cabaran guru tahfiz mendepani pendidikan abad ke...

18
CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21 SEMINAR TAHFIZ KALI 3 SELANGOR Oleh: ABD RAHMAN ABD GHANI JABATAN PENGAJIAN ISLAM FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UPSI MASJID SULTAN SALAHUDDIN SHAH ALAM 11 OGOS 18

Upload: builien

Post on 19-Mar-2019

419 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI

PENDIDIKAN ABAD KE 21

SEMINAR TAHFIZ KALI 3 SELANGOR

Oleh:

ABD RAHMAN ABD GHANI

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN UPSI

MASJID SULTAN SALAHUDDIN SHAH ALAM 11 OGOS 18

Page 2: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

PENDAHULUAN

Pendidikan tahfiz di Malaysia masa kini telah

begitu berkembang dan seiring dengan

pendidikan-pendidikan pengajian Islam lain.

Pendidikan tahfiz tidak lagi dipandang sebagai

pendidikan kelas ke dua, di mana lulusannya

mampu berdiri sama taraf dengan lepasan

pendidikan Islam yang lain.

Lulusan tahfiz bukan hanya layak menjadi

imam2 atau bilal-2 sahaja, namun ia mampu

mengisi apa sahaja jawatan penting dalam

sektor kerajaan dan swasta.

Page 3: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan …

Guru-guru perlu memainkan peranan bagi

menyediakan generasi tersebut dapat

bersaing secara terbuka di peringkat yang

tinggi dan lebih mencabar.

Tanpa peranan yang dimainkan oleh guru, ia

pasti sedikit sebanyak akan merencatkan

proses pembentukkan generasi tersebut.

Justeru itu merupakan antara cabaran yang

perlu dilalui oleh guru-guru tahfiz abad 21

ini.

Page 4: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ DI

MALAYSIA

Pendidikan tahfiz di Malaysia masa kini telah

begitu berkembang.

Pertumbuhan institusi tahfiz dilihat begitu

rancak dan mendapat sambutan yang baik.

Peringkat persijilan yang disediakan bermula

dari Sijil, Diploma, Ijazah Pertama, DPLI Tahfiz,

Sarjana (M.A) dan sehinggalah ke peringkat

yang paling tertinggi Ijazah Doktor Falsafah

(Ph.D)

Page 5: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan

Di peringkat sekolah menengah pula, telah

ada TMUA yang bermula daripada tingkatan

satu hingga lima (SPM).

Beberapa buah sekolah dipilih oleh KPM

untuk menjalankan program ini.

Salibus hafazan al-Quran 30 juz beserta

dengan subjek kemahiran al-Quran yang lain

seperti Qiraat, Rasm dan Dhab.

Page 6: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan

Kini MPM dalam proses pembinaan

kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan

Maharat) yang ditawarkan kepada lepasan

SPM untuk menyambung ke peringkat STPM.

Selain itu terdapat beberapa sekolah juga

telah menjadikan subjek hafazan al-Quran

sebagai teras pengajian. Antaranya sekolah

IMTIYAZ terengganu dan Maktab Rendah

Sains Mara (MRSM)

Page 7: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan

Di peringkat tinggi pula terdapat banyak IPT

sama ada awam atau swasta menyediakan

pengajian tahfiz ini.

Antaranya seperti UNISZA (menyediakan

pengajian peringkat Ijazah & pasca siswazah)

KUIS (peringkat Diploma dan ijazah) KU

INSANIAH (Peringkat Diploma dan Ijazah).

UNITEN juga telah menawarkan pengajian

Tahfiz ini pada peringkat Diploma.

UIAM dan Cyberjaya University College of

Medical Sciences (CUCMS) bekerjasama

dengan DQ menawarkan peringkat persijilan.

Page 8: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan

USIM dalam proses menawarkan peringkat

pasca siswazah, MA Qiraat dan Ph.D

UPSI telah menawarkan peringkat DPLI dan

dalam proses menawarkan peringkat Ijazah

pertama serta menggabungkannya dengan

pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-

Quran dan Qiraat dengan Pendidikan) dan

pasca siswazah.

Page 9: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

CABARAN GURU TAHFIZ

Secara umumnya terdapat TIGA cabaran besar

yang perlu dihadapi oleh semua guru-guru

tahfiz dalam mendepani pendidikan Abad ke 21

ini iaitu:

Mempertingkatkan kualiti pendidikan.

Memiliki Kemahiran khusus.

Mampu Melaksanakan Pedagogi yang sesuai.

Page 10: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Cabaran Pertama: Mempertingkatkan kualiti Pendidikan

Setiap institusi berbeza-beza dalam prosedur

pengambilan guru-guru. Sebahagiannya lulusan

institusi mereka sahaja, sebahagiannya lepasan

SPM, Sebahagiannya lepasan Diploma atau Ijazah

dan sebahagiannya lepasan M.A atau Ph.D.

