etika 2

22
PENGENALAN Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ethos yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak. Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya. Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi. Isu yang dikemukakan

Upload: makos-kosma-jenal

Post on 19-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: etika 2

PENGENALAN

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin  berjaya dalam apa jua bidang sekali

pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah,

ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu

tersebut.

            Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal

daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut

pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud

satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari

sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang

dituntut syarak.

            Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang

dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis

perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.

            Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai

kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat

dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut

pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada

nilai dan kelakuan manusia.

            Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang

bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral.

Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat.

Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala

yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

            Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan

bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan

dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta

kepakaran.  Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang

menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis

panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam

perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

            Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam

masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran

yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

Isu yang dikemukakan

Page 2: etika 2

“ Recent news coverage of corruption scandal at some of the nation’s corporate giants has

placed the spotlight on the importance of ethical teaching and training in order to counter this

form of unhealthy practices. One of the social scientist had even proposed that the initial

stage teaching and learning of ethics should start from primary schools until tertiary levels.

The other stage should start from the time when he/she joined the workforce” 

            Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik

berkenaan dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang

serius dengan tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan

ekonomi negara. Menurut badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah

Badan Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan

antaranya menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang

berharga atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah

kini bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya.

 Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi

makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa

dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian

rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.” Tidak dinafikan

rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada masa kini.

            Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan

pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam

persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan.

Etika Perguruan.

            Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah

Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN

ialah seperti berikut :

“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

            Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah

perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi

jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru

Page 3: etika 2

bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan

generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.

            Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa

mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu

mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan

perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-

guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan

sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga

mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu

sendiri.

            Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan

menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah

rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah

guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi

berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang

profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat

(Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi

pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan  menjadi satu panduan kepada guru

dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.

            Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih

guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan

dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi

tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan

dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.

Kod Etika Profesion Perguruan

1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat

profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap

profesion perguruan.

2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya

maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan

jujur.

4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-

muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan

masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.

Page 4: etika 2

6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan

agama dan kepercayaaan.

7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah

laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.

8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira

bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga,

intelek, akademik dan status-status lain.

9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan

memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya

cipta dan rohani.

10. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri

murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa

jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid,

masyarakat awam dan negara.

13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat

berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.

14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan

keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.

15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-

murid.

16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran

atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah

melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran

persendirian.

18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap

murid-muridnya.

19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-

ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.

20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara

yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).

22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk

mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Page 5: etika 2

Prinsip-prinsip Etika Perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati

berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

1. Niat yang betul

2. Perlakuan yang baik

3. Pengerak ke arah kebaikan

4. Memperkotakan apa yang dikatakan

5. Berdisiplin dan beradab

6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

Kepentingan Etika Perguruan

            Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah

organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika

kerja sendiri.  Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika

Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan

nilai-nilai ahklak yang mulia.

            Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu

sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion

perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap

pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan

jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan

perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru

menilai dan  melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di

negara lain.

4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.

Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh

dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam

putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab

guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan

negara.

Page 6: etika 2

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan

etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,

serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam

organisasi. (INTAN, 1991).

Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika

ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini

mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan

datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar

berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat

dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke

arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung

kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

Memupuk Etika Kerja

            Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam

pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi

pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang

diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni,

disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja

profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan

antaranya :

 1.Cemerlang

Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa.

Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu

rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan

bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan

sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus

berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah

hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti

ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam

semua keadaan.

Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan

ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian

terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan

berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan

guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi

Page 7: etika 2

mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja

pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk

subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan

murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-

pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru

permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru

permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana

mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.

Selain dari menyemak, menilai, menguji dan mewujudkan hubungan mesra kepada

para pelajar, guru-guru permulaan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus

persekitaran fizikal bilik darjah masing-masing. Kajian-kajian kes yang dijalankan telah

memberi banyak maklumat tentang cabaran yang dihadapi dalam mengurus bilik darjah.

Ada sesetengah dari guru permulaan bertungkus-lumus menghiaskan dan menguruskan

bilik darjah tetapi ada juga yang langsung tidak diberikan bilik darjah. Tetapi mereka ini

diminta bergerak dari satu kelas ke kelas yang lain. Cabaran-cabaran pengurusan kelas

seperti pengawalan kelas, menetapkan peraturan kelas, masalah pemantauan kesalahan

disiplin pelajar, kebersihan dan keceriaan bilik darjah  serta menjaga kebajikan pelajar.

