentang skala perlu dilakukan.

Tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Pemantauan Ubat-ubatan (Med Surv) di Universiti Malaya (Utusan MeIayu, 2000) dalam masa enam bulan mendapati, kurang separuh doktor perubatan dan kurang dua pertiga ahli farmasi mengakui menggunakm komputer peribadi. Hanya 56.4 peratus daripada pengamal perubatan yang ditiqjau menggunakan komputer peribadi dan di kalangan ahli farmasi 63.4 peratus. Kajian juga menunjukkan yang hanya 8.7 peratus daripada doktor menggunakan komputer mudah alih dan 9 peratus menggunakan komputer besar dan komputer mudah alih. Tinjauan itu adalah untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh doktor-doktor dan ahli farmasi bagi mendapatkan maklumat mengenai produk-produk farmaseutikal.

Kajian bertema Pilihan Bagi Mendapatkan Maklumat Produk Farmaseutikal di Kalangan Pengamal Perubatan dan Ahli Farmasi ini menunjukkan, walaupun penggunaan komputer agak tinggi, kurnpulan ini masih lebih suka mendapatkan produk maklumat farmaseutikal dari sumber-surnber lain dari internet. Para doktor tennasuk doktor pakar menyatakan, simposium dan persidangan serta melanjutkan pelajaran dalam pengajian perubatan, sebagai kaedah pilihan &lam mendapatkan maklumat mengenai dadah. Tinjauan ini juga menunjukkan dua daripada setiap doktor di Malaysia menganggap internet antara lima sumber utama maklumat mengenai produk farmaseutikal.

Kajian ini dijalankan pada Jun 2000 meliputi 1,400 doktor am, pakar dan ahli farmasi dengan lebih kurang separuh daripada mereka di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Bakinya diagih sama rata di kawasan utara, pantai Timur, selatan serta Sabah dan Sarawak. Berdasarkan kepada keputusan itu, MedSurv akan menjalankan satu lagi tinjauan dalam, beberapa bulan lagi untuk mengkaji penggunaan telcnologi maklumat di kalangan pengamal perubatan.

Page 24: FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN … doktor perubatan terhadap... · awal di Sekolah Rendah Perempuan Sultan Ibrahim, ... Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Kajian Aplikasi Kemahiran Komputer dan Informatik Perubatan Dikalangan Pelajar dan Pensyarah Pusat Pengajian Perubatan dikendalikan di UC Davis, California. (Jerant, 1999) Objektif utama penyelidik ialah untuk mengetahui berkenaan aplikasi kemahiran informatik perubatan dan komputer dikalangan pelajar dan pensyarah kerana maklumat hasil kajian adalah kritikal sebagai panduan dalam perancangan kurikulum pengajian perubatan yang direkabentuk. Dalam kaedah penyelidikan, tinjauan menggunakan soal selidik mengenai aplikasi kemahiran komputer dan informatik perubatan ditadbir kepada 93 orang responden pelajar tahun satu, 42 responden terdiri daripada pelajar sarjana dan 14 pensyarah perubatan. Responden di bezakan diantara kurnpulan sebelum distratafksikan mengikut umur dan gender. Hasil kajian mendapati 92 peratus pelajar, 100 peratus pelajar sarjana dan 79 peratus pensyarah perubatan respon terhadap soal selidik yang diedarkan. Pensyarah perubatan merupakan pemilik komputer yang paling tinggi (91 peratus) diikuti dengan 86 peratus pelajar dan 79 peratus responden terdiri daripada pelajar sarjana.

, Pelajar dan pelajar sarjana secara keseluruhannya adalah yang paling yakin menggunakan komputer diikuti dengan pensyarah perubatan berbanding pensyarah perubatan yang lebih senior. Pensyarah perubatan, pelajar dan pelajar sarjana yang lebih junior menunjukkan keyakinan yang lebih siknifiken berbanding pensyarah yang lebih senior dalam tugasan komputer tertentu seperti melakukan pencarian dalam MEDLINE. Responden yang terdiri daripada pelajar sarjana pula tidak diberikan sokongan kewangan untuk memiliki komputer dan halangan masa untuk meningkatkan kemahiran. Kesirnpulannya pelajar sarjana yang lebih senior perlu diberikan latihan untuk lulus dengan kemahiran komputer yang spesifik dari kurikulum yang disediakan. Sementera itu, pelajar perubatan yang akan datang memerlukan latihan yang lebih tinggi (advance) dimana pensyarah perubatan sendiri tidak memilikinya.

Satu kajian Kesediaan dan Perspektif Doktor Perubatan di Kentucky Untuk Menggunakan Komputer Dalam Pengajian dan Amalan Perubatan di Kolej Perubatan Universiti Kentucky telah ditadbir (Blue, Witzke, Bonaminio,Fitzgerald, Ramsbottom, Rubeck & Nora, 1998). Tujuan kajian adalah untuk mengkaji kemahiran komputer yang diperlukan oleh pelajar untuk amalan perubatan pada masa depan dan adakah kemahiran ini digunakan oleh komuniti fakulti (community based faculty - CBF) di Kolej Perubatan Universiti Kentucky. Kgedah tinjauan melalui pos dihantar kepada 281 responden di institusi tersebut pada 1997. Tinjauan ini menyenaraikan lapan asas kemahiran komputer yang diperolehi dari objektif kurikulurn komputer untuk pelajar clan responden diminta respon terhadap soalan adakah mereka menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dan adakah perlu mereka mempelajari kemahiran tersebut.

Hasil kajian mendapat maklumbalas dari 2000 responden yang menghantar kembali set borang soal selidik. 7.2 peratus menyatakan mereka dapat menguasai semua lapan kemahiran, 46.2 peratus menyatakan mereka perlu mempelajari semua lapan kemahiran tersebut, 13 peratus mengatakan mereka tidak mempunyai mana-mana kemahiran yang