tahap pengetahuan potensi kerohanian di · pdf file2.1 pengenalan 18 2.2 makna pendidikan 19...

28
TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI KALANGAN PENSYARAH DI FAKULTI PENDIDIKAN NUR HAZIRAH BINTI HASIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vobao

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI KALANGAN

PENSYARAH DI FAKULTI PENDIDIKAN

NUR HAZIRAH BINTI HASIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan
Page 3: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan
Page 4: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

i

TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI KALANGAN

PENSYARAH DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

NUR HAZIRAH BINTI HASIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : NUR HAZIRAH BINTI HASIM

Tarikh :

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

iii

DEDIKASI

Untuk Seluruh Umat Manusia…

Alhamdullillah syukur ke hadrat

Allah S.W.T.

Dengan izin dan kebesaranNya mengurniakanku kekuatan untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat penyeliaku yang amat dihormati

Dr. Rohana Hamzah

Khas buat ayahanda dan bonda yang tercinta

Hasim b. Md Tahir

&

Rogayah bt Abdullah

Di atas pengorbanan, kesabaran dan sokongan padu kepada perjuanganku.

Kekanda dan adinda tersayang,

Mohd Hasrul

Mohd Hairul Helmi

Mohamad Haziq

Mohd Hudairee

Terima kasih di atas segala kefahaman dan pengorbanan kalian.

Tidak lupa rakan-rakan seperjuangan

Rakan-rakan seperjuangan

dan rakan-rakan seliaan Dr. Rohana

Terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian.

Semoga ukhwah ini kekal berpanjangan.

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur yang setingginya dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana

limpah dan kasih sayangNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke

atas Junjungan Mulia, kekasih Allah, Rasullullah s.a.w serta para sahabat baginda.

Teristimewa buat ayahanda yang dikasihi, Hasim b. Md Tahir dan bonda tercinta

Rogayah binti Abdullah yang telah banyak berkorban mendidik dan membimbing saya sedari

kecil hingga kini. Tidak lupa kepada adik-adik di atas segala pengorbanan dan kasih sayang

yang dicurahkan selama ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan. Moga Allah

s.w.t melimpahkan rahmatNya buat kami seisi keluarga.

Terima kasih juga buat seluruh pensyarah, guru-guru yang pernah mendidik khasnya

penyelia projek, Dr. Rohana binti Hamzah kerana banyak memberi panduan, sokongan dan

nasihat di dalam melaksanakan penyelidikan ini.

Sekalung ucapan terima kasih ditujukan buat teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu memberikan sokongan, semangat, idea serta kritikan membina sehingga terhasilnya

kajian ini. Segala budi dan jasa kalian amat dihargai.

Terima kasih juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik kalian.

Nur Hazirah binti Hasim

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kemahiran hidup ),

Universiti Teknologi Malaysia,

2007-2011.

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan potensi

kerohanian di kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran dalam matapelajaran pendidikan. Pembolehubah yang dikaji adalah

melibatkan kefahaman responden mengenai pembangunan kecerdasan kerohanian,

pelaksanaan, kepentingan, serta masalah dan cadangan dalam membangunkan

kecerdasan kerohanian ini. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah pensyarah

dari Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Multimedia Pendidikan, Jabatan Sains dan

Matematik serta Jabatan Sains Sosial di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif di mana perolehan data akan dilakukan melalui

kaedah temubual. Satu set soalan temubual berstruktur yang telah disahkan oleh

pensyarah dari Fakuti Tamadun Islam digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang

diperolehi kemudiannya dianalisis secara kritikal oleh penyelidik bagi mendapatkan

pandangan menyeluruh kesemua responden. Hasil dapatan menunjukkan 100%

responden tanggungjawab menerapkan elemen pembangunan kecerdasan kerohanian

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah tanggungjawab pensyarah.

Walaubagaimanapun, hanya 85% menyatakan elemen kerohanian boleh dilaksanakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tahap pengetahuan dalam elemen

pembangunan kecerdasan kerohanian ini dikatakan penting agar dapat melahirkan

pelajar yang berilmu dan melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pendidik kelak.

Beberapa cadangan dilihat dapat membantu untuk elemen kerohanian dalam proses

pengajaran dan pembelajaran seperti melahirkan pelajar yang memahami konsep

kerohanian melalui tugasan dan juga selitkan proses pembangunan potensi kerohanian

melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the potential for kerohanian knowledge among

the lecturers at the Faculty of Education through the teaching and learning in the subject

of education. The variables that have been studied were respondent understanding

towards kerohanian quotient development, the implementation, important, also

problems and suggestion understand the development of kerohanian. The respondents

who participated in this study are the lecturers from the Department of Foundation

Education, Department of Multimedia Education, Department of Science and

Mathematics and Social Sciences Department at the Faculty of Education, Universiti

Teknologi Malaysia. This study was designed as a qualitative research whereas data

collection has been done using the interview approach. A set of structured interview

questions approved by the lecturer from Faculty of Islamic Civilization has been used

as the research instrument. The collected data has been critically analyzed by researcher

to obtain respondents’ general view. The findings show that 100% of the respondent

agree that there are their responsibility to implement the development of kerohanian

intelligence trough teaching and learning activities. However, only 85% said that the

kerohanian elements could be implemented in the teaching and learning. The level of

knowledge of the elements of the development of kerohanian intelligence is said to be

important for students to create a knowledgeable and responsible educators in future.

Some suggestions can be helpful for the integration of kerohanian element in the

process of teaching and learning such as to improve students’ understanding of

kerohanian concept by doing assignments and intergraded kerohanian development

process in to teaching and learning activities.

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN MUKASURAT

1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATARBELAKANG MASALAH 5

1.3 PENYATAAN MASALAH 7

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

viii

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 8

1.5 PERSOALAN KAJIAN 9

1.6 SKOP KAJIAN 10

1.7 BATASAN KAJIAN 11

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN 12

1.9 DEFINISI ISTILAH 13

1.9.1 Definisi Kerohanian 13

1.9.2 Definisi Pengetahuan 15

1.9.3 Definisi Potensi 15

1.9.4 Definisi Pensyarah 16

1.9.5 Definisi Fakulti Pendidikan 16

1.10 PENUTUP 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN 18

2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19

2.3 PERKAITAN ANTARA IQ, EQ DAN SQ 20

2.3.1 Hubungan IQ dan EQ 20

2.3.2 Hubungan antara EQ dan SQ 22

2.3.3 Perkaitan IQ, EQ dan SQ dalam Falsafah Pendidikan Guru 23

2.4 POTENSI DIRI 26

2.5 TINJAUAN KAJIAN 28

2.5.1 Elemen kerohanian dalam pendidikan 28

2.6 KAJIAN-KAJIAN LEPAS 31

2.6 PENUTUP 32

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

ix

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN 33

3.2 REKABENTUK KAJIAN 34

3.3 TEMPAT KAJIAN 35

3.4 POPULASI KAJIAN 36

3.5 INSTRUMEN KAJIAN 37

3.6 PROSEDUR KAJIAN 37

3.7 KAEDAH ANALISIS DATA 40

3.8 PENUTUP 40

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN 41

4.2 ANALISIS DATA 42

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 42

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 46

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 51

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 55

4.2.5 Analisis Persoalan Kajian 5 65

4.2.6 Analisis Persoalan Kajian 6 68

4.2.7 Analisis Persoalan Kajian 7 82

4.2.8 Analisis Persoalan Kajian 8 86

4.3 PENUTUP 90

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN 91

5.2 RUMUSAN KAJIAN 92

5.3 PERBINCANGAN 93

5.3.1 Tujuan Pendidikan 93

5.3.2 Kepentingan Proses Pembangunan Kecerdasan

Kerohanian 94

5.3.3 Kefahaman Responden Terhadap Pembangunan 95

Kecerdasan Kerohanian

5.3.4 Tahap Kebolehlaksanaan Proses Pembangunan

Kecerdasan Kerohanian 95

5.3.5 Pelaksanaan Proses Pembangunan Kecerdasan Kerohanian

dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 96

5.3.6 Masalah dalam Membangunkan Kecerdasan Kerohanian

Pelajar 97

5.3.7 Cadangan Dalam Pembangunan Kecerdasan Kerohanian

Pelajar Melalui Proses Pengajaran dan Pembelajaran 97

5.4 CADANGAN KAJIAN 98

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 99

5.5 PENUTUP 100

RUJUKAN 101

LAMPIRAN A & B&C&D

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKASURAT

Jadual 4.1 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 1 42

Jadual 4.2 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 1 44

Jadual 4.3 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 2 46

Jadual 4.4 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 2 49

Jadual 4.5 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 3 51

Jadual 4.6 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 3 53

Jadual 4.7 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 4 56

Jadual 4.8 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 4 56

Jadual 4.9 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 5 58

Jadual 4.10 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 5 59

Jadual 4.11 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 6 60

Jadual 4.12 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 6 63

Jadual 4.13 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 7 66

Jadual 4.14 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

xii

bagi item 7 67

Jadual 4.15 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 8 68

Jadual 4.16 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 8 69

Jadual 4.17 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 9 71

Jadual 4.18 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 9 74

Jadual 4.19 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 10 75

Jadual 4.20 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 10 77

Jadual 4.21 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 11 78

Jadual 4.22 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 11 80

Jadual 4.23 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 12 82

Jadual 4.24 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 12 84

Jadual 4.25 Jawapan temubual mengikut responden bagi item 13 86

Jadual 4.26 Taburan kekerapan jawapan responden mengikut aspek

bagi item 13 88

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKASURAT

Rajah 2.1 Model konseptual falsafah pendidikan guru 24

Rajah 2.2 Model manusia di dunia mengenai potensi diri 27

Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 39

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

FP Fakulti Pendidikan

UTM Universiti Teknologi Malaysia

s.w.t subhanahu wataala

s.a.w salallahualaihiwasallam

IQ Inteligence Quotient / Kecerdasan akal

EQ Emotion Quotient / Kecerdasan emosi

SQ Kerohanian Quotient / Kecerdasan kerohanian

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Mendapatkan Maklumat

B Surat Pengesahan

C Set Soalan Temubual

D Hasil Temubual Responden

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam era ini, pendidikan dan pembangunan adalah dua isu besar yang

mengundang perhatian serius dari aspek ketamadunan sesebuah negara Islam. Para

ulama tidak menjemu-jemu merungkai dua isu besar ini kerana apa yang berlaku di

depan mata atas nama “pendidikan” dan “pembangunan” seringkali dikaitkan dengan

tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan daripada budaya,

bangsa dan agama. Masalah yang akan menjadi keutamaan dalam membentuk

ketamadunan adalah remaja. Ini kerana remajalah yang menentukan ketamadunan

sesebuah negara itu. Gejala maksiat, dadah, kumpulan-kumpulan gelap seperti black

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

2

metal, skinheart dan sebagainya dan terbaru penukaran jantina siapa yang harus

dipertanggungjawabkan. Isu ini harus dipandang serius agar satu permasalahan

dapat dirungkai dalam kajian ini.

Untuk melaksanakan sesuatu pembangunan, satu perkara pokok yang menjadi

keutamaan adalah pendidikan. Ini kerana pendidikan merupakan satu permulaan bagi

seseorang mendapat ilmu. Ilmu dikatakan terdiri daripada pengetahuan dan

kepandaian dalam dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain (Kamus Dewan, 2010).

Sebelum melaksanakan proses pembangunan pendidikan, kita perlu menoleh

kebelakangan untuk mengetahui wujudnya pendidikan. Ianya bermula daripada satu

penemuan baru ditemui pada abad awal ke 20 iaitu “Intelligent Quotient” (IQ) atau

kecerdasan intektual. IQ yang dimaksudkan adalah mengukur tahap IQ (kepintaran)

bagi seseorang individu dan kesannya ke dalam kehidupan seharian. IQ bermaksud

kebolehan berfikir individu berfikir secara analitikal dan kritikal. Pada masa itu,

ramai yang menganggap bahawa potensi untuk cemerlang dan berjaya bergantung

sepenuhnya kepada tahap IQ yang dimiliki oleh individu. Menurut Mohd Azhar et.

Al., (2004) dalam penilaian IQ, diperakui seseorang individu yang tangkas

mindanya, pintar, mudah menerima dan menyerap ilmu pengetahuan dan efisien

dalam menangani permasalahan, individu tersebut yang layak memegang jawatan

penting atau terpilih untuk memasuki sesuatu institusi atau organisasi.(diubahsuai

dari Siti Nurhanes Binti Hj Zailani)

Namun, sistem pendidikan negara hari ini lebih mementingkan aspek

pemikiran pelajar bagi tujuan melahirkan insan yang berilmu. Kesannya hari ini

masyarakat lebih menyanjung individu-individu yang mempunyai tahap kecerdasan

tinggi dan sebaliknya memandang rendah kepada mereka yang lemah tahap

kecerdasan serta pencapaian akademiknya. Kebijaksanaan mereka tidak dapat diukur

dengan kebolehan akal semata-mata tanpa keilmuaan yang tinggi. Persoalan yang

akan timbul apabila mereka yang berilmu pengetahuan tinggi mampu menjejakkan

kaki ke menara gading dan berjawatan tinggi itu sanggup membuat perkara yang

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

3

salah di sisi undang-undang dan agama seperti pecah amanah, rasuah, jenayah dan

sebagainya. Pendidikan ini lebih menjurus kepada daya fikiran sahaja.

Kemudian pada tahun 1995, satu penemuan baru ditemui oleh Daniel

Goleman yang menemui “Emotional Quotient”(EQ) atau kecerdasan emosi.

Konsep EQ adalah merupakan suatu bentuk kecerdasan sosial yang melibatkan

keupayaan mengawal perasaan dan emosi di samping menggunakan informasi itu

untuk memandu pemikiran dan tindakannya. Ini bermaksud individu yang

mempunyai EQ akan menggabungkan tiga komponen emosi iaitu kognitif,

fisiologinya dan tingkah laku dengan berkesan. EQ merupakan satu keperluan

kepada individu yang ingin mencapai kesejahteraan hidup, berjaya dalam pekerjaan

dan semasa berinteraksi dengan orang lain. Individu yang mempunyai EQ mampu

memahami perasaan orang lain, dan ini membolehkannya berinteraksi dengan lebih

baik. (Ary Ginanjar, 2001)

Walaubagaimanapun sistem pendidikan negara sekarang lebih menekankan

maklumat penghafalan yang sekadar untuk tujuan lulus peperiksaan. Pelajar hanya

berpendapat mereka belajar hanyalah untuk lulus tanpa mengetahui matlamat sebenar

penyampaian ilmu pengetahuan. Situasi ini adalah tidak menyihatkan dan tidak

memadai untuk memadai untuk seseorang pelajar membentuk keperibadian sahsiah

dirinya. Pengkaji suka memetik petikan daripada Menteri pelajaran Pelajaran Datuk

Seri Mahyuddin bin Yassin “Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan

menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan

menambah pengetahuan secara holistik tidak dicapai sepenuhnya” (berita harian,

21/06/2010)

Tuntasnya, dalam sistem pendidikan ini kurikulum bersepadu yang dirangka

tidak cukup berkesan. Ianya memerlukan kesepaduan diantara pendidikan yang

bersifat material dan yang bersifat kerohanian. Ini adalah kerana kesempurnaan

sistem pendidikan tercermin apabila ia mampu melahirkan tenaga-tenaga mahir

yang bertaqwa dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bidang kerja

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

4

sesuai dengan amanah Allah kepada mereka iaitu sebagai khalifah. (Nik Rosdi &

Nik Kamaliah,1993).

Menurut Zohar et al. (2005) dalam bukunya “Kerohanian Capital”

menjelaskan sumber untuk membangunkan kualiti dalam hidup terdiri:

Ini membawa maksud IQ yang tinggi membawa manusia berfikir. Sedangkan

EQ yang tinggi membuat manusia peka terhadap sesuatu dan SQ yang tinggi

membuat manusia mengetahui siapa diri sebenarnya. SQ membawa tujuan diri

manusia untuk mencari kebenaran. Masing-masing sumber dan modal itu memberi

impak untuk membentuk jati diri setiap individu.

Dalam Islam “Kerohanian Quotient” (SQ) pula bermaksud tahap hubungan

hamba (manusia) dengan Pencipta Yang Esa, Allah S.W.T iaitu dengan mematuhi

segala perintah dan meninggalkan larangan Allah S.W.T. SQ juga boleh

digambarkan sebagai tahap kesedaran, penghayatan dan komitmen individu terhadap

agama atau lebih tepat disebut iman seseorang. Elemen kerohanian atau rohani amat

mempengaruhi tindakan individu dalam apa jua perkara termasuk bidang kerjanya.

