kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa …ir.upsi.edu.my/3035/1/kualiti amalan...
TRANSCRIPT
KUALITI AMALAN GURU DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
DI MRSM
LAPORAN DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARATUNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2017
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Penilaian kualiti amalan guru dilaksanakansecara holistik berdasarkan Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tigaprinsip kesempurnaan berbahasa. Kajian melibatkan empat domain iaitu domainperancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dantanggungjawab profesionalisme. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini.Kajian ini melibatkan 30 orang responden di dua buah MRSM di negeri Perak. Tigaalat kajian digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisisdokumen. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa guru-guru melaksanakanamalan-amalan penyediaan perancangan pengajaran harian yang baik sebelum masukke kelas. Seterusnya, komitmen guru-guru yang menghasilkan suasana pengajaran danpembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif telah menunjukkan bahawa merekamelaksanakan amalan yang cemerlang dalam pengurusan bilik darjah. Kajian ini jugamenunjukkan bahawa guru-guru telah melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajardan mengamalkan fleksibiliti serta responsif terhadap para pelajar semasa pengajarandan pembelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu, amalan berbahasa mengikut nahuyang betul ketika penyampaian pengajaran dan penyoalan terhadap pelajar masihmemerlukan penambahbaikan. Selain itu, amalan pemberian latihan yang bersesuaiandengan pelajar dan komitmen penyemakan latihan oleh guru telah menunjukkanbahawa mereka melaksanakan tanggungjawab profesionalisme dengan baik. Walaubagaimanapun, penyediaan refleksi dan rekod intervensi perlu dilaksanakan denganlebih efisien. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa Model Kerangka PengajaranDanielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa boleh mengukur kualitiamalan guru. Oleh itu, kajian ini telah dapat menunjukkan tahap kualiti amalan gurudalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Implikasi kajianmenunjukkan bahawa standard piawaian kualiti itu penting sebagai penanda arasamalan guru yang berkesan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untukpemantapan dan kecemerlangan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu di MRSM.
v
THE QUALITY OF TEACHING AND LEARNING PRACTICES FORBAHASA MELAYU IN MRSM
ABSTRACT
This study intended to evaluate the quality standard of Maktab Rendah Sains MARA(MRSM) Bahasa Melayu teachers in teaching and learning processes. The Frameworkof Danielson Teaching Evaluation Model is adapted to evaluate the quality of teachers’practices holistically. Four domains are involved in this process which are planningand preparation, classroom management, teaching, and professional responsibility.The application of the three perfect language usage principles are also measured. Thethree principles in teaching and learning of Bahasa Melayu include the use of language.The qualitative approach is used in this study. This study involved 30 respondents fromtwo MRSM in Perak.The three types of study tools are used include observationinstrument, half-structured interview and document analysis. The research shows thatteachers practised and prepared the teaching materials before they entered theclassroom. Next, commitment of the teachers will make a better teaching and learningenvironment that is fun and conducive. This shows that they did best practise in theclassroom management. The research shows that the teachers practise students centeredlearning and they are more flexible and responsive toward the students in teaching andlearning of Bahasa Melayu. However, there is a need for improvement in teaching andquestioning the students using correct grammar. Besides, assignments should be givenbased on the suitability of the students’ levels and the teachers’ commitment to checkthe assignments proved that they had done their professional responsibility well.However, preparation of reflection and recording of intervension should be done in amore efficient way. As a conclusion, this research shows that the Framework ofDanielson Teaching Evaluation Model, including the use of three rules of speakingperfection can be used to measure the qualities of teachers’ practises. Therefore, thisresearch showed the quality level of teachers’ practises in teaching and learning forimprovement and the excellent professional level of Bahasa Melayu teachers in MRSM.
vi
KANDUNGAN
Muka Surat
PERAKUAN iii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Soalan Kajian 8
1.6 Kerangka Konseptual 9
1.7 Kepentingan Kajian 20
1.7.1 Guru-guru Bahasa Melayu 21
vii
1.7.2 Pihak Pengetua 22
1.7.3 Pihak MARA 22
1.7.4 Pihak Lain 23
1.8 Batasan Kajian 23
1.9 Definisi Operasional 24
1.9.1 Kualiti 24
1.9.2 Amalan Guru 25
1.9.3 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM 25
1.10 Rumusan 26
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 28
2.1 Pengenalan 28
2.2 Amalan Pengajaran yang Berkesan 29
2.3 Amalan Guru Bahasa Melayu 35
2.4 Kajian-Kajian Kualiti Amalan Guru 38
2.4.1 Kajian Kualiti Amalan Guru dalam Perancangan danPersediaan Pengajaran 42
2.4.2 Kajian Kualiti Amalan Guru dalam Pengurusan BilikDarjah 50
2.4.3 Kajian Kualiti Amalan Guru dalam Pengajaran 55
2.4.4 Kajian Kualiti Amalan Guru dalam TanggungjawabProfesionalisme 64
2.5 Rumusan 67
viii
BAB 3 METODOLOGI 68
3.1 Pengenalan 68
3.2 Reka Bentuk dan Kaedah Kajian 68
3.3 Responden Kajian 69
3.4 Alat Kajian 70
3.4.1 Analisis Dokumen 74
3.4.2 Pemerhatian 76
3.4.3 Temu Bual 77
3.4.4 Alat6 Kajian, Fungsi dan Pelaksanaan 79
3.4.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 80
3.4.6 Kajian Rintis 82
3.4.7 Prosedur Pengurusan Kajian 84
3.5 Pengumpulan Data Kajian 86
3.5.1 Data Analisis Dokumen 86
3.5.2 Data Pemerhatian 87
3.5.3 Data Temu Bual 89
3.6 Pengumpulan Data Kajian 91
3.7 Prosedur Penganalisan Data 92
3.8 Rumusan 95
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 96
4.1 Pengenalan 96
4.2 Dapatan Kajian 97
ix
4.2.1 Apakah Amalan Guru yang Berkualiti dalamMenyediakan Rancangan Pengajaran Harian BahasaMelayu di MRSM? 97
4.2.1.1 Memperlihatkan Pengetahuan dalam KandunganSubjek Bahasa Melayu dan Pedagogi MengikutPrinsip Maklumat 100
4.2.1.2 Memperlihatkan Pengetahuan tentang Pelajar 107
4.2.1.3 Memilih Matlamat Pengajaran 109
4.2.1.4 Memperlihatkan Pengetahuan tentang Sumber 112
4.2.1.5 Menyediakan Pengajaran dan Pembelajaranyang Koheren Mengikut Prinsip Maklumat 115
4.2.1.6 Menilai Pembelajaran Pelajar 118
4.2.2 Soalan II : Apakah Amalan Guru yang Berkualiti KetikaPengurusan Bilik Darjah Pengajaran dan PembelajaranBahasa Melayu di MRSM? 120
4.2.2.1 Saling Menghormati dan Bekerjasama MengikutPrinsip Ibadah 122
4.2.2.2 Mewujudkan Budaya untuk Belajar MengikutPrinsip Ibadah 126
4.2.2.3 Menguruskan Prosedur Kelas 129
4.2.2.4 Menguruskan Tingkah Laku Pelajar 131
4.2.2.5 Menguruskan Persekitaran Kelas 136
4.2.3 Soalan III : Apakah Amalan Guru yang Berkualiti KetikaPengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM? 139
4.2.3.1 Berkomunikasi dengan Jelas dan Tepat MengikutPrinsip Nahu 141
4.2.3.2 Penggunaan Teknik Penyoalan dan PerbincanganMengikut Prinsip Nahu 148
4.2.3.3 Menggalakkan Pelajar Berfikir 153
4.2.3.4 Memberi Maklum Balas kepada Pelajar 163
x
4.2.3.5 Memperlihatkan Fleksibiliti dan Responsif 166
4.2.4 Soalan IV : Apakah Amalan Guru yang Berkualitidalam Tanggungjawab Profesionalisme Pengajarandan Pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM? 169
4.2.4.1 Pemberian Latihan Kepada Pelajar 172
4.2.4.2 Penyemakan Latihan Mengikut Prinsip Ibadah 175
4.2.4.3 Kandungan Latihan yang Selaras denganPencapaian Pelajar 179
4.2.4.4 Pelaksanaan Refleksi pada Pengajaran MengikutPrinsip Ibadah 180
4.2.4.5 Penyediaan Rekod-Rekod yang Tepat 183
4.2.4.6 Rekod Intervensi 185
4.3 Rumusan 187
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 188
5.1 Pengenalan 188
5.2 Perbincangan 189
5.2.1 Kualiti Amalan Guru dalam Perancangan dan PersediaanPengajaran Bahasa Melayu di MRSM 189
5.2.2 Kualiti amalan guru ketika pengurusan bilik darjahdalam pengajaran dan pembelajaran di MRSM 193
5.2.3 Kualiti amalan guru ketika pengajaran dan pembelajaranBahasa Melayu di MRSM 196
5.2.4 Kualiti Tanggungjawab Profesionalisme dalam Pengajarandan Pembelajaran di MRSM 203
5.3 Kesimpulan 206
5.4 Implikasi 210
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 212
xi
5.6 Penutup 214
RUJUKAN 215
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Muka Surat
3.1 Latar Belakang Responden Guru 71
3.2 Maklumat Responden Pelajar 73
3.3 Latar Belakang Responden Ketua Jabatan Bahasa 73
3.4 Alat Kajian, Fungsi dan Pelaksanaan 79
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 81
3.6 Dapatan Kajian Rintis dan Cadangan Penambahbaikan 83
3.7 Prosedur Pengurusan Kajian 85
4.1 Kualiti Amalan Guru dalam Perancangan danPersediaan Pengajaran 99
4.2 Kualiti Amalan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah 122
4.3 Kualiti Amalan Guru dalam Pengajaran 141
4.4 Kualiti Amalan Guru dalam Tanggungjawab Profesionalisme 172
xiii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kualiti Amalan Guru dalam Pengajarandan Pembelajaran Bahasa Melayu
9
3.1 Analisis Data Secara Interaktif. Model Interaktif (M.B. Miles& Huberman,1994).
93
xiv
SENARAI SINGKATAN
Singkatan Keterangan
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
HPU Hasil Pembelajaran Utama
HPK Hasil Pembelajaran Khusus
ICT Information and Communication TechnologyTeknologi Maklumat dan Komunikasi
IQ Intelligence QuotientDarjah Kecerdasan Otak
LCD Liquid Crystal DisplayPaparan Hablur Cecair
MARA Majlis Amanah Rakyat
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
RPH Rancangan Pengajaran Harian
xv
SENARAI LAMPIRAN
A1 Senarai semak kualiti amalan guru
A2 Rubrik penilaian kualiti amalan guru
A3 Borang catatan nota pemerhatian
A4 Instrumen temu bual separa berstruktur
B1 Surat permohonan dan pengesahan semakan instrumen kajian
B2 Surat permohonan menjalankan kajian di MRSM
B3 Surat kelulusan menjalankan kajian di MRSM
B4 Surat permohonan menjalankan kajian rintis
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi tunjang utama hala tuju sistem
pendidikan di Malaysia. FPK menyediakan panduan yang jelas tentang mercu tanda
cerminan pemikiran dan aspirasi negara kita untuk memacu kecemerlangan modal
insan dalam segala perspektif sistem pendidikan termasuklah dalam subjek Bahasa
Melayu di sekolah. Inti pati tersebut menjelaskan bahawa pendidikan ialah satu
tindakan yang berterusan untuk perkembangan potensi seseorang pelajar secara holistik
dan bersepadu melalui peranan para pendidik. Tujuan utamanya adalah untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI). Kini, selari dengan arus era globalisasi bagi merealisasikan hasrat murni
FPK untuk melengkapkan kemenjadian murid, kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan satu anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2
2013-2025. Dokumen ini menjadi sebagai satu transformasi dalam sistem pendidikan
yang turut memberi fokus terhadap peningkatan standard profesionalisme guru.
Pelaksanaan usaha proaktif ini adalah bagi memastikan Malaysia mampu melahirkan
modal insan yang lengkap dengan ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran dalam
bidang tertentu dan nilai-nilai murni yang relevan untuk sedia berhadapan dengan
cabaran dan keperluan tenaga kerja pada era abad ke-21.
Dalam pendidikan Bahasa Melayu, FPK juga telah menjadi asas dalam
pembinaan Falsafah Pendidikan Bahasa iaitu gabungan bersepadu antara Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan Falsafah Bahasa. Hal ini bermaksud melalui mata
pelajaran Bahasa Melayu, pembangunan aspek JERI akan turut diberi keutamaan dan
direalisasikan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah berasaskan kemahiran kognitif,
afektif dan psikomotor melalui prinsip asas kesempurnaan berbahasa Teori Falsafah
Bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pendidikan bahasa ialah wahana
pemerolehan dan pengembangan ilmu pengetahuan yang selaras dengan gagasan
bahasa dalam merentas kurikulum semasa. Oleh itu, pemahaman dan penghayatan para
guru Bahasa Melayu khususnya terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah
Pendidikan Bahasa dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia amatlah
dituntut bagi menggerakkan usaha murni ini ke puncak jaya.
Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
menjelaskan cabaran pendidikan abad ke-21 yang memerlukan para pendidik di sekolah
termasuklah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk merealisasikan
kemenjadian pelajar yang dinamik, futuristik, fleksibel dan seimbang dalam semua
aspek. Sehubungan dengan itu, kini peranan guru semakin kompleks, mencabar serta
3
memerlukan keutuhan komitmen guru untuk mendokong transformasi sistem
pendidikan supaya relevan dengan persekitaran semasa. Para guru mempunyai peranan
yang sangat penting dalam menghasilkan pendidikan yang tinggi kualitinya kerana
proses pengajaran yang berkualiti hanya akan terhasil berdasarkan komitmen padu
amalan guru yang berkualiti.
1.2 Latar belakang kajian
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan Institusi Pendidikan Menengah di
bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan pendidikan alternatif
dengan sistem pendidikan tersendiri. MRSM menjadi pusat kecemerlangan akademik,
pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan. Sebagai sebuah
institusi pendidikan yang berada dalam kelasnya yang tersendiri, MRSM menggunakan
kurikulum terbeza berbanding dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pendidikan sama ada di Sekolah Berasrama Penuh mahupun di sekolah harian biasa.
Kurikulum MRSM terdiri daripada tiga bidang utama yang memberi penumpuan
kepada Program Akademik, Program Perkembangan Sahsiah dan Program
Pembangunan Bakat. Hal ini memperlihatkan bahawa MARA turut menyokong dasar
kerajaan untuk membangunkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai
pengetahuan dan kemahiran tetapi juga penghayatan nilai-nilai murni.
Penggubalan Kurikulum MRSM berasaskan kepada kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Kementerian Pendidikan dan kurikulum yang dibentuk
khas oleh MRSM yang terdiri daripada subjek teras, subjek elektif dan subjek khas.
Pembentukan kurikulum Program Pembangunan Sahsiah adalah untuk menyokong
4
pendidikan efektif yang menekankan pengenalan diri sebagai sebahagian daripada
individu masyarakat. Program Pembangunan Bakat pula ialah satu program
pengayaaan yang diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model.
Namun demikian, pengurusan modal insan yang berkesan perlu dilaksanakan
oleh para guru untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan dalam Sistem
Pendidikan MRSM ini tercapai. Oleh itu, pemilihan guru-guru MRSM adalah daripada
individu-individu yang berkelayakan, terlatih dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang
unggul. Semua guru MRSM mempunyai ijazah pertama sebagai kelayakan minimum
dan mengajar subjek yang selari dengan bidang pengkhususan mereka. Maka, jika tiada
komitmen padu daripada warga pendidik Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuklah
guru Bahasa Melayu pastinya hasrat dan matlamat pihak MARA untuk menjadikan
MRSM sebagai institusi pendidikan Malaysia yang bertaraf dunia akan terkubur begitu
sahaja. (Syed Najmuddin, Ab. Halim, Ishak & Mohd. Sabri, 2009).
Pernyataan ini disokong oleh Umi Nadiha dan Zamri (2011) bahawa keupayaan
dan komitmen padu daripada para pendidik akan merealisasikan keberkesanan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, pihak MARA
melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) dan Bahagian Pemantauan dan
Inspektorat MARA (BPIN) telah melaksanakan pemantauan kualiti amalan guru-guru
di MRSM secara berkala. Tindakan tersebut adalah untuk mengimplimentasikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Sumber penting dalam penjanaan
pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif dalam kalangan pelajar untuk
penyesuaian diri dengan arus hala tuju sistem pendidikan semasa ialah melalui peranan
guru. (Saedah & Mohammed Sani, 2012).
5
1.3 Pernyataan masalah
Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang efektif menjadi
penyumbang utama dalam mencorakkan kecemerlangan seseorang pelajar (Abdul
Rahim & Chia Lai Lai, 2014). Untuk memastikan kejayaan transformasi sistem
pendidikan ini tercapai, sekolah memerlukan para guru yang berkualiti (Jamilah,
Yahya & Siti Noor, 2016) kerana guru ialah ejen perubahan kepada pelajar (Wesch,
2008) dan mampu memberi impak kepada keberkesanan sesebuah sekolah (Spence,
2011). Menurut Hallinger (2010) guru perlu mengimplimentasikan penambahbaikan
yang radikal dalam bidang pendidikan maka, aspek kualiti guru menjadi isu yang
kritikal. Selaras dengan itu, tumpuan utama penambahbaikan ialah peningkatan kualiti
amalan guru (Harris, 2011) bagi memastikan guru sentiasa kompeten dalam pengajaran
dan pembelajaran (Veloo & Kamuji, 2013). Namun begitu, persoalannya adakah tenaga
pengajar Bahasa Melayu di MRSM dapat memenuhi kriteria guru bahasa yang
berkualiti? Oleh itu, kajian kualiti amalan guru harus dijalankan secara berterusan agar
mereka dapat memperbaiki amalan sedia ada ke tahap yang lebih cemerlang.
Selari dengan cadangan tersebut, untuk memastikan kualiti sistem pendidikan
MRSM mekanisme pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan
Menengah (BPM) dan Bahagian Pemantauan dan Inspektorat MARA (BPIN). Di
peringkat dalaman pemantauan kualiti guru turut dilaksanakan oleh pihak pengurusan
MRSM sendiri. Indeks kecemerlangan MRSM, instrumen Sistem Pendidikan MARA
dan A Framework for Teaching (Kerangka Pengajaran, Danielson, 2007) telah
digunakan sebagai penilaian dalam pencerapan guru. Walaupun pemantauan kualiti
guru telah dilaksanakan secara berterusan namun pelaporan khusus kajian secara
6
empirikal melalui pengumpulan data terhadap kualiti amalan guru secara holistik dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM belum pernah dilaksanakan.
Selari dengan itu, kajian ini turut mengimplementasi Kerangka Pengajaran
(Danielson, 2007) agar dapat mengukur tahap kualiti amalan guru Bahasa Melayu di
MRSM. Kerangka Pengajaran ini memenuhi pakej yang lengkap sebagai garis panduan
kualiti guru yang baru mengajar bahkan juga untuk mengukur kualiti dan
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu guru pertengahan dan
guru senior di MRSM. Terdapat empat domain yang terkandung dalam pengajaran
efektif berdasarkan kualiti amalan guru iaitu perancangan pengajaran, pengurusan bilik
darjah, pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme.
Walaupun terdapat banyak kajian lepas berkaitan kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran namun didapati tahap kualitinya masih tidak konsisten
sehingga kini. Dalam kajian amalan guru di peringkat domain perancangan, pengajaran
efektif ini amat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dalam
pelaksanaannya. Seterusnya, menurut Mohammed Sani Ibrahim (2013) penguasaan
kemahiran pengurusan bilik darjah juga mesti dimiliki oleh guru kerana proses tersebut
bukan berlaku secara kebetulan. Hubungan yang baik antara guru dengan pelajar dapat
menangani masalah tingkah laku sekali gus memberi galakan kepada pelajar untuk
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Muhammad Faizal &
Williams, 2014) dan kepimpinan pengajaran Bahasa Melayu yang berkualiti di dalam
bilik darjah menjadi nadi kepada keberkesanan pendidikan (Mohd Khairuddin &
Halimah, 2014). Tahap kualiti kemahiran interpersonal guru-guru didapati masih
berada di tahap yang kurang konsisten apabila hanya sedikit dapatan kajian yang
7
menunjukkan prestasi kemahiran komunikasi yang tinggi. Dari segi tanggungjawab
profesionalisme pula amalan refleksi pengajaran terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran penting untuk memperbaiki prestasi guru (Nor Asma Shierwani, 2015).
Bagi merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 untuk kemenjadian pelajar maka para guru mempunyai peranan yang besar.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti hanya akan terhasil berdasarkan
komitmen padu amalan guru yang berkualiti. Oleh itu, berdasarkan kepentingan aspek
kualiti guru dan permasalahan amalan yang dikesan pengkaji berasa terpanggil untuk
mengumpulkan data dan maklumat berkaitan kualiti amalan guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Sementelahan pula dapatan
kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap kualiti amalan-amalan guru yang masih
tidak konsisten sehingga kini. Maka, kajian ini penting untuk memastikan tahap sebenar
kualiti amalan guru-guru Bahasa Melayu di MRSM dalam memenuhi kriteria amalan
yang berkualiti di peringkat perancangan dan persediaan, pengurusan bilik darjah,
pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme. Impaknya, pengumpulan data kajian
ini dapat mengesan kekuatan dan kelemahan kualiti pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru Bahasa Melayu di MRSM secara holistik yang memerlukan
penambahbaikan segera untuk mencapai kompetensi guru yang berkualiti.
8
1.4 Objektif kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk :
i. Mengenal pasti kualiti amalan perancangan guru dalam rancangan pengajaran
harian Bahasa Melayu di MRSM.
ii. Mengenal pasti kualiti amalan guru dalam pengurusan bilik darjah ketika
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM.
iii. Mengenal pasti kualiti amalan guru ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di MRSM.
iv. Mengenal pasti kualiti amalan guru dalam tanggungjawab profesionalisme
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM.
1.5 Soalan kajian
Soalan kajian yang digunakan adalah seperti yang berikut :
i. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam menyediakan rancangan pengajaran
harian Bahasa Melayu di MRSM?
ii. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam pengurusan bilik darjah ketika
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
iii. Apakah amalan guru yang berkualiti ketika pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di MRSM?
iv. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam tanggungjawab profesionalisme
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
9
1.6 Kerangka konseptual
Rajah 1.1. Kerangka Konseptual Kajian Kualiti Amalan Guru dalam Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
Domain 4 : Tanggungjawab Profesionalismea) Latihan yang diberib) Penyemakan pembetulan tugasan/latihan mengikut prinsip ibadahc) Kandungan latihan selaras dengan pencapaian pelajard) Refleksi pada pengajaran dilaksanakan mengikut prinsip ibadahe) Mengekalkan rekod-rekod tepatf) Rekod intervensi
KERANGKA PENGAJARAN
Domain 1 : Perancangan dan Persediaan Pengajarana) Memperlihatkan ilmu kandungan pedagogi mengikut prinsip maklumatb) Memperlihatkan ilmu pengetahuan tentang pelajarc) Memilih matlamat pengajarand) Memperlihatkan pengetahuan tentang sumbere) Menyediakan pengajaran yang koheren mengikut prinsip maklumatf) Menilai pembelajaran pelajar
PrinsipKesempurnaan
Berbahasa
i. Berbahasa mengikutnahu yang betul.
ii. Berbahasauntuk menyampaikanmaklumat yang benar.
iii. Berbahasa untuktujuan ibadah.
Domain 2 : Pengurusan Bilik Darjaha) Mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama
mengikut prinsip ibadahb) Mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadahc) Menguruskan prosedur kelasd) Menguruskan tingkah laku pelajare) Menguruskan persekitaran kelas
Domain 3 : Pengajarana) Berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahub) Penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahuc) Menggalakkan pelajar belajar /berfikird) Memberi maklum balas kepada pelajare) Menunjukkan fleksibeliti dan responsif
10
Kerangka konseptual kajian ini turut mengambil kira penggunaan Model Kerangka
Pengajaran (Danielson, 2007) agar disesuaikan dengan kajian kualiti amalan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Penilaian tahap kualiti
amalan guru Bahasa Melayu meliputi empat domain, iaitu domain perancangan dan
persediaan pengajaran, domain pengurusan bilik darjah domain pengajaran dan domain
tanggungjawab profesionalisme. Terdapat 22 elemen kecil yang menjelaskan amalan
domain tersebut secara terperinci iaitu enam komponen dalam domain perancangan dan
persediaan pengajaran, lima elemen dalam domain pengurusan bilik darjah, lima
komponen dalam domain pengajaran dan enam elemen dalam domain tanggungjawab
profesionalime.
Walau bagaimanapun, selain adaptasi Model Kerangka Pengajaran (Danielson,
2007) atas kepentingan kajian ini adalah untuk menguji tahap kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu maka pengkaji telah menyesuaikan
penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa (Mohd Rashid Mohd Idris, 2007).
Prinsip tersebut ialah berbahasa mengikut nahu yang betul, berbahasa untuk
menyampaikan maklumat yang benar dan berbahasa untuk tujuan ibadah. Kajian ini
meneliti penerapan prinsip ini dalam setiap domain Kerangka Pengajaran namun
memberi keutamaan terhadap amalan yang paling tepat dan kesesuaiannya dengan
aspek kajian kualiti amalan guru. Fokus penerapan amalan prinsip kesempurnaan
berbahasa, iaitu berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar terdapat pada
domain perancangan dan persediaan mengajar dalam komponen 1(a) memperlihatkan
ilmu kandungan pedagogi mengikut prinsip maklumat dan 1(b) memperlihatkan ilmu
pengetahuan tentang pelajar.
11
Seterusnya, fokus prinsip berbahasa untuk tujuan ibadah dalam domain
pengurusan bilik darjah terdapat dalam komponen 2(a) mewujudkan suasana yang
saling menghormati dan bekerjasama mengikut prinsip ibadah dan 2(b) mewujudkan
budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah. Manakala di domain pengajaran fokus
prinsip berbahasa dengan nahu yang betul terdapat dalam komponen 3(a)
berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu dan 3(b) penggunaan
teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahu. Amalan domain
tanggungjawab profesionalisme pula memperlihatkan fokus prinsip kesempurnaan
berbahasa untuk tujuan ibadah di komponen 4(b) penyemakan pembetulan latihan
mengikut prinsip ibadah dan 4(d) refleksi pada pengajaran dilaksanakan mengikut
prinsip ibadah.
Domain perancangan dan persediaan pengajaran memberi huraian tentang cara
membina reka bentuk pengajaran atau dikenali sebagai rancangan pengajaran harian.
Domain pertama ini meliputi enam komponen iaitu memperlihatkan ilmu kandungan
pedagogi mengikut prinsip maklumat, memperlihatkan ilmu pengetahuan tentang
pelajar, memilih matlamat pengajaran, menunjukkan pengetahuan tentang sumber,
menyediakan pengajaran yang koheren mengikut prinsip maklumat dan menilai
pembelajaran pelajar. Tugasan ini memerlukan guru mempunyai pengetahuan
kandungan tentang sesuatu subjek yang tinggi untuk menghasilkan rangka pengajaran
yang sesuai kepada para pelajar yang berlainan latar belakang prestasinya.
(Shulman,1987). Tindakan penghasilan perancangan rancangan pengajaran amat
memerlukan persediaan yang rapi.
12
Penerapan prinsip kesempurnaan berbahasa dalam domain pertama difokuskan
kepada komponen memperlihatkan ilmu kandungan pedagogi dan menyediakan
pengajaran yang koheren mengikut prinsip maklumat. Bagi penghasilan pengajaran
yang berkesan guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam
bahkan juga melibatkan cara mereka menterjermahkan ilmu tersebut kepada pelajar
(Roy Barnes & Joseph Anguerrebere, 2006). Dalam proses penyediaan perancangan
dan persediaan pengajaran Bahasa Melayu guru perlu mengaplikasikan maklumat
daripada pelbagai sumber rujukan. Menurut Rahil Mahyuddin, Habibah Elias, dan
Kamariah Abu Bakar (2009) sekiranya guru mengetahui dan memahami matlamat
pengajaran mereka akan mudah menyempurnakan matlamat tersebut.
Oleh itu, para guru perlu memastikan maklumat yang akan disampaikan
menepati matlamat kurikulum Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek
mestilah bersumberkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
serta buku-buku rujukan bahasa yang diperakui sumbernya contohnya Tatabahasa
Dewan dan Kamus Dewan. Dalam konteks pendidikan bahasa, setiap guru bahasa
sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran pedagogi terkini yang
melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang koheren dan sesuai untuk menilai
kemampuan para pelajar dalam pembelajaran. Jika maklumat yang disampaikan oleh
guru tidak tepat atau menyeleweng, perkara ini akan menghasilkan binaan rancangan
pengajaran harian yang kurang berkualiti dan akan memberi impak buruk kepada
pencapaian akademik pelajar.
13
Tujuan amalan prinsip kesempurnaan berbahasa ini dalam kegiatan berbahasa
adalah untuk menyampaikan maklumat betul dan dapat mendidik anggota masyarakat
supaya sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej yang betul. Namun demikian,
perkara yang lebih penting lagi penuturnya juga sentiasa bertanggungjawab dengan
segala ujurannya. Perkara ini merujuk kepada firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi
saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu-bapa
dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya atau miskin, maka Allah
lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa
nafsu kerana ingin meyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan
(kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha teliti
terhadap segala apa yang kamu kerjakan.’
(Surah An-Nisa’: 135)
Seterusnya, domain Kerangka Pengajaran yang kedua ialah pengurusan bilik
darjah. Amalan pengurusan bilik darjah mengandungi lima komponen asas iaitu
mewujudkan suasana yang saling menghormati dan bekerjasama mengikut prinsip
ibadah, mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah, mengurus prosedur
kelas, mengurus tingkah laku pelajar dan mengurus persekitaran kelas. Amalan ini
memerlukan penetapan peraturan atau piawaian yang konsisten oleh guru kepada
pelajar agar dapat membina suasana yang kondusif (Kamarul Azmi & Noor Fadhlina,
2012). Impak pelaksanaan pengurusan bilik darjah yang berkualiti ialah pelajar akan
memberi tindak balas yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, kejayaan seseorang guru dalam mengurus kelas yang efektif
14
memerlukan kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran interpersonal yang
tinggi. Tindakan tersebut penting agar proses pengajaran dapat berjalan dengan
sistematik (Abdull Sukor, 2008). Oleh itu, kepimpinan pengajaran guru yang berkesan
melalui pemantauan dan bimbingan secara berterusan dapat membantu pelajar daripada
pelbagai latar belakang untuk mempertingkat pencapaian mereka dalam akademik dan
sahsiah diri.
Fokus penerapan prinsip kesempurnaan berbahasa terletak pada amalan guru
yang mewujudkan suasana saling menghormati dan bekerjasama mengikut prinsip
ibadah serta mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah. Dalam hal ini,
guru berperanan penting dalam merancang pengurusan kelas yang efektif melalui
ketetapan peraturan tertentu dengan lebih awal agar dapat melatih pelajar untuk
mewujudkan satu budaya atau persekitaran kelas yang tersusun. Selain itu, guru juga
mesti mempunyai pemahaman mendalam dalam iklim pembelajaran di dalam kelas
agar semua pelajar diberi perhatian yang sama rata kerana setiap pelajar mempunyai
harapan yang sama untuk memperoleh pengajaran yang berkesan dan berkualiti
daripada guru.
Amalan pengurusan bilik darjah yang kondusif akan memberi lebih galakan
kepada pelajar kerana proses pembelajaran dan pengajaran dalam suasana yang selesa.
Tambahan pula, semua agama sentiasa menuntut penganutnya bersepakat dalam hal-
hal yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan sejagat. Oleh itu, jika semua
anggota masyarakat yang beragama ini melihat kegiatan berbahasa itu sebagai suatu
ibadah kepada agama yang mereka anuti, pasti mereka akan sentiasa mementingkan
kesempurnaan berbahasa dalam kehidupan.
15
Prinsip kesempurnaan berbahasa ini menjelaskan bahawa Allah telah
mengurniakan manusia dengan potensi atau kebolehan berbahasa. Manusia juga telah
dikurniakan dengan anugerah akal, naluri, mulut dan pancaindera lain yang tidak
ternilai harganya dan tanpa perlu membayar apa-apa. Sehubungan dengan itu, rasa
syukur kita kepada Allah S.W.T adalah dengan melakukan beribadat kepada-Nya. Apa-
apa sahaja perbuatan baik dengan niat kerana Allah adalah ibadat seperti firman-Nya
yang bermaksud:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.’
(Surah Az-Zariyat: 56)
Oleh itu, sewajarnya amalan berbahasa dalam kehidupan boleh dikategorikan
sebagai salah satu cara untuk beribadah sama ada dalam hubungan manusia dengan
pencipta, hubungan manusia sesama mereka mahupun hubungan manusia dengan
makluk lain. Secara tuntasnya, amalan prinsip berbahasa dengan tujuan untuk
beribadah dapat dilihat apabila kita berbahasa untuk menyampaikan kebaikan.
Domain Kerangka Pengajaran yang ketiga pula ialah domain pengajaran yang
mengandungi lima komponen yang melibatkan bahagian yang paling penting dalam
pembelajaran seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, para guru mesti
berkompentensi untuk menggabungkan pengetahuan dalam praktis pengajaran
(Danielson, 2007). Domain ini akan memperlihatkan hasil perancangan dan persediaan
pengajaran yang telah dirangka oleh guru pada domain pertama. Menurut Rahil
Mahyuddin et al. (2009) kaedah pengajaran yang digunakan adalah penting kerana
berupaya memupuk dan mengembangkan kemahiran berfikir kepada para pelajar.
Fokus utama domain ini ialah keupayaan guru dalam memberikan penjelasan yang
16
tepat kepada pelajar untuk mempermudah sesuatu yang kompleks kepada mudah.
Komponen tersebut ialah berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu,
penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan, menggalakkan pelajar belajar atau
berfikir, memberi maklum balas kepada pelajar dan menunjukkan fleksibiliti dan
responsif. Danielson (2007) berpendapat bahawa kegagalan penyampaian guru yang
efektif akan menyukarkan pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam
bidang akademik.
Prinsip kesempurnaan berbahasa difokuskan kepada komponen berkomunikasi
dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu, penggunaan teknik penyoalan dan
perbincangan mengikut prinsip nahu. Dalam prinsip berbahasa mengikut nahu yang
betul ini dapat dilihat keperluan berbahasa secara sempurna atau komprehensif. Prinsip
ini menegaskan kepentingan amalan berbahasa dengan betul mengikut nahunya oleh
guru supaya maklumat yang ingin disampaikan dalam sesi pengajaran itu mencapai
objektifnya. Oleh sebab bahasa merupakan suatu sistem yang lengkap dan sempurna
dari segi peraturan atau polanya. Contohnya, bahasa mempunyai sistem fonologi,
morforlogi, sintaksis dan semantik maka amalan berbahasa sama ada dalam pertuturan
dan penulisan mesti terikat dengan sistem tersebut. Semasa pengajaran dan
pembelajaran aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu
diberi penekanan oleh guru-guru bagi membantu para pelajar menyusun idea dan
berkomunikasi secara berkesan.
Hal ini bermaksud butiran ujaran atau penyoalan guru mestilah dapat didengar
oleh para pelajar. Selain itu, penyampaian maklumat juga sepatutnya menggunakan
bahasa yang boleh difahami oleh para pelajar dengan mudah. Penggunaan amalan
17
berbahasa juga melambangkan keperibadian guru kerana amalan guru yang berkualiti
dapat dijadikan contoh teladan yang mempengaruhi minda dan jiwa pelajar (Ab. Halim
Tamuri & Kamarul Azmi Jasmi, 2011). Selari dengan itu, dalam sistem tatabahasa,
kesempurnaan bahasa dapat dilihat dalam susunan perkataan dan ayat yang sempurna
agar dapat memberi makna kepada pertuturan atau penulisan. Selain itu, semasa
berkomunikasi amalan penggunaan perkataan yang difahami umum amat penting agar
pendengar dapat mentafsir maknanya dengan tepat dan jelas untuk meningkatkan
keberkesanan komunikasi. Impaknya, mesej yang hendak disampaikan oleh guru
kepada pelajar akan dapat disampaikan dengan sempurna dan jelas dengan amalan
penggunaan bahasa yang betul mengikut nahunya.
Kegagalan guru menyampaikan maklumat menggunakan bahasa yang baik dan
lengkap boleh menyebabkan salah tafsiran dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan
itu, guru perlu menyediakan soalan-soalan untuk ditanya kepada pelajar semasa di
peringkat perancangan dan persediaan pengajaran agar boleh diajukan kepada pelajar
semasa pengajaran. Kewujudan soalan mengikut aras dapat menggalakkan budaya
berfikir dalam kalangan pelajar. Guru juga perlu memperlihatkan fleksibiliti dan
rseponsif dengan terus berusaha mencari pelbagai pendekatan yang efektif untuk
pelajar yang memerlukan bantuan, menggunakan pilihan strategi-strategi, pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran yang amat luas daripada pelbagai sumber.
Domain Kerangka Pengajaran yang keempat pula ialah tanggungjawab
profesional. Domain ini mengandungi enam komponen iaitu latihan yang diberi,
penyemakan pembetulan tugasan/latihan mengikut prinsip ibadah, kandungan latihan
selaras dengan pencapaian pelajar, refleksi pada pengajaran dilaksanakan mengikut
18
prinsip ibadah, mengekalkan rekod-rekod tepat dan rekod intervensi. Amalan pasca
pengajaran ini akan dapat membantu guru untuk menilai semula amalan yang
digunakan di dalam bilik darjah. Guru berpeluang untuk mengemukakan pandangan
yang berbeza untuk memberikan rasional terhadap sesuatu keputusan yang diambil.
Maka, penggunaan komponen selepas pengajaran ini dapat mengesan keupayaan guru
dalam mendefinisikan pengetahuan, menggabungkan dan mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam amalan pengajaran harian mereka.
Guru bertanggungjawab untuk menyemak semua tugasan yang diberi kepada
pelajar dengan memberikan cadangan untuk penambahbaikan secara konsisten.
Refleksi pengajaran pula dibuat oleh guru bagi menentukan tahap penilaian tentang
keberkesanan pengajaran dan setakat mana matlamat pengajaran tercapai. Amalan guru
dalam tanggungjawab profesionalisme ini akan mendapat tempat di hati pelajar dan
pahala yang besar di sisi Allah. Antara ciri keperibadian guru yang disukai pelajar ialah
komited, mesra, adil, bertimbang rasa, pendengar, penasihat, memberi penghargaan dan
sedia berkorban (Mohd Azam, 2009). Hal ini memperlihatkan amalan berbahasa adalah
untuk tujuan ibadah atau mentauhidkan Allah. Amalan yang dilakukan guru ini akan
menjadi ibadah di muka bumi sebagai bekalan ganjaran pahala ke alam akhirat kelak.
Selain itu, kajian ini didapati Model Kerangka Pengajaran (Danielson, 2007)
adalah menurut perspektif pengkaji Barat. Oleh itu, bagi mengelakkan peranan guru di
sekolah hanya bersifat tanggungjawab akademik semata-mata maka wajar dimasukkan
unsur tanggungjawab terhadap ketuhanan yang berkait rapat dengan elemen
profesionalisme keguruan. Sehubungan dengan itu, kerangka konseptual ini dapat
menjadi panduan untuk melahirkan guru berkualiti yang berjiwa pendidik dalam usaha
19
mendidik guru menjadi guru. Hal ini disokong oleh Syed Najmuddin, Abd Halim, Ishak
dan Mohd Sabri (2009) bahawa seeorang pendidik haruslah sentiasa berusaha untuk
menonjolkan imej diri yang positif dan beretika. Perkara ini juga selari dengan pendapat
Awang Sariyan yang memperincikan Falsafah Pendidikan Bahasa kepada empat
perkara.
Pendidikan bahasa sebagai upaya untuk mengembangkan potensi berbahasa
yang telah dikurniakan Tuhan kepada manusia, pendidikan bahasa sebagai
upaya meneliti sistem ciptaan Tuhan sebagai tunjang memperteguhkan
keimanan kepada kekuasaan dan kebesaran Tuhan, sebagai cabang pendidikan
umum untuk pemerolehan dan pengembangan ilmu umum iaitu pengurniaan
ilmu tentang segala ilmu yang diwakili pernyataan bahasa dan pendidikan
bahasa menjadi wasilah terhadap nilai-nilai kehidupan bermasyarakat atau
ketamadunan masyarakat kepada generasi baru.
(Awang Sariyan, 199, ms.261)
Hal ini juga adalah selari dengan matlamat yang perlu dicapai dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah iaitu penguasaan, kecekapan berbahasa,
berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat dalam
kalangan pelajar. Namun begitu, sebenarnya tugas guru bukan sahaja dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu semata-mata bahkan juga secara tidak langsung mendidik
mereka menjadi insan yang berbudi bahasa. Guru yang berkualiti bukan sahaja
menguasai bidangnya tetapi turut menguasai dan mengamalkan nilai dan norma
masyarakat untuk menghasilkan para pelajar yang berkeperibadian mulia. Oleh itu,
kesemua elemen prinsip kesempurnaan berbahasa perlu diterapkan dalam pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui amalan para guru.
20
Secara keseluruhannya, kerangka konseptual kajian kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pengajaran Bahasa Melayu yang dibina daripada adaptasi Kerangka
Pengajaran (Danielson, 2007) dan prinsip kesempurnaan berbahasa (Mohd Rashid Md
Idris, 2007) telah menghasilkan satu Kerangka Pengajaran yang khusus bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan. Penerapan
prinsip kesempurnaan berbahasa melengkapkan kualiti amalan tanggungjawab guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap. Penerapan
ketiga-tiga prinsip ini ketika pengajaran bahasa adalah selaras dengan tuntutan
kemahiran abad ke-21 berkaitan dengan norma, nilai murni dan kerohanian (Zamri,
2014). Amalan mengaitkan ilmu bahasa dengan amalan ilmu dunia dan akhirat adalah
amat penting supaya merealisasikan aspirasi kemenjadian murid yang seimbang dari
segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneliti kualiti amalan guru dalam pengajaran
dan pengajaran Bahasa Melayu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sehubungan
itu, kajian ini akan tertumpu tentang kualiti amalan yang dipraktikkan oleh guru Bahasa
Melayu bermula daripada peringkat perancangan dan persediaan, pengurusan bilik
darjah, semasa pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme. Antara pihak yang
boleh mendapat faedah daripada kajian ini adalah seperti yang berikut :
21
1.7.1 Guru-guru Bahasa Melayu
Hasil kajian ini wajar menjadi panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta mampu untuk menilai semula
pengajaran mereka. Kaedah ini akan meningkatkan lagi kualiti mutu pengajaran guru-
guru ke tahap yang lebih cemerlang. Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-
guru agar dapat menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih bersesuaian dengan
mata pelajaran yang diajar terutama kepada guru-guru baharu untuk merancang dan
melaksanakan pengajaran dengan lebih berkualiti dan berkesan. Bagi guru novis, kajian
ini amat penting untuk membantu mereka untuk memahami kualiti amalan seorang
guru yang diperlukan di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini
akan dapat menjadi landasan kepada guru untuk mengenal pasti semua ciri-ciri amalan
yang berkualiti. Elemen tersebut boleh dijadikan sebagai modus operandi untuk
dipraktikkan secara holistik bagi meningkatkan aspek pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
Selain itu, dapatan kajian juga dapat memberikan bukti empirikal dan
mengesahkan kesesuaian tahap kualiti yang dibina untuk kegunaan kajian dengan
konteks sistem pendidikan di MRSM. Data yang terhasil daripada dapatan kajian ini
boleh dijadikan panduan penanda aras kepada MRSM untuk meningkatkan kualiti
pencapaian guru dan juga murid. Penghasilan amalan kualiti guru dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah untuk membantu guru melaksanakan tugas dengan lebih
berkesan. Guru memberikan impak yang besar kepada kejayaan murid dan sekolah.
Justeru, amalan pembelajaran individu dan kolektif guru boleh dipraktikkan dalam
kalangan guru bagi tujuan menambah baik kaedah sedia ada demi meningkatkan
profesionalisme guru.
22
1.7.2 Pihak Pengetua
Pengetua-pengetua di MRSM dapat memanfaatkan kajian ini bagi memantapkan kualiti
amalan pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di sekolah. Diharapkan kajian ini
juga dapat memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan untuk merancang dan
merangka kursus atau latihan yang berkaitan dengan aspek amalan yang berkualiti
dalam kalangan guru-guru yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk
melaksanakan pengajaran dengan amalan profesionalisme.
1.7.3 Pihak MARA
Sehubungan dengan itu, pengkaji mengharapkan dapatan kajian ini akan dapat memberi
maklumat tentang tahap kualiti amalan guru di MRSM yang terlibat, khususnya pihak
Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan Bahagian Pemantauan dan Inspektorat
MARA. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan yang sangat bermanfaat
kepada Mara iaitu institusi yang bertanggungjawab melatih guru dan kepimpinan
sekolah, dan penyelidik bidang organisasi pembelajaran yang lain. Kajian ini membuka
peluang kepada pengkaji untuk mewujudkan beberapa cadangan penambahbaikan yang
berguna sebagai panduan dan rujukan. Pelbagai program dapat dirancang dan diatur
untuk meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru
melalui amalan yang lebih berkualiti.
23
1.7.4 Pihak lain
Hasil dapatan kajian akan memberikan pandangan positif secara holistik bagi
memahami konteks pendidikan yang sebenar. Tambahan pula, langkah-langkah
penambahbaikan dapat dilakukan supaya proses penyeliaan yang dipandang remeh
dapat dijadikan sebagai kayu pengukur kepada tahap kualiti guru secara khususnya dan
kecemerlangan MRSM secara amnya. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini
diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sebaik mungkin dalam usaha
memartabatkan profesion perguruan dengan meningkatkan tahap kualiti guru, kerjaya
guru dan kebajikan guru agar profesion keguruan senantiasa dihormati dan dipandang
tinggi.
1.8 Batasan Kajian
Skop kajian ini terbatas kepada keperluan pengkaji untuk mengumpulkan maklumat
dan data kualitatif tentang kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dua buah MRSM sahaja. Amalan ini diukur berasaskan standard
kualiti yang dibina adaptasi daripada Model Kerangka Pengajaran (Danielson, 2007)
dan Prinsip Kesempurnaan Berbahasa (Mohd Rashid Md. Idris, 2007) untuk menilai
tahap kualiti amalan guru di peringkat perancangan dan persediaan, pengurusan bilik
darjah, semasa pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme. Kajian ini melibatkan
guru-guru, para pelajar dan Ketua Jabatan Bahasa di dua buah MRSM yang terlibat
sahaja.
24
1.9 Definisi operasional
Berdasarkan penulisan kajian, definisi operasional akan lebih menjurus terhadap kualiti
amalan guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua istilah yang
diguna pakai dalam konteks kajian ini didefinisikan hanyalah dibataskan terhadap
kajian yang dilaksanakan sahaja.
1.9.1 Kualiti
Definisi kualiti ialah bagus, berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau nilai.
David Garvin (dalam Pelita Bahasa, 2012:1). Bajuri Babu (2010) menjelaskan bahawa
kualiti bermaksud nilai dan mutu yang tinggi. Standard Guru Malaysia (SGM) oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) memberi penilaian khusus kualiti guru kepada
tiga standard iaitu i. Standard Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan ii. Standard
Pengetahuan dan Kefahaman iii. Standard Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran.
Menurut Arbin et al. (2012) kualiti pendidikan ialah persekitaran pendidikan yang
berjaya diwujudkan oleh pihak sekolah bagi mencapai matlamat pembelajaran serta
piawaian akademik secara berkesan. Dalam kajian ini kualiti ialah ukuran penilaian
tahap guru Bahasa Melayu yang mempunyai tahap amalan yang cemerlang dalam
domain perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran
dan tanggungjawab profesionalisme dengan 22 komponen yang ditetapkan dalam
rubrik penilaian kualiti.
25
1.9.2 Amalan guru
Amalan guru bermaksud sesuatu tingkah laku yang dilakukan oleh guru secara
berulang-ulang. Fenstermacher dan Richardson (2005) merungkai perbezaan
pengajaran yang baik (Good Teaching) atau pengajaran yang berkesan (Affective
Teaching) iaitu kualiti guru dengan makna pengajaran yang baik hanya tertumpu
kepada proses (dan input) manakala pengajaran yang berjaya atau berkesan mengambil
kira perubahan pada golongan sasaran terutamanya pelajar. Walau bagaimanapun,
definisi operasional kualiti amalan guru dalam kajian ini akan merujuk kepada standard
kualiti Sistem Pendidikan Mara yang telah ditetapkan sebagai penanda aras kualiti
untuk Institusi Pendidikan Mara (IPMa) dalam menyediakan perkhidmatan yang
profesional berasaskan piawaian-piawaian amalan terbaik. Pengkaji telah
menggabungkan kriteria pengukuran kualiti amalan itu secara bersepadu dengan tiga
prinsip kesempurnaan berbahasa untuk kesesuaian penilaian khusus menilai kualiti
guru Bahasa Melayu.
1.9.3 Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
Menurut Abdul Rasid, Shamsudin dan Sufiza (2013) pengajaran ialah satu usaha ke
arah mempertingkat dan memperkembang potensi diri seseorang individu dari segi
intelek, rohani, emosi, dan jasmani seseorang individu. Hal ini jelas menepati hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaaan apabila pengajaran yang berkualiti akan terbukti
hasilnya apabila proses pembelajaran para pelajar dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Dalam kajian ini pengajaran bererti aktiviti yang dirancang oleh guru tertentu
dengan penuh teliti dan seterusnya melaksanakannya melalui pendekatan, strategi,
26
kaedah, teknik dan juga aktiviti yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran terhadap pelajar.
Pembelajaran bermaksud satu proses penerimaan oleh seseorang atas satu-satu
maklumat yang mengakibatkan perubahan tingkah lakunya (Nik Hassan, 2005). Dalam
kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam konteks kajian
ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk
atau kemahiran bahasa yang diajar pada hari tersebut. Kajian ini akan hanya memberi
fokus kepada empat domain pengajaran dalam kerangka konseptual kajian iaitu
peringkat perancangan dan persediaan, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan
tanggungjawab profesionalisme guru oleh empat orang guru Bahasa Melayu di MRSM
sahaja.
1.10 Rumusan
Dalam bab satu ini, pengkaji telah menghuraikan latar belakang dan konsep asas kualiti
guru serta amalan-amalannya semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Pada bahagian
penyataan masalah, pengkaji menghuraikan permasalahan yang telah dikenal pasti
mempengaruhi aspek pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Kesemua
masalah yang dinyatakan telah membuka ruang kepada pengkaji untuk melaksanakan
kajian ini serta memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul
melibatkan aspek kualiti amalan guru. Selain itu, dengan objektif dan soalan kajian
yang dibina kajian ini juga dilihat sebagai ruang dan peluang kepada pengkaji untuk
27
melihat sejauh manakah tahap kualiti amalan yang dipraktikkan dalam pengajaran guru
untuk mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan lebih berkesan.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab dua ini akan membincangkan hasil rumusan pengumpulan maklumat daripada
pelbagai bahan sumber literatur penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh para sarjana
dan penyelidik yang lalu berkaitan perspektif kualiti amalan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran. Himpunan sintesis maklumat yang diperoleh daripada penyelidikan
semasa dan yang terdahulu menjadi garis panduan penting kepada pengkaji untuk
merangka penyelidikan yang berkenaan tajuk dan skop kajian kualiti amalan guru ini.
Tinjauan literatur disusun mengikut laporan dan sorotan tema kajian kualiti guru
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan
domain perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran
dan tanggungjawab profesionalisme.
29
2.2 Amalan pengajaran yang berkesan
Guru merupakan individu yang berperanan penting dan bertanggungjawab dalam
pembangunan negara untuk mendidik anak bangsa bagi merealisasikan hasrat
kurikulum Falsafah Pendidikan Negara tercapai. Maka, penghasilan modal insan perlu
diberi perhatian dan penekanan oleh guru kerana mereka akan memacu kecemerlangan
negara pada masa akan datang (Zamri, 2014; Noriati, Boon & Wong, 2010). Potensi
pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif perlu dikembangkan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.
Keupayaan guru dalam mendidik akan dapat memudahkan pemahaman pelajar
dalam pelajaran namun kegagalan guru dalam mendidik menyebabkan konsep dan
kemahiran isi kandungan pelajaran terjejas. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang berkesan akan memberi impak yang bermakna kepada para pelajar
kerana mereka akan memahami pengajaran guru dan dapat menggunakan penguasaan
ilmu tersebut dengan betul dalam kehidupan. Untuk mencapai matlamat tersebut guru-
guru perlu mengaplikasikan ilmu mereka (Fetherston, 2007). Terdapat pelbagai model
pengajaran dan pembelajaran berkesan yang telah digunakan dalam kajian pengkaji
terdahulu untuk meninjau kualiti guru. Kajian ini telah memilih tiga daripada model
amalan pengajaran berkesan iaitu Model Amalan Pengajaran Berkesan (Carroll, 1963,
1989), Model Amalan Pengajaran Berkesan (Slavin, 1994) dan Model Kerangka
Pengajaran (Danielson, 2007).
Carroll (1963, 1989) telah mengemukakan satu model yang terawal tentang
amalan pengajaran guru yang berkesan. Model ini mengandungi lima faktor yang
mempengaruhi pengajaran berkesan iaitu kebolehan untuk memahami pengajaran,
30
peluang, sikap, ketekunan dan pengajaran yang berkualiti. Model ini menjelaskan
bahawa amalan pengajaran yang berkesan akan bergantung kepada faktor amalan-
amalan guru dan pelajar itu sendiri. Menurut Carrol (1963) para pelajar akan lebih
mudah untuk memahami sesuatu konsep atau kemahiran sekiranya mereka mempunyai
kebolehan untuk memahami isi pelajaran yang tinggi dan mempunyai guru yang pandai
mendidik di dalam bilik darjah. Sebaliknya, guru yang kurang berkemahiran dalam
pengajaran akan menyebabkan para pelajar kehilangan fokus akibat sesi pembelajaran
yang membosankan mereka.
Model Amalan Pengajaran Berkesan yang kedua ialah Model Amalan
Pengajaran Berkesan (Slavin, 1994). Model ini mempunyai empat faktor yang
menentukan pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras
pengajaran, masa dan insentif. Mengikut Slavin (1994) kualiti pengajaran ialah amalan
guru yang berupaya untuk menyampaikan kandungan pengajaran sama ada dari segi
konsep atau kemahiran menggunakan kaedah yang mudah difahami, diingati dan dapat
menyeronokkan murid-murid. Di samping itu, pemilihan aras pengajaran mestilah
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan penguasaan murid-murid tersebut dalam
pelajaran. Insentif pula dikaitkan dengan kemampuan guru untuk memotivasikan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam hal ini, persediaan
guru untuk menyediakan pengajaran yang menarik dan pemberian ganjaran kepada
mereka akan dapat mengekalkan minat dalam pengajaran guru. Seterusnya, Slavin
(1994) menjelaskan bahawa aspek masa bermaksud murid perlu diberikan masa yang
cukup untuk menguasai sesuatu konsep mahupun kemahiran dalam pelajaran.
31
Seterusnya model pengajaran berkesan yang terakhir dalam kajian ini ialah
Model Kerangka Pengajaran oleh Danielson (2007). Model ini menyediakan garis
panduan kepada guru-guru yang baru mengajar dan memperkasakan pengajaran guru-
guru pertengahan mahupun guru-guru veteran yang berpengalaman. Model ini sesuai
untuk menjana perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sama ada dengan tujuan menjadi panduan
mahupun pengukuran kualiti. (Chia L. L. & Abdul Rahim, 2012). Terdapat empat
domain utama dan 22 elemen kecil yang menyokong amalan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran.
Domain pertama ialah domain perancangan dan persediaan yang memberi
huraian tentang cara membina reka bentuk sesuatu aspek pengajaran untuk
mengorganisasikan pengajaran di dalam kelas. Tindakan ini memerlukan tahap
pengetahuan kandungan tentang sesuatu subjek yang tinggi untuk menghasilkan rangka
pengajaran yang sesuai kepada para pelajar yang berlainan latar belakang prestasinya.
Sehubungan dengan itu, domain pertama ini meliputi enam komponen iaitu
memperlihatkan ilmu kandungan pedagogi, memperlihatkan ilmu pengetahuan tentang
pelajar, memilih matlamat pengajaran, memperlihatkan pengetahuan tentang sumber,
menyediakan pengajaran yang koheren dan menilai pembelajaran pelajar. Kesemua
komponen pengajaran efektif ini amat memerlukan perancangan dan persediaan yang
rapi dalam pelaksanaannya. Oleh itu, guru bukan sahaja perlu memiliki penguasaan
ilmu kandungan yang baik tetapi mesti berkemahiran guru untuk menyampaikannya
dengan berkesan kepada para pelajar. (Roy Barnes & Joseph Aguerrebere, 2006).
32
Domain kedua pula ialah pengurusan bilik darjah yang mengandungi lima
komponen asas iaitu mewujudkan suasana yang saling menghormati dan bekerjasama,
mewujudkan budaya untuk belajar, mengurus prosedur kelas, mengurus tingkah laku
pelajar dan mengurus persekitaran kelas. Amalan pengurusan bilik darjah yang
kondusif akan memberi lebih galakan kepada pelajar kerana proses pembelajaran dan
pengajaran dalam suasana yang selesa. Menurut Good dan Brophy (2008) guru
berperanan dalam merancang pengurusan kelas yang efektif melalui ketetapan
peraturan tertentu agar dapat melatih pelajar untuk mewujudkan satu budaya atau
persekitaran kelas yang tersusun.
Seterusnya, domain ketiga mengandungi lima komponen yang melibatkan
bahagian yang paling penting dalam pembelajaran seseorang pelajar. Domain ini akan
memperlihatkan hasil perancangan dan persediaan pengajaran yang telah dirangka pada
domain pertama. Terdapat lima komponen di dalamnya iaitu berkomunikasi dengan
jelas dan tepat, penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan, menggalakkan pelajar
belajar, memberi maklum balas kepada pelajar dan menunjukkan fleksibiliti dan
responsif. Oleh itu, fokus utama domain ini ialah keupayaan guru dalam memberikan
penjelasan yang tepat kepada pelajar untuk mempermudah sesuatu yang kompleks
kepada mudah. Menurut Danielson (2007) kegagalan penyampaian guru yang efektif
akan menyukarkan pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka dalam bidang
akademik.
Di samping itu, domain keempat pula ialah tanggungjawab profesional. Domain
ini mengandungi enam komponen iaitu refleksi pengajaran, mengekalkan ketepatan
rekod, komunikasi dengan keluarga pelajar, penyertaan dalam komuniti profesional,
33
pembangunan dan pengembangan profesional dan menunjukkan profesionalisme.
Amalan refleksi yang dilaksanakan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran
akan dapat membantu mereka untuk membuat analisis dan menilai semula amalan yang
digunakan di dalam bilik darjah.
Ketiga-tiga model amalan pengajaran berkesan ini mempunyai kekuatan yang
tersendiri kerana telah digunakan oleh para pengkaji yang terdahulu dalam kajian
mereka. Model Amalan Pengajaran Berkesan oleh Carroll (1963, 1989) memberikan
penekanan keberkesanan pengajaran kepada amalan guru dan pelajar. Tahap keupayaan
guru untuk mengajar dan memotivasikan pelajar dengan konsisten dapat membantu
pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, faktor sikap
seseorang pelajar turut memberi impak terhadap keberkesanan pengajaran apabila
perihal sikap pelajar akan mempengaruhi kemampuan mereka dalam pemahaman dan
ketekunan dalam pelajaran yang disampaikan oleh guru. Namun demikian, kelemahan
yang terdapat dalam model ini ialah keberkesanan pengajaran bergantung kepada
kesepaduan antara aspek amalan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Faktor kualiti pengajaran, cukup peluang masa tertakluk kepada amalan
guru manakala aspek ketekunan, kebolehan pemahaman terhadap pelajaran dan sikap
pula berkait rapat dengan pelajar. Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mengamalkan
amalan tersebut maka amalan pengajaran berkesan tidak akan berlaku.
Seterusnya, oleh sebab Model Amalan Pengajaran Guru yang Berkesan oleh
Carroll (1963, 1989) didapati mempunyai kelemahan maka model amalan pengajaran
berkesan yang baharu pula telah dibina oleh (Slavin, 1994). Model Amalan Pengajaran
Berkesan (Slavin, 1994) ini mempunyai empat faktor yang menentukan pengajaran
34
yang berkesan iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, masa dan insentif.
Model ini memberi penekanan berfokus terhadap keberkesanan pengajaran adalah
terletak pada amalan pengajaran guru sahaja berbanding Model Carroll yang
mengaitkan amalan guru dan pelajar. Namun begitu, amalan pengajaran dalam model
ini hanya memberi fokus kepada aspek pengajaran guru yang melibatkan peringkat
perancangan dan persediaan serta di peringkat pengajaran sahaja.
Sehubungan dengan itu, dengan beberapa kelemahan yang terdapat dalam
Model Pengajaran Berkesan Carroll (1963, 1989) dan Slavin (1994) kajian ini telah
memilih Model Pengajaran Berkesan Kerangka Pengajaran (Danielson, 2007). Hal ini
demikian kerana amalan pengajaran yang berkesan memerlukan amalan pengajaran
yang berkualiti secara holistik. Amalan ini merangkumi peringkat sebelum, semasa dan
selepas pengajaran. Model Amalan Pengajaran Berkesan oleh Carroll (1963, 1989) dan
Slavin (1994) melibatkan proses pengajaran hanya di peringkat semasa pengajaran
sahaja berbanding proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih holistik dalam
Model Amalan Pengajaran Berkesan Kerangka Pengajaran (Danielson, 2007). Model
Kerangka Pengajaran mengandungi empat domain pengajaran iaitu perancangan dan
persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan tanggungjawab
profesionalisme.
Selain itu, Model Kerangka Pengajaran tersebut turut mempunyai 22 elemen
yang menunjukkan perincian amalan yang perlu diamalkan oleh guru bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalam usaha pemantapan
profesionalisme guru amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah memerlukan
kerangka pengajaran efektif yang mengorganisasikan hala tuju mereka. Kerangka
35
Pengajaran (Danielson, 2007) ini amat bermakna untuk membimbing guru ke arah
amalan pengajaran yang lebih cemerlang. Tambahan pula, model ini menyediakan
garis panduan kepada guru-guru yang baru mengajar dan dapat memperkasakan
amalan pengajaran guru-guru pertengahan mahupun guru-guru veteran yang
berpengalaman untuk membimbing rakan sejawat. Oleh itu, jelas terbukti bahawa
model ini sesuai untuk menjana perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sama ada dengan tujuan
menjadi panduan, pemantapan profesionalisme guru mahupun pengukuran kualiti.
(Chia L.L. & Abdul Rahim, 2012).
2.3 Amalan guru Bahasa Melayu
Transformasi dan inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia sudah hampir mencapai
taraf negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (Zamri,
Jamalul Lail dan Mohammed Sani (2011). Hal ini terbukti apabila aspek pendidikan,
sistem pendidikan telah melebihi standard tersebut. Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu
mesti berubah seiring dengan era perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
mengikut trend terkini. Sejajar dengan itu, guru Bahasa Melayu perlu mengambil kira
tentang beberapa perkara dalam sistem pendidikan bahasa. Antaranya ialah aspek
kurikulum pendidikan Bahasa Melayu, kecekapan berbahasa, kemahiran mengajar,
bentuk dan struktur kurikulum yang sesuai, strategi pengajaran dan pembelajaran serta
bentuk penilaian dan pentaksiran yang sesuai dengan pendidikan bahasa. Sebagai
tonggak pendidikan negara seharusnya para guru Bahasa Melayu berupaya
melaksanakan peranan dengan lebih proaktif untuk menghasilkan pengajaran yang
berkesan dan berkualiti.
36
Dalam usaha menghasilkan guru yang berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran, Shulman (1987) telah mengetengahkan empat aspek pengetahuan isi
kandungan secara pedagogi iaitu guru mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek,
pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap muridnya dan pengetahuan
tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran (Zamri, 2014). Selari dengan itu,
dalam konteks trend terkini pendidikan bahasa penggunaan pedagogi kandungan dapat
memperkasakan pengajaran pengajaran guru bahasa. Selain itu, amalan pengajaran
yang guru Bahasa Melayu yang berkesan juga berkait rapat dengan tiga prinsip asas
kesempurnaan berbahasa (Mohd Rashid Md. Idris, 2007). Prinsip yang pertama ialah
berbahasa mengikut nahu. Prinsip ini menegaskan kepentingan amalan berbahasa
dengan betul mengikut nahunya supaya maklumat yang ingin disampaikan itu
mencapai objektifnya. Amalan sistem komunikasi perlu melalui kaedah yang betul dan
etika komunikasi yang baik untuk memastikan keberkesanannya dalam kehidupan
manusia. Oleh itu, guru dapat membimbing para pelajar untuk memahami mata
pelajaran bahasa dengan lebih bermakna dengan penggunaan bahasa yang mudah
difahami, pertuturan yang lancar dan sistematik.
Bahasa merupakan suatu sistem yang lengkap dan sempurna dari segi peraturan
atau polanya seperti sistem fonologi, sistem semantik dan morforlogi dan sintaksis.
Oleh itu, amalan berbahasa sama ada dalam pertuturan dan penulisan mesti terikat
dengan sistem tersebut. Antara elemen penting dalam sesebuah proses komunikasi
ialah sumber, saluran, mesej, penerima, maklum balas, gangguan dan persekitaran.
Dalam sistem tatabahasa (nahu), kesempurnaan bahasa dapat dilihat dalam susunan
perkataan dan ayat yang sempurna agar dapat memberi makna kepada pertuturan atau
penulisan. Selain itu, semasa berkomunikasi amalan penggunaan perkataan yang
37
difahami umum amat penting agar pendengar dapat mentafsir maknanya dengan tepat
dan jelas untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi. Impaknya, mesej yang
hendak disampaikan kepada individu lain akan dapat disampaikan dengan sempurna
dan jelas dengan amalan penggunaan bahasa yang betul mengikut nahunya.
Menurut Zamri (2014) dalam pelaksanaan kurikulum guru Bahasa Melayu perlu
memiliki pengetahuan tatacara pelaksanaan pengajaran bahasa dengan menyeluruh.
Kemahiran ini membolehkan mereka membuat perancangan dan pelaksanaan
pengajaran mengikut tahap perkembangan dan kematangan pelajar. Amalan ini berkait
dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang kedua iaitu berbahasa untuk
menyampaikan maklumat yang benar. Prinsip ini menegaskan bahawa amalan
berbahasa bertujuan menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar. Oleh
itu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan mengusai pelbagai
kemahiran mengajar, ilmu pedagogi terkini yang melibatkan strategi, pendekatan
kaedah dan teknik. Dalam penyampaian maklumat pengajaran, aspek penaakulan guru
perlu tepat dan sahih berdasarkan sumber kurikulum Bahasa Melayu yang betul agar
mesej yang hendak disampaikan kepada para pelajar akan dapat disampaikan dengan
sempurna dan jelas.
Amalan pengajaran bahasa juga menjadi ibadah kepada para guru Bahasa
Melayu dan ini berkait dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang ketiga iaitu
berbahasa untuk tujuan ibadah. Prinsip ini menjelaskan bahawa rasa syukur dengan
anugerah akal, naluri, mulut dan pancaindera lain yang tidak ternilai harganya kepada
Allah S.W.T adalah dengan melakukan beribadat kepada-Nya. Oleh itu, amalan
berbahasa dalam kehidupan boleh dikategorikan sebagai salah satu cara untuk
38
beribadah sama ada dalam hubungan manusia dengan pencipta, hubungan manusia
sesama mereka mahupun hubungan manusia dengan makluk lain. Amalan prinsip
berbahasa dengan tujuan untuk beribadah dapat dilihat apabila guru Bahasa Melayu
berbahasa dalam proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
2.4 Kajian-kajian kualiti amalan guru
Profesion perguruan menjadi tunjang kecemerlangan dunia pendidikan kerana guru-
guru menjadi individu yang berada di garisan hadapan untuk mencapai aspirasi
pendidikan negara melalui reaksi proaktif mereka. Hal ini dapat diperkukuh melalui
peranan pemerintah yang mewujudkan transformasi pendidikan negara melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (KPM,2007), Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010, (KPM, 2010), Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2013). Dokumen-dokumen tersebut merupakan
aspirasi dan hasrat murni kerajaan untuk mempertingkatkan standard atau kualiti sistem
pendidikan kebangsaan. Usaha murni ini dapat merealisasikan kemenjadian murid
seterusnya melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah. Banyak dapatan kajian yang
terdahulu sama ada di dalam mahupun di luar negara telah membuktikan bahawa faktor
kualiti amalan guru mempunyai pengaruh yang paling dominan kepada pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akademik (Taylor, Pearson, Clark & Walpole, 2009;
Durr, 2008).
39
Kajian Sanders dan Rivers (1996) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 menjelaskan bahawa kualiti guru memberi impak yang
besar dalam peningkatan tahap akademik pelajar. Kajian yang dijalankan berkisar
aspek nilai tambah dalam pendidikan di Tennessee ini menunjukkan bahawa kualiti
amalan guru mempengaruhi pencapaian akademik. Dapatan kajian menjelaskan
bahawa wujud perbezaan selama tiga tahun berturut-turut pada tahap pencapaian
pelajar apabila menerima pengajaran guru yang berkualiti tinggi dengan para pelajar
yang diajar oleh guru yang berkualiti rendah. Dapatan yang sama diperoleh Slavin
(1996) dalam penilaian program Success for All yang dijalankan terhadap pelajar
daripada status sosioekonomi rendah (SSE) di Baltimore dan Philadelphia, Amerika
Syarikat. Didapati bahawa pengajaran daripada guru yang benar-benar terlatih,
berfokus, bersemangat tinggi dan sentiasa cergas telah memberi impak yang berkesan
kepada akademik pelajar tanpa mengira jantina, latar belakang sosioekonomi dan
kumpulan etnik.
Seterusnya, menurut Durr (2008) kajian oleh National Board for Professional
Teaching Standard (NBPTS) di Amerika Syarikat telah melaporkan ciri-ciri amalan
guru yang berkualiti. Antaranya ialah komited terhadap pelajar dan pengajaran,
mempunyai pengetahuan isi kandungan, menguasai pedagogi, pengurusan pelajar,
merefleksi pengajaran dan terlibat dalam komuniti pengajaran. Di samping itu, amalan
prosedur pengajaran guru yang sistematik dapat mempengaruhi pencapaian murid
dibuktikan melalui kajian Pearson, Clark dan Walpole (2009). Kajian mengenai
keberkesanan pengajaran ini telah membuktikan bahawa wujudnya perkaitan antara
kualiti pengajaran guru dengan aspek pembelajaran murid. Tahap kualiti guru yang
berbeza juga akan memberikan impak yang berbeza terhadap pencapaian akademik
40
pelajar. Oleh itu, jelas bahawa kualiti pengajaran bergantung kepada tahap kualiti
pengajaran yang dimiliki oleh guru.
Di Malaysia kajian-kajian berkaitan faktor kualiti amalan guru dalam
peningkatan akademik pelajar turut dijalankan oleh banyak pengkaji. Namun begitu
kajian menunjukkan bahawa kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
di sekolah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tertentu. Guru dapat melaksanakan
amalan pengajaran yang berkualiti untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar
namun memerlukan kerjasama baik daripada pelajar dan pihak sekolah. (Chia L. L. &
Abdul Rahim, 2013; Rohani, Hazri & Nordin, 2010; Rodiah, 2008; How, 2007).
Kajian Rohani, Hazril dan Nordin (2010); Rodiah (2008); How (2007) adalah
tentang dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar telah menunjukkan
bahawa terdapat faktor-faktor atmosfera yang tertentu yang memberi pengaruh
terhadap kualiti amalan guru dalam pengajaran di dalam kelas.
Kajian Rohani et al. (2010) memperlihatkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara guru yang berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Oleh itu,
kualiti amalan guru dan hubungan yang baik dengan pelajar akan dapat menarik minat
mereka dalam pelajaran sekali gus dapat mempertingkatan mutu akademik berbanding
mencari kelemahan tingkah laku. Dapatan yang sama juga didapati dalam kajian
Rodiah (2008) yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
amalan pengajaran guru yang berkualiti dengan tahap komitmen para pelajar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Kajian How
(2007) membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif antara tingkah laku guru yang
41
berkualiti di dalam bilik darjah dengan komitmen belajar pelajar. Kajian yang
dijalankan dalam kalangan pelajar tingkatan dua dan empat di Johor Bahru ini
menjelaskan amalan guru yang membosankan pelajar akan menyebabkan berlakunya
gejala ponteng sekolah.
Manakala kajian Chia Lai Lai dan Abdul Rahim (2013) pula menunjukkan
bahawa kualiti guru bukan sahaja bergantung daripada komitmen pelajar semata-mata
bahkan juga komitmen oleh pihak lain. Kajian yang berkisar tentang faktor yang
mempengaruhi pengajaran efektif ini menunjukkan bahawa kemampuan guru untuk
mengelolakan pengajaran secara berkesan adalah terletak kepada komitmen pentadbir,
latar belakang dan sikap pelajar, saiz kelas dan kemudahan yang disediakan. Dalam
kajian ini tujuh faktor di luar kawalan guru yang mempengaruhi amalan pengajaran di
sekolah menengah telah dikenal pasti. Faktor tersebut ialah beban guru yang semakin
tinggi, saiz kelas, sosioekonomi keluarga, sikap pelajar,sikap pentadbir, masalah
ponteng sekolah dan kekurangan insfrastruktur.
Maka, dapatan daripada kajian-kajian yang tersenarai tersebut jelas
memperlihatkan dan membuktikan bahawa kualiti amalan dan sikap guru dapat
memberi pengaruh besar dan peranan penting dalam meningkatkan komitmen pelajar
terhadap pelajaran mereka. Oleh itu, kualiti amalan guru jelas dapat menjadi peramal
terbaik dalam memberi galakan untuk pelajar bersikap lebih komited dalam bidang
akademik dan sahsiah.
42
2.4.1 Kajian kualiti amalan guru dalam perancangan dan persediaanpengajaran
Kunci utama dalam penghasilan pengajaran yang berkesan terletak kepada amalan
perancangan dan persediaan pengajaran atau rancangan pengajaran harian yang dibina
oleh guru. Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) rancangan
pengajaran harian (RPH) ialah susunan perancangan aktiviti dan tindakan pelaksanaan
pengajaran oleh guru untuk proses penyampaian pelajaran dengan bantuan alat dan
bahan pengajaran yang sesuai. Dengan RPH yang dibina guru dapat mencapai objektif
untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian,
pemilihan strategi yang paling berkesan adalah sangat penting kerana dapat
memaksimumkan sumber guru, ruang, murid, masa dan alat bantu pengajaran. Selain
itu, dokumen ini juga dapat memastikan guru boleh menghabiskan sukatan pelajaran
kerana RPH menjadi pelan tindakan mereka dalam pelaksanaan pengajaran.
Merujuk kepada manual penulisan rancangan pengajaran harian dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, Kementerian Pelajaran Malaysia, rancangan harian
perlulah mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara untuk
mencapai objektif serta kenyataan tentang sejauh mana objektif tersebut dapat tercapai.
Perkara-perkara yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian ialah tarikh, hari,
waktu, tingkatan, mata pelajaran, tajuk, objektif, hasil pembelajaran, aras, nilai murni,
kandungan, aktiviti dan refleksi pengajaran pada hari tersebut. Oleh itu, sebagai
pengurus yang bertanggungjawab untuk mengemudi urusan pengajaran amalan
perancangan dan persediaan pengajaran adalah amat penting.
43
Mengikut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) semua guru
bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pelajaran setiap kali sebelum
memulakan sesuatu pengajaran. Namun demikian perancangan pengajaran perlu dibuat
secara sistematik (Kamarul Azmi & Noor Fadhlina, 2012). Dapatan kajian Norazman
Arbin, Nor’ain Mohd. Tajudin, dan Nur Fazliana Rahim (2011) menjelaskan bahawa
permulaan kualiti pengajaran yang sistematik terserlah melalui kewujudan persediaan
yang rapi. Rentetan itu, guru perlu mempraktikkan amalan profesional yang mantap
untuk meningkatkan kualiti pengajarannya sama ada pada sebelum, semasa dan selepas
pengajaran (Shulman, 1986). Menurut Rahil Mahyudin, Habibah Elias, dan Kamariah
Abu Bakar (2009) amalan perancangan dan persediaan guru yang baik dan teliti penting
dalam penghasilan pengajaran yang berkesan di bilik darjah.
Bajuri Babu (2010) menyatakan bahawa sumber rujukan seperti sukatan
pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan perlu
digunakan dalam usaha pembinaan perancangan pengajaran. Menurut Zamri (2014)
pula, semua guru mesti bersedia dengan pengetahuan isi kandungan kerana maklumat
isi kandungan pengajaran sangat penting. Sehubungan dengan itu, amalan persediaan
perancangan guru yang rapi berdasarkan sumber yang diperakui akan membolehkan
pengajaran guru tersebut menjadi lebih sistematik. Pendapat yang sama dinyatakan
oleh Danielson (2007) bahawa pengajaran yang efektif hanya akan tercapai jika guru
mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penyediaan perancangan dan persediaan
pengajaran masing-masing.
Shulman (1987) menjelaskan bahawa guru perlu mempunyai empat
pengetahuan iaitu isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan
44
ciri setiap muridnya dan pengetahuan tentang kepercayaan terhadap pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Dengan ilmu kurikulum, guru dapat
membina perancangan dan pelaksanaan pengajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan kognitif pelajar (Zamri, 2014). Mengikut Durr (2008) hanya guru yang
komited terhadap pelajar dan pengajaran, berpengetahuan dalam isi kandungan mata
pelajaran dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai amalan yang berkualiti.
Amalan ini juga telah menjadi petanda awal terhadap kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran yang bakal dilaksanakan kelak apabila guru berjaya melaksanakan
amalan perancangan dan persediaan pengajaran yang baik.
Amalan guru yang prihatin dalam kepelbagaian gaya pembelajaran, minat dan
sikap pelajar terhadap pembelajaran akan dapat meningkatkan minat para pelajar
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. (Yuslaini, 2012; Zamri, Nik Mohd
Rahimi & Juliawati, 2009; Salhah, 2009; Ruslin, 2008; Zamri & Mohamed Amin,
2007; Juliawati, 2006). Hal ini akan meningkatkan pastinya mampu mempertingkatkan
amalan belajar pelajar dan mempengaruhi prestasi subjek Bahasa Melayu. Dapatan
kajian Juliawati (2006) membuktikan bahawa pengajaran guru akan berjaya apabila
menampilkan gaya pengajaran yang menarik minat pelajar. Setiap pelajar mempunyai
gaya pembelajaran yang berbeza-beza dan perkara ini mesti diberi perhatian semasa
merancang pengajaran. (Zamri & Mohamed Amin, 2007). Menurut Zamri et al. (2009)
dan Ruslin (2008), impak positif akan dapat dilihat apabila guru mempunyai komitmen
untuk menghasilkan pengajaran yang sesuai dengan gaya pengajaran pelajar. Amalan
ini disokong oleh kajian Yuslaini (2012) bahawa perlunya tahap kemampuan kognitif
dan kecenderungan pelajar diambil kira semasa merancang pengajaran (Shulman,
1987) kerana guru mesti kreatif untuk memenuhi minat murid (Salhah, 2009).
45
Selari dengan itu, dengan perancangan dan persediaan pengajaran, para guru
dapat membantu untuk menggemblengkan potensi dan bakat pelajar ke tahap yang lebih
optimum kerana guru dapat menyesuaikan perancangan dengan keupayaan kognitif
pelajarnya (Zamri, 2012). Menurut Rahil et al. (2009) usaha mewujudkan motivasi
murid sangat penting dalam memulakan pengajaran. Oleh itu, Adenan dan Khairuddin
(2012) menyarankan agar guru-guru bertindak bijak untuk memilih bahan bantu
mengajar untuk menarik minat murid-murid.
Kajian Ong Sze Cheong dan Zamri (2014), menjelaskan bahawa gaya
pembelajaran bekerjasama, bergantung dan melibatkan diri lebih banyak digunakan
oleh pelajar ketika proses pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini berkaitan dengan
Gaya Pembelajaran Pelajar Bahasa Melayu Berdasarkan Gaya Pembelajaran Grasha
telah dijalankan terhadap 400 pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah
Menengah di Miri Sarawak. Maka, dalam amalan penyediaan perancangan pengajaran
guru Bahasa Melayu perlu mengambil berat perancangan aktiviti yang sesuai dengan
gaya pembelajaran pelajar agar dapat memupuk minat mereka dalam pelajaran.
Dapatan kajian oleh Arumugam T., Aziah dan Abdul Ghani (2012) juga
mendapati bahawa para pelajar berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar apabila
kekurangan nilai kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun kajian ini mendapati amalan pengajaran tradisional tanpa unsur
kemahiran bernilai tambah masih diamalkan oleh guru-guru. Impaknya penerapan
kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah tidak berlaku
apabila guru tetap mengajar menggunakan buku teks dan buku-buku rujukan yang
46
berlegar dalam aras pendidikan sekolah menengah sahaja, tidak kepada aras yang lebih
tinggi menjangkaui pengetahuan mereka.
Dalam penyediaan perancangan, Shulman (1987) telah menjelaskan bahawa
pengetahuan pedagogi yang dimiliki guru dapat memperkasa pengajaran untuk
disampaikan secara lebih berkesan. Kewujudan pengetahuan yang tersenarai akan
memberi kelebihan kepada setiap guru untuk menghasilkan perancangan yang lebih
berkualiti dengan mempraktikkan strategi pendekatan, kaedah dan teknik dalam
mengikut umur dan aras prestasi pelajar. Seterusnya, dapatan kajian oleh Abdul Said,
Mohd Yusof, Baharom dan Shukri (2012) menunjukkan bahawa sumbangan
pengetahuan kandungan guru adalah lebih dominan berbanding pengetahuan pedagogi
guru terhadap efikasi kendiri guru. Namun demikian, penguasaan aspek pengetahuan
pedagogi dalam kalangan guru turut penting kerana elemen ini akan menyepadukan
isi kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman pelajar agar dapat
disampaikan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penguasaan ilmu bahasa iaitu tatabahasa dan ilmu pedagogi oleh guru bahasa
menjadi faktor penentu kefahaman murid. Tanpa ilmu tersebut bermakna pemahaman
murid akan terjejas (Zamri, 2014). Hal ini diperkukuh dalam dapatan kajian Anida dan
Mohd Rashid (2013) yang menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu masih
kurang mempraktikkan ilmu linguistik dalam usaha meningkatkan kualiti ilmu dalam
kalangan pelajar. Kajian bertajuk Anjakan Paradigma Guru Bahasa Melayu ke Arah
Membina Pelajar Berintelek ini dijalankan di negeri Perak untuk meninjau penguasaan
ilmu linguistik guru-guru.
47
Selain itu, penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) juga memerlukan
perancangan dan persediaan dalam aspek bahan bantu mengajar yang berkesan.
Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008) penggunaan teknologi terkini penting
untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad ke-21 ini. Sewajarnya
guru mengaplikasikan perubahan budaya persekolahan daripada sesuatu yang
berdasarkan memori kepada pedagogi inovasi teknologi yang akan memberikan kesan
positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar (Yuslaini, 2012). Keberkesanan
tersebut dibuktikan dalam dapatan kajian Zamri (2011) bahawa teknologi dapat
meringankan beban pengajaran.
Kajian oleh Abdul Rasid, Shamsudin dan Nor Syafiqah (2013) menjelaskan
bahawa di peringkat permulaan guru berjaya menyampaikan pengajaran Bahasa
Melayu dengan baik. Namun demikian, kajian menunjukkan bahawa elemen motivasi
dalam kalangan murid untuk memberi tumpuan tidak dapat diperlihatkan kerana guru
tidak peka dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan. Kajian oleh
Yahya dan Dayang Raini (2011), pula telah menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid berpencapaian
sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan aplikasi
komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang
mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca. Dapatan
yang sama dalam kajian Nur Aisyah, Zamri, Afendi dan Mohamed Amin (2012)yang
menunjukkan bahawa penggunaan komputer dapat mewujudkan pembelajaran
menyeronokkan dan lebih efektif. Kajian Nor Ilyani (2012) juga turut menyokong
bahawa teknologi maklumat dapat membantu untuk menangani masalah pengajaran
kerana telah berjaya menarik minat pelajar.
48
Walau bagaimanapun kajian-kajian lepas yang dilakukan untuk melihat
kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
memperlihatkan pelbagai dapatan. Kajian oleh Rosnaini Mohd Arif dan Jalalludin
(2011) tentang tahap kemahiran asas serta pengintegrasian ICT dalam kalangan guru
sekolah bestari mendapati guru mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap tinggi. Hal
ini dapat dilihat melalui budaya amalan guru dalam pengoperasian asas komputer serta
penggunaan pemprosesan perkataan. Namun begitu, situasi yang berbeza dalam
dapatan kajian pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu oleh Abdul Rasid dan Hasmah (2013). Hasil dapatan ini
menjelaskan bahawa kebanyakan guru kurang berpengetahuan tentang teknologi
maklumat dan komunikasi. Fenomena ini menyukarkan mereka untuk menggunakan
teknogi maklumat dalam penghasilan bahan bantu mengajar semasa perancangan dan
persediaan pengajaran.
Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa Guru-guru Bahasa Melayu
masih kurang menggunakan bahan bantu mengajar seperti penggunaan bahan bercetak,
alat pandang dengar dan perisian multimedia untuk mewujudkan amalan pembelajaran
menyeronokkan. Masih terdapat kecenderungan guru untuk menggunakan teknik
pengajaran berasaskan bakat semula jadi guru atau murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru-guru berminat untuk menggunakan teknologi maklumat walau
bagaimanapun, medium yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan bahan
bantu mengajar berbantukan komputer atau multimedia masih berada pada tahap
sederhana.
49
Selain itu, dapatan kajian Zamri (2011) juga memperlihatkan kegagalan guru
bahasa untuk menerapkan pelbagai kemahiran bahasa, terutamanya kemahiran-
kemahiran abad ke-21. Sejajar dengan tuntutan semasa, penguasaan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi turut penting untuk melahirkan pelajar yang
berupaya berfikiran secara kritis dan kreatif. Penyepaduan aspek pedagogi, psikologi
dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu mampu untuk melahirkan pendidikan
yang lebih bermakna dan bestari. Dalam kerangka kemahiran abad ke-21 en-Gauge
(NCREL dan Metiri Group, 2003) terdapat empat komponen kemahiran abad ke-21
yang perlu dikuasai oleh guru iaitu kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif,
kemahiran komunikasi berkesan dan kemahiran produktiviti tinggi.
Hal ini menyamai dapatan kajian oleh Kamarul Azmi dan Abdul Halim (2011)
bahawa amalan penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif masih belum
dilaksanakan secara maksimum memandangkan keperluan guru memberikan masa,
tenaga dan wang ringgit untuk menyediakannya. Dengan bahan bantu mengajar dapat
meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan hanya 25
peratus penglibatan guru di dalam kelas. Perihal yang sama juga dilihat dalam dapatan
kajian Umi Nadiha, Zamri dan Jamaludin (2011) tentang penerapan kemahiran generik
dalam pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah menengah menunjukkan kepada kita
bahawa kemahiran menggunakan teknologi berada pada kedudukan hieraki yang paling
rendah diterap oleh guru Bahasa Melayu.
50
2.4.2 Kajian kualiti amalan guru dalam pengurusan bilik darjah
Amalan guru dalam pengurusan bilik darjah sangat penting untuk mengawal tingkah
laku pelajar. Sebenarnya, kemahiran pengurusan bilik darjah yang berkualiti akan
memperlihatkan kemampuan guru dalam mengendalikan pengajaran dengan lancar
tanpa gangguan (Mohd Hasani & Mohd Johdi, 2009). Keterampilan guru memerlukan
kemahiran pengurusan kerana proses tersebut bukan berlaku secara kebetulan.
(Mohammed Sani, 2013). Amalan tersebut melibatkan pelaksanaan pengurusan
pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang dilaksanakan (Mok Soon Sang, 2011)
untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran
(Kamarul Azmi & Noor Fadhlina 2012).
Menurut Mohammed Sani (2013), hubungan antara guru dengan pelajar
menjadi nadi kepada amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Walau
bagaimanapun, jika unsur hubungan positif tersebut lenyap maka potensi pelajar dalam
pembelajaran juga akan terjejas. Amalan komunikasi guru yang diterima baik oleh
pelajar adalah indikator yang paling penting. Sikap guru yang memberi galakan dan
pujian kepada para pelajar akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
Jelaslah bahawa guru-guru bukan sahaja perlu memahami langkah mewujudkan
pengajaran berkesan tetapi turut memberi fokus kepada usaha-usaha yang
membolehkan pelajar-pelajar belajar secara lebih berkesan.
Seterusnya, dalam pengurusan bilik darjah aspek disiplin pelajar juga harus
diurus dengan sebaik-baiknya. Maka, guru memerlukan ketekalan, kesedaran tentang
erti keadilan, semangat juang yang tinggi dalam memahami fasa psikologi. Seharusnya,
guru berfikiran lebih terbuka dan sentiasa bersedia untuk mencari jalan penyelesaian
51
yang terbaik memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berjalan
lancar. Abdul Ghani dan Abd. Rahman (2009) menyarankan guru untuk menjadi model
tingkah laku yang berkesan bagi membentuk murid yang berkeperibadian mulia. Aspek
kekemasan diri dan peribadi yang mulia membolehkan guru menjadi idola kepada para
pelajar.
Di samping itu, kajian Kamarul Azmi dan Noor Fadhlina (2012) menyatakan
bahawa guru perlu menetapkan prosedur peraturan di bilik darjah untuk menjadi
garis panduan tingkah laku pelajar. Namun demikian, peraturan tersebut memerlukan
pemantauan dan bimbingan guru secara berterusan dapat supaya dapat membantu
pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk mempertingkat pencapaian mereka
dalam akademik dan sahsiah diri. Penetapan peraturan atau piawaian yang konsisten
kepada pelajar dapat membina atmosfera budaya belajar yang kondusif. Impaknya,
para pelajar pelajar akan memperlihatkan aura positif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dilatih oleh guru untuk mewujudkan satu
budaya atau persekitaran kelas yang tersusun (Good & Brophy, 2008). Amalan guru
yang berkualiti dalam pengurusan bilik darjah ini boleh dilihat melalui kebolehan guru
untuk menilai kekuatan dan kelemahan murid, penampilan imej terpuji, berwawasan
sebagai pendidik unggul dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan
tuntutan semasa.
Menurut Abdull Sukor Shaari (2008) seorang pendidik yang baik ialah guru
yang mempunyai personaliti kualiti peribadi yang dapat memberikan kesan kepada
pelajarnya dan seterusnya mampu membawa perubahan tingkah laku kepada
pelajarnya. Dimensi personaliti termasuklah yang ada pada seseorang guru yang
52
merangkumi sensitiviti, kesungguhan dan perasaan tanggungjawab (Karom, 2010).
Kualiti peribadi ini boleh dikategorikan dalam dua aspek iaitu interaksi manusia dan
kepimpinan. Interaksi manusia dicirikan oleh perhubungan erat, kemesraan, sokongan
hormat dan sensitiviti. Kepimpinan pula dicirikan oleh sifat seperti dinamis, berhati-
hati, inisiatif, kesungguhan dan jaminan diri. (Khairul Anuar, 2012). Kajian Adrinus,
Sleegers dan Manius (2005) menunjukkan terdapat empat belas iklim pembelajaran
yang signifikan dan aspek iklim pembelajaran yang utama ialah peranan guru dalam
dalam bilik darjah. Senario ini memperlihatkan bahawa amalan pengurusan bilik darjah
yang berkesan akan meninggalkan impak yang besar apabila murid berasa penglibatan
mereka diterima dan dihargai oleh orang lain.
Mohd Khairuddin dan Halimah (2014) telah menjalankan kajian tentang
Kepimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu untuk melihat hubungan
antara kepimpinan pengajaran dan sikap guru di Sabah. Kajian korelasi deskriptif ini
melibatkan 429 orang guru Bahasa Melayu . Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
skor min kepimpinan pengajaran dan sikap guru berada pada tahap yang kuat. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa faktor kepimpinan pengajaran penting dalam menjayakan
visi dan misi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rumusannya, kepimpinan guru
yang berkualiti di dalam bilik darjah menjadi faktor kritikal dan penentu kepada
keberkesanan pendidikan.
Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Wenglinsky (2013) bahawa amalan
pengurusan bilik darjah dan penggunaan kaedah pengajaran dapat mewujudkan
pembelajaran yang berkesan kepada murid. Hal ini disokong pula oleh dapatan kajian
oleh Abdul Rasid et al. (2013) yang menjelaskan bahawa amalan pembelajaran
53
menyeronokkan dapat membentuk suasana ceria di dalam bilik. Selain itu, hubungan
yang baik antara guru dengan pelajar dapat memberi galakan kepada pelajar untuk
terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru-guru
sewajarnya tidak bersikap autokratik di dalam kelas kerana tingkah laku itu hanya akan
menimbulkan konflik antara guru dengan murid.
Dapatan kajian Mohammed Sani (2013) juga membuktikan bahawa guru-guru
yang berkualiti bukan sahaja dilihat sebagai penyampai yang berpengaruh bahkan turut
memastikan penglibatan pelajar dalam tugasan-tugasan yang bersifat kognitif dan
sosial. Dapatan kajian Rohani Arba et al. (2010) juga melihat hubungan antara dimensi
guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kajian ini turut menunjukkan bahawa
wujudnya hubungan positif antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen belajar
pelajar. Komitmen belajar dalam kalangan pelajar didapati meningkat hasil daripada
amalan guru yang berkualiti. Penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah mewujudkan peningkatan pencapaian pelajar
tersebut. Dapatan kajian ini juga menjelaskan bahawa ciri-ciri guru yang berkualiti
boleh menjadi peramal terbaik kepada komitmen pelajar.
Kajian Baker, Clark, Maler dan Viger (2008) pula menjelaskan bahawa amalan
guru yang melaksanakan pemantauan tingkah laku pelajar akan mempengaruhi kepada
tingkah laku mereka di dalam bilik darjah akan memberi kesan kepada pencapaian
murid. Tegasnya, seorang guru yang berkesan bukan sahaja mengajar mata pelajaran
akademik, tetapi turut berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk
dan mengawasi disiplin (Norzaini & Mohamed Sani, 2007). Maka jelaslah bahawa
amalan-amalan guru di dalam bilik darjah membolehkan para pelajar lebih produktif
54
apabila guru menggunakan kepelbagaian pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah mereka.
Namun begitu, dalam perspektif para pelajar yang bermasalah pula adalah
berbeza. Dapatan kajian oleh Muhammad Faizal dan Julie Williams (2014) tentang
Harapan Murid Bermasalah Terhadap Pengajaran Guru : Satu kajian Awal di Sebuah
Negara Maju turut menjelaskan bahawa keberkesanan pengajaran guru menjadi
penentu utama pencapaian pelajar. Kajian ini menjelaskan bahawa harapan murid yang
bermasalah terhadap guru ialah mereka diberi peluang dalam aspek kualiti pengajaran,
mengikut tahap kemampuan murid, pengurusan masa dan intensif. Hasil dapatan
kajian ini menunjukan bahawa murid yang bermasalah akan bermotivasi untuk belajar
sekiranya guru memastikan penglibatan aktif mereka dalam pembelajaran di dalam
kelas. Impaknya kemenjadian murid akan tercapai dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI).
Kajian Chia L. L. dan Abdul Rahim (2013) turut sama menunjukkan bahawa
faktor guru yang berkualiti dalam amalan pengurusan bilik darjah mampu menangani
masalah tingkah laku pelajar. Kajian tentang Faktor di Luar Kawalan Guru Sekolah
Menengah dalam Pengajaran Efektif ini menjelaskan bahawa terdapat tujuh faktor di
luar kawalan guru yang telah mempengaruhi pengajaran efektif. Faktor-faktor yang
telah dikenal pasti ialah peranan pentadbir, beban guru yang semakin tinggi,
ketidakcukupan infrastruktur dalam sekolah, kekurangan sikap belajar dalam kalangan
pelajar, masalah ponteng, saiz kelas yang besar dan juga keadaan sosioekonomi
keluarga pelajar. Pengajaran dan pencapaian sekolah akan dipengaruhi oleh pelbagai
faktor tersebut. Oleh itu, penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif dalam
55
amalan pengajaran efektif guru amat penting supaya hasrat mewujudkan pendidikan
berkualiti dapat menjadi kenyataan.
Wan Zah et al. (2009) dalam kertas kerja bertajuk Persepsi Pelajar Berisiko
Terhadap Iklim turut sama menyatakan bahawa pemahaman iklim pembelajaran di
dalam kelas adalah amat penting bagi mengatasi masalah pelajar berisiko. Kewujudan
aliran kelas lemah untuk pelajar telah mewujudkan konteks atau iklim pembelajaran
yang tidak positif bagi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah akan meninggalkan
impak negatif apabila pelajar yang berada di kelas lemah semakin berisiko untuk gagal
dalam pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar
berpendapat iklim pembelajaran di bilik darjah berada pada tahap sederhana.
2.4.3 Kajian kualiti amalan guru dalam pengajaran
Abdul Hamid Mahmood (2013) berpendapat terdapat 16 faktor yang telah dikenal pasti
sebagai amalan-amalan yang mewujudkan pengajaran yang berkesan berdasarkan
peranan guru, pentadbir dan para pelajar sendiri. Faktor tersebut ialah guru yang
cemerlang, murid yang berminat, bahan yang sesuai, alat bantu mengajar yang sesuai,
pedagogi, strategi, kaedah pengajaran yang sesuai, penetapan objektif serta matlamat
pengajaran, matlamat dan sasaran pencapaian akademik, kemahiran komunikasi serta
yang terakhir ialah keikhlasan guru dalam melaksanakan tugas. Dari segi personaliti,
amalan guru dalam pengajaran boleh dilihat berdasarkan perwatakan yang
menggambarkan diri mereka. Menurut Lumpkin (2007) personaliti guru yang
berinteraksi secara sopan, mesra dan mudah didekati dan sentiasa bersedia untuk
membantu pelajar dapat mewujudkan minat para pelajar dalam pelajaran. Guru-guru
56
juga disaran supaya mengetahui nama, latar belakang dan tahap pelajar dalam
pembelajarannya.
Seterusnya, keterampilan komunikasi guru yang berkualiti akan memberikan
kesan yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan sering menjadi
perhatian pihak lain. Mengikut Mohd Sahandri et al. (2011) keterampilan berbahasa
adalah antara elemen yang dapat memancarkan estim diri seseorang guru. Hal ini
digambarkan dalam Abdull Sukor (2008) yang telah menyenaraikan ciri penampilan,
personaliti guru yang berkesan semasa penyampaian pengajaran iaitu sikap peramah,
kawalan emosi yang mantap, ketekunan dan dedikasi ketika melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang guru. Kebiasaannya personaliti dan amalan guru yang
baik semasa menyampaikan pengajaran dapat menarik minat pelajar untuk
memberikan tumpuan. Jadi, kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan yang
berkesan dalam pertuturan iaitu penerangan isi pelajaran, pemberian arahan,
pengukuhan dan pelbagai yang melibatkan aktiviti komunikasi adalah amat penting.
Kajian oleh Abdull Shukor dan Azliza (2013) telah mengenal pasti tujuh
kriteria yang digunakan oleh guru dalam aktiviti komunikatif semasa pengajaran bahasa
Melayu. Tujuh kriteria berdasarkan kesesuaian dalam pengajaran bahasa Melayu ialah
hasrat komunikasi, tujuan komunikasi, kandungan bukan struktur, kepelbagaian
struktur bahasa, tiada campur tangan guru, tiada pengawalan bahan dan cantuman
benda terpisah (jigsaw). Dapatan kajian ini memberikan implikasi terhadap pedagogi
mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan pelaksanaan kemahiran mendengar dan
bertutur murid sekolah rendah.
57
Khalip Musa dan Hariza (2015) dalam kajiannya pula telah mengesan amalan-
amalan yang menyebabkan guru lebih disukai dan dihormati oleh para pelajar iaitu
menepati masa masuk ke kelas, sabar dalam menyampaikan pengajaran,
bertanggungjawab dan tertib serta berkeyakinan tinggi dalam pengajaran. Selain
personaliti guru yang dikaji dalam pengajaran, aspek kemahiran komunikasi juga telah
diberi perhatian oleh banyak pengkaji. Menurut Khairul Anuar (2012) guru berkesan
perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat. Dari segi bahasanya guru perlu
berkomunikasi dengan bahasa yang mudah, jelas, lancar dan mudah difahami supaya
pelajar menerima penyampaian ilmu pengetahuan dengan baik. Amalan tersebut akan
memberi galakan kepada pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.
Hal ini menyokong pendapat bahawa penyampaian pelajaran terletak pada
keupayaan guru berkomunikasi sama ada secara verbal atau bukan verbal dengan baik
dapat akan membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran. Maka, guru mesti
memberi penjelasan yang tepat kepada pelajar untuk menyampaikan isi pelajaran yang
kompleks kepada yang lebih mudah (Danielson, 2007). Proses interaksi berkesan dalam
aktiviti dari segi penyampaian isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk
ajar dan nasihat kepada pelajar dapat dilihat apabila guru mengaplikasi kemahiran
interpersonal secara jelas, lancar dan mudah difahami (Syofia, Zamri, Jamaluddin &
Hamidah, 2012). Amalan tersebut membolehkan penyampaian mesej dapat diterima
dengan jelas oleh penerima melalui komunikasi yang berkesan (Sazwani, Noor Shah &
Sazelli, 2013). Jika tiada komunikasi yang berkesan antara guru dan pelajar maka
pengajaran akan terganggu (Affizal dan Rafidah, 2009) hingga menimbulkan respons
negatif (Simsek & Altinkurt, 2010). Menurut Osakwe (2009) dengan amalan
58
komunikasi tingkah laku seseorang individu dapat dipengaruhi dan bertukar kepada
tahap yang lain.
Banyak kajian tentang kemahiran komunikasi guru dalam pengajaran telah
dijalankan oleh para pengkaji lepas. Walau bagaimanapun didapati tahap kemahiran
interpersonal guru masih tidak konsisten peningkatan prestasinya. Dapatan kajian
Abdul Said et al. (2012) menunjukkan prestasi pengajaran kebanyakan guru dalam
pengajaran masih agak lemah. Begitu juga dalam kajian oleh Junaida (2010)
membuktikan tahap penguasaan yang rendah dalam aspek kemahiran lisan. Dapatan
yang sama turut diperoleh daripada kajian oleh Nor Shafrin, Fadzilah dan Rahimi
(2009) yang menunjukkan kemahiran interpersonal guru hanya di tahap rendah dan
lemah. Kajian Kamarulzaman (2007) turut memperlihatkan bahawa amalan guru-guru
berada di tahap yang kurang memuaskan dalam kemahiran interpersonal mereka
dengan murid-murid.
Dalam dapatan kajian tentang kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungannya
dengan Pencapaian Akademik Pelajar oleh Khalip Musa dan Hariza (2015) pula
menunjukkan tahap komunikasi guru yang sederhana. Kajian ini menjelaskan bahawa
tidak wujud hubungan yang signifikan antara kemahiran interpersonal guru dengan
pencapaian akademik pelajar pintar cerdas di MRSM. Bukti yang sama ditunjukkan
dalam kajian Tay (2013) pula menjelaskan bahawa tahap kemahiran interpersonal guru
pelatih adalah sederhana. Di samping itu, kajian tentang amalan pengajaran guru
Bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid oleh Abdul Rasid et al. (2013) di sekolah
menengah di Johor turut sama memperlihatkan amalan pengajaran guru Bahasa
Melayu hanya berada pada tahap sederhana. Terdapat empat faktor yang dikatakan
59
menyumbang kepada aspek kualiti guru iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras
pengajaran, insentif dan masa.
Walau bagaimanapun, masih ada kajian komunikasi guru yang memperlihatkan
dapatan yang positif namun sedikit sahaja. Kajian oleh Abdul Rashid et al. (2013) telah
mengenal pasti bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan guru-guru Bahasa Melayu
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di daerah Kluang, Johor. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa interaksi lisan antara guru dengan murid berlangsung
secara baik di dalam bilik darjah, dengan adanya penggunaan strategi, kaedah, teknik,
dan pendekatan yang sesuai. Kajian oleh Mohd Shafie (2008) menunjukkan guru-guru
di Sekolah Menengah Teknik Melaka mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.
Namun demikian, hal yang berbeza pula dapat dilihat daripada dapatan kajian
oleh Sazwani Suhaimi et al. (2013) tentang amalan komunikasi guru semasa
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mengikut persepsi guru dan murid.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat persepsi yang berbeza antara guru dan
pelajar. Amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan
persepsi pelajar manakala tahap tinggi berdasarkan persepsi guru. Oleh itu, dapatan
kajian ini menjelaskan bahawa guru perlu mengambil kira persepsi murid terhadap
amalan komunikasi mereka untuk penambahbaikan kualiti penyampaian pengajaran.
Selain itu, Magdeline anak Nor (2012) dalam kajiannya membuktikan bahawa tahap
komunikasi guru yang berpengalaman adalah berbeza kerana guru-guru yang
berpengalaman mampu mengubah suai kandungan untuk memudahkan pelajar
memahami kandungan pelajaran.
60
Di samping itu, dalam pengajaran aspek kualiti pengajaran guru turut dinilai
berdasarkan kualiti penyoalan lisan yang dikemukan kepada pelajar. Perkaitan antara
keberkesanan guru dengan keupayaan guru dikatakan dapat meningkatkan kualiti
penyoalan dalam pengajaran yang telah diperlihatkan dalam Model Keberkesanan
Pengajaran oleh Swank, Taylor, Brandy dan Freiberg (2009). Sepatutnya guru
menyediakan soalan-soalan lebih awal semasa peringkat penyediaan RPH agar
penggunaan soalan yang diajukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Soalan tersebut boleh digunakan untuk mencabar pemikiran pelajar dan
menimbulkan perasaan ingin tahu dan minat pelajar (M. Mojibur, 2010). Penggunaan
penyoalan yang berkesan dapat mencungkil pengetahuan pelajar dan mengukuhkan
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Guru perlu mengemukakan penyoalan yang
dapat membimbing para pelajar memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi
berfikir, serta dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar.
Di samping itu, dapatan kajian Khairuddin dan Halimah (2015) telah
menunjukkan bahawa wujud hubungan antara tempoh pengalaman mengajar guru
dalam penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah. Dapatan kajian Abdul Rasid et al.
(2013) turut mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Didapati sesi soal jawab tidak berlaku secara berkesan dan peluang
murid tersekat akibat salah faham maklumat yang disampaikan. Dapatan tersebut
disokong dengan dapatan kajian oleh Sharifah Nor, Nor Adibah, Mohd Mahzan dan
Aliza (2012) yang menunjukkan bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK) masih belum lagi direalisasikan dengan berkesan.
61
Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Zamri dan Nor Razah (2011) yang telah
menunjukkan bahawa bentuk penyoalan guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada
soalan aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Tumpuan
penyoalan guru hanya merangkumi lingkaran individu dan masyarakat, tetapi
menunjukkan jumlah yang kurang pada lingkaran soalan yang berkaitan negara atau
lingkaran global. Impaknya, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terhad
kerana pelajar kurang diberi peluang untuk berfikir apabila guru lebih suka
menggunakan aras penyoalan rendah.
Oleh itu, Abdul Rasid et al. (2013) dalam kajian Pengajaran Bahasa Melayu
yang Menyeronokkan menyatakan bahawa pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran adalah
tertakluk kepada kebijaksanaan seseorang guru. Seterusnya dalam aspek komitmen
guru dalam menggalakkan pelajar untuk belajar, kajian Abdul Rasid (2011)
membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah
masih menghadapi masalah dalam pendekatan,kaedah, teknik pengajaran. Maka hal ini
tidak boleh hanya diapandang remeh sebegitu sahaja. Dapatan kajian ini membuktikan
bahawa amalan pengajaran guru di peringkat permulaan perkembangan dan penutupan
pengajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan oleh para guru dengan baik. Namun,
kelemahan guru dikenal pasti dalam usaha mewujudkan motivasi dalam diri murid-
murid sedangkan elemen motivasi sangat penting agar murid lebih fokus terhadap
pengajaran guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang jelas dan menarik juga
kurang digunakan oleh guru. Manakala di peringkat penutupan didapati guru Bahasa
Melayu yang terlibat kurang menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri murid demi
mengekalkan minat kepada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Situasi
62
tersebut menyebabkan murid-murid kurang teruja untuk mengikuti pembelajaran
Bahasa Melayu pada hari yang seterusnya.
Seterusnya, dilihat juga kajian tentang amalan Falsafah Pendidikan Bahasa yang
telah dilaksanakan oleh beberapa pengkaji di negara kita antaranya Muhammad
Marzuwan Bin Razali (2013), Mohd Rashid Md Idris (2007, 2009, 2010, 2012), Tay
Meng Guat (2008), Noriah Mohamed (1999), Awang Sariyan (1997,2007). Muhammad
Marzuwan Bin Razali (2013) telah menjalankan kajian Amalan Falsafah Pendidikan
Bahasa di Sekolah Kebangsaan Dato’ Idris , Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dapatan
kajian menunjukkan hakikat bahawa guru-guru Bahasa Melayu kurang didedahkan
dengan konsep Falsafah Pendidikan Bahasa itu sendiri hingga menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah hanya bersifat akademik
semata-mata.
Di samping itu, Mohd Rashid Md. Idris dan Abu Hassan (2012) telah
menjalankan kajian Kepraktisan Falsafah Pendidikan Bahasa di Sekolah Menengah.
Kajian tinjauan ini mengunakan soal selidik yang melibatkan 800 responden (pelajar)
20 sekolah menengah di 10 zon iaitu daerah Kerian, Larut Matang, Selama, Hulu Perak,
Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan Batang Padang.
Dapatan kajian ini membuktikan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran telah
menghasilkan banyak faedah untuk merealisasikan hasrat murni konsep Falsafah
Pendidikan Bahasa di Sekolah Menengah. Faktor pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar mempengaruhi kepraktisan Falsafah Pendidikan Bahasa di Sekolah Menengah.
63
Tay Meng Guat (2008) menyatakan bahawa penemuan kajian beliau mendapati
bahawa guru menunjukkan sikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Hal ini menunjukkan bahawa sikap guru
yang positif untuk mengajar bahasa Melayu akan membuat peratusan perlaksanaan FPB
di sekolah akan tinggi. Selain itu, Mohd Rashid Md Idris (2007) mula membicarakan
Teori Falsafah Bahasa atau ketika itu Model Falsafah Bahasa dalam tesis Ijazah Doktor
Falsafah. Beliau mengambil inisiatif untuk mengembangkan kupasan tentang
perbincangan Kajian Bahasa dari Perspektif Falsafah di dalam buku Sumbangsih
Tizkari buat Masuri S.N (2009) dan seterusnya gagasan teori ini diperkemaskan
perbincangannya di dalam buku Falsafah Pendidikan Bahasa (2010).
Awang Sariyan (1997) dalam tesis kedoktorannya (Ph.D), telah menjalankan
kajian yang bertajuk “Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kajian Tentang Konsep
dan Pelaksanaanya di Malaysia dengan rujukan khusus kepada Pendidikan Bahasa
Melayu di Sekolah Menengah. Dalam kajian ini beliau telah meninjau realiti sebenar
yang berlaku di sekolah tentang pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu dengan
pendekatan besepadu. Selain itu, permasalahan yang berkaitan dengan pelaksanaanya
turut diberi perhatian khusus. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka asas-
asas falsafah yang dapat menjadi landasan untuk memberi rumusan kepada falsafah
pendidikan bahasa. Kerangka Falsafah Pendidikan Bahasa dibina berasaskan aspek
tassawur atau pandangan hidup Islam tetapi kajian ini tidak pula menolak apa-apa
pendekatan yang relevan dari sumber-sumber negara Barat.
64
2.4.4 Kajian kualiti amalan guru dalam tanggungjawab profesionalisme
Pemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh
Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul ‘How We Think’. Walaupun gagasan idea
ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan
tidak dapat dipisahkan. Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kajian
berkenaan pemikiran dan amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik
pendidikan dari semasa ke semasa. Nor Asma Shierwani (2015);Yuslaini Yunus
(2012); Hoekstra, Brekelmans, Beijaard dan Korthagen (2011), Postholm (2011), Nor
Hasniza et al., (2006); Ooi, 2006). Oleh yang demikian, wajarlah bagi seorang guru
sentiasa merefleks terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
bagi memperbaiki prestasi pengajarannya.
Pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif yang
memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu pengalaman yang
amat memberi kesan kepada dirinya dengan melibatkan pengujian tindak balas,
kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman
baru dengan pengalaman yang telah dilalui. Menurut Boon Pong, Ying (2005) amalan
refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional bertindak sebagai
forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks
pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi permulaan dalam
mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan
kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk
membuat keputusan dan mengambil tindakan. Refleksi juga memberi peluang kepada
65
guru untuk diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri agar dapat
membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan
profesionalisme mereka ialah penulisan jurnal/reflektif untuk mereflek secara
sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Kajian menunjukkan aktiviti ini
merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan
reflektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Rosnah Ishak (2013) satu kajian lain yang dilaksanakan oleh Hoekstra, Brekelmans,
Beijaard, dan Korthagen (2011) mendapati antara aktiviti pembelajaran yang paling
kerap digunakan guru adalah melakukan refleksi kendiri dengan dibantu oleh murid,
mendapatkan idea pengajaran daripada sumber lain seperti media, majalah, rakan
sejawat dan murid serta belajar melalui kesilapan. Menurut Yuslaini (2012) kualiti
profesional guru-guru dinilai dengan sifat-sifat mereka sewaktu menjalankan
tugasnya dalam bidang keguruan secara berkesan.Kajian oleh Postholm (2011) juga
mendapati guru belajar dengan cara membuat refleksi terhadap kaedah pengajaran
mereka.
Antara aspek kualiti yang diberi penekanan ialah peka dengan perubahan
semasa dan keperluan negara, dedikasi, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan
mempraktikkan inovasi semasa melaksanakan tugas. Jadi secara tidak langsung amalan
tersebut dapat meningkatkan imej profesion keguruan melalui perkhidmatan yang
berimpak tinggi. Dengan itu, para guru disaran agar sentiasa berazam menambahkan
ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan agar dapat menjalankan
66
tugas mengajar dengan cekap dan sempurna untuk mempertingkat akauntabilitinya
dalam profesionalisme keguruan.
Menurut Nor Asma Shierwani (2015) elemen kepimpinan guru ialah salah satu
komponen terpenting untuk membentuk guru yang berkualiti yang perlu diaplikasi dan
dipraktikkan kepada pelajar untuk pengembangan potensi mereka. Kajian oleh Nor
Sahara (2013) pula dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru
pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan
terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tiga dimensi yang
dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat
oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud
hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran
sepanjang hayat dengan amalan reflektif guru. Kajian oleh Maureen, Jones, dan Webb
(2012) menyatakan bahawa guru perlu mempelajari semula pengetahuan pedagogi dan
kurikulum mereka, dan memahami tindakan kepimpinan mereka yang berlaku setiap
hari.
Manakala kajian Elsabe dan SG (2011); Grant, Gardner, Kajee, Moodley, serta
Somaroo (2010) mengklasifikasikan kepimpinan guru berlaku dalam empat zon iaitu
di bilik darjah, bekerja dengan guru di luar bilik darjah dan pembelajaran aktiviti
kurikulum tambahan, di luar bilik darjah dalam aktiviti pembangunan sekolah dan
kepimpinan antara sekolah-sekolah dalam komuniti. Pengkaji terdahulu seperti
Jackson, Burrus, Bassett dan Roberts (2010) pula telah menganggap bahawa
kepimpinan guru ialah proses kolektif yang dilaksanakan oleh seseorang guru untuk
67
mempengaruhi rakan sejawat, pengetua dan ahli lain dalam komuniti sekolah demi
penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran para pelajar.
2.5 Rumusan
Dalam penulisan bab dua ini, pengkaji telah menghuraikan model yang mendasari
amalan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bab ini juga menerangkan tinjauan
kajian-kajian lepas yang mempunyai kaitan dengan kajian ini untuk membentuk satu
hasil ukuran penilaian tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di MRSM.
RASYIDI JOHAN
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab tiga ini mengandungi perkara-perkara yang berhubung dengan kaedah yang
digunakan pengkaji untuk pengumpulan data empirikal dan cara pemprosesan data
tersebut. Antara topik yang akan dijelaskan oleh pengkaji dalam bab ini ialah reka
bentuk, kaedah kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah dan prosedur pengumpulan
data, serta kaedah yang digunakan untuk pemprosesan data bagi menjawab soalan-
soalan kajian.
69
3.2 Reka bentuk dan kaedah kajian
Pengkaji memilih reka bentuk kajian deskriptif kerana kesesuaiannya dengan objektif
kajian yang dinyatakan dalam Bab 1 iaitu untuk mengenal pasti kualiti amalan guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Aspek kualiti
amalan guru ini dinilai di domain perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan
bilik darjah, pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme.
Kajian ini ialah kajian kualitatif yang sepenuhnya menggunakan pendekatan
induktif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Terdapat dua sebab
pendekatan kajian ini dipilih:
i. Kajian ini untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kualiti amalan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Pelaksanaan
penilaian tahap kualiti amalan pengajaran guru ini melibatkan empat domain
iaitu perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah,
pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme.
ii. Kajian ini memerlukan pengkaji berinteraksi secara langsung dengan responden
memandangkan data daripada responden diperoleh secara langsung dan intensif.
Oleh sebab bilangan responden yang terbatas, pengkaji tidak mungkin membuat
generalisasi daripada dapatan kajian tersebut. Apa yang dapat dilaporkan ialah
maklumat tentang kualiti amalan guru pada tahap teori dasar semata-mata.
Berdasarkan ciri kajian kes yang dihuraikan di atas, pengkaji yakin bahawa
70
kaedah ini dapat memenuhi objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab
Satu.
3.3 Responden kajian
Pemilihan sampel atau responden yang dipilih oleh pengkaji ialah penggunaan
persampelan bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah empat orang
guru Bahasa Melayu yang mengajar di dua buah MRSM yang berbeza dan terletak di
negeri Perak, dua orang Ketua Jabatan Bahasa dan 24 orang pelajar guru-guru tersebut.
(enam orang pelajar bagi setiap guru yang mewakili dua kumpulan).
Penetapan kriteria pemilihan responden guru adalah seperti yang berikut :
i. Guru Bahasa Melayu yang berjawatan tetap di MRSM dan telah
berkhidmat melebihi tempoh lima tahun.
ii. Penglibatan responden yang dipilih atas kerelaan mereka sendiri kerana
jika terpaksa atau dipaksa responden tidak akan dapat memberi
komitmen yang tinggi terhadap kajian ini.
iii. Responden kajian boleh terdiri daripada guru lelaki atau guru perempuan
oleh sebab penyelidikan ini tidak bertujuan membandingkan data
berdasarkan jantina. Menurut Young & Oxford, (1997); Brantmeier,
(2000) banyak kajian lepas yang tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan daripada aspek jantina.
Maklumat latar belakang responden kajian adalah seperti dalam jadual 3.1.
71
Jadual 3.1
Latar belakang responden guru
Responden Umur Tempohperkhidmatan diMRSM
Kelayakan
R01 40 tahun 10 tahun Ijazah SarjanaMuda PengajianMelayu dariUniversiti Malaya
.
R02 30 tahun 8 tahun Ijazah SarjanaMuda PengajianMelayu dariUniversiti Malaya.
Sarjana PengajianMelayu.
DiplomaPendidikan UIA
R03 40 tahun 15 tahun Ijazah SarjanaMuda PengajianMelayu dariUniversiti Malaya.
DiplomaPendidikanMaktab PerguruanBatu Rakit.
R04 30 tahun 6 tahun Ijazah SarjanaMuda PengajianMelayu dariUniversiti Malaya.
DiplomaPendidikan UPSI
72
Keempat-empat responden telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Pengkaji hanya memperoleh responden dalam kalangan guru perempuan sahaja. Dalam
proses pencarian dan usaha untuk memperoleh responden yang memenuhi syarat
tersebut pengkaji telah memaklumkan kriteria tersebut kepada pihak pengetua dan
Ketua Jabatan Bahasa MRSM tersebut bagi mencari mana-mana guru yang berminat.
Hasil daripada makluman tersebut pengkaji telah berjaya mendapatkan empat orang
responden guru Bahasa Melayu yang mahu terlibat secara sukarela. Pengkaji telahpun
bertemu dengan kesemua responden pada satu pertemuan yang ditetapkan dengan
persetujuan antara kedua-dua pihak.
Selain itu, pengkaji juga telah memilih responden dalam kalangan pelajar untuk
mendapatkan maklumat data kajian. Kriteria pemilihan ialah :
i. Pelajar di MRSM dan merupakan pelajar daripada kelas guru yang
menjadi responden kajian.
ii. Mengenali guru Bahasa Melayu tersebut dan telah biasa dengan cara
pengajaran guru.
iii. Penglibatan sebagai responden adalah secara sukarela dan mampu
memberi kerjasama yang baik semasa sesi pengumpulan data kajian ini.
Maklumat tentang responden pelajar adalah seperti yang tertera dalam jadual 3.2
yang berikut.
73
Jadual 3.2
Maklumat responden pelajar
Temu bual
pelajar
guru
Temu bual
Kumpulan (01)
Temu bual
Kumpulan (02)
R01 3 orang pelajar 3 orang pelajar
R02 3 orang pelajar 3 orang pelajar
R03 3 orang pelajar 3 orang pelajar
R04 3 orang pelajar 3 orang pelajar
Seterusnya pengkaji mempunyai dua orang lagi responden kajian yang terdiri
daripada Ketua Jabatan Bahasa di MRSM yang terlibat dengan penetapan kriteria yang
berikut dan tertera seperti dalam jadual 3.3 :
i. Menjadi Ketua Jabatan Bahasa di MRSM yang terlibat dalam kajian ini.
ii. Mengenali responden guru yang terlibat.
iii. Penglibatan sebagai responden adalah secara sukarela dan mampu memberi
kerjasama yang baik semasa sesi pengumpulan data.
Jadual 3.3
Latar belakang responden Ketua Jabatan Bahasa
KetuaJabatanBahasa
MRSM TempohMemegangJawatan
KJ 1 01 15 tahun
KJ 2 02 3 bulan
74
3.4 Alat kajian
Dalam memungut data kajian, pengkaji telah menggunakan tiga alat kajian iaitu analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual.
3.4.1 Analisis dokumen
Alat kajian analisis dokumen digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis dokumen
rancangan pengajaran harian (RPH) setiap responden. Sumber ini mampu memberikan
maklumat yang pantas kepada pengkaji kerana boleh terus dianalisis tanpa perlu
melakukan transkripsi (Creswell, 2008 & Othman, 2009). Rancangan pengajaran harian
dapat membuktikan amalan pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah di peringkat
perancangan dan persediaan pengajaran. Dalam kajian ini rancangan pengajaran harian
guru akan dianalisis bagi menyokong maklumat temu bual dan pemerhatian dan amat
penting bagi membantu pengkaji membuat triangulasi data dalam kajian ini (Noraini,
2013). Pengkaji menganalisis rancangan pengajaran harian berasaskan pekeliling SPI
Bil. 3/1999 iaitu rancangan pengajaran harian yang dibina mestilah mengandungi
objektif, cara untuk mencapai objektif serta kenyataan tentang sejauh mana objektif
tersebut dapat tercapai. Perkara-perkara yang terdapat dalam rancangan pengajaran
harian ialah tarikh, hari, waktu, tingkatan, mata pelajaran, tajuk, objektif dan hasil
pembelajaran, aras, nilai murni, kandungan, aktiviti dan refleksi pengajaran pada hari
tersebut.
Selain itu, pengkaji menganalisis dokumen RPH guru bagi mendapatkan
penilaian kualiti daripada empat domain kerangka pengajaran, iaitu domain
75
perancangan dan persediaan pengajaran, domain pengurusan bilik darjah, domain
pengajaran dan domain tanggungjawab profesionalisme seperti yang tertera dalam
lampiran senarai semak kualiti amalan guru di lampiran A1. Terdapat enam komponen
yang akan dianalisis, iaitu (1a) memperlihatkan pengetahuan dalam kandungan subjek
Bahasa Melayu dan pedagogi mengikut prinsip maklumat, (1b) memperlihatkan
pengetahuan tentang pelajar, (1c) memilih matlamat pengajaran, (1d) memperlihatkan
pengetahuan tentang sumber, (1e) menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
koheren mengikut prinsip maklumat dan (1f) menilai pembelajaran pelajar. Fokus
amalan penerapan prinsip kesempurnaan berbahasa terletak di elemen (1a) dan (1f)
apabila pengkaji telah membuat ketetapan khusus kepada amalan yang benar-benar
menepati kesesuaian dengan prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu prinsip berbahasa
berdasarkan maklumat yang benar.
Dokumen RPH juga dianalisis untuk mendapatkan data kajian daripada
komponen pengurusan bilik darjah, iaitu 2(a) mewujudkan situasi saling menghormati
dan bekerjasama mengikut prinsip ibadah, 2(b) mewujudkan budaya untuk belajar
mengikut prinsip ibadah, 2(c) menguruskan prosedur kelas, 2(d) menguruskan tingkah
laku pelajar dan 2(e) menguruskan persekitaran kelas. Fokus amalan prinsip
kesempurnaan berbahasa, diletakkan oleh pengkaji pada komponen (2a) dan (2b) yang
memperlihatkan amalan berbahasa untuk tujuan ibadah atau mentauhidkan Allah.
Seterusnya analisis RPH juga dikaitkan dengan domain pengajaran yang
mengandungi lima komponen iaitu (3a) berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut
prinsip nahu, (3b) penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip
nahu, (3c) menggalakkan pelajar belajar/berfikir, (3d) memberi maklum balas kepada
76
pelajar dan (3e) menunjukkan fleksibiliti dan responsif. Dalam domain ini, fokus
amalan prinsip kesempurnaan berbahasa diletakkan oleh pengkaji pada komponen (3a)
dan (3b) sahaja iaitu berbahasa menggunakan nahu yang betul. Tahap kualiti guru juga
akan ditandakan dalam senarai semak mengikut aras kualiti yang sesuai setelah dibuat
penilaian yang teliti berasaskan rubrik penilaian kualiti guru.
Akhir sekali, kajian ini mengunakan analisis dokumen RPH untuk mengumpul
maklumat daripada domain tanggungjawab profesionalisme yang mengandungi enam
komponen iaitu (4a) latihan yang diberi, (4b) penyemakan pembetulan latihan mengikut
prinsip ibadah, (4c) kandungan latihan selaras dengan pencapaian pelajar, (4d) refleksi
pada pengajaran dilaksanakan mengikut prinsip ibadah, (4e) mengekalkan rekod-rekod
tepat dan (4f) rekod intervensi. Penilaian tahap kualiti amalan guru dianalisis
berdasarkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam dokumen rancangan pengajaran
masing-masing. Seterusnya, penilaian pengukuran kualiti guru yang terdapat dalam
senarai semak dilaksanakan berasaskan rubrik penilaian tahap kualiti amalan guru yang
terdapat dalam lampiran A2.
3.4.2 Pemerhatian
Seterusnya, pengkaji menggunakan alat kajian yang sangat penting dalam penyelidikan
kualitatif iaitu pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian. Alat ini penting kerana
dapat menggumpul tanggapan terhadap kajian dengan menggunakan semua deria
manusia secara holistik (Othman, 2009). Pemerhatian dapat digunakan oleh pengkaji
untuk mengkaji interaksi yang kompleks dalam latar sosial yang sebenar. Dalam kajian
ini, pemerhatian difokuskan dalam amalan responden dalam keempat-empat domain
77
kerangka pengajaran yang mempunyai 22 komponen amalan guru iaitu domain
perancangan dan persediaan pengajaran, domain pengurusan bilik darjah, domain
pengajaran dan domain tanggungjawab profesionalisme.
Pengkaji menggunakan senarai semak pemerhatian untuk merekod tahap
penilaian kualiti setiap responden. Selain itu, pengkaji turut menyediakan cacatan nota
pemerhatian berkaitan amalan guru sebagai rujukan untuk pengukuhan data kajian
seperti yang tertera di lampiran A3. Pencapaian responden dalam kesemua komponen
tersebut dicatatkan dalam senarai semak mengikut skor markah setelah diteliti dan
ditentukan tahap kualitinya berasaskan rubrik penilaian kualiti amalan guru. Terdapat
lima peringkat penilaian tahap kualiti amalan guru yang telah ditetapkan dalam rubrik
tersebut iaitu kualiti peringkat cemerlang (4 markah), kualiti peringkat baik (3 markah),
kualiti peringkat memuaskan (2 markah), kualiti peringkat lemah (1markah) dan yang
terakhir tiada kualiti (0 markah). Penilaian kualiti guru menggunakan adaptasi daripada
rubrik penilaian kualiti guru MARA yang telah digunakan oleh Bahagian Pendidikan
Menengah (BPM) MARA dan Bahagian Pemantauan Inspektorat dan kualiti (BPIN)
MARA tetapi ditambah nilai dengan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa
supaya jelas dalam keterangan penilaiannya seperti yang ada dalam senarai semak dan
rubrik penilaian kualiti amalan guru.
3.4.3 Temu bual
Di samping itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap pengkaji mengakses
respons daripada responden, dengan menggunakan kaedah temu bual bagi
mendapatkan data yang tidak diperoleh daripada pemerhatian seperti perasaan,
78
pemikiran dan tujuan responden kajian. Pengkaji juga menyediakan soalan temu bual
separa berstruktur seperti yang terdapat di lampiran A4. Soalan temu bual disediakan
terlebih dahulu mengikut protokol temu bual yang mengandungi tajuk, arahan kepada
penemu bual, soalan-soalan kajian utama, soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan
utama, ruang untuk merekod mesej yang disampaikan oleh responden, ruang untuk
merekod komen penemu bual, dan ruang untuk merekod nota reflektif (Othman, 2009).
Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah temu bual
separa berstruktur. Hal ini demikian kerana temu bual ini bersifat lebih fleksibel, walau
bagaimanapun penyediaan soalan separa berstruktur tetap perlu dibuat dengan lebih
awal tetapi masih boleh diubah suai mengikut kesesuaian responden dan situasi semasa
temu bual. Menurut Noraini (2013) keistimewaan temu bual ini ialah urutan soalan,
bentuk soalan, cara soalan boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian kerana bergantung
dengan reaksi responden kajian pada masa temu bual berlangsung. Selain itu, soalan-
soalan yang difikirkan tidak sesuai juga boleh diabaikan dan tambahan soalan diberikan
mengikut keperluan ketika itu. Oleh itu, di peringkat persediaan sebelum temu bual
pengkaji melakukan penyediaan protokol temu bual yang dibina berdasarkan objektif
dan soalan kajian. Protokol temu bual dibina oleh pengkaji menggunakan 22 komponen
pengukuran kualiti amalan guru yang merangkumi kesemua domain dalam Kerangka
Pengajaran iaitu enam komponen di domain perancangan dan persediaan pengajaran,
lima komponen di domain pengurusan bilik darjah, lima komponen di domain
pengajaran dan enam komponen di domain tanggungjawab profesionalisme seperti
yang tertera dalam lampiran.
79
3.4.4 Alat kajian, fungsi dan pelaksanaan
Sehubungan dengan itu, pengkaji memaparkan maklumat dalam Jadual 3.4 untuk
menunjukkan fungsi ketiga-tiga alat kajian iaitu analisis dokumen rancangan
pengajaran harian, pemerhatian dan temu bual untuk menjawab keempat-empat soalan
kajian ini dan perincian pelaksanaannya.
Jadual 3.4
Alat kajian, fungsi dan pelaksanaan
Soalan kajian Alat kajian Pelaksanaan
Mengenal pasti kualiti amalanguru dalam penyediaanrancangan pengajaran harianBahasa Melayu di MRSM.
Analisis dokumenTemu bualPemerhatian
Proses pemerhatiankualiti melaksanakantemu bual danmenganalisis RPH
Mengenal pasti kualiti amalanguru dalam pengurusan bilikdarjah ketika pembelajaranBahasa Melayu di MRSM.
Analisis dokumenPemerhatianTemu bual guru,Ketua JabatanBahasa dan pelajar(kumpulan fokus)
Proses pemerhatiankualiti melaksanakantemu bual danmenganalisis RPH
Mengenal pasti kualiti amalanguru ketika pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu diMRSM.Mengenal pasti kualiti amalanguru dalam tanggungjawabprofesionalisme danpembelajaran Bahasa Melayu diMRSM.
Analisis dokumenPemerhatianTemu bual guru,Ketua JabatanBahasa danpelajar(kumpulanfokus)
Proses pemerhatiankualiti melaksanakantemu bual danmenganalisis RPH
(bersambung)
80
3.4.5 Kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian
Seterusnya, pengkaji memastikan ketiga-tiga alat kajian mendapat perakuan
pengesahan daripada pakar-pakar yang berkenaan bidang kajian sebagai prosedur
kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian sebelum digunakan untuk proses
pengumpulan data. Sebelum memulakan proses pengumpulan data kajian, rujukan
sumber maklumat daripada pandangan pakar penilai luar adalah penting untuk
mengukur kesahan kandungan senarai semak analisis dokumen, pemerhatian dan soalan
temu bual (Mohd. Majid Konting, 1990). Pengkaji melaksanakan urusan mendapatkan
pengesahan kandungan item alat kajian seperti yang tertera dalam keterangan jadual
3.5. Contoh-contoh surat permohonan yang berkaitan dengan pelaksanaan kajian pula
adalah di lampiran B1.
Jadual 3.5
Kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian
Jadual 3.4 (sambungan)
Soalan kajian Alat kajian Pelaksanaan
Memaparkan matrikskualiti amalan gurudalam pengajarandan PembelajaranBahasa Melayu diMRSM
Menyepadukan hasil datadaripada tiga alat kajiandengan melaksanakantriangulasi terhadappemerhatian, temu bualdan analisis dokumenuntuk mendapatkankesahan data kajian.
81
Tarikh Aktiviti /Tindakan Nama Pakar/Catatan
24Disember
2015
Perbincangan dengan penyelia untukmengenal pasti pakar bidang kajian iaitupakar bidang bahasa dan pakar kurikulumBahasa Melayu.
Penyediaan dokumen alat kajian untuksemakan tiga orang pakar yang telah dikenalpasti.
Dua orang pensyarahpendidikan bahasa diFakulti Bahasa danKomunikasi UPSI.Timbalan Pengarah IIBahasa (Kurikulum)Bahagian PendidikanMenengah (MARA).
19 Januari2016
hingga
27 Januari2016
Permohonan untuk penyemakan kandunganitem instrumen kajian oleh para penilai yangterdiri daripada tiga orang pakar bertujuanuntuk:
i. Menyemak kesesuaian kandungan itemsenarai semak dengan pengukuran penilaiankualiti amalan guru dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu
ii.Menilai kemampuan kandungan rubrikpenilaian kualiti untuk menilai tahap kualitiguru.
iii.Kesesuaian item dalam protokol temubual untuk menguji amalan pelaksanaanpengajaran bahasa Melayu secaramenyeluruh.
1. Dr. Idris MohdRadzi.(Pensyarah)
2. Dr. ZulkifliBin Osman.(Pensyarah)
3. Pn. RosilawatiAbd. Rahman(TimbalanPengarah IIBahasa)
27 Januari2016
hingga29 Februari
2016
Proses semakan dan perbincanganuntukpenambahbaikan kandungan item alatkajian.
Tiga kali sesi perbincangan danpenambahbaikan.
Dua kali secara bersemuka dan sekaliperbincangan melalui talian telefon.Sehubungan dengan itu, menggunakankomen cadangan daripada tiga penilaitersebut pengkaji telah melaksanakanpenambahbaikan terhadap senarai semak,rubrik penilaian dan item temu bual.
Kelemahan yangdibaiki berdasarkanpenilaian pakar:
Item kandungansenarai semakpemerhatian danrubrik penilaiankualiti guru perludimasukkan perkataanyang dapatmemperlihatkan unsurpenerapan tiga prinsipkesempurnaanberbahasa denganjelas.
(bersambung)Jadual 3.5 (sambungan)
Tarikh Aktiviti /Tindakan Nama Pakar/Catatan
82
Soalan temu bualmestilah dalam ayattunggal agar lebihmudah difahami dandijawab olehresponden.
29 Februari2016
Semua semakan selesai dan mendapatpengesahan pakar. Alat kajian bolehdigunakan untuk mengumpul data kajian.
Alat kajian sediadigunakan untukpengumpulan data.
3.4.6 Kajian rintis
Pengkaji turut melaksanakan kajian rintis di sebuah MRSM dan telah berpeluang
melaksanakan kajian rintis sebanyak dua kali pada 4 dan 11 Februari 2016 setelah
mendapat kebenaran daripada pengetua seperti yang tertera di lampiran B4. Pengkaji
telah menetapkan tujuan tertentu dalam setiap tindakan yang dilakukan dalam kajian
rintis ini supaya lebih fokus. Tujuan kajian rintis pada 4 Februari 2016 adalah untuk
membiasakan diri dengan situasi lapangan kajian sebenar dan sebagai proses latihan
kepada pengkaji untuk menjalankan pemerhatian terhadap pengajaran responden. Hal
ini demikian kerana ini ialah kali pertama pengkaji mengutip data kajian di lapangan
menggunakan kaedah kajian kualitatif. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian di
kelas seorang guru Bahasa Melayu untuk melihat cara beliau melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Borang nota pemerhatian, senarai semak dan
rubrik penilaian kualiti guru juga turut dibawa bersama untuk digunakan semasa
pemerhatian.
Pada hari tersebut pengkaji duduk di sudut belakang kelas dan memerhatikan
pengajaran guru sebagai satu sesi pengalaman baru dan membiasakan diri dalam
83
pengumpulan data kajian. Kajian kedua pula ialah pada 11 Februari 2016 tertumpu
kepada aspek temu bual untuk menguji kualiti soalan yang bakal ditanya dalam kajian
sebenar kelak. Dengan itu, pengkaji dapat mengenal pasti kesesuaian soalan yang
dikemukakan kepada responden guru dan pelajar dalam kajian sebenar dan dapat
membuat penambahbaikan atas kelemahan yang telah dikesan pada peringkat awal.
Jadual 3.6 di bawah ini menerangkan hasil dapatan kajian rintis yang telah dilaksanakan
oleh pengkaji.
Jadual 3.6
Dapatan kajian rintis dan cadangan penambahbaikan
Tarikh Responden Kelemahan dan penambahbaikan
4 Februari2016
Guru 01Kelemahan :Penelitian dan fokus pemerhatian tidak boleh terlaluluas kerana sukar untuk diteliti dalam pemerhatian.
Penambahbaikan :Pengkaji perlu fokus kepada aspek yang diujiberdasarkan senarai semak yang telah disediakan.
11Februari
2016
Guru 01Kelemahan :Sesi temu bual tidak boleh terlalu lama kerana akanmemenatkan responden. Hadkan fokus soalan dansoalan perlu mempunyai istilah yang mudah untukdifahami responden kajian.
Penambahbaikan :Masa temu bual dikurangkan kepada 30 minit sahaja.Temu bual difokuskan kepada bahagian tertentu.Istilah yang sukar difahami akan ditukar kepada yanglebih mudah.
(bersambung)
Jadual 3.6 (sambungan)
84
Tarikh Responden Kelemahan dan penambahbaikan
11Februari
2016
Tiga orangpelajar
(kumpulanfokus)
Kelemahan :Terdapat gangguan bunyi bising semasa temu bualpelajar.
Penambahbaikan :Pemilihan tempat temu bual yang perlu lebih sesuaisupaya tiada gangguan agar rakaman lebih berkesan.
Kelemahan :Soalan yang terlalu panjang dan berlapismenyebabkan responden terlupa soalan yang ditanyadan hanya menjawab sebahagian sahaja.
Penambahbaikan :Soalan yang dibina perlu ringkas dan tidak berlapisagar mudah dijawab oleh responden.
3.4.7 Prosedur pengurusan kajian
Rangka kerja yang disediakan oleh pengkaji adalah sebagai garis panduan proses
pengurusan kajian yang lebih sistematik . Terdapat enam perkara utama dalam rangka
kerja yang mengandungi aspek yang tersenarai seperti yang dipaparkan dalam jadual
3.7. Pengkaji memulakan pengurusan kajian dengan mendapatkan pengesahan pakar
untuk kesahan kandungan bagi senarai semak, rubrik penilaian kualiti guru dan
protokol temu bual. Seterusnya kajian rintis dilaksanakan di salah sebuah MRSM.
Dalam masa yang saya pengkaji mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada
Pengarah Bahagian Inovasi dan Penyelidikan MARA, Kuala Lumpur untuk
menjalankan kajian di premis MARA. Proses mendapatkan keizinan menjalankan
kajian dilaksanakan oleh pengkaji dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak
MARA.
85
Selepas mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian pengkaji pergi ke dua
buah MRSM yang telah dipilih sebagai tempat kajian untuk bertemu dengan Pengetua-
pengetua MRSM dan Ketua Jabatan Bahasa. Perbincangan dengan pengetua dan Ketua
Jabatan Bahasa MRSM adalah untuk mendapatkan senarai nama guru Bahasa Melayu
sebagai responden kajian. Oleh itu, dengan persetujuan tersebut pengkaji akhirnya dapat
bertemu dengan responden untuk tujuan pengesahan penerimaan sebagai responden
kajian dan menetapkan tarikh kutipan data kajian. Pengkaji berbincang dengan
responden tentang persetujuan dan kerelaan mereka untuk menjadi responden kajian
dan jadual lawatan seterusnya yang ditentukan berdasarkan keselesaan kesemua
responden kajian. Contoh-contoh surat permohonan dan kelulusan menjalankan kajian
adalah seperti yang tertera di lampiran B3.
Jadual 3.7
Prosedur pengurusan kajian
Aktiviti Tarikh Sasaran
i. Mendapatkankesahankandungan alatkajian daripadatiga orangpakar
17 Januari - 1 Februari2016
Pakar bidang bahasadan kurikulum BahasaMelayu
ii. Kajian rintis 4 dan, 11 Februari 2016 Seorang guru BahasaMelayu di MRSMpengkaji.
iii. Mendapatkankebenaran bertulismenjalankan kajian
10 Februari 2016 Pengarah Inovasi danPenyelidikan MARAKuala Lumpur
(bersambung)
86
Jadual 3.7 (sambungan)
Aktiviti Tarikh Sasaran
iv. Perbincangan denganPengetua dan KetuaJabatan Bahasa di duabuah MRSM untukmenjalankan kajian
17 &18 Februari 2016 Pengetua MRSM/KetuaJabatan Bahasa.
v. Perbincangan denganpartisipan kajian
17 & 18 Februari 2016 Perbincanganpelaksanaan kajiandengan empatresponden guru BahasaMelayu di dua buahMRSM
vi. Menjalankan kajiananalisis dokumenRPH, pemerhatianpengajaran guruBahasa Melayu, temubual guru dan pelajarkumpulan fokus
MRSM 01
3 Mac 2016 & 24 Mac2016
MRSM 02
4 Mac 2016 & 31 Mac2016
Pengumpulan datakajian
i. Analisisdokumen
ii. Pemerhatian
iii. Temu bual
3.5 Pengumpulan data kajian
Pengumpulan data analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual dilaksanakan
mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian ini.
87
3.5.1 Data analisis dokumen
Setiap responden akan menyerahkan satu salinan rancangan pengajaran harian masing-
masing kepada pengkaji sebelum proses pencerapan atau pemerhatian dijalankan. Oleh
itu, dengan masa yang ada itu, pengkaji meneliti dan menganalisis dokumen RPH
tersebut sama ada telah ditulis dengan sempurna atau tidak dari aspek perancangan dan
persediaan pengajaran. Pengkaji menganalisis tatacara perancangan dan persediaan
tersebut secara holistik dan membuat penilaian kualiti amalan perancangan dan
pengajaran guru menggunakan senarai semak dengan garis panduan tahap kualiti
berdasarkan rubrik kualiti amalan yang telah disediakan untuk kajian ini. Oleh sebab
kajian ini melibatkan dua rancangan pengajaran harian, pengkaji akan membina jadual
matriks yang merujuk rumusan tahap kualiti responden-responden tersebut. Pengkaji
juga meneliti dan memahami perancangan yang dibuat oleh responden bagi
memudahkan pengkaji melihat pelaksanaan amalan tersebut secara realiti semasa
pengajaran dan pembelajaran kelak.
3.5.2 Data pemerhatian
Pemerhatian dibuat sebanyak lapan kali iaitu dua kali sahaja bagi setiap responden
guru. Jadual pencerapan atau pemerhatian telah ditetapkan lebih awal melalui
perbincangan pada pertemuan pertama. Pada setiap kali pemerhatian dijalankan
mengambil masa lapan puluh minit. Responden juga dibenarkan untuk mengajar topik
dan kemahiran yang berbeza mengikut pilihan masing-masing dengan berdasarkan
perancangan dalam rancangan pengajaran tahunan. Sehubungan dengan itu, situasi
tersebut memudahkan pengkaji bagi memungut data kajian tentang amalan setiap
88
responden tersebut. Semasa pencerapan dijalankan, pengkaji akan duduk di sudut
belakang kelas untuk memerhatikan amalan guru secara langsung tanpa memberikan
sebarang campur tangan dalam sesi tersebut. Pengkaji tidak memainkan sebarang
peranan atau fungsi sebagai guru dan hanya kekal sebagai pemerhati sahaja dari awal
hingga akhir. Oleh itu, pengkaji tidak membuat apa-apa keputusan dalam pelaksanaan
kajian atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan penyeliaan yang bertepatan
dengan saranan Othman (2009), bahawa pengkaji hanya memerhatikan peristiwa sahaja
tanpa mengganggu responden kajian. Hal ini bermakna tingkah laku dan interaksi guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan terus berjalan seperti biasa apabila
responden berasa selesa dan tidak terganggu dengan kehadiran pengkaji.
Pengkaji hanya duduk di belakang kelas responden kajian dan membuat
pemerhatian penuh dengan merekod semua aktiviti yang berlaku tanpa penglibatan dan
mengukur kualiti berdasarkan senarai semak. Selain itu, pengkaji menyediakan nota
pemerhatian yang digunakan untuk mencatat amalan setiap responden semasa
pemerhatian dilaksanakan pada sesi pengajaran. Contoh senarai semak dan nota
pemerhatian boleh dirujuk di dalam lampiran A1 dan A3. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan borang senarai semak pemerhatian yang mengandungi elemen-elemen
pemerhatian tahap kualiti amalan guru beserta pemarkahan pencerapan. Setiap kriteria
amalan pengajaran guru akan dinilai kualitinya berdasarkan item-item pengukuran
rubrik kualiti amalan guru yang telah disediakan pengkaji. Pengukuran kualiti guru
dalam pencerapan tersebut akan dianalisis kerana pengkaji akan menilai responden
kajian berdasarkan rubrik penilaian kualiti. Penyelidik juga mendapatkan kebenaran
daripada responden untuk merakam, menyimpan dan meneliti bahan-bahan yang
berkaitan dengan soalan kajian. Menurut Patton (2002) pengkaji mesti mematuhi etika
89
kajian semasa pelaksanannya. Rakaman video tentang situasi pengajaran guru turut
dibuat untuk memudahkan pengkaji meneliti semula amalan pelaksanaan tahap kualiti
amalan-amalan guru semasa pengajaran dan pembelajaran semasa menganalisis data
kelak.
3.5.3 Data temu bual
Temu bual dijalankan sebanyak tiga kali bagi setiap responden guru, sekali bagi setiap
kumpulan pelajar secara berfokus dan sekali temu bual bagi Ketua Jabatan Bahasa.
Pengkaji akan merekod temu bual dengan menggunakan alat perakam audio supaya
memudahkan urusan transkripsi secara verbatim selesai temu bual tersebut. Temu bual
separa berstuktur digunakan bagi memastikan temu bual yang dijalankan terhadap guru
dan pelajar berjalan secara terarah. Selain itu, dalam pengumpulan data temu bual aspek
perlakuan bukan lisan responden seperti memek muka, pergerakan mata dan gerak-geri
badan juga direkod oleh pengkaji kerana dapat memberi maklumat tambahan. Sesi temu
bual dijalankan di bilik khas di MRSM yang terlibat supaya tidak terganggu dengan
kehadiran orang lain atau ganguan bunyi bising. Walau bagaimanapun, sesi temu bual
dengan pelajar hanya diadakan di kawasan yang berhampiran dengan kelas untuk
memastikan pelajar boleh segera ke kelas untuk mengikut sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek yang lain pula.
Temu bual separa berstruktur terhadap guru melibatkan enam guru, iaitu empat
guru mata pelajaran Bahasa Melayu sebanyak tiga kali dan sekali temu bual terhadap
dua orang Ketua Jabatan Bahasa dan 24 orang pelajar dengan tiga orang sekumpulan
selepas tamat sesi pengajaran guru. Pengkaji telah melaksanakan temu bual secara
90
perseorangan bagi responden guru dan temu bual secara berkumpulan pada satu-satu
masa secara kumpulan fokus pagi pelajar responden guru. Sesi temu bual guru pada kali
pertama berfokus kepada aspek perancangan dan persediaan pengajaran sahaja. Sesi
temu bual kedua pula fokus pada amalan pengurusan bilik darjah dan amalan
pengajaran. Sesi temu bual ketiga lebih tertumpu kepada tanggungjawab
profesionalisme.
Temu bual guru dilaksanakan secara dua pihak iaitu seorang responden guru dan
pengkaji sahaja pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, oleh sebab kekangan masa
apabila tarikh temu bual tersebut bertembung dengan hari pengumuan keputusan
Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), pengkaji terpaksa melaksanakan temu
bual antara responden R01 dan R02 secara sekali gus berdasarkan permintaan dan
keselesaan responden tersebut. Temu bual separa berstruktur dilakukan kepada kepada
lapan kumpulan fokus pelajar (tiga orang pelajar bagi setiap kumpulan). Penggunaan
teknik temu bual berkumpulan kepada pelajar dapat memastikan mereka berasa selamat
untuk berkongsi idea, memberi pendapat, meluahkan kepercayaan dan sikap dalam satu
kelompok yang berbeza latar belakang. Dengan ini pengkaji boleh mendapatkan
‘maklumat yang segar’ daripada responden kajian tentang kualiti amalan pengajaran
dan pembelajaran guru Bahasa Melayu. Antara maklumat yang ditanya daripada pelajar
ialah kerelevanan isi kandungan, kebolehcapaian objektif pelajaran, kebolehlaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran dan pandangan pelajar terhadap kualiti amalan
guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menggunakan protokol temu bual
separa berstruktur kepada semua responden mengikut seperti yang dinyatakan dalam
lampiran.
91
3.6 Pengumpulan data kajian
Data yang diperoleh secara rakaman terus ditranskripi agar memudahkan pengkaji
ketika proses menganalisis data kelak. Di samping itu, pengkaji akan mendengar
rakaman temu bual, menonton bahan-bahan video, membaca data secara berulang-
ulang kali dan kemudian perlu menyediakan ringkasan memo sebelum proses analisis
secara formal bermula. Pembacaan semula data yang telah dikumpul ketika itu adalah
sangat penting untuk pengkaji meningkatkan kefahaman dengan data sedia ada.
Pengkaji melaksanakan transkripsi melalui dua pendekatan. Kaedah pertama secara
transkripsi secara verbatim, iaitu pengkaji mencatatkan semua perkataan yang
diucapkan oleh responden semasa sesi tanpa meninggalkan sebarang bentuk pertuturan,
walaupun dalam bentuk-bentuk bunyi marginal seperti “Aaah…”, setiap butir kata ,
termasuklah bunyi yang keluar daripada peserta, tingkah laku dan air muka peserta
kajian perlu direkod dengan teliti kerana perlakuan tersirat ini turut memberi makna
pada kajian. Kaedah yang kedua ialah transkripsi pada peringkat mesej. Pengkaji
mengenal pasti jenis ayat yang dituturkan pengkaji dan ini memudahkan pengkaji untuk
mengesan fungsi dan tujuannya contoh seperti ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya
atau ayat seruan. Pengkaji juga tidak akan membuat apa-apa perubahan perkataan atau
struktur ayat yang digunakan oleh responden kajian semasa membuat transkripsi agar
dapat menjaga keaslian maklumat data kajian ini. Setelah ditranskripsi pengkaji
menyerahkan data kepada setiap responden untuk disemak semula bagi mendapatkan
kesahan.
Selain itu pengkaji memberikan semua transkripsi dengan nombor kod tertentu
sebagai satu cara menyusun atur teks untuk dibuat interpretasi. Menurut Othman
(2009) orang yang ditemu bual perlu diberi nama samaran atau dirujuk dengan nombor
92
kod tertentu agar mudah untuk dikenal pasti misalnya jenis data, sumber data, nombor
data serta nombor muka surat di mana sesuatu data diperoleh yang dikod di bahagian
atas sebelah kanan muka surat. Contoh kod yang digunakan untuk transkrip temu bual,
sumber data pertama dan nombor muka surat ialah sebagai T/R01/2/1. (T) merujuk
temu bual, (R) merujuk responden, (01) merujuk responden pertama, (2) merujuk temu
bual kali kedua dan (1) merujuk muka surat pertama. Kod T/PR02/1/2 ialah (T)
merujuk temu bual , (P) merujuk pelajar (R02) merujuk responden 2, (1) merujuk kali
pertama dan (2) merujuk muka surat 2. Manakala kod NP/R03/1/3 ialah (NP) merujuk
nota pemerhatian, (R03) merujuk responden 3, (1) merujuk nota pemerhatian kali
pertama dan (3) merujuk muka surat 3. Seterusnya, apabila pengumpulan data menjadi
semakin kompleks, pengekodan yang lebih luas akan dibentuk oleh pengkaji
3.7 Prosedur penganalisan data
Pengkaji melakukan prosedur penganalisisan data pemerhatian, temu bual dan bukti
dokumen setelah selesai semua proses pengumpulan data. Dalam kajian ini,
penganalisisan data-data yang telah diperoleh daripada ketiga-tiga alat kajian ini
dianalisis oleh pengkaji mengikut kaedah langkah analisis data oleh Miles dan A.M
Huberman (1994). Rajah 3.1 menjelaskan tatacara penganalisisan data kajian. Terdapat
tiga langkah yang digunakan untuk analisis data iaitu i) mereduksi data, ii) memaparkan
data dan iii) membuat kesimpulan dan pengesahan.
93
Rajah 3.1. Analisis data secara interaktif. Model Interaktif (M.B Miles & A.M.
Huberman, 1994)
Proses mereduksi data ialah tindakan pengkaji untuk memilih, menyederhanakan,
mengabstrakkan dan mentransformasikan data yang diperoleh daripada kajian.
Dalam kajian ini, pengkaji akan mengumpulkan data transkripsi rakaman temu bual
dan nota pemerhatian. Proses memaparkan data ialah tindakan mengorganisasikan
data dalam bentuk catatan pemerhatian lanjutan dengan kaedah mengelompokkan
transkripsi berdasarkan tema-tema dan subtema yang telah ditemui oleh pengkaji.
Seterusnya apabila semua data telah dianalisis data pengkaji akan melaporkan data,
membuat kesimpulan pengesahan dapatan kajian bagi menjawab soalan-soalan
kajian ini.
Dalam penganalisisan data kajian ini, pengkaji telah merekodkan catatan nota
pemerhatian dan temu bual supaya dapat memudahkan data dijejaki. Perkara yang
Pengumpulan dataPemaparan data
Reduksi data
Membuat kesimpulan danverifikasi
94
direkod ialah nama peserta, tarikh, masa, ringkasan tentang suasana ketika temu bual
dan pemerhatian. Pengkaji akan membuat semakan dengan mendengar rakaman dan
melihat transkripsi tersebut secara berkali-kali. Proses ini ialah cara untuk
mengorganisasikan data dalam bentuk catatan pemerhatian lanjutan iaitu dengan
mengelompok transkripsi berdasarkan tema-tema yang tertentu yang berkaitan
dengan fokus kajian. Bagi menghasilkan dapatan data yang kukuh pengkaji telah
melaksanakan proses penyaringan data dengan cara yang berikut :
i. Dalam pembacaan transkripsi kali pertama, pengkaji telah mewarnakan
perkataan-perkataan, frasa-frasa, ayat-ayat dan ungkapan penting daripada
transkripsi asal.
ii. Seterusnya pengkaji menentukan kategori koding, perkataan, frasa, ayat dan
ungkapan-ungkapan penting yang sesuai. Saldana (2009). Kaedah
provisional coding atau koding sementara diguna bagi menganalisis tema-
tema yang ditentukan lebih awal berdasarkan sorotan kajian, konseptual
kajian, dapatan kajian terdahulu, kajian rintis dan pengalaman pengkaji.
iii. Kemudian, pengkaji memindahkan perkataan-perkataan, frasa-frasa, ayat-
ayat dan ungkapan penting ke dalam kategori matrik mengikut amalan guru
dalam pengajaran. Pengkaji memfokuskan perbincangan dengan
menggunakan analisis berdasarkan tema.
iv. Pengkaji membuat rumusan keseluruhan sebagai pengesahan berdasarkan
gabungan beberapa analisis maklumat melalui proses triangulasi di peringkat
akhir penyelidikan ini. Proses triangulasi data dilaksanakan bertujuan untuk
meningkatkan kebolehpercayaan dan mengukuhkan kesahan data bagi
95
menjawab empat soalan kajian ini. Pengkaji menggunakan triangulasi kaedah
dengan membuat perbandingan antara sumber data yang diperoleh melalui
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual untuk menyemak kredibiliti
data. Hasil dapatan dipaparkan dalam bentuk jadual matriks triangulasi
kaedah. Seterusnya, apabila selesai analisis data, pengkaji dapat menulis
laporan kajian secara lengkap.
3.8 Rumusan
Bab 3 ini membincangkan metodologi kajian yang telah digunakan oleh pengkaji
semasa melaksanakan kajian. Pengkaji menumpukan aspek reka bentuk kajian,
pemilihan responden, pemilihan tempat kajian dan instrumen yang digunakan di
tempat kajian. Sehubungan itu, pengkaji akan melaksanakan proses pengumpulan
data kajian menggunakan tiga instrumen iaitu pemerhatian, temu bual separa
berstruktur dan juga analisis dokumen rancangan pengajaran harian. Di peringkat
terakhir, pengkaji melaksanakan proses penganalisisan data. Dengan kaedah
trangulasi data maka kesahan dan kebolehpercayaan kajian menjadi lebih relevan
serta dapat ditadbir mengikut metodologi kajian kualitatif.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Penulisan bab empat ini membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan maklumat
dan juga data yang telah diperoleh oleh pengkaji. Bab ini menjawab empat soalan kajian
yang telah dinyatakan di peringkat awal kajian. Analisis maklumat dan data kajian ini
diperoleh daripada hasil dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang
dilaksanakan kepada empat orang guru, dua puluh empat orang pelajar dan dua orang
Ketua Jabatan Bahasa MRSM yang terlibat. Kajian ini dilaksanakan di dua buah MRSM
yang terletak di negeri Perak. Pengkaji telah menganalisis maklumat ini dengan
mengikut tatacara penganalisisan data yang telah dirancang di peringkat awal. Oleh
yang demikian, semua data dan maklumat yang diperoleh telah menjawab empat soalan
kajian ini.
97
i. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam menyediakan rancangan pengajaran
harian Bahasa Melayu di MRSM?
ii. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam pengurusan bilik darjah ketika
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
iii. Apakah amalan guru yang berkualiti ketika pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di MRSM?
iv. Apakah amalan guru yang berkualiti dalam tanggungjawab pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Apakah amalan guru yang berkualiti dalam menyediakan rancanganpengajaran harian Bahasa Melayu di MRSM?
Kajian ini akan menganalisis data kajian enam elemen amalan daripada domain
perancangan dan persediaan pengajaran guru Bahasa Melayu yang diperoleh daripada
tiga alat kajian iaitu temu bual, analisis dokumen rancangan pengajaran harian
responden dan pemerhatian oleh pengkaji. Keterangan dapatan dibuat berdasarkan satu
persatu komponen mengikut turutan dapatan daripada tiga alat pengukuran kualiti, iaitu
temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi tujuan trangulasi. Sehubungan
dengan itu, dapatan kajian ini akan memperlihatkan kesahan data yang sepatutnya.
a) Memperlihatkan pengetahuan dalam kandungan subjek Bahasa Melayu dan
pedagogi mengikut prinsip maklumat
b) Memperlihatkan pengetahuan tentang pelajar
98
c) Memilih matlamat pengajaran
d) Memperlihatkan pengetahuan tentang sumber
e) Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang koheren mengikut prinsip
maklumat
f) Menilai pembelajaran pelajar
Dapatan kajian daripada temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian
mengesahkan bahawa responden guru dalam kajian ini mempunyai prestasi yang baik
dalam empat amalan domain ini iaitu penentuan matlamat pengajaran, memperlihatkan
pengetahuan tentang sumber, menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang koheren
dan menyediakan penilaian kepada pelajar. Secara keseluruhannya kualiti amalan
responden guru dalam amalan-amalan perancangan dan persediaan pengajaran
menunjukkan tahap kualiti yang baik. Jadual 4.1 menunjukkan dapatan kajian secara
keseluruhan dalam amalan domain perancangan dan persediaan pengajaran berdasarkan
keenam-enam elemen yang menjelaskan ciri-ciri amalan guru secara lengkap.
Namun demikian dapatan kajian dalam amalan komponen pedagogi dan elemen
pengetahuan tentang pelajar pula menunjukkan perbezaan dapatan antara alat kajian.
Dapatan kajian daripada analisis dokumen telah menunjukkan perbezaan berbanding
dengan dapatan temu bual dan pemerhatian yang menjelaskan bahawa terdapat
kekurangan dalam penulisan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar
oleh sebahagian responden guru. Objektif mereka tidak menerangkan kriteria atau
piawaian aspek kecekapan yang perlu dicapai oleh pelajar. Oleh itu, amalan ilmu
pengetahuan pedagogi iaitu aspek penulisan objektif pengajaran perlu ditambah baik
99
oleh para guru. Selain itu, didapati ada segelintir guru yang tidak mengambil berat
terhadap amalan pengetahuan tentang pelajar sebelum menyediakan perancangan dan
persediaan pengajaran harian masing-masing sebelum memulakan pengajaran.
Maklumat lanjut berkaitan dapatan kajian dalam domain ini diterangkan secara
terperinci seperti di bawah :
Jadual 4.1
Kualiti amalan guru dalam perancangan dan persediaan pengajaran
Domain 1 :
Perancangandan persediaan pengajaran
Responden01
Responden02
Responden03
Responden04
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
1a) Memperlihatkanpengetahuan kandungandan pedagogi
/ / / / / / / / X / / X
1b) Memperlihatkanpengetahuan tentangpelajar
/ / / / / / / / / / / X
1c) Memilih matlamatpengajaran
/ / / / / / / / / / / /
1d) Memperlihatkanpengetahuan tentangsumber
/ / / / / / / / / / / /
1e) MenyediakanPengajaran danpembelajaran yang koheren
/ / / / / / / / / / / /
1f) Menilai pembelajaranpelajar
/ / / / / / / / / / / /
100
4.2.1.1 Memperlihatkan pengetahuan dalam kandungan subjek Bahasa Melayudan pedagogi mengikut prinsip maklumat
Data temu bual menunjukkan bahawa guru-guru menjelaskan bahawa mereka
mempunyai ilmu pengetahuan kandungan dan ilmu pedagogi yang luas dan mantap.
Contohnya, mereka memperakui memiliki ilmu tersebut yang diimplimentasikan
daripada kemahiran yang diperoleh daripada pengajian Bahasa Melayu di Universiti
dan Diploma Pendidikan. Hal ini disokong berdasarkan data pemerhatian yang
menunjukkan bahawa kesemua guru dalam kajian ini telah berjaya menyediakan
perancangan dan persediaan pengajaran sebelum masuk ke kelas. Tingkah laku guru
ini mencerminkan bahawa mereka bersedia untuk melaksanakan amalan pengajaran
yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, dapatan
analisis dokumen rancangan pengajaran harian menunjukkan perbezaan dapatan
berbanding dengan dapatan temu bual dan pemerhatian. Terdapat kekurangan ilmu
pengetahuan pedagogi oleh sebahagian kecil guru. Contohnya, dapatan menunjukkan
terdapat kekurangan dalam penulisan objektif pengajaran Didapati ada guru yang tidak
menerangkan kriteria atau piawaian paras kecekapan yang perlu dikuasai oleh pelajar
dalam penulisan objektif secara jelas dan tepat. Oleh itu, secara keseluruhannya
dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya sebahagian guru sahaja yang mempunyai
pengetahuan dalam kandungan subjek Bahasa Melayu dan pedagogi. Maklumat lanjut
berkaitan kajian adalah seperti yang berikut :
Dalam kajian ini menunjukkan semua responden yang dikaji mempunyai
pengetahuan yang mantap tentang kandungan subjek Bahasa Melayu dan pedagogi
bahasa. Data temu bual menunjukkan bahawa keempat-empat responden mengakui
akan kepentingan penyediaan rancangan persediaan pengajaran sebelum memulakan
101
proses pengajaran dan pembelajaran. Tiga responden guru menjelaskan bahawa mereka
mempunyai ilmu pengetahuan kandungan yang luas dan mantap kecuali R03 yang
hanya menyatakan bahawa beliau mempunyai ilmu mengikut keperluan sahaja. Mereka
mempunyai ilmu pedagogi yang diimplimentasikan daripada kemahiran yang diperoleh
daripada pengajian Bahasa Melayu di Universiti dan Diploma Pendidikan.
Contohnya, R01, menjelaskan bahawa beliau mempunyai pengetahuan
kandungan subjek yang luas dan mantap tetapi masih ada pengetahuan yang perlu
diperkasakan terutama dari segi tatabahasa. Walau bagaimanapun beliau berpendapat
bahawa akan sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memantapkan ilmu sedia
ada ke peringkat yang lebih baik. Begitu juga dengan R02 dan R03 yang mengatakan
mereka memastikan penggunaan kepelbagaian pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu diaplikasikan yang diperoleh semasa pengajian diploma
pendidikan guru. Amalan tersebut disesuaikan mengikut keperluan pengajaran dan
pembelajaran pada hari berkenaan.
“Ya dalam penyediaan RPH saya mempunyai pengetahuan subjek yang sangatluas dan mantap yang merangkumi aspek tatabahasa aa..penulisan dan jugaKOMSAS. Dari sudut pandangan saya sendiri dalam aspek kandungan subjekmasih ada yang perlu saya perkasakan terutama dari segi aspek tatabahasa.Namun, saya juga berusaha dari semasa ke semasa untuk berusahamemantapkan lagi pengetahuan saya dalam subjek Bahasa Melayu”.
“Dari segi pedagogi pula, saya sentiasa mengikuti mengikuti perkembanganpedagogi terkini selari dengan arus perkembangan pendidikan semasa supayadapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagaicontoh pada masa ini guru-guru adalah digalakkan untuk mengaplikasikanaa..KBAT atau kemahiran berfikir aras tinggi kepada pelajar semasa merekamenjawab soalan dan juga penggunaan ‘I-think’ dalam sesi pengajaran”.
(T/R01/1/1)
102
“Sebagai guru perlulah mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa”.
(T/R01/1/2)
“Saya mempunyai pengetahuan subjek yang sangat luas dan mantap tetapidengan pengalaman mengajar selama lapan tahun saya mengakui masih lagibelajar untuk memantapkan pengetahuannya dalam Bahasa Melayu dari semasake semasa. Dari segi pedagogi saya mungkin tidak mengikuti pedagogi terkinitetapi saya cuba pastikan saya menggunakan pelbagai pedagogi semasamerancang pengajaran saya”.
(T/R02/1/1)
“Saya mempunyai ilmu pengetahuan kandungan dan pedagogi Bahasa Melayuyang sepatutnya dimiliki oleh guru”.
(T/R03/1/1)
“Pedagogi terkini….emm…saya pun kurang pastilah yang terkini tu apa..tapisaya melakukan yang rutin seperti biasa”.
(T/R03/1/2)
“Saya mempunyai pengetahuan kandungan subjek Bahasa Melayu oleh sebabsememangnya memperoleh maklumat tersebut dalam pengajian di universitilagi tetapi pengetahuan itu akan ditambah dari semasa ke semasa”.“Dari segi pedagogi saya amalkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakanguru yang lain supaya lebih peka dengan perkembangan terkini. Penggunaanteknologi terkini adalah sebagai inovasi yang menjadi medium perantaraan ilmuagar tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan global”.
(T/R04/1/1)
“Aa… pada sayalah memang mencabar kerana pelajar sendiri pun memang dahada pengetahuan semuanya di hujung jarilah. Dan macam kita pun kita mestimengikut arus tersebut dan kita seiring dengan pelajar. Ok.kadang-kadangpelajar lebih tahu daripada kita sebab dia terdedah dengan internet dansebagainya. Maksudnya jika kita bagi input yang salah maka benda tu akanmenjadi satu komplikasi kepada pelajarlah dan pelajar itu boleh mengenal pastioleh pelajarlah dan di situ ada percanggahanlah”.
(T/R04/1/2)
103
Amalan guru ini turut disokong melalui dapatan temu bual dengan Ketua
Jabatan Bahasa.
“Mereka kena sediakan RPH sebab kita akan semak buku rekod pengajaran tu.Disebabkan itu mahu tak mahu mereka perlu disediakanlah. Belakangnya adarefleksi pengajaran . dengan itu kita akan tengok ada masalah atau tidak. Kalauada kita akan tengoklah sama-sama untuk berbincang”.
(T/KJ01/1/1)
Hal ini disokong pula melalui data daripada analisis dokumen responden guru.
Berdasarkan data analisis dokumen rancangan pengajaran harian dapatan kajian
memperlihatkan bahawa kesemua responden terbukti telah dapat menghasilkan
perancangan dan persediaan pengajaran. Objektif pengajaran dibina dengan merujuk
kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu dan huraian hasil pembelajaran tingkatan
yang berkenaan. Melalui analisis dokumen ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa
hanya responden R01 dan R02 yang dapat membina objektif pengajaran dengan jelas
dan tepat. Objektif tersebut dapat mengukur keupayaan para pelajar melaksanakan
aktiviti dan menyelesaikan latihan berkaitan topik yang disediakan oleh guru. Contoh
amalan guru dalam dokumen penulisan RPH responden adalah seperti yang berikut:
Tajuk/Tema : Karangan Pendapat : Cara-Cara Menghargai Jasa Ibu.
Objektif : Pelajar dapat :
i. Menghuraikan empat cara menghargai jasa ibu.
ii. Mengemukakan tiga ungkapan menarik berkaitan isu.
iii. Menulis karangan lengkap “Cara-Cara Menghargai Jasa Ibu”
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalamperbincangan.
104
Aras 1(iii): Mengemukakan pendapat dengan mengemukakan contoh yangsesuai.
Fokus sampingan :
9.1 Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa dan ayat yangtepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.
Aras 1 (iv) Memberikan pendapat dengan alasan yang sesuai untuk membuatpembentangan.
(AD/R01/2/1)
Tajuk/Tema : Karangan : Penagihan Dadah di Malaysia
Objektif : Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat :
. Membincangkan dua punca penagihan dadah di Malaysia.
ii. Menyenaraikan dua kesan penagihan dadah di Malaysia.
iii. Mengenal pasti dua langkah mengatasi penagihan dadah diMalaysia.
iv. Membina lima ayat majmuk berdasarkan isu.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isipenting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Aras 1(i) Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi pentingdaripada pelbagai bahan.
Fokus sampingan :
5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat pada sesuatu bahan.
Aras 2 (i) : Meneliti dan mengutarakan fakta dan pendapat dalam bahan denganmemberikan alasan yang sesuai.
(AD/R02/1/1)
Namun demikian, terdapat kekurangan dalam binaan objektif pengajaran
responden R03 dan R04. Objektif mereka tidak menerangkan kriteria atau piawaian
bilangan kecekapan yang perlu diperoleh pelajar demi mencapai objektif. Contohnya
dalam pernyataan objektif responden R03, perkara yang menarik dalam karya
sepatutnya ditulis menyatakan tiga perkara yang menarik dalam Drama Berkhidmat
untuk Negara.
105
Tajuk/Tema : KOMSAS : Drama Berkhidmat untuk Negara
Objektif : Pelajar dapat :
i. Menceritakan maksud karya secara keseluruhan.
ii. Menyatakan perkara yang menarik dalam karya
iii. Menjawab soalan pemahaman dengan jawapan yang tepat.
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya.
Aras 1(ii): Menghuraikan aspek perkara yang menarik dalam karya prosa dan
puisi.
Fokus sampingan :
9.4 Menyediakan hujah dan alasan serta menyampaikan maklumat untuksesuatu pembentangan.Aras 3 (i) menentukan hujah yang mantap berdasarkan rujukan dan bukti
(AD/R03/2/1)
Tajuk/Tema : Peribahasa : Aplikasi dalam binaan ayat.
Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar dapat :
i. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.
ii. Membezakan maksud mengikut jenis-jenis peribahasa.
iii. Pelajar dapat membina lima ayat berdasarkan peribahasa terpilih.Hasil Pembelajaran: -
(AD/R04/2/1)
Data analisis dokumen turut menunjukkan bahawa kesemua responden guru
telah dapat merancang set induksi mereka menggunakan bahan pelbagai sumber sama
ada daripada internet, tayangan video, youtube dan gambar-gambar berkaitan isu yang
akan diajar dan ditayangkan di layar menggunakan paparan hablur cecair atau liquid
crystal display (LCD). Set Induksi yang dihasilkan berbantukan Internet dan komputer
berjaya menarik pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana
mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
106
Set Induksi :
Guru menayangkan video kisah Si Tanggang.
Guru dan pelajar bersoal jawab tentang situasi yang dilihat daripada video.(AD/R01/1/2)
Set Induksi :
Guru menayangkan klip video tentang kempen antidadah kepada pelajar.
Para pelajar memberikan pandangan mereka tentang perkara yang merekatafsirkan.
(AD/R02/1/2)
Set Induksi :
Guru menayangkan gambar-gambar tentang Program Latihan Khidmat Negarakepada pelajar.
Guru meminta pelajar menyatakan pendapa mereka dan pemahaman merekatentang PLKN.
(AD/R03/1/2)Set Induksi :
Guru menyerahkan lembaran akhbar kepada para pelajar.
Guru meminta pelajar membaca lembaran akhbar yang diberikan.(AD/R04/1/2)
Dalam setiap langkah pengajaran pula, responden kajian mencatatkan kaedah,
teknik dan alat serta bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Langkah-langkah
pengajaran tersebut ditulis oleh responden mengikut urutan agar boleh mencapai
objektif pengajaran serta dipraktikkan dalam penyampaian pengajaran dengan
berkesan. Amalan ini menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan tugas mereka
dengan terancang dan sistematik agar penyampaian maklumat lebih berkesan. Falsafah
yang tersirat dalam amalan ini ialah amalan guru yang tertib ini akan memberi manfaat
yang besar dalam dunia pendidikan.
Dapatan daripada nota pemerhatian menunjukkan bahawa keempat-empat
responden telah berjaya menyediakan perancangan dan persediaan pengajaran sebelum
107
masuk ke kelas. Tingkah laku guru ini mencerminkan bahawa mereka bersedia untuk
melaksanakan amalan pengajaran yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.2.1.2 Memperlihatkan pengetahuan tentang pelajar
Data temu bual menunjukkan responden guru mengambil berat tentang peri pentingnya
perancangan pengajaran yang mesti mengambil kira aspek pengetahuan tentang pelajar.
Perkara ini diberi penekanan agar perancangan dan persediaan pengajaran itu sesuai
dengan para pelajar yang terlibat. Data pemerhatian juga menyokong perkara yang sama
apabila menunjukkan bahawa guru mengambil berat aspek pengetahuan sedia ada para
pelajar kerana mereka turut mengaitkan binaan rancangan RPH yang dibina dengan
pengetahuan pelajar sendiri. Buktinya, respons yang baik telah diterima daripada para
pelajar apabila mereka telah memberikan fokus dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran harian tanpa sebarang masalah pembelajaran.
Trend yang sama juga dapat dilihat daripada dapatan analisis dokumen
rancangan pengajaran harian yang memperlihatkan amalan ini diambil berat oleh
hampir semua guru namun masih terdapat sebahagian kecil guru yang tidak
mencatatkan pengetahuan sedia ada responden dalam RPH. Secara keseluruhannya,
dapatan kajian meunjukkan bahawa sebahagian besar responden guru melaksanakan
amalan mengambil berat aspek pengetahuan tentang pelajar. Hanya seorang guru yang
tidak mencatatkan maklumat pengetahuan sedia ada pelajar dalam RPH. Keterangan
lanjut butiran kajian adalah seperti berikut :
108
Data temu bual menunjukkan keempat-empat responden guru mengambil berat
tentang peri pentingnya perancangan pengajaran yang mesti mengambil kira aspek
pengetahuan tentang pelajar. Perkara ini diberi penekanan agar perancangan dan
persediaan pengajaran itu sesuai dengan para pelajar yang terlibat.
“Ya …aa….sebelum menyediakan perancangan pengajaran saya akanmengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan apa yang akan dipelajari.Sebagai contoh, aa….jika saya akan mengajar KOMSAS saya akanmempastikan dahulu pelajar sedia membaca lebih dulu karya yang akandipelajari. Ya. Dalam merancang pengajaran, saya perlu mengambil kira tentangkesesuian umur pelajar. Sebagai contoh aktiviti yang saya lakukan padatingkatan 1 mestilah bersesuaian dengan umur mereka dan begitu juga denganpelajar tingkatan 5 saya perlu merancang pengajaran yang bersesuaian denganmereka sebagai golongan remaja”.
(T/R01/1/2)
“Pengetahuan guru tentang pelajar contohnya amalan mengaitkan perancangandengan kesesuaian umur pelajar dapat membantu guru untuk mendekati pelajardan memudahkan pelajar untuk memahami apa-apa yang akan disampaikanoleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran”.
(T/R02/1/2)
“Kita kena ambil tahu jugalah kalau kita nak masuk sesuatu topik tu”..(T/R03/1/2)
“Saya rasa memang setiap kelas kita akan cuba kaitkan dengan apa yang diaorang dah tahu dengan apa yang kita nak ajar supaya kita kaitkan apa yang diaorang perlu buat seterusnya”.
(T/R04/1/2)
Data analisis dokumen rancangan pengajaran harian memperlihatkan amalan ini
diambil berat oleh semua responden guru kecuali responden R04 yang tidak
mencatatkan pengetahuan sedia ada responden.
109
Pengetahuan sedia ada :i. Pelajar telah mempelajari teknik menulis karangan pendapat.
(AD/R01/1/2)
Pengetahuan sedia ada :i. Pelajar telah mengetahui ayat majmuk dan format penulisan karangan.
(AD/R02/1/1)
Pengetahuan sedia ada :i. Murid telah pernah menyertai aktiviti gotong-royong.
ii. Murid pernah mempelajari kata kerja dan pola ayat.(AD/R03/1/1)
Pengetahuan sedia ada tidak dinyatakan.(AD/R04/1/1)
Data pemerhatian juga menunjukkan bahawa guru mengambil berat aspek
pengetahuan sedia ada para pelajar kerana mereka turut mengaitkan binaan rancangan
RPH yang dibina dengan pengetahuan pelajar sendiri. Buktinya, respons yang baik telah
diterima daripada para pelajar apabila mereka telah memberikan fokus dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran harian tanpa sebarang masalah
pembelajaran.Secara keseluruhannya ketiga-tiga alat kajian menjelaskan bahawa
sebahagian besar responden guru mengambil berat komponen pengetahuan tentang
pelajar sebelum menyediakan perancangan RPH.
4.2.1.3 Memilih matlamat pengajaran
Data temu bual dalam komponen memilih matlamat pengajaran menunjukkan kesemua
responden kajian menggunakan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
sebagai rujukan untuk membina perancangan pengajaran. Contohnya, mereka
110
menyatakan bahawa kedua-dua dokumen itu menjadi rujukan untuk perancangan
pengajaran. Dapatan pemerhatian juga menyokong kerana pemerhatian menunjukkan
keupayaan guru-guru tersebut untuk memilih matlamat pengajaran berpandukan
sukatan dan huraian sukatan Bahasa Melayu. Dapatan analisis dokumen juga
menunjukkan trend yang sama contohnya, topik yang dicatat dalam RPH merangkumi
silibus subjek Bahasa Melayu. Oleh itu, dapatan kajian daripada ketiga-tiga alat kajian
mengesahkan responden guru melaksanakan pemilihan matlamat pengajaran
berasaskan sumber yang tepat. Keterangan lanjut butiran adalah seperti yang berikut :
Data temu bual dalam komponen memilih matlamat pengajaran menunjukkan
kesemua responden kajian menggunakan sukatan pelajaran dan huraian sukatan
pelajaran sebagai rujukan untuk membina objektif pengajaran. Contohnya, semua guru
ini menggunakan bahan rujukan yang sama untuk merancang pengajaran.
“Ya. Dalam memilih matlamat pengajaran saya akan mengaitkannya dengansukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran kerana ini sangat penting. Carauntuk memastikan mencapai kejelasan matlamat pengajaran yang dirancangadalah melalui perancangan aktiviti yang teratur dan tersusun”.
(T/R01/1/2)
Manakala responden R02 menyatakan bahawa beliau merancang aktiviti untuk
mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Responden R03 pula turut
menggunakan silibus dan rancangan pengajaran tahunan sebagai panduan. Responden
R04 juga menggunakan rujukan sukatan pelajaran tetapi membuat tambahan rujukan
daripada buku teks.
Seterusnya, amalan ini diperkukuhkan melalui dapatan data analisis dokumen
RPH yang menyokong dapatan temu bual apabila responden R01, R02 dan R03
111
membina objektif pengajaran berpandukan kehendak sukatan pelajaran dan pemilihan
pernyataan huraian sukatan pelajaran yang sesuai.
Tajuk/Tema : Karangan : Penagihan Dadah di MalaysiaObjektif : Pada akhir pelajaran ini pelajar dapat :
i. Membincangkan dua punca penagihan dadah di Malaysia.ii. Menyenaraikan dua kesan penagihan dadah di Malaysia.iii. Mengenal pasti dua langkah mengatasi penagihan dadah di
Malaysia.iv. Membina lima ayat majmuk berdasarkan isu.
Hasil Pembelajaran:Fokus Utama :7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isipenting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.Aras 1(i) Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi pentingdaripada pelbagai bahan.Fokus sampingan :7.5 Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat pada sesuatu bahan.Aras 2 (i) : Meneliti dan mengutarakan fakta dan pendapat dalam bahan denganmemberikan alasan yang sesuai.
(AD/R02/1/1)
Hanya RPH responden R04 yang tidak menyatakan pernyataan huraian dalam
rancangan pengajaran hariannya sedangkan beliau ada menyatakan tindakan tersebut
dalam data temu bual.
Tajuk/Tema : Peribahasa : Aplikasi dalam binaan ayat.Objektif : Pada akhir pengajaran pelajar dapat :
i. Mengenal pasti jenis-jenis peribahasa Melayu.ii. Membezakan maksud mengikut jenis-jenis peribahasa.iii. Pelajar dapat membina lima ayat berdasarkan peribahasa terpilih.
Hasil Pembelajaran:Tidak dinyatakan
(AD/R04/2/1)
Manakala dari segi data pemerhatian pengkaji melihat bahawa keempat-empat
responden menunjukkan keupayaan untuk memilih matlamat pengajaran. Hal ini
112
dibuktikan apabila mereka dapat menghasilkan rancangan pengajaran yang
berpandukan sukatan dan huraian sukatan Bahasa Melayu. Selain itu, topik yang dicatat
dalam RPH juga adalah merangkumi silibus subjek Bahasa Melayu. Walaupun R04
tidak menyatakan huraian hasil pembelajaran tetapi topik peribahasa adalah terkandung
dalam silibus Bahasa Melayu. Oleh itu, data daripada ketiga-tiga alat kajian
mengesahkan responden guru melaksanakan pemilihan matlamat pengajaran
berasaskan sumber yang tepat.
4.2.1.4 Memperlihatkan pengetahuan tentang sumber
Data temu bual menunjukkan bahawa keempat-empat guru menunjukkan amalan
pengetahuan tentang sumber. Contohnya, mereka menyatakan bahawa berinisiatif
untuk mencari ilmu pengetahuan menggunakan sumber rujukan lain seperti sumber
Internet dan juga sumber bahan ilmiah seperti surat khabar, buku rujukan, majalah dan
Kamus Dewan bagi memantapkan perancangan persediaan pengajaran yang disediakan.
Hal ini disokong oleh dapatan analisis dokumen rancangan pengajaran harian yang
memperlihatkan bahawa guru-guru dalam kajian ini menggunakan bahan pengajaran
seperti video, lagu dan gambar. Dapatan pemerhatian turut menunjukkan amalan yang
sama contohnya, mereka memanfaat kemudahan komputer dan Internet yang ada di
MRSM. Walau bagaimanapun, sumber bahan maklumat berbentuk bahan bacaan ilmiah
masih terhad diaplikasikan oleh guru-guru. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini
menjelaskan bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan tentang sumber untuk
menyediakan perancangan pengajaran yang berkesan. Maklumat lanjut tentang kajian
adalah seperti yang berikut :
113
Bahan bantu belajar : Imej dan video Upin dan Ipin (Sumber Internet)(AD/R01/2/1)
Data temu bual menunjukkan bahawa keempat-empat responden guru
menunjukkan amalan pengetahuan tentang sumber. Mereka menunjukkan inisiatif
untuk mencari ilmu pengetahuan menggunakan sumber rujukan lain seperti sumber
Internet dan juga sumber bahan ilmiah seperti surat khabar, buku rujukan, majalah dan
Kamus Dewan bagi memantapkan perancangan persediaan pengajaran yang disediakan.
Guru menyatakan sikap peka akan sumber resos yang ada di sekolah. Bahan-bahan
rujukan digunakan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran demi
memberi kemudahan kepada pelajar. Walau bagaimanapun kesemua responden tidak
menggunakan sebarang sebarang sumber tambahan daripada pihak luar dalam
pengajaran mereka.
“Ya. Saya em… menggunakan sumber atau resos yang ada dalam kawasansekolah dalam merancang pengajaran. Sebagai contoh aktiviti yang memerlukanpelajar mencari maklumat mereka boleh menggunakan surat khabar ataumajalah yang terdapat di dalam kelas.Saya menyediakan bahan pengajarandaripada sumber yang sesuai agar aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancarmengikut perancangan”.
(T/R01/1/3)
“Pada pendapat saya sekiranya resos yang ada di kawasan sekolah saya bolehgunakan yang disediakan oleh pihak sekolah iaitu kemudahan teknologimaklumat dan pusat sumber pembelajaran sebagai kemudahan untukmencarirujukan dan juga internet. Saya juga menyediakan bahan atau sumberyangmenyokong matlamatpengajaran supaya matlamat pengajaran tercapaicontohnya pada pengajaran yang pertama saya sediakan bahan bantu sepertivideo klip untuk mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar tentang perkara yangsaya akan ajar pada hari berkenaan. Saya mengetahui tentang kewujudan sumbertambahan yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar dan komuniti melalui pihaklain em… tetapi saya rasa..para pelajar tidak dapat mengakses sumberberkenaan, satu kerana lokasi dan juga keterbatasan pelajar untuk keluar masukmengakses sumber itu yang disediakan oleh pihak lain”.
(T/R02/1/4)
114
“Kita ada sumber internet. Wifi, tadi pun saya dah guna di dalam kelas. LCDsemua tu...lah kita gunakan untuk merancang pengajaran.Buku kita ada banyak, kamus Dewan ada, majalah ada..tapi semua tu ada diBilik Bahasa.. hari ni kita tak masuklah”.
(T/R03/1/4)
“Dalam kelas ada internet. Jadi memudahkan guru untuk menunjukkan aktivitipengajaran”.
(T/R04/1/4)
Data analisis dokumen rancangan pengajaran harian memperlihatkan bahawa
responden kajian ini telah mengenal pasti sumber yang sesuai untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Bahan bantu belajar : Imej dan video Upin dan Ipin (Sumber Internet)(AD/R01/2/1)
Bahan bantu mengajar : Sumber Youtube Klip video lagu Perjalanan Hidupoleh Ramli Sarip dan video program antidadah di Malaysia.
(AD/R02/2/1)
Bahan bantu mengajar : Komputer , slaid power point dan gambar tentangaktiviti program khidmat negara.
(AD/R03/1/1)
Bahan bantu mengajar : Keratan akhbar(AD/R04/1/2)
Data pemerhatian menunjukkan amalan pengetahuan tentang sumber telah
dipraktikkan oleh semua responden apabila mereka memanfaat kemudahan sumber
yang ada di MRSM masing-masing contohnya kemudahan komputer dan Internet.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah
memperlihatkan pengetahuan tentang sumber untuk menyediakan perancangan
115
pengajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun pengkaji melihat bahawa sumber
bahan maklumat berbentuk bahan bacaan ilmiah masih terhad diaplikasikan oleh guru-
guru. Fenomena ini menyebabkan perkembangan maklumat tambahan tentang sesuatu
perkara akan terhad dalam para pelajar.
4.2.1.5 Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang koheren mengikutprinsip maklumat
Dapatan temu bual guru menjelaskan bahawa responden guru telah menyediakan
perancangan dan persediaan mengajar yang menyokong pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dapatan analisis dokumen juga turut
sama contohnya dalam perancangan penyediaan pengajaran guru-guru dapat menyusun
langkah-langkah pengajaran yang dirancang dengan baik. Trend yang sama pada
dapatan pemerhatian bahawa struktur pengajaran yang telah dirancang itu telah
dilaksanakan oleh responden di dalam kelas. Secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan bahawa guru-guru mempraktikan perancangan pengajaran yang koheren
dalam aktiviti pelajar, penyediaan bahan sumber pengajaran dan pembinaan pengajaran
yang berstruktur. Maklumat lanjut tentang kajian adalah seperti yang berikut :
Aspek perancangan pengajaran yang koheren dilihat berdasarkan kemampuan
guru merancang aktiviti pelajar, penyediaan bahan sumber pengajaran dan pembinaan
pengajaran yang berstruktur. Dapatan temu bual menunjukkan amalan penyediaan
pengajaran dan pembelajaran yang koheren mengikut prinsip maklumat. Mereka
menyediakan perancangan dan persediaan mengajar yang menyokong pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
116
“Pada saya merancang pengajaran yang berstruktur amatlah penting. Sayamerancang dahulu pengajaran yang berstruktur. Sebagai contoh bermula denganset induksi dengan sesi pengenalan diikuti dengan aktiviti yang bolehdilaksanakan aaa...sehinggalah pada apa yang kita inginkan pelajar dapat capai”.
(T/R02/1/5)
R02 pula berpendapat bahawa perancangan pengajaran dan pembelajaran yang
koheren bergantung kepada amalan guru yang menyediakan perancangan mantap pada
aktiviti dalam setiap langkah pengajaran agar dapat memberi kesan kepada pelajar.
Beliau juga akan mempraktikkan amalan berpusatkan pelajar dalam perancangan yang
disediakan.
“Ya. Pengajaran yang berstruktur dilakukan semasa merancang pengajaran danpembelajaran kerana contohnya guru perlu menetapkan langkah demi langkahsemasa pengajaran bagi mengesan pelajar dapat memahami serta mengikutipengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan lebih baik”.
(T/R03/1/5)
R03 menyetujui bahawa dalam perancangan pengajaran aspek aktiviti yang
mengaplikasikan pendekatan berpusatkan pelajar perlu diberi penekanan kerana guru
berfungsi sebagai fasilitator dan pelajarlah yang perlu berfikir untuk menyelesaikan
tugasan yang telah dirancang oleh guru. Perkara ini turut dilaksanakan oleh guru R04
dalam perancangan dan persediaan pengajaran beliau dan menambah bahawa untuk
memastikan proses pengajaran yang berkesan stuktur pengajaran perlulah disusun
daripada perkara yang mudah atau yang umum dahulu kemudian barulah kepada aspek
pengajaran yang lebih sukar ataupun khusus.
“Aa…ya saya dalam kaedah pengajaran saya saya mulakan daripada mudahkepada umum dulu. Okay lepas tu baru kita kaitkan pelajar dengan benda yanglebih khusus maksudnya dia faham dulu secara umum dulu baru kita Tarik diake bahagian yang lebih sukar. Berdasarkan temu bual tersebut didapati bahawasemua responden mampu menyediakan perancangan yang koheren apabila dapat
117
menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk pelajar dan yang lebihpenting untuk mencapai matlamat pengajaran”.
(T/R04/1/5)
Hasil temu bual tersebut diterjemahkan dalam RPH responden. Data analisis
dokumen telah memperlihatkan bahawa kesemua responden menyediakan rancangan
pengajaran yang koheren sebelum mula mengajar.
Langkah 1 : Deklamasi sajakLangkah 2 : Penerangan guru tentang maksud sajak rangkap 1 dan 2 dan caramenganalisis karya sajak berdasarkan persoalan, nilai, pengajaran dan gayabahasa.Langkah 3 : Secara berkumpulan pelajar akan berbincang tentang tugasanmenganalisis rangkap sajak mengikut rangkap yang ditetapkan oleh guru.Analisis adalah tentang persoalan, nilai, pengajaran dan gaya bahasa. Setelahselesai perbincangan, setiap kumpulan akan membuat pembentangan.
(AD/R02/2/1)
Amalan penyediaan pengajaran dan pembelajaran yang koherenLangkah 1 : Aktiviti permainan bahasa iaitu pelajar meneka peribahasa
berdasarkan isyarat yang diberi.Langkah 2 : Membina ayat yang lengkap menggunakan peribahasa.
(AD/R04/2/1)
Dalam perancangan penyediaan pengajaran mereka dapat menyediakan
perkembangan pengajaran yang tersusun berdasarkan langkah-langkah pengajaran yang
dirancang dengan baik. R02, R03 dan R04 dilihat lebih dapat menyediakan bahan dan
sumber yang bervariasi iaitu penggunaan komputer, akhbar dan sebagainya dalam
perancangan pengajaran berbanding R01 yang masih menggunakan sumber bahan
bantu pengajaran yang hampir sama dalam kedua-dua perancangannya.
Data pemerhatian telah menunjukkan bahawa struktur pengajaran yang telah
dirancang itu telah dilaksanakan oleh responden di dalam kelas. Oleh itu, dapatan
118
daripada ketiga-tiga alat kajian mengesahkan bahawa keempat-empat responden guru
telah menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang koheren mengikut prinsip
maklumat dengan menggunakan pelbagai sumber rujukan.
4.2.1.6 Menilai pembelajaran pelajar
Dapatan temu bual menunjukkan guru-guru menyatakan bahawa mereka menyediakan
bahan pentaksiran untuk menilai pembelajaran pelajar. Contohnya, mereka telah
menetapkan standard dan kualiti penilaian yang jelas kepada pelajar bagi mengenal
pasti tahap pencapaian dalam pembelajaran yang dilaksanakan. Hal yang sama
disokong oleh dapatan analisis dokumen contohnya, guru telah menunjukkan langkah-
langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti yang sesuai untuk menilai semua
matlamat pengajaran sama ada dari segi kandungan mahupun proses. Trend yang sama
melalui dapatan pemerhatian bahawa keempat-empat responden guru telah
menyediakan tugasan yang berkisar dengan topik pengajaran khusus untuk menilai
pembelajaran pelajar semasa menyediakan perancangan dan persediaan pengajaran
dengan terancang. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesemua responden guru telah menyediakan penilaian untuk menilai pembelajaran
pelajar masing-masing. Maklumat lanjut tentang kajian adalah seperti yang berikut :
Dapatan temu bual menunjukkan responden kajian melaksanakan amalan
menilai pembelajaran pelajar. Keempat-empat responden guru menyatakan bahawa
mereka menyediakan bahan pentaksiran untuk menilai pembelajaran pelajar. Mereka
119
telah menetapkan standard dan kualiti penilaian yang jelas kepada pelajar bagi
mengenal pasti tahap pencapaian dalam pembelajaran yang dilaksanakan.
“Sebagai cikgu saya menetapkan standard dan kriteria penilaian yang jelaskepada pelajar sebagai contoh kita meminta pelajar menyenaraikan ungkapanmenarik, pelajar tersebut mestilah berupaya untuk menyatakan frasa yangmenarik”.
(T/R01/1/6)
“Saya amat mengambil kira standard dan kriteria yang jelas kepada pelajarseperti contohnya sebentar tadi saya menggunakan aktiviti forum. Em...selepashabis aktiviti forum itu, saya menegaskan kepada pelajar tentang pentingnyaaspek panggilan hormat kerana pelajar harus tahu kemahiran berforum dengantepat dan betul”.
(T/R02/1/6)
“Kriteria tu perlu ada dan perlu jelaslah supaya pelajar tak melakukan kesalahanpada masa akan datang”.
(T/R03/1/5)
Kaedah tu lebih mudah supaya pelajar tahu apa yang dia nak kena buat.Maksudnya di akhir nanti dia tahu apa yang dia kena buat dan benda tu selaras.
(T/R04/1/5)
Data analisis dokumen rancangan pengajaran harian responden-responden guru
juga menunjukkan bahawa pendekatan yang dicadangkan oleh guru adalah sesuai untuk
menilai semua matlamat pengajaran sama ada dari segi kandungan mahupun proses.
Langkah 2 (15 minit)i. Pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan tentang peribahasa
yang berkaitan dengan isi menghargai ibu.ii. Pelajar lain diminta membuat penilaian dan membuat penambahbaikan
idea yang disumbangkan.(AD/R01/1/4)
120
Langkah 4 (20 minit)i. Guru meminta pelajar membina ayat majmuk gabungan berdasarkan
kosa kata yang dipilih.ii. Guru meminta beberapa orang pelajar membacakan ayat yang telah
dibina.(AD/R02/1/4)
Langkah 3 (15 minit)i. Guru meminta pelajar menjawab soalan latihan drama di dalam buku
latihan.ii. Guru memanggil nama pelajar secara rawak untuk membincangkan hasil
jawapan bersama-sama pelajar.(AD/R03/2/2)
Dapatan data pemerhatian juga turut memperlihatkan bahawa keempat-empat
responden guru telah menyediakan tugasan yang berkisar dengan topik pengajaran
khusus untuk menilai pembelajaran pelajar semasa menyediakan perancangan dan
persediaan pengajaran dengan terancang. Oleh itu, dapatan kajian daripada ketiga-tiga
instrumen jelas membuktikan bahawa kesemua responden guru telah menyediakan
penilaian untuk menilai pembelajaran pelajar masing-masing.
4.2.2 Soalan II : Apakah amalan guru yang berkualiti dalam pengurusan bilikdarjah ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
Dapatan soalan kajian ini menganalisis lima komponen daripada domain pengurusan
bilik darjah. Data diperoleh daripada temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian.
Elemen-elemen tersebut ialah :
a) Mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama mengikut.
prinsip ibadah.
b) Mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah
121
c) Menguruskan prosedur kelas.
d) Menguruskan tingkah laku pelajar.
e) Menguruskan persekitaran kelas.
Dapatan kajian daripada hasil temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian
yang telah dilaksanakan saling menyokong untuk mengesahkan bahawa semua
responden guru mempunyai amalan yang positif. Hal ini tertera dalam Jadual 4.2 yang
menunjukkan kualiti amalan guru dalam pengurusan bilik darjah. Kajian ini
menunjukkan bahawa kesemua guru memperlihatkan respons yang baik dalam kelima-
lima elemen amalan dalam pengurusan bilik darjah. Ketiga-tiga alat kajian ini
memperlihatkan bahawa responden-responden kajian melaksanakan amalan saling
menghormati dan bekerjasama, mewujudkan budaya belajar, menguruskan prosedur
kelas, pengurusan tingkah laku pelajar dan pengurusan persekitaran kelas secara
konsisten.
Selain itu, tindakan amalan kesemua responden guru dalam kajian ini juga jelas
telah menunjukkan bahawa amalan berbahasa untuk tujuan ibadah telah dilaksanakan
oleh responden kajian dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Amalan guru yang melaksanakan tugas-tugas di dalam bilik darjah dengan
penuh komitmen mencerminkan kualiti mereka. Oleh itu, secara keseluruhannya
dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden guru dalam domain pengurusan
bilik darjah berada di tahap kualiti amalan yang cemerlang. Butiran lanjut berkaitan
kajian adalah seperti yang berikut:
122
Jadual 4.2
Kualiti amalan guru dalam pengurusan bilik darjah
Domain 2:Pengurusan bilikdarjah
Responden01
Responden02
Responden03
Responden04
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
2a) Salingmenghormatidan bekerjasamamengikut prinsipibadah
/ / / / / / / / / / / /
2b) Budaya belajarmengikut prinsipibadah
/ / / / / / / / / / //
2c) Prosedur kelas/ / / / / / / / / / / /
2d) Pengurusantingkahlaku
/ / / / / / / / / / //
2e) Pengurusanpersekitaran kelas / / / / / / / / / / / /
4.2.2.1 Saling menghormati dan bekerjasama mengikut prinsip ibadah
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa mereka menyatakan bahawa interaksi antara
guru dengan pelajar dan interaksi antara pelajar sesama pelajar dapat berjalan dengan
baik. Contohnya, setiap guru mempunyai cara yang tersendiri untuk membina
hubungan yang baik dengan para pelajar mereka di dalam kelas. Trend yang sama juga
dalam dapatan analisis dokumen rancangan pengajaran harian yang memperlihatkan
bahawa setiap responden telah mencatatkan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dapatan pemerhatian
123
mengukuhkan hasil dapatan. Contohnya responden telah berjaya mewujudkan situasi
saling menghormati dan bekerjasama antara guru dengan pelajar dan antara pelajar
sesama pelajar di dalam kelas mereka. Hal ini menjelaskan perancangan yang telah
dibuat dalam RPH telah dapat dilaksanakan oleh guru dengan baik. Secara
keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai amalan
yang positif iaitu saling menghormati dan bekerjasama atas prinsip berbahasa untuk
tujuan ibadah. Maklumat lanjut adalah seperti yang berikut:
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa setiap responden mengakui dapat
mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama di dalam kelas masing-
masing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hubungan interaksi
antara guru dengan pelajar dan interaksi antara pelajar sesama pelajar dapat berjalan
dengan baik. Setiap responden mempunyai cara yang tersendiri untuk membina
hubungan yang baik dengan para pelajar mereka di dalam kelas.
“Saya akan berinteraksi secara langsung secara dekat dengan pelajar. Sekiranyapelajar berada di dalam kumpulan saya akan pergi terus menghampiri setiapkumpulan”.
(T/R01/2/1)
Responden R02 pula, menyatakan bahawa cara interaksi beliau dengan pelajar
ialah nama pelajar akan dipanggil untuk menjawab soalan yang dikemukan oleh beliau
dan menjelaskan bahawa hubungan interaksi sesama pelajar juga baik tanpa sebarang
masalah. Mereka dapat duduk berbincang dalam kumpulan untuk berkongsi pendapat
untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
124
Begitu juga dengan responden R03 yang mengatakan bahawa beliau lebih suka
berinteraksi secara tidak formal dengan pelajar . Interaksi pelajar dengan rakan-rakan
juga memperlihatkan hubungan yang sangat baik dan sangat bekerjsama dalam
melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Menurut responden R04, untuk membina
hubungan yang baik dengan pelajar guru mesti mengenali pelajar.
“Aa… saya sentiasa...saya cuba untuk aa…mengenali nama semua pelajarseboleh bolehnyalah ..bila dah tau nama dia saya senang , kita dah ada reypomaknanya kita dah tahu nama dia kita boleh membina hubungan yang baikdengan pelajar.bila kita dah tau nama dia, pelajar tahu bahawa kita kenal diasebenarnya. Saya… kita sebagai guru..a..kadang-kadang kita kena mainperananlah yang betullah kekadang kita …emosi..kadang-kadang aa… kitatidak boleh terlalu menekan pelajar. kalau kita bagi tekanan kepada pelajar diaakan mula stres…bila stres tu..dia mulalah perasaan dia mula mengantuklah dandia akan memberi satu tanggapan negatif pada gurulah tetapi bergantung kepadakeadaan prestasi pelajarlah. Kalau pelajar tak siap kerja sekolah dan sebagainya…aaa….kita kena… bagi satu aa…apa satu bukan marah tapi teguranlah.Mungkin teguran tu dia akan terasa tapi kita kena cuba untuk pujuk dia balik”.
(T/R04/2/1)
Dapatan nota pemerhatian mengukuhkan lagi amalan ini bahawa responden
telah berjaya mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama antara guru
dengan pelajar dan antara pelajar sesama pelajar di dalam kelas mereka. Hal ini
menunjukkan amalan berbahasa untuk tujuan ibadah telah dilaksanakan.
Nota pemerhatian memperlihatkan bahawa pengkaji dapat melihat jalinanhubungan antara responden R01 dengan murid yang profesional di dalam kelas.Didapati proses interaksi antara responden antara guru dengan pelajar dapatdilaksanakan dengan sangat baik. Guru memperlihatkan sikap ikhlas denganmengambil berat dan hormat terhadap pelajar.
(NP/R01/1/1)
Hubungan guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar adalah sangat baikdan menunjukkan kemesraan. Perkara ini dibuktikan apabila guru dan pelajarsaling menghormati dalam perhubungan mereka.
(NP/R02/2/1)
125
Interaksi guru yang sopan dalam penyampaian arahan membuatkan para pelajarmemberi perhatian dan memberikan kerjasama baik menggunakan respons yangpositif. Guru pergi dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk memantau danmembimbing pelajar melaksanakan tugasan. Pelajar pula kelihatan bolehbekerjasama dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberi olehguru.
(NP/R03/1/1)
Sikap guru ini yang peramah semasa berinteraksi membolehkan pelajarmenghormati guru. Dapat diperhatikan bahawa malan responden guru R04 yangmengenali dan mengingati nama setiap pelajar merupakan satu sikap yang baikkerana memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar jugamemperlihatkan sikap menghormati guru sebagai seorang individu, bukansetakat menghormatinya sebagai seorang guru sahaja.
(NP/R04/1/1)
Dalam data pemerhatian juga unsur keikhlasan dalam perhubungan yang saling
bekerjasama tersebut telah membentuk situasi pengajaran dan pembelajaran yang
menarik, mesra dan budaya positif di dalam bilik darjah. Pengkaji dapat merasakan
keakraban dan kemesraan antara guru dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar
bagi semua responden kajian ini.
Dapatan analisis dokumen rancangan pengajaran harian memperlihatkan
bahawa setiap responden telah mencatatkan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hal ini menjelaskan
perancangan yang telah dibuat dalam RPH telah dapat dilaksanakan oleh guru dengan
baik. Ketiga-tiga sumber alat kajian ini telah memperlihatkan dapatan yang sama
bahawa kesemua responden guru telah menunjukkan sikap atau amalan yang positif
untuk mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama atas prinsip berbahasa
untuk tujuan beribadah.
126
4.2.2.2 Mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah
Seterusnya, amalan guru dalam pengurusan bilik darjah yang teratur akan dapat dilihat
melalui kemampuan guru untuk mewujudkan budaya untuk belajar dalam kalangan
semua pelajar. Perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan pelaksanaan aktiviti semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sewaktu berlangsung di dalam kelas.
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa perancangan aktiviti yang dibuat oleh guru
dapat mewujudkan budaya untuk belajar kepada pelajar. Contohnya, perakuan guru
yang menyatakan respons positif dan perasaan bangga serta minat pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilihat di dalam kelas. Dapatan
analisis dokumen turut menyokong bahawa guru-guru berjaya mewujudkan budaya
untuk belajar dalam kalangan pelajar. Contohnya, mereka merangka aktiviti secara
berkumpulan di dalam kelas. Trend yang sama dilihat dalam dapatan pemerhatian yang
menunjukkan semua responden guru berjaya mewujudkan budaya untuk belajar dalam
kalangan pelajar. Hal ini dapat dibuktikan daripada penglibatan pelajar-pelajar yang
aktif, dan tingkah laku ingin tahu dan sikap memberikan perhatian terhadap apa yang
diajar. Maklumat lanjut tentang kajian adalah seperti yang berikut :
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa perancangan aktiviti yang dibuat oleh
guru dapat mewujudkan budaya untuk belajar kepada pelajar. Responden R01
menjelaskan bahawa pelajar menunjukkan rasa bangga terhadap hasil kerja Bahasa
Melayu dan berminat ketika melaksanakan aktiviti pembentangan hasil perbincangan
kumpulan. Sikap positif ini diperlihatkan melalui kesungguhan mereka semasa
membentangkan hasil perbincangan kumpulan tersebut.
127
Amalan kreativiti responden R02 adalah amat wajar dicontohi. Antara amalan
yang dipraktikkan oleh beliau untuk mewujudkan budaya untuk belajar dalam kalangan
belajar ialah pengembangan bakat pelajar melalui aktiviti.
“Ya, saya dapat lihat para pelajar menunjukkan perasaan bangga dan kelihatanberminat ketika melaksanakan tugasan Bahasa Melayu pada hari ini kerana sayamemcuba sedikit kelainan dalam PdP hari ni dengan saya cuba mengembangkanbakat pelajar dengan menyuruh mereka mendeklamasikan sajak. Pada sebelumini, dalam KOMSAS saya sering meminta pelajar sendiri untuk menguruskanpembentangan tapi pada kali ini saya bekerjasama dengan memberi panduankepada pelajar untuk menganalisis teks berkenaan sebelum mereka membuataktiviti bedah karya. Jadi saya dapat lihat mereka berminat untuk menyelesaikantugasan itu”.
(T/R02/2/1)
Nota pemerhatian dalam sesi pengajaran kali kedua memperlihatkan bahawabeberapa orang pelajar lelaki terus sahaja mengangkat tangan dan bangunapabila mendengar pertanyaan guru yang bertanya tentang individu yangberminat untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas
(NP/R02/2/1)
Responden R03 turut menjelaskan bahawa respons positif dan perasaan bangga
serta minat pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam
kelas tertakluk kepada topik yang dajar oleh guru dan dibincangkan dalam kumpulan
pada sesi pengajaran itu.
Hal ini dapat dibuktikan apabila dalam nota pemerhatian dalam pengajaran
komponen sastera responden R03 yang bertajuk Drama Berkhidmat untuk Negara.
Rasa bangga dan minat pelajar dalam kelasnya dalam pengajaran danpembelajaran subjek Bahasa Melayu dapat dilihat melalui maklum balas yangbaik daripada pelajar. Mereka memahami isi pelajaran dan berasa banggadengan pelaksanaan tugasan masing-masing. Hal ini akan berlaku sekiranyaguru berupaya menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu dengan berkesan danberkualiti pada masa tersebut.
(NP/R03/2/2)
128
“Pelajar kelihatan sangat seronok dan memberikan respons yang baik dalamaktiviti yang dilaksanakan berbanding jika dalam aktiviti karangan kerana topikkarangan adalah lebih sukar sedikit.”
(T/R04/2/2)
Nota pemerhatian menjelaskan bahawa guru memberitahu kepada pelajarbahawa pada hari tersebut beliau telah menyediakan satu permainan bahasadalam bentuk peribahasa secara berkumpulan. Responden ini menjelaskansyarat yang patut dipatuhi oleh pelajar. Ketika melaksanakan aktiviti ini, pelajarkelihatan sangat seronok kerana boleh bermain sambil belajar.
(NP/R04/2/1)
Data nota pemerhatian menunjukkan bahawa kesemua responden telah berjaya
dalam mewujudkan budaya untuk belajar dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat
dibuktikan apabila pelajar menunjukkan bahawa mereka menghargai pentingnya
kandungan ilmu melalui subjek Bahasa Melayu. Penglibatan yang aktif, rasa ingin tahu
dan memberikan perhatian terhadap apa yang diajar. Pelajar memperlihatkan reaksi
bahawa mereka berasa bangga dengan hasil kerja dengan berusaha untuk membaikinya
untuk penambahbaikan yang lebih baik. Contohnya dengan amalan memurnikan
tugasan, membantu rakan dan memastikan hasil kerja yang berkualiti dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Data analisis dokumen juga turut menunjukkan perancangan guru dalam
mewujudkan budaya untuk belajar dalam kalangan pelajar. Setiap responden telah
menyusun tugasan secara berkumpulan di dalam kelas supaya pelajar diberi peluang
belajar dalam kumpulan kecil. Selain itu, didapati semua responden juga telah
menyediakan perancangan aktiviti yang sesuai dengan topik yang akan diajar pada hari
tersebut. Amalan tugasan berkumpulan yang diberikan oleh guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung berjaya memupuk amalan budaya untuk
belajar dalam kalangan para pelajar. Jadi, dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-
129
tiga sumber dapatan kajian membuktikan bahawa Oleh itu, jelaslah bahawa budaya
untuk belajar di dalam kelas dapat dibentuk melalui amalan guru itu sendiri yang
mendorong minat dan rasa bangga pelajar untuk melaksanakan aktviti dalam subjek
Bahasa Melayu. Kesungguhan guru dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif akan menggalakkan mereka terlibat secara aktif di dalam kelas. Amalan
responden guru-guru ini telah menunjukkan mereka telah melaksanakan amalan
berbahasa adalah untuk tujuan ibadah.
4.2.2.3 Menguruskan prosedur kelas
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah melaksanakan
amalan menguruskan prosedur kelas. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa guru
menyatakan bahawa mereka dapat merancang aktiviti berkumpulan dan para pelajar
dapat melaksanakan tugasan secara berkumpulan dengan produktif. Contohnya, para
pelajar yang temu bual memperakui bahawa guru-guru mereka memang
bertanggungjawab apabila dapat menguruskan aktiviti kelas dengan baik. Dapatan
analisis dokumen rancangan pengajaran harian telah menyokong apatan temu bual
dengan memperlihatkan bahawa guru telah merancang pelaksanaan aktiviti
berkumpulan supaya dapat menterjemahkan pengurusan bilik darjah yang sistematik.
Contohnya, setiap langkah pengajaran telah ditentukan aktiviti pengajaran, bahan bantu
mengajar dan masa pelaksanaannya. Begitu juga dengan dapatan pemerhatian yang
menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah berjaya memastikan pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan dengan lancar melalui pengurusan
kumpulan pelajar, pengurusan sumber bahan bantu mengajar dan pelaksanaan tugas-
130
tugas lain. Contohnya, dalam pengurusan kumpulan guru dapat memastikan pelajar
melakukan aktiviti secara aktif dalam kumpulan masing-masing. Maklumat lanjut
adalah seperti yang berikut :
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa guru telah merancang aktiviti
berkumpulan dan para pelajar dapat melaksanakan tugasan secara berkumpulan dengan
produktif. Hal ini dapat diihat apabila semua responden kajian menyatakan bahawa para
pelajar mereka bertanggungjawab dengan hasil kerja mereka secara berkerjasama
dalam kumpulan. Selain itu, dalam pengurusan prosedur kelas, data pemerhatian
menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah berjaya memastikan pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan dengan lancar melalui pengurusan
kumpulan pelajar, pengurusan sumber bahan bantu mengajar dan pelaksanaan tugas-
tugas lain. Didapati dalam pengurusan kumpulan pelajar guru dapat memastikan pelajar
melakukan aktiviti secara aktif dalam kumpulan masing-masing. Responden R01 ada
menegur dan membetulkan kesalahan bahasa dalam pertuturan pelajar semasa
pembentangan agar pelajar lebih berhati-hati dalam komunikasi pada masa akan datang.
Responden R02 menegur tatacara pelaksanaan forum yang lebih tepat serta kesalahan
bahasa.
Nota pemerhatian menjelaskan responden R02 telah menegur beberapakesilapan pelajar. Antara yang telah ditegur ialah aspek kaedah berforum yangperlu dalam keadaan duduk, kata panggilan hormat kepada individu mengikutjawatan, aspek kesalahan bahasa dalam ayat dan lontaran idea mestilahbersesuaian dengan jawatan yang disandang oleh ahli panel forum tersebut.Responden R02 juga telah menegur sikap pelajar agar fokus kepada tugasanyang diberi dan mematuhi masa yang ditetapkan untuk proses perbincangankumpulan.
(NP/R02/1/1)
131
Responden R03 pula memberi telah memberi teguran kepada pelajar tentang
adab yang perlu dipatuhi ketika membuat pembentangan iaitu memulakan dengan
salam, memperkenalkan diri, menyatakan tajuk dan membentangkan hasil
perbincangan dengan tertib. Seterusnya responden R04 juga ada memberi teguran
terhadap tingkah laku pelajar di dalam kelas.
Nota pemerhatian menunjukkan bahawa beliau telah menegur sikap para pelajarlelaki yang kelihatan pasif di dalam kelas berbanding dengan pelajar perempuan.
(NP/R04/2)
Sikap sedemikian akan memberikan impak negatif terhadap prestasi
pembelajaran mereka. Hal ini memperlihatkan kepekaan guru terhadap pengurusan
pelajar masing-masing semasa pengajaran berlangsung.
Data analisis dokumen rancangan pengajaran harian telah memperlihatkan
bahawa guru telah merancang pelaksanaan aktiviti berkumpulan supaya dapat
menterjemahkan pengurusan bilik darjah yang sistematik. Setiap langkah pengajaran
telah ditentukan aktiviti pengajaran, bahan bantu mengajar dan masa pelaksanaannya.
Oleh itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah
melaksanakan amalan menguruskan prosedur kelas.
4.2.2.4 Menguruskan tingkah laku pelajar
Komponen pengurusan tingkah laku pelajar dalam di dalam bilik darjah dapat
dilaksanakan dengan cemerlang. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa semua
responden kajian ini telah menyatakan bahawa memantau dan mengawal tingkah laku
132
pelajar dengan berkualiti. Contohnya, amalan guru yang bertanggungjawab mengawal
tingkah laku para pelajar di dalam kelas. Trend yang sama dalan dapatan analisis
dokumen. Buktinya, guru-guru menulis langkah-langkah pengajaran yang
mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan menerapkan pembentukan nilai murni oleh
responden-responden guru di dalam kelas. Hal ini menunjukkan adanya usaha
responden untuk membentuk tingkah laku pelajar yang positif. Hal ini disokong dalam
dapatan pemerhatian yang menjelaskan bahawa responden-responden guru dalam
kajian ini memang bersikap peka dan mengambil berat terhadap pemantauan tingkah
laku para pelajar masing-masing. Contohnya, guru memberikan teguran kepada para
pelajarnya yang bertingkah laku negatif.
Dalam dapatan temu bual responden R01 memberitahu bahawa beliau
menguruskan tingkah laku pelajar dengan cara yang berikut :
“Aa…saya menetapkan standard tingkah laku kepada semua pelajar..a…supayamereka menumpukan perhatian dan tumpuan semasa sesi pengajaran danpembelajaran berjalan. Semua pelajar mestilah fokus terhadap apa yangdisampaikan dan juga mendengar arahan yang saya sampaikan. Saya memantaudan mengawal tingkah laku pelajar di dalam kelas saya akan memerhatikanmereka belajar dan memastikan mereka berada dalam keadaan bersedia dandalam keadaan yang terkawal. Sekiranya ada pelajar yang melakukan kesalahansaya akan menegur dengan serta merta dan agar kesalahan tersebut akandijadikan contoh kepada pelajar lain supaya tidak membuat kesalahan yangsama”. (T/R01/2/2)
Responden R02 pula menerangkan bahawa beliau juga akan menegur pelajar
sekiranya ada tingkah laku pelajar yang kurang menyenangkan pada pandangan beliau
dan akan memberi nasihat terutamanya jika ada pelajar yang tidak memberi fokus ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Selain itu, beliau
menjelaskan bahawa dirinya tidak menggunakan emosi marah dalam memberi respons
133
terhadap salah laku pelajar sebaliknya menegur dengan cara yang tenang kerana
mengakui bahawa dirinya tidak cepat berasa marah. Menurutnya, beliau akan menegur
salah laku pelajar dengan cara usikan agar pelajar dapat menerimanya dengan baik
lantas mengubah tingkah laku tersebut serta tidak mengulanginya lagi pada masa yang
akan datang.
Manakala, R03 pula menyatakan bahawa beliau akan meminta semua pelajar
memberikan kerjasama dalam mematuhi standard tingkah laku yang telah
ditetapkannya. Perkara ini telahpun dinyatakan dalam kelas yang sebelumnya. Untuk
mengawal atau memantau tingkah laku pelajar, beliau berpendapat bahawa tindakan
yang akan diambil oleh beliau bergantung kepada apa-apa yang dilakukan oleh mereka
iaitu sekiranya pelajar melakukan kesalahan berat mereka akan ditegur dan dikenakan
denda dan jika kesalahan kesalahan biasa pelajar akan ditegur oleh guru agar tidak
mengulanginya semula. Responden R04 telah memberikan pandangan seperti berikut
dalam tatacara menguruskan tingkah laku pelajar.
“Ok, aa… standard tingkah laku yang pasif atau yang negatif ? ..aaa… bagi sayadalam kelas tu memang kita tak nafikan ada pelajar yang aktif dan pasiflah. Bilakita Nampak pelajar tu Nampak pasif, ..bila…bila kita tengok dia mengantukdan sebagainya, kita cuba mempelbagaikan, cuba bagi untuk bagi dia beradadalam aktiviti berkumpulan. Maksudnya dia kena bercakap, dia kena bagi idea,dan dia kena aa.. sumbangkan sesuatu untuk kumpulan. Ok, sekiranya adapelajar yang melakukan kesalahan, saya akan tegur dia, sama aa kesalahanseperti fizikal saya akan tegur supaya dia lebih bersikap positif ataupunintervensi”.
(T/R04/2/2)
Kesemua responden juga dapat menguruskan tingkah laku pelajar di sepanjang
tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka sentiasa memantau
tingkah laku pelajar di dalam kelas agar dapat memberikan respons yang segera
134
terhadap tingkah laku pelajar yang kurang menyenangkan itu agar tidak terus berlarutan
dalam jangka masa yang panjang. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa semua
responden kajian ini telah memantau dan mengawal tingkah laku pelajar dengan
berkualiti. Selain itu, didapati pelajar juga bertanggungjawab mengawal tingkah laku
sendiri dan juga rakan. Dapatan nota pemerhatian menjelaskan bahawa responden-
responden dalam kajian ini memang bersikap peka dan mengambil berat terhadap
pemantauan tingkah laku para pelajar masing-masing. Antaranya seperti contoh yang
berikut :
Nota pemerhatian menunjukkan bahawa responden R01, telah menegurpelajarnya supaya tidak berbuat bising semasa kumpulan lain membentangkantugasan. Tindakan pelajar tersebut akan mengganggu pembentangan keranatumpuan tidak diberikan kepada aspek yang dibincangkan pada hari tersebut.Sikap tersebut menunjukkan mereka lebih mementingkan diri dan tidak fokuskepada aktiviti yang sedang dilaksanakan di dalam kelas. Beliau juga didapatimenegur cara pertuturan pelajar yang menggunakan percampuran BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris semasa pembentangan.
(NP/R01/1/2)
Data pemerhatian juga menjelaskan bahawa responden R03 telah memberikan
teguran kepada para pelajarnya tentang tingkah laku yang negatif yang berikut :
Responden R03 telah menegur sikap seorang pelajar yang didapati sukarmenerima pendapat orang lain semasa sesi pengajaran pertama. Walaubagaimana pun kecekapan guru dalam menguruskan tingkah laku pelajarmembolehkan tingkah laku tersebut dapat dikawal dan aktiviti dapat diteruskandengan berkesan.
(NP/R03/1/1)
Pada sesi pengajaran kali kedua beliau telah menegur dan memberikan dendakepada beberapa orang pelajar yang masuk lewat ke kelas. Beliau menasihatimereka agar lebih berdisiplin dan mematuhi masa.
(NP/R03/2/1)
135
Responden R04 menunjukkan bahawa beliau seseorang guru yang mampu
merancang aktiviti yang menarik untuk mendapatkan respons positif daripada semua
pelajar. Aktiviti permainan bahasa yang dilaksanakan jelas dapat membentuk banyak
sikap yang baik kepada pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan
guru mengatur aktiviti dapat menghasilkan tindak balas positif daripada pelajarnya.
Amalan ini akan membentuk budaya pengurusan tingkah laku pelajar yang berkualiti.
Oleh itu, didapati dalam data pemerhatian ini kesemua responden kajian telah
memberikan respons terhadap salah laku dengan sangat berkesan dan sensitif kepada
kehendak setiap pelajar. Tingkah laku pelajar pada keseluruhannya juga adalah amat
bersesuaian apabila dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
proaktif sekali. Rumusan daripada kedua-dua data ini memperlihatkan bahawa
responden mengambil berat tentang aspek pengurusan bilik darjah terutamanya dalam
aspek tingkah laku pelajar di dalam kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Dalam data analisis dokumen telah memperlihatkan langkah-langkah
pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang akan menerapkan pembentukan
nilai murni oleh responden-responden guru di dalam kelas. Hal ini menunjukkan adanya
usaha responden untuk membentuk tingkah laku pelajar yang positif.
Langkah 2 (15 minit) :i. Guru menunjukkan video tentang aktiviti gotong royong.iii. Guru mengarahkan murid perhatikan video dan menulis aktiviti yang
terdapat dalam video.iii. Guru berbincang dengan murid tentang aktiviti dalam video.Nilai : Bertanggungjawab, semangat bermasyarakat, sopan
(AD/R02/1/1)
136
Oleh itu, dapatan daripada ketiga-tiga alat saling menyokong data bahawa
kesemua responden guru telah melaksanakan amalan menguruskan tingkah laku pelajar
dengan cemerlang.
4.2.2.5 Menguruskan persekitaran kelas
Dapatan temu bual kajian menunjukkan bahawa keempat-empat responden menyatakan
mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang. Contohnya, mereka membuat
pemantauan aspek keselamatan dan susunan perabot di dalam kelas sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal yang sama disokong melalui
dapatan analisis dokumen rancangan pengajaran dan pembelajaran harian walaupun
amalan ini tidak dinyatakan secara nyata tetapi tersirat dalam pembentukan nilai-nilai
murni yang tersenarai. Trend yang sama dalam dapatan pemerhatian yang juga
menyokong dapatan kajian lain. Contohnya didapati guru menunjukkan sikap
mengambil berat dalam pengurusan persekitaran kelas. Amalan ini dapat membantu
pelajar mematuhi peraturan dan menunjukkan tingkah laku yang positif. Maklum balas
dan keadaan fizikal kelas yang kondusif dapat menyumbang suasana pembelajaran yang
lebih menyeronokkan.
Dari perspektif pengurusan persekitaran fizikal pengurusan bilik darjah dapatan
temu bual kajian menunjukkan bahawa keempat-empat responden melaksanakan tugas
dengan cemerlang. Dapatan temu bual oleh responden R01 menerangkan bahawa beliau
akan membuat pemantauan aspek keselamatan dan susunan perabot di dalam kelas
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Tindakan ini adalah untuk
137
memastikan semuanya berada di dalam keadaan baik. Dalam memastikan aspek
kemudahan yang bersesuaian dengan aktiviti pada hari tersebut contohnya dalam
bentuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi beliau akan memastikan
dahulu alatan telah disediakan contohnya LCD dan juga komputer riba. Responden R02
pula menjelaskan bahawa beliau juga akan memastikan cara yang berikut :
“Biasanya saya.sebelum saya memulakan kelas, saya akan pusing dulu di dalamkelas untuk memastikan pertama kehadiran pelajar. Kedua keadaan kelas bersihataupun kotor jadi sekiranya ada susunan perabot dan aspek kebersihan kelasyang tidak selamat biasanya saya akan meminta pelajar melaporkan kerosakandan sebagainya kepada pihak yang berkenaan”.
(T/R02/2/3)
Responden R03 menjelaskan bahawa di MRSM beliau, aspek susunan perabot
di dalam kelas sudah ditetapkan oleh pihak maktab dan prosedur amalan 5S perlu
dipatuhi termasuklah dalam aspek keselamatan pelajar di dalam kelas.
“Aspek susunan dalam kelas memang telah ditetapkan oleh pihak maktab. Kitaada 5S, memang kita patuh pada 5Slah”.
(T/R03/2/3)
Nota pemerhatian memperlihatkan bahawa dengan pematuhan kepada amalan5S yang seragam telah membolehkan aktiviti di dalam kelas berjalan denganselesa dan selamat. Susunan meja di dalam kelas disusun mengikut huruf ‘U’.Keadaan lapang di tengah-tengah kelas membolehkan pelajar melaksanakanaktiviti dengan selamat. Contohnya, pada sesi pengajaran ini aktiviti kerusiberlagu telah dijalankan. Keadaan ini membolehkan pembelajaran aktifberlangsung dengan jayanya.
(NP/R03/2/2)
“Saya akan memastikan pelajar mengemas kelas dahulu kelas mereka sebelumbelajar jika didapati kelas tidak teratur supaya mereka dapat mengikuti prosespengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa.
138
Bermula bulan Januari saya sudah menetapkan peraturan-peraturan tertentuyang wajib dipatuhi oleh semua pelajar tersebut agar dengan pematuhan itu parapelajar boleh melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebihberkesan”.
(T/R04/2/3)
Data pemerhatian juga menyokong bahawa responden-responden dapat
menunjukkan sikap guru yang mengambil berat dalam pengurusan persekitaran kelas.
Amalan ini dapat membantu pelajar mematuhi peraturan dan menunjukkan tingkah laku
yang positif. Maklum balas dan keadaan fizikal kelas yang kondusif dapat menyumbang
suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Dalam data analisis dokumen rancangan pengajaran dan pembelajaran harian,
amalan ini tidak dinyatakan secara nyata tetapi tersirat dalam pembentukan nilai-nilai
murni yang tersenarai.
Nilai : bekerjasama dan bertanggungjawab.(AD/R01/1/1)
Nilai : bekerjasama, ketekunan, ketabahan dan bertanggungjawab.(AD/R01/2/1)
Nilai : bertanggungjawab, keadilan dan bekerjasama, keberanian dan rasional.(AD/R02/1/1)
Nilai : bertanggungjawab, keadilan dan bekerjasama, keberanian dan rasional.(AD/R02/2/1)
Nilai : Menjaga kebersihan, bekerjasama.(AD/R03/1/1)
Nilai : Bertanggungjawab, hormat menghormati, prihatin, bertolak ansur.(AD/R03/2/1)
139
Nilai : Bertanggungjawab, semangat bermasyarakat dan patriotisme.(AD/R04/1/2)
Oleh itu, berdasarkan data daripada tiga alat kajian yang dinyatakan, dapatan
kajian membuktikan bahawa keempat-empat responden guru telah melaksanakan
amalan pengurusan persekitaran kelas dengan kualiti yang cemerlang.
4.2.3 Soalan III : Apakah amalan guru yang berkualiti ketika pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
Dapatan kajian ini diperoleh daripada responden guru, pelajar dan Ketua Jabatan
Bahasa yang ditemu bual. Selain itu, pengkaji turut melaksanakan pemerhatian di dalam
kelas serta menganalisis dokumen rancangan pengajaran harian setiap reponden guru.
Dapatan kajian ini berkaitan dengan lima elemen daripada domain pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
a) Berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu.
b) Penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahu.
c) Menggalakkan pelajar berfikir.
d) Memberi maklum balas kepada pelajar.
e) Menunjukkan fleksibiliti dan responsif.
Dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen telah mengesahkan
bahawa semua guru dalam kajian ini telah melaksanakan amalan aktiviti yang
menggalakkan pelajar berfikir, dapat memberi maklum balas kepada pelajar dan dapat
140
menunjukkan fleksibiliti dan responsif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Jadual 4.3 menunjukkan bahawa keseluruhan dapatan kajian kualiti amalan
guru Bahasa Melayu di domain pengajaran berada di tahap kualiti yang baik. Walau
bagaimanapun, bagi amalan berkomunikasi dengan jelas dan tepat serta penggunaan
teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahu didapati terdapat berbezaan
antara dapatan kajian. Dapatan temu bual daripada responden guru menunjukkan
bahawa setiap responden guru berpendapat bahawa mereka boleh berkomunikasi
dengan jelas dan tepat kepada pelajar dalam proses penyampaian pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Namun dapatan pemerhatian dan analisis dokumen menunjukkan dapatan yang
berbeza apabila membuktikan bahawa penyampaian kesemua responden guru dalam
pengajaran tidak menepati amalan berbahasa mengikut nahu. Masih terdapat
percampuran antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penyampaian mereka.
Begitu juga dengan amalan teknik penyoalan yang menunjukkan dapatan yang sama
daripada data analisis dokumen dan pemerhatian bahawa guru-guru tidak merancang
kepelbagaian aras penyoalan sebelum pengajaran dan tidak menepati amalan berbahasa
mengikut nahu. Hal ini mengetepikan dapatan kajian temu bual bahawa guru-guru
mengamalkan amalan berbahasa yang tepat dan jelas. Butiran lanjut kajian adalah
seperti yang berikut :
141
Jadual 4.3
Kualiti amalan guru dalam pengajaran
Domain 3:
Pengajaran
Responden 01 Responden 02 Responden 03 Responden 4
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pemerhatian
Analisis R
PH
3a) Berkomunikasidengan jelas
/ X / / X / / X / / X /
3b) Penggunaan teknikperbincangan danpenyoalan mengikutprinsip nahu
/ X X / / X / / X / X X
3c) Menggalakkanpelajar berfikir
/ / / / / / / / / / / /
3d) Membei maklumbalas kepada pelajar
/ / / / / / / / / / / /
3e) Menunjukkanfleksibiliti danresponsif / / / / / / / / / / / /
4.2.3.1 Berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu
Dapatan temu bual daripada responden guru menunjukkan bahawa setiap responden
guru berpendapat bahawa mereka boleh berkomunikasi dengan jelas dan tepat kepada
142
pelajar dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Contohnya, para pelajar setiap kumpulan fokus bagi setiap responden bersetuju bahawa
amalan sedemikian dimiliki oleh guru masing-masing. Dapatan analisis dokumen
rancangan pengajaran harian juga menyokong dapatan temu bual yang menunjukkan
bahawa guru-guru dalam kajian telah merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai.
Namun demikian, dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa semua responden guru
tidak berbahasa mengikut prinsip nahu yang betul. Contohnya, masih ada percampuran
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pertuturan. Para guru perlu memantapkan
kemahiran berkomunikasi. Hal ini menunjukkan penggunaan amalan berbahasa
mengikut nahu yang betul masih belum diamalkan dengan sempurna. Maklumat lanjut
kajian adalah seperti yang berikut :
Data dapatan kajian temu bual daripada responden guru menunjukkan bahawa
setiap responden berpendapat bahawa mereka boleh berkomunikasi dengan jelas dan
tepat kepada pelajar dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Para pelajar setiap kumpulan fokus bagi setiap responden juga turut bersetuju
bahawa amalan sedemikian dimiliki oleh guru masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan
melalui dapatan temu bual responden R01 yang menyatakan bahawa beliau boleh
bertutur dengan menggunakan perkataan dan ayat yang mudah difahami oleh para
pelajarnya. Beliau akan menerangkan semula maklumat yang disampaikan sekiranya
wujud respons daripada pelajar yang tidak memahaminya. Beliau turut mengakui
bahawa akan menggunakan bahasa rasmi sama ada dalam pertuturan atau pun tulisan
agar dapat difahami oleh semua pelajarnya. Hal ini diperakui daripada hasil dapatan
data temu bual dengan pelajar-pelajar beliau .
143
“Aa…. bagi saya, cikgu Bahasa Melayu okay, dia ajar bagus. Setakat ni sayafaham semua yang dia ajar”.“Aa… bagi saya pula, aa..bila… selepas mengikuti pelajaran pada hari ini sayadapat …lebih menghargai jasa pahlawan negara kita”.“Bagi saya pula…cikgu Bahasa Melayu ini dapat..emmm memudahkan sayacara-cara belajar”.
(T/PR01/2/1)
Hasil dapatan kajian daripada catatan nota pemerhatian telah menunjukkan
bahawa responden R01 memang menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para
pelajar dalam penyampaian isi pelajaran. Walau bagaimanapun, didapati beliau masih
kurang menepati amalan penggunaan bahasa mengikut nahu yang betul berdasarkan
prinsip kesempurnaan berbahasa semasa menyampaikan pengajaran.
Pagi ni cikgu nak tunjuk satu gambar. Saya percaya semua kenal ni.Agak-agak apa sambungan dialog tadi? Hari Jadi Ehsan kan?Hari Jadi Ehsan, okay apa yang biasa kita kaitkan dengan Hari Jadi?Pelajaran hari ini berkaitan dengan hadiah. Semua dah baca tentang dramaHadiah?Okay, yang lain saya akan beri lembaran ni...
(NP/R01/1/1)
Manakala data temu bual responden R02 pula, menjelaskan bahawa
kebiasaannya beliau akan mengulang sebanyak dua kali arahannya kepada pelajar
supaya pelajar lebih jelas maklumat yang disampaikan. Beliau bersetuju bahawa
penggunaan bahasa Melayu standard dalam bentuk pertuturan mahupun penulisan dapat
membantu pelajar lebih jelas tentang penyampaian isi pelajaran pada hari tersebut.
“Biasanya kalau saya memberi arahan saya akan memberi arahan kepadapelajar berkenaan sebanyak dua kali dan sekiranya pelajar cuba melaksanakanaktiviti yang saya berikan saya pasti akan ke arah kelompok pelajar berkenaandan cuba mendekati mereka untuk memastikan mereka melakukan apa yang
144
saya mahukan. Itu pentingnya saya mengulang semula arahan saya dan jika adapelajar yang tidak jelas akan arahan saya akan jelaskan semula kepada pelajarberkenaan. Saya pasti bahasa Melayu itu cukup indah jadi dengan menggunakanbahasa Melayu standard saya rasa saya pasti, pelajar memang faham apa yangsaya cuba sampaikan di dalam kelas”.
(T/R02/3/1)
Dapatan nota pemerhatian menyokong data temu bual yang menunjukkan
bahawa beliau memang mempraktikkan kata-katanya. Beliau telah menggunakan
amalan berkomunikasi dengan jelas dan tepat semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Apatah lagi, beliau turut mengunakan komputer dan LCD
untuk memaparkan arahan tersebut di skrin layar bagimemantapkan pemahaman
pelajar. Alat bantu mengajar yang digunakan beliau dapat memperjelas arahan dan
maklumat isi pelajaran yang disampaikan. Tindakan tersebut adalah sangat tepat apabila
pengkaji tidak melihat mana-mana pelajar yang menunjukkan respons negatif. Hal ini
benarlah seperti yang dikatakan oleh beliau bahawa arahannya akan diulang sebanyak
dua kali. Walau bagaimanapun, nota pemerhatian menunjukkan bahawa responden ini
juga masih kurang menepati amalan berbahasa mengikut nahu apabila didapati
beberapa kali menggunakan istilah ‘okay’ dalam pertuturannya semasa penyampaian
pengajaran. Berikut adalah antara dialog dalam pertuturan beliau yang telah direkodkan
pengkaji.
Okay, sebelum kita mulakan pelajaran saya nak awak hayati lagu Ramli Sarip.Hayati lirik lagu ini dengan baik.Setelah mendengar lagu tadi, okay daripada tayangan yang awak tonton sebentartadi apa agaknya yang awak boleh tafsirkan?Apakah punca penyanyi bertindak sedemikian?Awak rasa kenapa kawan awak mengatakan pendapat sebegini?Kalau awak dalam situasi sebegini mengapa awak memerlukan kebebasan dankedamaian dalam kehidupan? Okay, baiklah dengan apa yang diterangkan ini,semua ini ada kaitan dengan kehidupan kita sendiri.Apa kaitan sajak ini dengan manusia.
(NP/R02/2/1)
145
Seterusnya, data temu bual responden R03 pula menjelaskan bahawa beliau
akan meminta para pelajar supaya mendengar dengan teliti perkara yang akan
diperkatakan beliau semasa pengajaran. Menurut beliau, salah faham dalam kalangan
pelajar boleh dilihat apabila ada pelajar yang bertanya kepada rakan setelah maklumat
disampaikan dan reaksi tersebut membuktikan bahawa dia kurang faham. Sehubungan
dengan itu, beliau berpendapat bahawa adalah penting sebutan seseorang guru perlulah
jelas dan jika pelajar melakukan kesilapan bahasa guru mesti menegurnya dengan
segera. Para pelajar responden ini turut bersetuju dengan pendapat beliau seperti yang
ditunjukkan dalam data tersebut.
“Pada saya tidak ada masalah kerana semuanya cikgu dapat terangkan denganbaik.Cikgu Bahasa Melayumengajar kami pada hari ini tajuk frasa nama dan frasakerja. Kami amat memahami apa yang guru kami ajar dengan …kami faham…”
(T/PR03/1/1)
Dapatan nota pemerhatian telah memperlihatkan bahawa sememangnya
responden ini mampu memberi penyampaian maklumat yang dapat difahami oleh
pelajar-pelajar. Namun demikian, responden R03 juga didapati kurang mengamalkan
amalan komunikasi mengikut prinsip nahu yang betul semasa pengajaran. Responden
ini kerap menggunakan perkataan ‘okay’ yang sepatutnya digantikan dengan perkataan
‘baik’. Selain itu, ada juga percampuran penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Okay, semua dah baca Program Khidmat Negara ..tentang Aiman?Yang pertama ni gambar apa?Siapa kat sini yang tak nak pergi PLKN?Okay, aktiviti apa sebenarnya? “Tahukan permainan kerusi berlagu ni?Okay, dah boleh mula. Okay, semua orang dah boleh masuk tempat masing-masing.Siapa nak volunteer nak jadi watak Razali?
146
Okay, itu sebahagian babak tentang Drama Berkhidmat untuk Negara. Nexttimes kita boleh buat pertandingan tentang drama ni.
(NP/R03/2/1)
Perkara yang sama dapat dilihat daripada dapatan temu bual dengan responden
R04 yang menjelaskan bahawa beliau akan memastikan pelajar benar-benar bersedia
untuk mendengar sebelum memberi apa-apa maklumat tentang pengajaran. Dapatan
temu bual dengan para pelajar responden ini juga menjelaskan mereka memahami isi
pelajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah.
“Okay, pertama sekali saya akan memastikan bahawa pelajar itu bersedia.maknanya dia tidak tidak melakukan aktiviti lain selain subjek sayalah .Maksudnya dia kena simpan benda yang tidak berkaitan. Perkara ini akanberlaku apabila ada sela masa dengan subjek lain maksudnya ketika masa ketigadan sebagainya, pelajar akan sibuk buat kerja lain terutama sekali pelajar yangbaru balik daripada makmal . Jadi dia akan bersedia. Walaupun dia akan ambilmasa tapi kita bagi dia bersedia satu tempoh masa..bagi dia lima minit yangpertama tu untuk tahu bahawa dia kini berada di dalam kelas Bahasa Melayu”.
(T/R04/3/1)
Dalam data nota pemerhatian, telah diteliti bahawa responden R04 ada
menggunakan beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dalam komunikasinya iaitu
‘okay’‘so’, form onedan ‘game’ dan beberapa perkataan lagi. Istilah ‘okay’ dan ‘so’
paling kerap digunakan dalam komunikasi beliau. Penyampaian komunikasi guru ini
dapat difahami dengan jelas dan mudah oleh semua pelajar di dalam kelas. Hal ini
terbukti apabila pengkaji tidak melihat mana-mana pelajar mengemukakan permintaan
agar guru mengulang semula maklumat yang disampaikan beliau dan reaksi yang
positif.
“Saya setuju dengan dia orang sebab masa cikgu tu cakap kita senang fahamsebab dia cakap satu demi satu”.
(T/PR01/K1/2)
147
“Aa… penyampaian beliau mudah difahami kerana beliau mengambil macamsegala aspek untuk membuat kami faham tentang segala ..contohnya macam kitabuat rumusan dia akan megajar kami satu persatu”.
(T/PR01/K2/2)
Namun demikian, data nota pemerhatian telah menunjukkan bahawa dalam
pengajaran beliau juga masih kurang mengamalkan amalan komunikasi mengikut
prinsip kesempurnaan berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul. Apa maksud
peribahasa?
Nampak ke?Okay, so..apa tu peribahasa?. Pernah tak saya bagi masa form one tu?.Dia adaberapa kelompokkah?Okay, so ada soalan?Okay, so..macam ni..Hari ni..kita ada game.. (NP/R04/2/1)
Data daripada analisis dokumen rancangan pengajaran harian guru pula telah
memperlihatkan keempat-empat responden guru telah merancang aktiviti-aktiviti yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai. Oleh itu, hasil dapatan kajian melalui temu bual guru, temu bual pelajar,
pemerhatian dan analisis dokumen rancangan pengajaran harian menunjukkan bahawa
responden R01, R02, R03 dan R04 mengamalkan amalan komunikasi yang baik iaitu
berkomunikasi dengan jelas dan tepat dalam penyampaian pengajaran. Namun
demikian, walaupun mereka dapat berkomunikasi dengan pelajar dan penyampaian
pengajaran mudah difahami namun amalan berbahasa mengikut nahu yang betul tidak
dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan bahawa semua responden guru masih tidak berbahasa mengikut prinsip
nahu yang betul. Para guru perlu memantapkan kemahiran berkomunikasi. Hal ini
148
menunjukkan penggunaan amalan berbahasa mengikut nahu yang betul masih belum
diamalkan dengan sempurna.
4.2.3.2 Penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahu
Dapatan temu bual menjelaskan bahawa setiap responden guru menyatakan bahawa
setiap responden mempunyai amalan yang berbeza-beza dalam teknik penyoalan
kepada pelajar-pelajar. Contohnya, guru hanya menanyakan soalan secara spontan
tanpa perancangan penyoalan yang sistematik. Mereka tidak memberi penekanan dalam
aspek penyediaan soalan untuk ditanya mengikut enam aras pemikiran sama ada soalan
berfikir aras rendah atau pun soalan berfikir aras tinggi. Hal yang sama didapati dalam
dapatan analisis dokumen RPH contohnya, soalan yang tertera dalam RPH setiap
responden guru hanya tercatat pada ruangan set induksi tetapi tidak dirancang dengan
baik dalam ruangan langkah aktiviti pengajaran. Data pemerhatian juga menunjukkan
trend yang sama. Contohnya, walaupun terdapat guru yang mengajukan kepelbagaian
soalan tetapi hanya bergantung kepada soalan yang sedia ada di dalam buku kerja.
Selain itu, mereka tidak tidak memberi penekanan kepada aras pemikiran soalan
yang tersusun dari aras rendah hingga soalan aras tinggi secara sistematik. Dari segi
amalan berbahasa pula, didapati semua responden guru masih tidak mengamalkan
amalan berbahasa mengikut nahu yang betul semasa mengemukakan soalan kepada
para pelajar. Secara keseluruhan dapatan kajian daripada semua data kajian
memperlihatkan bahawa semua responden guru tidak melaksanakan amalan teknik
penyoalan dan perbincangan dengan berkesan. Maklumat lanjut adalah seperti yang
tertera. Dalam komponen penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan pengajaran
149
pula, dapatan kajian temu bual responden guru menunjukkan bahawa setiap responden
mempunyai amalan yang berbeza-beza. Responden R01 menjelaskan bahawa beliau
tidak menyediakan soalan mengikut aras pemikiran dalam perancangan pengajarannya
dan hanya akan menyoal pelajar secara spontan ketika sesi pengajaran.
“Ya. soalan tersebut ada yang sebahagiannya yang telah saya masukkan kedalam perancangan RPH saya dan ada soalan saya ajukan secara spontan namunsoalan mengikut aras pemikiran memang saya pastikan ada dilaksanakan semasasesi pengajaran dan pembelajaran”.
(T/R01/3/2)
Responden R02 pula berbeza keadaannya dengan responden R01 dan nampak
lebih terancang apabila beliau menyatakan bahawa akan menyediakan soalan semasa
perancangan pengajaran hariannya. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa
beliau tidak memberi penekanan dalam aspek perancangan dan penyediaan soalan
untuk ditanya mengikut enam aras pemikiran sama ada soalan berfikir aras rendah atau
pun soalan berfikir aras yang tinggi secara sistematik.
“Ya, semasa saya menyediakan RPH saya sudah siap menyediakan soalan yangakan saya ajukan kepada pelajar. Biasanya saya akan mengajukan soalan danmemberikan beberapa saat untuk pelajar berfikir dan kemudian memanggil ataumenunggu beberapa calon yang sesuai untuk menjawab soalan yang berkenaan.Mengikut enam aras pemikiran tu saya rasa saya tidak menekankan enam araspemikiran mungkin saya rasa tidak semua aras pemikiran itu ada tetapi adaantara soalan yang saya sediakan itu menggunakan aras pendapat, aras analisisdan sebagainya”.
(T/R02/3/1)
Responden R03 menjelaskan cara beliau dalam pelaksanaan aspek penyoalan
dan perbincangan adalah dengan merujuk soalan sedia ada yang terdapat dalam buku
latihan.
150
“Ya. memang kita kena sediakanlah soalan-soalan mengikut aras pemahamanpelajar. aaa… kita lihat dari aras dalam buku latihan tu..memang aras tu telahditentukan jadi kita lihat daripada situlah. Ya. Memang beri masa yangmencukupi untuk mereka berbincang dan menjawab soalan”.
(T/R03/3/1)
Responden R04 pula berpendapat bahawa beliau tidak ada menyediakan soalan
secara bertulis namun demikian akan memberi soalan secara spontan terutama kepada
pelajar yang pasif supaya dia boleh memberi jawapan. Menurut beliau lagi, pelbagai
teknik perbincangan akan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan
menjelaskan bahawa masa akan diberi kepada pelajar untuk berfikir sebelum
mengemukakan sebarang jawapan.
Daripada data nota pemerhatian pengkaji, aspek teknik penyoalan dan
perbincangan responden R01 lebih menumpukan soalan pemikiran aras rendah sahaja.
Hal ini bermakna teknik penyoalan guru ini mendorong cara berfikir pelajar hanya akan
berada di peringkat aras yang mudah sahaja. Pada sesi pengajaran pertama tugasan
soalan berkumpulan ialah cara-cara menghargai jasa ibu. Manakala pada sesi
pengajaran kali yang kedua responden ini mengemukakan soalan cara-cara menghargai
jasa pahlawan. Pengkaji melihat bahawa responden R01 hanya memberi fokus yang
sama dalam kedua-dua pengajarannya iaitu amalan menghargai jasa orang lain.
Apa agaknya dialog Ehsan?Siapa Fauziah?Apa hubungan Pak Mail dengan Fauziah?
(NP/R01/2/1)
Selain itu, bagi responden R02, data pemerhatian menunjukkan bahawa beliau
menggunakan aras soalan yang pelbagai iaitu gabungan soalan aras rendah dan aras
tinggi dalam kedua-dua sesi pengajaran beliau. Masa yang mencukupi telah diberikan
151
oleh guru kepada pelajar untuk berfikir memberikan respons jawapan masing-masing.
Dalam tugasan berkumpulan yang dijalankan pengkaji dapat melihat penglibatan aktif
pelajar dengan respons yang sangat baik serta lontaran idea yang bernas. Didapati
bahawa pelajar sendiri yang memastikan pendapat didengar dalam perbincangan. Hal
ini bermakna guru berjaya mendorong pelajar untuk melaksanakan perbincangan
kumpulan dengan berkesan.
Senaraikan punca-punca penagihan dadah di Malaysia?Senaraikan kesan-kesan penagihan dadah di Malaysia?Senaraikan langkah-langkah mengatasi penagihan dadah di Malaysia?Bina lima ayat majmuk menggunakan perkataan yang ditulis di papan putih.
(NP/R02/1/1)
Setelah mendengar lagu daripada tayangan tadi apa agaknya yang awak bolehtafsirkan?”Apakah punca penyanyi bertindak sedemikian?Apa kaitan sajak ini dengan manusia?Huraikan aspek sastera dalam rangkap-rangkap berikut.
(NP/R02/2/1)
Seterusnya penelitian pengkaji terhadap amalan yang dipraktikkan oleh
responden R03 pula menunjukkan bahawa responden ini telah menggunakan
kepelbagaian aras soalan dalam kedua-dua sesi pengajaran beliau. Gabungan soalan
aras rendah dan tinggi itu dapat membentuk daya pemikiran pelajar yang lebih terbuka.
Dalam tugasan aktiviti berkumpulan pada pengajaran kali pertama responden ini telah
mengemukakan soalan untuk pelajar mengenal pasti aktiviti dalam video dan
menyenaraikan aktiviti menggunakan kata kerja lalu membina ayat menggunakan kata
kerja tersebut. Pada pengajaran kali kedua pula, guru memberi peluang kepada pelajar
membina soalan-soalan cerpen Berkhidmat untuk Negara bagi diajukan kepada rakan
sekelas. Hal ini membolehkan semua pelajar berfikir.
152
Guru hanya memerhatikan pelaksanaan aktiviti dan menilai kualiti soalan dan
jawapan pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar sendiri yang memastikan semua
pendapat didengar dalam perbincangan. Selain itu, soalan tambahan juga ditanya oleh
guru kepada pelajar berdasarkan soalan pemahaman petikan prosa moden yang tertera
dalam buku latihan. Hal ini bermakna, panduan soalan yang ada membantu responden
untuk mengutarakan soalan sampingan yang ada dalam buku latihan agar dapat
memastikan daya berfikir serta penglibatan pelajar secara aktif dalam perbincangan.
“Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan KhidmatNegara (PLKN)?”“Selain menyertai PLKN, senaraikan aktiviti lain yang boleh disertai olehpelajar untuk mengisi masa lapang?”“Huraikan perwatakan Aiman berdasarkan petikan drama dan perwatakandaripada keseluruhan drama ini”.
(NP/R03/2/2)
Data pemerhatian pemerhatian pengkaji menunjukkan penyoalan responden
R04 juga hanya tertumpu kepada soalan aras rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Beliau juga tidak menyenaraikan soalan tersebut terlebih dahulu dalam
rancangan pengajaran harian tetapi soalan diajukan secara spontan ketika pelaksanaan
aktiviti pelajar dan tidak tersusun dengan baik. Namun begitu, aktiviti kumpulan dapat
dilaksanakan dengan jayanya apabila semua pelajar terlibat secara aktif dalam kedua-
dua sesi pengajaran yang dilaksanakan. Dalam sesi pengajaran kali pertama guru
meminta pelajar mengesan jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam keratan akhbar
yang diberi. Mereka perlu membezakan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif. Kemudian menggunakan senarai kata kerja tersebut pelajar perlu berbincang
bersama-sama untuk membina ayat yang mengandungi subjek dan predikat. Setelah
153
selesai perbincangan para pelajar membentangkan hasil kerja kumpulan masing-
masing.
Apa maksud peribahasa?Apa contoh simpulan bahasa?Apa maksud bidalan?
(NP/R04/2/1)
Seterusnya, dapatan data analisis dokumen rancangan pengajaran harian pula
menunjukkan bahawa responden R01, R02 dan R03 dan R04 hanya menyediakan
perancangan soalan untuk aktiviti set induksi sahaja. Dalam urutan langkah pengajaran
pula, tidak tercatat sebarang soalan yang berkaitan dengan aktiviti atau penilaian yang
dilaksanakan ketika pengajaran. Jadi dengan data yang tersenarai jelas terbukti bahawa
amalan teknik penyoalan dalam perbincangan masih belum dilaksanakan dengan baik
dalam pengajaran oleh para responden guru.
4.2.3.3 Menggalakkan pelajar berfikir
Hasil dapatan temu bual menjelaskan bahawa guru-guru menyatakan mereka
menyediakan aktiviti dan tugasan yang mendorong kepada proses berfikir. Selain itu,
pemilihan bahan bantu mengajar dan sumber pengajaran yang sesuai dengan matlamat
pengajaran turut digunakan untuk merangsang daya berfikir pelajar. Buktinya, hal ini
diperakui oleh semua kumpulan pelajar setiap responden melalui temu bual. Perkara
yang sama turut dinyatakan oleh Ketua Jabatan Bahasa. Dapatan ini disokong oleh
dapatan analisis RPH yang menunjukkan bahawa kesemua responden telah menyusun
aktiviti-aktiviti dalam langkah pengajaran secara berstruktur untuk memastikan objektif
154
pengajaran pada hari tersebut dapat dicapai. Bahan bantu belajar juga disediakan untuk
memudahkan proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
berkesan. Trend yang sama juga dilihat dalam dapatan pemerhatian. Contohnya,
keupayaan kesemua responden guru untuk memilih bahan bagi mendorong minat
pelajar untuk terlibat dalam aktiviti dan berfikir menyelesaikan tugasan dapat
mencerminkan amalan yang berkualiti. Secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan bahawa kesemua responden guru telah melaksanakan amalan
menggalakkan pelajar berfikir dalam pengajaran Bahasa Melayu. Butiran lanjut kajian
adalah seperti yang berikut :
Dapatan temu bual terhadap responden R01, R02, R03 dan R04 menjelaskan
bahawa mereka menyediakan aktiviti dan tugasan yang mendorongkepada proses
berfikir dalam kalangan para pelajar. Selain itu, pemilihan bahan bantu mengajar dan
sumber pengajaran yang sesuai dengan matlamat pengajaran turut digunakan untuk
merangsang daya berfikir pelajar. Amalan ini turut diperakui oleh semua kumpulan
pelajar setiap responden melalui temu bual. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh
Ketua Jabatan Bahasa.
“Dalam kumpulan tu, kami aaa… dapat lebih mengetahui idea aaa… seorangdalam kumpulan tu, kami dapat bekerjasama dan dan juga idea-idea yangbernas”.
(T/PR01/3/1)
“Seronok, terdapat banyak aktiviti, terdapat tayangan , forum aaa..kami jugadapat isi daripada hujah-hujah rakan-rakan kita. Jadi, aaa…pelajaran ini amatseronok kerana kita dapat berkomunikasi antara rakan-rakan kami…dan kamijuga dapat mengetahui aaa..bukan saja satu perkara pada hari ini malah kamijuga dapat mengetahui tentang isu-isu sosial yang berkaitan dengan dadah”.
(T/PR02/3/2)
155
“Perasaan saya gembira sebab saya dapat menghabiskan masa pelajaran sayadengan rakan-rakan dengan cara yang menarik dengan pembentangan-pembentangan yang disediakan oleh kumpulan yang membentang”.
(T/PR03/3/2)
“Aktiviti pada hari ini sangat menyeronokkan dan saya lihat dapat melihat dapatmenarik minat rakan sekelas saya untuk belajar dan fokus di dalam kelas”.
(T/PR04/3/1)
“Di sini kualiti guru nak kata sangat cemerlang tu tak adalah..tapi kita membuatyang sebaik-baiknya. Maksudnya kita mengajar bukan sekadar masuk kelas .tapi pelajar tak tahu buat. Jadi, kita masuk kelas kita pastikanlah, pelajar kitadapat sesuatu. Kita akan pastikan pelajar itu memperoleh sesuatu sebab padaakhirnya nanti kita akan tanya pelajar boleh buatkah tidak?. Maksudnya kita kearah itulah. Maksudnya aa..kita akan sentiasa berbincang. OK tak? Pelajar bolehtak? Contohnya macam rumusan ..atau pindahkan jawapan rumusan..macam tu..atau pun KBAT pelajar boleh tak? Macam mana nak jawab soalan-soalan ni”.
(T/KJ01/1/4)
“A..aa…kalau di sini kebanyakan guru akan mengajar menggunakan LCDsupaya pelajar berminat dengan pengajaran. Tidaklah rasa bosan mendengarsuara cikgu bercakap sajakan..dan kebanyakan kita mengajar secaraberkumpulan..berpusatkan pelajar”.
(T/KJ02/1/2)
Selain itu, dalam penyediaan set induksi boleh menunjukkan kewujudan amalan
galakan guru kepada pelajar untuk belajar dan berfikir tentang isi pelajaran. Nota
pemerhatian telah menunjukkan bahawa setiap responden berjaya menyediakan set
induksi yang digunakan untuk memastikan perhatian murid dapat tertumpu kepada isi
pelajaran yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut. Responden R01 telah
menggunakan video kartun animasi Upin Ipin dalam pengajarannya yang pertama dan
gambar kartun animasi Ehsan dalam pengajarannya pada kali yang kedua. Paparan
tersebut diikuti dengan beberapa soalan yang diajukan oleh guru kepada pelajar untuk
mengcungkil pengetahuan sedia ada mereka dan mengaitkannya dengan isi pelajaran.
Responden kajian ini bertindak bijak apabila memilih video animasi serta gambar
156
Ehsan iaitu salah seorang watak dalam kartun animasi Upin dan Ipin yang menjadi
cerita animasi kegemaran kanak-kanak dan remaja tingkatan 1.
Semua pelajar memberi tumpuan kepada tayangan video yang ditayangkansebelum memberi jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh guru.Animasi berkisar tentang kisah Si Tanggang Anak Derhaka. Video itu dapatmenarik minat pelajar dan ini terbukti apabila mereka dapat menjawab kesemuasoalan yang dikemukan oleh guru berkaitan maklumat cerita dengan baik.
(NP/R01/1/1)
Hal ini disokong juga dengan pengetahuan sedia ada mereka dengan kisah Si
Tanggang. Penyampaian kandungan subjek Bahasa Melayu juga sesuai dan berkaitan
dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar serta dapat memberi input pada
penyampaian kandungan. Dalam sesi pengajaran, pengkaji dapat melihat dengan jelas
bahawa guru telah melaksanakan perancangan yang diatur dalam rancangan pengajaran
harian kali pertama dan kedua.
Pelajar membentuk lima kumpulan dan membincangkan cara-cara mengahargaijasa ibu. Pelajar menyenaraikan isi dan contoh terlebih dahulu dalam boranglembaran pengurusan grafik sebelum dipindahkan ke kertas sebak dalam bentukpeta minda. Mereka boleh bekerjasama secara aktif dalam kumpulan untuksaling bertukar pendapat dan membuat keputusan secara bekerjasama.
(NP/R01/1/2)
Sesi pengajaran kali kedua pula berkaitan dengan aspek KOMSAS iaitu fokus
kepada aspek watak dan perwatakan. Dua orang pelajar dipilih secara rawak untuk
beraksi secara spontan menggunakan petikan teks babak drama terpilih yang telah
disediakan oleh guru. Pelajar kelihatan malu-malu untuk beraksi tetapi intonasi suara
mereka adalah sesuai dan boleh difahami oleh rakan-rakan yang lain. Dengan
berpandukan maklumat aktiviti tersebut para pelajar yang lain dapat menyatakan
perwatakan dua orang watak tersebut secara lisan . Tugasan aktiviti kumpulan ialah
157
perbincangan tentang cara-cara menghargai jasa pahlawan. Para pelajar mampu
berkongsi pendapat dan membentangkan hasil kerja dengan baik. Pada kali ini juga
guru meminta para pelajar menyenaraikan maklumat hasil perbincangan menggunakan
peta bulatan di kertas sebak yang disediakan. Pengkaji berpendapat bahawa amalan
yang dipraktikkan oleh responden kali kedua ini adalah hampir sama dengan amalan
yang dipraktikkan dalam sesi pengajaran kali pertama.
Seterusnya, data pemerhatian responden R02 pula menggunakan kaedah
pengajaran yang turut menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar.
Penggunaan tayangan video tentang kempen antidadah dalam sesi pengajaran yang
pertama dan video klip lagu Ramli Sarip pada pengajaran yang kedua ialah bahan
pengisian set induksi pilihan beliau.
Pengkaji melihat bahan yang dipilih dan disediakan oleh guru ini memberimaklumat baru dan menambah nilai pengetahuan sedia ada mereka tentangpengetahuan semasa. Paparan maklumat dan gambar yang berwarna-warni sertaseni kata lagu menjadi daya tarikan kepada keterujaan pelajar. Pengkaji melihatpelajar kelihatan sangat berminat dan telah memberi tumpuan kepada kedua-duatayangan tersebut.
(NP/R02/3/2)
Dalam sesi pengajaran kali yang kedua ada beberapa pelajar yang kelihatan turut
menyanyi. Dengan penelitian pelajar terhadap maklumat bahan yang ditayangkan itu,
pengkaji mendapati pemilihan kedua-dua set induksi tersebut dapat membantu para
pelajar untuk berfikir dengan cepat dan mengemukakan jawapan terhadap soalan-soalan
yang disoal oleh guru dengan tepat. Hal ini bermakna inisiatif guru yang bijak akan
mendorong minat pelajar untuk lebih fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran
158
yang seterusnya. Keupayaan guru memilih bahan bagi mendorong minat pelajar
mencerminkan amalan yang berkualiti.
Dalam sesi pengajaran sesi pertama dan kedua pengkaji melihat bahawa guru
memaparkan objektif pengajaran yang mesti dicapai dalam pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa beliau telah menjelaskan
objektif yang mesti dicapai dan dikuasai oleh pelajar. Tindakan ini membolehkan
pelajar lebih bersedia dari segi mental dan fizikal terhadap pengetahuan, kemahiran
dan perlakuan yang mesti dicapai apabila pembelajaran tamat. Dalam sesi pengajaran
pertama guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan dan seorang wakil kumpulan
dipanggil ke hadapan untuk memilih kad arahan tugasan mengikut warna pilihan yang
disediakan dalam kotak cabutan. Kreativiti guru ini mendorong pelajar berasa gembira
kerana mereka diberi peluang memilih kad mengikut warna yang diminati.
Paparan soalan yang terkandung dalam semua kad arahan juga ditayangkan di
skrin layar supaya semua pelajar mengetahuinya. Pelajar berbincang dalam kumpulan
bagi menyediakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan itu. Pengkaji dapat
melihat penglibatan aktif para pelajar semasa sesi perkongsian idea. Mereka juga
memilih seorang wakil kumpulan sebagai ahli panel forum untuk membentangkan hasil
perbincangan. Dalam pelaksanaan aktiviti berforum kepetahan pelajar dalam
komunikasi jelas terserlah dan dikagumi pengkaji.
Setelah selesai aktiviti guru mengemukakan beberapa teguran berasaskan
penilaian beliau untuk menambah baik penguasaan kemahiran berbahasa pelajar.
Beliau turut menyenaraikan idea yang dibentangkan dalam forum di papan putih
159
sebagai peneguhan idea. Aktiviti terakhir pada hari tersebut ialah pembinaan ayat
majmuk menggunakan kosa kata yang dipilih oleh guru. Pelajar perlu merujuk
maklumat yang telah diterangkan oleh guru berbantukan paparan power point yang
disediakan. Beliau juga mengaitkan maklumat yang dipelajari pada hari ini dengan
soalan Bahasa Melayu Kertas Dua Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran sesi kedua pula guru memberi fokus
kepada KOMSAS iaitu sajak WWW. Siber. Com.my. Dua orang pelajar dipilih secara
rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan rakan-rakan. Kelihatan mereka sangat
teruja dan mampu menyampaikan sajak dengan baik. Sebelum memberi tugasan
berkumpulan guru memberikan penerangan tentang aktiviti bedah karya iaitu
pengkajian tentang aspek sastera dalam teks KOMSAS berbantukan slaid. Inisiatif guru
yang membuat persediaan awal menjadikan sesi pengajaran lebih tersusun.
Pengkaji melihat bahawa responden ini telah menunjukkan penyampaian
kandungan subjek Bahasa Melayu yang sangat sesuai dan berkaitan dengan
pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar. Guru ini dapat memberi input berkaitan
gejala dadah di Malaysia dalam penyampaian kandungan maklumat yang diberikan.
Pembelajaran berbantu komputer ini juga dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar
untuk mengikuti penerangan guru. Para pelajar juga dapat berbincang sesama ahli
kumpulan untuk melaksanakan aktiviti bedah karya tentang beberapa aspek KOMSAS
bagi setiap rangkap yang telah ditetapkan oleh guru. Hasil kerja perbincangan pelajar
ditulis di kertas sebak dan pelajar akan membentangkannya bersama-sama ahli
kumpulan mengikut giliran. Pengkaji melihat aktiviti ini berjalan dengan sangat baik
160
kerana penglibatan aktif para pelajar. Penilaian guru terhadap jawapan hasil
perbincangan mereka juga sangat baik.
Selain itu, dalam set induksi responden R03 menggunakan soalan untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar tentang kata kata nama dan kata kerja dan
fungsi kata kerja dalam binaan ayat. Guru menulis contoh satu ayat di papan putih dan
meminta pelajar mengenal pasti subjek dan predikat dalam ayat dan kemudian pelajar
membina beberapa ayat lain.
Dalam langkah kedua, guru telah menggunakan video yang mengandungiaktiviti bergotong royong dan meminta pelajar menyenaraikan kata nama dankata kerja yang berkaitan aktiviti dalam tayangan tersebut dan membina ayat.Jelaslah bahawa bahan ini memberi makna kepada pelajar bahawa isi pelajaranyang akan dipelajari pada hari tersebut adalah dekat dengan mereka dan mudahseperti yang duperkatakan oleh beliau semasa sesi temu bual. Semasaperbincangan kumpulan, pengkaji dapat melihat guru memantau aktiviti pelajardengan bergerak ke setiap kumpulan untuk memberi bimbingan mengikutkeperluan. Hasil perbincangan pelajar dibentangkan di hadapan rakan-rakanyang lain.
(NP/R03/3/2)
Seterusnya, dalam pengajaran pertama dan kedua guru didapati guru
menunjukkan penyampaian kandungan subjek Bahasa Melayu yang sesuai dengan
pengetahuan dan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru dapat memberi input pada
penyampaian kandungan dengan baik dan jelas menunjukkan bahawa beliau
mempunyai kecekapan yang mendalam dalam subjek Bahasa Melayu. Guru
mengemukan contoh binaan ayat yang mengandungi subjek dan predikat supaya dapat
memberi peneguhan kepada pengetahuan sedia ada mereka. Kemudian meminta pelajar
mengemukakan contoh ayat pula. Dalam tugasan aktiviti berkumpulan pada pengajaran
kali pertama responden ini telah memberi tugasan kepada pelajar mengenal pasti
161
aktiviti dalam video dan menyenaraikan aktiviti menggunakan kata kerja lalu membina
ayat menggunakan kata kerja tersebut. Aspek binaan ayat mestilah mengandungi subjek
dan predikat. Pada sesi kali ini video tidak dapat ditayangkan di layar kerana LCD
mempunyai masalah teknikal. Namun demikian, guru bijak menyelesaikan masalah ini
dengan cara memanggil seorang wakil dalam setiap kumpulan untuk menonton video
tersebut bersama-sama wakil kumpulan yang lain dan menyampaikan maklumat yang
diperoleh kepada rakan-rakan sekumpulan.
Dalam pengajaran yang kedua, responden R03 memilih gambar-gambar aktiviti
program latihan khidmat negara untuk ditunjukkan kepada pelajar. Pemilihan gambar
tersebut adalah sesuai dengan teks KOMSAS yang akan diajar iaitu drama Berkhidmat
untuk Negara. Melalui sesi soal jawab partisipan kajian ini berpeluang untuk
mencungkil pengetahuan sedia ada para pelajarnya tentang Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) . Pada sesi ini guru telah memanggil satu kumpulan pelajar yang diberi
tugasan mengikut giliran untuk menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi
masih dalam kawalan beliau. Kumpulan pelajar ini membentangkan tugasan yang telah
disediakan lebih awal dengan slaid menggunakan komputer tentang Drama Berkhidmat
untuk Negara yang meliputi penerangan kupasan aspek KOMSAS.
Kemahiran pelajar menyediakan maklumat dalam bentuk slaid power point
memudahkan penyampaian maklumat dengan lebih berkesan kepada rakan-rakan.
Salah satu aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah permainan kerusi berirama di dalam
kelas. Wakil kumpulan yang gagal merebut kerusi perlu menjawab soalan pemahaman
KOMSAS yang dikemukakan oleh kumpulan pembentang. Pengkaji memerhatikan
bahawa suasana kelas sangat ceria apabila pelajar terlibat secara aktif. Jelas bahawa
162
kaedah belajar sambil bermain dapat menjadikan pelajar lebih berminat untuk belajar.
Setelah selesai guru meminta pelajar merujuk buku latihan dan menjawab tiga soalan
pemahaman secara bertulis dan mengemukakan jawapan secara lisan di dalam kelas
untuk dinilai oleh guru.
Pengkaji mendapati bahawa responden R04 pula lebih gemar menggunakan soal
jawab sahaja sebagai set induksi tanpa sebarang video atau bahan yang lain sebagai
rangsangan minat kepada pelajar. Pada pengajaran kaji pertama beliau hanya
memulakan pengajaran dengan menggunakan keratan akhbar dan meminta pelajar
membacanya kemudian mengemukakan soalan lalu meminta pelajar mengaitkannya
dengan isi pelajaran pada hari itu. Pada kali kedua pula beliau hanya mengemukakan
beberapa soalan iaitu penggunaan aktiviti soal jawab tentang peribahasa bersama-sama
pelajar untuk mengetahui pengetahuan sedia ada mereka. Kaedah yang digunakan oleh
guru ini turut membantu pelajar untuk mengaitkannya dengan isi pelajaran hari tersebut
namun demikian impak keberkesanannnya adalah lebih besar sekiranya mereka
diberikan dengan bahan atau teknik set induksi yang lebih menarik minat seperti di
kelas-kelas partisipan yang lain yang menggunakan paparan yang lebih interaktif seperti
video, dan gambar yang berwarna-warna untuk merangsang daya imaginasi dan
memupuk minat belajar dalam kalangan pelajar-pelajar.
Dalam sesi pengajaran kali pertama guru meminta pelajar mengesan jenis-jeniskata kerja yang terdapat dalam keratan akhbar yang diberi. Mereka perlumembezakan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kemudianmenggunakan senarai kata kerja tersebut pelajar perlu berbincang bersama-samauntuk membina ayat yang mengandungi subjek dan predikat. Setelah selesaiperbincangan para pelajar membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
(NP/R04/3/2)
163
Dalam sesi pengajaran kali kedua pula, responden R04 telah melaksanakan
aktiviti bermain sambil belajar tentang peribahasa Melayu. Penerangan guru
berbantukan komputer iaitu paparan maklumat mengenai lima jenis peribahasa Melayu
telah membantu memberi pengetahuan pelajar untuk membezakan jenis-jenis
peribahasa Melayu. Guru telah menyediakan satu sampul surat besar yang
mengandungi pelbagai kad peribahasa. Dalam aktiviti kumpulan seorang wakil akan
beraksi secara spontan menggunakan bahasa isyarat untuk mengaitkan maksud
peribahasa tersebut dan ahli kumpulan perlu meneka peribahasa tersebut. Markah akan
diberikan kepada kumpulan yang berjaya. Aktiviti ini dapat mendorong pelajar terlibat
secara aktif dan lebih seronok kerana dapat bermain sambil belajar. Pengkaji dapat
melihat proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang sangat
ceria kerana aktiviti ini berjaya untuk menimbulkan motivasi, minat dan mencungkil
sikap ingin tahu mereka. Hal ini menunjukkan bahawa penyediaan bahan yang
disediakan oleh guru dapat membantu merangsang pemikiran pelajar untuk mencapai
matlamat pengajaran pada hari tersebut. Pengajaran juga jelas berstruktur kerana dapat
dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam
rancangan pengajaran harian.
4.2.3.4 Memberi maklum balas kepada pelajar
Dapatan membuktikan amalan memberi maklum balas kepada pelajar telah praktikkan
oleh responden-responden guru di dalam kelas. Dapatan temu bual menunjukkan
penyataan guru-guru bahawa mereka memberi maklum balas terhadap pertanyaan
pelajar. Contohnya, mereka akan memberi terus jawapan kepada soalan yang
164
dikemukakan oleh pelajar. Data analisis dokumen rancangan pengajaran mengukuhkan
dapatan temu bual buktinya keempat-empat responden guru telah menyediakan
perancangan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan topik pengajaran dan penilaian
berfokus terhadap penguasaan pelajar dalam topik tersebut. Sebarang respons daripada
pelajar semasa akan pengajaran akan diberi penjelasan segera oleh guru untuk
mengelakkan sebarang masalah pembelajaran. Trend yang sama dalam dilihat melalui
dapatan pemerhatian contohnya, maklum balas akan diberi oleh guru mengikut respons
pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Dalam dapatan data temu bual responden R01 menjelaskan bahawa beliau akan
memberi maklum balas secara konsisten mengikut kadar masa yang ditetapkan.
Setelah semua kumpulan selesai membentangkan hasil tugasan, guru membericara-cara lain untuk menghargai jasa pahlawan yang tidak terdapat dalamjawapan pelajar.
(NP/R01/2/2)
Responden R02 pula menjelaskan bahawa beliau memang ada memperuntukkan
masa untuk sesi soal jawab dengan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan
akan terus menjawab soalan yang ditanya.
Biasanya saya akan jawab teruslah. Kecuali soalan-soalan tertentu yangmungkin saya tak boleh jawab saya kan pastikan jawapan saya kukuh dengansumber lain terlebih dahulu.
(T/R02/3/3)
Amalan ini diperakui berdasarkan dapatan temu bual dengan para pelajar
responden yang berkenaan.
165
Bagi saya aaa…cikgu memberi jawapan yang tepat dan relevan sekiranya sayabertanyakan soalan pada cikgu..cikgu akan memberikan jawapan yang ringkasserta padat membuatkan saya lebih mudah dan cepat memahami apa yang diajar.
(T/PR02/1/3)
Pada hari ini kami belajar aspek komsas dalam sajakwww.sibermerdeka.com.my. Kami dapat mempelajari persoalan, nilai, gayabahasa dan pengajaran serta maksud rangkap. Cikgu telah memberi penerangantentang maksud-maksud rangkap supaya kami lebih memahami setiap pengisianrangkap tersebut.
(T/PR02/2/2)
Hal ini diakui juga oleh responden R03 bahawa beliau akan terus menjawab
soalan yang ditanya. Dan sekiranya beliau bertanyakan soalan kepada pelajar beliau
akan memberi masa kepada mereka untuk menjawabnya. Tindakan beliau disokong
berdasarkan dapatan temu bual dengan kumpulan pelajar beliau.
“Cikgu kami akan memberikan respons dengan serta merta kerana dia bukanjenis yang suka bertangguh. Macam yang kawan saya cakap tadi, guru kamiseperti ibu, jadi apabila kami menanyakan soalan secara serta merta dia akanmemberikan respons dan jika kami tidak faham dia akan tetap maklumkan”.
(T/PR03/2/4)
Bagi responden R04 pula beliau menjelaskan bahawa penerangan yang diberi
adalah bergantung kepada soalan. Ada kalanya beliau memberi peluang kepada pelajar
untuk berkongsi pendapat dan jawapan dalam memperjelas perbincangan tentang
soalan yang ditanya. Dalam sesi pemerhatian pengajaran pengkaji dapat melihat
bahawa guru dapat terus memberi jawapan secara konsisten kepada para pelajar agar
pelajar dapat memanfaatkannya pada masa itu juga. Dapatan hasil temu bual pelajar
juga membuktikan bahawa guru mereka mengamalkan amalan yang berkualiti dalam
aspek memberi maklum balas kepada para pelajar. Dapatan nota pemerhatian juga
membuktikan bahawa amalan ini dapat dilaksanakan oleh responden dengan baik.
166
Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan dan bertanya soalan kepadaguru sama ada perkataan bagai dalam perumpamaan boleh atau tidak ditukardengan perkataan seperti, umpama dalam jawapan. Responden R04 memberijawapan bahawa dibenarkan kerana maksudnya masih sama tetapi bergantungjuga kepada kehendak skema jawapan tahun semasa. Oleh itu, pelajar perlumemastikan penggunaan perkataan yang benar-benar tepat seperti dalamperumpaan yang asal.
(NP/R04/2/2)
4.2.3.5 Memperlihatkan fleksibiliti dan responsif
Dapatan data temu bual guru menjelaskan bahawa mereka akan bersikap fleksibiliti dan
responsif berdasarkan respons darpada pelajar contohnya, guru akan membuat
pengubahsuaian aktiviti sekiranya didapati respons pelajar yang kurang aktif. Dapatan
pemerhatian dan analisis dokumen turut menyokong dapatan temu bual. Contohnya,
walaupun dalam analisis dokumen RPH menunjukkan aktiviti guru perlu menayangkan
video tentang aktiviti gotong-royong dan para pelajar perlu menyenaraikan aktiviti yang
ditonton namun perancangan awal terpaksa diubah. Dapatan pemerhatian menunjukkan
bukti bahawa guru tidak dapat menayangkan video aktiviti gotong-royong kepada
pelajar kerana berlaku kerosakan kepada LCD. Walaupun ada gangguan, guru bijak
mengatasi masalah dengan cara memanggil pelajar untuk datang ke depan di meja guru
untuk menonton video tersebut terus di komputer guru tetapi dalam kumpulan kecil.
Secara keseluruhannya dapatan daripada ketiga-tiga alat kajian telah menjelaskan
bahawa kesemua responden dalam kajian ini dapat memperlihatkan amalan fleksibiliti
dan responsif dalam pengajaran bergantung kepada persekitaran semasa. Butiran lanjut
tentang dapatan kajian dalam adalah seperti berikut:
Dapatan data temu bual guru menjelaskan bahawa responden R01 menyatakan
bahawa beliau akan melakukan pengubahsuaian mengikut atas respons pelajar pada hari
167
tersebut. Beliau memberitahu bahawa dirinya akan sentiasa memberi ruang kepada
pelajar untuk bertanya.
“Pada pendapat saya, wajar pengubahsuaian pengajaran dilakukan melihatkepada respons pelajar pada hari itu sekiranya aktiviti yang kita lakukan kurangkeberkesanannya. Saya perlu ubah pelaksanaan aktiviti itu. Contohnya pada hariini saya dapati pelajar kurang aktif kita kena ubah aktiviti itu secaraberkumpulan. Selain itu, tindakan saya apabila pelajar menunjukkan responsuntuk bertanya saya akan memberi ruang kepada mereka untukbertanya.Tindakan tersebut menunjukkan pelajar itu sedang berusaha untukmempertingkatkan pemahaman mereka”.
(T/R01/3/1)
Responden R02 pula menyatakan bahawa guru guru perlu kreatif terhadap
respons pelajar dan memberi ruang kepada pelajar untuk bertanya tentang apa yang
tidak difahami dalam sesi pengajaran.
“Jadi sebagai guru saya rasa kita harus kreatif apabila kita dapat lihat responspelajar tidak sebagaimana yang kita harapkan sebagai guru memang perlu adapelan B untuk memastikan pengajaran berlangsung secara lancar”.
(T/R02/3/3)
Dari aspek responsif terhadap soalan pula beliau menjelaskan guru perlu reaksi
para pelajar.
“Ya. Memang pelajar suka bertanya. Jika ada pelajar yang saya lihat cuba untukbertanya memang kita akan bagi ruang kepada pelajar berkenaan untuk bertanyadan itu menunjukkan mungkin ada yang saya ajar tidak difahami dan sesi bersoaljawab itu amat penting untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran”.
(T/R02/3/4)
Responden R03 juga menjelaskan bahawa pengubahsuaian dibuat berdasarkan
respons pelajar dan beliau juga akan terus berusaha menjadi efektif. Bagi responden
R04 pula beliau selalu mengubah pendekatan pengajaran agar seiring dengan situasi
168
pelajar agar tidak membosankan dan beliau turut terus berusaha menjadi guru yang
efektif.
“Okay. Selalunya pelajar yang cuba bertanya ni..dia akan beri respons yangbaik, respons yang positif, dia akan cuba untuk menarik perhatian guru. Okay,angkat tangan atau pun panggil nama guru dan sebagainyalah tapi bagi saya itumemang memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dan melontarkan idea,kadang-kadang kita..aaa…pemikiran pelajar ni lebih semasa jadi dia cuba untukmemberi idea dan memberi olahan idea mereka”.
(T/R04/3/4)
Dapatan nota pemerhatian mengukuhkan bahawa apa yang diperkatakan oleh
responden tersebut memang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan
ini sememangnya amat penting kerana setiap guru perlulah bersikap fleksibel dan
responsif kepada situasi pelajar dalam keadaan persekitaran semasa.
Guru menegur cara para pelajar daripada kumpulan empat tentang tatacara untukmembuat pembentangan di hadapan orang lain dengan penuh adab. Contohnyadengan memberikan ucapan salam dan memperkenalkan diri serta tujuanpembentangan. Selain itu, kesilapan pelajar semasa membi kumpulan tersebutdalam membina peta buih juga turut ditegur dan diberi bimbingan kaedah yangtepat.
(NP/R01/1/2)
Guru meneliti pembentangan pelajar dan telah mengenal pasti perkara-perkarayang perlu ditambah baik.
(NP/R02/1/2)
Dalam analisis dokumen aktiviti berforum memang terdapat dalam langkah dua.Setiap wakil kumpulan perlu mengantar wakil untuk berforum tentang topikyang telah ditetapkan.
(AD/R02/1/2)
Guru tidak dapat menayangkan video aktiviti gotong-royong kepada pelajarkerana berlaku kerosakan kepada LCD. Walaupun ada gangguan, guru bijak
169
mengatasi masalah dengan cara memanggil pelajar untuk datang ke depan dimeja guru untuk melihatnya terus di komputer guru.
(NP/R03/1/1)
Dalam analisis dokumen sepatutnya guru perlu menayangkan video tentangaktiviti gotong-royong dan menyenaraikan aktiviti yang ditonton.
(AD/R03/1/2)
Set induksi yang digunakan pada hari ini ialah soal jawab antara guru denganpelajar tentang peribahasa.
(NP/R04/2/1)
Dalam analisis dokumen rancangan pengajaran asal yang dibina ialah videoberkaitan peribahasa. Hal ini menunjukkan bahawa set induksi yang dirancangdalam rancangan pengajaran harian adalah tidak digunakan dalam pengajarantetapi diganti dengan soal jawab.
(AD/R04/2/1)
4.2.4 Soalan IV : Apakah amalan guru yang berkualiti dalam tanggungjawabprofesionalisme pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM?
Dalam domain ini, soalan kajian akan menganalisis lima komponen daripada domain
tanggungjawab profesionalisme guru di peringkat pascapengajaran. Data diperoleh
melalui temu bual guru, pemerhatian dan analisis dokumen rancangan pengajaran
harian. Lima elemen tersebut adalah seperti yang berikut.
a) Latihan yang diberikan.
b) Penyemakan/pembetulan tugasan/latihan mengikut prinsip ibadah.
c) Kandungan latihan selaras dengan pencapaian pelajar.
d) Refleksi pengajaran dilaksanakan mengikut prinsip ibadah.
170
e) Mengekalkan rekod-rekod tepat.
f) Rekod intervensi.
Dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen mengesahkan bahawa
semua responden guru dapat melaksanakan tiga amalan dengan berkualiti, iaitu amalan
pemberian latihan mengikut topik selepas pengajaran, pemberian kandungan latihan
yang selaras dengan pencapaian pelajar dan penyediaan rekod pemarkahan dan
maklumat pelajar. Jadual 4.4 menunjukkan keseluruhan dapatan kajian berdasarkan
keenam-enam amalan dalam domain tanggungjawab profesionalisme. Namun begitu,
dapatan kajian ini telah menjelaskan bahawa terdapat tiga komponen yang memerlukan
penambahbaikan daripada amalan sesetengah guru iaitu amalan penyemakan latihan,
mengikut prinsip ibadah, refleksi pengajaran mengikut prinsip ibadah dan intervensi.
Dalam aspek penyemakan latihan pelajar kesemua responden membuat
penyemakan dan pemberian cadangan penambahbaikan tetapi pelaksanaannya
mengikut amalan guru yang berbeza-beza dengan cara yang tersendiri. Amalan
segelintir guru yang melaksanakan penyemakan tugasan dengan cara meminta para
pelajar menyemak jawapan sendiri hanya berdasarkan perbincangan di dalam kelas
melalui bimbingan guru perlu diberi perhatian. Dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu aspek pembinaan jawapan memerlukan ayat yang gramatis. Selain itu,
jika aspek pembinaan ayat yang gramatis ini diketepikan oleh pelajar sebaliknya
pelajar-pelajar hanya memberi tumpuan kepada isi penting jawapan sahaja dan aspek
sistem bahasa akan kurang diberi perhatian khusus. Impaknya, amalan ini akan menjadi
satu kebiasaan.
171
Seterusnya, dapatan kajian turut menunjukkan terdapat perbezaan dapatan
antara amalan refleksi dan intervensi dalam kalangan responden guru. Walaupun dalam
temu bual responden guru menyatakan mereka telah melaksanakan kedua-dua amalan
itu dengan baik namun dapatan pemerhatian dan analisis dokumen adalah berbeza
apabila menunjukkan responden-responden guru tidak melaksanakan amalan penulisan
refleksi dan intervensi pelajar secara sempurna. Terdapat responden guru yang hanya
menulis refleksi secara umum sahaja dan rekod intervensi pula tidak disediakan dengan
lengkap. Hal ini diperkukuhkan melalui pemerhatian yang mendapati bahawa borang
rekod intervensi pelajar bagi keempat-empat responden masih belum diisi secara
lengkap. Selain itu, dalam analisis dokumen rancangan pengajaran harian juga semua
responden guru tidak mencatatkan senarai nama pelajar yang memerlukan bimbingan
intervensi agar tindakan susulan dapat diambil dengan segera mengikut keperluan.
Dalam temu bual para responden turut menyatakan bahawa mereka telah
melaksanakan amalan pemberian latihan mengikut topik selepas pengajaran, pemberian
kandungan latihan yang selaras dengan pencapaian pelajar dan penyediaan rekod
pemarkahan dan maklumat pelajar. Secara keseluruhnnaya amalan guru-guru berada di
tahap kualiti yang baik dalam tiga amalan dengan berkualiti, iaitu amalan pemberian
latihan mengikut topik selepas pengajaran, pemberian kandungan latihan yang selaras
dengan pencapaian pelajar dan penyediaan rekod pemarkahan dan maklumat pelajar.
Maklumat lanjut berkaitan dapatan kajian dalam domain ini diterangkan secara
terperinci seperti di bawah :
172
Jadual 4.4
Kualiti amalan guru dalam tanggungjawab profesionalisme
Domain 4 :Tanggungjawabprofesionalisme
Responden01
Responden02
Responden03
Responden04
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
Tem
u bual
Pem
erhatian
Analisis R
PH
4a) Latihan yangdiberikan / / / / / / / / / / /
4b) Penyemakanlatihan mengikutprinsip ibadah
/ / / / / / / X / / / /
4c)Kandunganlatihan
/ / / / / / / / / / / /
4d) Refleksipengajaranmengikut prinsipibadah
/ / / / / / / / X / / X
4e) Rekod yangtepat
/ / / / / / / / / / / /
4 4f) Rekodintervensi
In
/ X / / X / / X / / X /
4.2.4.1 Pemberian latihan kepada pelajar
Dapatan kajian tentang amalan pemberian latihan kepada pelajar menunjukkan bahawa
kesemua responden kajian menjelaskan bahawa mereka memberikan latihan mengikut
topik kepada pelajar selepas tamat sesi pengajaran. Dapatan temu bual menunjukkan
173
bahawa semua responden guru ada memberi tugasan kerja sekolah sebagai pengukuhan
topik yang diajar pada hari tersebut. Hal ini juga diperakui melalui dapatan analisis
dokumen rancangan pengajaran harian contohnya, setiap responden telah menulis tajuk
tugasan yang akan diberi kepada pelajar sebagai kerja rumah.
Namun, tugasan yang diberikan tersebut hanya secara umum untuk semua
pelajar dan tidak diberi penjelasan tentang kriteria keperluan tugasan sama ada tugasan
pengayaan atau pemulihan kepada para pelajar tertentu. Begitu juga dengan dapatan
pemerhatian yang menunjukkan amalan ini dilaksanakan oleh guru-guru. Contohnya,
guru menyatakan kerja sekolah yang diberi sebelum tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut.
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa semua responden guru ada memberi
tugasan kerja sekolah sebagai pengukuhan topik yang diajar pada hari tersebut. Latihan
tersebut meliputi topik dan silibus pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Namun
demikian, didapati mereka mempunyai pandangan yang berbeza untuk melaksanakan
tugasan tersebut. Melalui data temu bual responden R01 menjelaskan bahawa beliau
akan memberikan latihan tambahan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar. Latihan
itu perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu mengikut tugas yang diberikan oleh guru.
Bagi responden R02 pula beliau berpendapat bahawa beliau akan memberi latihan yang
sedikit agar pelajar mampu menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
“Kebiasaannya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan pastikansaya ada memberi latihan sebagai pengukuhan. Saya bukanlah guru yang gemarmemberikan latihan yang banyak dan panjang lebar. Contohnya macamkarangan satu perenggan atau sastera melibatkan satu teks sahaja. Jadi saya rasadengan memberikan latihan yang lebih mudah kepada pelajar ini memberi ruangkepada pelajar menyiapkan tugasan masing-masing. Itu bergantung kepada
174
tugasan saya biasanya saya akan menyiapkannya sebelum sesi pengajaran danpembelajaranyang berikutnya berlangsung maknanya jika saya akan masuk kekelas tersebut dua hari lagi maknanya dua harilah tempoh masa yang diberikankepada pelajar kepada saya”.
(T/R02/3/5)
Seterusnya, responden R03 pula berpendapat bahawa beliau hanya memberi
latihan di dalam kelas dan jawapan latihan tersebut akan terus dibincangkan bersama-
sama guru di dalam kelas. Sekiranya latihan tersebut tidak sempat disiapkan pelajar
dibenarkan untuk menyambungnya pada waktu yang lain sebagai kerja sekolah.
“Selalunya selepas sahaja pembentangan pelajar, saya akan pastikan pelajarakan menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam buku latihan dansekiranya tidak melibatkan pembentangan saya sendiri yang akanmengemukakan soalan kepada pelajar. Kemudian kami akan mengadakanperbincangan jika masa masih mencukupi dan sekiranya tidak pelajar perlumenghantarnya sebagai tugasan kerja sekolah. Selalunya saya akan pastikansetengah jam sebelum kelas berakhir, pelajar perlu menjawab dan selesaikandengan perbincangan jawapan bersama guru.
(T/R03/3/1)
Manakala responden R04 pula menjelaskan bahawa beliau akan memberikan
tugasan yang perlu disiapkan sebagai latihan bagi meningkatkan daya kefahaman
pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Latihan yang diberikan ialah dalam bentuk bertulis dan lembaran kerja dalam buku
kerja.
Dapatan analisis dokumen juga memperlihatkan bahawa responden guru
melaksanakan amalan pemberian latihan kepada para pelajar.
Aktiviti susulan : Pelajar diminta menulis karangan jenis pendapat tentang cara-cara menghargai jasa ibu.
(AD/R01/1/3)
175
Pengukuhan : Para pelajar diminta melengkapkan nota aspek sastera bagi sajakwww.sibermerdeka.com.my
(AD/R02/2/3)
Tugasan : Membina ayat(AD/R03/1/3)
Latihan : Bina ayat(AD/R03/1/3)
Dalam pemerhatian pengkaji juga melihat amalan ini dinyatakan oleh guru-guru
di dalam kelas sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran tamat.
4.2.4.2 Penyemakan latihan mengikut prinsip ibadah
Data dapatan temu bual menunjukkan bahawa kesemua responden guru dalam kajian
ini bersetuju bahawa mereka melaksanakan amalan menyemak latihan pelajar.
Contohnya, kesemua responden membuat penyemakan secara konsisten dan pemberian
cadangan penambahbaikan tetapi mengikut cara guru yang berbeza-beza. Perkara ini
turut diperakui oleh para pelajar dalam dapatan temu bual dengan pelajar setiap
responden.
Hal ini disokong berdasarkan dapatan analisis dokumen rancangan pengajaran
harian. Semua responden guru telah mencatat rekod tugasan yang diberi kepada para
pelajar dan tarikh penghantaran kepada guru untuk disemak. Namun demikian, dapatan
pemerhatian menunjukkan perbezaan bahawa hanya sebahagian guru sahaja yang
kelihatan lebih konsisten dengan amalan penyemakan latihan pelajar. Amalan segelintir
176
guru yang melaksanakan penyemakan tugasan dengan cara pelajar menyemak jawapan
sendiri berdasarkan perbincangan di dalam kelas melalui bimbingan guru perlu diberi
perhatian. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu aspek pembinaan
jawapan memerlukan ayat yang gramatis. Selain itu, jika aspek pembinaan ayat yang
gramatis ini diketepikan oleh pelajar sebaliknya pelajar-pelajar hanya memberi
tumpuan kepada isi penting jawapan sahaja. Oleh itu, Secara keseluruhannya dalam
aspek penyemakan latihan pelajar dapatan daripada tiga alat kajian ini menunjukkan
bahawa guru-guru telah melaksanakan amalan menyemak tugasan yang diberikan
kepada para pelajar namun menggunakan cara amalan yang berbeza. Maklumat lanjut
dapatan kajian adalah seperti yang berikut :
Data dapatan temu bual menunjukkan bahawa responden R01 menjelaskan
bahawa beliau akan menyemak buku latihan yang dihantar oleh pelajar dengan segera
sekiranya tiada kekangan urusan tugas-tugas yang lain.
Saya akan menyemak tugasan pelajar dengan segera sebaik sahaja merekamenghantarnya. Tindakan itu memang menjadi amalan saya tetapi adaketikanya, sekiranya ada kekangan masa misalnya untuk melaksanakan tugas-tugas yang lebih perlu dilaksanakan saya akan melaksanakan tugas-tugastersebut. Dalam penyemakan tugasan itu, saya akan memberikan cadanganuntuk penambahbaikan secara konsisten. Sebagai contoh saya akan memintapelajar tersebut membuat pembetulan ataupun memberi tajuk tugasan yang lainsekiranya tugasan itu tidak dilaksanakan dengan sempurna.
(T/R01/3/5)
Bagi memastikan pelaksanaan amalan tersebut pengkaji melakukan pemerhatian
kepada beberapa buah buku latihan pelajar yang telah disemak oleh responden guru
R01 dan terbukti bahawa amalan tersebut dilaksanakan dengan baik.
177
Responden R02 pula memberitahu bahawa beliau tidak akan memberi komen
kepada semua pelajar semasa menyemak tugasan tersebut. Walau bagaimanapun,
penekanan akan diberikan kepada beberapa buku latihan pelajar yang dikenal pasti perlu
diberi komen untuk penambahbaikan mutu jawapan. Para pelajar yang berjaya
melaksanakan tugasan yang bagus pula akan diberikan pujian. Jawapan pelajar itu juga
akan dijadikan contoh kepada para pelajar yang lain. Bagi penambahbaikan pelajar
menengah rendah guru akan memastikan bahawa sesi penambahbaikan akan dibuat
bersama-sama guru agar menghasilkan keberkesanan.
Responden R03 menjelaskan bahawa beliau akan menyemak terus latihan
melalui perbincangan jawapan bersama-sama pelajar sahaja. Namun demikian,
sekiranya latihan tersebut melibatkan tugasan karangan beliau akan menyemaknya
sendiri. Bagi beliau, komen guru amat perlu diberikan sama ada secara lisan mahupun
dalam bentuk tulisan supaya berlaku peningkatan mutu jawapan pelajar. Beliau
mengakui bahawa akan mendenda pelajar sekiranya tidak melaksanakan tugasan yang
diberi dengan sempurna. Pengkaji juga berpeluang memerhatikan latihan yang dibuat
oleh pelajar di dalam kelas yang disemak sendiri oleh pelajar melalui hasil perbincangan
jawapan dengan bimbingan guru. Sekiranya ada sebarang permasalahan para pelajar
akan bertanya kepada guru.
Responden R04 pula melaksanalan amalan penyemakan latihan menggunakan
kaedah semakan secara mingguan.
Saya akan menyemak, contohnya saya akan menyemak mengikut minggulah.Contohnya mengikut latihan yang saya bagi. Ya. Terutama sekali dalam latihan-
178
latihan yang mereka buatlah. Contohnya saya akan meletakkan stiker,contohnya tolong perbaiki tulisan misalnya.Tolong,,..isi tidak jelas dansebagainyalah.
(T/R04/3/6)
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji melihat R04 kelihatan lebih konsisten
dengan amalan penyemakan yang dilaksanakan untuk membantu penyemakan latihan
pelajar. Secara keseluruhannya dalam aspek penyemakan latihan pelajar kesemua
responden membuat penyemakan dan pemberian cadangan penambahbaikan tetapi
mengikut cara guru yang berbeza-beza. Perkara ini turut diperakui oleh para pelajar
dalam dapatan temu bual dengan pelajar responden.
Latihan itu disemak dengan teliti dan beliau memberitahu kami jika kamimelakukan kesalahan supaya kami dapat membaikinya pada masa akan datang.Penyemakan latihan yang dilakukan dengan bagus. Apabila kami melakukankesalahan dia akan menegur dan membantu kami membetulkankesalahan.Latihan-latihan.kami disemak dengan teliti dan sehinggakankesalahan ejaan yang sedikitpun masih ditegur oleh beliau.
(T/PR04/K2/4)
Dari aspek analisis dokumen rancangan pengajaran harian, dapat dilihat bahawa
responden-responden guru telah mencatat rekod tugasan yang diberi kepada para pelajar
dan tarikh penghantaran kepada guru untuk disemak. Hal ini menunjukkan amalan
penyemakan buku latihan dilaksanakan mengikut perancangan. Oleh itu, jelas terbukti
bahawa amalan penyemakan latihan mengikut prinsip ibadah hasil dapatan kajian
memperlihatkan bahawa setiap responden telah melaksanakan amalan ini dengan cara
yang tersendiri untuk melaksanakan amalan penyemakan, pembetulan tugasan, latihan
mengikut prinsip ibadah. Walau bagaimanapun, amalan responden R03 yang
melaksanakan penyemakan tugasan dengan cara pelajar menyemak jawapan sendiri
179
berdasarkan perbincangan di dalam kelas dengan bimbingan guru perlu diberi
perhatian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu aspek pembinaan jawapan
memerlukan ayat yang gramatis. Selain itu, jika aspek pembinaan ayat yang gramatis
ini diketepikan oleh pelajar sebaliknya pelajar-pelajar hanya memberi tumpuan kepada
isi penting jawapan sahaja. Oleh itu, dapatan daripada tiga alat kajian ini menunjukkan
bahawa guru-guru telah melaksanakan amalan menyemak tugasan yang diberikan
kepada para pelajar namun menggunakan cara amalan yang berbeza.
4.2.4.3 Kandungan latihan yang selaras dengan pencapaian pelajar
Di samping itu, dalam aspek kandungan latihan yang selaras dengan pencapaian pelajar
dapatan temu bual guru menunjukkan bahawa kesemua responden menjelaskan bahawa
mereka sememangnya memastikan bahawa semua latihan yang diberi adalah sesuai dan
selaras dengan pencapaian pelajar. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa semua
responden guru menjelaskan mereka telah melaksanakan amalan tersebut.
“Tugasan yang diberi adalah berkaitan topik dan selaras dengan pencapaianpelajar.”.
(T/R01/3/6)
“Dia mesti ada perkaitan dengan silibuslah dengan apa yang dia belajar denganapa yang diajar”.
(T/R04/3/7)
180
Dapatan pemerhatian melihat bahawa kesemua responden guru ada menyatakan
tugas yang perlu dibuat oleh pelajar selepas kelas. Hal ini turut tercatat dalam rancangan
pengajaran harian masing-masing berdasarkan analisis dokumen rancangan pengajaran
dan pembelajaran harian yang dibuat. Walau bagaimanapun, responden tidak
menyatakan fokus terhadap pengayaan ataupun latihan pemulihan. Jadi, dapatan kajian
menjelaskan bahawa amalan aspek kandungan latihan diberikan namun demikian
tugasan tersebut adalah sama untuk semua pelajar. Tiada penetapan khusus untuk
pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Hal ini bermaksud, latihan yang diberi adalah
tidak mengambil kira aspek pencapaian pelajar.
4.2.4.4 Pelaksanaan refleksi pada pengajaran mengikut prinsip ibadah
Dari aspek pelaksanaan refleksi pada pengajaran mengikut prinsip ibadah pula, dapatan
kajian temu bual menunjukkan bahawa perkara ini diberi penekanan oleh setiap
responden mengikut prinsip ibadah. Responden R01 menyatakan bahawa beliau
melaksanakan refleksi berdasarkan pemerhatian daripada aspek pengajaran beliau
sendiri sahaja. Manakala responden R02 pula memberitahu bahawa perkara yang diberi
penekanan oleh beliau dalam penulisan refleksi pengajaran ialah aspek respons pelajar
untuk menilai tahap pemahamannya dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut,
keberkesanan aktiviti yang dijalankan dan objektif pelajaran sama ada berjaya dicapai
atau tidak. Beliau mengakui bahawa dengan penulisan refleksi tersebut dirinya akan
mengambil tindakan susulan pada masa akan datang sebagai penambahbaikan mutu
pengajarannya.
181
Seterusnya, responden R03 berkongsi pendapat bahawa selepas sahaja sesi
pengajaran dan pembelajaran selesai beliau akan bertanya kepada pelajar tentang
respons yang diterima. Tindakan ini bagi memastikan sama ada mereka memahami atau
tidak isi kandungan pelajaran yang telah disampaikan tadi. Selain itu, beliau juga akan
menulis refleksi berkaitan aspek penglibatan pelajar dalam aktiviti yang telah dirancang
oleh guru dalam rancangan pengajaran harian. Sekiranya tidak berjaya atau kurang
berkesan beliau menjelaskan bahawa jika proses pengajaran dan pembelajaran pada
kelas itu kurang lancar beliau akan mengubah kepada kaedah lain yang lebih efisien
sebagai langkah penambahbaikan.
Menurut responden R04, pula penulisan refleksi adalah penting. Beliau
mengambil tindakan yang hampir sama dengan responden R03 iaitu fokus kepada tahap
pemahaman dan keterlibatan para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
“Okay, dalam penulisan refleksi saya akan melihat berapa peratus pelajar yangfaham, berapa peratus pelajar yang kurang faham dan aa… melihat kepadakeaktifan pelajar di dalam kelas. A…aaa bagi saya…saya akan cuba tengokbalik apa yang telah diajar. Jika ada masalah kita akan cuba .kalau tidak adamasa ketika itu, saya akan memperbaikinya dalam kelas yang seterusnya”.
(T/R04/3/2)
Hal ini diperakui melalui temu bual dengan Ketua Jabatan Bahasa.
“Refleksi pengajaran ni memang kami beri perhatian sebabnya, ini selaludiberi penekanan dan kami selalu dipesan terutama oleh TPHEA kami. Apabilahantar buku rekod dia akan tengok refleksi macam mana.Maksudnya, guru kenatahulah..apa yang guru sepatutnya diajar Tercapai objektif jika tidak dicapaiguru kena buat sesuatulah dan semua ini harus ditulis dalam RPH”.
(T/KJ/1/4)
182
Berdasarkan pemerhatian, responden R01, R02, R03 dan R04 memang
melakukan penulisan refleksi namun tatacara penulisan refleksi perlu ditambah baik.
Analisis dokumen rancangan pengajaran harian menunjukkan bahawa responden guru
menulis refleksi secara umum sahaja. Sepatutnya guru perlu menghasilkan penulisan
refleksi yang lebih berfokus tentang sesuatu perkara termasuklah tahap pencapaian
pelajar dalam piawaian kriteria kejayaan yang ditulis dalam objektif dalam RPH.
Penulisan refleksi boleh mengandungi respons keterlibatan para pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran, pencapaian objektif pengajaran dan keberkesanan aktiviti
yang dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalahdalam penggunaan LCD. Aktiviti pelajar dan pembentangan kumpulandilakukan dengan baik dan menepati objektif pengajaran.
(AD/R03/1/4)
Aktiviti pengajaran dan pembentangan kumpulan oleh para pelajar berjalandengan lancar. Aktiviti kerusi bermuzik sangat menarik dan pernyataankerjasama yang baik daripada rakan-rakan sekelas.
(AD/R03/2/1)
Teknik improvisasi digunakan oleh guru supaya pelajar dapat memberi maklumbalas secara spontan. Pelajar aktif sepanjang pengajaran dan pembelajaran danmemberi respons yang baik.
(AD/R03/2/1)
Pembentangan berpusatkan kepada aktiviti pelajar. Pelajar aktif sepanjangproses pengajaran dan pembelajaran.
(AD/R03/2/2)
183
Hasil dapatan kajian berdasarkan ketiga-tiga alat kajian menunjukkan bahawa
amalan komponen refleksi telah dilaksanakan oleh guru-guru setelah tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan
bahawa amalan penulisan refleksi pengajaran perlu ditambah baik. Guru perlu meneliti
semua kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan yang merekodnya dalam ruangan akhir pada
rancangan pengajaran harian. Contohnya, respons pelajar, tahap keberkesanan aktiviti
yang dilaksanakan, pencapaian objektif pengajaran dan masalah-masalah yang dihadapi
ketika itu. Amalan refleksi yang berkesan dapat menambah baik kualiti pengajaran guru
untuk digunakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Amalan
reflektif membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam kalangan guru-guru.
4.2.4.5 Penyediaan rekod-rekod yang tepat
Dalam amalan komponen penyediaan rekod-rekod yang tepat pula, data temu bual
responden guru menunjukkan bahawa semua responden mengamalkan amalan yang
berkualiti. Secara keseluruhannya didapati sistem penyimpanan rekod markah pelajar
di MRSM disimpan dengan baik dalam rekod pencapaian pelajar iaitu e-spng dan rekod
tugasan lain disimpan dengan baik di dalam buku rekod masing-masing. Responden
R01 memberitahu bahawa beliau memastikan rekod tugasan pelajar, rekod kemajuan
peningkatan pelajar dalam pembelajaran dan rekod tugasan lain yang diberikan kepada
pelajar dapat disimpan dengan baik. Bagi responden R02 pula beliau menjelaskan rekod
tugasan rekod tugasan pelajar, rekod kemajuan peningkatan pelajar dalam pembelajaran
dan rekod tugasan lain disimpan dalam buku rekod mengajarnya. Seterusnya,
184
responden R03 pula memberitahu bahawa bagi memastikan rekod ada, beliau akan
memastikan semua penghantaran tugasan direkod dengan baik dengan bantuan ketua
kelas.
“Kita ada penyimpanan markah dalam e-sppng di situ kita tahu. Tugasan-tugasan lain seperti folio..aaa… tugasan folio memang dari segi markah kitaakan simpan dan akan diberi selepas selesai disemak.
(T/R04/3/6)
Menurut responden R04 rekod prestasi pelajar pula disimpan dalam sistem
komputer yang disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan Maktab (UPPM) di
semua MRSM yang dikenali sebagai e-sppng iaitu sistem elektronik penilaian purata
nilaian gred. Manakala rekod tugasan lain juga akan disimpan dengan baik oleh guru
supaya boleh dirujuk apabila diperlukan kelak. Responden R04 juga menyatakan
bahawa semua latihan yang diberikan kepada pelajar akan disimpan dan dilabelkan oleh
beliau. Dari segi rekod pemarkahan pula beliau mempunyai simpanan rekod markah
pelajar serta rekod tugasan lain bagi memastikan rekod penghantaran pelajar yang
dibuat dapat membantunya mengesannya apabila diperlukan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji melihat bahawa komponen rekod markah
dan tugasan pelajar diletakkan di dalam fail rekod mengajar kesemua responden guru.
Hal ini memudahkan mereka atau pihak pentadbir sekolah untuk merujuk tahap
perkembangan dan pencapaian akademik para pelajar.
185
4.2.4.6 Rekod intervensi
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa responden menjelaskan bahawa mereka telah
melaksanakan intervensi terhadap para pelajar yang telah dikenal pasti. Namun
demikian dapatan pemerhatian dan analisis dokumen adalah berbeza. Contohnya,
melalui pemerhatian didapati borang rekod intervensi pelajar bagi keempat-empat
responden masih belum diisi secara lengkap. Selain itu, dalam analisis dokumen
rancangan pengajaran harian juga semua responden guru tidak mencatatkan senarai
nama pelajar yang memerlukan bimbingan intervensi sebagai tindakan susulan. Secara
keseluruhannya, semua responden kajian ini telah melaksanakan intervensi terhadap
pelajar namun pelaksanaannya adalah kurang sempurna. Maklumat lanjut adalah seperti
yang berikut :
Dapatan temu bual menunjukkan bahawa responden R01 dan R02 menjelaskan
bahawa mereka telah melaksanakan intervensi terhadap para pelajar yang telah dikenal
pasti. Tindakan ini bagi memberi bimbingan intensif terhadap pelajar-pelajar yang
mempunyai masalah sama ada dalam akademik mahupun tingkah laku. Namun
demikian catatan rekod intervensi masih belum dilengkapkan dengan sempurna seperti
tahun lepas yang disediakan dalam bentuk catatan rekod bertulis dan juga graf
perkembangan peningkatan prestasi pelajar.
A..aaa.. untuk tahun ni saya masih belum memulakan sesi intervensi dan untuktahun lepas saya memang ada rekod intervensi tersendiri di samping rekodpencapaian tadi kami ada bahagian rekod intervensi yang pelru diberikan kepadapelajar yang memerlukan bimbingan.Kebanyakan pelajar dalam kelasberkenaan ialah pelajar baru, jadi saya belum mula mengenal mereka dansebelum ni belum ada ujian yang boleh menjadi rekod pencapaian pelajar
186
berkenaan. Bagi kelas tingkatan 3 rekod intervensi memang sudah berlangsungdan saya adakan di dalam kelas. Maknanya saya memang telah mengenal pastipelajar yang memerlukan bimbingan intervensi.
(T/R02/3/7)
Hal yang sama juga diakui oleh responden R03 dan R04 dalam temu bual
bahawa mereka melaksanakan program intervensi pelajar sama ada di dalam atau di
luar waktu akademik. Walau bagaimanapun, aspek perekodan maklumat adalah kurang
lengkap.
Okay selalunya pelajar ni ..untuk intervensi kita akan panggil aa… pelajar sayaakan lihat prestasi pelajar di dalam kelas…saya panggil di dalam kelas..kalaukita Nampak dia pasif dan sebagainya. Ataupun melihat kepada keputusan kitaakan panggil secara personallah”.
(T/R03/3/8)
Buku rekod intervensi memang ada rekod tetapi kurang lengkaplah.(T/R04/3/6)
Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian pengkaji apabila borang rekod intervensi
pelajar bagi keempat-empat responden masih belum diisi secara lengkap. Dalam
analisis dokumen rancangan pengajaran harian juga semua responden guru tidak
mencatatkan senarai nama pelajar yang memerlukan bimbingan intervensi sebagai
tindakan susulan.
Oleh itu, dapatan kajian bagi amalan rekod intervensi pelajar menunjukkan
bahawa keempat-empat responden guru ini menjelaskan bahawa mereka melaksanakan
amalan ini seperti yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan. Walau
bagaimanapun, dari segi rekod intervensi penyediaannya adalah tidak lengkap.Nama
pelajar yang memerlukan bimbingan intervensi juga tidak dicatat.
187
4.3 Rumusan
Dalam bab 4 ini pengkaji telah membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan
maklumat dan juga data yang telah diperoleh oleh pengkaji. Bab ini akan menjawab
empat soalan kajian yang telah dinyatakan di peringkat awal kajian. Proses kajian ini
lebih menjurus terhadap pengumpulan data maklumat yang berkisar tentang tahap
kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM.
Oleh itu, analisis maklumat dan data kajian ini diperoleh daripada hasil dapatan temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dilaksanakan kepada empat orang guru,
dua puluh empat orang pelajar dan dua orang Ketua Jabatan Bahasa MRSM yang
terlibat dalam kajian ini iaitu di dua buah MRSM yang terletak di negeri Perak. Pengkaji
telah menganalisis maklumat ini dengan mengikut tatacara penganalisisan data yang
telah dirancang di peringkat awal. Oleh yang demikian, semua data dan maklumat yang
diperoleh telah menjawab soalan kajian yang dikemukakan.
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Penulisan bab lima akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah
dilaksanakan oleh pengkaji. Sehubungan dengan itu, hasil dapatan kajian ini digunakan
untuk membuat kesimpulan dan menjelaskan beberapa implikasi daripada kajian.
Pengkaji turut mengemukakan cadangan kajian lanjutan yang berkait rapat dengan
kajian secara holistik. Kajian ini bertujuan untuk meneliti kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Oleh itu, kajian ini akan
tertumpu tentang kualiti amalan yang dipraktikkan oleh guru Bahasa Melayu dalam
empat domain iaitu bermula daripada peringkat perancangan dan persediaan
pengajaran, pengurusan bilik darjah, semasa pengajaran dan tanggungjawab
profesionalisme seseorang guru. Sebanyak 22 elemen melalui gagasan kualiti amalan
guru akan diberikan fokus dalam perbincangan dapatan kajian ini.
189
5.2 Perbincangan
Keseluruhan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kualiti amalan guru amat
signifikan dengan amalan-amalan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
khusunya di MRSM. Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu ini juga dikaitkan dengan penerapan amalan tiga prinsip kesempurnaan
berbahasa. Amalan prinsip berbahasa menggunakan nahu yang betul, berbahasa untuk
menyampaikan maklumat yang benar dan berbahasa untuk tujuan ibadah menjadi
pelengkap komitmen terhadap profesion guru subjek Bahasa Melayu yang berkualiti.
Hasil kajian menjelaskan bahawa kerangka pengajaran menjadi panduan yang sangat
penting kepada semua guru. Gagasan ini adalah untuk membimbing amalan yang
berkualiti untuk menghasilkan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
5.2.1 Kualiti amalan guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harianBahasa Melayu di MRSM
Kualiti amalan guru di peringkat domain perancangan dan persediaan pengajaran
merangkumi enam komponen yang perlu diamalkan oleh para guru. Enam komponen
tersebut ialah pengetahuan tentang kandungan dan pedagogi subjek Bahasa Melayu
mengikut prinsip maklumat, memperlihatkan pengetahuan tentang pelajar, memilih
matlamat pengajaran, memperlihatkan pengetahuan tentang sumber, menyediakan
pengajaran dan pembelajaran yang koheren mengikut prinsip maklumat dan
menyediakan penilaian kepada pelajar. Sebenarnya, kunci utama dalam penghasilan
pengajaran yang berkesan adalah terletak kepada amalan perancangan dan persediaan
pengajaran yang dibina oleh guru. Oleh itu, seseorang guru mestilah berupaya untuk
190
menyusun perancangan aktiviti dan tindakan pelaksanaan pengajaran. Proses
penyampaian pelajaran pula akan dibantu dengan alat-alat dan bahan pengajaran yang
sesuai agar lebih menarik dan berkesan.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru
Bahasa Melayu dalam kajian ini telah melaksanakan amalan penyediaan perancangan
dan persediaan pengajaran yang baik sebelum masuk ke kelas. Amalan dan tingkah laku
guru-guru ini mencerminkan bahawa mereka bersedia untuk melaksanakan amalan
pengajaran yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dapatan
ini menyokong saranan oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) bahawa
semua guru bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pelajaran yang mantap
setiap kali sebelum memulakan sesuatu pengajaran untuk meningkatkan kualiti
pengajarannya (Shulman,1986). Dapatan kajian ini menyamai kajian oleh Kamarul
Azmi Jasmi dan Noor Fadhlina Nawawi (2012) serta dapatan kajian oleh Norazman
Arbin et al. (2011) bahawa guru-guru telah berjaya menunjukkan amalan perancangan
pengajaran yang baik melalui persediaan masing-masing. Hal ini selari dengan saranan
Rahil Mahyuddin et al. (2009) yang menyatakan bahawa amalan perancangan dan
persediaan guru yang baik dan teliti amat penting dalam penghasilan pengajaran yang
berkesan di bilik darjah.
Amalan sebahagian besar guru dalam kajian ini yang mengambil kira komponen
pengetahuan sedia ada pelajar sebelum menyediakan perancangan pengajaran harian
adalah penting. Hasilnya terbukti melalui respons yang baik daripada para pelajar dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran harian. Amalan ini menyamai dengan hasil
dapatan kajian oleh Yuslaini (2012); Salhah (2009); Juliawati (2006) bahawa perlunya
191
tahap kemampuan kognitif dan kecenderungan pelajar diambil kira semasa merancang
pengajaran dan para guru mesti kreatif untuk memenuhi minat murid. Kejayaan dalam
pengajaran akan bergantung kepada amalan guru yang dapat menampilkan gaya
pengajaran yang menarik minat pelajar. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Zamri
et al. (2009); Ruslin, (2008); Zamri dan Mohamed Amin Embi (2007) yang turut sama
dengan dapatan kajian ini. Para pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-
beza dan perkara ini mesti diberi perhatian oleh guru-guru semasa merancang
pengajaran. Impaknya, guru dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan gaya pengajaran pelajar
Guru-guru dalam kajian ini telah merujuk sukatan pelajaran, huraian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu dan rujukan khusus daripada sumber bahan yang diperakui
semasa menyediakan perancangan pengajaran. Penggunaan sumber rujukan ilmiah
daripada Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Dewan Bahasa dan Pustaka telah membuktikan mereka telah melaksanakan amalan
yang berkualiti. Bahan sumber maklumat dapat membantu pelaksanaan tugas mereka
dengan efektif dan tidak bercanggah kesahihannya. Amalan guru ini juga menyokong
saranan oleh Bajuri Babu (2010) bahawa sumber rujukan seperti sukatan pelajaran,
huraian sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan perlu digunakan oleh guru
dalam usaha pembinaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran. Dapatan ini
menyamai kajian oleh Zamri Mahamod (2014) yang menjelaskan bahawa amalan
persediaan perancangan guru yang rapi berdasarkan sumber yang diperakui akan
membolehkan pengajaran guru tersebut menjadi lebih sistematik. Oleh itu, kajian ini
membuktikan bahawa guru-guru mengamalkan prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu
berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar.
192
Sekiranya guru memberikan maklumat yang salah perkara tersebut akan
memberi impak negatif kepada para pelajar. Hal ini disokong oleh Mohd Rashid Md.
Idris (2007) bahawa kualiti guru amat berkait rapat dengan amalan pemikiran seseorang
guru yang bukan berlandaskan kepercayaan dan emosi semata-mata tetapi haruslah
disampaikan dengan berdasarkan penaakulan yang tepat lagi sahih. Sumber yang ada di
MRSM seperti kemudahan bahan rujukan dan alat bantu mengajar termasuklah
kemudahan komputer, LCD dan Internet telah dimanfaatkan oleh para guru untuk
menyediakan perancangan pengajaran yang yang koheren. Kajian turut membuktikan
bahawa kesemua responden guru telah menyediakan perancangan penilaian khusus
mengikut topik pengajaran dan pembelajaran untuk menilai prestasi pelajar masing-
masing.
Oleh itu, amalan perancangan dan persediaan guru-guru dalam kajian ini telah
mencerminkan praktis guru ke arah pengajaran yang berkualiti. Dapatan ini menyokong
kajian Durr, (2008); Danielson, (2007); Shahril@Charil Marzuki, (2005); Shulman,
(1987) tentang ciri-ciri amalan guru yang berkualiti. Ciri-ciri tersebut ialah sikap guru
yang komited terhadap pelajar dan pengajaran, mempunyai pengetahuan isi kandungan,
menguasai pedagogi dan amalan terhadap pengurusan pelajar. Amalan pengajaran yang
efektif tercapai jika guru mempunyai ilmu dan kemahiran dalam penyediaan
perancangan pengajaran iaitu ilmu kandungan, ilmu pedagogi dan ilmu terhadap
pelajar. Kajian ini menjelaskan bahawa sebahagian besar guru dalam kajian ini
mempunyai ilmu pengetahuan kandungan dan ilmu pedagogi yang mantap. Namun
begitu, Roy Barnes dan Joseph Aguerrebere (2006) dalam Chia L. L., (2012)
menjelaskan bahawa tanggungjawab guru bukan sahaja perlu memiliki penguasaan
193
ilmu kandungan yang baik tetapi mesti berkemahiran guru untuk menyampaikannya
dengan berkesan kepada para pelajar.
Namun demikian, hasil kajian ini menjelaskan bahawa tatacara penulisan
objektif serta amalan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar perlu dibuat
penambahbaikan oleh segelintir guru. Selain itu, penambahan sumber bahan maklumat
berbentuk bahan bacaan ilmiah perlu ditambah oleh guru-guru kepada para pelajar agar
pengetahuan pelajar tentang sesuatu perkara adalah lebih meluas.
5.2.2 Kualiti amalan guru ketika pengurusan bilik darjah pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan
antara amalan kualiti guru-guru yang dikaji dengan komitmen belajar para pelajar
melalui amalan guru-guru yang cemerlang dalam domain pengurusan bilik darjah.
Hubungan baik dan mesra antara guru dengan pelajar telah menjadi nadi kepada amalan
pengurusan bilik darjah yang berkesan di MRSM. Ciri-ciri amalan guru yang berkualiti
boleh menjadi peramal terbaik kepada komitmen para pelajar dalam pelajaran masing-
masing. Hal ini terbukti melalui amalan para guru yang mempraktikkan budaya saling
menghormati dan bekerjasama dalam perhubungan antara guru dengan pelajar dan
antara pelajar sesama mereka. Tingkah laku guru yang mesra, melayan pelajar dengan
baik serta mengenali nama mereka telah mendorong minat para pelajar untuk terlibat
secara aktif dalam aktviti dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu.
Komitmen guru terserlah daripada keikhlasan mereka dalam melaksanakan
tanggungjawab kerana menyedari bahawa tugas mendidik ini adalah sebagai satu
194
ibadah. Amalan ini mencerminkan prinsip kesempurnaan berbahasa untuk tujuan
ibadah.
Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian terdahulu yang mengaitkan
dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar (Rohani Arba et al., 2010;
Rodiah, 2008 dan How, 2007). Terdapat faktor-faktor atmosfera tertentu yang memberi
pengaruh terhadap kualiti amalan guru dalam pengajaran. Menurut Rohani Arba et al.
(2010) amalan guru yang berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam
aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Para pelajar akan menunjukkan tingkah laku
yang lebih positif apabila guru menunjukkan sikap mengambil berat, jujur serta
melayan mereka secara adil (Muhammad Faizal A. Ghani dan Julie Williams, 2014;
Abdul Rasid Jamian et al., 2013; Mohammed Sani Ibrahim, 2013; Danielson, 2007).
Abdul Rasid Jamian et al. (2013) menyatakan bahawa hubungan yang baik antara guru
dengan pelajar dapat memberi galakan kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan telah meninggalkan impak
kepada para pelajar kerana berasa penglibatan mereka diterima dan dihargai tanpa
sebarang konflik yang mengganggu proses pengajaran (Mohammed Sani Ibrahim,
2013). Impaknya, kajian membuktikan bahawa murid akan bermotivasi untuk belajar
apabila komitmen belajar dalam kalangan pelajar meningkat dengan amalan guru yang
berkualiti (Muhammad Faizal A. Ghani & Julie Williams, 2014). Oleh itu, kemenjadian
murid akan tercapai dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
195
Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru melaksanakan
penggunaan kaedah pengajaran dan penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif.
Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Mohd Khairuddin Abdullah dan Halimah Laji
(2014) serta Wenglinsky (2013) bahawa amalan pengurusan bilik darjah yang
berkesan, penggunaan kaedah pengajaran dan penyediaan suasana pembelajaran yang
kondusif amat penting supaya hasrat mewujudkan pendidikan berkualiti dapat menjadi
kenyataan. Seterusnya, amalan guru dalam kajian ini yang berupaya menguruskan
prosedur kelas telah menunjukkan bahawa guru-guru telah melaksanakan
tanggungjawab dengan cemerlang (Abdul Ghani & Abdul Rahman, 2009). Jelas
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran guru dengan amalan
penjagaan persekitaran bilik darjah. Para pelajar dalam kajian ini telah menunjukkan
tindak balas yang positif hasil daripada amalan guru-guru yang telah membuat
persediaan pengajaran dengan lebih awal, melaksanakan penetapan piawaian yang
konsisten dan membina hubungan positif dengan murid.
Kebijaksanaan guru dalam menyusun aktiviti dan memantau tingkah laku
pelajar terbukti dapat menghasilkan tindak balas positif daripada pelajarnya. Dapatan
kajian ini turut menyamai hasil kajian oleh kajian Chia L. L. dan Abdul Rahim Hamdan
(2013) serta kajian oleh Kamarul Azmi Jasmi dan Noor Fadhlina Nawawi (2012) yang
menyatakan bahawa amalan guru yang menetapkan prosedur peraturan di bilik darjah
dapat menjadi garis panduan terhadap tingkah laku pelajar mampu membentuk budaya
pengurusan tingkah laku pelajar yang berkualiti. Penetapan peraturan atau piawaian
yang konsisten kepada para pelajar dapat membina atmosfera budaya belajar yang
kondusif. Impaknya, para pelajar akan memperlihatkan aura positif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
196
Amalan guru-guru yang mengambil berat dalam aspek pengurusan persekitaran
kelas telah dapat membentuk para pelajar yang bersahsiah mulia. Didapati bahawa
amalan budaya 5S di MRSM telah menyumbang suasana pembelajaran yang lebih
kondusif. Dapatan kajian oleh Abdull Sukor Shaari (2008) menyokong dapatan ini
bahawa seorang pendidik yang baik ialah guru yang mempunyai personaliti kualiti
peribadi yang dapat memberikan kesan kepada pelajarnya dan seterusnya mampu
membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya. Kualiti peribadi guru dapat
dilihat daripada sikap guru yang mempunyai sensitiviti, kesungguhan dan perasaan
tanggungjawab (Karom, 2010) dan aspek kepimpinan guru pula dapat dicirikan oleh
sifat seperti dinamis, berhati-hati, berinisiatif, kesungguhan dan jaminan diri (Khairul
Anuar A. Rahman, 2012). Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa
amalan kepimpinan guru yang berkualiti di dalam bilik darjah menjadi faktor kritikal
dan penentu kepada keberkesanan pendidikan. Sesungguhnya amalan guru-guru ini
dikira sebagai ibadah dalam kerjaya dan ganjarannya ialah penerimaan ganjaran pahala
yang besar di sisi Allah.
5.2.3 Kualiti amalan guru ketika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayudi MRSM
Secara keseluruhannya dapatan kajian kualiti amalan guru Bahasa Melayu dalam
domain pengajaran berada di tahap kualiti yang baik. Semua guru dalam kajian ini telah
melaksanakan amalan- amalan yang menggalakkan pelajar berfikir, dapat memberi
maklum balas kepada pelajar dan dapat menunjukkan fleksibiliti dan responsif dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu, bagi amalan
berkomunikasi dengan jelas dan tepat serta penggunaan teknik penyoalan dan
197
perbincangan mengikut prinsip nahu memerlukan penambahbaikan. Kajian turut
memperlihatkan bahawa penyampaian kesemua responden guru dalam pengajaran
tidak menepati amalan berbahasa mengikut nahu. Masih terdapat percampuran antara
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam penyampaian mereka. Oleh itu, dapatan hasil
kajian ini adalah berbeza dengan dapatan kajian oleh Abdul Rashid et al. (2013) yang
telah mengenal pasti bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan guru-guru Bahasa
Melayu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian tersebut
menunjukkan bahawa interaksi lisan antara guru dengan murid berlangsung secara baik
di dalam bilik darjah dengan adanya penggunaan strategi, kaedah, teknik, dan
pendekatan yang sesuai berdasarkan perancangan dalam rancangan pengajaran harian.
Kajian ini mendapati bahawa semua guru dapat menyampaikan isi kandungan
pengajaran dengan baik berdasarkan maklum balas dan respons positif daripada para
pelajar yang menjelaskan pemahaman mereka terhadap pengajaran guru-guru tetapi
masih terdapat sedikit masalah dalam komunikasi guru. Begitu juga dengan amalan
teknik penyoalan yang menunjukkan bahawa guru-guru tidak merancang kepelbagaian
aras penyoalan sebelum pengajaran dan tidak menepati amalan berbahasa mengikut
nahu. Oleh itu, amalan ini tidak boleh dipandang remeh kerana amalan kesempurnaan
berbahasa mengikut prinsip berbahasa mengikut nahu yang betul masih belum
diamalkan secara berkesan. Sebahagian kecil guru masih menggunakan percampuran
antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam pertuturan. Hal ini menunjukkan
penggunaan amalan berbahasa mengikut nahu yang betul masih belum diamalkan
dengan sebaiknya kerana keterampilan berbahasa guru memberi impak kepada pelajar.
198
Dapatan ini menyokong pernyataan Nurahimah dan Rafisah (2010) bahawa
faktor keupayaan guru dalam penyampaian pengajaran adalah lebih kuat pengaruhnya
berbanding dengan penguasaan guru terhadap ilmu pengetahuan kandungan pelajaran
dan pedagogi sahaja. Penggunaan bahasa yang tepat mengikut sistem bunyi, makna dan
tatabahasanya adalah amat penting kerana bahasa yang sempurna akan meningkatkan
keberkesanan tafsiran makna oleh para pelajar. Oleh itu, dapatan ini mengukuhkan
dapatan-dapatan kajian lepas yang memperlihatkan bahawa amalan komunikasi guru
masih tidak konsisten. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini bukanlah berada di
tahap yang kurang memuaskan seperti dalam dapatan kajian oleh Kamarulzaman
(2007), Nor Shahrin, Fadzilah dan Rahimi Junaida (2010) dan kajian Ambotang et al.
(2012) yang menunjukkan prestasi komunikasi kebanyakan guru dalam pengajaran
masih agak lemah. Namun begitu, perkara ini perlu diberi penekanan untuk mencari
penyelesaian penambahbaikan kerana menurut Danielson (2007) kegagalan
penyampaian guru yang efektif akan menyukarkan pelajar untuk memperkembangkan
potensi mereka dalam bidang akademik.
Seterusnya, hasil kajian menjelaskan bahawa kualiti amalan guru dalam
komponen teknik penyoalan dan perbincangan adalah sederhana. Kebanyakan guru
dalam kajian ini hanya menanyakan soalan secara spontan tanpa penyediaan
perancangan penyoalan yang sistematik. Oleh itu, kebanyakan soalan-soalan yang
ditanya kepada para pelajar adalah pada peringkat penyoalan aras rendah sahaja. Soalan
yang tertera dalam dokumen rancangan pengajaran harian setiap guru hanya tercatat
pada ruangan set induksi tetapi tidak tercatat dalam ruangan langkah aktiviti pengajaran.
Hal ini menunjukkan bahawa guru tidak menyediakan perancangan soalan di peringkat
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun terdapat sebahagian kecil
199
guru yang menunjukkan kepelbagaian penyoalan tetapi guru tersebut hanya bergantung
kepada soalan-soalan sedia ada yang terdapat di dalam buku kerja sahaja. Penekanan
kepada kepelbagaian soalan aras rendah, sederhana dan tinggi tidak diberi perhatian.
Dari perspektif amalan kesempurnaan berbahasa pula, tanpa perancangan soalan yang
teratur di peringkat awal pastinya amalan berbahasa mengikut nahu dalam soalan yang
dikemukakan oleh guru akan sedikit pincang sistem tatabahasanya (Mohd Rashid Mohd
Idris, 2007). Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan berbahasa
mengikut nahu yang betul adalah kurang sempurna dalam komponen penyoalan guru.
Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian oleh Zamri Mahamod & Nor Razah
Lim (2011) bahawa bentuk penyoalan guru Bahasa Melayu lebih tertumpu pada soalan
aras rendah dan sederhana berbanding dengan soalan aras tinggi. Impaknya, budaya
berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terhad kerana pelajar kurang diberi peluang
untuk berfikir apabila guru lebih suka menggunakan penyoalan aras rendah. Hasil
kajian ini turut selari dengan kajian Abdul Rasid, Shamsudin Othman dan Sufiza
(2013) yang mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek penyoalan. Kajian menjelaskan bahawa sesi soal jawab tidak
berlaku secara berkesan hingga menyebabkan peluang murid tersekat akibat salah
faham maklumat yang disampaikan. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini berbeza
dengan dapatan kajian Khairuddin dan Halimah Laji (2015) kerana tidak terdapat
perbezaan dalam penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah antara tempoh
pengalaman mengajar guru. Oleh itu, dengan dapatan kajian ini aspek kemahiran
penyoalan guru perlu diberi perhatian kerana penggunaan kepelbagaian aras soalan
yang berkualiti adalah amat penting. Hal ini adalah untuk membimbing para pelajar
mengemukakan idea yang jelas demi perkembangan potensi berfikir, serta keupayaan
200
daya imaginasi pelajar. Dapatan ini menyamai dapatan kajian oleh yang turut mendapati
bahawa sesi soal jawab tidak berlaku secara berkesan hingga menyebabkan peluang
murid tersekat akibat salah faham maklumat yang disampaikan. Namun demikian
dapatan kajian ini menolak dapatan kajian oleh Khairuddin dan Halimah (2015)
bahawa wujud hubungan antara tempoh pengalaman mengajar guru dalam penggunaan
penyoalan di dalam bilik darjah.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua guru dalam kajian ini
telah melaksanakan aktiviti dan tugasan yang mendorong kepada proses berfikir dalam
kalangan para pelajar. Guru-guru melaksanakan amalan pemilihan bahan bantu
mengajar dan sumber pengajaran yang sesuai dengan matlamat pengajaran untuk
merangsang daya berfikir pelajar. Oleh itu, dapatan kajian ini menolak dapatan kajian
Abdul Rasid (2011) yang menjelaskan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah dan menengah masih menghadapi masalah dalam pendekatan, kaedah, teknik
pengajaran. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di MRSM dapat
melaksanakan pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari perspektif amalan aktiviti perbincangan secara berpusatkan pelajar pula,
dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru dapat melaksanakan amalan ini dengan
sangat berkesan melalui penglibatan aktif para pelajar. Aktiviti-aktiviti yang disusun
oleh kesemua guru dalam kajian ini telah berjaya melibatkan pelajar secara aktif.
Kejelasan penyampaian guru dapat mengekalkan fokus pelajar terhadap perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kerana enguasaan pelajar dalam Bahasa
Melayu adalah berkait rapat dengan amalan pengajaran guru. Dengan kepelbagaian
201
aktiviti yang relevan dapat mengekalkan minat para pelajar selari dengan saranan oleh
bahawa kejayaan pelaksanaan kurikulum terletak kepada keupayaan guru-guru untuk
melaksanakannya dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, keupayaan guru dalam
pengajaran sangat dititikberatkan agar dapat memotivasikan murid untuk terus belajar
dengan baik dan berkesan (Abdul Rasid et. Al., 2013; Nor Hashimah et.al., 2010; Yahya
Othman, 2009).
Namun demikian, dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam aspek bahan dan
sumber pengajaran yang berkualiti hanya sebahagian kecil guru sahaja yang benar-
benar menyediakan bahan ilmiah yang dapat merangsang pemikiran pelajar secara
efisien bagi meningkatkan keberkesanannya. Kajian ini menyamai dapatan kajian oleh
Sharifah Nor Puteh et al., (2012) tentang keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam
melaksanakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang masih belum lagi
direalisasikan dengan berkesan di sekolah. Oleh itu, amalan penyediaan bahan
maklumat tambahan kepada pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran pula perlu
dipertingkatkan dengan lebih baik. Hal ini supaya dapat memberi peluang kepada para
pelajar mendapat sumber maklumat yang lebih luas melalui pembacaan daripada bahan
yang berkualiti. Oleh itu, pemilihan bahan pengajaran untuk menjana daya pemikiran
pelajar perlu diberi penekanan oleh guru. Dengan itu, proses pengajaran dan
pembelajaran dapat membentuk ketrampilan berbahasa pelajar melalui kemahiran
membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Bahan sumber maklumat yang berkualiti
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi medan sumber ilmu
yang sangat bermakna kepada pelajar-pelajar pintar cerdas di MRSM.
202
Jika dilihat dalam aspek penggunaan alat bantu mengajar dalam pembelajaran,
semua guru dalam kajian ini berupaya melaksanakan pembelajaran berbantukan
komputer dengan berkesan. Di MRSM setiap guru diberikan sebuah komputer riba dan
kemudahan makmal komputer yang lengkap disediakan kepada para pelajar. Selain itu,
kemudahan LCD turut disediakan di dalam setiap kelas. Hal ini menunjukkan bahawa
guru-guru Bahasa Melayu telah menggunakan kemudahan tersebut dengan bijak untuk
melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu dengan lebih efektif. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa semua guru menggunakan komputer atau kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini
telah berjaya menarik dan mengekalkan minat murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penyediaan tayangan video, slaid power point, paparan gambar-gambar
dan paparan klip video lagu dapat menarik minat dan tumpuan para pelajar terhadap
pelajaran. Perkara ini diperakui oleh para pelajar kajian ini apabila mereka berasa
seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan usaha dan perancangan guru.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga telah memperlihatkan bahawa kesemua guru
dapat memberi maklum balas kepada pelajar secara konsisten mengikut kadar masa
yang ditetapkan. Guru-guru berupaya untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan
oleh para pelajar berkaitan pembelajaran. Amalan fleksibiliti dan responsif dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menunjukkan bahawa guru-guru telah
berjaya menunjukkan amalan yang cemerlang dan harus menerima pujian. Hal ini
selaras dengan dapatan kajian Mohd Khairuddin Abdullah, Halimah Laji (2014) kajian
tentang Kepemimpinan Pengajaran dan Sikap Guru Bahasa Melayu dan kajian oleh Tay
Meng Guat (2008) yang menyatakan bahawa guru menunjukkan sikap positif terhadap
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Sekolah. Secara keseluruhannya dalam
203
domain pengajaran guru telah menunjukkan amalan yang berkualiti dalam aspek
menggalakkan pelajar berfikir, memberi maklum balas dan bersikap fleksibiliti dan
responsif dalam pengajaran. Walau bagaimanapun aspek kesempurnan komunikasi dan
amalan penyoalan perlu ditambah baik pada masa akan datang agar prinsip berbahasa
menggunakan nahu yang betul diamalkan oleh para guru Bahasa Melayu dengan
sebaik-baiknya.
5.2.4 Kualiti amalan guru dalam tanggungjawab profesionalisme pengajarandan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa amalan guru berada di tahap kualiti yang baik
dalam pelaksanaan tanggungjawab profesionalisme. Terdapat enam komponen amalan
yang berkaitan dengan domain ini. Dapatan kajian daripada elemen penyediaan latihan
mengikut topik kepada para pelajar menjelaskan bahawa kajian menunjukkan bahawa
semua guru telah melaksanakannya dengan sempurna. Hasil dapatan kajian juga
membuktikan bahawa guru-guru juga telah menjalankan tanggunggjawab untuk
menyemak latihan para pelajar. Mereka melaksanakan amalan ini dengan cara yang
tersendiri untuk penyemakan latihan dan bimbingan pembetulan tugasan kepada para
pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru memahami bahawa tanggungjawab ini
perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Walau bagaimanapun, amalan segelintir
kecil guru yang menyemak jawapan tugasan secara perbincangan dengan cara para
pelajar menyemak jawapan sendiri berdasarkan perbincangan di dalam kelas perlu
diberi perhatian. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu aspek pembinaan
jawapan memerlukan ayat yang gramatis. Oleh itu, sekiranya aspek ini diketepikan oleh
pelajar sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada isi penting jawapan sahaja tanpa
204
penyemakan ayat maka akan memberi kesan kepada mutu jawapan dalam peperiksaan
kelak.
Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa kesemua responden guru
merekodkan tugasan yang diberi kepada pelajar sebagai tugasan kerja rumah.
Seterusnya, guru-guru telah melaksanakan amalan penulisan refleksi selepas
pengajaran. Hal ini selari dengan tuntutan amalan berbahasa yang bertujuan sebagai
ibadah demi peningkatan tahap profesionalisme selain para guru akan memperoleh
ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Dapatan ini selari dengan saranan Postholm
(2011) yang mendapati guru belajar dengan cara membuat refleksi terhadap kaedah
pengajaran mereka. Dengan refleksi, penilaian kualiti profesional guru-guru dalam
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana dapatan kajian Nor Sahara
(2013) menunjukkan korelasi hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran
kendiri dan pengajaran sepanjang hayat dengan amalan reflektif guru. Walau
bagaimanapun, tatacara penulisan refleksi oleh responden perlu ditambah baik kerana
terdapat guru yang menulis refleksi hanya secara umum sahaja.
Dari segi amalan perekodan markah pelajar pula, dapatan kajian menunjukkan
bahawa rekod markah dan tugasan pelajar tersimpan baik di dalam fail rekod mengajar
kesemua responden guru. Selain itu, sistem rekod maklumat pelajar secara atas talian
iaitu e-sppng yang digunakan secara selaras di semua MRSM membolehkan semua
guru-guru merekod dan menyimpan rekod pemarkahan prestasi pelajar dengan mudah
dan efisien. Seterusnya, bagi amalan rekod intervensi pelajar dapatan kajian
menunjukkan bahawa para guru dalam kajian ini menjelaskan bahawa mereka telah
melaksanakan amalan ini seperti yang dipertanggungjawabkan oleh pihak pengurusan.
205
Walau bagaimanapun penyediaan rekod intervensi tidak disempurnakan dengan
baik. Perekodan nama-nama pelajar yang memerlukan bimbingan intervensi juga tidak
dicatatkan oleh guru-guru walaupun pertemuan dengan para pelajar yang bermasalah
dari segi akademik mahupun tingkah laku telah dilaksanakan oleh mereka. Hal ini
membuktikan bahawa tanpa perekodan yang lengkap telah menunjukkan bahawa
amalan ini kurang dilaksanakan dengan berkesan dalam kalangan para guru.
Pengesanan awal terhadap para pelajar yang terlibat untuk program intervensi
sepatutnya disusuli dengan rekod sebagai bukti yang kukuh dan rujukan kepada pihak
yang berkenaan.
Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Suzana dan Jamil
Ahmad (2012) dan kajian Rohaya dan Mohd Najib (2008) yang menjelaskan bahawa
jika amalan pentaksiran dalam kalangan guru tidak kompeten impaknya membawa
kepada implikasi negatif iaitu guru gagal memantau kemajuan pembelajaran akibat
kurangnya pengetahuan, tidak dapat menghasilkan keputusan yang adil, perancangan
pengajaran yang lemah dan tidak dapat mencungkil potensi sebenar pelajar yang
sebenarnya. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa
guru-guru telah melaksanakan amalan tanggungjawab profesionalisme di tahap kualiti
yang baik. Amalan pemberian latihan, kandungan latihan yang selaras dengan pelajar,
penyemakan latihan dan mengekalkan rekod-rekod tepat telah dilaksanakan dengan
baik. Namun demikian aspek penulisan refleksi pengajaran serta rekod intervensi
memerlukan penambahbaikan oleh para guru bagi memastikan tanggungjawab ini
dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa akan datang.
206
5.3 Kesimpulan
Kesimpulan keseluruhan dapatan kajian kualiti amalan guru-guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu ini merujuk kepada empat domain iaitu amalan
perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan
tanggungjawab profesionalisme guru. Kualiti amalan guru dalam domain perancangan
dan persediaan pengajaran berada di tahap yang baik. Dapatan kajian dalam domain
perancangan dan persediaan pengajaran jelas menunjukkan bahawa guru-guru telah
berjaya mempraktikkan ilmu pengetahuan kandungan dan pedagogi, maklumat tentang
pelajar, pemilihan matlamat pengajaran, penentuan sumber, penetapan pengajaran yang
koheren dan penyediaan penilaian kepada pelajar dalam rancangan pengajaran harian
masing-masing. Mereka telah membuat perancangan dan persediaan pengajaran
menggunakan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk
menyampaikan pengajaran.
Kajian memperlihatkan bahawa guru-guru berjaya merancang pengajaran dan
pembelajaran yang koheren untuk mencapai matlamat pengajaran Bahasa Melayu. Hal
ini menunjukkan bahawa wujudnya komitmen guru dalam menghasilkan perancangan
dan persediaan mengajar sebelum sesi pengajaran berpandukan sumber rujukan yang
khusus untuk subjek Bahasa Melayu. Dalam domain ini, didapati para guru telah
melaksanakan amalan kesempurnaan berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang
benar berdasarkan sumber yang diperakui. Amalan ini ternyata sangat membantu
mereka untuk menghasilkan perancangan pengajaran yang berkualiti. Namun demikian,
aspek penulisan objektif pengajaran memerlukan penambahbaikan dalam kalangan
segelintir guru. Sejajar dengan itu, para guru perlu memantapkan pengetahuan ilmu
pedagogi masing-masing melalui kursus bagi meningkatkan kebolehan guru untuk
207
penghasilan rancangan pengajaran yang berkualiti termasuklah dalam aspek penulisan
objektif pengajaran yang memenuhi kriteria yang tepat. Penglibatan guru dalam
komuniti pembelajaran profesional dan amalan pemikiran reflektif yang berkesan juga
dapat membantu guru-guru memantapkan ilmu yang sedia ada.
Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kualiti guru dalam aspek
pengurusan bilik darjah berada pada tahap yang cemerlang. Kajian membuktikan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan guru yang berkualiti dengan
komitmen belajar para pelajar. Hubungan yang baik dan mesra antara guru dengan
pelajar telah menjadi nadi kepada amalan pengurusan bilik darjah yang berkesan di
MRSM. Ciri-ciri amalan guru yang berkualiti telah menjadi peramal terbaik kepada
komitmen para pelajar terhadap pelajaran masing-masing. Amalan hormat-
menghormati, budaya belajar, pengurusan prosedur kelas, pemantauan tingkah laku dan
persekitaran kelas yang kondusif telah berjaya menghasilkan suasana yang
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM.
Komitmen guru terhadap para pelajar dalam memenuhi keperluan pembelajaran
seharusnya dapat dilaksanakan secara konsisten pada masa yang akan datang.
Tambahan pula, penetapan peraturan atau piawaian yang konsisten kepada para
pelajar dapat membina atmosfera budaya belajar yang kondusif. Impaknya, para
pelajar akan memperlihatkan aura positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Amalan guru-guru yang mengambil berat dalam aspek pengurusan persekitaran kelas
telah dapat membentuk para pelajar yang bersahsiah mulia. Dari perspektif
kesempurnaan berbahasa pula, amalan guru-guru ini dikira sebagai ibadah dalam
kerjaya dan ganjarannya ialah penerimaan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
208
Oleh itu, terbukti bahawa amalan kepimpinan guru yang berkualiti di dalam bilik darjah
menjadi faktor kritikal dan penentu kepada keberkesanan pendidikan.
Di samping itu, dapatan kajian domain pengajaran pula telah menunjukkan
bahawa kualiti amalan guru Bahasa Melayu berada di peringkat baik. Dalam proses
pengajaran, dapatan kajian memperlihatkan bahawa guru-guru dalam kajian ini
berupaya menyampaikan isi pengajaran dengan jelas dan tepat dan ini berdasarkan
respons yang baik dalam kalangan pelajar. Walau bagaimanapun, amalan berbahasa
mengikut nahu yang betul dalam penyampaian komunikasi dan penyoalan masih perlu
diberi perhatian khusus oleh para guru demi tindakan penambahbaikan. Pengabaian
sistem tatabahasa sama ada dalam aspek morfologi, fonologi, sintaksis dan semantik
akan menjejaskan kualiti komunikasi guru tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa
amalan kesempurnaan berbahasa dalam komunikasi perlu ditambah baik oleh mereka.
Sebagai guru Bahasa Melayu, guru-guru perlu menunjukkan contoh terbaik dalam
aspek komunikasi supaya amalan tersebut diteladani oleh semua pelajar. Amalan
kesempurnaan berbahasa mengikut sistem tatabahasa Melayu adalah amat penting.
Selain itu, didapati bahawa penyoalan guru masih tertumpu kepada aras yang
rendah dan tidak dirancang dengan baik di peringkat perancangan pengajaran untuk
menghasilkan kepelbagaian aras soalan. Seharusnya guru menyediakan perancangan
penyoalan dengan lebih awal semasa penyediaan rancangan pengajaran harian. Tanpa
perancangan penyoalan guru akan tertumpu hanya kepada aras rendah sahaja.
Impaknya, budaya berfikir dan penglibatan pelajar menjadi terhad kerana pelajar kurang
diberi peluang untuk berfikir apabila guru lebih suka menggunakan penyoalan aras
209
rendah semata-mata. Kajian menunjukkan bahawa amalan guru yang berkualiti berjaya
dilaksanakan dengan baik melalui pembelajaran berpusatkan pelajar. Aktiviti yang
dirancang dalam rancangan pengajaran harian telah dilaksanakan dengan berkesan.
Guru-guru telah menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang
terdapat di MRSM dengan sebaiknya untuk melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu
dengan lebih efektif. Amalan ini telah berjaya menarik dan mengekalkan minat murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk terlibat secara aktif dalam
pembelajaran. Guru-guru juga menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang sesuai
dengan topik pengajaran masing-masing. Seterusnya, amalan guru yang fleksibiliti dan
responsif dapat memberi maklum balas dengan kadar yang segera dalam pengajaran
dan pembelajaran mempamerkan bahawa mereka ialah guru yang berkualiti.
Dalam domain tanggungjawab profesionalisme pula, hasil kajian menunjukkan
bahawa amalan latihan yang diberi, penyemakan, kandungan latihan yang selaras
dengan pelajar telah dijalankan dengan baik selaras dengan tuntutan amalan berbahasa
sebagai ibadah. Penyimpanan rekod pemarkahan prestasi pelajar adalah efisien dengan
sistem e-sppng. Namun begitu, penyediaan refleksi dan rekod intervensi perlu
dilaksanakan secara lebih efisien oleh kesemua guru mengikut tatacara dan kriteria
yang ditetapkan. Pelaksanaan intervensi telah dapat dilaksanakan oleh guru-guru tetapi
mereka perlu memastikan penyediaan rekod intervensi pelajar ditambah baik dengan
lengkap supaya pelaksanaannya adalah lebih berkesan. Hal ini selari dengan tuntutan
amalan berbahasa yang bertujuan sebagai ibadah demi peningkatan tahap kualiti
profesionalisme masing-masing selain ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.
210
Tanggugjawab profesionalisme yang dilaksanakan dengan sempurna dan berkualiti ini
akan memberikan impak yang besar maknanya terhadap kecemerlangan para pelajar.
5.4 Implikasi
Kajian ini telah memberi implikasi yang jelas terhadap peri pentingnya standard
piawaian kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
khususnya di MRSM. Kerangka pengajaran yang mengandungi empat domain iaitu
perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan
tanggungjawab profesionalisme dengan 22 komponen amalan guru yang berkualiti ini
terbukti dapat menjadi panduan yang jelas ke arah pemantapan dan kecemerlangan
profesionalisme guru. Terbukti bahawa panduan amalan pengajaran yang berkualiti ini
sangat bermanfaat kepada guru-guru Bahasa Melayu sama ada golongan guru baharu
atau guru novis agar mendapat hala tuju yang betul dalam dunia pendidikan. Kumpulan
guru pertengahan yang berpengalaman pula dapat memperkasakan amalan pengajaran
yang lebih efektif. Seterusnya, bagi kumpulan guru veteran Kerangka Pengajaran ini
membolehkan mereka merefleksi, berkongsi dan menggilap mutu kualiti amalan
pengajaran yang berkesan dalam kalangan guru-guru di MRSM.
Amalan dalam Kerangka Pengajaran ini ialah kayu ukur untuk menilai tahap
kualiti amalan masing-masing untuk peningkatan profesionalisme diri. Terbukti
bahawa hanya guru yang mempunyai komitmen tinggi dalam amalan domain
perancangan dan persediaan pengajaran, domain pengurusan bilik darjah, domain
pengajaran dan domain tanggungjawab profesionalisme sahaja akan dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkualiti. Selain itu,
211
selari dengan tanggungjawab sebagai guru Bahasa Melayu amalan tiga prinsip
kesempurnaan berbahasa iaitu berbahasa mengikut nahu yang betul, berbahasa untuk
menyampaikan maklumat yang benar dan berbahasa untuk tujuan ibadah adalah sangat
penting. Penerapan ketiga-tiga prinsip tersebut dalam gagasan amalan guru yang
berkualiti dapat menjadi sebagai sendi utama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang berkualiti.
Dalam hal ini, pendidikan Bahasa Melayu menjadi wadah dan upaya untuk
mengembangkan potensi berbahasa dalam kalangan para pelajar. Sehubungan dengan
itu, kualiti amalan seseorang guru dalam amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu bukanlah sekadar tanggungjawab akademik atau menghabiskan silibus mata
pelajaran Bahasa Melayu semata-mata. Namun demikian, amalan guru yang berkualiti
membuktikan keyakinan guru-guru bahawa kerjaya guru itu adalah sebagai satu ibadah
yang tinggi nilai ganjaran pahalanya di sisi Allah. Oleh itu, amalan-amalan guru yang
berkualiti dapat merealisasikan usaha pembentukan modal insan yang seimbang secara
holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek secara holistik.
Selain itu, bagi pihak pengurusan di MRSM sama ada pengetua, timbalan-
timbalan pengetua mahupun ketua jabatan bahasa, mereka perlu memastikan kualiti
amalan yang cemerlang menjadi keutamaan oleh para guru dalam setiap perkara.
Pemantauan tahap kualiti pengajaran guru secara komprehensif melalui pencerapan
adalah amat penting agar guru sentiasa melaksanakan amalan yang berkualiti dalam
perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan
tanggungjawab profesionalisme. Kajian ini juga bermanfaat kepada pihak pengurusan
MRSM bagi menilai tahap keprihatinan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
212
Selain itu, pihak pengurusan MRSM juga juga dapat merangka kursus-kursus dalaman
untuk menyuntik semangat yang berterusan kepada para guru agar visi, misi dan
komitmen yang sedia ada dalam kalangan tenaga pendidik MRSM akan ditambah baik
dari semasa ke semasa.
Di samping itu, dapatan kajian ini turut boleh dijadikan panduan yang sangat
bermanfaat kepada Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk merancang kursus-
kursus dan program pemantapan peningkatan kualiti guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Pemantapan pengetahuan kandungan dan pengetahuan
pedagogi dalam kalangan para guru Bahasa Melayu amat penting untuk menambah baik
kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini juga boleh
menjadi garis panduan dalam pengambilan guru-guru baharu bagi subjek Bahasa
Melayu di MRSM. Dengan amalan tersebut hasrat MARA untuk melahirkan modal
insan yang mampu bersaing dalam pendidikan global pasti menjadi kenyataan.
5.5 Cadangan kajian lanjutan
Pengkaji telah mengemukakan cadangan yang berikut sebagai kajian lanjutan pada
masa yang akan datang. Oleh sebab kajian ini hanya menggunakan sampel dalam
kalangan guru Bahasa Melayu di dua buah MRSM sahaja, pengkaji mencadangkan
supaya kajian yang sama dapat dijalankan di MRSM yang lain yang terdapat di
Malaysia. Dengan itu, maklumat yang menyeluruh berkaitan kualiti amalan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat diperoleh. Di samping itu, dapatan
daripada kajian-kajian tersebut juga boleh digunakan sebagai perbandingan untuk
menyokong atau menolak dapatan yang diperoleh daripada kajian ini.
213
Seterusnya, oleh sebab kajian ini hanya menumpukan kepada pengajaran dan
pembelajaran guru Bahasa Melayu di MRSM sahaja namun sebenarnya, penerapan tiga
prinsip kesempurnaan berbahasa juga sesuai dikaji kepada guru-guru subjek yang lain
kerana kesemua subjek akan menggunakan bahasa sebagai wahana penyampaian ilmu.
Aspek kesempurnaan berbahasa dapat menjamin kualiti ilmu secara holistik. Oleh itu,
dicadangkan supaya kajian-kajian yang akan datang dapat melibatkan guru-guru dalam
kepelbagaian subjek di MRSM. Penglibatan tersebut diyakini dapat menambahkan lagi
maklumat tentang kepraktisan kesempurnaan amalan berbahasa dalam kalangan
pendidik.
Di samping itu, pengkaji turut mencadangkan penyelidikan yang akan datang
menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
Dengan kaedah soal selidik penyelidikan yang akan datang dapat mengumpulkan
maklumat daripada sampel yang lebih besar dalam kalangan guru dan pelajar MRSM
di Malaysia. Selain itu, kaedah pemerhatian pula membolehkan penyelidik melihat
sendiri pelaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran secara lebih mendalam, jelas dan tepat.
Seterusnya dapatan kajian dimantapkan lagi kesahannya dengan temu bual yang dapat
memberi maklumat yang akhirnya memberi hasil dapatan yang baik dan kesahan yang
tinggi.
Diharapkan dapatan kajian ini dan cadangan kajian lanjutan yang akan
dijalankan terhadap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pengajaran dapat
dimanfaatkan untuk memantapkan kualiti guru-guru dalam pelaksanaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan di Malaysia.
214
5.6 Penutup
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah diperoleh serta huraian yang jelas tentang
kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
pengkaji berkeyakinan bahawa keempat-empat soalan telah dapat dijawab. Kajian
ilmiah ini telah berjaya menunjukkan kepentingan amalan yang berkualiti dengan
penerapan amalan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Amalan guru Bahasa Melayu yang berkualiti akan
menghasilkan impak positif kepada penghasilan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti kerana guru yang berkualiti ialah aset yang tidak ternilai kepada bangsa,
agama dan negara. Oleh itu, sebagai suri teladan yang paling hampir dengan pelajar
maka wajarlah guru Bahasa Melayu untuk menonjolkan karisma kualiti keperibadian
yang mulia dan membina personaliti yang terpuji terhadap para pelajarnya. Penerapan
tiga prinsip kesempurnaan berbahasa menjadi wadah melentur nilai dan membentuk
luhur budi terhadap anak-anak didik. Upaya dan komitmen padu daripada amalan-
amalan guru yang berkualiti akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan untuk meningkatkan pretasi akademik dan sahsiah pelajar dalam
merealisasikan kemenjadian modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
215
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. (2010). Amalan pengajaran guruPendidikan Islam berkesan berteraskan konsep mu'allim. Journal of Islamic andArabic Education, 2(1), 43-56.
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abdul Aziz & Abdul Rashid Mohamed. (2007).Humor dalam pengajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Aziz. (2009). Mengurus tingkah laku pelajar.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.
Abdul Hamid Mahmood. (2013). Pengajaran Bahasa Melayu berkesan. Tanjong Malim:Persatuan Penulis Budiman Malaysia.
Abdul Rasid Jamian & Shamsudin Othman. (2013). Interaksi lisan dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(3) 42-51.
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis BahasaMelayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan BahasaMelayu, 2(2): 45-57.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guruterhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karanganBahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 129-140.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Nor Syafiqah Mohd Zain. (2013, September).Amalan pengajaran guru Bahasa Melayu berdasarkan persepsi murid. Kertas kerjaSeminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA Universiti Islam Antarabangsa,Gombak, Selangor.
Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad & Shukri Zain. (2012).Pengaruh pengetahuan pedagogi dan kandungan terhadap efikasi guru dalampengajaran ekonomi. Malaysian Education Dean's Council Journal, 1-12.
Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Shukri Zain,Muhamad Suhaimi Taat & Roslee Talip. (2012, November, 7). PPPM: Mampu lonjakkualiti pendidikan negara. Utusan Borneo, ms.B4.
Abdul Sukor Shaari. (2008). Guru berkesan petua dan panduan. Sintok: PenerbitUniversiti Utara Malaysia.
Abdull Sukor Shaari & Azliza Din. (2013). Pelaksanaan aktiviti komunikatif dalampengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah : satu kajian kes. Jurnal PendidikanBahasa Melayu, 3(2), 64-78.
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah. (2007). Gurusebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
216
Adenan Ayob & Khairudin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. ShahAlam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Adrianus,D.K., Peter S. & Manius, J.M. (2005). New learning and choices of secondaryschool teachers when arranging learning environments. Teaching and TeacherEducation, 21(7): 799-816.
Angell, P.S., Nixon, T.J., Norton, E.M., & Niles, C.A. (2011). Increasing organizationaleffectiveness: An examination of teacher leadership, collective efficacy, and trust inschools. Paper presented at the annual meeting of the University Council forEducational Administration. Pittsburgh.
Anida Sarudin & Mohd Rashid Md. Idris. (2013). Penyelidikan Bahasa Melayu : AnjakanParadigma Guru Bahasa Melayu ke arah membina pelajar berintelek. TanjongMalim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Anisah Alias. (2010). Penggunaan instrumen Mygsi dalam mengukur tahap kemahirangenerik pelajar opsyen Bahasa Melayu di Sebuah IPTA dan IPG. Tesis SarjanaPendidikan.(Tidak diterbitkan), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anon. (2010). A quality teacher in every classroom. Stanford: national board resourcecenter. Retrieved from http://www.cato.org/publication/commentary/qualityteacher-every-classroom.
Aramugam, T., Aziah Ismail & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2012, Oktober).Pengaruh organiasasi pembelajaran terhadap komitmen kualiti pengajaran gurusekolah berautonomi di Malaysia. Kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan MajlisDekan Pendidikan IPTA. Universiti Teknologi Malaysia.
Awang Sariyan. (2007). Perkembangan falsafah bahasa dan pemikiran linguistik. PetalingJaya: Sasbadi.
Azam Awang. (2007). Tahap Penerapan Kemahiran Generik dalam Pengajaran GuruKejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Kelantan dan Terengganu.Projek Sarjana.(Tidak diterbitkan), Universiti Teknologi Malaysia.
Bajuri Babu. (2010). Strategi pengajaran dan pembelajaran berkualiti: Pendidikan senivisual mampu melahirkan insan kreatif. Strategi pengajaran guru cemerlang. KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bev, F. & Dale, V. (2006). Creating a conducive classroom environment: Classroommanagement is the key. College Teaching Methods and Styles Journal, 2(1):49-54.
Boon Pong Ying. (2005). Amalan reflektif ke arah peningkatan profesionalisme diriguru. Jurnal IPBA, 3(2), 102-109.
Caroll, J. (1989). The Carroll model: A25 yaer restrospective and prospective view.Educational Reseacher, 18, 26-31.
217
Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record, 64, 723-733.
Chia, L. L., & Abdul Rahim Hamdan. (2012, Oktober). Pengajaran efektif dan kerangkauntuk pengajaran. Kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Majlis Dekan PendidikanIPTA, Universiti Teknologi Malaysia.
Chia L. L. & Abdul Rahim Hamdan. (2013, Oktober). Faktor di luar kawalan guru sekolahmenengah dalam pengajaran efektif. Kertas kerja dalam International Seminar onQuality and Affordable Education. Universiti Teknologi Malaysia.
Clinkenbeard, P. R. (2012). Motivation and gifted student: Implications of theory anresearch. Psichology in the Schools, 49(7).
Cotton, J. (2003). The theory of learning. London: Cassell.
Cresswell. J.W. (2008). Educational research: Planning conducting, and evaluatingquantitative and qualitative research (3rd edition). New Jersey: Pearson MerrillPrentice Hall.
Creswell, J.W. (2008). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methodsapproaches. Thousand Oaks: CA: Sage.
Danielson, C. (2007). The many faces of leadership. Educational Leadership, 65(1), 14-19.
Danielson, C. (2007). Enhancing profesional practice: A framework for teaching.Alexandria : VA:ASCD.
Darling-hammod, I. (2009). Evaluating teacher effectiveness. Retrieved fromhttp://www.edgeworksusa.com/blueprint/files/goe_bluprintforum_pres.pdf.
Darling-Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement: A review of statepolicy evidence. Education Policy Analysis Archives. 8 (1):1- 44.
Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflectif thinking to theeducatio. Boston, MA: Heath.
Durr, A.J. (2008). Education's crititical issues with teacher quality. Paper presented atthe Annual Meeting of the MWERA. Retrieved fromwww.allacademic.com/meta/p275298_index. html
Elsabe de Villiers & SG (Fanie) Pretorius. (2011). Democracy inschool: Are educatorsready for teacher leadership? South African Journal of Education, 31, 574-589.
Feetherston, T. (2007). Becoming an effective teacher. Australia: Thomson Learning.
Fenstermacher, G. D., Richardson, V. (2005). On making determination of quality inteaching. Teachers College Record, 107 (1), 186-213.
218
Gardner, H. (2010). Multiple intelligences: The theory in practice. Boston: Basic Books.
Garn, A.C., Matthews, M.S. & Jolly, J.3. (2010). Parental influences on the academicmotivation of gifted students: A self- determination theory perspective. Gifted ChildQuarterly, 54(4): 263-272 .
Garvin, D. (2012, Disember,11). Guru Pelita Ilmu. Dimuat turun dari Pelita Bahasa:http://guru pelita ilmu blogspot.cpm.
Good, T.L., & Brophy, J.E . (2008). Looking in classroom. USA: Pearson Education, Inc.
Grant, T., & Gardner, K., F., Moodley, R., & Somaroo, S. (2010). Teacher leardership: Asurvey analysis of Kwa Zulu-Natal teachers perceptions. South African Journal ofEducation, 30, 401-419.
Griffiths, D. (1 August, 2012). Skilled teacher, satisfied learners. New Straits Times.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. Globalisasi dan cabaranpendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1): 91-100.
Hallinger, P. (2010). Making education reform happen: Is there an 'Asian' way? SchoolLeadership and Management, 401-419.
Harris, A. (2011). System improvement through collective capacity building. Journal ofEducational Administration, 49(6), 624-636.
Hattie, J. (2003, January 5). Teachers make a difference what is the research. Retrievedfrom www.docstoc.com/docs/2251792/teachers-makes diffrence.
Hoekstra, A., Brekelmanns, M., Beijaard, A., & Korthagen, F. (2009). Experiencedteachers informal learning: Learning activities and changes in behavior and cognition.Teaching and Teacher Education, 25, 663-673.
Hollins, Etta R,. (2011). Teacher preparation for quality teaching. Journal of TeacherEducation, 62(4): 395-407.
How, Lee Chan. (2007). Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalanganpelajar sekolah menengah. Tesis Sarjana.(Tidak diterbitkan). Universiti TeknologiMalaysia.
Jackson, R.. (2008). Students can learn on their own. Retrieved Mac 12, 2008, fromhttp://teacherneedhelp.com/students/
Jackson, T., Burrus, J., Bassett, K., & Roberts, R. (2010). Teacher leardership: Anassessment framework for an emerging area of professional practice. Princeton NJ:ETS.
219
Jamal Rizal Razali & Rashidi Abbas. (2007, Disember). Pelaksanaan Kemahiran Insaniah.Kertas kerja Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi:Ke arah Peningkatan Kualiti Modal Insan. Universiti Malaysia Pahang.
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan transformasional dankualiti guru generasi 'Y'. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 29-39.
Junaida Salleh. (2010). Pelaksanaan ujian lisan berasaskan sekolah (ULBS) BahasaMelayu di sekolah menengah. Tesis Sarjana Sains. (Tidak diterbitkan) UniversitiPutra Malaysia.
Juriah Long. (2012, September). Amalan berkesan pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu. Kertas Kerja Utama: Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan Pengajarandan Pembelajaran Berkesan Bahasa Melayu. Persatuan Penyelidik Bahasa MelayuMalaysia, Kuala Lumpur.
Kamarul Azmi Jasmi & Noor Fadhlina Nawawi. (2012, Mac). Model guru berkualitidari perspektif Islam dan Barat. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Perguruandan Pendidikan Islam. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi & Noor Fadhlina Nawawi. (2012, Mac). Ciri-ciri guru pendidikanIslam yang berkesan. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Perguruan dan PendidikanIslam. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlangPendidikan Islam sekolah menengah Malaysia. Journal of Islamic & ArabicEducation, 3(1), 59-74.
Karom Kingsoka. (2010). Sikap yang harus dimiliki seorang guru. Makalahkeperibadian guru, 19.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(1999). Surat pekeliling ikhtisas bilangan 3/1999:Rancangan pengajaran harian. Kuala Lumpur: KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu:Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat danmisi. Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia:Soalan-soalan lazim. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Kuala Lumpur: KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KurikulumBersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
220
Kemp, L., & Hall, A. (2002). Impact of effective teaching research on student achievementand teacher performance: Equity and access implications for quality education.Jackson MS: Jackson State University Press.
Khairul Anuar A. Rahman. (2012). Disposisi guru berkesan: Personaliti dan kemahirankomunikasi. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, 82(2), 37-44.
Khalip Musa & Hariza Abd. Halim. (2015). Kemahiran interpersonal guru dan hubungandengan pencapaian akademik pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2): 89-99.
Klem, A.M & Connell, J.P. (2004). Engaging Youth in School. Dimuat turun dariwww.iire.org/publications/pdfs/engaging_9-8. 12 Januari 2015
Lin, R.,Xie, J., Jeng, Y.-C., & Huang, S. (2010). The relationship between teacher qualityand teaching effectiveness perceived by students from industrial vocational highschool. Asian Journal of Arts and Sciences, 1(2), 167-187.
Lovat, T., & Toomey, R. (2009). Retrieved Mac 22, 2015, from Values education andquality teaching. Values education and quality teaching. Springer:http://www.springerlink.com/index/N258J34R4171V573.pdf
Lumpkin, A. (2007). Carring teacher: The key to student learning. Kappa Delta Pi Record,43(4), 158-160.
Magdeline Nor & Zamri Mahamod. (2012). Pengetahuan pedagogi kandungan danmasalah pengajaran guru Bahasa Iban di sekolah menengah Sarawak . JurnalTeknologi, 58:71-78.
Marzano, R. J. (Translating research into action). What work in school. Alexandria: VA:Association for supervision and curriculum development.
McGregor D. (2007). Developing thinking developing learning: A guide to thinking skillsin education. New York: McGraw-Hill.
Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. SanFrancisco: Jossey-Bass.
Merriam, Sharan B. (2009). Qualitative research a guide to design and implimentation:Revised and Expanded from qualitatif research study application in education. SanFrancisco:: Jossey-Bass A Wiley Imprint.
Miles, M.B & Huberman, A. M . (1994). An Expanded sourcebook: qualitative dataanalysis. Thousand Oaks. CA: Sage Publication.
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan Bilik DarjahPengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGrawHill.
221
M. Mojibur Rahman. (2010). Teaching oral communication skills: A task based approach.Retrieved April 29, 2015, from ESP World Issue,1(27):1-11:http://www.esp.world.info
Mohamad Sattar Rasul. (2009). Aspek kemahiran employability yang dikehendaki majikanindustri pembuatan masa kini. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (2), 67-79.
Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan guru kanan mata pelajaran dalammempertingkatkan kualiti pengajaran guru-guru. Jurnal Kurikulum & PengajaranAsia Pasifik, 1(1), 28-41.
Mohd Khairuddin Abdullah & Halimah Laji. (2014). Kepimpinan pengajaran dan sikapguru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 48-58.
Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul. (2010). Falsafah pendidikan bahasa.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan sultan Idris.
Mohd Rashid Md Idris. (2007). Falsafah bahasa: nilai dan etika Melayu-Islam dalampantun. Tesis Doktor Falsafah (Tidak diterbitkan) Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mohd Rashid Md Idris. (2011). Teori falsafah bahasa : Prinsip kesempurnaan berbahasa.Jurnal Pendeta UPSI, 21-33.
Mohd Rashid Md Idris. (2012). Teori falsafah bahasa: Teori Rashid. Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Safiee Idrisa, Ashari Sikorb, Siti Zahara Mohd Arif, Mohd Zaid Mustafa, AhmadRizal Madard & Latifah Md. Ariffine. (2008). Komunikasi interpersonal dalampengajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di negeriMelaka. Kertas kerja dalam Persidangan Pembangunan Pelajar PeringkatKebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri & Shafee Mohd Daud. (2010). Karektor guruilmu diagung guru disanjung. Selangor: Utusan Publications.
Mohd. Majid konting. (2009). Penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &Pustaka.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Muhammad Faizal A. Ghani & Julie Williams. (2014). Harapan murid bermasalah terhadappengajaran guru: Satu kajian awal di sebuah negara maju. Jurnal Kurikulum &Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 26-43.
Norazman, Arbin, Nor’ain, Mohd. Tajudin & Nur Fazliana, Rahim. (2011, November).Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Guru Matematik Sekolah Menengah.Kertas kerja Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Pulau Pinang.
222
Nor Hashimah, Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitifpelajar remaja terhadap Bahasa Melayu. GEMA : Online Journal of LanguageStudies,10(3): 67- 87.
Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Muhammad Yusof Arshad. (2006, Mei). Refleksi :Penilaian kendiri guru yang berkesan. International conference on assesment.Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Nor Ilyani Harun, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Fadzilah Ab. Rahman. (2012).Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 31-42.
Nor Razah Lim & Zamri Mahamod. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalampengajaran guru Bahasa Melayu : Kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan BahasaMelayu, 1(1): 51-65.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah 2010. (2010). AsasKepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (Siri Pendidikan Guru).Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Nor Sahara Mesman. (2013). Pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. DisertasiSarjana Pendidikan Bahasa Melayu.(Tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan SultanIdris.
Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah & Rahimi Che Aman. (2009). Kemahirankomunikasi guru pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,24: 125-142.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Sdn.Bhd.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (edisi ke-2). Kuala Lumpur:McGraw Hill Education Malaysia.
Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri & Foo Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan gurudengan pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and Traning(InjET), 1(2): 1-11.
Norazman Arbin, Nor'ain Mohd. Tajudin & Nur Fazliana Rahim. (2011). Kualitipengajaran dan pembelajaran guru Matematik sekolah menengah. Dimuat turun 25Ogos 2015 dari http://www.math.um.edu.my.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Yin & Sharifah Fakhriah. (2009). Murid dan alam belajar.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Norlela Abdollah. (2007). Penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayudi sekolah menengah. Projek sarjana pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia .
223
North central Regional Educational Laboratory (NCREL) & Metiri Group. (2003).EnGauge 21st century skills: Literacy in digital age. Los Angeles: CA: NCREL &Metiri.
Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion perguruan. Bangi:Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mohamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi .(2012). Persepsi pelajar terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajarankomsas Bahasa Melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1): 1-16.
Nur Asma Sheirnawani Abdul Rahman. Mohd Asri Mohd Noor, Rohaila Yusof & HamidahYusof. (2015). Kesahan model amalan kepimpinan guru. Jurnal Kurikulum &Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
Nur Hafizoh Idris & Rohana Hamzah. (2012). Nilai profesionalisme bakal guru berteraskanindikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(31-37).
Nurahimah Mohd yusoff & Rafisah Osman. (2010). Hubungan kualiti penyeliaanpengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journalof Educators and Education, 2(5): 53- 71.
Nurashid Othman & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban tugas dan motivasi pengajaranguru di sekolah menengah daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 35-57.
Odden, A., Borman, G., & fermanich, M. (2004). Assesing teacher, classroom, and schooleffects, including fiscaleffects peabody. Journal of Education, 79(4), 4-32.
Ong Sze Chong & Zamri Mahamod. (2014). Gaya pembelajaran Bahasa Melayuberdasarkan gaya pembelajaran Grasha. Journal of Applied Research in Education,18, 52-66.
Patton, M.Q. (1990). Qualitative evaluation and research methods (2nd ed.). NewburyPark, CA: Sage Publications.
Postholm, M.B. (2011). A completed research and development work project in school: theteachers' learning and possibilities, presmises and challenges for further development.Teaching and Teaching Education, 2, 560-568.
Rahil Mahyudin & Rafisah Osman. (2009). Siri Pendidikan Guru : Amalan pengajaranberkesan. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Rahil Mahyudin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2009). Siri pendidikan guru:Amalan pengajaran berkesan. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Rodiah Ahmad. (2008). Pengajaran guru, persekitaran pembelajaran dan sikap muriddalam pembelajaran KOMSAS. Tesis Program Sarjana Pendidikan (Tidakditerbitkan). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
224
Rohana Hamzah. (2010). Mengenali manusia asas pendidikan berkualiti. Skudai: UTMPress.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd. Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dankaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Aakah guru berkualiti menghasilkanperbezaan pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2):62-69.
Rosnah Ishak. (2012). Profil amalan terbaik organisasi pembelajaran. Kuala Lumpur: TesisIjazah Doktor Falsafah. Tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani & Saedah Siraj. (2013). Amalan pembelajarandalam kalangan guru sekolah berprestasi tinggi. Jurnal Kurikulum & Pengajaran AsiaPasifik, 1(2), 52-60.
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Ismail & Jalaludin Ibrahim. (2011). Tahap kemahiran danpengintegrasian ICT di kalangan guru sekolah bestari. Jurnal Teknologi PendidikanMalaysia, 1(1), 5-13.
Ruslin Amir. (2008). Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah danpelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. (Tidak diterbitkan).Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard kompentensi guru Malaysia.Dimuat turun 24 Mei 2015 darihttp://www.fp.utm.my/epusatsumber/listseminar/medc2012/pdf/159.pdf
Saiful Bahari Muhamad. (2008). Penyerapan nilai murni dalam pengajaran guru BahasaMelayu sekolah rendah. Projek sarjana pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saldana, J. (2009). The coding manual to qualitative researcher. London: SagePublications Ltd.
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan pelbagai: Aplikasi dalam pengajaran danpembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Sanders, W.L & Rivers, J.C. (1996). Retrieved May 6, 2015 from www.mccsc. edu/-curriculum/cummulative%20and%20residual%20efects%200f%20teachers pdf.
Sanders, W.L. & Rivers, J.C. (2009). Cumulative and residual effects of teachers of futurestudent academic achievement. Retrieved May 26, 2015 fromwww.mccsc.edu/curriculum/cummulative%20and%20residual%20%effects20%/20%teacher.pdf
Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & MokhtarNawawi. (2011). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaranmurid. Jurnal Pendidik dan Pendidikan Asia Pasifik, 26 (1):125-144.
225
Sharifah Maimunah Syed Zain. (2007). KBSR dan KBSM dalam menghasilkan modalinsan yang gemilang: satu refleksi. Kertas Kerja dalam Persidangan KurikulumKebangsaan. Putrajaya.
Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. (2012).Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secarakritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2): 19-31.
Shulman, L. (1986). Those who understand: Knoeledge growth in the teaching.Educational Researcher, 15 (2): 4-14.
Shulman, L. S (1987). (1987). Knowledge and teaching : Foundations of the new reform.Harvard Educational Review, 57 (1): 1-21.
Simsek, Y. & Altinkurt, Y. (2010). Determining The Communication Skills Of HighSchool Teachers With Respect To The Classroom Management. Journal of Theoryand Practice in Education Articles. Journal of Theory and Practice in EducationArticles, 6(1), 36-49.
Siti Aida. (2011). Kepimpinan Guru dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran danPembelajaran di sebuah sekolah menengah harian di Shah Alam. Tesis SarjanaKepengetuaan (tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Siti Fatimah Ahmad & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaanbahan bantu mengajar berasaskan multimedia dalam pengajaran j-Qaf. Journal ofislamic and Arabic Education , 2(2): 53-64.
Slavin, R. (1994). A theory of school and classroom organization. Hillsdale: NJ: Erlbaun.
Slavin, R.E. (1996). Research on cooperative learning achievement: What we know, whatwe needto know. Contemporary Educational Psychology, 21: 43-69.
Spence, C. (2011). Crossmodal correspondences: A tutorial review. Attentions, Perseption& Psychophysics, 73, 971-995.
Stronge, J. H. (2007). Qualities of effective teachers. Alexandria: VA:Association forSupervision and Curriculum Development.
Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan cabaran semasa.Selangor: Penerbitan Multimedia.
Syed Najmuddin Syed Hassan, Abdul Halim Tamuri, Isahak Othaman, Mohd Sabri Mamat.(2009). Kajian persepsi pelajar terhadap profesionalisme guru pendidikan IslamMRSM. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(2), 31-50.
Syofia Ulfah, Zamri Mahamod, Jamaluddin Badusah & Hamidah Yamat. (2012). Amalankomunikasi interpersonal direktif guru Bahasa Indonesia ketika memulakanpengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2: 71-83.
226
Tay Meng Guat. (2013). Komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar institutpendidikan guru semasa praktikum . Jurnal Penyelidikan IPG, Jil.11.
Taylor, B.M., Pearson, D., Clark, K., & Walpole, S. (2009). Effective Schoolsaccomplished teachers. Reading Teacher, 53(2), 156-159.
Umi Nadiha Mohd Noor, Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah. (2011). Penerapankemahiran generik dalam pengajaran guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan BahasaMelayu, 1(2):71-84.
Unit Perancang Ekonomi. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015.
Varshney, B. & Joshi, N . (2014). Innovative practice in teacher education. Journal ofEducation and Practice, 5 (7): 95-101.
Veloo, A., & Komuji, M.M.A. (2013). he effect of clinical supervison on the teachingperformance of secondary school teacher. Asia Pacific Journal of Educators andEducation,, 28, 81-102.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Nor, Siti Suria Salim, Ohman Mohamed, Kamariah AbuBakar, Arshad Abd. Samad, et. al. (2009). Persepsi pelajar berisiko terhadap iklimpembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1),17-36.
Wenglinsky, H. (2013). How teaching matters: Bringing the calssroom back intodiscussion of teacher quality. Princeton, NJ: The Milken Family Foundation andEducational Testing Service.
Wesch, M. (2008). A Vision of students today & what teachers must do. Britannica blog.
Wichadee, S. (2010). Characteristics of effective english language teachers: Theperspectives of Bangkok Universiti students. BU academic review, (Jan-June).Retrieved Mei 12, 2015 fromhttp://www.bu.ac.th/knowledgecenter/epaper/jan_june2010/pdf/page_01.pdf
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisian cerita interaktif semasamengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar tahun 4 diBrunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):27-49.
Yoon, C.H. (2009). Self-regulated learning and instructional factor in the scientific inquiryof scientifically gifted Korean middle school student. Gifted Child Quarterly, 53(3):203-216.
Yuslaini Yunus. (2012). Kemahiran guru abad ke-21. p. 1, 137-148.
Zailah Zainudin. (2012). Didik hibur. Didapatkan dari IPG Kampus Raja Melewar:http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur
227
Zamri Arifin & Al Muslim Mustapa. (2014). Kualiti guru Bahasa Arab dalam konteksMalaysia: Menangani persoalan asas. Kertas Kerja Prosiding Seminar Pengajarandan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamri Mahamod & Anisah Alias. (2011). Kesahan dan kebolehpercayaan Mygsi dalammengukur kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan guru pelatihBahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 67-75.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2007). Strategi pembelajaran Bahasa Melayupelajar pelbagai etnik. Jurnal Teknologi, 47: 97-117.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2008). Teknologi maklumat dan komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran: Teori dan praktis. Shah : Alam: KarismaPublications Sdn.Bhd.
Zamri Mahamod. (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan BahasaMelayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2012). Trend terkini pengajaran bahasa di perguruan tinggi: Satuanalisis. Jurnal Al-Ta'lim, 1(1), 17-25.
Zamri Mahamod, Jamalul Lail Abdul Wahab & Mohd Sani Ibrahim. (2011). Transformasidan inovasi dalam pendidikan . Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesionalismeguru novis: Model latihan. Edisi kedua. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
Zamri Mahamood, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Juliawati Ibrahim. (2009).Perbandingan gaya pengajaran guru Bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris. JurnalPendidikan Malaysia, 34 (1): 67-92.
228
LAMPIRAN
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN Lampiran A1KUALITI AMALAN GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Nama Guru :____________________________________ MRSM : ________________________ Tarikh : _______________Masa : _________________________________________ Tempat : ________________________ Pencerapan : 1 /2 /3
Penilaian kualiti :
0 : Tiada Kualiti 1 : Kualiti Lemah 2 : Kualiti Memuaskan 3 : Kualiti Baik 4 : Kualiti CemerlangRUMUSAN KESELURUHAN :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Nama Penilai : __________________________________________ Tandatangan : ________________________________________________ Tarikh : _____________________Disemak/Disahkan oleh : __________________________________ Tandatangan : _________________________________________________ Tarikh : _____________________
Bil Peringkat/Domain/Komponen Tahap Kualiti(Tanda ( √ ) skor)
Catatan
1 AMALAN PERINGKAT PRA 0 1 2 3 4Perancangan dan Persediaan Pengajaran (rph)
1a Memperlihatkan pengetahuan dalam kandungan subjek Bahasa Melayu dan pedagogi mengikut prinsip maklumat1b Memperlihatkan pengetahuan tentang pelajar1c Memilih matlamat pengajaran1d Memperlihatkan pengetahuan tentang sumber mengikut prinsip maklumat1e Menyediakan PdP yang koheren1f Menilai pembelajaran pelajar .2 AMALAN PERINGKAT SEMASA PENGAJARAN 0 1 2 3 4
Pengurusan Bilik Darjah2 a Mewujudkan situasi saling menghormati dan bekerjasama mengikut prinsip ibadah2 b Mewujudkan budaya untuk belajar mengikut prinsip ibadah2 c Menguruskan prosedur kelas2 d Menguruskan tingkah laku pelajar2 e Menguruskan persekitaran kelas.3 AMALAN PERINGKAT SEMASA PENGAJARAN 0 1 2 3 4
Pengajaran3 a Berkomunikasi dengan jelas dan tepat mengikut prinsip nahu3 b Penggunaan teknik penyoalan dan perbincangan mengikut prinsip nahu3 c Menggalakkan pelajar belajar/berfikir3 d Memberi maklum balas kepada pelajar3 e Menunjukkan fleksibiliti dan responsif4 AMALAN PERINGKAT PASCAPENGAJARAN 0 1 2 3 4
Tanggungjawab Profesionalisme4a Latihan yang diberi4b Penyemakan/pembetulan tugasan/latihan mengikut prinsip ibadah4c Kandungan latihan selaras dengan pencapaian pelajar.4d Refleksi pada pengajaran dilaksanakan mengikut prinsip ibadah4e Mengekalkan rekod-rekod tepat.
4 f Rekod intervensi.
1
Lampiran A2
RUBRIK PENILAIAN TAHAP AMALAN KUALITI GURU BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Domain/ Komponen Ciri-ciri 0 1 2 3 4Domain 1:
( Perancangan danPersediaan Pengajaran)
1 a : Memperlihatkanpengetahuan tentangkandungan danpedagogi subjek BahasaMelayu mengikutprinsip maklumat.
Pengetahuan tentangkandungan subjekBahasa Melayu.
Pengetahuan tentangperkaitan antarapengetahuan sedia adapelajar.
Pengetahuan tentangperkaitan antarakandungan denganpedagogi subjekBahasa Melayu.
Membuat banyakkesilapan fakta dankonsep kandungan subjekBahasa Melayu.
Tiada pengetahuantentang perkaitan antarapengetahuan sedia adadengan apa yang akandipelajari oleh pelajar.
Tiada memahami isuberkaitan pedagogidalam P&P subjekBahasa Melayu.
Membuat kesilapandalam kandungansubjek Bahasa Melayutetapi tidakmembetulkan kesilapanyang dialkukan pelajar.
Kurang pengetahuantentang perkaitan antarapengetahuan sedia adadengan apa yang akandipelajari pelajar.
Menunjukkan sedikitpemahaman tentang isuberkaitan pedagogidalam P&P subjekBahasa Melayu.
Mempunyai pengetahuanasas tentang kandungantetapi tidak dapatmembuat hubung kaitantara topik dan aspeklain dalam subjek BahasaMelayu / merentasikurikulum.
Ada menunjukkansedikit perkaitan antarapengetahuan sedia adadengan apa yang akandipelajari pelajarwalaupun terdapat faktayang kurang tepat / tidaklengkap.
Menunjukkanpemahaman asas tentangpedagogi subjek BahasaMelayu tetapi tidakmenjangkakan salahtanggapan pelajar.
Menunjukkanpengetahuan kandungansubjek Bahasa Melayuyang mantap dan dapatmembuat hubung kaitantara topik dan aspeklain dalam subjekBahasa Melayu /merentasi kurikulumyang memperlihatkanberbahasa adalahuntuk menyampaikanmaklumat yang benar.
Memperlihatkanpemahaman tentangperkaitan antarapengetahuan sedia adadengan apa yang akandipelajari pelajar melaluiperancangan danpengajaran.
Menunjukkanpengetahuan mendalamdan terkini dalampenggunaan pedagogisubjek Bahasa Melayukerana berbahasaadalah untukmenyampaikanmaklumat yang benartetapi masih tidakmenjangkakan salahtanggap pelajar.
Menunjukkanpengetahuan kandungansubjek Bahasa Melayuyang sangat luas danmantap danmemperlihatkan amalanuntuk sentiasameningkatkanpengetahuan yangmemperlihatkanberbahasa adalahuntuk menyampaikanmaklumat yang benar.
Secara aktif mengaitkanpengetahuan sedia adadengan apa yangdipelajari dalampengajaran, terutamaapabila pelajar kurangfaham.
Menunjukkan sikapyang sentiasa pekaterhadap perkembanganpedagogi subjek BahasaMelayu/ amalan terbaikkerana berbahasaadalah untukmenyampaikanmaklumat yang benardan mampu menanganisalah tanggap pelajar.
2
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
1b: Memperlihatkanpengetahuan tentangpelajar.
Pengetahuan tentangciri-ciri mengikutkumpulan umur.
Pengetahuan tentangpelbagai pendekatanpembelajaranpelajar.
Pengetahuan tentangkemahiran danpengetahuan pelajar.
Pengetahuan tetangminat dan latarbelakang pelajar.
Tidak menunjukkanpengetahuan tentangperkembangan ciri-ciri mengikutkumpulan umur.
Tidak menunjukkanpengetahuan tentangpendekatan yangberbeza dalampembelajaran pelajar(gaya belajar,kecerdasan yangpelbagai).
Tidak menunjukkanpengetahuan tentangkemahiran danpengetahuan pelajar.
Tidak menunjukkanpengetahuan tentangminat serta latarbelakang pelajar.
Menunjukkan sedikitpengetahuan tentangperkembangan ciri-ciri mengikutkumpulan umur.
Menunjukkansedikit pengetahuantentang pendekatanyang berbeza dalampembelajaran pelajar.
Menunjukkansedikit pengetahuantentang kemahirandan pengetahuanpelajar tetapi tidakmelihat perkara itusebagai penting.
Menunjukkan sedikitpengetahuan tentangminat dan latarbelakang pelajartetapi tidak melihatperkara itu sebagaipenting.
Menunjukkanpengetahuan yangumum tentangperkembangan ciri-ciri mengikutkumpulan umur.
Menunjukkanpemahaman asastentang pendekatanyang berbeza dalampembelajaran pelajar.
Memahamikepentinganpengetahuan tentangkemahiran danpengetahuan pelajar,tetapimenggunakannyasecara menyeluruhsahaja di dalam kelas.
Memahamikepentinganpengetahuan tentangminat dan latarbelakang pelajartetapimenggunakannyasecara menyeluruhsahaja di dalam kelas.
Menunjukkanpemahaman yang luastentangperkembangan ciri-ciri mengikutkumpulan umur sertakekecualian yangterdapat dalam ciri-ciri tersebut.
Menunjukkanpemahamanmendalam tentangpendekatan belajaryang berbeza antarapelajar.
Menunjukkanpengetahuan tentangkemahiran danpengetahuan pelajarmengikut kumpulandan tahu akankepentingannya.
Menunjukkanpengetahuan tentangminat dan latarbelakang pelajarmengikut kumpulandan tahu akankepentingannya.
MenunjukkanPengetahuan yangmeluas tentangperkembangan ciri-ciri mengikutkumpulan umur,kekecualiannya dansejauh mana setiappelajar menepati ciri-ciri tersebut.
Menggunakanpengetahuan tentangpendekatan belajaryang pelbagai dalamrancangan pengajaranmengikut kesesuaianpelajar.
Menggunakanpengetahuan tentangkemahiran danpengetahuan setiappelajar termasukmereka yangmemerlukanperhatian khusus.
Menunjukkanpengetahuan tentangminat dan latarbelakang setiappelajar.
3
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
1c : Memilihmatlamat pengajaran
Nilai
Kejelasan
Kesesuaian untukpelajar yangberbeza.
Keseimbangan
Matlamat pengajarantidak dinyatakan.
Matlamat pengajarantidak dinyatakan.
Matlamat pengajarantidak dinyatakan.
Matlamat pengajarantidak dinyatakan.
Matlamat pengajarantidak mempunyainilai dan tidakmencapai tahappembelajaran pelajaratau tiadapemahaman pelajaratau tiadapemahamankonseptual..
Matlamat pengajarantidak jelas atauhanya dinyatakansebagai aktivitipelajar. Matlamattidakmemperlihatkan caramenilai.
Matlamat pengajarantidak sesuai untukkelas.
Matlamat pengajaranmenggambarkan satujenis hasil
Matlamat pengajaranmempunyai nilaisederhana sama adahasil pembelajaranatau pemahamankonseptual pelajar dankepentingannya dalampembelajaran.
Matlamat pengajaranmasih tepat ataumerangkumikombinasi beberapamatlamat dan aktiviti.Sesetengah tiada carapenilaiannya.Kebanyakan matlamattidak memperlihatkancara menilai.
Matlamat pengajaranmasih tepat ataumerangkumikombinasi beberapamatlamat dan aktiviti .Sesetengah matlamattidak memperlihatkancara menilai.
Matlamat pengajaranmenggambarkan jenishasil pembelajaranyang pelbagai tetapi
Matlamat pengajaranmempunyai nilai yangtinggi dalam hasilpembelajaran ,pemahamankonseptual dankepentingannya.
Kebanyakanmatlamat pengajaranjelas tetapi masihdigabungkan denganaktiviti pelajar danmemperlihatkan caramenilai.
Semua matlamatsesuai untuksebahagian besarpelajar di dalam kelas.
Matlamat pengajaranmenggambarkanbeberapa jenis hasilpembelajaran dan
Matlamat pengajaranmemperlihatkan nilaiyang tinggi serta guruberkebolehan untukmengaitkannyadengan hasilpembelajaran dansukatan pelajaran.
Semua matlamatpengajaran jelasdinyatakan dalambentuk pembelajarandan memperlihatkancara menilai.
Matlamat pengajaranmengambil kirakeperluan pelajaryang berbeza samaada secara individuatau kumpulan untukmencapai hasil yanglebih tinggi.
Matlamat pengajaranmenggambarkaninisiatif pelajar untukmencapai hasil
4
pembelajaran dansatu disiplin sahaja.
tiada usaha ke arahmengkoordinasikan/mengintegrasikannya.
usaha ke arahmengintegrasikannya.
pembelajaran yangtinggi.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
1d : Memperlihatkanpengetahuan tentangsumber
Sumber/resos untukmengajar
Sumber/resos untukpelajar
Tidak mengambil tahutentang sumber/ resosyang boleh digunakan.
Tidak mengambil tahutentang sumber yangdapat membantupelajar.
Tidak peka tentangsumber yang ada disekolah atau disekitar.
Tidak tentang akansumber yang dapatmembantu pelajar.
Peka tentang sumber/resos yang ada disekolah atau disekitar.
Peka tentang sumber/resos yang dapatmembantu pelajar
Sangat tentang akansumber/resos yangada di sekolah atau disekitar.
Sangat peka tentangsumber/resos yangada di sekolah atau disekitar serta tahubagaimanamendapatkan sumberuntuk pelajar
Sangat peka akansumber/resos yangada di sekolah ataudi sekitar , berusahamendapatkansumber/resos danmenggunakannyauntuk meningkatkanP&P contoh dariinstitusi luar.
Sangat peka tentangsumber/resos yangada di sekolah ataudi sekitar serta tahusumber tambahanyang sesuai melaluikomuniti / pihak lain.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
1e : MenyediakanP&P yang koherenmengikut prinsip
maklumat.
Aktivitipembelajaran
Aktiviti pembelajarantidak sesuai untukpelajar atau matlamatpengajaran.Perkembanganpengajaran tidakkoheren.
Aktivitipembelajaran tidaksesuai untuk pelajaratau matlamatpengajaran.Perkembanganpengajaran tidaktersusun, tidakmemperlihatkanpengetahuan/dapatan kajianterkini dalam P&P.
Beberapa aktivitipembelajaran sesuaiuntuk pelajar ataumatlamat pengajaran.Perkembanganpengajaran tidaklancar. Sebahagianaktiviti sahajamemperlihatkanpengetahuan/ dapatankajian terkini dalamP&P yang
Kebanyakan aktivitipembelajaran sesuaiuntuk pelajar danmatlamat pengajaran.Perkembanganpengajaran tersusun,kebanyakan aktivitimemperlihatkanpengetahuan/ dapatankajian terkini dalamP&P yangmemperlihatkan
Aktiviti pembelajaransangat sesuai untukpelajar dan matlamatpengajaran.Perkembanganpengajaran adakesinambungan dankesatuan,memperlihatkanpengetahuan/dapatan kajian terkinidalam P&P yang
5
Bahan dan sumberpengajaran
Struktur pengajarandan unit / bidang /tema
Tiada bahan dansumber yangmenyokong matlamatpengajaran.
Pengajaran tidakdirancang dengan baik.
Bahan dan sumbertidak menyokongmatlamat pengajaranatau tidakmenggalakkanpembelajaranbermakna.
Pengajaran tidakjelas / tidakberstruktur.Pembahagian masatidak sesuai.
memperlihatkanberbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar.
Beberapa bahan dansumber menyokongmatlamat pengajaran.dan sebahagiannyamenggalakkanpembelajaranbermakna denganmemperlihatkan yangmemperlihatkanberbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar..
Pengajaran berstrukturtetapi tidak secarakeseluruhannya.Masa yangdiperuntukkankebanyakkannyasesuai.
berbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar.
Semua bahan dansumber menyokongmatlamat pengajaranKebanyakannyamenggalakkanpembelajaranbermakna yangmemperlihatkanberbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar..
Pengajaran jelas/berstruktur danpembahagian masasesuai.
memperlihatkanberbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar.
Semua bahan dansumber menyokongmatlamat pengajaran.Kebanyakannyamenggalakkanpembelajaranbermakna.Terdapat bukti yangmenunjukkanpenglibatan pelajardalam pemilihan danpenggunaan bahanyangmemperlihatkanberbahasa adalahuntukmenyampaikanmaklumat yangbenar..
Pengajaranjelas/berstruktur sertamengikut keperluanpelajar yangberbeza(contoh :minat, latar belakang,kebolehan).
6
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
1f : Menilaipembelajaranpelajar.
Kesesuaian denganmatlamatpengajaran.
Kriteria danstandard
Kegunaan untukperancangan
Tidak ada kaedahpenilaian yangdirancang.
Tidak ada kaedahpenilaian yangdirancang.
Tidak ada kaedahpenilaian yangdirancang.
Kandungan dankaedah penilaiantidak sesuai denganmatlamat pengajaran.
Pendekatan yangdicadang tidakmempunyai kriteriadan standardtertentu.
Hasil penilaianmelibatkansebilangan pelajarsahaja.
Sesetengah matlamatpengajaran dinilaimelalui pendekatanyang dicadangkan.
Standard dan kriteriapenilaian telah dibinatetapi tidakditerangkan denganjelas kepada pelajar.
Menggunakan hasilpenilaian bagimerancangpembelajaran secarakeseluruhan.
Semua matlamatpengajaran dinilaimelalui pendekatanyang dirancang tetapilebih sesuai untukmatlamat pengajarantertentu sahaja.
Standard dan kriteriajelas dan telahditerangkan denganjelas kepada pelajar.
Menggunakan hasilpenilaian bagimerancangpembelajaran untukindividu dankumpulan pelajar.
Pendekatan yangdicadangkan sesuaiuntuk menilai semuamatlamat pengajaransama ada dari segikandungan mahupunproses.
Standard dan kriteriajelas dan telahditerangkan denganjelas kepada pelajar.Terdapat bukti yangmenunjukkan pelajarmemberi sumbanganbagi membinastandard dan kriteriapenilaian.
Pelajar peka dan tahuakan bagaimanauntuk mencapaistandard yangditetapkan danmengambil bahagiandalam merancanglangkah-langkahtersebut.
7
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
Domain 2 :(Semasa Pengajaran )
Pengurusan BilikDarjah
2 a : Mewujudkansituasi salingmenghormati danbekerjasamamengikut prinsipibadah.
Interaksi gurudengan pelajar
Interaksi pelajar
Interaksi dengansemua pelajar tidakbaik/negatif.
Interaksi antara pelajartidak baik./negatif.
Interaksi dengansegelintir pelajartidak baik/negatifdan tidak mengaitkanmerendahkanmaruah, menyindiratau tidak sesuaidengan peringkatumur atau latarbelakang pelajarmenyebabkan pelajartidak menghormatiguru.
Interaksi antarapelajar berbentukkonflik, sindiran atauhinaan.
Interaksi guru –pelajar padaumumnya mesradengan mengaitkanberbahasa adalahuntuk tujuan ibadah/ mentauhidkanAllah tetapi masih adayang tidak konsisten,pilih kasih, ataumenghiraukan latarbelakang pelajar.Pelajar mempamerkanrasa hormat yangminimum terhadapguru.
Pelajar tidakmempamerkan sikapnegatif antara satusama lain.
Interaksi guru –pelajar mesra danmemperlihatkan sikapambil berat dan salingmenghormati keranaberbahasa adalahuntuk tujuan ibadah/ mentauhidkanAllah Interaksisedemikian sesuaiuntuk perkembangansahsiah dan budaya.Pelajar menunjukkansikap menghormatiguru.
Interaksi pelajar padaumumnya sopan danmenghormati antarasatu sama lain
Memperlihatkansikap ikhlas yangmengambil berat danhormat terhadappelajar. Pelajarmemperlihatkan sikapmenghormati gurusebagai seorangindividu, bukansetakatmenghormatinyasebagai seorang gurusahaja denganmengaitkanberbahasa adalahuntuk tujuan ibadah/ mentauhidkanAllah.
Pelajarmemperlihatkankeikhlasandengan bersikapmengambil beratdalam perhubungansebagai seorangindivdu dan pelajar
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
2 b : Mewujudkanbudaya untuk belajarmengikut prinsipibadah.
Kepentingankandungan
Tidak mementingkankandungan.
Guru atau pelajarmenunjukkan sikapnegatif terhadapkandungan BahasaMelayu denganmenyatakankandungan tidak
Menyatakankepentingan tugasandengan keyakinanyang rendah, danpelajar memberikansedikit perhatian pada
Menunjukkan minatyang ikhlas terhadapsubjek BahasaMelayu dan pelajarmemperlihatkankomitmen yangkonsisten dengan
Pelajar menunjukkanyang merekamenghargaipentingnyakandungan melaluisubjek BahasaMelayu melalui
8
Kebanggaan padakerja
Pelajar tidakmelaksanakankerja/tugasan.
penting ataumenyalahkan pihaklain.
Pelajarmemperlihatkansedikit atau tidakberasa banggaterhadap kerjamereka. Merekalebih didorong untukmenyiapkan tugasandaripadamenghasilkan kerjayang berkualiti .
kandungan BahasaMelayu.
Pelajar melaksanakankerja dengan kurangrasa tanggungjawabdan memberi sedikitusaha sahaja untukmenghasilkan kerjayang berkualiti.
memperlihatkanberbahasa adalahuntuk tujuan ibadah/ mentauhidkanAllah.
Pelajar membuat kerjayang berkualiti sepertiyang diarahkan olehguru dan berasabangga dengan hasilkerja.
penglibatan yangaktif, rasa ingin tahudan memberikanperhatian terhadapapa yang diajarkerana berbahasaadalah untuk tujuanibadah /mentauhidkanAllah.
Pelajar berasa banggadengan hasil kerjadengan berusahauntuk membaikinya,contoh : memurnikantugasan, membanturakan danmemastikan hasilkerja yang berkualiti.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
2 c : Menguruskanprosedur kelas.
Pengurusankumpulan pelajar
Pengurusan sumberdan bahan
Mengabaikankumpulan pelajar didalam kelas.
Tidak menggunakanbahan yang disediakan/ tidak ada bahan atausumber.
Memberi sedikitbimbingan kepadapelajar di dalamkumpulan, pelajartidak menghayatipengajaran.
Bahan bahan tidakdikendalikan denganbaik menyebabkanberlakunyapembaziran masa.
Sesetengah tugasanuntuk kerja kumpulantidak dirancangmenyebabkan terdapatpelajar yang tidakmengambil bahagian.
Rutin untukmengendalikan bahan-bahan dan sumberbaik
Tugasan untuk kerjakumpulan terancang,kebanyakan pelajarmengambil bahagiansepanjang masa.
Rutin untukmengendalikanbahan-bahan dansumber lancardan masa tidakbanyak terbuang.
Peajar dapatmelaksanakantugasan secaraberkumpulan denganproduktif Pelajarbertanggungjawabdengan hasil kerjamereka.
Rutin untukmengendalikanbahan-bahan dansumber sempurna,Pelajar bersama-sama
9
Pelaksanaan tugas-tugas lain
Sepanjang masamengajar digunakanuntuk melaksanakantugas-tugas lain.
Banyak masamengajar terbuangkerana melaksanakantugas-tugas lain.
Melaksanakan tugas-tugas lain agak baik,menyebabkan sedikitmasa mengajar sahajaterbuang.
Terdapat sistem-sistem yang efisienuntuk melaksanakantugas-tugas lainmenyebabkan masamengajar yangterbuang adalahminimum.
bertanggungjawabuntukmengendalikannyadengan cekap.
Sistem untukmelaksanakan tugas-tugas lain sangat baik,dan mendorongpelajar menggunakanmasa dengan penuhtanggungjawab.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
2 d : Menguruskantingkah laku pelajar
Ekspektasi
Memantau tingkahlaku pelajar
Tiada standard tingkahlaku yang ditetapkan
Tingkah laku pelajartidak dipantaulangsung.
Kebanyakan pelajarkeliru denganstandard tingkah lakusedia ada.
Tidak peka denganapa yang dilakukanpelajar.
Standard tingkah lakuditetapkan dalamkebanyakan situasi,kebanyakan pelajarmemahaminya.
Biasanya peka akantingkah laku pelajarnamun kadang kalatidak menyedari apayang dilakukan olehsebilangan pelajar.
Standard tingkah lakujelas untuk semuapelajar.
Peka terhadap tingkahlaku pelajar sepanjangmasa.
Standard tingkah lakujelas untuk semuapelajar. Pelajarbersama-samamenetapkan standardtersebut.
Memantau, mengawaltingkah laku pelajardengan baik . Pelajarbertanggungjawabmengawal tingkahlaku sendiri dan jugarakan.
10
Respons terhadapsalah laku pelajar
Tidak memberirespons terhadap salahlaku pelajar.
Respons terhadapsalah laku pelajartidak konsisten,terlalu menekan atautidak menghormatipelajar.
Cuba mengambilrespons terhadap salahlaku pelajar tetapikurang berkesan.Tiada salah laku yangserius berlaku.
Respons terhadapsalah laku sesuai danberkesan sertamengambil kira hargadiri pelajar dan iniTingkah laku pelajarbiasanya bersesuaian.
Respons terhadapsalah laku sangatberkesan dan sensitifkepada kehendaksetiap pelajar.Tingkah laku pelajarpada keseluruhannyaamat bersesuaian.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
2e : Menguruskanpersekitaran fizikal
Keselamatan dansusunan perabot
Kemudahan untukpembelajaran danpenggunaan sumberfizikal
Aspek keselamatan didalam kelas tidakdihiraukan
Tidak mahumenguruskan sumberfizikal yang ada.
Susunan perabottidak sesuai denganaktiviti pengajaran.
Penggunaan sumbertidak berkesan atauproses pembelajaranterganggu.
Kelas selamat dansusunan perabotdisesuaikan atau jikaperlu pengajarandisesuaikan dengansusunan perabot,tetapi kurangberkesan.
Penggunaan sumberfizikal memuaskandan sedikit sahajagangguan berlakusemasa prosespembelajaran.
Kelas selamat dancara susunan perabotadalah sebagaisumber aktivitipembelajaran.
Penggunaan sumberfizikal cekap dansegala prosespembelajaran berjalanlancar.
Kelas selamat danpelajar mengubahsuai perabot bagimeningkatkankeperluanpembelajaran mereka.
Kedua-dua guru danpelajar menggunakansumber fizikal secaraoptimum dan semuapelajar berpeluanguntuk mengikutiproses pembelajarandengan lancar.
11
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
Domain 3 : Semasapengajaran
3 a : Berkomunikasidengan jelas dantepat mengikutprinsip nahu.
Arahan dan prosedur
Bahasa Lisan danPenulisan
Arahan dan prosedurtidak difahami
Bahasa pertuturan gurutidak dapat didengaratau Bahasa penulisantidak boleh dibaca.
Arahan dan prosedurmengelirukanpelajar.
Bahasa pertuturanguru dan Bahasapenulisan tidak jelas.Bahasa pertuturanatau penulisanterdapat banyakkesilapan tatabahasadan sintaksis.Perbendaharaan katamungkin tidaksesuai, tidakjelas/kabur atausalah, menyebabkanpelajar keliru.
Arahan dan prosedurdijelaskan oleh guruapabila pelajar keliruatau dihuraikan.
Bahasa pertuturanguru boleh didengar,Bahasa penulisanboleh dibaca. Kedua-duanya digunakandengan betul.Perbendaharaan katabetul tetapi terhadatau tidak sesuaidengan umur ataulatar belakang pelajar.
Arahan dan prosedurjelas kepada pelajardan mempunyaihuraian yangterperinci.
Bahasa pertuturan danpenulisan guru jelasdan betul.Perbendaharaan katasesuai dengan umurdan minat pelajarmelalui amalanberbahasa mengikutnahu yang betul.
Arahan dan prosedurjelas kepada pelajardan dapat menjangkasalah faham yangmungkin timbuldalam kalanganpelajar.
Bahasa pertuturandan penulisan gurubetul dan penuhpenghayatan denganmemilih perkataan-perkataan yangsesuai, yangmenggayakanpembelajaran melaluiamalan berbahasamengikut nahu yangbetul.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
3 b : Menggunakanteknik penyoalan danperbincanganmengikut prinsipnahu.
Kualiti soalan Semua soalan tidakberkualiti
Hampir semuasoalan tidakberkualiti
Soalan-soalan adalahkombinasi soalanberkualiti tinggi danrendah.
Kebanyakan soalanberkualiti tinggimelalui amalanberbahasa mengikutnahu yang betul.Masa yangmencukupi diberikankepada pelajar untukmenjawab/memberirespons.
Soalan-soalan adalahsentiasa berkualitimelalui amalanberbahasa mengikutnahu yang betuldengan masa yangmencukupi untukpelajarmenjawab/memberirespons. Pelajar juga
12
Teknikperbincangan
Penglibatan pelajar
Tiada perbincanganpengajaranberpusatkan guru.
Tiada penglibatanpelajar.
Sebahagian besarperbincanganberpusatkan guru danberbentuk hafalan.
Beberapa orangpelajar sahaja yangterlibat dalamperbincangan.
Cuba untukmelibatkan pelajardalam perbincangandengan hasil yangtidak konsisten.
Berusaha untukmelibatkan semuapelajar dalamperbincangan tetapidengan hasil yangterhad.
Berjaya melibatkansemua pelajar dalamperbincangan.
Berjaya melibatkansemua pelajar dalamperbincangan..
mengutarakan banyaksoalan.
Pelajar sendiri yangmemastikan semuapendapat didengardalam perbincangan.
Pelajar sendiri yangmemastikan semuapendapat didengardalam perbincangan.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
3 c : Menggalakkanpelajar belajar/berfikir
Penyampaiankandungan
Aktiviti dan tugasan
Penyampaiankandungan subjekBahasa Melayu tidaksesuai dan tidak jelas.Tiada contoh/analogidiberikan.
Tidak ada aktiviti yangmengarah pada prosesberfikir.
Penyampaiankandungan subjekBahasa Melayu tidaksesuai ataumenggunakancontoh-contoh/analogi-analogi yang tidaksesuai/jelas.
Aktiviti dan tugasantidak sesuai untukpelajar sama ada darisegi umur atau latarbelakang. Pelajartidak terlibat dalamproses berfikir.
Penyampaiankandungan subjekBahasa Melayu tidakkonsisten kualitinya.Ada yang dilakukandengan baik, besertadengan contoh-contohyang sesuai, bahagian-bahagian lain sukaruntuk difahami.
Beberapa aktiviti dantugasan sesuai untukpelajar danmelibatkan prosesberfikir.
Penyampaiankandungan subjekBahasa Melayusesuai dan berkaitandengan pengetahuandan pengalamanpelajar.
Kebanyakan aktivitidan tugasan sesuai.Hampir semua pelajarterlibat dalam prosesberfikir.
Penyampaiankandungan subjekBahasa Melayusesuai dan berkaitandengan pengetahuandan pengalamanpelajar. Merekamemberi input padapenyampaiankandungan.
Semua pelajar terlibatdalam proses berfikiruntuk pengayaanaktiviti dan tugasan.Pelajar berinisiatifatau mengubah suaiaktiviti serta projekuntuk meningkatkankemahaman.
13
Pembahagiankumpulan pelajar
Bahan dan sumberpengajaran
Struktur dan kadarpengajaran
Pembahagiankumpulan tidakdilaksanakan.
Tidak ada bahan dansumber pengajaran.
Pengajaran tidakmempunyai struktur.
Pembahagiankumpulan tidaksesuai untuk pelajaratau matlamatpengajaran.
Bahan dan sumberpengajaran tidaksesuai denganmatlamat pengajaran.atau tidakmerangsangpemikiran pelajar.
Pengajaran tidakmempunyai strukturyang jelas, ataukadar pengajaranterlalu lambat dan/atau cepat.
Pembahagiankumpulan sesuaiuntuk pelajar atauhanya mencapaisebahagian sahajamatlamat pengajaran.
Sesetengah bahan dansumber pengajaransesuai denganmatlamat pengajaran.dan merangsangpemikiran pelajar.
Pengajaran yangmempunyai strukturwalaupun tidak sekatasepanjang pengajaran.Kadar pengajarantidak konsisten.
Pembahagiankumpulan produktifdan amat sesuai untukpelajar atau ke arahmencapai matlamatpengajaran.
Bahan dan sumberpengajaran sesuaidengan matlamatpengajaran danmerangsangpemikiran pelajar.
Pengajaranmempunyai strukturyang amat jelas danaktiviti yangdijalankan tersusun.Kadar pengajarantidak konsisten.
Pembahagiankumpulan produktifdan amat sesuaiuntuk pelajar atau kearah atau ke arahmencapai matlamatpengajaran. Pelajarmengambil inisiatifbagimempertingkatkankefahaman mereka.
Bahan dan sumberpengajaran sesuaidengan matlamatpengajaran danmerangsangpemikiran pelajar.Pelajar membuatpilihan, mengubahsuai atau merekacipta bahan bagimeningkatkankeberkesannya.
Struktur pengajaranamat bersesuaian,memberi ruang untukrefleksi dan penutupyang sesuai. Kadarpengajaran untuksemua pelajar sesuai.
14
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
3 d : Memberimaklum balas kepadapelajar
Kualiti : Ketetapansubstantif,konstruktif danspesifik
Kadar masa
Maklum balas tidakdiberi.
Maklum balas tidakdiberi.
Maklum balas tidakberkualiti.
Maklum balas tidakdiberikan dalammasa yangditetapkan.
Kualiti maklum balastidak konsisten.Sesetengah elemenberkualiti tetapi yanglain tidak.
Kadar masa memberimaklum balas tidakkonsisten.
Kualiti maklum balastinggi.
Maklum balasdiberikan mengikutkadar masa yangditetapkan.
Kualiti maklum balasamat konsisten.Ruangdiberi kepada pelajaruntuk menggunakanmaklum balas dalampembelajaran.
Maklum balas diberisecara konsistenmengikut kadar masayang ditetapkan.Pelajar dapatmenggunakanmaklum balas yangdiperoleh pada masaitu juga dalampembelajaran.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
3 e : Memperlihatkanfleksibiliti danresponsif
Pengubahsuaianpengajaran
Respons kepadapelajar
Hanya mengikutrancangan pengajaranyang disediakan.
Tidak membenarkanpelajar bertanya.
Cuba untukmengubah suaipengajaran tetapitidak berjalan lancar.
Tidakmengendahkan ataumengetepikansoalan-soalan pelajaratau , minat mereka.
Sedikitpengubahsuaiandilakukan tetapihasilnya berbeza-beza.
Cuba memberirespons terhadapsoalan-soalan danminat pelajar. Kesanterhadap pengajarantidak lancar.
Sedikitpengubahsuaiandilakukan danberjalan lancar.
Berjaya memberirespons terhadapsoalan-soalan danminat pelajar.
Berjaya melakukanperubahan yang besarpada pengajaran danpengubahsuaianberjalan lancar.
Mengambil peluanguntukmempertingkatkanpengajaran dengandengan menggunakanperistiwa semasa/persekitaran.
15
Ketekunan Tiada usaha untukmengambil tahu akanmasalah pelajar.
Apabila pelajarmenghadapimasalah guru samaada berputus asa ataumenyalahkan merekaatau persekitaran ataskelemahan/kegagalan pelajar.
Bertanggungjawabatas kejayaan pelajartetapi hanyamempunyai pilihanstrategi penyampaianpengajaran yangterhad.
Akan terus berusahamencari pelbagaipendekatan untukpelajar yangmenghadapi masalahpembelajaran,mempunyai pilihanstrategi penyampaianpengajaran yang luassedikit
Akan terus berusahamencari pelbagaipendekatan yangefektif untuk pelajaryang memerlukanbantuan,menggunakan pilihanstrategi-srategipengajaran yang amatluas sertamemperoleh sumber.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
Domain 4 :(pascapengajaran)
TanggungjawabProfesionalisme
4 a : Latihan yangdiberi
Kekerapan Tidak memberi latihansemasa P&Pberlangsung.
Ada memberi sedikitlatihan tetapi tidakmencakupi topikP&P.
Memberi beberapalatihan dan mencakupisebahagian topikP&P.
Latihan diberimencukupi danmencakupi topikP&P.
Latihan diberimencukupi danmerentasi topikP&P.Memperlihatkanamalan pelajar untukmeningkatkanpengetahuan semasapengajaranberlangsung.
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
4 b : Penyemakan /pembetulan tugasan /latihan mengikutprinsip ibadah.
Konsisten Tidak semak tugasanpelajar.
Semak secara rawakdan tiada cadanganuntukpenambahbaikan.
Semak tugasanpelajar, ada cadanganuntukpenambahbaikantetapi tidak konsisten.
Semak tugasanpelajar, ada cadanganuntukpenambahbaikan dankonsisten denganmemperlihatkanberbahasa adalahuntuk tujuanibadah/mentauhidkan Allah.
Semak semuatugasan pelajar, adacadangan untukpenambahbaikan dankonsisten.Pelajardapatmenggunakannayauntuk meningkatkanproses P&P denganmemperlihatkanberbahasa adalahuntuk tujuanibadah/mentauhid-kan Allah.
16
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
4 c : Kandunganlatihan selarasdengan pencapaianpelajar
Ketepatan Tidak memberi latihansemasa P&Pberlangsung.
Kandungan latihantidak meliputi topik /silibus pengajaran,tidak selaras denganpencapaian pelajar.
Kandungan latihanmeliputi sebahagiantopik / silibuspengajaran tidakselaras denganpencapaian pelajar.
Kandungan latihanmeliputi topik /silibus pengajaranselaras denganpencapaian pelajar.
Kandungan latihanmeliputi topik /silibus pengajaranselaras denganpencapaian pelajardan mereka bolehmenggunakannyasebagai bahan untukpengayaan P&P .
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
4 d : Refleksi padapengajaran mengikutprinsip ibadah.
Keberkesanan
Kegunaan untukpengajaran padamasa depan
Tidak membuatsebarang refleksi.
Tidak membuatsebarang refleksi.
Tidak tahu sama adapengajaran tersebutberkesan ataumencapai matlamatatau salah menilaikeberkesananpengajaran.
Tiada cadanganuntuk membaikipengajaran yangakan datang.
Membuat gambaranyang agak tepattentang keberkesananpengajaran dansetakat manamatlamat pengajarantercapai.
Membuat cadanganumum bagaimanapembelajaran bolehdipertingkatkan.
Membuat penilaianyang tepat tentangkeberkesananpengajaran dansetakat manamatlamat pengajarantercapai dan bolehmenyatakan contoh-contoh untukmenyokongpernyataan tersebutdenganmemperlihatkanberbahasa adalahuntuk tujuanibadah/mentauhid-kan Allah.
Membuat beberapacadangan spesifikuntuk dicuba dalampembelajaran akandatang .
Membuat penilaianyang baik dan tepattentang keberkesananpengajaran dansetakat manamatlamat pengajarantercapai. Dapatmenyatakan banyakcontoh daripadapengajaran danmengenal pasti setiapkekuatan denganmemperlihatkanberbahasa adalahuntuk tujuanibadah/mentauhid-kan Allah.
Berdasarkan pelbagaikemahiran yang ada,guru membericadangan spesifikdengan pendekatanyang berbeza.
17
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
4 e : Mengekalkan /memastikan rekod-rekod tepat
Rekod tugasanpelajar
Kemajuan/peningkatan pelajar dalampembelajaran
Rekod tugasan lain
Tidak menyimpansebarang rekodtugasan pelajar.
Tidak menyimpansebarang rekodtugasan pelajar.
Tidak menyimpansebarang rekod tugas-tugas lain.
Sistem penyimpananrekod tentangtugasan pelajar tidakteratur.
Tidak mempunyaisistem untukmengemas kinimaklumat berkaitankemajuanapembelajaranpelajar atau sistemtidak teratur.
Rekod tugas-tugaslain tidak teratur,menyebabkanbanyak kesilapan dankekeliruan.
Sistem penyimpananrekod tentang tugasanpelajar pada tahapasas dan kurangberkesan.
Sistem mengemas kinimaklumat berkaitankemajuanpembelajaran pelajarpada tahap asas dankurang berkesan .
Rekod tugas-tugaslain memadai tetapimemerlukanpemantauan yangkerap untukmengelakkankesilapan.
Sistem penyimpananrekod tentang tugasanpelajar sangatberkesan.
Sistem mengemaskini maklumatberkaitan kemajuanpelajar sangatberkesan.
Rekod tugas-tugaslain sangat berkesan.
Sistem penyimpananrekod tentang tugasanpelajar sangatberkesan.
Sistem mengemaskini maklumatberkaitan kemajuanpembelajaran pelajarsangat berkesan. sertarekod tugas-tugas lainsangat berkesan.Pelajar jugaberperanan dalamproses penyimpanandan mengemas kinirekod tersebut.
Rekod tugas-tugaslain sangat berkesan.Pelajar jugaberperanan dalamproses mengemas kinirekod.
18
Domain/Komponen
Ciri-ciri 0 1 2 3 4
4 f : Rekod Intervensi Penyimpanan rekod Tidak mempunyairekod intervensi.
Mempunyai rekodintervensi untukbeberapa orangpelajar sahaja dantidak lengkap.
Mempunyai rekodintervensi untuksemua pelajar yangmemerlukanbimbingan tetapitidak lengkap.
Mempunyai rekodintervensi yanglengkap untuk semuapelajar yangmemerlukanbimbingan .
Mempunyai rekodintervensi yanglengkap untuk semuapelajar yangmemerlukanbimbingan, memberipeluang kepadapelajar untukmenyesuaikannyadengan keupayaanmereka .
TAMAT
Lampiran A4
PROTOKOL TEMU BUAL ASPEK AMALAN PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN
PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Nama Guru :__________________________________ Temu bual : 1/2/3/4/5 Tarikh : _______________
Panduan Temu Bual Nota Pengkaji Catatan Pengkaji
Bahagian A :Sesi perkenalan untuk merapatkan ukhwah.
1. Apa khabar tuan /puan?2. Apakah latar belakang pendidikan cikgu?3. Bolehkah cikgu berkongsi tentang pengalaman
mengajar Bahasa Melayu di MRSM?
1. Latar belakang guru.2. Pengalaman mengajar.3. Pendapat guru tentang proses pengajaran Bahasa Melayu di MRSM.
Penjelasan hak peserta kajian dan kerahsiaanmaklumat yang dikongsikan
Hak peserta kajian dan kerahsiaanGuru telah diterangkan haknya sebagai peserta kajian dan kerahsiaan. Satu suratkebenaran peserta kajian telah diberikan kepada guru untuk dibaca danditandatangan.Satu salinan surat kebenaran telah diberikan kepada guru untuksimpanan beliau.
Bahagian B : Domain 1 : Perancangan dan Persediaan
Elemen Soalan : Catatan Pengkaji1 a : Memperlihatkan pengetahuan tentangkandungan dan pedagogi subjek BahasaMelayu untuk menyampaikan maklumat yangbenar.
Pengetahuan tentang kandungan subjek BahasaMelayu.
Pengetahuan tentang perkaitan antarapengetahuan sedia ada pelajar.
1. Apakah cikgu mempunyai pengetahuan kandungan subjek Bahasa Melayu yangsangat luas dan mantap ?
2. Sebelum menyediakan perancangan dan persediaan pengajaran adakah cikgumengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan apa yang akan dipelajari ?
Pengetahuan tentang perkaitan antara kandungandengan pedagogi subjek Bahasa Melayu.
Bagaimanakah pula dengan tahap pengetahuan cikgu dalam perkembangan pedagogiterkini dan adakah elemen ini menjadi amalan yang amat dititikberatkan semasamerancang pengajaran.
1b: Memperlihatkan pengetahuan tentangpelajar.
Pengetahuan tentang ciri-ciri mengikut kumpulanumur.
Pengetahuan tentang pelbagai pendekatanpembelajaran pelajar.
Pengetahuan tentang kemahiran dan pengetahuanpelajar.
Pengetahuan tetang minat dan latar belakangpelajar.
1. Sejauh manakah cikgu menunjukkan pemahaman tentang perkembangan ciri-cirimengikut kumpulan umur pelajar?
2. Adakah cikgu menggunakan pengetahuan tentang pendekatan belajar yang pelbagaidalam rancangan pengajaran mengikut kesesuaian pelajar?
3. Apakah cikgu meneliti aspek pengetahuan tentang kemahiran dan pengetahuansetiap pelajar termasuk mereka yang memerlukan perhatian khusus ?
4. Aspek minat dan latar belakang setiap pelajar akan diberi perhatian dalamperancangan dan persediaan pengajaran ?
1c : Memilih matlamat pengajaranNilai
Kejelasan
Kesesuaian untuk pelajar yang berbeza.
Keseimbangan
1. Dalam memilih matlamat pengajaran bagaimanakah cikgu mengaitkannya denganhasil pembelajaran dan sukatan pelajaran?
2. Bagaimanakah cara untuk memastikan kejelasan matlamat pengajaran yangdirancang ?
3. Apakah caya cikgu untuk mengambil kira keperluan pelajar yang berbeza sama adasecara individu atau kumpulan untuk mencapai hasil yang lebih tinggi ?
4. Bagaimanakah matlamat pengajaran yang dibina dapat menggambarkan hasilpembelajaran yang pelbagai ?
1d : Memperlihatkan pengetahuan tentangsumber untuk menyampaikan maklumat yangbenar
Sumber/resos untuk mengajar
1.2. Sejauh manakah kepekaan cikgu tentang sumber /resos yang ada di sekolah atau di
kawasan sekitar untuk digunakan dalam pengajaran?.
Sumber/resos untuk pelajar 3. Apakah cikgu mengetahui tentang kewujudan sumber tambahan yang sesuai untukdigunakan oleh pelajar melalui komuniti / pihak lain ?
1e : Menyediakan pengajaran danpembelajaran yang koheren
Aktiviti pembelajaran
Bahan dan sumber pengajaran
Struktur pengajaran dan unit / bidang / tema
1. Bagaimanakah cikgu menentukan aktiviti pembelajaran yang sangat sesuai untukpelajar dan matlamat pengajaran serta memastikan Perkembangan pengajaran adakesinambungan dan kesatuan ?
2. Bagaimanakah cikgu menyediakan bahan dan sumber pengajaran yang menyokongmatlamat pengajaran tercapai?
3. Bagaimanakah cikgu merancang pengajaran yang berstruktur ?1f : Menilai pembelajaran pelajar.
Kesesuaian dengan matlamat pengajaran.
Kriteria dan standard
Kegunaan untuk perancangan
1. Bagaimanakah pendekatan yang dicadangkan sesuai untuk menilai semua matlamatpengajaran ?
2. Bagaimanakah cikgu mengambil kira standard dan kriteria penilaian yang jelaskepada pelajar?
3. Sejauh manakah cikgu memastikan hasil penilaian melibatkan semua pelajar?
Bahagian C :Kesimpulan temu bualMaklumat tambahanPenghargaan
SEKIAN TERIMA KASIH
PROTOKOL TEMU BUAL ASPEK AMALAN PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Nama Guru :________________________________ Temu bual : 1/2/3/4/5 Tarikh : _______________
Panduan Temu Bual Nota Pengkaji Catatan Pengkaji
Bahagian A :
Permulaan temu bual .
1. Apa khabar cikgu?2. Pada hari ini saya akan menemu bual cikgu
tentang aspek amalan pengajaran yangmelibatkan dua domain iaitu pengurusan bilikdarjah dan semasa pengajaran.
1. Amalan pengurusan bilik darjah.2. Amalan semasa pengajaran.
Penjelasan hak peserta kajian dan kerahsiaanmaklumat yang dikongsikan
Hak peserta kajian dan kerahsiaanGuru telah diterangkan haknya sebagai peserta kajian dan kerahsiaan. Satusurat kebenaran peserta kajian telah diberikan kepada guru untuk dibaca danditandatangan.Satu salinan surat kebenaran telah diberikan kepada guruuntuk simpanan beliau.
Bahagian B :Domain 2 : Pengurusan Bilik Darjah
Elemen Soalan : Catatan Pengkaji2a: Mewujudkan situasi salingmenghormati dan bekerjasama mengikutprinsip ibadahInteraksi guru dengan pelajar
Interaksi pelajar 1. Bagaimanakah cara cikgu berinteraksi dengan pelajar ?
2. Bagaimanakah pula cara hubungan interaksi antara pelajar di dalamkelas?
2b: Mewujudkan budaya untuk belajarmengikut prinsip ibadah
Kepentingan kandungan
Kebanggaan pada kerja
1. Apakah pendapat cikgu tentang kepentingan pengajaran yang efektifterhadap kandungan subjek Bahasa Melayu ?
2. Apakah para pelajar berasa bangga dan kelihatan berminat ketikamelaksanakan tugasan Bahasa Melayu yang diberikan oleh cikgu?
2c: Menguruskan prosedur kelas.
Pengurusan kumpulan pelajar
Pengurusan sumber dan bahan
Pelaksanaan tugas-tugas lain
1. Adakah aspek pengurusan kumpulan diberi penekanan oleh cikgu?
2. Bagaimanakah pula dengan kaedah pelaksanaan pengurusan sumber danbahan?
3. Apakah cara cikgu menetapkan peraturan tertentu agar para pelajarmelaksanakan tugas-tugas lain mereka mengikut masa?
2d: Menguruskan tingkah laku pelajar
Ekspektasi
Memantau tingkah laku pelajar
Respons terhadap salah laku pelajar
1. Bagaimanakah cara cikgu menetapkan standard tingkah laku kepadasemua pelajar?
2. Adakah cikgu memantau dan mengawal tingkah laku pelajar?
3. Sekiranya pelajar melakukan kesalahan apakah bentuk respons yang akancikgu lakukan?
2e: Menguruskan persekitaran fizikal
Keselamatan dan susunan perabot
Kemudahan untuk pembelajaran danpenggunaan sumber fizikal
Bagaimanakah cara cikgu memastikan aspek keselamatan dan susunanperabot di dalam kelas?
1. Adakah cikgu menggunakan sumber fizikal di dalam kelas secara optimumagar pelajar dapat berpeluang mengikuti proses pembelajaran denganlancar?
Domain 3 : Pengajaran
Elemen Soalan : Catatan Pengkaji3a : Berkomunikasi dengan jelas dan tepatmengikut prinsip nahu
Arahan dan prosedurPada pendapat cikgu, adakah cikgu berjaya memberi arahan dan prosedurdengan jelas kepada pelajar dan menjangkakan salah faham yang mungkintimbul dalam kalangan pelajar?
Bahasa Lisan dan Penulisan 1. Bagaimakah cara yang cikgu laksanakan agar bahasa pertuturan dan bahasapenulisan yang disampaikan ketika pengajaran boleh difahami oleh pelajar?
3b: Menggunakan teknik penyoalan danperbincangan mengikut prinsip nahu.
Kualiti soalan
Teknik perbincangan
Penglibatan pelajar
1. Adakah cikgu telah menyediakan soalan-soalan yang berkualiti untukdiajukan kepada pelajar dan memberikan mereka masa yang mencukupiuntuk menjawabnya?
2. Apakah teknik yang digunakan oleh cikgu untuk memastikan penglibatansemua pelajar semasa proses P&P berlangsung?
3. Adakah cikgu mengaplikasikan pendekatan berpusatkan pelajar dalampengajaran dan apakah kesan pelaksanaannya?
3c: Menggalakkan pelajar belajar /berfikir
Penyampaian kandungan
Aktiviti dan tugasan
Pembahagian kumpulan pelajar
Bahan dan sumber pengajaran
Struktur dan kadar pengajaran
1. Bagaimanakah cara yang cikgu lakukan untuk memastikan penyampaiankandungan pelajaran sesuai dan berkaitan dengan pengetahuan danpengalaman pelajar?
2. Adakah cikgu menyediakan aktiviti dan tugasan yang mengarah kepadaproses berfikir kepada pelajar?
3. Pada pendapat cikgu adakah pembahagian kumpulan penting untukmencapai matlamat pengajaran dan apakah teknik pembahagian tersebut?
4. Adakah cikgu menyediakan bahan dan sumber pengajaran yang sesuaidengan matlamat pengajaran dan dapat merangsang pemikiran pelajar?
5.6. Bagaimanakah cikgu memastikan bahawa pengajaran cikgu mempunyai
struktur dan kadar yang jelas?7.
3d: Memberi maklum balas kepada pelajar
Kualiti : Ketetapan substantif, konstruktif danspesifik
1. Adakah cikgu memberi ruang kepada pelajar untuk menggunakan maklumbalas dalam pembelajaran?
Kadar masa 2. Adakah cikgu dapat memberi maklum balas yang konsisten mengikut kadarmasa yang ditetapkan?
3e: Memperlihatkan fleksibiliti danresponsif
Pengubahsuaian pengajaran
Respons kepada pelajar
Ketekunan
1. Pada pendapat cikgu wajarkah pengubahsuaian pengajaran dilakukan danadakah pernah cikgua mengambil tindakan tersebut?
2. Sekiranya pelajar memberi respons untuk bertanya adakah cikgumenganggap itu sebagai peluang untuk mempertingkatkan pengajaran?
3. Adakah cikgu sentiasa berusaha untuk mencari pelbagai pendekatan danstrategi yang efektif untuk meningkatkan pengajaran?
Bahagian C :
Kesimpulan temu bual
Maklumat tambahanPenghargaan
SEKIAN TERIMA KASIH
BORANG TEMU BUAL ASPEK AMALAN PASCAPENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
Nama Guru :_________________________________________ Temu bual : 1/2/3/4/5 Tarikh : _______________
Panduan Temu Bual Nota Pengkaji Catatan Pengkaji
Bahagian A :
Permulaan temu bual .
1. Apa khabar cikgu?
2. Pada hari ini saya akan menemu bual cikgu tentangaspek amalan pascapengajaran.
1. Amalan pascapengajaran.
Penjelasan hak peserta kajian dan kerahsiaan maklumatyang dikongsikan
Hak peserta kajian dan kerahsiaanGuru telah diterangkan haknya sebagai peserta kajian dankerahsiaan. Satu surat kebenaran peserta kajian telah diberikankepada guru untuk dibaca dan ditandatangan.Satu salinan suratkebenaran telah diberikan kepada guru untuk simpanan beliau.
Domain 4 : Tanggungjawab Profesionalisme
Elemen Soalan : Catatan Pengkaji
4 a : Latihan yang diberiKekerapan 1. Pada pendapat cikgu adakah latihan yang diberi pada kali ini
mencukupi dan mencakupi topik P&P?
4 b : Penyemakan / pembetulan tugasan / latihanmengikut prinsip ibadah
Konsisten 1. Adakah cikgu menyemak semua tugasan pelajar dan memberikancadangan untuk penambahbaikan secara konsisten?
4 c : Kandungan latihan selaras dengan pencapaianpelajar
Ketepatan 1. Dalam memberi latihan, adakah aspek kandungan latihan meliputitopik / silibus pengajaran selaras dengan pencapaian pelajardilaksanakan oleh cikgu ?
4d:Refleksi pada pengajaran mengikut prinsip ibadah
Keberkesanan
Kegunaan untuk pengajaran pada masa depan
1. Selepas pengajaran adakah cikgu dapat membuat penilaian yangbaik dan tepat tentang keberkesanan pengajaran dan setakat manamatlamat pengajaran tercapai ?
2. Berdasarkan pelbagai kemahiran yang ada, bolehkah cikgumemberi cadangan spesifik dengan pendekatan yang berbezauntuk kegunaan pengajaran akan datang?
4 e : Mengekalkan / memastikan rekod-rekod tepat.
Rekod tugasan pelajar
Kemajuan/peningkatan pelajar dalam pembelajaran
Rekod tugasan lain
1. Bagaimanakah cikgu memastikan sistem penyimpanan rekodtentang tugasan pelajar?
2. Adakah cikgu mempunyai sistem untuk penyimpanan rekodKemajuan/peningkatan pelajar dalam pembelajaran?
3. Adakah cikgu menyimpan sebarang rekod tugas-tugas laindengan berkesan?
4 f : Rekod Intervensi.
Penyimpanan rekod1. Adakah cikgu mempunyai rekod intervensi yang lengkap untuk
semua pelajar yang memerlukan bimbingan, memberi peluangkepada pelajar untuk menyesuaikannya dengan keupayaanmereka?
Bahagian C :Kesimpulan temu bualMaklumat tambahanPenghargaan
SEKIAN TERIMA KASIH