etika bola baling

7
1 PERATURAN DAN ETIKA PERTANDINGAN BOLA BALING ‘ICE’ 1 MASA PERTANDINGAN 1.1 Tempoh permainan Secara KALAH MATI pusingan saringan dan LIGA pusingan suku akhir dengan masa permainan 5 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat. (5 :3: 5) . Perlawanan Akhir akan dijalankan 7 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat (7 :3: 7). 1.2.1 Masa Rehat Pasukan (1 minit ) 1.2.2 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa, ketua pasukan hendaklah memaklumkan kepada Penjaga Masa (Time Keeper). 1.2.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :- • Semasa pasukannya mengawal bola. • Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar. 2 BILANGAN PEMAIN

Upload: baxter-val

Post on 28-Dec-2015

332 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

bola baling

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Bola Baling

1

PERATURAN DAN ETIKA PERTANDINGAN BOLA BALING ‘ICE’

1 MASA PERTANDINGAN

1.1 Tempoh permainan

Secara KALAH MATI pusingan saringan dan LIGA pusingan suku akhir dengan masa permainan 5 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat. (5 :3: 5) . Perlawanan Akhir akan dijalankan 7 minit setiap separuh masa dengan 3 minit masa rehat (7 :3: 7).

1.2.1 Masa Rehat Pasukan (1 minit )1.2.2 Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa, ketua pasukan hendaklah memaklumkan kepada Penjaga Masa (Time Keeper).1.2.3 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-• Semasa pasukannya mengawal bola.• Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

2 BILANGAN PEMAIN

2.1 Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 9 orang pemain terdiri daripada 6 orangdengan 3 orang pemain ganti.2.2 Setiap pasukan haruslah mendaftarkan pemain masing- masing pada AJK pendaftaran pada hari pertandingan.2.3 Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila

Page 2: Etika Bola Baling

masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

3 SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara KALAH MATI dan LIGA seperti berikut:-

3.1 Pusingan Pertama3.1.1 Semua pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan ( A dan B ) dan pertandingan dilaksanakan secara KALAH MATI.3.1.2 Penetapan pasukan dalam kumpulan akan ditentukan oleh pihak pelaksana program.

3.2 Pusingan Kedua 3.2.1 Kesemua pemenang melalui sistem KALAH MATI dari setiap kumpulan akan mara ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara LIGA dalam kumpulan.3.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :3.2.3 Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dalam kumpulan akanmemasuki Perlawanan Akhir bagi penentuan Juara/ Naib Juara. Manakala pasukan yang berada pada kedudukan kedua dalam kumpulan akan bertanding bagi tempat ketiga / keempat.

4 CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

4.1 Secara LigaCara Memberi Mata                             Menang - 2 mata                             Seri - 1 mata                             Kalah - 0 mata

4.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :4.1.1.2 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.4.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.4.1.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.4.1.1.5 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

4.2 Secara Kalah Mati

4.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, balingan percuma (BALINGAN 7 METER) akan dijalankan seperti berikut :4.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.4.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli dengan sistem “Sudden death” sehingga keputusan diperoleh.4.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.4.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.4.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.4.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

Page 3: Etika Bola Baling

4.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.4.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

5 PAKAIAN

5.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.5.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau ‘boot’. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali.5.3 Kasut ‘boot’ yang mempunyai 6 - 8 ‘stud’ tidak dibenarkan dipakai dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm.5.4 Setiap pemain hendaklah memakai T shirt dan bip sama warna yang disediakan mengikut pasukan masing- masing.5.5 Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.

6 ALATAN ( BOLA )

Lilitan - 58 cm hingga 60 cm.Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.

7 KELEWATAN

7.1 Hanya 5 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Sekiranya pasukan tidak berada di padang pada waktu yang ditetapkan , pasukan tersebut dikira kalah .Selepas itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan .

8 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

8.1 Pasukan yang telah bersetuju mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.Sekiranya pasukan hendak menarik diri , ketua pasukan hendaklah memaklumkan secepat yang mungkin kepada pihak pengelola serta memberi sebab secara bertulis kepada pihak pengelola kenapa berbuat demikian untuk menggelakkan tindakan tatatertib dikecualikan.

9. PENGADIL

9.1 Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.

10. PERMAINAN PASIF

10.1 Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif. ‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.

11. MEMULAKAN PERMAINAN

11.1 Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam mementing syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam

Page 4: Etika Bola Baling

kawasan sendiri.Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah.Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.

12. JARINGAN GOL

12.1 Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

13. MEMAINKAN BOLA

a. Pemain dibenarkan :    • Mengambil 3 langkah dengan bola.    • Memegang bola maksimum 3 saat.    • Menggelecek.    • Menjunam untuk mendapatkan bola.b. Pemain tidak dibenarkan :    • Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.    • Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.    • Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

14 MENGHADANG PIHAK LAWAN

14.1 Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.

15 BALINGAN KE DALAM

15.1 Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi.Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

16 BALINGAN KE DALAM DI SUDUT

16.1 Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi.Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.

17 BALINGAN PENGADIL

Ia diberikan apabila :17.1. Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.17.2. Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

18 BALINGAN PERCUMA

Page 5: Etika Bola Baling

Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali :18.1. Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.18.2. Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan).18.3. Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.18.4. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan.Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.

19 BALINGAN GOL

Balingan ini diberikan apabila19.1. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.19.2. Bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

20 BALINGAN 7 METER (PENALTI)

Balingan ini diberikan apabila20.1. Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.20.2. Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.20.3. Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter.Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan.Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

21 HUKUMAN SUSULAN

Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :• Amaran (Kad Kuning)• 2 minit penggantungan• Penyingkiran• Pembatalan

 

 

"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati"

"At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah"

Page 6: Etika Bola Baling

"Sport The Diversity"

Jabatan Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN 2013/2014