Semua ini memerlukan pelan tindakan yang sistematik dan strategic , apatah lagi bagi

sekolah-sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan 3K (Keselamatan, kebersihan

dan keceriaan), sekolah harapan negara, sekolah cluster dan lain-lain pertandingan. Guru-

guru permulaan perlu kuasai ilmu dan kemahiran di dalam tatahias dalaman kelasnya

supaya dirinya memberi sumbangan yang bermakna kepada organisasi. Dapatan kajian

Lourdusamy dan Tan (1992) merujuk kepada suatu tinjauan yang mendapati bahawa guru

tidak dapat mengawal masalah yang dihadapi dalam kelas seperti masalah kesukaran

mengawal pelajar, masalah pelajar bersikap negatif, masalah pelajar tidak berminat belajar,

pasif dan gagal memahami pelajaran yang diajar menyebabkan guru mengambil pendirian

''tidak peduli.'' Chiam (2004) berpendapat bahawa terdapat perkaitan antara ketidak

berkesanannya pengajaran guru dengan ponteng dalam kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif

Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha

atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu

perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan

dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali

akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.

Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka

ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk

Page 8: etika 2

mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan

pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru

seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang

bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik

bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada

kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar  di bilik darjah

menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan

guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik berkaitan

kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada masyarakat setempat

untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan

sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan

bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina

keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini

perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga

menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil

berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95%

guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI

tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap

pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata, dalam

memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-

sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan

kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah

sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang

berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang

dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat

Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja

dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya.

Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti

kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk

menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan

Page 9: etika 2

supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk.

Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat

yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat

Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat

pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa

sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima

adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor ,

sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan

beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana

nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Amanah Dalam Kerja

Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat

atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai  seseorang pekerja atau pegawai tidak

mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa

kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam

merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di

Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan

kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru

adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan

keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi

terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru

merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk

mendidik murid-murid di sekolah.

Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib,

alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri

sendiri malah juga masyarakat serta  tentang hubungan, komitmen dan hubungannya

dengan Allah S.W.T. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai

murni seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan

agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa

golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya

sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan

pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah

secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu

Page 10: etika 2

lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu

dihadapi secara professional dan kreatif.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan

untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai

Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia

boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu

menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam

tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau

cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang

disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh

mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan

yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati

serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,

bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan

sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru

menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman

terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian

pelajaran. Tanggungjawab guru pada abad ke-21 ini lebih mencabar berbanding guru pada

dekad sebelumnya. Cabaran daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan

perkembangan ICT menuntut semua insan yang bergelar guru terus gigih berusaha bagi

menghasilkan anak didik yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia dan mampu bersaing

pada peringkat tempatan dan global.

Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini

menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan

integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja

mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan

membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara

adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan

guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi

mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini.

Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain

yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa,

menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi

kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok

dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 

Page 11: etika 2

Di dalam sebuah masyarakat yang sedang membangun, guru juga diharapkan

menjadi agen pembangunan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha menanam sikap,

nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru kea rah yang ingin dibentuk oleh

masyarakat. Biasanya guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut :

1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran sekolah.

2. Kawalan sosial di sekolah.

3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda mengikut garis panduan

sekolah.

4. Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid.

5. Pengelolaan gerakerja kokurikulum.

6. Pembimbing kepada murid, khasnya pemilihan kerjaya dan bidang pengajian

pengkhususan.

Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan

nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau

majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-

pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan

baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan

atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.

Komited Terhadap Kerjaya.

Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya.

Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh

terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu

kerja atau khidmat yang cemerlang.

Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih

kecemerlangan dalam kerja.  Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat

mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak

Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang

dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan

kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang

tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk

di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited

dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang

mulia dan berkedudukan.

Page 12: etika 2

8. Jujur

Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di

antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang

berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala

perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam

setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.

9. Bersyukur

Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang

diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah

nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang

bermaksud :

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu

bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya

azab-Ku amatlah keras"

(Surah Ibrahim Ayat 7)

Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya

dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan

kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur

Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah

dikurniakankepada hambaNya.

Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah

di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan

berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk

mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi

dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam

bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan

apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.

Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah

kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan

rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

10. Pengurusan Masa

Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana

salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan.

Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping

memudahkan segala urusan kerja.

Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam

masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan,

Page 13: etika 2

sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan

sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu

rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan

beribadat dengan selesa.

11. Menilai Diri (Muhasabah)

Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita

lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan

sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu

tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu

menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan

(untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.

Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan

negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai

anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur

kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan

kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada

agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.

7.Peranan Pendidikan Dalam Menangani Rasuah

            Pendidikan adalah salah satu medium perantaaran yang dapat mendedahkan

tentang kepentingan dalam menangani gejala rasuah dalam masyarakat. Intititusi

pendidikan menjadi wadah penyampaian kepada pelajar-pelajar berkenaan dengan gejala

rasuah ini. Pelajar-pelajar mungkin mempunyai gambaran dan pengetahuan tentang isu

rasuah, ianya boleh didalami lagi dengan adanya pendekatan pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas atau melalui pencari mereka untuk menyiapkan sesuatu kerja kursus yang

diberikan

            Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan tentang kepentingan

pendidikan rasuah ini. Ini dapat dibuktikan dengan adanya Surat Pekeliling Iktisas Bil

17/1998 Memasukkan Elemen Pencegahann Rasuah Dalam Pendidikan Sekolah Dan

Intitusi Pengajian Tinggi bertarikh 14 Ogos 2008. Tujuan Surat Pekeliling ini dikeluarkan

agar setiap sekolah dan intitusi pengajian tinggi perlu memasukan elemen rasuah dalam

kurikulum seperti mana yang telah dipersetujui dalam MesyuaratJawatankuasa Kabinet

Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98.

            Dalam perkara dua yang dinyatakan dalam pekeliling iktisas ini ialah untuk

meningkat dan mengukuhkan usaha penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar bagi

mencegah gejala rasuah dan lain-lain salah laku. Sekolah-sekolah hendaklah mengambil

langkah-langkah seperti berikut:

i. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui

Page 14: etika 2

pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;

ii. Memperkemas dan memperkukuhkan mata pelajaran Pendidikan Islam

dan Pendidikan Moral;

iii. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh

dibincangkan adalah seperti berikut:

a. Definisi dan tafsiran rasuah;

b. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;

c. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;

d. Cara-cara menangani gejala rasuah;

e. Kesalahan dan hukuman rasuah.

Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

         Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku

melalui kegiatan kokurikulum;

         Menentukan setiap guru di sekolah menjadi "role model" yang baik dan segi amalan dan

tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.

            Kini elemen rasuah telah diserapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4.

Dalam matapelajaran ini pelajar-pelajar lebih ditekankan dengan lebih terpeinci lagi

berkenaan dengan etika dan elemen rasuah. Topik yang membincangankan hal-hal ini ialah

topik Cabaran Masa Depan. Ianya merangkumi sub-sub topik yang menekankan tentang

membina budaya kerja yang cemerlang ke arah kemakmuran negara dari segi etika kerja

dan rasuah sifar. Guru-guru akan mengadakan aktiviti yang sesuai berkenaan dengan sub

topik yang diberikan dan aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar mengetahui lebih

lanjut  tentang gejala rasuah dan etika kerja.

            Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Badan Pencegahan

Rasuah saling berkerjasama bagi memastikan pelajar-pelajar di sekolah memahami tentang

bahaya jenayah rasuah. Menurut Ahmad Khusairi Bin Yahya Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat BPR  dalam artikalnya bertajuk Melahirkan

Generasi Muda Benci Rasuah menyatakan  Langkah pertama dianjurkan Kementerian

Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan rasuah

dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan

elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan

Islam. Ini bermakna KPM bersungguh-sungguh dan serius dalam melaksanakan penerapan

elemen pencegahan rasuah ini di dalam bidang pendidikan.

            Kerjasama antara BPR dan KPM tidak terhenti di situ, banyak seminar dan bengkel

yang dianjurkan kepada pengurusan sekolah dan guru-guru bagi penerapan elemen rasuah

Page 15: etika 2

ini. Bermula 2002, seramai 969 guru kaunseling sekolah menengah dari seluruh negara

dipilih mengikuti Seminar Peranan Kaunselor Dalam Pendidikan Pencegahan Rasuah di

Peringkat Sekolah. Bukan sahaja guru kaunselor didedahkan dengan elemen pencegahan

rasuah ini , malahan pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua dan guru besar turut

mengikuti seminar berkenaan. Pada 2003, 340 pengetua telah dipilih mengikuti seminar

yang sama, manakala 500 pengetua dan guru besar mengikuti program yang sama.

Kempen pendidikan pencegahan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004

menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang

dianjurkan Bahagaian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kukurikulum,

Kementerian Pelajaran. Seramai 382 guru yang terdiri daripada jemaah Nazir Sekolah,

pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan

Moral, telah mengikutinya. Pelajar sekolah juga mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan

oleh KPM dan BPR antara aktiviti yang dianjurkan antaranya mengarang esei bagi pelajar

sekolah menengah dan pertandingan pidato dan perbahasan berkenaan dengan 

pencegahan gejala rasuah.

7.1 Kepentingan Pendidikan Rasuah

Hasil daripada bengkel dan seminar yang dianjurkan banyak pandangan dan dapatan

yang dirumuskan oleh peserta-peserta bengkel dan seminar mengenai elemen pencegahan

rasuah diserapkan dalam kurikulum sekolah. Antara faedah-faedah yang dinyatakan

antaranya:-

1.      Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran guru berhubung kesalahan

rasuah dari segi teori dan praktikal.

2.      Menyediakan ruang dan peluang untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan

berhubung tatacara menerapkan elemen antirasuah dalam kurikulum pendidikan.

3.      Memberi peluang guru bertanyakan soalan, permasalahan dan kemusykilan berhubung

kesalahan rasuah dan mendapat maklumat tepat daripada pegawai BPR.

4.      Forum untuk menjalinkan hubungan silaturrahim antara pendidik dengan pegawai BPR

serta saling bertukar maklumat.

5.      Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan maklumat berhubung

kesalahan rasuah kepada pelajar.

6.      Memperolehi bahan rujukan dan risalah bercetak sebagai maklumat tambahan dalam

proses pembelajaran dan pengajaran.

Faedah-faedah yang dinyatakan tadi, sedikit sebanyak ianya memberi gambaran yang

menyeluruh kepada guru-guru berkenaan dengan gejala rasuah. Guru-guru jugu dapat

menyalurkan maklumat yang tepat dan betul dengan adanya pengetahuan tentang

permasalahan gejala rasuah ini. Guru-guru juga menegtahui betapa peripentingnya

Page 16: etika 2

menyampaikan pendidikan tentang rasuah kepada pelajar-pelajar kerana ianya merosakkan

identiti masyarakat itu sendiri.

Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering diperkatakan.Antarannya iaitu

perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai suatu pemberian yang dberikan kepada

seseorang untuk melakukan sesuatu yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.

            Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin berleluasa

sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam pekerjaan.Nilai-nilai etika

yang semakin hilang yang mana suatu ketika dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa

arus kemodenan.

            Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang berdasarkan

Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani dan emosi.Bertepatan dengan

kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan etika dengan amalan rasuah,maka etika yang

diterapkan dari alam persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar

bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat melanda diri individu nanti.Sekiranya

individu tersebut berakhlak mulia dan beretika mereka boleh menghindarkan diri dari etika

salahlaku pada masa akan datang.

            Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah suatu naluri

yang sentiasa ada pada kita sebagai insan biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah

besar,pakaian mahal dan sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam

etika yang mulia semenjak perigkat sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka

dari terlibat dengan amalan rasuah yang  sememangnya merupakan jalan penyelesaian

yang mudah untuk mendapatkan sesutu yang diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di

alam persekolahan merupakan penghalang bagi mereka terjerumus kepada  kancah sosial

yang tidak  bermoral.

            Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi umpamanya

murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya UPSR telah ditawarkan sejumlah

wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun

daripada badan-badan tertentu dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam

pekerjaan.Bagi murid tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar

nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai yang kurang baik

dan tidak beretika  yang patut diamalkan.

            Jelas sekali,apabila  menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi berlakunya jenayah

etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus kemodenan pada hari ni menuntut mereka

melakukan aktivti tidah sihat contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa

kini.Ada pihak yang menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti

‘money launering’ serata dunia melalui kad kredit via komputer dan sebagainya.

Page 17: etika 2

            Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat sekaolah rendah

hingga keperingkat universiti menanamkan sikap jujur,amanah,bertanggungjawab dan

sebagainya,merupakan halangan bagi mereka untuk melakukan jenayah etika yang

seringkali kita dengar melalui media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan

beretika merupakan penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi

kesan kepada negara,masyarakat,keluarga serta individu.

Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para professional supaya

mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada

untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika

kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat

yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu

melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi

dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu,

faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-

undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya

mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu

melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai yang baik,

maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang. Amalan rasuah yang

berlaku perlu dibenteras daripada  semakin berleluasa kerana ianya adalah satu amalan

yang patut dijauhi dan perlu dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang

bertentangan dengan nilai etika,namun ia massih dilakukan oleh segelintir manusia yang

inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam jenayah rasuah ini,jalan penyelesaian

yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan agama yang kukuh.

Akhir kata, gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam semangat

kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab sosiol mestilah

diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang seimbang.