Kerohanian merupakan suatu elemen yang penting dan ia menjadi salah satu

faktor pendorong dalam membawa kualiti terhadap prestasi optimum pendidik.

Modal Kecerdasan Fungsi

Material Rasional Apa yang kita fikir?

Sosial Sosial Apa yang rasa?

Kerohanian Kerohanian Siapa saya?

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

5

Pendidik daripada kacamata Islam adalah satu kedudukan yang perlu diberi

penghormatan yang tinggi. Pendidik adalah pemegang amanat Allah S.W.T yang

dipertanggungjawab untuk membantu membina manusia. Penglibatan pendidik

adalah menyeluruh meliputi bidang keilmuan (intelek), fizikal dan kerohanian

(kerohanian).

Oleh itu, kajian ini memberi penekanan kepada pembangunan kecerdasan

kerohanian (SQ) dalam pendidikan. Kajian ini cuba mengenalpasti tahap

pembangunan kecerdasan kerohanian (SQ) serta pelaksanaannya di kalangan

pensyarah Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sains & Matematik, Jabatan

Pendidikan Sains Sosial, Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

1.2 Latar belakang masalah

Menurut Mohd Kamal Hassan (1996), kejadian manusia itu terdiri daripada

beberapa komponen iaitu komponen batin (kerohanian) dan zahir (jasmani). Unsur

kerohanian merujuk kepada roh, nafas, galb dan akal. Sementara unsur jasmani pula

terdiri daripada darah, daging, tulang dan urat saraf. Hakikat sebenarnya manusia

adalah sama seperti makhluk ciptaan Allah yang lain tetapi yang membezakan dan

mengangkat martabat manusia adalah merupakan kurniaan Allah yang paling mulia

iaitu akal dan fikiran. Melalui akal dan fikiran inilah manusia mengutuskan

kehidupan dan mentadbir alam ini sebagai khalifah yang diutuskan oleh Allah ke

muka bumi ini.

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

6

Firman Allah S.W.T bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi

ini”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)

di bumi iaitu orang yang membuat kerosakan padanya dan

menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji

Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku

mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

(Surah al-Baqarah 2:30)

Daripada petikan diatas, dapat ditafsirkan manusia diciptakan sebagai

makhluk yang begitu istimewa berbanding makhluk yang lain. Tujuan manusia

diciptakan untuk menjadi khalifah yang memimpin ke jalan yang benar. Menurut

Rohana Hamzah (2010) perkataan „Khalifah‟ berasal daripada bahasa Arab yang

bermaksud seseorang yang bertindak sebagai wakil kepada „pemimpin‟ atau „raja‟.

Oleh itu, seseorang khalifah akan bertindak sebagai wakil kepada yang Maha

Pencipta dengan menggunakan kuasa yang diberikan oleh Allah S.W.T dan bukan

rasa kekuasaan diri sendiri atau menggunakan kuasa yang berpunca daripada yang

lain selain daripada Allah.

Menurut Rohana (2010), perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran

yang hanya memberi fokus kepada pencapaian akademik berasaskan kemahiran dan

pengetahuan yang terpisah daripada pembangunan kerohanian telah menghasilkan

manusia yang gagal memahami hakikat kewujudannya yang bersifat kerohanian.

Penghayatan yang rendah terhadap agama menyebabkan kerohanian atau roh

manusia berada di dalam keadaan „sakit‟. Akibatnya berlaku penyimpangan dalam

tingkahlaku, perbuatan, sikap dan etika dalam apa jua bidang kehidupan termasuk

dalam pembangunan insan dan pendidikan.

Pembangunan aspek kerohanian merupakan salah satu kaedah yang

digunakan untuk membentuk sahsiah diri yang baik. Kecerdasan kerohanian (SQ)

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

7

akan menentukan sikap, tingkahlaku dan etika individu dalam semua perkara. Begitu

juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahap SQ amat penting dalam

melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang pada akademik bahkan cemerlang

pada kerohanian. Lantas itu, amat penting bagi institusi pengajian berusaha secara

berterusan untuk meningkatkan SQ tenaga pengajar mereka. Menurut kajian yang

dilakukan oleh Siti Nurhanes Binti Hj Zailani terhadap Pembangunan Kecerdasan

Kerohanian di Kalangan Pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

Melalui Matapelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional” didapati menerapkan

elemen pembangunan kecerdasan kerohanian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Namun, ianya tidaklah dijalankan secara langsung. Oleh itu, satu

kajian satu kajian lanjutan dijalankan untuk mengenalpasti tahap SQ dan usaha

menerapkan elemen tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga

pengajar di jabatan lain iaitu Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sains &

Matematik, Jabatan Pendidikan Sains Sosial dan Jabatan Multimedia Pendidikan.

