evolusi komuniti asean dan cabaran - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 muhd razak...

6
365 EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN Muhamad Razak Idris Abstract: Several phases of events evolves for the past decades that lead to the establishment of ASEAN Community 2015. Internal and external factors politically and culturally contribute to this significant achievement. This study elaborate the phases of events that lead to evolvement of ASEAN Community and suggests several challenges that ASEAN need to overcome in order to realise an integrated and prosperous ASEAN Community in future. PENGENALAN Proses pembentukan Komuniti ASEAN 2015 telah melalui fasa-fasanya yang tersendiri dan mencabar. Pengumunan rasmi pembentukannya ialah pada 2003 semasa pertemuan ketua-ketua negara ASEAN di Bali, Indonesia. Persepakatan berlaku bagi penubuhan ASEAN Community atau Komuniti ASEAN menjelang 2020. Kemudiannya ia dipercepatkan ke 2015. Bagi merealisasikan gagasan Komuniti ASEAN, tiga aspek tonggak yang akan mendokong pembentukannya dikenalpasti. Ia melibatkan aspek ekonomi, keselamatan dan sosio-budaya. Bagi tujuan itu, ASEAN sebagai badan gabungan negara-negara di Asia Tenggara telah menjayakan beberapa projek bersama yang dikenali sebagai Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community), Komuniti Keselamatan ASEAN (ASEAN Security Community) dan Komuniti Sosio- Budaya ASEAN (ASEAN Sosio-Budaya Community). Projek-projek ini ibarat enjin yang akan menggerakkan dan menjana pergerakan dan perhubungan aktif antara negara dan masyarakat ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN. (Ping, 2008:25). Evolusi Penubuhan Komuniti ASEAN Dalam pengenalannya pada Community in ASEAN Ideas & Practises (2008), Lee Poh Ping menyorot beberapa peristiwa yang mengarah kepada pembentukan gagasan Komuniti ASEAN. Evolusi mengenalpasti beberapa peristiwa yang menjadi antara pencetus dan penjana kepada pembentukan Komuniti ASEAN iaitu persetujuan bagi membentuk ASEAN itu sendiri pada 1967 di Bangkok, Mesyuarat Ketua Negara 1976 di Bali, pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada 1978, pengembangan anggota ASEAN menjadi gabungan sepuluh negara dan Mesyuarat Ketua Negara ASEAN di Bali pada 2003 yang memutuskan pembentukan Komuniti ASEAN. (Ping, 2008:19). ASEAN sebagai sebuah gabungan negara-negara di Asia Tenggara dipersetujui pembentukkannya apabila Menteri Luar negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand bertemu pada 1967 di Bangkok. Antara latar penting yang membawa kepada persepakatan itu ialah situasi dunia yang berdepan dengan peristiwa Perang Dingin (Cold War). The Bangkok Meeting itu adalah antara satu detik penting dirakam kerana ia mengandungi manifestasi awal tentang sikap dan semangat kebersamaan dan persefahaman diantara lima negara utama Asia Tenggara bagi mendepani cabaran persekitaran dunia sedang ditempuh. Lima negara yang bertemu sefahaman dalam menentukan sikap terhadap peristiwa Perang Dingin yang menunjukkan kecenderungan dan simpati terhadap Amerika Syarikat (Ping, 2008:20, Solidum, 2003, 20-24). Pertemuan Bangkok itu juga berjaya membina kesedaran tentang kepentingan bersama membina rantau Asia Tengga yang makmur dan aman dalam segenap segi kehidupan masyarakat. Dalam Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani © Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com

Upload: phamdieu

Post on 08-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

365

EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN

Muhamad Razak Idris

Abstract: Several phases of events evolves for the past decades that lead to the establishment of ASEAN

Community 2015. Internal and external factors politically and culturally contribute to this significant

achievement. This study elaborate the phases of events that lead to evolvement of ASEAN Community and

suggests several challenges that ASEAN need to overcome in order to realise an integrated and prosperous

ASEAN Community in future.

PENGENALAN

Proses pembentukan Komuniti ASEAN 2015 telah melalui fasa-fasanya yang tersendiri dan

mencabar. Pengumunan rasmi pembentukannya ialah pada 2003 semasa pertemuan ketua-ketua

negara ASEAN di Bali, Indonesia. Persepakatan berlaku bagi penubuhan ASEAN Community atau

Komuniti ASEAN menjelang 2020. Kemudiannya ia dipercepatkan ke 2015.

Bagi merealisasikan gagasan Komuniti ASEAN, tiga aspek tonggak yang akan mendokong

pembentukannya dikenalpasti. Ia melibatkan aspek ekonomi, keselamatan dan sosio-budaya. Bagi

tujuan itu, ASEAN sebagai badan gabungan negara-negara di Asia Tenggara telah menjayakan

beberapa projek bersama yang dikenali sebagai Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic

Community), Komuniti Keselamatan ASEAN (ASEAN Security Community) dan Komuniti Sosio-

Budaya ASEAN (ASEAN Sosio-Budaya Community). Projek-projek ini ibarat enjin yang akan

menggerakkan dan menjana pergerakan dan perhubungan aktif antara negara dan masyarakat ke

arah merealisasikan Komuniti ASEAN. (Ping, 2008:25).

Evolusi Penubuhan Komuniti ASEAN

Dalam pengenalannya pada Community in ASEAN – Ideas & Practises (2008), Lee Poh Ping

menyorot beberapa peristiwa yang mengarah kepada pembentukan gagasan Komuniti ASEAN.

Evolusi mengenalpasti beberapa peristiwa yang menjadi antara pencetus dan penjana kepada

pembentukan Komuniti ASEAN iaitu persetujuan bagi membentuk ASEAN itu sendiri pada 1967

di Bangkok, Mesyuarat Ketua Negara 1976 di Bali, pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada

1978, pengembangan anggota ASEAN menjadi gabungan sepuluh negara dan Mesyuarat Ketua

Negara ASEAN di Bali pada 2003 yang memutuskan pembentukan Komuniti ASEAN. (Ping,

2008:19).

ASEAN sebagai sebuah gabungan negara-negara di Asia Tenggara dipersetujui

pembentukkannya apabila Menteri Luar negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan

Thailand bertemu pada 1967 di Bangkok. Antara latar penting yang membawa kepada

persepakatan itu ialah situasi dunia yang berdepan dengan peristiwa Perang Dingin (Cold War).

The Bangkok Meeting itu adalah antara satu detik penting dirakam kerana ia mengandungi

manifestasi awal tentang sikap dan semangat kebersamaan dan persefahaman diantara lima negara

utama Asia Tenggara bagi mendepani cabaran persekitaran dunia sedang ditempuh. Lima negara

yang bertemu sefahaman dalam menentukan sikap terhadap peristiwa Perang Dingin yang

menunjukkan kecenderungan dan simpati terhadap Amerika Syarikat (Ping, 2008:20, Solidum,

2003, 20-24).

Pertemuan Bangkok itu juga berjaya membina kesedaran tentang kepentingan bersama membina

rantau Asia Tengga yang makmur dan aman dalam segenap segi kehidupan masyarakat. Dalam

Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong,

Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

© Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia

Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand

ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com

Page 2: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

366

Deklarasi ASEAN 1967, ia menekankan juga dimensi tujuan-tujuan yang bukan politik (non-

political aims) bagi pembentukan ASEAN iaitu:

….acceleration of economic growth, social progress and cultural development in the region through joint endeavours in

the spirit of equality and partnership in order to strengthen the foundation for a prosperous and peaceful community of

Southeast Asian Nations (Severino 2006, 290).

Tujuan-tujuan bukan politik sebagaimana tergambar pada antara kandungan deklarasi di atas

jelas menjadi satu asas yang kukuh bagi cita-cita membina kemakmuran ASEAN yang

menyeluruh. Ia menyatakan tanggungjawab perikatan ASEAN untuk menyumbang kepada

penjanaan peningkatan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan budaya di rantau Asia

Tenggara menerusi satu jalinan kerjama berasaskan semangat kebersamaan dan gandingan sebagai

dasar ke arah pembentukan negara-negara Asia Tenggara yang aman dan makmur.

Persefahaman Bangkok titik tolak penting yang dilihat asas yang mengarahkan kepada

pembentukan Komuniti ASEAN pada beberapa dekad kemudiannya. Semangat kebersamaan

sebagai negara serantau adalah tunjang kepada pergerakan bersama ASEAN. Bermula dari situ,

gerak kerja dari segi pentadbiran, pertemuan berkala, pembentukan jawatankuasa kerja bersama

serta perjanjian dua hala mula diasaskan melibatkan pelbagai lapisan terutama di peringkat

kerajaan-kerajaan ASEAN.

Pergerakan kerjasama negara-negara ASEAN mengalami ujian persefahaman selepas tempoh

pengistiharannya. Menurut Ping, wujud sikap serba salah di kalangan negara anggota terutama

dalam berdepan dengan beberapa peristiwa antarabangsa. Terdapat sebahagian negara yang tidak

mengambil serius semagat kerjasama yang ditunjukkan dalam deklarasi pembentukan ASEAN.

Namun, dua peristiwa di peringkat global mengasak semangat ASEAN untuk diperkukuhkan

dengan serius. Pertama, pengunduran Amerika Syarikat di Vietnam pada 1975 dan kedua, krisis

ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara pada 1974. Pengunduran Amerika Syarikat itu

menjelaskan iaitu negara-negara ASEAN tidak boleh terlalu tergantung kepada satu-satu negara

atau kuasa besar tertentu dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan mereka. ASEAN

hendaklah bertindak bersama menjaga kepentingan rantau Asia Tenggara terutama dalam konteks

dekad itu; cabaran gerakan komunisme. Manakala krisis ekonomi yang melanda rantau Asia

Tenggara mendorong mereka untuk bekerjasama seiring mengatasi cabaran itu supaya tidak

menggugat kemakmuran dan rakyat ASEAN. Mereka yakin, kerjasama utuh dalam perdagangan,

industri dan peladangan adalah benteng terkuat dalam mendepani cabaran ekonomi dunia yang

tidak menentu.

Pertemuan Bali 1976 di kalangan ketua-ketua kerajaan ASEAN menjadi asas kedua

pengukuhan kerjasama ASEAN. Tekad menjaga kepentingan ASEAN secara berkumpulan

semakin difahami dan dihayati negara dan rakyat. Komitmen itu ditunjukkan negara-negara

ASEAN pada pertemuan Bali 1976 itu menerusi tiga dokumen persetujuan iaitu pertama,

Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty Amity and Cooperation (TAC), kedua, Deklarasi

Kerukunan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) dan ketiga, penubuhan Sekretariat ASEAN.

Menerusi dokumen-dokumen ini, negara-negara ASEAN bersepakat untuk meningkatkan

kerjasama berasaskan objektif penubuhan ASEAN, bersetuju menggunkan pendekatan dialog (non-

force) dalam menyelesaikan sebarang bentuk pertelingkahan antara negara ASEAN, penubuhan

Majlis Tertinggi (High Council) bagi menyelesaikan sebarang krisis, persetujuan ketua negara

bertemu apabila diperlukan dan penubuhan sekretariat pentadbiran ASEAN (Ping 2008, 21)

Pertemuan Bali 1976 itu adalah titik kedua terpenting yang menyumbang secara bermakna

terhadap pembangunan Komuniti ASEAN. Negara-negara ASEAN mengorak langkah lebih

menyakinkan menerusi dokumen-dokumen perjanjian yang disepakati terutama dari segi governan.

Ia menjadi asas kepada integrasi kerjasama yang lebih formal antara negara-negara ASEAN yang

tidak sahaja melibatkan ketua dan pegawai di peringkat kerajaan, tetapi di kalangan komuniti

umum ASEAN.

Di sebalik pengukuhan organisasi ASEAN, semangat serantau yang digagaskan itu masih

teruji oleh isu keselamatan dan perspektif terhadapnya. Peristiwa pencerobohan Vietnam ke atas

Cambodia pada 1976 antara perisiwa yang menguji permuafakatan. Antara isu keselamatan yang

timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ancaman komunisme yang begitu

dekat dengan sempadan ASEAN. Pengaruh kuasa besar Kesatuan Soviet dan China ke atas

Page 3: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

367

beberapa negara di Indochina seperti Vietnam kuat dan mereka perlu membuat sikap dan pendirian.

Kelihatan berlaku perbezaan perspektif antara anggota negara ASEAN dalam menghadapi situasi

ini terutama dalam menentukan negara manakah yang menjadi ancaman jangka panjang ke atas

ASEAN. Thailand dan Singapura melihat Kesatuan Soviet sebagai ancamana jangka panjang,

manakala Malaysia dan Indonesia menganggap China. Pertembungan perspektif ini pada satu

peringkat serius yang boleh mengancam pembubaran ASEAN. Namun, rasional dan hikmah ketua-

ketua negara ASEAN menemui jalan tengah dengan mengemukan konsep ‘ASEAN Way’ atau cara

ASEAN bagi mencapai muafakat. Perbezaan pandangan tersebut telah ditangani secara bijaksana di

mana pendirian negara masing-masing tentang perspektif terhadap ancaman itu dihormati

berasaskan semangat ASEAN Way (Ping 2008, 23).

Perkembangan waktu dan peristiwa pelbagai di peringkat dunia dan setempat nyata telah

mematangkan ASEAN. Kekuhan organisasi dan keeratan hubungan membuka jalan yang luas

kepada kerjasama yang utuh dalam bidang-bidang melewati hal ehwal keselamatan.

Detik ketiga perkembangan serantau dan antarabangsa telah membuka peluang lanjut ke arah

pengukuhan dan pengembangan keanggotaan ASEAN. Peristwa pengunduran Vietnam dari

Cambodia pada 1989 dan berakhirnya Perang Dingin pada 1991 menjadi titik baru pembangunan

ASEAN . Dengan dua peristiwa ini, isu keselamatan serantau kini menjadi kepentingan kedua

berbanding sebelumnya. Kelihatan negara-negara ASEAN mula menyedari isu pembangunan

ekonomi perlu diberi keutamaan untuk dekad selanjutnya. Kerjasama antara negara ASEAN boleh

menyumbang dalam merealisasikan cita-cita itu.

Bagi mengukuhkan kedudukan ASEAN, keanggotaannya telah dibukan kepada negara-negara

Indochina. Setelah melalui tempoh sukar akibat ketidakstabilan politik dan keselamatan, negara-

negara di Indochina merasa berada terkebelakang dari sudut pencapaian ekonomi berbanding

negara-negara ASEAN lain. Mereka melihat penglibatan sebagai anggota ASEAN boleh menjadi

penyumbang kepada pencapaian ekonomi dan kemakmuran negara yang lebih baik. (Ping 2008,

23)

Pada 1995, Vietnam menyertai ASEAN, diikuti Laos dan Myanmar pada 1997. Cambodia

pula menyertainya pada 1999. Penyertaan ini mengukuhkan kerjasama dan kekuatan ASEAN. Kini

ASEAN dianggotai sepuluh anggota (Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunai, Vietnam,

Cambodia, Laos dan Myanmar) (Solidum 2013, 24-26)

Pada dekad selanjutnya, persoalan ekonomi menjadi tali pengikat baru halatuju ASEAN.

Ancaman keselamatan yang dihadapi sebelum telah berkurangan. Pada 1993, satu permuafakatan

ekonomi ASEAN dimeterai. Negara-negara ASEAN bersetuju menubuhkan Perjanjian

Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Perjanjian ini menjadi enjin baru kepada kerjasama ekonomi

yang lebih kukuh terutama memanafaatkan dan berkongsi sumber asli, tenaga dan pelaburan bagi

merancakkan ekonomi serantau. Ia satu pencapaian besar yang telah mengalakan pergerakan dan

mobiliti institusi dan komuniti untuk berinteraksi dengan aktif dan kreatif bagi merancakkan

kemajuan ekonomi ASEAN. (Ping 2008, 25, Yean 2008, 36-8, Ajanant 1997, 13-23).

Evolusi baru ini antara penyumbang penting kepada idea pembentukan Komuniti ASEAN.

Pada pertemuan di Bali 2003, ketua-ketua negara memutuskan satu gagasan Komuniti ASEAN

dilaksanakan pada 2020, kemudiannya dipercepatkan pada 2015. Tiga teras Komuniti ASEAN

dibentuk iaitu Komuniti Ekonomi, Komuniti Keselamatan dan Komuniti Sosio-Budaya. Teras-teras

ini menjadi paksi yang akan menjana hubungan dan kerjasama pelbagai peringkat bagi

pembangunan Komuniti ASEAN.

Komuniti Ekonomi ASEAN mengambil model Komuniti Ekonomi Eropah (European

Economic Community) menggariskan matlamat untuk membina ekonomi ASEAN yang stabil,

makmur dan berdayasaing. Ia akan membuka ruang bagi perhubungan perdagangan yang bebas

dari segi barangan, perkhimatan, pelaburan, pemodalan dan pembangunan bertujuan abgi

merancakkan kesaksamaan ekonomi dan membasmi kemiskinan serantau. (Ping 2008, 26). AFTA

menjadi salah satu wahana bagi merealisasikan matlamat Komuniti Ekonomi ASEAN.

Komuniti Keselamatan ASEAN pula gagasan bagi mewujudkan kerjasama keselamatan dan

pertahanan antara negara-negara ASEAN terutama dari sudut politik. Ia dijayakan menerusi proses

pembinaan keyakinan dan pengurusan konflik yang berkesan antara negara anggota. Ancaman

keselamatan ASEAN juga kini berubah dalam bentuk ancaman keganasan, jenayah dan penularan

penyakit yang perlu ditangani secara bersama. Komuniti Keselamatan ASEAN memastikan

Page 4: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

368

kestabilan politik ASEAN dipertahankan menerusi ASEAN Way – model muafakat ASEAN dalam

mengurus dan menangani krisis yang berlaku. (Ping 2008, 26)

Manakala Komuniti Sosio-budaya ASEAN menumpu kepada pembangunan identity ASEAN

sebagai satu komuniti serantau. Ia bercita-cita bagi membina masyarakat ASEAN yang padu,

saksama dan harmoni yang diikat dengan semangat kerjasama dan persefahaman. Warga ASEAN

hendaklah menghayati sejarah, menghargai kepelbagaian dan dijalin oleh rasa kekitaan yang tinggi

sebagai sebuah komuniti. (Ping 2008, 26)

Beberapa langkah dan pelan tindakan telah diambil oleh kepemimpinan ASEAN ke arah

merancakkan pencapaian gagasan Komuniti ASEAN dalam tiga teras yang dinyatakan. Pada 2014,

sebagai menunjukkan komitmen serius terhadap gagasan ini, pertemuan Menteri-menteri Luar

ASEAN pada 2015 mencadangkan usaha dibuat bagi mewujudkan Piagam ASEAN (ASEAN

Charter) yang kemudiannya telah disahkan oleh ketua-ketua negara ASEAN pada 2007 di

Singapura. (Ping 2008, 27)

Evolusi pembentukan Komuniti ASEAN penting bagi menunjukkan pengaruh dan faktor yang

mendorong perkembangan penubuhannya. Jelas, pembentukan gagasan komuniti ASEAN adalah

berasaskan semangat dan jiwa ASEAN itu sendiri yang terbit secara fitrah sebagai satu warga yang

berkongsi nilai, aspirasi dan tanahair. Keterpisahan yang merenggangkan negara-negara ASEAN

masa lalu kini telah dirapatkan kembali bagi tujuan menjaga kepentingan serantau. Walaupun isu

keselamatan menjadi antara titik doronan pembentukkannya di peringkat awal, kini semangat

kesatuan ASEAN dijana oleh kesedaran dan keyakinan tentang rasa kebersamaan dan kepentingan

bersama dalam aspek ekonomi, politik dan sosio-budaya. Menerusi gagasan Komuniti ASEAN, ia

membuka ruang dan peluang baru kepada inisiatif pelbagai hala ke arah peningkatan kerjasama dan

hubungan. Apa yang lebih utama gagasan ini memberi isyarat kepada warga ASEAN keseluruhan

bahawa mereka kini satu komuniti yang diikat oleh persaudaraan dan kasih sayang sebagai

warganegara ASEAN.

Cabaran Pembangunan Komuniti ASEAN

Gagasan dan cita-cita Komunti ASEAN perlu digerakkan secara bersama dan beberapa cabaran

besar perlu ditangani. Cabaran-cabaran itu meliputi aspek pembangunan sosio-ekonomi,

pemupukan semangat kewarganegaraan ASEAN dan penghayatan nilai ASEAN Way.

Cabaran membina sosio-ekonomi ASEAN yang saksama dan makmur perlu menjadi

keutamaan ASEAN. Warga ASEAN tidak akan menghargai kepentingan gagasan Komuniti

ASEAN sekiranya ia tidak mampu memberi impak kepada perubahan kualiti hidup dan

kesejahteraan ekonomi masyarakat terbanyak. Untuk itu, Komuniti Ekonomi ASEAN yang

menjadi teras kepada pembentukan Komuniti ASEAN hendaklah dijayakan secara menyeluruh.

Idea utama iaitu semangat perkongsian secara adil dan saksama kemudahan dan sumber

pembangunan ekonomi serta proses pengurusan dan penjanaanya yang terbuka dan telus perlu

menjadi keutamaan dasar-dasar ekonomi ASEAN. Impaknya tidak boleh dimonopoli oleh

segelintir tetapi dinikmati oleh seluruh masyarakat ekonomi bawahan. (Mat Zin 2008, 84-97)

Oleh yang demikian, kerajaan-kerajaan ASEAN perlu lebih giat menggerakkan Komuniti

Ekonomi ASEAN dengan merealisasikan ciri-cirinya sebagaimana terkandung dalam gagasannya,

antaranya; pergerakan bebas barangan dagangan, perkhidmatan, pelaburan dan modal serta

pelupusan halangan tariff yang sesuai, menyediakan dasar pelaburan seimbang bagi menarik

pelaburan, perkongsian tenaga mahir dan kreatif, kemudahan pelancongan, pengharmonian

peraturan kastam dan penubuhan institusi kerjasama yang sesuai bagi merancakkan gerakan

ekonomi. Penjana ekonomi dari kalangan syarikat kecil dan sederhana hendaklah terus ditingkatkan

keberkesanan dan sokongan. (Ping 2008 67-83, Yean 2008, 59, Low 2007, 32-49).

Apa yang penting dari semua usaha ini ialah pengurangan jurang kemiskinan, peningkatan

kualiti dan perkhidmatan terbaik dalam aspek kesihatan, pemakanan dan pendidikan. Menerusi

pencapaian ini, kemakmuran ekonomi ASEAN akan dapat dikongsi oleh semua warga.

Cabaran kedua terpenting ialah agenda bagi membina semangat kewarganegaraan ASEAN.

Kepentingan ekonomi yang merupakan antara teras Komuniti ASEAN hendaklah menatijahkan

kepada pemupukan semangat kewarganegaraan ASEAN. Semangat ini ialah projek patriotisme

ASEAN di mana keterpisahan yang membentuk warga ASEAN oleh faktor agama, budaya dan

Page 5: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

369

bangsa disatukan dibawah lambang satu kewarganegaraan. Konsep Bangsa ASEAN barangkali

antara salah satu elemen penting dalam projek wacana ini. (Mee 1998,227-59 )

Usaha menjayakan kajian ini memerlukan satu inisiatif besar oleh badan pendidikan dan

kebudayaan bagi memulakan pendidikan kewarganegaraan ASEAN. Komuniti Sosio-budaya

ASEAN perlu lebih aktif mencari titik persamaan dari jiwa dan semangat bersama. Dengan jumlah

pendukan 550 juta, warganegara ASEAN yang bersatu dari sudut semangat kewarganegaraannya

akan menyumbang kepada keutuhan rantau dan kemampanan daya saing ekonomi.

Dalam hubungan ini, pendidikan ASEAN Way atau Cara ASEAN barangkali perlu

diperluaskan kefahaman dan pengamalannya. Budaya dan nilai ketimuran ASEAN yang menjadi

teras kepada Cara ASEAN ini perlu diperkasakan di mana perundingan dan dialog menjadi asas

kepada perhubungan dan penghormatan sesama warga ASEAN yang pelbagai.

Cabaran ketiga ialah menangani ancaman keselamatan serantau. Globalisasi yang membentuk

sifat dunia hari ini membuka ruang kepada pelbagai ancaman terutama dari aspek ideologi dan

fahaman yang bertentangan dengan semangat warganegara ASEAN. Ancaman keselamatan siber

dan penularan pemikiran ekstremisme adalah contoh terbaru ancaman di era globalisani.

Dalam hubungan ini, kerjasama keselamatan sempadan menjadi kepentingan bersama yang perlu

terus ditingkatkan. Manakala penyebaran fahaman ekstremisme samada bersumberkan agama atau

bangsa perlu diawasi.

Bagi tujuan itu, dialog antara agama perlu menjadi modul dalam mengatasi ancaman

ekstremisme ini. Agama-agama ASEAN perlu menjadi benteng kepada sebarang bentuk

penyelewengan kefahaman yang membawa kepada penularan pemikiran ektremisme.

Masyarakat Muslim yang mewakili 32 peratus penduduk ASEAN hendaklah kehadapan dalam

mengemudi dialog antara agama di rantau ini. Mereka mampu menjadi teladan yang baik kepada

kerukunan hidup beragama memandangkan Islam menekankan kehidupan besederhana dan

pendamaian (Othman 2008, 136-156)

Kesimpulan

Gagasan Komuniti ASEAN satu idea yang luhur yang mesti menjadi asas perhubungan semua

pihak samada kerajaan, institusi masyarakat madani dan individu bagi merealisasikan cita-citanya.

Asas kepada gagagasn ini ialah perkongsian kemakmuran demi kesejahteraan hidup bersama

seluruh warga ASEAN. Gagasan ini tidak boleh terhenti dalam konteks kerjasama ekonomi

semata-mata tetapi hendaklah mampu mengarah kepada pembinaan nilai dan jiwa

kewarganegaraan ASEAN. Konsep Bangsa ASEAN perlu dikemukakan dalam wacana ilmiah bagi

melihat kewajarannya.

Pendekatan ‘ASEAN Way’ perlu diperluaskan kefahamannya dan dijadikan asas dalam

pengamalan. Ia berasaskan semangat perundingan, musyawarah dan persefahaman mengadungi

nilai dialog, toleransi dan kesederhanaan dalam bertindak. Jelas, aspek sosio-budaya memainkan

peranan penting yang akan memastikan pencapaian gagasan Komuniti ASEAN selain aspek

eknomi dan politik.

Rujukan

Ping, Lee Poh. 2008. ‘Introduction’ dalam Community in ASEAN – Ideas & Practices. Eds. Tham Siew

Yean, Lee Poh Ping & Noraini Othman. Bangi: Penerbit UKM.

Ping, Lee Poh. 2008. ‘AFTA, New Regionalism, Globalization dan the ASEAN Community’ dalam

Community in ASEAN – Ideas & Practices. Eds. Tham Siew Yean, Lee Poh Ping & Noraini

Othman. Bangi: Penerbit UKM.

Yean, Tham Siew. 2008. ‘ASEAN Economic Cooperation: Moving Towards an ASEAN Community’ dalam

Community in ASEAN – Ideas & Practices. Eds. Tham Siew Yean, Lee Poh Ping & Noraini

Othman. Bangi: Penerbit UKM.

Othman, Noraini. 2008. ‘ASEAN Muslim ‘Faith Communities’: Their Transnational Networks, Cross-

boarder Movement and Regional Reach’ dalam Community in ASEAN – Ideas & Practices. Eds.

Tham Siew Yean, Lee Poh Ping & Noraini Othman. Bangi: Penerbit UKM.

Page 6: EVOLUSI KOMUNITI ASEAN DAN CABARAN - …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/36 Muhd Razak 365-370.pdf · timbul ialah perspektif dan kaedah dalam mendepani cabaran dan ... Perkembangan

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

370

Mat Zin, Ragayah. 2008. ‘Poverty dan Inequality Reduction in the ASEAN Community: Is Economic

Integration in Posibble Answer?’ dalam Community in ASEAN – Ideas & Practices. Eds. Tham Siew

Yean, Lee Poh Ping & Noraini Othman. Bangi: Penerbit UKM.

Lihat wacana kewarganegaraan global dalam, Mee, Wendy. 1998. ‘National Difference and Global

Citezenship’ dalam Southeast Asian Identities. Joe S. Kahn. Singapore. London: Institute of

Southeast Asian Studies.

Low, Linda. 2007. ‘ASEAN in Introspect and Retrospect’ dalam ASEAN-China Economic Relations. Saw

Swee-Hock (ed). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Ajanant, Juanjai. 1997. ‘AFTA: An Introduction’, dalam ASEAN Free Trade Agreement. Kao Kim Hourn &

Sarah Kanter (eds.). London: Academic Press.

Solidum, D Estrella. 2003. The Politics of ASEAN. Singapore: Eastern Universities Press.