Guru-guru perlu mencabar diri mereka dengan

lebih berani kehadapan dan bercita-cita untuk

mempertingkatkan kualiti pendidikan mereka.

Pendidikan tahfiz telah semakin mencabar,

justeru guru-guru perlu melihat ini sebagai suatu

cabaran yang positif yang boleh menambah

keyakinan dan profesionalisme mereka.

Page 11: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Cabaran Kedua:

Perlu Memiliki Kemahiran Khusus (konten)

Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu

dengan sebaik-baiknya, serta menjadi rujukan

kepada masyarakat pada bila-bila masa. Justeru itu

ia mestilah;

Sebaiknya hafiz al-Quran (sekiranya mengajar

Hafazan al-Quran)

Mampu membaca al-Quran dengan suara yg

baik meskipun tidak pandai bertarannum (guru

mesti menjadi idola kepada pelajarnya)

Page 12: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan…

Mengetahui jenis dan kategori kesalahan

dalam bacaan al-Quran (penting semasa proses

tasmik berlaku).

Mengetahui hukum-hukum asas dalam

bacaan al-Quran.

Mengetahui beberapa aspek teknikal dalam

bacaan melibatkan pernafasan yg merangkumi

Wakaf, Saktah,Wasal, ibtida’ dan Qata’.

Mengetahui kaedah penulisan Rasm Uthmani

dan kaedah Dhabnya.

Page 13: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Cabaran Ketiga : Mampu Melaksanakan PedagogiYang Sesuai

Kaedah pendidikan pada abad ini sudah jauh

berbeza dengan zaman dahulu. Justeru ia perlu

kepada penambahbaikan yang bersesuaian :

Set induksi / permulaan pembelajaran yang sesuai.

Ada set induksi yang dilakukan walaupun secara

yang minimum.

Penggunaan teknologi / BBM yang sesuai.

Penggunaan kaedah multimedia seperti VCD,

digital, laptop, LCD projektor, pen al-Quran, HP

dan sebagainya.

Page 14: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan…

Pencapaian Objektif.

Guru-guru perlu mempunyai suatu objektif yang

tertentu semasa mengajar sesuatu matapelajaran.

Di akhir sesi pengajaran, mereka perlu

memastikan objektif tersebut berhasil / tercapai.

Penguasaan isi kandungan.

Guru-guru perlu menguasai konten / isi

kandungan matapelajaran yang mereka ajarkan

dengan baik. Justeru ia perlu kepada persediaan

sekiranya perlu.

Page 15: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan…

Kepelbagaian Penilaian.

Sama ada penilaian semasa proses PdP berjalan

(ada soaljawab, pembentangan dan sebagainya).

Atau penilaian yang berbentuk kuiz, forum, ujian

syafawi atau tahriri dan peperiksaan akhir (aras

soalan).

Penutup yang sesuai.

Ada kesimpulan setelah selesai proses PdP

Page 16: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

KESIMPULAN

Sebagai seorang guru sememangnya terdapat

banyak cabaran yang terpaksa kita hadapi.

Pendekatan yang diamalkan oleh guru-guru

sebelum ini sememangnya perlu dikekalkan.

Namun guru-guru kini berhadapan dengan

generasi yang sudah jauh berbeza dengan

suasana dahulu. Justeru berbagai-bagai cabaran

yang perlu mereka hadapi dalam melayari arus

pendidikan generasi abad ke 21 ini.

Page 17: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

Sambungan …

Guru-guru tahfiz perlu peka dengan

perkembangan semasa pendidikan tahfiz ini

kerana kita sebenarnya sedang menyediakan

pelajar-pelajar yang akan menuju ke destinasi

tersebut.

Guru-guru bukan hanya menyediakan dan

mengajarkan korikulum kepada mereka, tetapi

yang lebih dari itu ialah melengkapkan mereka

agar dapat meneruskan pengajian ke peringkat

yang lebih tinggi.

Page 18: CABARAN GURU TAHFIZ MENDEPANI PENDIDIKAN ABAD KE 21pendidikan.jais.gov.my/sites/default/files/Ucaptama.pdf · kurikulum Tahfiz Al-Quran (Hafazan dan Maharat) yang ditawarkan kepada

PENUTUP

Semoga apa yang dibincangkan boleh menambahkan

motivasi seorang guru al-Quran dalam menghadapi

cabaran masa kini.

MOHON MAAF DI ATAS SEGALA

KEKURANGAN DALAM PEMBENTANGAN INI

Salam hormat daripada saya : [email protected]

السالم عليكم ورمحة اهلل وبركاتهTERIMA KASIH