fakulti pendidikan dan bahasa

26
LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103 FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN SEMESTER MEI 2013 OUM 1103 LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS NAMA : AG.YAHYA BIN AG.DAMIT NO.MATRIKS : 610514125571001 NO. TELEFON : 0198954243 NO KAD PENGENALAN : 610514125571 E-MEL : [email protected] 1

Upload: dayang-rudiah-aimi

Post on 30-Nov-2015

48 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEMESTER MEI 2013

OUM 1103

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

NAMA : AG.YAHYA BIN AG.DAMIT

NO.MATRIKS : 610514125571001

NO. TELEFON : 0198954243

NO KAD PENGENALAN : 610514125571

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : Oum Kota Kinabalu

1

Page 2: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Isi kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Definisi plagiat

3.0 Jenis-jenis plagiat

4.0 Isu-isu plagiarisme dalam pendidikan tinggi

4.1 Ketidaksedaran

4.2 Sikap Peribadi

4.3 Kemudahan Internet

4.4 Ketidakyakinan Diri

5.0 Langkah Pencegahan plagarisme

5.1 Peranan kakitangan

5.2 Peranan pelajar

5.3 Perananan pensyarah

6.0 Teknik mengelak penulisan plagaiat

6.1 Petikan

6.2 Teks asal petikan

6.3 Parafrasa

7.0 Kesimpulan

8.0 Bibliografi

9.0 Lampiran

2

Page 3: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

1.0 Pengenalan

Plagiarisme merupakan satu masalah etika yang telah lama wujud sejak awal tahun 1600-an

lagi.Namun, pada zaman berteknologi khususnya internet, masalah plagiarisme telah

berkembang dengan serius.Sebelum perkembangan internet, pelajar memplagiat dengan cara

yang tradisional iaitu mencari maklumat melalui bahan bercetak yang berada dalam

perpustakaan dan menyalinkannya ke dalam kertas dengan menggunakan pensil atau

pen.Terdapat juga cara yang lain iaiyu dengan menaip semula ke dalam komputer, mencetak dan

menghantarkannya untuk dinilai oleh pengajar ataupun pensyarah.Situasi ini telah berubah

3

Page 4: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

setelah penggunaan internet diperluaskan.Pelajar hanya menyalin dan menampalkan atau lebih

di kenali dengan (copy & paste) pernyataan yang dikehendaki melalui maklumat yang didapati

melalui internet tanpa menulis sumber rujukan yang sesuai atau memberi pengiktirafan kepada

pengarang asal.

“ Part of the dilemma is that many students are unfamiliar what determines plagiarisme and

the stumble into it, unawares, not only because they never learned to use sources, but sometimes

because they have been taught that research means plagiarisme”

Menurut Brandt (2002) dan Smith (1999) Plagiarisme adalah termasuk dalam kesalahan

menipu dan mencuri di samping bertentangan dengan asas etika dan undang-undang manakala

menurut Christopher Ricks dalam British Academy Lecturet, plagiarisme adalah perbuatan yang

dianggap tidak bermoral semenjak berkurun lamanya.Ahli sarjana yang lain juga turut

menggangap plagarisme sebagai pelanggaran hak moral seseorang pengarang yakni Droit moral

(hak moral) yang berasal daripada bahada Perancis.Kata plagiat juga adalah terma yang diambil

daripada kata plagiarize dalam Bahasa Inggeris.Plagiarize secara etimologinya berasal daripada

kata Latin plagiare yang membawa maksud menculik atau melarikan.Penggunaan terma ini

dalam sejarah bahasa Inggeris telah digunakan seawal tahun 1600-an (The word detective, 2002).

Manakala terma plagiarisme pula juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu plagiarus yang

bermaksud penculik (Saunders, 1993:224).

“Hak untuk menghalang orang lain mengubah atau mengurangkan kerjanya, hak untuk

melarang orang lain menisbahkan namanya kepada kerja yang tidak dibuat olehnya, dan hak

untuk melarang orang lain daripada menggunakan kerjanya atau namanya untuk merosakkan

reputasi kemahirannya atau kedudukannya.” (Kintner & Jack 1975:355)

Di Malaysia, hak moral seseorang pencipta diberi perlindungan undang-undang

berdasarkan seksyen 25 (2) Akta Hak Cipta 1987.Seksyen tersebut memperuntukkan:“tertakluk

kepada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh tanpa

4

Page 5: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

persetujuan penciptanya, atau selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau

membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut :

a) Penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, di bawah suatu nama lain selain

daripada nama pencipta karya itu.

b) Penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, dalam bentuk yang diubah suai, jika

ubah suai itu:

i. Mengubah karya itu dengan jelas;

ii. Sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai

memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.

2.0 Definisi plagiat

Pelbagai definisi atau takrifan diberikan berhububng dengan plagarisme.Takrifan-takrifan ini

dapat dilihat berdasarkan pendapat-pendapat para serjana mengenainya.Plagiarisme didefinisikan

dalam Law.com Dictionary sebagai:

“Taking the writings or literary concepts (a plot, characters, words) of another and selling

and/or publishing them as one’s own product. Quotes which are brief or are acknowledged as

5

Page 6: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

quotes do not constitute plagiarism. The actual author can bring a lawsuit for appropriation of

his/her work against the plagiarist and recover the profits. Normally plagiarism is not a crime,

but it can be used as the basis of a fraud charge or copyright infringement if prior creation can

be proved.”

Plagiarisme boleh didefinisikan sebagai kelakuan yang mengarah kepada menciplak

dan melanggar hak moral seseorang pengarang.Menurut Wilhoit (1994) dalam kajiannya

menyatakan, tingkah laku berikut termasuk dalam plagiarisme:

Plagiat merupakan perbuatan secara sengaja atau tidak sengaja dalam memperoleh atau mencoba

memperoleh kredit atau nilai untuk suatu karya ilmiah, dengan mengutip sebagian atau seluruh

karya dan/atau karya ilmiah orang lain, tanpa menyatakan sumber secara tepat dan memadai

(Permendiknas No 17 tahun 2010, Pasal 1 Ayat 1).

Manakala Random House Compact Dictionary (1995) mendefiniskan plagarisme sebagai

Penggunaan atau peniruan bahasa atau pemikiran penulis lain dan menghasilkan semula sebagai

hasil asli penulis yang kedua.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat dalam Pusat Rujukan

Persuratan Melayu (2009), plagiarisme bermaksud:

"perbuatan mencedok kata-kata, idea, dan lain-lain daripada karya orang lain dan

menggunakannya sebagai karyanya sendiri."

Secara keseluruhannya, plagiarisme membawa maksud yang sama iaitu "Perbuatan

meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa

memaklumkan nama pengkarya berkenaan.Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai

usahanya sendiri." (Pusat Rujukan Persuratan Melayu : 2009)

3.0 Jenis-jenis plagiat

Menurut Barbaum, plagiat dapat dikelaskan kepada lima jenis iaitu:

6

Page 7: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

1) ”Copy Paste” iaitu mengambil karya/ayat/frasa orang lain tanpa menyebut sumbernya.

2) ”Word-switch” iaitu mengambil karya/ayat/frasa orang lain dengan mengubah struktur

ayat atau kosakatanya.

3) ”Style” iaitu menggunakan sumber artikel kata- demi kata dan ayat demi ayat

4) ”Metafora” iaitu menggunakan metafora orang lain tanpa menyebut sumbernya.

5) ”Gagasan” iaitu mengambil buah fikiran, ilham atau pendapat orang lain tanpa

menyatakan sumbernya.

