etika dari perspektif barat

45
ETIKA DARI PERSPEKTIF BARAT

Upload: aniey-rohani

Post on 31-Dec-2015

1.783 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Etika ker sangat... Jangan tak aca

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Dari Perspektif Barat

ETIKA DARI PERSPEKTIF

BARAT

Page 2: Etika Dari Perspektif Barat

PERSPEKTIF BARAT

• Teori asal etika adalah berasal daripada teori keperibadian mulia. Aristotle mengatakan bahawa adalah suatu keperluan insan untuk mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam segala urusan demi melancarkan urusan sehariannya.

• Teori ini juga menekankan konsep 'the golden mean' iaitu  mencari kebaikan dalam keadaan keseimbangan diantara keinginan ini agar tidak melampau dalam setiap perilaku.

Page 3: Etika Dari Perspektif Barat

Teori Deontologikal• Prinsip Kewajipan• Eksistensialisme

Teori Teleologikal• Utilitarianisme• Egoisme

Page 4: Etika Dari Perspektif Barat

Adakah semua falsafah etika daripada

Barat bersifat sekular?

Page 5: Etika Dari Perspektif Barat

Sejarah Kemunculan Fahaman Sekularisme

• Wujud pada abad pertengahan• Akibat daripada kongkongan dan penguasaan pihak

gereja terhadap masyarakat• Tindakan-tindakan pihak gereja yang dikatakan kejam

dan mengongkong: Hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan

agama Fanatisme agama menyebabkan ramai dihukum mati Menghalang kemajuan Menghalang kehidupan yang rasional dan selesa.

Page 6: Etika Dari Perspektif Barat

Sejarah Kemunculan Fahaman Sekularisme

• Golongan fahaman sekularisme menjadi penganut hanya pada nama, tidak mahu terikat dengan pihak gereja, meninggalkan ritual agama.

• Falsafah sekularisme:Agama dipisahkan dari semua urusan kehidupan

manusiaMemberi kebebasan mutlak kepada akal manusia

untuk berfikirMembolehkan pelbagai corak pemikiran tumbuh

sebanyak-banyaknyaMementingkan materialismePersoalan etika tidak wujud

Page 7: Etika Dari Perspektif Barat

Ciri-ciri Sekularisme

• Tumpuan utama terletak kepada manusia:o Manusia sebagai satu kejadian yang sempurna,

bersifat mutlak menentukan kelangsungan hidup.o Tindakan dan pertimbangan manusia bergantung

kepada akal rasional.o Sains dan teknologi sebagai teras kemajuan hidup.o Manusia mempunyai kebebasan mutlak.o Manusia yang menentukan sendiri kebolehan dan

kejayaannya tanpa ada kaitan dengan tuhan.

Page 8: Etika Dari Perspektif Barat

Asas-asas Pegangan Sekularisme

• Tuhan tidak wujud atau kewujudannya diragui

• Alam wujud dan teratur secara mekanistik

• Akal rasional berkeupayaan memahami fenomena alam dengan cara tersendiri.

Page 9: Etika Dari Perspektif Barat

Rumusan Fahaman Sekularisme

• Pentingkan keduniaan sahaja

• Tuhan tidak wujud

• Agama menghalang kemajuan

• Kebebasan mutlak

• Menghalalkan semua perkara

• Matlamat menghalalkan cara

Page 10: Etika Dari Perspektif Barat
Page 11: Etika Dari Perspektif Barat

TEORI DEONTOLOGIKAL

• Menolak aliran Teleologikal• Ada fakta bersifat intrinsik dan menjadikan

sesuatu perlakuan atau peraturan itu patut, wajib, baik.

• Menitikberatkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri (bukannya akibat perbuatan tersebut).

• Etika: niat, tujuan atau motif, bukannya atas apa yang sebenar dilakukannya.

Page 12: Etika Dari Perspektif Barat

• Manusia mesti dijadikan tujuan bukannya alat.

• Terbahagi kepada dua aliran, deontologi peraturan (ada peraturan/himpunan peraturan yang standard) dan deontologi situasi/tindakan (peraturan moral bersifat spesifik dan mengikut situasi).

