fail meja

43
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita berdasarkan atas prinsip-prinsip yag berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Hirdawati Hj Abdul Hamid SK TAMAN TAWAU

Upload: hirdawati-abdul-hamid

Post on 29-Jun-2015

2.093 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fail meja

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya;

Mencipta satu masyarakat yang adil di manaKemakmuran negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannyayang kaya dan pelbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga

dan usaha kami untuk mencapai cita-cita berdasarkan atas prinsip-prinsip yag berikut:

Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 2: Fail meja

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia

adalah suatu usaha yang berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis

dan seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan,berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”.

Akta Pendidikan ( Akta 550) 1996

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 3: Fail meja

Matlamat dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan

dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi

Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi

Negara Malaysia

Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999

Page 4: Fail meja

4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah merupakan organisasi perkhidmatan pengurusan pendidikan. Perkhidmatan pengurusan pendidikan berkenaan dilaksanakan oleh sepuluh(10) Sektor dan dua puluh empat(24) Pejabat Pelajaran Daerah(PPD). Disamping itu, tiga (3) bahagian yang lain yang berkaitan, iaitu Bahagian Audit Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah, dan Bahagian Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

VISIPendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul

MISIMembangunkan Kepimpinan Dan Pengurusan

Pendidikan Untuk Mewujudkan Organisasi Pendidikan Terbilang, Menyediakan  Perkhidmatan

Pendidikan  Berkualiti Untuk Melahirkan Modal Insan Seimbang Yang Mampu  Membangunkan Diri,

Keluarga, Masyarakat Dan Negara

Page 5: Fail meja

Wawasan 2020

Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung

masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia”dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.

Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah

terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaanya kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya, dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya,

tidak terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.

Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis

yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.

Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan

etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi

toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia, tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya

masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 6: Fail meja

Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif,

berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi

turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

Membentuk sebuah masyarakat berbudidan berbudaya penyayang,

sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan pada negara mahupun individu, tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.

Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya,.

Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi

terdapat penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaun yang tertentu.

Membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang

mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 7: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

WAWASAN PENDIDIKAN

Stail pengurusan

Budaya Ilmu

Perkhidmatan Penyayang

Budaya Cemerlang

Sekolah Penyayang

Pengupayaan (Empowerment)

Sistem Pengesanan

Perpaduan

WAWASAN PENDIDIKAN

Stail pengurusan

Budaya Ilmu

Perkhidmatan Penyayang

Budaya Cemerlang

Sekolah Penyayang

Pengupayaan (Empowerment)

Sistem Pengesanan

Perpaduan

Page 8: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Hari ini lebih baik daripada kelmarinEsok lebih baik daripada hari iniLusa lebih baik daripada esokTulat lebih baik daripada lusa

Langkat lebih baik daripada tulatTahun ini lebih baik daripada tahun lepasTahun depan lebih baik daripda tahun ini

Hari ini lebih baik daripada kelmarinEsok lebih baik daripada hari iniLusa lebih baik daripada esokTulat lebih baik daripada lusa

Langkat lebih baik daripada tulatTahun ini lebih baik daripada tahun lepasTahun depan lebih baik daripda tahun ini

PRINSIP ‘BEYOND EXCELLENCE’

DASAR KUALITI ‘BEYOND EXCELLENCE’

Kecemerlangan Pendidikan

Berterusan Perjuangan Kami

DASAR KUALITI ‘BEYOND EXCELLENCE’

Kecemerlangan Pendidikan

Berterusan Perjuangan Kami

Page 9: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

Bekerja dengan penuh tanggungjawab

Berusaha mengikis sikap mementingkan diriBerkhidmat dengan

penuh muhibbah dan kemesraanBekerja ke arah

memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan

negaraBekerjasama dalam

membanteras kelemahan dan musuh-musuh NegaraBerpegang teguh kepada

ajaran agama

TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

Bekerja dengan penuh tanggungjawab

Berusaha mengikis sikap mementingkan diriBerkhidmat dengan

penuh muhibbah dan kemesraanBekerja ke arah

memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan

negaraBekerjasama dalam

membanteras kelemahan dan musuh-musuh NegaraBerpegang teguh kepada

ajaran agama

Page 10: Fail meja

~MAKLUMAT DIRI GURU~

1. Nama : HIRDAWATI BINTI HAJI ABDUL HAMID2. Jantina : Perempuan3. Tarikh & Tempat Lahir : 08 April 1978 / Lahad Datu, Sabah4. No. Kad Pengenalan: 780408-12-58285. No. Fail Sekolah : XBA3070/09/06/1886. No. Fail Jabatan : JP(sb) / D1 – 04 / 146477. No. Fail SPP : SPP/04/DG3/ST153/780408125828 8. No. Cukai Pendapatan : SG 120385950309. No. KWSP : 6153611210. Kelulusan :

i. Akademik : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia),UMSii. Ikhtisas : Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)iii. Opsyen : SNS/PJK/PI

11. Jawatan / Gred : PPPS DG41 12. Tarikh mula berkhidmat : 05 Januari 200413. Lantikan Pertama : 05 Januari 200414. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lantikan Pertama) : 05 Januari 200515. Lantikan Perkhidmatan Sekarang : 05 Januari 200416. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Perkhidmatan Sekarang) :05 Januari 200517. Tarikh Kenaikan Gaji : 05 Januari18. Tarikh Masuk Ke Jawatan Berpencen : Disember 200719. Alamat Rumah : TB 4666, TAMAN RIA 5, JLN UTARA BARU,TAWAU20. No. Telefon : 019-8008464 / 089-75847821. E-mel : [email protected]. Sekolah / Tempat Bertugas :

23. Tarikh mula mengajar di sekolah ini : 04 Januari 200824. Mata pelajaran yang diajar :

25. Tugas khas di sekolah ini :

26. Matlamat Guru : Menjadi guru yang lebih berilmu dan menyampaikan perkara-perkara yang baik, memimpin anak didik kepada kebenaran,beroleh kejayaan di dunia

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Bil Sekolah/Tempat Bertugas Mula Akhir01 SK Binuang, Lahad Datu 05-01-2004 03-01-200802 SK Taman Tawau 04-01-2008

Bil Mata Pelajaran Tahun/Kelas01 SAINS 6 (GM,JR), 5

(CM,KR)02 KAJIAN TEMPATAN 5 (GM,KR,JR),6GM03

Bil Tugas01 KETUA PANITIA SAINS02 AJK E-KASIH, AJK UNIT DISIPLIN03 GURU PEMIMPIN TKRS, HOKI, SAINS

Page 11: Fail meja

dan akhirat serta dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang disampaikan.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 12: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

SEKOLAH CANTIK

MURID CERDIK

HASIL MENARIK

Page 13: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 14: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Melahirkan modal insan

seimbang melalui pendidikan

berkualiti bersepadu ke arah

kecemerlangan berasaskan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 15: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

“SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU BERUSAHA SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU

MEMPERKEMBANGKAN KEBOLEHAN MURID UNTUK MENJADI INSAN

SEMPURNA, SEIMBANG DAN

HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, JASMANI, AKHLAK, BAKAT,

NILAI-NILAI ESTETIKA DAN SOSIAL”

Page 16: Fail meja

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SK TAMAN TAWAU, TAWAU DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MEMUPUK SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI

UNTUK:

1. Memberi dan menyediakan pendidikan yang terbaik berasaskan budaya dan bagi memenuhi kehendak individu masyarakat.

2. Memberi peluang yang sama kepada murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaiknya.

3. mewujudkan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik serta berteraskan pembaharuan dan perubahan yang berterusan.

4. Mengurus kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.

5. Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

6. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsive kepada kehendak pelanggan iaitu murid, guru, masyarakat dan Negara.

7. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesional keguruan.

KAMI WARGA SK TAMAN TAWAU, TAWAU BERSEDIA DAN AKAN MENIMBANG APA JUA YANG DIKEMUKAKAN KEPADA SEKOLAH BERKAITAN DENGAN

PELAKSANAAN PIAGAM PELANGGAN INI.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 17: Fail meja

CARTA ORGANISASI SK. TAMAN TAWAU.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

GURU BESAR

PENTADBIRAN AM

Pembantu Tadbir N17

Pembantu Am Rendah N1

Pekerja Rendah Awam R1

Pekerja Kontrak

PEN. KANAN HEM

Lem. Disiplin / Pengawas

Guru Data / SMM

Pendaftaran Murid

Bimbingan & Kaunseling

Kebajikan

KWAPM

Kantin Sekolah

RMT

SPBT

Kesihatan

Keceriaan Sekolah

Keselamatan

PEN. KANAN 1 ( PENTADBIRAN )

PANITIA

Pen. Seni

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Pen. Moral

Kem. Hidup

Agama Islam

Bahasa Arab

Kajian Tempatan

Pen. Muzik

PJK

PEN. KANAN KOKUM

Jawatan kuasa PPSMI

Guru Data

Pusat Sumber

Jawatan Kuasa Peralatan

Peperiksaan

Jawatan Kuasa Carta

Pusat Akses

Unit Beruniform

Kelab/Persatuan

Permainan

Jurulatih Sukan

Unit Kurikulum

Sivik Kewarganegaraan

Page 18: Fail meja

Panduan Tugas

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya

B. Membuat Perancangan (P&P)

1. Meracang P & P tahunan mengiktu Sukatan Pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan2. Menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian3. Menyediakan rancangan mengajar bersaingan selain Buku Rekod Persediaan Mengajar4. Merancang ujian berasskan tajuk bahan P & P , ujian mingguan, bulanan atau tahunan.5. Merekodkan penilaian dan keptusan ujian yang kemaskini di dalam Muku Kemajuan murid6. Merancang tindakan-tindakan susulan terhadap penilaian/keputusan ujian berkenaan

untuk meningkatkan prestasi akademik murid-muridf

C. Melaksanakan Pelbagai Tugas Khas

1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan guru atau seumpamanya.2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.5. Mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti diagihkan oleh PK(KK)

D Menjaga Disiplin, Keselamatan dan Kebajikan Murid

1. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid2. Mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi P & P3. Mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai di kalangan murid

E Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah.

1. Mengutamakan disiplin di samping P & P2. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkkapan yang sedia ada3. Memastikan suasana bersih, kemas dan teratur4. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes murid ponteng.

F Mengendalikan Pelbagai Tugas Rasmi Lain

1. Mengambilalih tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya.2. Menjadi guru pengganti atau guru “ sit-in” dari masa ke semasa3. Mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan Guru Besar4. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahakan oleh Jabatan Pendidikan/GB/Pk1/PK2/PK

KK/PP

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BIASA/GURU TERAPUNG

Page 19: Fail meja

Panduan Tugas

1. Menetukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran / pembelajaran yang kemaskini

3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal

4. Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan

5. Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seprti mengadakan:

a. Kelas tambahanb. Ceramah menjawab soalan-soalanc. Peraduan-peraduan tertentud. Kuize. Bahas

6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk perpustakaan atau rujukan guru.

7. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan

8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan

9. Menkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas, jika diperlukan

10. Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada

11. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.

13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.

14. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu

15. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Page 20: Fail meja

Panduan Tugas

JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARANKETUA PANITIA MATAPELAJARAN SAINS

Senarai Tugas

Mempengurusi panitia mata pelajaran dan mengadakan mesyuarat terancang (seperti dalam takwim) serta mengadakan perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu

membantu GPK1 penyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran dan memperolehi HSP untuk kegunaan guru-guru.

Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk semester 1 dan 2 dalam tahun persekolahan yang diselaraskan antara guru-guru di dalam satu aliran darjah.

Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kesesuaian dan persetujuan ahli dan wakil PIBG.

Membantu menyelaras soalan –soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian ujian/peperiksaan dan menubuhkan Bank Soalan bagi semua aliran.

Membantu dan memastikan pelaksanaan pentaksiran Penilaian Kerja Amali Sains PEKA dijalankan secara bersistematik.

Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK1.

Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dan rekod-rekod yang berkaitan.

Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 21: Fail meja

Panduan Tugas

GURU MATA PELAJARAN

SAINS, KAJIAN TEMPATAN

Senarai Tugas

Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan

sukatan pelajaran dan huraian sukatan mata pelajaran yang berkenaan.

Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan berkaitan dengan mata

pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus

dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di

akhir tiap semester bagi setiap tahun / kelas.

Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada

Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

Menyediakan Rancangan Pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh

setahun (Rancangan Tahunan dan Harian) dan melaksanakan pengajarannya

mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan

murid dan memulangkan semula secepat mungkin kepada murid. Menyerahkan /

menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar / wakilnya pada masa yang

dikehendaki.

Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan

dan keputusan ujian dalam buku rekod / rekod ujian bulanan.

Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.

Menjadi ahli kepada Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan

melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Memastikan keselamatan murid di makmal / bilik-bilik khas serta mengawasi

penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama

ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pendidikan Negeri / PPG /

PPDK. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata

pelajaran yang sama.

Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi

mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam P&P.

Melaporkan kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran tentang masalah P&P untuk

tindakan selanjutnya.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 22: Fail meja

Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat BBM / BBB yang digunakan,

memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.

Bertanggungjawab dalam menambahkan BBM / BBB bagi memperkayakan Pusat

Sumber Sekolah.

Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.

Membantu menguruskan Bank Soalan.

Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin.

Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

Carta Alir Proses Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Carta Alir Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 23: Fail meja

Panduan Tugas

A. Persiapan Sebelum Memulakan Kerja

1. Menghadirkan diri di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pelajaran bermula

2. Mengenalpasti kawasan yang memerlukan perhatian utama3. Mengenalpasti kumpulan murid yang kena giliran bekerja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS HARIAN

Page 24: Fail meja

4. Membahagikan kerja mengikut kumpulan murid

B Mengawas Murid Menjalankan Kerja

1. Menunjukkan dengan jelas tugas yang diagihkan kepada murid2. Memastikan tugas dijalankan dengan sempurna, cepat dan berkesan3. Menentukan setiap murid yang bertugas bekerja dengan berdisplin4. Mengarahkan murid berhenti bekerja dan masuk ke kelas dengan segera

C Mengawas Murid Semasa Rehat

1. Memastikan semasa semua murid berada dalam kawasan sekolah2. Mengawal disiplin murid-murid yang berebut-rebut membeli makanan/minuman

di dalam kantin3. Memastikan murid-murid makan/minum dengan beradab dan sopan.4. Menjaga kebersihan tempat/kawasan mereka minum /makan.

D. Mengawal Disiplin Murid

1. Mengendalikan kes-kes kemalangan dalam kawasan sekolah2. Menyelesaikan perkelahian/pergaduhan/kehilangan barang, dsb3. Menguruskan kes-kes murid sakit dan memerlukan tindakan segera.

E Jenis-Jenis Kerja Tumpuan

1. Memunggut sampah di luar bangunan sekolah2. Menyapu sampah di dalam kelas/beranda/tangga/sekitar kantin,dsb3. Membersihakan kawasan pembuangan sampah4. Mengosongkan tong-tong sampah ke dalam tempat pembuangan sampah5. Membersihkan tandas murid lelaki dan perempuan, parit, dsb6. Merumput tanam-tanaman di atas batas/dalam pasu bunga, dsb7. Menyiram tanam-tanaman dalam pasu bunga/atas batas, dsb8. Membuat kerja-kerja seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke

semasa.

Panduan Tugas

GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

Senarai Tugas

1. Guru bertugas harian hendaklah datang selewat-lewatnya 15 minit sebelum

persekolahan bermula dan pulang selewat-lewatnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta

lampu dan kipas telah ditutup setelah tamat persekolahan.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 25: Fail meja

3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu

sebelum loceng pertama dibunyikan. Mengawasi sekitar kawasan sekolah dan mengambil

tindakan yang segera; jika perlu.

4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan

kawasan sekolah.

5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.

6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital /

rumah.

7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang

memohon.

8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan

masa pertukaran guru.

9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.

10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi

harta benda sekolah.

11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan, unit beruniform

dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang

hari / minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Antara perkara-perkara yang

perlu dicatatkan ialah :

12.1 Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan

12.2 Pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit

12.3 Lawatan / pelawat

12.4 Ucapan / pengumuman dalam perhimpunan

12.5 Laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan jika perlu,

laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Memastikan semua pelajar dan guru menghadiri perhimpunan.

15. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah

disediakan.

16. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

Carta Alir Perhimpunan Harian / Mingguan / Laporan Bertugas Harian

CARTA ALIR PERHIMPUNAN HARIAN / MINGGUAN / LAPORAN BERTUGAS HARIAN

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 26: Fail meja

Panduan Tugas

1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah

2. Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Page 27: Fail meja

3. Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah

4. Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya

5. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu

6. Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.

7. Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.

8. Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.

9. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah

10. Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah

11. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

Garis Panduan Tugas

Penasihat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/

1. Mengadakan mesyuarat agung Kelab/Persatuan/Unit Beruniform pada sekurang-kurangnya minggu kedua bulanJanuari untuk melantik AJK Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.

2. Mengadakan peraturan/perlembagaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform.3. Merancang kegiatan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform untuk setahun.4. Memastikan ahli-ahli lulus ujian/pengiktirafan dari badan induk.5. Memastikan perjalanan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Teknik Kebudayaan tidak

menyalahi peraturan sekolah dan tidak menyeleweng dari perlembagaan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform/Teknik Kebudayaan

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 28: Fail meja

6. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui penyelaras unit kokurikulum masing-masing

i Perlembagaanii Senarai AJKiii Rancangan/Kegiatan setahuniv Anggaran perbelanjaan/keperluan

Kelab/Persatuan/UnitBeruniform

7. Memastikan setiap aktiviti mengikut jadual berjalan lancar guru penasihat hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/ Teknik Kebudayaan.

8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran selepas tamat perjumpaan.

9. Mengawal dan mengemaskini papan kenyataan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform untuk mengelakkan di salahguna.

10. Bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar menyediakan laporan kegiatan mengikur format yang betul.

11. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/ Teknik Kebudayaan.

12. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu pertandingan.13. Menguruskan penyertaan ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dalam kegiatan/

pertandingan di semua peringkat.14. Memajukan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform dengan cara yang difikirkan sesuai.15. Melengkapkan pengetahuan sebagai jurulatih pasukan beruniform atau penasihat

kelab atau menjemput jurulatih/penasihat luar.16. Semua kegiatan lawatan anjuran Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Teknik

Kebudayaan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua.17. Mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga apabila pelajar diperlukan untuk

sesuatu aktiviti di luar kawasan sekolah.18. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama pelajar-pelajar yang menyertai

kegiatan di luar kawasan sekolah kepada PK HEM, Setiausaha Kokurikulum, guru kelas dan sesiapa yang difikirkan perlu.

19. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan memungut balik disimpan tempat yang selamat.

20. Menentukan semua surat menyurat daripada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua dan surat-surat dari luar hendaklah dirujuk kepada Pengetua sebelum mengambil sebarang tindakan.

21. Bertanggungjawab membuat tempahan pengangkutan/bas sekiranya diperlukan.22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

Garis Panduan Tugas

Guru Permainan Sekolah

1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan cara melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-sekolah berdekatan.

2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui Setiausaha Sukan.

i Peraturan/Perlembagaan ii Senarai AJK

iii Rancangan/Kegiatan setahun

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 29: Fail meja

iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk

pertandingan MSSD dan MSSK.4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam

permainan.5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk

pasukan sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran ibubapa.

6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan

perlawanan.8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran

selepas tamat perjumpaan.9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan

memungut balik disimpan tempat yang selamat.10.Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan

mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.11.Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman,

kecederaan dan sebagainya.12.Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi

disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.13.Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan

sempurna dan selamat digunakan.14.Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.15.Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke

semasa.

Garis Panduan Tugas

Guru Rumah Sukan

1. Mengadakan mesyuarat rumah/pasukan dan menyediakan senarai AJK rumah atau pasukan. Satu salinan senarai AJK hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Sukan.

2. Mematuhi arahan ketua guru rumah dan menjalankan tugas dengan dedikasi.

3. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan rumah.

4. Mengurus dan mengawas latihan rumah mengikut jadual yang telah ditetapkan:

i. kedatangan pelajar

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 30: Fail meja

ii. kawasan atau gelanggang permainaniii. peralatan dan minuman pelajar dan lain-lain

2. Menjamin keselamatan ahli-ahli rumah dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

3. Merekodkan kegiatan-kegiatan permainan antara rumah dan melaporkan kepada ketua rumah untuk diserahkan kepada Setiausaha Sukan.

4. Membimbing dan mendidik ahli-ahli rumah:i. Pengurusanii. Kepimpinaniii. Mematuhi undang-undang dan peraturan permainaniv. Kemahiranv. Teknik dan strategi permainan

5. Mencadangkan kepada ketua rumah peralatan-peralatan yang perlu dibeli untuk dipanjangkan kepada Setiausaha Sukan.

6. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada ketua guru rumah untuk perhatian guru-guru permainan.

7. Menyimpan rekod kegiatan pelajar dalam aktiviti rumah untuk diserahkan kepada ketua guru rumah.

8. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan Pengetua atau wakilnya.

Senarai Semak Tugasan

GURU MATAPELAJARANSAINS DAN KAJIAN TEMPATAN

1 Buku Rekod Pengajaran.

2 Bahan Bantu Belajar.

3 Jadual Waktu Persendirian.

4 Rancangan Pengajaran Tahunan Sains dan Kajian Tempatan Thn

5,6

5 Huraian Sukatan Pelajaran Sains dan Kajian Tempatan Thn 5,6

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 31: Fail meja

6 Buku-buku rujukan

7 Senarai nama murid yang diajar

8 Rekod Prestasi Murid.

9 Jadual Penentuan Ujian (JPU).

10 Rekod Ujian Bulanan.

11 Rekod peperiksaan pertengahan tahun.

12 Rekod peperiksaan akhir tahun.

13 Soalan-soalan ujian bulanan.

13 Soalan-soalan peperiksaan pertengahan tahun.

14 Soalan-soalan peperiksaan akhir tahun.

15 Bank soalan Bahasa Inggeris

16 Analisis keputusan ujian bulanan.

17 Analisa keputusan peperiksaan pertengahan tahun.

18 Analisis keputusan peperiksaan akhir tahun.

19 Kerja-kerja pengukuhan murid ( kerja rumah murid )

20 Penyemakan kerja murid.

21 Pemulihan dan pengayaan.

22 Ulang kaji.

Senarai dan Kapasiti Tugasan

GURU MATAPELAJARANSAINS DAN KAJIAN TEMPATAN

Tugas dan Tanggungjawab.Kuantiti Tugas dalam sehari / seminggu/ sebulan / setahun.

Masa diambil untuk menyiapkan.

1 Bertanggungjawab menyediakan Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini dan menghantar kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk disemak setiap hujung minggu.

Sebelum sesi Persekolahan bermula.

2 minggu.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 32: Fail meja

2

Memahami Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan dan Rancangan harian.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa.

3

Mengajar mengikut waktu yang diperuntukkan berdasarkan opsyen, minat dan kebolehan.

28 blok waktu seminggu.

840 minit seminggu.

4 Menyediakan Rekod Prestasi Akademik murid-murid.

Sebelum sesi Persekolahan bermula

3 hari.

5 Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran untuk menentukan proses P & P yang memberangsangkan, berkualiti dan berkesan.

Dari masa ke masa Sepanjang masa.

6 Memberi latihan atau tugasan kepada murid-murid sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan serta menyemak semua tugasan yang diberi dari masa ke masa.

Setiap waktu P & P.

10 soalan.

7 Mengadakan Ujian mengikut kuantiti dan kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan dalam Takwim Panitia dan JPU.

Setiap bulan sebelum Ujian Bulanan bermula

2 hari.

8 Menyediakan soalan peperiksaan Penggal mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Panitia Mata Pelajaran.

Setiap Penggal. 2 hari.

9 Menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri dari masa ke masa untuk meningkatkan Ilmu Keguruan.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa.

10 Mengadakan kelas tambahan, pemulihan dan pengayaan kepada murid-murid dan menanamkan semangat kekitaan dan cintakan Budaya Ilmu kepada murid-murid.

Setiap hari Isnin dan Sabtu

1 jam

11 Menghadiri mesyuarat panitia yang diadakan dari masa ke masa.

Dari masa ke masa. 3 kali setahun

12 Membantu menjaga kebajikan dan keselamatan murid dari masa ke masa.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa13 Membantu ketua panitia menganalisis

keputusan peperiksaan yang dijalankan dari masa ke masa.

Setiap ujian formal dan ujian Penggal.

Dari masa ke masa

14 Selalu berusaha memupuk amalan-amalan dan nilai-nilai murni ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa.

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 33: Fail meja

15 Berusaha menjadi teladan yang baik kepada murid-murid dan Rakan Sejawat.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa.

16 Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke masa.

Dari masa ke masa.Dari masa ke

masa.

Senarai Semak Tugasan

PENOLONG GURU DISIPLIN

Membantu mengemaskini dan mengambil tindakan perlu ke atas semua perkara berikut :-

1 Membantu mengemaskini Fail Lembaga Disiplin Sekolah.

2 Membantu membuat catatan Salahlaku Murid.

4 Mengambil bahagian dalam Mesyuarat Disiplin Sekolah

5 Buku Panduan Disiplin Murid.

6 Membantu mengemaskini Carta Organisasi Lembaga

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 34: Fail meja

Disiplin Sekolah.

7 Taklimat Kepada Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas 1.

8 Taklimat Kepada Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas 2.

9 Taklimat Kepada Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas 3.

10 Motivasi Kepada Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas 1.

11 Pakaian Seragam Ketua Kelas dan Pengawas.

12 Pengagihan Tugas Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas.

13 Senarai Nama Ketua-Ketua Kelas dan Pengawas.

14 Pemeriksaan dari kelas ke Kelas bersama Pengawas & Ketua

Kelas.

15 Laporan Bulanan Disiplin Murid.

16 Laporan Tahunan Disiplin Murid.

CATATAN TUGAS HARIAN

PERKARA:HARI/TARIKH: MASA:

CATATAN TINDAKAN

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 35: Fail meja

CATATAN TUGAS HARIAN

PERKARA:HARI/TARIKH: MASA:

CATATAN TINDAKAN

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU

Page 36: Fail meja

Hirdawati Hj Abdul HamidSK TAMAN TAWAU