doktor perubatan.docx · web viewkerjaya doktor perubatan secara umumnya skop kerja doktor...

50
KERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor Perubatan juga akan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik . Mereka akan memeriksa pesakit dengan menggunakan peralatan perubatan seperti stetoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain peralatan perubatan bergantung kepada tanda-tanda penyakit yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo- patologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul. Doktor Perubatan merupakan individu yang bertanggungjawab mengesyorkan penggunaan ubat kepada pesakit berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu. anggaran Gaji Sektor Awam (RM) : 2,800 – 3,500 Sektor Swasta (RM) : 5,700 – 12,100 Tahap Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Contoh Institusi Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Putra Malaysia Senarai Tugas Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain; Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan Meningkatkan kesihatan komuniti; Memberikan preskripsi dan rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnosis;

Upload: hoangnguyet

Post on 13-Apr-2018

349 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA DOKTOR PERUBATAN

Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor Perubatan juga akan merawat pesakit dengan menggunakan perubatan sistem saintifik .

Mereka akan memeriksa pesakit dengan menggunakan peralatan perubatan seperti stetoskop, alat pengukur tekanan darah dan lain-lain peralatan perubatan bergantung kepada tanda-tanda penyakit yang ditunjukkan oleh pesakit dan mengadakan ujian klinikal x-ray dan ujian histo-patologikal untuk menentukan jenis penyakit dengan betul.

Doktor Perubatan merupakan individu yang bertanggungjawab mengesyorkan penggunaan ubat kepada pesakit berdasarkan keputusan pemeriksaan serta meminta nasihat doktor-doktor atau pakar lain jika perlu.

anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,800 – 3,500

Sektor Swasta (RM) : 5,700 – 12,100

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perubatan

Contoh Institusi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain;

Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan Meningkatkan kesihatan komuniti;

Memberikan preskripsi dan rawatan untuk penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnosis;

Memberikan nasihat dan menerapkan kaedah perubatan dan rawatan pencegahan;

Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis;

Memeriksa pesakit untuk menentukan jenis jangkitan atau penyakit;

Menyediakan dokumen dan laporan saintifik

Page 2: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA DOKTOR PERGIGIAN

Kerjaya Doktor Pergigian merupakan antara kerjaya yang menjadi pilihan ramai pelajar dan calon yang berkelayakan di Malaysia. Untuk menjadi doktor pergigian calon yang berminat perlulah mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan. Berikut merupakan deskripsi ringkas mengenai kerjaya doktor pergigian.

Secara umumnya, kerjaya Doktor Pergigian adalah mendiagnos dan merawat masalah yang berlaku terhadap gigi pesakit seperti gangguan pergigian, kecederaan dan kecacatan bentuk pada gisi, gusi dan struktur mulut yang berkaitan dan mempreskripsi ubat dan mengambil langkah pencegahan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,800 – 3,300

Sektor Swasta (RM) : 2,000 – 3,800

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Pergigian

Contoh Institusi

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Senarai Tugas

Memberikan rawatan pembedahan, perubatan, dan rawatan lain untuk jenis penyakit dan gangguan pergigian dan mulut tertentu;

Memeriksa gigi, gusi, rahang, dan tisu mulut lain menggunakan kelengkapan pergigian dan x-ray;

Mendiagnos, memberikan nasihat, dan rawatan pergigian yang perlu; Membersih dan menampal lubang dan mencabut gigi yang rosak atau cacat bentuk ;

Membina inlai dan korona palsu untuk menggantikan gigi;

Merekabentuk, membina dan memadankan gigi palsu lengkap dan separa, ortodontik dan perkakas lain, dan melaksanakan kerja titian;

Mengambil bahagian dalam aktiviti awam untuk memelihara dan meningkatkan standard kesihatan mulut dan penjagaan gigi;

Bidang kerjaya ini juga boleh memasuki bidang yang lain yang memerlukan khidmat Doktor Pergigian.

Page 3: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA AHLI AUDIOLOGI

Menjadi Ahli Audiologi adalah merupakan salah satu bidang pekerjaan yang sangat dituntut di negara kita. Hal ini adalah kerana masih kurang tenaga kerja dalam bidang ini. Bagi sesiapa yang ingin mencuba nasib dalam bidang ini, berikut merupakan huraian secara ringkas tentang Ahli Audiologi.

Ahli Audiologi bertanggung jawab untuk menyembuhkan dan memperbaiki pendengaran, keseimbangan dan juga masalah yang berkait dengan telinga. Mereka akan mengaplikasikan prinsip saintifik untuk menilai, mendiagnosis dan menguruskan pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, keseimbangan dan tinnitus serta memastikan teknik penilian yang terbukti baik digunakan untuk menguji pesakit dan membangunkan atau menilai perkembangan teknik baru.

Anggaran Gaji

Sektor awam (RM) :-

Sektor Swasta (RM) : 2, 500 – 2, 700

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audologi) / setaraf

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Audiologi / setaraf

Contoh Institusi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia

Senarai Tugas

Memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan dan penilaian alat bantuan mendengar, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi;

Menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa untuk menilai tahap pendengaran mereka;

Mentafsir dan melaporkan keputusan ujian; membangunkan dan menambah baik teknik ujian;

Menyelidik kemajuan baru dalam teknologi bantuan mendengar seperti alat bantuan digital;

Menguji dan menyelenggara peranti yang diimplan seperti implan koklea;

Mengendalikan penyelidikan dalam gangguan yang menjejaskan pendengaran dan kesimbangan;

Menguruskan perkhidmatan audiologi termasuk memantau atau menambah baik kualiti perkhidmatan;

Page 4: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURURAWAT PERBIDANAN

Gelaran jururawat hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program kursus pengajian latihan khas selama tiga tahun dengan jayanya. Untuk menjadi Jururawat Perbidanan, dikehendaki menjalani kursus perbidanan selama satu tahun lagi menjadikan kursus untuk bergelar jururawat selama empat tahun.

Jururawat Perbidanan adalah jururawat yang bertugas dalam bidang kelahiran bayi. Mereka akan menyambut atau membantu doktor menyambut kelahiran bayi, menyediakan penjagaan sebelum dan selepas bersalin serta memberi nasihat kepada ibu bapa berkaitan dengan penjagaan bayi.

Kepada yang ingin menceburi bidang Jururawat Perbidanan ini, berikut merupakan deskripsi secara ringkas tentang perkara yang berkaitang dengan kerjaya Jururawat Perbidanan ini.

Tahap Pendidikan

Sijil Jururawat Masyarakat /setaraf (Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia).

Contoh Institusi

Kolej Kejururawatan Masyarakat

Kolej Poli Tech MARA

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan.

Senarai Tugas Jururawat Perbidanan

Mengadakan kelas dan seminar pendidikan kesihatan untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi; dan

Merawat ibu selepas bersalin dan menyelia pemuliharaannya, memeriksa kemajuan bayi dan menasihati ibu bapa berkenaan penjagaan bayi;

Menyambut kelahiran bayi atau lebih kerap, membantu doktor menyambut kelahiran bayi;

Memberi nasihat kepada ibu-ibu mengandung tentang diet, senaman dan tingkah laku yang sesuai untuk memudahkan kehamilan dan kelahiran bayi serta mengambil tahu keadaan kesihatan ibu-ibu mengandung secara keseluruhan;

Memberi nasihat tentang kaedah kelahiran dan penyusuan bayi.

Page 5: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja di sesebuah perusahaan.

Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertanggungjawab untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan program keselamatan kesihatan dan membuat kajian semula dasar keselamatan dan kesihatan. Mereka juga berhak untuk menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan di tempat kerja dan berperanan memastikan pemeliharaan standard kesihatan dan persekitaran selain membantu dalam merangka kaedah dan sistem kerja berada dalam keadaan selamat.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan

Contoh Institusi

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Senarai Tugas

Menggalakkan langkah pencegahan dan pengawalan seperti kawalan penyakit terhadap organisma pembawa penyakit dan bahan yang memudaratkan, pelupusan sisa industri yang betul untuk mewujudkan persekitaran kerjadan alam sekitar yang selamat;

Membuat cadangan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang perkara-perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja;

Mengaplikasikan prinsip dan amalan higien dan sanitasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;

Menyiasat sebarang kemalangan, kejadian berbahaya atau keracunan di kalangan pekerja;

Page 6: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA JURUTERA MARIN

Kerjaya Jurutera Marin juga merupakan antara kerjaya pilihan ramai pelajar dan graduan di luar sana. Jika anda berminat dengan kerjaya Jurutera Marin maka berikut antara sedikit maklumat mengenai kerjaya seorang Jurutera Marin.

Secara umumnya, Jurutera Marin bertanggungjawab ke atas pengurusan, operasi dan penyelenggaraan kapal. Mereka bertugas dalam bidang binaan kapal, bidang penyelidikan maritim, merekabentuk kapal, pembaikan kapal, pemeriksaan dan pemeliharaan kapal, bidang akademik, perundingan atau kerja penyiasatan maritim dan beberapa bidang yang berkaitan dengan maritim.

Anggaran Gaji

:Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

Menyelenggara, mengawasi dan mengurus limbungan pelabuhan dan perkapalan;

Merekabentuk dan mengurus kapal serta yang berkaitan dengannya;

Membuat pemeriksaan pada meter dan alat pembaca yang terdapat pada panel kawalan di dalam bilik kawalan;

Bertanggungjawab ke atas operasi dan penyelenggaraan mesin janakuasa kapal; dan

Memastikan sistem utama kapal atau enjin beroperasi dengan baik.

Page 7: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA JURUTERA AEROANGKASA

Jurutera Aeroangkasa merekabentuk dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas serta mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil Jurutera Penerbangan.

Manakala, mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dikenali sebagai Jurutera Astronautik.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Sains Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Senarai Tugas

Menghasilkan produk ruang angkasa seperti pesawat udara perdagangan, pesawat pejuang, helikopter, kapal angkasa lepas, peluru dan roket; dan

Membangunkan teknologi baru untuk kegunaan dalam sistem pertahanan udara dan penjelajahan angkasa lepas;

Merekabentuk binaan pesawat, pemanduan, pandu arah dan kawalan trafik udara, peralatan dan komunikasi serta kaedah pengeluaran;

Menjadi pakar dalam bidang aerodinamik, termodinamik, akustik atau sistem panduan dan kawalan pesawat.

Page 8: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

Kerjaya Jurutera Elektronik

Sekiranya anda seorang pelajar dan berminat dengan bidang elektronik maka kerjaya Jurutera Elektronik mungkin sesuai buat anda. Tahukah anda yang Jurutera Elektronik merupakan antara kerjaya pilihan di Malaysia.

Secara ringkasnya, seorang Jurutera Elektronik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud , mambangun dan menyelenggara barangan , sistem dan komponen elektronik.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 2,200.00 – 2,800.00

Tahap Pendidikan

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik/Setaraf

Contoh Institusi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,Universiti Malaysia Sabah,Universiti Malaysia Sarawak,Universiti Malaya, ,Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti PUTRA Malaysia, CIAST dan ILJTM

Senarai Tugas

Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasaang sistem elektronik

Memberi nasihat dan mengkaji cadangan reka bentuk , mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang reka bentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan sistem yang boleh dipasarkan

Mereka bentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubah suai mengikut keperluan pasaran

Memberi nasihat dan mereka bentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain

Mereka bentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan, hiburan dan lain-lain

Page 9: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA PENSYARAH UNIVERSITI

Kerjaya sebagai Pensyarah Universiti adalah sangat diminati dan diceburi oleh ramai orang yang berkelayakan. Hal ini adalah kerana percambahan bilangan universiti di negara kita adalah seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan sudah tentulah ia memerlukan khidmat Pensyarah Universiti yang banyak.

Professional perguruan universiti dan pendidikan tinggi adalah mengajar subjek atau mata pelajaran mereka pada beberapa atau semua peringkat selepas pendidikan menengah tamat berdasarkan kelulusan mereka. Selain mengajar, pensyarah juga perlu menjalankan penyelidikan dan menambah baik atau membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi berkenaan dengan disiplin tertentu serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 3,000

Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 6,000

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Malaysia

Senarai Tugas

Menyampaikan kuliah dan mengadakan tutorial, seminar, dan sesi makmal; Merangsang perbincangan dan pemikiran bebas dalam kalangan pelajar;

Menyelia kerja uji kaji dan amali yang dijalankan oleh pelajar, jika perlu;

Mentadbir, menilai, dan memeriksa tugasan dan kertas peperiksaan;

Mengarah penyelidikan yang dibuat oleh pelajar pascaijazah atau kakitangan lain dalam jabatannya;

Menyelidik dan membangunkan konsep, teori, dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain;

Menyediakan buku, kertas atau artikel ilmiah;

Merekabentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan;

Page 10: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

Pegawai Latihan Vokasional atau Pegawai Latihan adalah orang yang bekerja di bawah bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Bidang ini adalah bertujuan untuk menambah bekalan modal insan yang berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Guru pendidikan vokasional akan mengajar satu mata pelajaran atau lebih. Ia adalah bertujuan untuk pendidikan atau vokasional, pada beberapa atau semua peringkat antara tamatnya pendidikan rendah dengan permulaan pengajian di kolej atau universiti.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,500 – 3,100

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda

Contoh Institusi

Universiti Sains Malaysia

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

30 buah Maktab Perguruan diseluruh Malaysia

Universiti Teknologi MARA (guru seni lukis)

Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas Pegawai Latihan Vokasional

Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan dan persidangan dan bengkel pendidikan;

Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;

Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan/dicadangkan;

Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan guru lain dan ibu bapa;

Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.

Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja sekolah dan disiplin pelajar.

Page 11: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA KAUNSELOR

Kaunselor ditakrifkan sebagai orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang mempunyai masalah dan orang yang mampu memberikan khidmat kaunseling.

Bidang kerjaya Kaunselor tidak hanya terhad di sekolah sahaja bahkan ianya boleh ditemui di institusi yang lebih besar seperti universiti. Oleh itu, bidang ini juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berkelayakan. Berikut merupakan huraian secara ringkas tentang bidang tugas Kaunselor.

Kaunselor berperanan untuk membantu seseorang individu belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat dan menyelesaikan masalah. Tugas kaunselor adalah luas di mana ia meliputi program perkembangan , pencegahan serta pemulihan dalam bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu atau kelompok dan khidmat konsultasi.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : RM1800.00 ++

Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi/Kaunseling/setaraf; atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Tingkah Laku beserta Diploma Psikologi Kaunseling/setaraf; atau

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas Kaunselor

Mengkaji dan memberi nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya dan pendidikan atau latihan lanjutan;

Merancang, melaksanakan dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu atau kumpulan secara profesional dan beretika;

Memberi khidmat nasihat dari segi pemulihan fizikal, emosi dan pembangunan bagi individu-individu yang menghidap penyakit kronik atau mengalami kemalangan dan orang hilang upaya;

Memberi bimbingan kepada pelajar, ibu bapa dan guru berhubung dengan pelbagai perkara termasuk masalah pelajar, kesulitan pembelajaran dan keperluan asas.

Page 12: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

GURU

Profesion perguruan adalah merupakan salah satu profesion yang sangat mulia. Kerjaya mereka adalah mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru adalah tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Peluang pekerjaan adalah sangat luas dalam bidang ini. Berikut merupakan tugasan secara ringkas tentang kerjaya sebagai guru.

Profesion guru sekolah berperanan untuk mengajar mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja-kerja di sekolah. Di samping itu, guru bertanggungjawab membentuk dan mengawal disiplin pelajar, merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum dan sukatan yang ditetapkan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : RM 1800.00++

Sektor Swasta (RM) : 2,300.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Ijazah Sarjana Pendidikan

Contoh Institusi

Institut Perguruan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Senarai Tugas Guru

Mengatur,membantu dan bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah;

Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan, seminar dan bengkel pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah;

Menyedia laporan tentang pencapaian pelajar serta berbincang dengan guru-guru lain dan ibu bapa pelajar;

Menyelia, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar;

Mengajar mata pelajaran yang berkenaan dan menyelia kerja sekolah serta disiplin pelajar.

Page 13: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA

Sebagai seorang eksekutif atau pentadbir sumber manusia, individu itu harus mengetahui bagaimana untuk mengurus, memberi motivasi, menjaga hati pekerja serta mengambil berat tentang kebajikan pekerja.

Mereka juga perlu kreatif, bermotivasi tinggi, mempunyai kemahiran komunikasi serta mahir menggunakan komputer. Banyak institusi yang menawarkan program dalam bidang ini. Oleh itu, peluang pekerjaan dalam bidang ini juga sangat banyak.

Eksekutif Sumber Manusia akan menjadi sumber rujukan dengan kepada pekerja lain dengan keupayaannya menganalisis bidang tugas di bawah kawalan untuk mencapai objektif jabatan, bahagian atau pusat di dalam sesebuah organisasi. Mereka juga akan mengurus para pekerja supaya semua kerja berjalan dengan lancar.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200

Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280

Tahap Pendidikan

Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

Contoh Institusi

Kolej Universiti Nilai, Kolej Komuniti, Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

Menyediakan buku kecil/risalah maklumat pekerjaan dan sistem pengelasan pekerjaan;

Menguruskan rekod personel dan sistem maklumat sumber manusia yang berkenaan;

Memberikan nasihat dan menjalankan fungsi berkaitan pengambilan pekerja, penempatan, latihan, prestasi kakitangan, kenaikan pangkat, pampasan, dan perhubungan pekerja dengan pihak pengurusan;

Mengkaji dan menganalisis kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu organisasi, menjalankan temu duga dengan pekerja, penyelia, dan pengurusan serta menulis keterangan tentang jawatan, kerja, dan pekerjaan yangterperinci daripada data yang diperoleh;

Mengkaji dan memberikan nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya, dan pendidikan atau latihan lanjutan; Memberikan bimbingan kepada pelajar, ibu bapa, dan guru berhubungdengan berbagai-bagai perkara, termasuk

Page 14: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PENDANDAN RAMBUT

Khidmat seorang Pendandan Rambut kini semakin diperlukan kerana perubahan trend menyebabkan

ramai orang terutamanya remaja untuk mendandan rambut mereka mengikut ciri-ciri yang mereka inginkan.

Oleh itu, kerjaya sebagai Pendandan Rambut mampu memberikan hasil yang lumayan jika seseorang itu mempunyai kemahiran yang tinggi dan berminat terhadap kerjaya tersebut.

Pendandan Rambut menyediakan banyak perkhidmatan kecantikan seperti mencuci, memotong, mewarna dan menggayakan rambut . Selain itu, mereka juga berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan mengurut, merawat kulit kepala, mengenakan mekap, rambut palsu dan penjagaan kuku dan kulit.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 1,300.00 ++

Tahap Pendidikan

Sijil Kemahiran Malaysia (Pendandan Rambut Muda) / setaraf

Sijil Terapi Kecantikan dan Dandanan Rambut / setaraf

Contoh Institusi

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Kolej Komuniti dan IKBN

Senarai Tugas

Memotong dan mencuci serta mencukur atau merapi janggut; Membersihkan, menyapu krim losen dan produk yang berkenaan pada muka serta bahagian badan yang lain; Memberikan rawatan kulit kepala;

Memotong, mencuci, mewarna dan mengerintingkan rambut; Mengenakan mekap kepada pelakon dan penghibur lain. Mengenakan rambut palsu menurut kehendak pelanggan; Mengenakan mekap kepada pelanggan salun kecantikan.

Page 15: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA JURUGAMBAR

Jurugambar adalah seseorang yang mengambil gambar foto dengan menggunakan kamera. Jurugambar juga boleh dikenali sebagai jurufoto. Jurugambar adalah seniman kerana hasil karya mereka akan di hargai sebagaimana artis visual dalam bidang yang lain.

Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya. Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan kamera sahaja. Imej visual yang dapat kita lihat di kaca televisyen mahupun dalam gambar adalah merupakan hasil sentuhan Jurugambar.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1,200 – 3,400

Sektor Swasta (RM) : RM 2500.00++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Fotografi

Contoh Institusi

Diploma Teknologi Fotografi

Degree photography & creative Imaging

Ijazah Sarjana Muda Fotografi

Senarai Tugas

Mengambil gambar untuk tujuan pengiklanan atau tujuan komersil, industri, atau saintifik lain serta membuat ilustrasi bagi cerita dan rencana di akhbar, majalah, buku, dan penerbitan lain;

Mengaplikasikan prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja

Mengambil gambar potret orang atau kumpulan orang;

Mengkaji keperluan tugasan dan memilih jenis kamera, filem, dan cahaya;

Boleh bekerja dengan menggunakan teknologi digital dan memanipulasi hasil imej pada komputer;

Memasang dan mengendalikan kamera wayang gambar, video, mikroskopik, dan kamera khas yang lain, termasuk yang digunakan untuk fotografi udara bagi merakam imej.