4.0 Isu-isu plagiarisme dalam pendidikan tinggi

4.1 Ketidaksedaran

Ketidaksedaran merupakan faktor dalaman pada para pelajar yang menyebabkan mereka

melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet.Menurut Kajian Smith

(2007), terhadap pelajar universiti di Malaysia mendapati faktor utama yang menyebabkan

pelajar melibatkan diri dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet adalah

7

Page 8: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

ketidaksedaran.Ini adalah kerana pelajar tidak tahu apakah penyebab kepada tindakan

memplagiat melalui penggunaan internet.

Selain daripada itu, beliau juga mendapati pelajar tidak sedar bahawa plagiarisme

merupakan satu masalah yang serius serta tidak tahu cara yang betul untuk menulis sumber

rujukan yang sesuai atau memberi penghargaan kepada pengarang asal dalam penulisan

mereka.Kurangnya pendedahan mengenai kaedah menulis sumber rujukan menyebabkan mereka

sewenang-wenangnya memplagiat/mengambil karya orang lain tanpa memberi penghargaan

kepada penulis asal. Di samping itu, terdapat pelajar kurang jelas serta tidak sedar dengan

peraturan dan pengawalan mengenai masalah plagiarisme yang ditetapkan oleh institusi

universiti maka mereka terlibat dalam masalah plagiarisme melalui penggunaan internet secara

tidak langsung.

4.2 Sikap Peribadi

Sikap peribadi juga merupakan penyebab seseorang pelajar melibatkan diri dalam

masalah plagiarisme melalui penggunaan internet.Pelajar yang besikap peribadi negatif seperti

malas, tidak mempunyai keinginan belajar, tidak minat terhadap kursus serta suka membuat kerja

pada saat akhir akan menyebabkan mereka terlibat dalam masalah plagiarisme melalui

penggunaan internet secara tidak langsung.Ini kerana sikap culas pelajar menyebabakan mereka

mengambil langkah mudah untuk menyiapkan kerja yang diberikan dengan copy & paste

maklumat-maklumat yang terdapat di internet.Selain daripada itu, pelajar melibatkan diri dalam

masalah plagiarisme melalui penggunaan internet juga disebabkan kawan mereka berbuat

demikian dan tiada sebarang hukuman yang dikenakan.Justeru, mereka menyatakan bahawa jika

mereka tidak berbuat demikian, kawan-kawan lain akan berbuat begitu juga.

4.3 Kemudahan Internet

Perkembangan internet telah memudahkan para pelajar untuk mendapat maklumat terkini

di seluruh dunia tanpa mengira dimana sahaja mereka berada.Melalui alam maya ini, mereka

dapat melihat perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia dengan hanya melayari

internet.Namun banyak kajian yang dijalankan di negara Barat menunjukkan ramai pelajar telah

menyalahgunakan kemudahan internet yang telah disediakan.Hal ini kerana, kemudahan internet

8

Page 9: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

yang memudahkan para pelajar mengakses maklumat atas talian serta memudahkan pelajar

memuat turun (download) atau memuat naik (upload) dengan senang dan cepat.Selain itu, ia juga

membenarkan para pelajar menyalin dan menampalkannya (copy & paste) dengan senang di

dalam komputer.

4.4 Ketidakyakinan Diri

Keyakinan diri perlu ada dalam diri individu bagi melahirkan insan yang bermotivasi serta

percaya pada diri sendiri.Ketidakyakinan diri seseorang pelajar itu akan meyebabkan individu

tersebut melibatkan diri dalam masalah plagarisme melalui penggunaan internet.Ketidakyakinan

diri ini merujuk kepada tidak yakin untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan berkualiti, lemah

dalam penulisan, kelemahan bahasa Inggeris, tidak faham maklumat/artikel dalam bahasa

Inggeris serta sukar untuk menterjemahkan maklumat kepada pernyataan sendiri.