Fakulti pendidikan kemudian membuat perbandingan penerapan elemen SQ

dilakukan untuk membandingkan penerapan SQ di antara jabatan.

1.3 Pernyataan masalah

Menurut Hassan Langgulung (1985) tujuan pendidikan amat penting dalam

menentukan haluan pendidikan yang semuanya bersifat normatif iaitu baik atau

buruk peribadi manusia. Pertama, untuk menentukan haluan bagi proses pendidikan

iaitu ke arah manakah ditujukan usaha manusia mendidik generasi muda, atau corak

manusia yang akan dihasilkan melalui pendidikan itu. Kedua, untuk merangsang dan

mendorong seseorang supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai

nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ketiga, untuk menjadi kriteria dalam menilai

proses pendidikan iaitu menilai pencapaian pendidikan sama ada berjaya atau tidak.

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

8

Dalam kajian ini, penyelidikan dibuat untuk mengetahui tahap pengetahuan

potensi kerohanian di kalangan pensyarah berdasarkan kefahaman responden tentang

proses pembangunan kecerdasan kerohanian. Pengamalan proses pembangunan

kerohanian dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah-masalah yang

timbul dalam usaha menerapkan pembangunan kecerdasan kerohanian, cadangan

serta usul-usul yang berkaitan dalam usaha menerapkan pembangunan kecerdasan

kerohanian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali perbandingan

dapatan kajian terhadap penerapan elemen SQ diantara jabatan-jabatan di fakulti

pendidikan dilakukan oleh penyelidik.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan pensyarah di

Fakulti Pendidikan (Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Sains &

Matematik, Jabatan Pendidikan Sains Sosial dan Jabatan Multimedia Pendidikan)

tentang potensi kerohanian. Tuntasnya, kajian ini menjurus kepada persoalan kajian

berikut:

1. Mengenalpasti pandangan pensyarah terhadap matlamat pendidikan

mengikut Jabatan iaitu Asas Pendidikan, Pendidikan Sains &

Matematik, Pendidikan Sains Sosial, Multimedia Pendidikan.

2. Mengenalpasti kepentingan proses pembangunan kerohanian melalui

proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan.

3. Mengenalpasti tahap pengetahuan potensi kerohanian di kalangan

pensyarah di Fakulti Pendidikan.

Page 27: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

9

4. Mengenalpasti adakah proses pembangunan kerohanian dilaksanakan

melalui proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan.

5. Mengenalpasti amalan dan pelaksanaan proses pembangunan

kerohanian di kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan .

6. Mengenalpasti masalah dalam membangunkan kecerdasan kerohanian

pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah di Fakulti

Pendidikan.

7. Mengenalpasti cadangan proses pembangunan kecerdasan kerohanian

melalui pengajaran di Fakulti Pendidikan.

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai iaitu:

1. Berdasarkan pengalaman dan kefahaman pensyarah, apakah itu

sebenarnya tujuan pendidikan?

2. Adakah proses pembangunan kerohanian merupakan satu elemen yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti

Pendidikan?

3. Adakah proses pembangunan kerohanian difahami oleh pensyarah-

pensyarah di Fakulti Pendidikan?

4. Adakah proses pembangunan kerohanian boleh dilaksanakan melalui

proses pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan?

Page 28: TAHAP PENGETAHUAN POTENSI KEROHANIAN DI · PDF file2.1 PENGENALAN 18 2.2 MAKNA PENDIDIKAN 19 2.3 ... BAB 1 PENDAHULUAN ... tamadun barat moden yang mengenepikan perspektif keagamaan

10

5. Bagaimanakah proses pembangunan kecerdasan kerohanian boleh

dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran di Fakulti Pendidikan?

6. Apakah masalah-masalah dalam membangunkan kecerdasan

kerohanian pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran oleh

pensyarah di Fakulti Pendidikan?

7. Apakah cadangan-cadangan dalam pengaplikasian konsep kerohanian

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran?