excel 2 2011 soalan makro stpm 2011 sabah trial

Upload: sifu-k

Post on 07-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    1/15

    SULIT* 2

    944/2 SULIT*

    Bahagian A [30 markah]

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 60

    minit bagi menjawab bahagian ini.

    1. Keluaran Negara Kasar potensi ialah

    A keluaran negara yang dihitung pada harga tetap

    B keluaran negara semasa pada guna tenaga penuh

    C keluaran negara yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran sedia ada

    D keluaran negara maksimum yang boleh dihasilkan oleh sebuah ekonomi

    2. Yang manakah merupakan pemboleh ubah makroekonomi?

    A Pengangguran

    B Eksport bersih

    C Perbelanjaan kerajaan

    D Keluk kemungkinan pengeluaran

    3. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan sebuah ekonomi

    Butiran Nilai (RM juta)

    KNK pada kos faktorSusut nilai

    Cukai tak langsung

    Subsidi

    Pendapatan faktor bersih dari luar negara

    1 00060

    75

    85

    200

    Berapakah Keluaran Negara Bersih pada harga pasar?

    A RM930 juta

    B RM950 juta

    C RM1150 juta

    D RM1270 juta

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    2/15

    SULIT* 3

    944/2 SULIT*

    4. Penghitungan pendapatan negara dibuat berasaskan konsep nilai ditambah bertujuan untuk

    A mengira kos bagi sesuatu aktiviti ekonomi

    B menghasilkan keluaran negara lebih tinggi

    C mengelakkan nilai keluaran dikira lebih daripada sekali

    D menghitung pendapatan negara berdasarkan kos yang ditambah ke atas bahan mentah

    5. Perbandingan taraf hidup berdasarkan pendapatan negara antara dua tempoh masa perlu

    mengambil kira

    A tingkat harga umum telah berubah

    B nilai mata wang asing telah berubah

    C agihan pendapatan negara yang setara

    D tafsiran butir pendapatan negara yang berbeza

    6. Masalah pengiraan dua kali dalam penghitungan pendapatan negara dapat dielakkan dengan

    A menolak nilai import daripada jumlah nilai eksport

    B tidak merekodkan nilai perbelanjaan ke atas barang-barang peralihan

    C mengambil kira nilai barang yang dihasilkan dan bukan nilai perkhidmatan

    D menolak cukai tak langsung dan mencampurkan subsidi ke atas nilai output

    7. Yang manakah yang bukan kegunaan data pendapatan negara?

    A Mengukur data pertumbuhan ekonomi

    B Membuat perancangan ekonomi masa depan

    C Mengetahui kadar perubahan keluaran negara kasar

    D Mengetahui sumbangan ekonomi negara mengikut sektor

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    3/15

    SULIT* 4

    944/2 SULIT*

    8. Fungsi penggunaan sebuah ekonomi telah berubah daripada C=100+0.7Yd kepada

    C=100+0.65Yd. Perubahan ini menunjukkan

    A nilai pengganda akan berkurang

    B kecenderungan menabung sut akan berkurangan

    C kecenderungan mengguna purata akan bertambah

    D kecenderungan menabung purata akan berkurangan

    9. Yang manakah yang merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan negara?

    A Penggunaan autonomi

    B Pembelian barang dari luar negeri

    C Kenaikan cukai pendapatan perseorangan

    D Perbelanjaan kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan

    10. Yang manakah yang berikut akan menurunkan kecerunan fungsi perbelanjaan agregat?

    A Kenaikan nilai pengganda

    B Kenaikan tingkat harga umum

    C Penurunan nilai kecenderungan mengguna sut

    D Penurunan nilai kecenderungan menabung sut

    11. Yang manakah pernyataan yang benar jika perbelanjaan agregat melebihi keluaran negara?

    A Wujud penggunaan autonomi

    B Jumlah bocoran melebihi jumlah suntikan

    C Jumlah suntikan melebihi jumlah bocoran

    D Jumlah tabungan melebihi jumlah pelaburan

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    4/15

    SULIT* 5

    944/2 SULIT*

    12. Dengan keluk permintaan agregat yang tetap, perpindahan keluk penawaran agregat dari kanan

    ke kiri akan menyebabkan

    A harga umum naik dan keluaran negara benar turun

    B harga umum turun dan keluaran negara benar naik

    C kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar naik

    D kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar turun

    13. Peningkatan cukai berkadar akan menyebabkan

    A nilai pengganda semakin meningkat

    B tabungan autonomi semakin berkurang

    C kecerunan keluk penggunaan semakin landai

    D kecenderungan mengguna sut(MPC) tidak berubah

    14. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara dan penggunaan bagi sebuah ekonomi

    dua sektor.

    Pendapatan Negara (RM juta) Penggunaan (RM juta)

    400

    450

    500550

    600

    650

    320

    350

    380410

    440

    470

    Jika jumlah pelaburan ialah RM160 juta, pendapatan negara keseimbangan ialah

    A RM450 juta

    B RM500 juta

    C RM550 juta

    D RM600 juta

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    5/15

    SULIT* 6

    944/2 SULIT*

    15. Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara di sebuah negara.

    Yang manakah tidak benar berkenaan ekonomi ini?

    A Jumlah pelaburan ialah RM30 juta

    B Penggunaan autonomi ialah RM20 juta

    C Nilai kecenderungan mengguna sut ialah 0.8

    D Keseimbangan pendapatan negara berlaku pada titik E

    16. Berikut ialah data bagi sebuah bank perdagangan.

    Butiran RM juta

    Simpanan pelanggan 100

    Wang tunai 10

    Bil jangka pendek 30

    Pinjaman jangka panjang 60

    Nisbah kecairan bank ialah

    A 10%

    B 30%

    C 40%

    D 60%

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    6/15

    SULIT* 7

    944/2 SULIT*

    17. Andaikan bahawa penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM300 juta, halaju edaran

    wang ialah 4, dan urus niaga ialah RM60 juta. Mengikut Teori Kuantiti Wang, sekiranya penawaran

    wang bertambah sebanyak 30%, maka tingkat harga akan meningkat daripada RM20.00 kepada

    A RM22.00

    B RM24.00

    C RM26.00

    D RM38.00

    18. Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap

    kecairan akan menyebabkan

    A kadar bunga menurun

    B tingkat harga meningkat

    C kadar bunga tidak berubah

    D keluaran negara berkurangan

    19. Berdasarkan Teori Kuantiti Wang Fisher, tambahan bekalan wang sebanyak 15% akan diikuti

    oleh

    A kenaikan pendapatan negara sebanyak 15%

    B kenaikan perbelanjaan negara sebanyak 15%

    C kenaikan tingkat harga umum sebanyak 15%

    D kenaikan halaju pusingan wang sebanyak 15%

    20. Alat dasar fiskal yang berikut dapat mengatasi masalah pengangguran kecuali

    A mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai

    B menaikkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai

    C mengekalkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai

    D menaikkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan jumlah yang sama

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    7/15

    SULIT* 8

    944/2 SULIT*

    21. Langkah kerajaan mengurangi cukai dan menambahkan perbelanjaan semasa ekonomi berada

    dalam guna tenaga penuh telah memberi kesan terhadap

    A peningkatan kadar inflasi

    B tidak berubah pendapatan negara

    C belanjawan kerajaan menjadi seimbang

    D dalam ekonomi tiada berlaku pengangguran geseran

    22. Alasan untuk sesebuah negara berdagang dengan negara lain adalah seperti berikut kecuali

    A cita rasa penduduk yang berbeza

    B sumber semula jadi yang berbeza

    C penggunaan matawang yang berbeza

    D penduduk mempunyai lebih banyak pilihan

    23. Sekatan berbentuk tarif lebih berkesan apabila

    A dasar fiskal mengembang dilaksanakan

    B permintaan terhadap import anjal terhadap perubahan harga

    C permintaan terhadap import tidak anjal terhadap perubahan harga

    D sebahagian besar import sesebuah negara merupakan barangan keperluan asas.

    24. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran kereta dan kasut oleh per unit buruh di negara A

    dan negara B

    Negara Kereta (Unit) Kasut (Unit)

    A 400 900

    B 450 1350

    Berdasarkan maklumat di atas, boleh dibuat kesimpulan bahawa

    A negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kasut

    B negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta

    C negara B mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan kasut

    D negara A mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran kereta dan kasut

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    8/15

    SULIT* 9

    944/2 SULIT*

    25. Kadar syarat perdagangan sesebuah negara menjadi semakin baik apabila

    A pengeluaran barang eksport tidak pelbagai

    B industri penggantian import semakin merosot

    C nilai ditambah bagi import semakin meningkat

    D kadar pertumbuhan eksport semakin meningkat

    26. Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran sesebuah negara.

    Butiran US$juta

    Eksport

    Import

    Eksport perkhidmatan

    Import perkhidmatan

    Pinjaman kerajaan ke negara asing

    Pelaburan asing ke luar negara

    Pelaburan asing dalam negara

    Modal swasta bersih

    200

    350

    150

    50

    70

    120

    80

    30

    Negara itu akan mengalami

    A imbangan dagangan lebihan

    B imbangan pembayaran lebihan

    C imbangan akaun modal kurangan

    D imbangan perkhidmatan kurangan

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    9/15

    SULIT* 10

    944/2 SULIT*

    27. Dalam gambar rajah di bawah, DD dan SS masing-masing ialah keluk permintaan dan keluk

    penawaran terhadap suatu barang di pasaran tempatan. Keluk SL merupakan keluk penawaran

    apabila berlaku perdagangan antarabangsa, dan keluk ST merupakan keluk penawaran selepas

    kerajaan mengenakan tarif.

    Berapakah jumlah hasil yang diperoleh oleh kerajaan selepas tarif dikenakan?

    A P1P2 x Q2Q4

    B P2P3 x Q2Q3

    C P2 x Q4

    D P1 x Q5

    28. Yang manakah yang bukan kesan positif globalisasi terhadap perdagangan di sesebuah

    negara?

    A Pilihan pengguna bertambah

    B Harga barang semakin rendah

    C Kapitalis asing boleh memonopoli kegiatan perdagangan tempatan

    D Pertumbuhan ekonomi dipergiatkan terutama dalam industri eksport

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    10/15

    SULIT* 11

    944/2 SULIT*

    29. Yang manakah bukan faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi?

    A Perluasan pasaran

    B Berlaku ledakan penduduk

    C Kekurangan tenaga buruh mahir

    D Mengamalkan ekonomi tradisional

    30. Jadual berikut menunjukkan KDNK per kapita bagi sebuah negara dari tahun 2000 hingga

    tahun 2004.

    Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan kebajikan yang tertinggi ialah pada tahun

    TahunKDNK per kapita

    (RM)

    2000 19342

    2001 20995

    2002 21064

    2003 21930

    2004 22928

    A 2001

    B 2002

    C 2003

    D 2004

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    11/15

    SULIT* 12

    944/2 SULIT*

    Bahagian B [30 markah]

    Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 50 minit bagi

    menjawab bahagian ini.

    1. Huraikan tiga sebab mengapa pendapatan negara dihitung. [6]

    2. (a) Apakah yang dimaksudkan denganpendapatan per kapita? [2]

    (b) Huraikan dua kelemahan penggunaan pendapatan per kapita sebagai indeks pengukur

    tingkat kemakmuran antara pelbagai negara. [4]

    3. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jelaskanperubahan ke atas keseimbangan pendapatan negara apabila bank pusat menurunkan kadar bunga.

    [6]

    4. (a) Apakah maksud nisbah rizab berkanun? [2]

    (b) Bagaimanakah nisbah rizab berkanun mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk

    mencipta kredit? [4]

    5. Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran agregat (AE-

    AS), terangkan maksud lompang deflasi. [6]

    6. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan perbezaan antara kemelesetan dengan stagflasi.

    [6]

    7. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan tarif import? [1]

    (b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan tarif terhadap harga,

    pengeluaran domestik, penggunaan domestik dan kuantiti import. [5]

    8. Huraikan bagaimana faktor yang berikut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi?

    (a) Pertambahan tenaga buruh mahir [2]

    (b) Anugerah kekayaan alam [2]

    (c) Perkembangan teknologi [2]

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    12/15

    SULIT* 13

    944/2 SULIT*

    Bahagian C [20 markah]

    Jawab dua soalan sahaja, Anda dinasihati supaya menguntukkan masa 35 minit bagi menjawab

    bahagian ini.

    9. (a) Berikan maksud konsep berikut:

    (i) pertumbuhan ekonomi [2](ii) pertumbuhan kebajikan [2]

    (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, tunjukkan bagaimana (a) (i) dan (ii) boleh

    dihitung. [6]

    10. Dengan bantuan rajah, huraikan kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara dan tingkat

    harga apabila

    (a) Kerajaan menghapuskan subsidi diesel [5]

    (b) Kerajaan melakukan suntikan terhadap perbelanjaan [5]

    11. (a) Nyatakan komponen bocoran dalam sebuah ekonomi terbuka. [2]

    (b) Dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, jelaskan kesan kenaikan bocoran

    terhadap keseimbangan pendapatan negara. [8]

    12. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan devaluasi? [2]

    (b) Terangkan kesan pelaksanaan dasar devaluasi terhadap imbangan pembayaran kurangan.

    [4]

    (c) Dalam keadaan bagaimanakah dasar devaluasi berkesan untuk mengubah kedudukan

    imbangan pembayaran. [4]

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    13/15

    SULIT* 14

    944/2 SULIT*

    Bahagian D [20 markah]

    Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa 35 minit bagi menjawab

    bahagian ini.

    13. Jadual berikut menunjukkan data pendapatan sebuah negara

    Butiran RMjutaPerbelanjaan isi rumah

    Susut nilai

    Pelaburan kasarEksport

    Import

    Bayaran pindahan

    Cukai tak langsungPerbelanjaan kerajaan

    Subsidi

    Bayaran faktor bersih ke luar negara

    350

    24

    6590

    120

    30

    5675

    38

    -48

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan

    (i) bayaran faktor bersih ke luar negara [1]

    (ii) susut nilai [1]

    (b) Hitung;

    (i) Keluaran dalam negeri kasar pada harga pasaran [2]

    (ii) Keluaran negara kasar pada kos faktor [2]

    (iii) Pendapatan negara [1]

    (c) Jika jumlah penduduk negara itu ialah 30 juta orang, hitung pendapatan per kapita negara

    tersebut [1]

    (d) Hitung pendapatan negara benar negara tersebut jika indeks harga pada tahun 2003 ialah 140.

    [2]

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    14/15

    SULIT* 15

    944/2 SULIT*

    14. Berikut ialah maklumat tentang pendapatan negara (dalam RM juta) bagi sebuah ekonomi terbuka.

    Fungsi penggunaan : C = 34 + 0.8Yd

    Fungsi pelaburan : I = 250

    Fungsi perbelanjaan kerajaan : G = 300

    Fungsi cukai : T = 0.2Y

    (a) Apakah yang dimaksudkan denganpendapatan boleh guna? [1]

    (b) Hitung

    (i) tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi ini. [2]

    (ii) jumlah penggunaan apabila pendapatan negara dalam keseimbangan. [2]

    (iii) fungsi suntikan (J) bagi ekonomi ini. [2]

    (c) Jika pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM1 200 juta, jelaskan apa yang

    berlaku dalam ekonomi ini. [2]

    (d) Nyatakan satu langkah bagi mengurangkan masalah ekonomi seperti (c) di atas. [1]

    15. Jadual di bawah menunjukkan data yang berkaitan bekalan wang bagi negara Malaysia pada tahun

    1997 hingga tahun 1999.

    Tahun Mata wang dalam

    edaran (RM bilion)

    Deposit semasa

    (RM bilion)

    Separa wang

    (RM bilion)

    1997 21.1 45.2 314.0

    1998 17.9 39.4 327.5

    1999 23.9 51.8 348.9

    (Sumber: Disesuaikan daripada Bank Negara Malaysia, 2000)

    (a) Apakah yang dimaksudkan matawang dalam edaran dan separa wang? [2]

    (b) Hitungkan bekalan wang M1 bagi tahun 1997, 1998 dan 1999. [2]

    (c) Hitung kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 1999. [2]

    (d) Hitung bekalan wang M2 bagi tahun 1997, 1998 dan 1999. [2]

    (e) Terangkan kebaikan penggunaan deposit semasa dalam menjalankan urusniaga? [2]

  • 8/4/2019 Excel 2 2011 Soalan Makro Stpm 2011 Sabah Trial

    15/15

    SULIT* 16

    16. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pelaburan dan akaun semasa dalam

    imbangan pembayaran? [2]

    (b) Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan akaun semasa dari tahun 2000 hingga

    tahun 2001.

    Tahun

    Butiran

    2000

    (RM juta)

    2001

    (RM juta)Eksport

    Import

    Pengangkutan

    Perjalanan

    Urusniaga kerajaan

    Perkhidmatan lain

    Pendapatan pelaburan

    Pindahan bersih

    374 031

    294 784

    -11 352

    9 992

    53

    -9 905

    -28 554

    -7 522

    333 464

    264 289

    -10 369

    12 782

    23

    -10 130

    -27 627

    -8 784

    (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2001/2002)

    Berdasarkan jadual di atas,

    (i) hitung imbangan akaun perkhidmatan pada tahun 2000 dan tahun 2001 [2]

    (ii) mengapakah data pengangkutan dan pendapatan pelaburan sentiasa negatif? [2]

    (iii) hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2000 dan tahun 2001 [2]

    (iv) mengapakah data akaun semasa ini sedemikian? [2]