etnik-ind

6
HUBUNGAN ETNIK UWS 10202 TAJUK TUGASAN INDIVIDU: KONFLIK KAUM DAN AGAMA. KENAL PASTI ISU UTAMA DAN MENGAPA KONFLIK TERSEBUT WUJUD DAN APAKAH IMPLIKASI YANG TIMBUL SERTA LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU TERSEBUT NAMA PELAJAR : MOHAMAD NUR SYIHABUDDIN BIN MOHD YUSOFF SEKSYEN : 2 NO MATRIK : DF140108 TAHUN PENGAJIAN : 2/BFF

Upload: muhd-fahmi-rahman

Post on 16-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etnik

TRANSCRIPT

Page 1: etnik-ind

HUBUNGAN ETNIKUWS 10202

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:

KONFLIK KAUM DAN AGAMA. KENAL PASTI ISU UTAMA DAN MENGAPA KONFLIK TERSEBUT WUJUD DAN APAKAH IMPLIKASI YANG TIMBUL SERTA LANGKAH-LANGKAH

MENGATASI ISU TERSEBUT

NAMA PELAJAR : MOHAMAD NUR SYIHABUDDIN BIN MOHD YUSOFF

SEKSYEN : 2

NO MATRIK : DF140108

TAHUN PENGAJIAN : 2/BFF

NAMA PENSYARAH : HJ. SHAMSAADAL BIN HJ SHOLEH

Page 2: etnik-ind

Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki penduduk yang berbilang bangsa dan agama sejak dari awal kemerdekaannya yang kini sudah menjangkau ke usia 57 tahun. Antara bangsa yang wujud pada zaman awal kemerdekaannya ialah kaum melayu, cina dan india. Manakala di Sabah dan Sarawak pula kita dapat lihat pelbagai etnik pribumi seperti bajau, kadazan, banjar, iban, bidayuh dan sebagainya. Dari aspek agama pula penduduk Malaysia secara majoriti menganuti agama Islam dan minoriti penduduknya pula menganuti agama Kristian, Budha dan pelbagai lagi mengikut kepercayaan masing-masing.

Rajah 1.0: Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama

Secara rasionalnya, sudah pasti akan muncul pelbagai konflik yang wujud antara kaum dan agama yang mungkin timbul akibat daripada ketidaksefahaman antara mereka, tiada tolak ansur atau mungkin nilai semangat patriotik yang masih lemah antara penduduk Malaysia yang memungkinkan konflik-konflik ini tercetus. Oleh hal yang demikian, disini kita akan membincangkan konflik antara kaum dan agama serta mengenal pasti isu utama mengapa konflik sedemikian berlaku, implikasi yang dihadapi akibat konflik ini serta langkah-langkah yang boleh diambil tidak kira daripada pihak pentadbiran negara mahupun rakyat Malaysia sendiri untuk menyelesaikan konflik yang dianggap semakin kritikal dewasa ini.

Konflik antara kaum dan agama bagaikan tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Antara sebab-sebab utama mengapa konflik sedemikian berlaku ialah ketidaksamaan pembangunan ekonomi dan pengagihan kuasa. Hal ini merupakan implikasi daripada penjajahan British di Tanah Melayu yang memisahkan struktur masyarakat dari sudut ekonomi iaitu orang cina bekerja di bandar, orang melayu di kampung dan orang india di ladang-ladang. Akibatnya, ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya dipegang oleh orang cina namun dari segi politik orang melayu yang mendominasi. Orang cina lebih mendominasi ekonomi kerana mempunyai modal yang banyak serta berpengalaman dalam selok-belok perniagaan.

Page 3: etnik-ind

Selain itu, isu ini dapat dilihat kesannya melalui politik mengikut etnik di Malaysia sebagai contohnya,UMNO, MCA, MIC, akhbar dan rancangan di televisyen yang berlainan bahasa mengikut etnik masing-masing. Politik mengikut kaum ini lebih menjurus untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak untuk kaum maisng-masing. Walaupun sudah lama masyarakat ini wujud, namun setiap kaum masih lagi tidak memahami malah ada yang tidak sebulu antara kaum yang lain. Lebih buruk lagi terdapat segelintir golongan elit ini memperalatkan isu perkauman untuk mencapai tujuan politik. Sistem pendidikan yang berasingan turut menjadi faktor utama yang menjadi punca kepada konflik antara kaum. Sebagai contoh, sekolah aliran cina diwujudkan semasa penjajahan British yang telah dibiayai oleh orang persendirian atau persatuan masing-masing. Kesannya, kita dapat lihat dengan kaca mata kita sendiri orang cina hanya bergaul dengan orang cina sahaja manakala orang melayu bergaul dengan orang melayu sahaja dan begitu juga dengan kaum yang lain. Hanya terdapat segelintir sahaja daripada kaum-kaum ini dapat duduk semeja bergaul sesama mereka.

Faktor-faktor ini pastinya mendatangkan implikasi yang buruk kepada negara Malaysia. Sebagai contoh, negara kita pernah menimpa peristiwa berdarah akibat daripada rusuhan kaum iaitu peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini mengakibatkan keadaan darurat yang terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Banyak nyawa yang terkoban akibat peristiwa ini dan seharusnya peristiwa ini menjadi tauladan bahawa pentingnya perpaduan didalam proses membina negara teguh dan berdaya saing di peringkat global. Selain daripada itu, ekonomi negara juga akan mengalami kemerosotan kerana ketidakpercayaan para pelabur untuk melabur di negara kita akibat ketidakstabilan politik di negara kita. Jika perkara ini berlaku, bagaimana negara kita yang sedang membangun untuk bersaing meneruskan agenda wawasan sebuah negara yang maju. Sudah pasti proses ini akan terbantut dan kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima kesan negatif daripada permasalahan ini.

Rajah 2.0: Keratan akhbar tempatan merujuk kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969

Page 4: etnik-ind

Hal-hal sedemikian jika dibiarkan berterusan tanpa langkah-langkah proaktif untuk mencari solusi mengatasi konflik yang semakin kritikal ini, sudah semestinya impikasi yang buruk dan mendatangkan bahaya kepada struktur masyarakat bangsa Malaysia pasti berlaku dan mendatangkan kerugiaan kepada rakyat Malaysia. Bagi membendung konflik ini daripada terus bertambah parah, antara langkah-langkah pencegahan yang dapat diambil ialah menjauhi semangat ketaksuban yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum serta memperlekeh dan menghina penganut agama lain. Sewajarnya kepelbagaian kaum dan agama di negara ini dapat memperkukuh aspek kenegaraan terutama dalam membina perpaduan nasional dan solidariti sosial. Selain itu, nilai positif dalam beragama mesti terus disemai dalam masyarakat supaya dapat menghasilkan interaksi budaya dan agama yang sihat di negara ini. Tiada agama didunia yang mengajarkan akhlak yang buruk di dalam penyampaiannya. Justeru jika nilai positif dalam beragama dapat diamalkan, masyarakat yang harmoni, bersatupadu dapat dihasilkan lantas dapat menangkis masalah konflik kaum dan agama di negara kita.

Natijahnya, semua kaun di negara kita mesti mengamalkan kembali budaya toleransi, berbincang dan berunding secara terbuka supaya kedamaian dan keamanan negara dapat terus dinikmati. Pihak tertinggi pentadbiran dalam negara juga perlu sentiasa bersedia mencari jalan yang berkesan dalam menyelesaikan konflik-konflik di Malaysia untuk memastikan keamanan sejagat terpelihara.

Page 5: etnik-ind

RUJUKAN :

Internet

1. Mohd Ayob Bin Abd Razid, 2013, Pupuk Semula Toleransi Kaum,Agama, Berita Harian, http://www2.bharian.com.my/articles/Pupuksemulatoleransikaum_agama/ Article/

2. Anonymous, 2015, Kenapa Sentimen Perkauman Masih Kuat Di Malaysia Dan Cara Menangani Konflik Antara Kaum Menurut Islam, Blogger, http://apple- mujahidahislam.blogspot.my/2015/02/kenapa-sentimen-perkauman-masih-kuat-di.html

3. Anonymous, Konflik Etnik Dan Ras, Blogger, https://zanas.wordpress.com/tirai- kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhan-malaysia/konflik-etnik-dan-ras/

Buku

1. Leon Comber, 1985, Pertiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu-Cina, Penerbit: International Book Service.

2. Sanusi Osman , Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

3. Patriotisme Malaysia: Penangkis Neoimperialisme, Penerbit: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd.