(faez)refleksi indvidu

6
Refleksi FAEZ BIN MOHD JAWAWI (920122-08-6757) Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan PJM 3123E, iaitu Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Kami sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan- kawan, pensyarah dan ibu bapa tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami berasa sangat gembira setelah menyelesaikan tugasan ini kerana kami tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. kami dan rakan- rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini. Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang kami hadapi adalah untuk mencari bahan rujukan mengenai Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar dicari terutamanya dalam

Upload: kamal-leo

Post on 28-Sep-2015

6 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

qq

TRANSCRIPT

RefleksiFAEZ BIN MOHD JAWAWI (920122-08-6757)Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan PJM 3123E, iaitu Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Kami sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami berasa sangat gembira setelah menyelesaikan tugasan ini kerana kami tidak menyangka bahawa telah berjaya menyelesaikan tugasan dengan jayanya. kami dan rakan-rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Pada mulanya, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat kerja khusus ini dari pensyarah ketika di dalam kelas. Setelah mendengar penerangan tersebut kami mula berbincang untuk membuat kerja kursus ini antara satu sama lain. Melalui aspek pengetahuan, kami telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang folio ini. Selain dari itu kami juga mencari maklumat di internet. Dengan cara ini ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Setelah memperoleh maklumat yang dikehendaki, kami meneruskan langkah dengan mensintesis serta menganalisis maklumat yang diperolehi. Agak sukar bagi kami untuk melakukan tugasan ini. Namun, berkat kerjasama dan ketekunan, kami berjaya juga menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang kami hadapi adalah untuk mencari bahan rujukan mengenai Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Bahan rujukan yang berkaitan tajuk ini sukar dicari terutamanya dalam bentuk buku dan dokumen bertulis. Jadi, kami telah menambah sumber rujukan lain dengan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan di internet disebabkan maklumat-maklumat yang kami peroleh mengenai tajuk ini agak terhad. Kami juga tidak tahu bagaimana hendak memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham akan kehendak soalan. Walaubagaimanapun, setelah diterangkan dengan lebih lanjut mana-mana kehendak soalan yang kami tidak faham oleh pensyarah, Encik Rosli Sham bin Ramli dan Encik Faisal bin Japeri. Kami amat bersyukur, akhirnya dapat juga memahami kehendak soalan yang sebenar. Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus ini. Tambahan pula, sebelum ini kami tidak mempunyai asas dalam subjek Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan. Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Rosli Sham bin Ramli dan Encik Faisal bin Japeri telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus kami. Kami telah memperoleh maklumat-maklumat penting dari perpustakaan dan kami juga telah menyalin semula untuk memahami tajuk yang diberikan di dalam soalan kerja kursus. Pada mulanya, ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun, berkat doa dan pertolongan pensyarah, kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Selain itu, kami turut memperolehi pengalaman baru melalui tugasan ini. Antaranya seperti pengalaman berkomunikasi dengan pensyarah dan juga rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan berkaitan Pengurusan & Pentadbiran PJ dan Sukan ini, dengan itu secara tidak langsung kami dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal. Kemahiram berkomunikasi sememangnya amat penting bagi seorang individu yang bergelar guru kerana seorang guru akan berhadapan dengan masyarakat terutamanya ibu bapa murid tidak kira sama ada semasa berada di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Justeru itu, kami sebagai guru pelatih yang akan bergelar guru kelak perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat kami gunakan ia ketika bergelar guru kelak. Contohnya kami mungkin perlu mengendalikan sekumpulan pelajar dalam mengelolakan sesuatu program ataupun pertandingan seperti sukan tahunan dan Satu Murid Satu Sukan. Kami sebagai jurulatih perlu membimbing dan memberi pendedahan kepada mereka tentang kepentingan bersukan serta berusaha menggilap bakat dan potensi yang ada pada diri mereka supaya dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Alhamdulillah, sekali lagi kami memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnianya kami berjaya menyempurnakan tugasan ini.Di samping itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini kami telah diberi pendedahan dalam mengelolakan sesuatu pertandingan. Dalam tugasan ini kami dan rakan-rakan telah mengelolakan Karnival Permainan Tradisional. Melalui karnival yang dikelolakan ini, kami dapat mempelajari bagaimana proses sesuatu program itu dilaksanakan bermula daripada peringkat perancangan, peringkat semasa sehinggalah ke peringkat selepas program. Setiap daripada kami juga perlu bekerja keras dalam menjayakan karnival tersebut kerana telah diberikan peranan yang tersendiri. Oleh itu, program ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada para peserta untuk diaplikasikan dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.Permainan yang dikelola oleh kumpulan kami ialah permainan congkak. Dalam permainan ini, kami telah menggunakan sistem permainan kalah mati kerana kami melibatkan ramai peserta dalam permainan ini. Tambahan pula, masa juga menjadi faktor utama kami menggunakan sistem ini. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan karnival yang dijalankan pada hari berkenaan. Ini dapat dilihat melalui reaksi wajah mereka bahawa mereka benar-benar seronok terhadap permainan yang dijalankan. Permainan yang dianjurkan juga bersesuaian dengan tahap umur mereka di samping keselamatan turut terjaga tanpa melibatkan sebarang peralatan yang berpotensi menjadi bahaya .Antara kelemahan yang mungkin berlaku semasa pertandingan tersebut adalah pertukaran stesen yang tidak sistematik dalam kalangan pemain itu sendiri. Pada satu-satu masa terdapat stesen yang dipenuhi oleh ramai pemain dan stesen yang lain kelihatan sepi kerana pemain tertumpu kepada permainan yang lain. Sekiranya boleh untuk diperbaiki, maka pertukaran stesen itu akan kelihatan lebih teratur sekiranya ditetapkan dalam satu-satu kumpulan untuk berpindah ke stesen yang lain apabila siren atau hon dibunyikan. Dalam situasi ini, semua stesen akan sentiasa dikunjungi oleh pemain lain tanpa perlu berlakunya kekosongan dalam stesen-stesen tertentu kerana pada masa yang sama semua kumpulan sedang bermain di dalam stesen yang telah ditetapkan untuk mereka.Tugasan PJM3123E ini juga merupakan tugasan yang telah memberikan kami satu pengalaman pembelajaran yang menarik. Dengan siapnya tugasan ini, secara tidak langsung telah memberikan kami pengetahuan dan pendedahan dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, kursus ini membantu kami dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak terutamanya dalam melaksanakan sesuatu program. Justeru, kami juga perlu mengambil sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman daripada kursus PJM3123E ini sebagai persediaan apabila bertugas sebagai guru di sekolah nanti.Sesungguhnya tugasan ini mempunyai kecacatan dan kekurangan disebabkan kurangnya pengetahuan dan sumber rujukan. Walaubagaimanapun, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah sedikit sebanyak dapat membantu kami mendapatkan maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Kekurangan dan kecacatan ini memberikan pengajaran kepada kami supaya dapat melakukan tugasan yang lebih baik pada masa depan. Kami menganggap masalah dan juga kekurangan ini sebagai satu cabaran yang dapat mematangkan diri ini. Tanpa cabaran, kami akan menjadi seorang terlalu selesa dan tidak mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Akhir sekali, kami berharap agar ilmu yang kami peroleh ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pada masa akan datang. Tugasan ini telah membuka perspektif baru kepada kami dalam proses pembelajaran dan proses pemerolehan maklumat serta mengenai pengurusan bilik darjah. Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan kami satu dimensi baru mengenai subjek PJM3123E. Ia secara tak langsung telah menjadikan kami seorang pelajar yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang positif terhadap tugasan. Sikap ini akan kami terapkan kepada pelajar sekolah apabila kami tamat belajar kelak. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Encik Rosli Sham bin Ramli dan Encik Faisal bin Japeri.