Page 13: Etika Dari Perspektif Barat

BAIK ATAU TIDAK BAIK?• Menderma kepada orang yang memerlukan kerana telah dilatih berbuat

demikian sejak kecil.• Memulangkan buku ke perpustakaan dengan kadar segera kerana takut

didenda.• Memakai pakaian yang sopan untuk hadir kuliah kerana telah biasa

mengenakan pakaian yang sedemikian ketika keluar dari rumah.• Memperlahankan radio atas kesedaran bahawa ia akan mengganggu

rakan sebilik.• Membayar cukai pendapatan untuk membangunkan negara.• Melayan tetamu dengan baik kerana mahu menggembirakan tetamu

tersebut.• Menderma darah kepada orang lain untuk menunjukkan bahawa dirinya

adalah seorang yang bertanggungjawab.• Berniaga dengan jujur untuk mengekalkan reputasi baik perniagaan.• Mengulangkaji kursus Pengantar Etika bersungguh-sungguh atas dasar

tanggungjawab sebagai pelajar UPSI. • Tidak meniru rakan dalam ujian Pengantar Etika kerana patuh kepada

peraturan akademik UPSI.

Page 14: Etika Dari Perspektif Barat

PEGANGAN DEONTOLOGIKAL

APA SEPATUTNYA DILAKUKAN oleh manusia dan bukan APAKAH JENIS MANUSIA yang hendak dibentuk.

Kewajipan atau tugas yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Page 15: Etika Dari Perspektif Barat

PRINSIP KEWAJIPAN (DUTY)

• Pengasas: Immanuel Kant (1724-1804)• Prinsip kemoralan adalah satu kewajipan.

Manusia seharusnya melakukan tugas dan tanggungjawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman yang dipanggil ‘good will’ atau tekad baik dan bukan disebabkan oleh motif-motif lain seperti ganjaran, hukuman atau tekanan.

Jika seseorang melakukan tugas dan tanggungjawabnya disebabkan keseronokan / simpati / kasihan tetapi bukan disebabkan good will, maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai moral walaupun mendapat sanjungan dan pujian.

Page 16: Etika Dari Perspektif Barat

Apa yang dikatakan baik ?

• Sesuatu perlakuan dianggap betul dan bermoral sekiranya ada niat untuk jadikan peraturan tersebut sebagai undang-undang sejagat (tidak mengambil kepentingan diri).

• Manusia inginkan:bakat minda (kecerdasan, kebijaksanaan,

pertimbangan)Hadiah/pemberian alam (kekuasaan, kekayaan)Ciri watak (keberanian, ketabahan, pengawalan diri) namun keinginan ini mesti bersyarat iaitu dengan

good will/niat/motif dan tujuan yang baik.

Page 17: Etika Dari Perspektif Barat

PRINSIP KEWAJIPAN (DUTY)

• Motif/tujuan/niat yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah citarasa, kemahuan atau kecenderungan semulajadi tetapi dengan kerelaan sendiri.

* kecenderungan - suka / dilatih untuk bertingkah laku baik tanpa

berteraskan good will.

• Seseorang akan mempunyai kerelaan hati jika motif/tujuan/niat tindakannya ialah satu kewajipan moral yang diakui.

• Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Page 18: Etika Dari Perspektif Barat

Kategorikal Imperatif

• Imperatif : arahan atau himpunan arahan yang harus dipatuhi oleh semua dan boleh disamakan dengan undang-undang semulajadi.

• Kewajipan atau undang-undang mutlak digambarkan sebagai satu set Prinsip Moral (bertindak sebagaimana kita mahu orang lain bertindak).

Page 19: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP PRINSIP KEWAJIPAN

• Tidak dapat membezakan antara konsep kewajipan dan kecenderungan.

• Grassian: ada sifat good will yang palsu; tidak kritis dalam menerima konsep-konsep tertentu.

• Durkheim & Warnock: tuntutan tanpa syarat (tidak boleh dan tidak patut lakukan perkara yang tidak bermakna pada diri).

Page 20: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP PRINSIP KEWAJIPAN

• Ross: Etika Kant terlalu keras - prinsip tanpa kekecualian (tidak ambil kira kesan daripada perlakuan manusia).

• Frankena: tiada panduan untuk menentukan perlakuan yang sesuai (timbul konflik akibat kewajipan yang berlainan).

• Prinsip/perlakuan yang logik tidak boleh disejagatkan.

Page 21: Etika Dari Perspektif Barat

EKSISTENSIALISME

Pengasas: Jean Paul Sarte Kewujudan manusia mendahului zatnya

(tidak difikirkan, tidak mengikut spesifikasi, tiada tujuan)

Manusia bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambilnya.

Kemoralan berasaskan andaian kebebasan

Manusia tidak boleh menghapuskan kebebasan kerana adanya kesedaran (mematuhi peraturan masyarakat)

Page 22: Etika Dari Perspektif Barat

EKSISTENSIALISME (samb.)

Manusia sedar (Being-for-Itself), manusia tidak sedar (Being-in-Itself) – perlu sedar & berusaha untuk mencapai tujuan kewujudan.

Wujudkan keyakinan palsu (kerana kewujudan tidak mempunyai tujuan) .

Motif masa lalu tidak menentukan perlakuan sekarang/meramal perlakuan masa depan.

Nilai moral sentiasa berubah. Menekankan Freedom of Choice (kebebasan jasmani,

kehendak dan moral). KEBEBASAN untuk MEMILIH dalam SITUASI tertentu di mana mereka SEDANG berada.

Page 23: Etika Dari Perspektif Barat

First Hand Choice (berdasarkan pilihan moral). Membuat PILIHAN terus dari SUMBER ASAL (akal rasional) berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral.

Sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal, individualistik.

Page 24: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP EKSISTENSIALISME

• Emmet dll: First Hand Choice melibatkan banyak tuntutan & masa.

• Gagal menunjukkan perbezaan antara yang moral dengan yang bukan moral.

• Individu tidak perlu mencipta nilai baru.

Page 25: Etika Dari Perspektif Barat

sumber : rsrevision.com

Page 26: Etika Dari Perspektif Barat

sumber : www.sandiegohistory.org/journal

Page 27: Etika Dari Perspektif Barat

TEORI TELEOLOGIKAL• Penilaian moral terhadap sesuatu

peristiwa hanya boleh dibuat selepas perlakuan itu disempurnakan.

• Dikenali dengan ‘consequentialism’.• Dikatakan ‘BAIK’ - perlakuan

tersebut menghasilkan akibat yang lebih baik berbanding daripada tindakan alternatif yang lain.

Page 28: Etika Dari Perspektif Barat

• sejenis teori yang mendakwa bahawa semada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat (consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan.

• Setiap tindakan yang mendatangkan kesan yang baik adalah tindakan beretika

• Peraturan/tindakan adalah juga bermoral jika faktor kebaikan melebihi kejahatan.

Page 29: Etika Dari Perspektif Barat

sumber : www.herculas.gcsu.edu

EGOISME

Page 30: Etika Dari Perspektif Barat

EGOISME• Pengasas: Friedrich Wilhelm Nietzche (1844-

1900).• Kemoralan sosial (patuh kepada undang-undang

masyarakat) adalah untuk hamba abdi.• Kesan tindakan manusia harus memberi manfaat

kepada diri sendiri tanpa perlu mempertimbangkan apakah orang lain akan memperolehi kebaikan daripada perbuatan kita.

• Ahli falsafah: Epicurus, Ayn Rand, Jesse Kalin, John Haspers – kepentingan diri sendiri harus menjadi matlamat manusia dalam semua tindakan yang dilakukan.

Page 31: Etika Dari Perspektif Barat

Terbahagi kepada aliran iaitu individu, peribadi dan universal/sejagat.

1. Etika Individualistik – Setiap manusia perlu bertindak untuk AKU.

2. Etika Peribadi – AKU bertindak untuk AKU, Orang lain bertindak untuk diri mereka masing-masing.

3. Etika Sejagat – Setiap orang perlu bertindak untuk kepentingan diri masing-masing tanpa menyusahkan orang lain.

Page 32: Etika Dari Perspektif Barat

SEJARAH EGOISME

• Rakyat: golongan Tuan & golongan Hamba Abdi.

• Peperangan – golongan hamba abdi menang.

• Konsep baik – menurut perintah Tuhan bukannya menjadi bangsawan.

• Golongan bangsawan berubah nilai – pengorbanan diri, suara batin, menyedari konsep pahala dan dosa.

• Perubahan ini ditentang oleh Nietzche dan menyatakan konsep baik ini adalah ciptaan rakyat biasa.

Page 33: Etika Dari Perspektif Barat

SEJARAH EGOISME (samb.)

•Nietzche: untuk menjadi SUPERMAN, seseorang mesti menolak konsep pengorbanan diri dan diganti dengan konsep pemeliharaan diri, pengasihan diri, kepentingan diri dan ego.

•Bezakan setiap unsur dari untung dan rugi.

•Kaum bangsawan mesti menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

Page 34: Etika Dari Perspektif Barat

• Manusia tidak perlu bermasyarakat dan berorganisasi.

• Eksploitasi golongan lemah demi kemajuan.

Page 35: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP EGOISME

• Nietzche sebagai ateis yang tidak bermoral.

• Pentingkan diri, suka menindas orang lain.

• Egois tiada iltizam utk berkhidmat kepada masyarakat (Ross, 1998).

• Pengorbanan diri adalah sifat semulajadi manusia.

• SUPERMAN akan mati jika semua rakyat dikuasai.

Page 36: Etika Dari Perspektif Barat

• Peraturan tidak boleh bersifat individualistik.

• Mac Intyre: konsep SUPERMAN diterapkan dalam fahaman Nazi; Nietzche mempunyai perasaan tidak bertanggungjawab; Paradigma tekad untuk berkuasa akan membawa huru-hara.

Page 37: Etika Dari Perspektif Barat

UTILITARIANISME

• Pengasas: Jeremy Bentham (1748-1832) : manusia dipengaruhi oleh keseronokan/kebahagiaan dan kesakitan/kedukaan.

• Perlakuan yang menghasilkan lebih banyak keseronokan dan kebahagiaan merupakan perlakuan yang bermoral (dilihat dari segi kuantiti).

Page 38: Etika Dari Perspektif Barat

• Kemoralan : satu usaha untuk mencapai keseronokan (tidak semestinya perkara baik).

• John Stuart Mill (1806-1873) – the greatest happiness principle : melihat dari segi kuantiti dan kualiti keseronokan.

• Kuantiti : makin tinggi kesusahan, maka makin tinggilah kebahagiaan dan keseronokan. Menyokong konsep ‘peperangan’.

Page 39: Etika Dari Perspektif Barat

• Kualiti keseronokan bagi Mill mengambilkira faktor pendidikan, keperihatinan terhadap orang lain dan perasaan moral daripada sesuatu tingkah laku (keseronokan intelektual).

Page 40: Etika Dari Perspektif Barat

KALKULUS HEDONIK BENTHAM

Page 41: Etika Dari Perspektif Barat

UTILITARIANISME

• Utiliti : kesudahan yang baik dan yang dihajatkan, dapat dimanfaat sepenuhnya oleh insan terbanyak.

Contoh : Aza sedang membuat keputusan sama ada

menepati temu janji dengan seorang rakan sekolah yang sudah lama terpisah atau menghadiri jemputan ke satu majlis keramaian di tempat kerjanya. Pertimbangan Aza : memungkiri temu janji dengan rakan lama, hanya rakannya sahaja yang kecewa. Jika tidak menghadiri majlis keramaian, ramai rakannya akan kecewa. Akhirnya Aza menghadiri majlis keramaian tersebut.

Page 42: Etika Dari Perspektif Barat

• Terbahagi kepada Utilitarian Tindakan dan Utilitarian Peraturan .

Utilitarianisme Tindakan setiap tindakan manusia mesti mempunyai kebaikan

yang melebihi kejahatan. Kebaikan yang diperolehi bukan hanya untuk diri

sipembuat tindakan sendiri bahkan juga untuk orang lain yang berada dalam situasi itu.

Utilitarianisme Peraturan Setiap manusia harus mematuhi peraturan dan undang-

undang yang ada agar dapat memberikan kebaikan kepada seramai mungkin manusia yang terlibat.

Jusitifikasi kepada satu-satu undang-undang harus mengambil kira motif, tindakan dan situasi yang terlibat.

Page 43: Etika Dari Perspektif Barat

sumber : www.rrrevision.com

Page 44: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP UTILITARIANISME

• Nietzche: menentang idea kesakitan Utilitarianisme (untuk berkuasa perlu atasi rintangan).

• Prinsip Bentham dan Mill mendorong manusia bertindak secara tidak baik dengan. alasan utk menyekat perkara yang lebih buruk.

• Durkheim & Parekh: konsep keseronokan & kesakitan adalah subjektif serta kabur.

• Tidak semua manusia memburu keseronokan & membenci kesakitan.

Page 45: Etika Dari Perspektif Barat

KRITIKAN TERHADAP UTILITARIANISME

• Perlakuan baik/buruk tidak boleh diukur.

• Tidak semua keseronokan dikaitkan dengan kebaikan / kesakitan dengan kejahatan.

• Frankena: keseronokan & kebahagiaan adalah berbeza.

• Mill: tiada manusia dapat memberikan jumlah perasaannya dengan tepat.