Page 16: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PUSTAKAWAN

Pustakawan adalah seseorang yang bekerja di dalam perpustakaan dan membantu orang mencari buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan tersebut, majalah dan juga maklumat lain yang berkaitan.

Selain daripada mencari secara manual, Pustakawan juga akan menggunakan komputer untuk mencari maklumat ataupun buku-buku yang dikehendaki oleh orang lain.

Kebanyakan Pustakawan bekerja diperpustakaan yang terdapat di sesebuah institusi seperti di sekolah, universiti, kolej dan juga bangunan-bangunan perusahaan swasta yang terdapat perpustakaan di dalamnya.

Pustakawan bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat. Pustakawan juga akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kewangan di samping menguruskan sumber bacaan, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan secara professional.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : RM 1800.00++

Sektor Swasta (RM) : 1,900.00 – 2,600.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) / setaraf

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat) /setaraf

Contoh Institusi

Universiti Teknologi MARA

Senarai Tugas

Menguruskan sistem peminjaman buku antara perpustakaan dan rangkaian maklumat; dan

Menyelia penyelenggaraan buku dan bahan lain;

Membantu pengunjung perpustakaan yang ingin mendapatkan maklumat daripada fail manual atau pangkalan data berkomputer di perpustakaan;

Memilih dan mencadangkan pembelian buku dan bahan bercetak atau rakaman pandang dengar yang lain ;

Mengelaskan atau menyelia pengelasan, pengindeksan, pengkatalogan, pengedaran bahan perpustakaan dan penyelenggaraan rekod sumber bacaan ilmiah;

Page 17: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA PEREKA FESYEN

Bidang rekaan menawarkan pelbagai kerjaya yang menarik kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi sektor ini. Kerjaya pereka fesyen dianggap antara kerjaya yang glamor.

Bidang ini juga dikatakan mampu memberikan pendapatan yang lumayan serta tidak mengecewakan. Kepelbagaian permintaan dan budaya masyarakat sekarang, memberikan inspirasi kepada pereka-pereka fesyen dalam menghasilkan pelbagai jenis rekaan yang dapat diperagakan.

Pereka Fesyen perlu mengaplikasikan teknik-teknik seni kreatif dan artistik dalam produk rekaan mereka, pakaian dan promosi pakaian. Selain itu, mereka berperanan untuk menentukan pemilihan pakaian yang baik dengan menggunakan tekstur produk yang berkualiti.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++

Tahap Pendidikan

Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf

Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf

Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf

Contoh Institusi

Kolej Komuniti

Lain-lain institusi pengajian tinggi/ latihan kemahiran awam/swasta berkaitan,

Kolej Tunku Abdul Rahman

Universiti Teknologi MARA

Senarai Tugas

Menentukan objektif rekaan dengan merujuk pelanggan, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan pelanggan;

Mencipta dan melaksanakan kesan artistik untuk pengiklanan dan dalam paparan atau promosi lain.

Merekabentuk produk industri dan komersial termasuk jenis, gaya pakaian dan aksesori terkini serta mempertimbangkan keperluan teknikal dan keperluan lain;

Menyelia penghasilan sampel produk atau ilustrasi rekaan,mengarahkan pekerja lain membuat model, corak produk, mengarahkan artis membentang atau menyusun atur kerja seni untuk percetakan;

Merekabentuk dan mewarnakan pemandangan latar pentas;

Page 18: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEREKA HIASAN DALAMAN

Khidmat Pereka Hiasan Dalaman amat diperlukan oleh masyarakat moden zaman sekarang.

Sebagai seorang Pereka Hiasan Dalaman, hasil sentuhan tangan mereka untuk mengubah suasana sesuatu ruang dalam sesebuah bangunan menjadi lebih menarik, unik dan bertepatan dengan cita rasa pelanggan.

Secara umumnya, bidang kerja Pereka Hiasan Dalaman adalah berkaitan dengan mengubah dan menghias ruang yang dikehendaki oleh pelanggan supaya kelihatan cantik dan menarik.

Pereka Hiasan Dalaman menggunakan teknik seni halus yang di pelajari ataupun bakat yang mereka ada ke atas reka bentuk produk, hiasan dalaman dan promosi jualan.Dengan adanya perkhidmatan mereka, ruang di sesebuah bangunan itu akan menjadi lebih menarik dan lebih selesa.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,600 – 4,200

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Dalaman

Diploma Seni Reka Dalaman

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Mara

Akademi Seni Malaysia

Lim Kok Wing Of Creative Technology

Senarai Tugas

Merekabentuk gubahan seperti lingkaran bunga, jambangan bunga, dan korsaj mengikut pilihan pelanggan, tujuan, acara, dan kebolehgunaan bunga.

Menentukan objektif reka bentuk melalui rundingan bersama pelanggn, menjalankan penyelidikan dan menganalisis keperluan fungsian atau mengkaji susun atur;

Merekabentuk produk industri dan komersil, termasuk jenis dan gaya pakaian dan perhiasan baru serta berusaha untuk menyelaraskan pertimbangan estetik dengan keperluan teknik dan keperluan lain;

Mencipta skim hiasan dalaman dan merancang kemasan untuk rumah kediaman, bangunan awam, kapal, dan tempat lain; Merekabentuk dan melukis pemandangan pentas;

Page 19: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

KERJAYA PEMANDU PELANCONG

Pelancongan merupakan antara sektor yang menyediakan peluang kerja yang terbesar di negara kita. Pemandu Pelancong ialah seorang yang memberikan khidmat kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong di bawah akta-akta tertentu. Pemandu Pelancong boleh dikategorikan kepada dua iaitu Pemandu Pelancong Bandar dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat.

Pemandu Pelancong berperanan untuk mengiringi individu atau rombongan pelancong untuk menerangkan perkara atau membuat promosi tempat-tempat menarik. Setiap pelancong yang ditemani oleh Pemandu Pelancong akan dapat mengetahui sejarah dan keistimewaan tempat-tempat yang mereka lawati.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 1,500.00

Tahap Pendidikan

Diploma Pengurusan Pelancongan

Sijil Pelancongan

Sijil Kemahiran Malaysia (Pemandu Pelancong)

Contoh Institusi

Politeknik

Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kolej Komuniti

Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

Mengiringi dan memastikan keselesaan pelancong;

Mengendalikan rombongan seperti mendaki gunung, memburu atau memancing;

Memastikan tempahan untuk pengangkutan dan penginapan disahkan serta jadual perjalanan yang disediakan dipatuhi;

Mengiringi pelancong melancong dan menerangkan perkara yang menarik;

Page 20: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURU MASAK

Tidak ramai orang yang dilahirkan dengan bakat memasak. Bakat memasak adalah merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk menjadi Juru masak. Bagi orang yang mempunyai bakat memasak ini, mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang sangat beruntung kerana setiap masakan yang dibuat oleh mereka ‘menjadi’ dan digemari oleh ramai orang.

Melalui masakan mereka itu juga dapat dijadikan sebagai bahan untuk mendapatkan wang. Bagi, sesiapa yang tidak mempunyai bakat tersebut pula, bakat memasak ini boleh dipupuk dan dipelajari. Bukan hanya di rumah, juru masak boleh bekerja di mana-mana tempat yang memerlukan khidmatnya. Berikut merupakan serba sedikit tugasan yang perlu dilakukan oleh seorang Juru masak.

Juru masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak makanan di mana-mana tempat yang memerlukan khidmatnya seperti di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas kapal, di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau pertubuhan yang lain.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1,515 – 1,814

Sektor Swasta (RM) : 1,400 – 2,300

Tahap Pendidikan

Diploma Seni Kulinari

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari

Contoh Institusi

Universiti Teknologi MARA (UiTM),Kolej Damansara Utama (KDU), Kolej Universiti Nilai, Kolej Universiti Metropolitan, Kolej-kolej swasta

Senarai Tugas

Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja. Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur;

Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan memasak

Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan. Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan serta menguatkuasakan peraturan kebersihan;

Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak;

Page 21: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PRAMUGARI DAN PRAMUGARA PENERBANGAN MALAYSIA

Pramugari adalah staf ataupun pekerja di dalam perusahaan penerbangan di mana mereka akan memastikan keselesaan penumpang di dalam kapal terbang. Istilah pramugari digunakan untuk staf perempuan dan istilah untuk staf lelaki ialah pramugara.

Pramugari dan Pramugara akan memberikan perkhidmatan peribadi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang di dalam penerbangan. Perkhidmatan ini termasuk menghidangkan makanan dan minuman serta menyelaraskan aktiviti pengemasan dan sosial di dalam kabin pesawat. Mereka juga akan menenangkan para penumpang jika keadaan kapal terbang ketika terbang menjadi darurat.

Anggaran Gaji

Sektor Swasta (RM) : 1,500.00 ++

Tahap Pendidikan

Sijil yang berkaitan / setaraf

Contoh Institusi

Air Asia Academy

Firefly Academy

MAS Academy Sdn. Bhd.

Senarai Tugas

Menghidangkan makanan dan minuman kepada penumpang, Memberikan bantuan perubatan ringan kepada penumpang yang memerlukan;

Memberikan keperluan am dan menjaga keselesaan penumpang seperti mengagihkan bahan bacaan, selimut dan barang seumpamanya kepada penumpang yang memerlukan;

Menyambut penumpang menaiki kapal terbang, membawa mereka ke tempat duduk dan memastikan mereka memakai tali pinggang yang telah disediakan;

Melakukan pemeriksaan keselamatan dan menunjukkan penggunaan peralatan keselamatan seperti tali pinggang keselamatan dan topeng oksigen sekiranya berlaku sebarang kecemasan;

Kerjaya sebagai Pramugari dan Pramugara penerbangan terbuka luas kepada invidu yang berminat dan berkelayakan. Di Malaysia, sektor penerbangan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada kemasukan pelancong luar negara. Pertambahan syarikat penerbangan seperti Air Asia dan FireFly juga telah membuka banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini.

Page 22: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEGUAM

Kerjaya seorang peguam adalah membantu seseorang yang tidak bersalah untuk mempertahankan dirinya bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaan mereka.

Peguam akan memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggan atau anak guamnya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi. Anak guam akan mengharapkan Peguam yang diupahnya untuk membelanya ketika di mahkamah.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200

Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perundangan

Contoh Institusi

Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Malaysia Sabah

Senarai Tugas

Mewakili pelanggan di mahkamah rendah atau mengarahkan barrister atau peguam bela membela kes di mahkamah yang lebih tinggi;

Membantu pelanggan merundingkan penyelesaian dalam hal yang melibatkan pertikaian undang-undang;

Memberikan nasihat undang-undang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan Menjalankan urusan undang-undang bagi pihak pelanggan;

Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan prinsip undang-undang dan hubungannya dengan undang-undang tertentu atau penghakiman mahkamah;

Menyediakan dokumen undang-undang, wasiat, afidavit, dan kontrak serta mengendalikan sumpah;

Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah.

Page 23: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PENYELIA PENGEMASAN (PERHOTELAN)

Penyelia pencucian dan pengemasan di pejabat, hotel dan pertubuhan lain mengatur, menyelaras, dan melaksanakan kerja pengemasan untuk memastikan bahagian dalam dan lekapan di hotel, pejabat, dan pertubuhan lain, serta di dalam pesawat udara, kereta api, bas, dan kenderaan seumpamanya kemas dan bersih.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : -

Sektor Swasta (RM) : 1,400 – 3,000

Tahap Pendidikan

Sijil Perhotelan dan Katering

Contoh Institusi

Kolej Komuniti

Kolej Universiti Nilai

Senarai Tugas

Bertanggungjawab menyediakan semua urusan pakaian keperluan rancangan televisyen, penjadualan tugas kakitangan unit pakaian, berurusan mendapatkan penajaan pakaian serta memastikan kesesuaian dari segi fesyen dan warna, menentukan kebersihan pakaian;

Mengisi semula stok minibar dan menukar barang seperti gelas dan kelengkapan menulis.

Mencuci dapur secara amnya membantu dalam kerja-kerja dapur, termasuk membasuh pinggan mangkuk;

Mengemas katil, mencuci bilik mandi dan membekalkan sabun dan barangan yang berkaitan;

Mengawal penyimpanan dan pengeluaran bekalan;

Menyelia kebajikan am dan tingkah laku individu dalam institusi;

Membeli atau mengawal pembelian bekalan;

Melibatkan, melatih, memecat, mengatur, dan menyelia pembantu, tukang cuci, dan kakitangan pengemasan lain;

Menyapu atau memvakum, mencuci dan menggilap lantai, perabot, dan lekapan yang lain;

Page 24: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEREKA GRAFIK DAN MULTIMEDIA

Pereka grafik dan multimedia menjalankan penyelidikan, menambah baik atau membangunkan konsep pengkomputeran grafik dan kaedah operasi, dan memberikan nasihat atau terlibat dalam aplikasi praktikalnya.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2000.00++

Sektor Swasta (RM) : 2200.00++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Komputer (Major- Multimedia)

Contoh Institusi

Kolej Tunku Abdul Rahman,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Teknologi Mara , Universiti Putra Malaysia , Universiti Sains Malaysia , Universiti Malaysia Sarawak , Universiti Malaya ,Universiti Malaysia Sabah

Senarai Tugas

Membangunkan kaedah dan instrumen yang ditambah baik, termasuk bahasa komputer, untuk menulis, dokumentasi, dan menyenggara perisian komputer.

Menulis spesifikasi pengaturcaraan dan menyediakan laporan teknikal dan manual arahan yang menyatakan kaedah operasi dan penyenggaraan perkakasan komputer dan konfigurasi perisian;

Merekabentuk, menulis, menyenggara, dan mengemas kini perisian yang mengawal keseluruhan fungsi komputer dan yang menghubungkan perkakasan dengan perisian aplikasi komputer;

Merekabentuk dan melaksanakan rangkaian komunikasi antara pemasangan komputer yang berlainan;

Membangunkan dan menyenggara kamus data dan sistem pengurusan pangkalan data untuk memastikan kesahan dan keselamatan data;

Menganalisis keperluan pengguna komputer, dengan perundingan, untuk menentukan konfigurasi perkakasan dan perisian keperluan pembangunan dan menyediakan analisis kos-faedah;

Menyumbang dan mengikuti perkembangan teknik dan kaedah pengkomputeran, peranti persisian, perisian serta potensi dan hadnya;

Page 25: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

ARTIS Penerbitan Desktop

Artist desktop publishing membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan bahan siap penerbitan

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Komputer

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya , Universiti Teknologi Mara , Universiti Putra Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Senarai Tugas

Membentuk jenis skrip dan unsur grafik menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan perisian komputer bagi menghasilkan bahan siap penerbitan;

Menyemak kesalahan pada pruf awal dan akhir serta melakukan pembetulan yang sepatutnya;

Melakukan operasi perisian penerbitan desktop dan peralatan untuk mereka, menyusun atur dan mengeluarkan salinan camera ready;

Mengawasi skrin monitor untuk gambaran visual kerja yang sedang dijalankan dan untuk memberi arahan dan maklum balas melalui proses dan membuat pengubahsuaian yang dikehendaki;

Page 26: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURUANALISIS SISTEM KOMPUTER

Juruanalisis Sistem Komputer berperanan untuk mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem bagi memindahkannya kepada bentuk program yang sesuai untuk peralatan pemprosesan data dan mencadangkan penggunaan komputer bagi meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1900.00++

Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 ++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Komputer/setaraf

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Maklumat/Sains Maklumat/setaraf

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Pembangunan Aplikasi-Juruanalisa Sistem)/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Universiti Malaya ,Universiti Sains Malaysia , Universiti Putra Malaysia ,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Malaysia Sabah ,ILJTM

Senarai Tugas

Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengaturcara Komputer;

Menjalankan penyelidikan, menganalisis dan menilai keperluan teknologi maklumat, prosedur atau masalah pelanggan;

Membangun, melaksanakan cadangan dan rancangan untuk meningkatkan sistem maklumat semasa atau akan datang;

Mengenalpasti, menilai ketidakcekapan dan menganalisis proses, prosedur serta amalan kerja untuk mengoptimumkan prestasi organisasi;

Mengatur penyelesaian seperti mencipta, mengambil dan melaksanakan projek ujian sistem;

Membangunkan spesifikasi fungsi untuk kegunaan pemaju sistem;

Memperluaskan atau meminda sistem bagi meningkatkan aliran kerja untuk perkhidmatan baru dan;

Mengkoordinasi dan menghubungkan sistem-sistem komputer antara organisasi untuk mengoptimumkan operasi organisasi.

Page 27: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURUTEKNIK KOMPUTER

Juruteknik Komputer bertanggungjawab terhadap tiga skop utama iaitu penyelenggaraan sistem, penyelenggaraan aplikasi dan operasi sistem pengkomputeran.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1500.00++

Sektor Swasta (RM) : 1,200.00 – 1,500.00

Tahap Pendidikan

Diploma Teknologi Komputer /setaraf; atau

Sijil Kemahiran Malaysia (Teknologi Maklumat-Sistem Komputer) / setaraf

Contoh Institusi

Universiti Teknologi MARA ,Universiti Putra Malaysia ,Universiti Teknologi Malaysia , ILJTM

Senarai Tugas

Menjalankan kerja penyelenggaraan pencegahan dan kelengkapan komputer, kerja peningkatan keupayaan komputer serta kerja-kerja yang berkaitan dengan memateri dan memasang kabel komputer;

Melaksanakan program mengikut keperluan pengguna komputer;

Menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisisian yang baru dibeli; dan

Memberi nasihat kepada pengguna jika berlaku kerosakan.

Page 28: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

AKAUNTAN

Akauntan merancang, mengatur, dan mentadbir sistem perakaunan bagi pertubuhan, syarikat serta individu. Sesetengah pekerjaan yang dikelaskan di sini memeriksa dan menganalisis rekod perakaunan dan kewangan bagi pertubuhan, syarikat serta individu untuk memastikan ketepatan dan pematuhan standard dan prosedur yang ditetapkan.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2500- 3500

Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 4,300

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

Contoh Institusi

Universiti Malaya ,Universiti Kebangsaan Malaysia ,Universiti Darul Iman Malaysia ,Universiti Putra Malaysia ,Universiti Utara Malaysia , Universiti Teknologi Mara

Senarai Tugas

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan, dan memberikan nasihat tentang perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan membayar, kebankrapan, pencantuman, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan; Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau badan lain;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan/kawalan kos;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian.

Memberikan nasihat, merancang, dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberikan khidmat nasihat tentang masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Page 29: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PERANCANG KEWANGAN

Penasihat kewangan dan pelaburan membangunkan rancangan kewangan untuk organisasi berasingan dan melabur serta menguruskan dana pihak organisasi tersebut.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,500 – 3,500

Sektor Swasta (RM) : 3,000 – 4,300

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Kewangan

Contoh Institusi

Universiti Darul Iman Malaysia ,Universiti Malaya ,Kolej Tunku Abdul Rahman ,Universiti Teknologi Mara

Universiti Utara Malaysia ,Universiti Putra Malaysia

Senarai Tugas

Melabur dana bagi pihak pelanggan organisasi pelaburan dalam pasaran wang dan modal;

Mengawasi dan menyelaraskan aktiviti perbendaharaan seperti pertukaran asing, pasaran wang, dan transaksi bon;

Menemu duga pelanggan untuk menentukan status dan objektif kewangan, boleh terima risiko, dan maklumat lain yang diperlukan untuk membangunkan rancangan kewangan dan strategi pelaburan;

Menganalisis profil kewangan syarikat untuk tujuan membuat cadangan pelaburan;

Membangunkan dan mengelolakan pangkalan pelanggan;

Mengatur pembelian dan penjualan saham dan bon untuk pelanggan; Memantau prestasi pelaburan dan menyemak semula rancangan pelaburan berdasarkan keperluan yang terubah suai dan perubahan dalam pasaran

Page 30: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURUAUDIT

Juruaudit berperanan memeriksa, mengaudit akaun syarikat dan menyediakan laporan audit pada akhir tahun atau pada satu-satu masa. Mereka juga terlibat dalam menilai prestasi sesuatu projek atau jabatan meliputi hal-hal berkaitan kos, kualiti bahan dan perkhidmatan atau perkembangan projek-projek tertentu.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2800.00++

Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 – RM3,000.00

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/setaraf

Menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan atau Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia

Contoh Institusi

Universiti Teknologi MARA ,Universiti Malaya ,Universiti Putra Malaysia ,Universiti Utara Malaysia

Universiti Malaysia Sabah ,Universiti Kebangsaan Malaysia

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Senarai Tugas

Menyemak baucar bayaran, jurnal, penyata pemungut yang dibuat setiap bulan;

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar serta sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Mengesahkan penyata kewangan yang telah disemak untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun atau organisasi lain;

Mengesahkan penyata cukai, memberi nasihat tentang masalah percukaian;

Menilai laporan berkaitan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menilai prestasi sesuatau projek atau sesuatu jabatan pengurusan kewangan dan menyemak kos projek serta analisis risiko;

Mengenalpasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah penjimatan atau kawalan kos;

Page 31: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PEGAWAI BANK

Pegawai Bank berurusan dengan pelanggan bank untuk memastikan kehendak pelanggan adalah bertepatan dengan perkhidmatan perbankan yang disediakan. Mereka turut berperanan dalam memeriksa dan memastikan semua urusan perbankan yang berlangsung adalah mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan supaya proses pengauditan berjalan dengan lancar.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) : 1,800.00 ++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Perbankan / setaraf; atau

Ijazah Sarjana Muda Kewangan / setaraf; atau

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan / Perbankan / setaraf; atau

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / setaraf

Contoh Institusi

Universiti Malaya ,Universiti Putra Malaysia ,Universiti Malaysia Sabah ,Universiti Teknologi MARA

Universiti Utara Malaysia ,Universiti Kebangsaan Malaysia

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam / swasta berkaitan

Senarai Tugas

Mengenalpasti keperluan pelanggan dan memaklumkan dengan lebih lanjut servis perbankan yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan;

Mengesahkan rekod dan resit-resit serta akaun kredit pelanggan;

Menguruskan cek dan wang yang telah dideposit oleh pelanggan;

Memeriksa keupayaan dan risiko kredit dalam kertas cadangan sesuatu perniagaan atau individu;

Mengawal atur kelancaran transaksi pertukaran mata wang asing mengikut prosedur yang telah ditetapkan;

Merekodkan, mengimbangi akaun kredit dan debit setiap transaksi kewangan yang berlaku sebelum akaun ditutup pada akhir sesi perkhidmatan;

Membuka atau menutup akaun mengikut permohonan daripada pelanggan; dan

Page 32: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PENGURUS PEMASARAN

Pengurus jualan dan pemasaran merancang, mengarah, dan menyelaraskan aktiviti jualan, pemasaran, dan pembangunan dalam lingkungan agensi kerajaan, perniagaan korporat, atau organisasi.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1900.00++

Sektor Swasta (RM) : 1600.00++

Tahap Pendidikan

Ijazah dalam bidang pemasaran

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Mara ,Universiti Malaysia Sarawak ,Universiti Sains Malaysia ,Universiti Malaysia Sabah ,Universiti Putra Malaysia ,Institut Teknologi Tun Hussein Onn ,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Malaya ,Kolej Tunku Abdul Rahman

Senarai Tugas

Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap; Memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran.

Merancang, mengarah, serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi berkenaan;

Mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaraskan kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar;

Merancang, mentadbir, dan mengkaji perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan serta memelihara hubungan baik dengan pelanggan;

Menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, campuran produk, kawasan jualan berdasarkan kedudukan geografi, belanjawan promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas;

Merancang dan menganjurkan program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran;

Page 33: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURUWANG BANK

Juruwang dan kerani yang berkaitan berurusan secara terus dengan pelanggan bank atau pejabat pos berhubung dengan menerima, menukar, dan membayar wang, atau menyediakan perkhidmatan Mel.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) :

Sektor Swasta (RM) :

Tahap Pendidikan

Ijazah dalam bidang kewangan

Contoh Institusi

Universiti Malaya,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Teknologi Mara ,Universiti Sains Malaysia ,Universiti Putra Malaysia ,Universiti Malaysia Sarawak ,Universiti Malaysia Sabah ,Institut Teknologi Tun Hussein Onn ,Kolej Tunku Abdul Rahman

Senarai Tugas

Membayar bil dan membuat pindahan wang bagi pihak pelanggan; Mengkredit dan mendebit akaun pelanggan;

Memproses deposit tunai dan pengeluaran wang, cek, pemindahan wang, bil, pembayaran kad kredit, kiriman wang, cek diperakui, dan transaksi perbankan lain yang berkaitan untuk pelanggan;

Menukar wang daripada satu mata wang kepada mata wang yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pelanggan;

Membuat rekod semua transaksi dan menyesuaikannya dengan baki tunai;

Menerima mel, menjual setem pos, dan menjalankan urusan kaunter pejabat pos yang lain seperti bayaran bil, pindahan wang, dan urusan yang berkaitan.

Page 34: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PERUNDING HARTANAH

Perunding Hartanah berperanan mengatur penjualan, pembelian, penyewaan dan pajak hartanah.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : rm 1800.00 ++

Sektor Swasta (RM) : 1,500.00 ++

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Hartanah/setaraf

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan/setaraf

Ijazah Sarjana Muda Pemasaran /setaraf

Contoh Institusi

Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta berkaitan

Universiti Malaysia Sabah ,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Malaya ,Universiti Kebangsaan Malaysia ,Universiti Sains Malaysia ,Universiti Teknologi MARA ,Universiti Utara Malaysia ,Universiti Malaysia Sarawak

Senarai Tugas

Mendapatkan maklumat tentang harta yang hendak dijual atau dipajak, status pemilik dan syarat pemilikan dan keperluan bakal pembeli atau penyewa;

Mengatur prosedur tandatangan perjanjian pajak dan pemindahan hak harta;

Mengutip sewa dan deposit bagi pihak pemilik serta memeriksa harta sebelum, semasa dan selepas penghunian.

Menunjukkan harta yang hendak dijual atau dipajak kepada bakal pembeli atau penyewa dan menerangkan terma penjualan dan syarat sewa atau pajak;

Page 35: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

JURUTEKNIK AUDIO VISUAL

Juruteknik penyiaran dan audiovisual mengawal fungsi teknikal peralatan untuk merakam dan menyunting imej dan bunyi dan untuk menyiarkan imej dan bunyi bagi siaran radio dan televisyen, serta jenis isyarat telekomunikasi lain.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : rm 1800.00++

Sektor Swasta (RM) : 1600.00++

Contoh Institusi

Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Sains Malaysia ,Universiti Teknologi Mara

Senarai Tugas

Mengawal peralatan untuk menyunting dan mengadun rakaman imej dan bunyi untuk memastikan kualiti yang memuaskan serta menghasilkan kesan khas imej dan bunyi;

Mengawal sistem komunikasi radio, perkhidmatan satelit, dan sistem multipleks di darat, laut, atau di dalam pesawat udara;

Mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan penyiaran, terminal telekomunikasi, dan sistem transmisi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah;

Mengaplikasi prinsip dan amalan merakam dan menyunting imej dan bunyi supaya dapat mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja;

Mengawal sistem penghantaran dan penyiaran serta sistem satelit bagi program radio dan televisyen;

Mengawal peralatan untuk merakam bunyi;

Page 36: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PENGARAH WAYANG GAMBAR

Pengarah dan penerbit filem, pementasan, dan yang berkaitan secara langsung dalam produksi wayang gambar, televisyen, atau radio, dan pertunjukan pentas.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : -

Sektor Swasta (RM) : -

Contoh Institusi

Universiti Malaya ,Universiti Teknologi Malaysia ,Universiti Sains Malaysia ,Universiti Teknologi Mara

Senarai Tugas

Mengisahkan cerita atau membaca karya sastera dengan lantang untuk mendidik atau menghibur pendengar;

Menonton filem atau pita video yang telah diproses untuk menilai serta memilih babak dan menentukan babak mana yang patut diambil gambar semula;

Mengkaji skrip untuk menentukan tafsiran seni, mengarahkan pelakon berkenaan kaedah lakonan, dan mengarahkan semua aspek produksi drama di pentas, televisyen, radio, atau dalam wayang gambar, termasuk pemilihan pelakon dan keputusan muktamad tentang pakaian, reka bentuk set, kesan bunyi, atau pencahayaan;

Page 37: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PENASIHAT PERDAGANGAN, PERIKANAN DAN PERHUTANAN

Penasihat perladangan, perhutanan, dan perikanan memberikan bantuan teknikal dan nasihat tentang kaedah dan masalah perladangan dan perhutanan

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2815 - 2906

Sektor Swasta (RM) : 2491 - 6851

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan)

Ijazah Sarjana Muda Pertanian/ Agrikultur

Contoh Institusi

Universiti Malaysia Sabah ,Universiti Pertanian Malaysia ,Kolej RISDA Melaka ,Universiti Darul Iman

Senarai Tugas

Mengatur tunjuk cara, memberikan ceramah, menulis dan mengagihkan bahan untuk menggalakkan penggunaan amalan dan teknik yang diperbaik;

Menggunakan prinsip dan amalan saintifik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kerja mereka.

Melawat ladang dan memberikan nasihat tentang langkah untuk menangani masalah seperti hakisan tanah atau pengerumunan perosak;

Menasihati cara meningkatkan kualiti pengeluaran, meningkatkan hasil, dan langkah untuk meningkatkan keberkesanan operasi, dan untuk memulihara aset semula jadi dan alam sekitar;

Mengikuti perkembangan kemajuan dalam kaedah dan teknik perladangan dan perhutanan;

Mengumpulkan data dan menganggar kuantiti dan kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek;

Page 38: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

MANDOR / PENYELIA, ESTET / LADANG

Penanam tanaman ladang merancang dan menjalankan operasi yang perlu untuk menanam dan menuai pelbagai jenis tanaman ladang seperti padi dan bijian lain, kelapa sawit, getah,kelapa, ubi, tebu, kacang tanah, tembakau, atau tanaman lain untuk jualan atau penghantaran secara tetap kepada pemborong, organisasi pemasaran atau di pasar.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1206 - 1538

Sektor Swasta (RM) : 1000 - 1600

Tahap Pendidikan

Diploma Pertanian/ Agrikultur

Diploma Perhutanan

Contoh Institusi

Universiti Pertanian Malaysia ,Kolej RISDA Melaka

Senarai Tugas

Membeli benih, baja, dan bekalan lain;

Menentukan jenis dan jumlah tanaman yang hendak ditanam;

Menyimpan dan menjalankan beberapa pemprosesan asas terhadap produk ladang;

Menyewa atau melabur dalam harta tanah dan memajukan tanah, bangunan, dan jentera;

Menjalankan operasi seperti penyediaan tanah, penyemaian, penanaman, penggemburan, dan penuaian tanaman;

Menghantar atau memasarkan produk ladang.

Menjaga haiwan yang digunakan untuk bekerja dan menyenggara bangunan, jentera, dan kelengkapan ladang;

Page 39: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

ARKITEK BANGUNAN

Arkitek bangunan menjalankan penyelidikan, memberikan nasihat, merekabentuk bangunan rekreasi, institut, kediaman, komersil, dan industri serta merancang dan memantau pembinaannya, menyenggara, dan membaik pulih.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 2,000 – 5,300

Sektor Swasta (RM) : 1,980 – 4,140

Tahap Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Senibina

Contoh Institusi

Universiti Kebangsaan Malaysia,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ,Universiti Putra Malaysia

Universiti Sains Malaysia ,Universiti Malaya

Senarai Tugas

Menyelia kerja pembinaan yang berlangsung untuk memastikan pelan, spesifikasi, dan standard kualiti dipatuhi;

Merancang dan merekabentuk pembangunan kawasan tanah untuk projek seperti taman, sekolah, institut, lapangan terbang, jalan raya, dan projek yang berkaitan serta untuk tapak komersil, industri, dan kediaman;

Mengenal pasti dan mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah berhubung dengan fungsi dan kualiti persekitaran dalaman bangunan dan membuat reka bentuk, lukisan, dan pelan yang perlu;

Merekabentuk bangunan; menyediakan lukisan dan merancang pembinaannya;

Menyenggara dan membaik pulih serta membina hubungan yang perlu untuk memastikan kemungkinan projek berkaitan dengan gaya, kos, dan pemasangan mematuhi peraturan dan sebagainya;

Merujuk pelanggan dan memberikan saranan berhubung dengan jenis, gaya, saiz, dan lain-lain aspek pembinaan;

Membangun dan menambah baik teori dan kaedah seni bina yang baru;

Menyediakan laporan, pelan tapak, lukisan kerja, spesifikasi, dan anggaran kos untuk pembangunan tanah, menunjukkan lokasi dan perincian cadangan, termasuk pemodelan tanah, struktur, dan tumbuh-tumbuhan;

Page 40: Doktor Perubatan.docx · Web viewKERJAYA DOKTOR PERUBATAN Secara umumnya skop kerja Doktor Perubatan adalah menentukan jenis penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Disamping itu, Doktor

PELUKIS PELAN

Pelukis Pelan menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak.

Anggaran Gaji

Sektor Awam (RM) : 1600.00++

Sektor Swasta (RM) : 1,300.00 – RM 1,400.00

Tahap Pendidikan

Sijil Kemahiran Malaysia (Pelukis Pelan Kanan Seni Bina)/setaraf

Diploma Seni Bina/setaraf

Contoh Institusi

Universiti Teknologi MARA

Politeknik,ILJTM dan IKBN

Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran awam/swasta yang berkaitan

Senarai Tugas

Menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan dan pemasangan jentera dan peralatan atau bagi pembinaan bangunan, empangan, jambatan, jalanraya dan projek kejuruteraan awam yang lain;

Mengendalikan kelengkapan lukisan dengan menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi lukisan kerja;

Mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak lukisan kerja, peta dan lain-lain ke dalam bentuk digital;

Mengambil data topografi dalam bentuk analog atau digital dengan menggunakan alat stereo untuk menyediakan dan mengubah peta topografi, hidrografi, utiliti dan peta tematik lain;

Menyediakan dan menyemak ilustrasi untuk digunakan sebagai rujukan, brosur dan manual teknik berkaitan dengan pemasangan, operasi, penyelenggaraan serta pembaikpulihan jentera dan kelengkapan lain.