5.0 Langkah Pencegahan plagarisme

Usaha pencegahan plagarisme dalam penulisan akademik perlu ditangani oleh pihak mahupun

individu yang terlibat iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar.Pihak Universiti

perlu mewujudkan satu badan penguatkuasaan undang-undang berkenaan budaya plagarisme dan

kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan juga para pelajar khususnya.Pihak universiti juga

perlu memastikan bahawa di dalam buku panduan akademik di setiap fakulti mengandungi

9

Page 10: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

maklumat dan juga kaedah penulisan iaitu sumber rujukan atau bibliografi yang tapat sebagai

cara untuk mencegah dan menangani sebarang plagarisme.

Sebaik-baik cara untuk menghindarkan plagiarisme ialah dengan cara pendidikan.Para pelajar

perlu diberi pendedahan yang mendalam tentang definisi plagiarisme. Kebanyakan masyarakat

bersetuju bahawa masalah yang paling besar ialah ketidakfahaman pelajar khususnya dan

masyarakat umumnya tentang makna plagiarisme (Robert et al. 2001). Para pelajar perlu

diberi pendedahan tentang definisi plagiarisme dan kaedah penulisan akademik yang standard

(Kamalia Abdullah, 1998), agar mereka sedar akan tingkah laku yang dikategorikan sebagai

plagiarisme.

Daripada kajian Ashworth dan Bannister (1997), para pelajar institusi pengajian tinggi didapati

tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang tingkah laku yang dianggap sebagai

plagiarisme. Ini menyebabkan gejala plagiat berleluasa di kalangan para pelajar di institusi

pengajian tinggi. Daripada dapatan kajian yang dilakukan

5.1 Peranan Kakitangan

Kakitangan boleh memainkan peranan untuk mengelakkan perbuatan memplagiat, memalsu dan

menfabrikasi dalam kalangan pelajar.Antaranya adalah kakitangan:

Perlu tahu dan faham mengenai polisi universiti mengenai etika dan integriti dalam

penerbitan dan implikasi polisi ke atas pelajar dan pensyarah sendiri.

Perlu menjadi contoh kepada pelajar dengan pensyarah sendiri mengelakkan daripada

melakukan perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi dalam tugas sebagai

seorang kakitangan akademik iaitu dalam penyelidikan, penulisan dan penghasilan bahan

pengajaran.

Memastikan pelajar diberikan maklumat bagaimana hendak mengelak daripada

perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi.

10

Page 11: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Memastikan polisi mengenai etika dan integriti dalam penerbitan mudah diperolehi oleh

pelajar.

Mengadakan, dengan bantuan fakulti dan institut, ruang dan peluang untuk pelajar

mengikuti kursus penulisan akademik agar pelajar memperoleh pengetahuan dan

kemahiran untuk mengelakkan perbuatan plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi.

Memastikan penyerahan tugasan, kertas projek dan tesis dilampirkan bersama surat

perakuan pelajar bahawa pelajar memahami maksud plagiarisme, pemalsuan dan

fabrikasi dan semua rujukan dalam tugasan telah diberi kredit yang sewajarnya.

Membuat pelaporan kes etika dan integriti dalam penerbitan kepada pihak

5.2 Peranan pelajar

Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar bahawa hasil penyelidikan, tesis, makalah dan

tugasan mereka adalah bebas daripada perbuatan memplagiat, memalsu dan menfabrikasi. Antara

peranan pelajar adalah:

Membaca, memahami dan mematuhi polisi etika dan integriti dalam penerbitan

Sentiasa peka terhadap plagiarisme, pemalsuan dan fabrikasi

Menguasai kemahiran penulisan akademik melalui kursus ditawarkan fakulti atau

melalui proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan.

Mendapatkan bantuan daripada pensyarah sekiranya ragu sama ada wujudnya

unsur perbuatan memplagiat, pemalsuan dan fabrikasi dalam tugasan sendiri.

Melaporkan kes etika dan integriti dalam penerbitan, sekiranya berlaku dalam kalangan

rakan pelajar, kepada pihak Kedekanan.

Pelajar dimestikan mengguna perisian anti-plagiat untuk menyemak kewujudan

unsur-unsur plagiarisme dalam penerbitan, tesis dan tugasan.

Akibat perbuatan melanggar etika dan integriti dalam penerbitan

Sekiranya disabitkan kesalahan, jawatankuasa boleh memberi perakuan dan/atau cadangan

tindakan tatatertib seperti berikut:

5.3 Pelajar

11

Page 12: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Selaras dengan Hukuman Tatatertib dalam Kaedah-Kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia

(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, seseorang pelajar itu boleh dikenakan mana-mana satu atau

mana-mana gabungan dua atau lebih huluman yang sesuai yang berikut,

a) Amaran

b) Denda tidak melebihi dua ratus ringgit

c) Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi

tempoh yang ditetapkan

d) Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan

e) Dipecat dari Universiti.

5.4 Pensyarah

a) Tindakan seperti yang terkandung dalam kaedah-kaedah tatatertib kakitangan

b) Membekukan permohonan geran penyelidikan untuk tempoh yang ditetapkan oleh

jawatankuasa tatatertib atau jawatan-jawatankuasa lain yang setara.

Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah cedukan

idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut 'dihalalkan' dalam konteks penulisan

akademik. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas talian yang

dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar.Perisian-

perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan

secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik oleh pelajar. Misalnya,

perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System, cukup

komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarisme tesis dan penulisan

akademik secara atas talian.

Para pensyarah adalah berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para

pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan,

pembentangan dan sebagainya. Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar

12

Page 13: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar

mengubahsuai tugasan tersebut atau melaporkannya kepada pihak universiti.

Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan akademik

atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai buku panduan

penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yang telah

ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk

mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka sendiri. jadikanlah penulisan

akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya pemikiran mereka.

6.0 Teknik mengelak penulisan plagaiat

6.1 Petikan

Petikan kadang kala disebut sebagai “petikan terus” dan ia:

I. Bermaksud mengambil dan menggunakan setiap perkataan yang digunakan oleh

pengarang/penutur asal seadanya.

II. Dicantumkan ke dalam karya anda den gan menggunakan pengikat kata (“. . .”) di

permulaan dan juga di penghujung petikan itu.

III. Sumber petikan itu mesti dinyatakan, sama ada di dalam teks atau pun sebagai senarai

rujukan.

Apa yang perlu dilakukan:

13

Page 14: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Membuat petikan hanya bila perlu : bahagian yang dipetik seharusnya sebagai penambahan

kepada karya anda.

Salin ayat (ayat-ayat) tepat seperti dalam bentuk asalnya.

Gunakan pengikat kata (“… .”) di permulaan dan juga di penghujung petikan. [Jika

petikan itu panjang (selalunya lebih daripada 3 baris dianggap panjang), ia perlu

dibentangkan sebagai blok perenggan yang diengsot ke dalam sedikit pada bahagian

kanan dan kiri sempadan teks utama.

Nyatakan setiap sumber petikan; tuliskan pengarang, tajuk artikel/makalah/buku,no jilid,

tahun dan tempat penerbitan, penerbit, mukasurat, alamat laman web, dsbnya.

6.2 Teks Asal Petikan

Contoh petikan panjang:

Dengan lebih dari seribu pelajar antarabangsa dari lebih kurang 70 negara, IPS dengan

bangganya menegakkan tradisi dan piawaian kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan

dan kesarjanaan melalui perkhidmatan, peluang dan platform bagi tujuan perkongsian dan

pembentukan idea yang berkesan dan efisien

Menurut pengurusan Universiti Malaya,

Dengan lebih dari seribu pelajar antarabangsa dari lebih kurang 70 negara, IPS dengan

bangganya menegakkan tradisi dan piawaian kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan

dan kesarjanaan melalui perkhidmatan, peluang dan platform bagi tujuan perkongsian dan

pembentukan idea yang berkesan dan efisien.(UM, 2007)

Apa yang harus dielakkan:

Menukar hanya beberapa perkataan dari teks asal dan menggunakannya sebagai karya

sendiri.

14

Page 15: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Meminjam sebahagian besar dari karya asal.

6.3 Parafrasa

Parafrasa bermaksud mengolah atau menulis semula apa yang telah dinyatakan atau ditulis oleh

orang lain, dengan menggunakan perkataan sendiri.

Apa yang harus dilakukan:

Gunakan perkataan sendiri.

Teks yang telah anda parafrasakan mungkin lebih panjang atau pendek dari sumber asal.

Sumber parafrasa harus ditanda rujuk di dalam teks dan senarai rujukan.

15

Page 16: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

Bibliografi

Bill Marsh.2007.Plagarism Alchemy and Remedy in Higher Education.State U of New York.

Buang universiti jika ciplak(2007, 28 Disember).Utusan Malaysia Online.Muat turun pada

14/7/2013:10.30amhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=1228&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Debbie Wheeler & David Anderson.2010.Deadling with plagiarism in a complex information

society.United Arab Emirates.

Dahlia Syahrani Md. Yusof.2007.A Different Perspective on Plagiarism.The Internet TESL

Journal, 15(2).muat turun pada 15.6.2013:7.15pm http://iteslj.org/Articles/Yusof-

Plagiarism.html

Fakhrul Anuar Aziz & Zulikha Jamaludin.2007).Plagiarisme berasaskan internet: Suatu

analisis.Paper presented at the 1st International Malaysian Educational Technology

Convention, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor Bahru, Malaysia.

Introna & Wood, E.2003.Cultural attitudes towards plagiarism.Lancaster: University of

Lancaster.

Julianne East.2009.Judging plagiarism : a problem of morality and convention.Universiti

Bundoora, Australia

Thomas S. Dee & Brian A. Jacob.2012.Rational ignorance in Education : A field Experiment in

student Plagarism.University Of Winconsin.

16

Page 17: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

LAMPIRAN 1

CONTOH JENIS RUJUKAN BAGI SENARAI RUJUKAN

(GAYA APA)

BUKU APA

Buku (tiada pengarang atau penyunting) Merriam-Webster’s collegiate dictionary (10th

ed.). (1993). Springfield, MA: Merriam Webster

Buku (satu pengarang) Baddeley, A. D. (1999). Essentials of human

memory. Hove, England: Psychology Press

Buku (dua pengarang) Beck, C. A. J., & Sales, B. D. (2001). Family

mediation: Facts, myths, and future prospects.

Washington, DC: American Psychological

Association

Pengarang berkongsi/kumpulan, pengarang sebagai

penerbit

Australian Bureau of Statistics. (1991). Estimated

resident population by age and sex in statistical

local areas. New South Wales, June 1990 (no.

3209.1). Canberra, Australian Capital Territory;

Author.

Buku yang disunting Gibbs, J. T., & Huang, L. N. (Eds.). (1991).

Children of color: Psychological interventions with

minority youth. San Francisco: Jossey-Bass

KARANGAN ATAU BAB DI

DALAM BUKU YANG

DISUNTING

Satu pengarang, dua penyunting Bjork, R. A. (1989). Retrieval inhibition as an

17

Page 18: Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

LEARNING SKILL FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS OUM 1103

adaptive mechanism in human memory. In H. L.

Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of

memory & consciousness (pp. 309-330).

Hillsdale, NJ: Erlbaum.

ENSAIKLOPEDIA ATAU

KAMUS DAN DAFTAR DI

DALAM ENSAIKLOPEDIA

Set ensaiklopedia atau kamus Sadie, S. (Ed.). (1990). The new Grove dictionary

of music and musicians (6th ed., Vols. 1-20).

London: Macmillan.

Artikel dalam ensaiklopedia Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The new

encyclopedia Britannica (Vol. 26, pp. 501-508).

Chicago: Encyclopedia Britannica.

Sumber : www.apastyle.org/aboutstyle.html

18