Kesimpulan

Etika membentuk satu tingkah laku yang positif dan mampu memperbaiki potensi

sesetengah individu pada satu-satu masa. Sekiranya prinsip dan disiplin sering kali diikuti

ianya membantu individu berkenaan melangkah lebih jauh tidak kira dalam apa jua bidang

sekali pun.

Etika kerja yang digariskan bukan untuk membebankan individu, ianya membantu

setiap individu dalam bidang tertentu untuk lebih komited dan memupuk akautebiliti dalam

menjalankan sesuatu kerja yang dijalankan. Ini dapat dihuraikan dengan adanya Kod Etika

Page 18: etika 2

Perguruan, kod ini bukan untuk membebankan guru-guru malahan ianya menjadi satu kayu

ukur bagi guru-guru memperbaiki tatasusila dan tingah laku sebagai penjawat awam.

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional supaya

mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada

untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan

peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun etika kerja ini perlu mempunyai mekanisma yang tersendiri bagi mengawal tingkah

laku individu yang banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor kendiri, persekitaran dan

sebagainya.

Etika ini juga perlu bertitik tolak dengan konsep pendidikan yang dijalankan di rumah,

di sekolah ataupun pusat pengajian tinggi. Corak pendidikan dan pendekatan yang

digunakan dapat mempengaruhi individu lebih beretika dan bertanggungjawab dalam

tugasan yang diberikan. Pendidikan perlulah menjadi satu wadah pembentukan modal insan

bagi melahirkan generasi yang bermoral dan beretika. Ajaran agama juga penting dan ianya

antara tunjang utama pembentukan individu yang berjaya dan cemerlang. Masalah-masalah

yang tidak bermoral seperti gejala rasuah dapat diatasi dengan pendedahan yang tepat dan

betul tentang tingkah laku yang tidak bermoral.

Hilang akauntebiliti dan intergriti dalam organisasi juga menyumbang kepada

permasalahan etika. Kerjasama dan kerja berpasukan hendaklah dipupuk dalam organisasi

bagi memupuk satu budaya kerja yang komprehensif dan berdaya saing antara satu sama

lain. Sikap mementingkan diri sendiri haruslah dibuang dan hindakan bagi menjaga nama

baik organisasi dan masyarakat amnya. Pelakuan yang tidak bermoral yang ditunjukkan

contohnya rasuah ini perlu dihakis supaya ianya tidak merebak kepada generasi akan

datang.

Kepentingan etika ini kini menjadi penting dan perlu difamahi dan dipelajari oleh

setiap individu. Masyarakat kini sudah peka dan perihatin tentang permasalahan yang

berlaku melibatkan etika dan perbuatan yang tidak bermoral. “Tepuk dada tanyalah selera

atau tepuk dada tanyalah iman” ini semuanya tertakluk kepada induvidu itu sendiri. Panduan

dan prinsip-prinsip tentang etika telah digariskan dan dirangka, sekiranya individu berkenaan

tidak berubah ini bermakna kod etika yang dirangka hanya sekadar diatas kertas sahaja dan

ianya tidak diperakui oleh setiap individu.

Bertepatanlah dengan Firman Allah “ Aku tidak mengubah sesuatu kaum itu,

sekiranya kaum itu tidak mengubah dirinya sendiri”. Ini bermakna setiap individu perlu

mengubah paradigma untuk menjadikan diri seorang yang beretika, bermoral, berilmu dan

beramal.

9. Cadangan

Page 19: etika 2

Cadangan berkenaan dengan etika ini dapat dihuraikan kepada dua bentuk iaitu

alam pengajian dan alam pekerjaan.

Di dalam alam pengajian cadangan supaya diadakan penekanan yang  lebih kepada

isu-isu yang tidak bermoral dan tidak beretika. Contohnya di sekolah disiplin yang dirangka

di sekolah mampu mengelak pelajar-pelajar ini daripada berlakuan yang tidak bermoral.

Sekolah kini tak menyelaraskan disiplin dan undang di sekolah. Ada kadang kalanya ianya

hanya sebuah buku disiplin  sahaja dan perlaksaannya masih tidak mencukupi. Cadangan

agar penetapan disiplin ini perlu diperbincangankan dan diselaraskan dahulu di semua

sekolah Penyelarasan disiplin dianjurkan olen Jabatan Pengajaran Negeri dan digunapakai

oleh negeri berkenaan serta dikawal selia oleh KPM. Dengan cara ini membentukan disiplin

dan prinsip etika itu dapat dipupuk  dengan baik dengan pelarasan yang dibuat itu tadi.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga berjaya memasukkan elemen–elemen

yang berkenaan dengan etika dan rasuah di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan,

namun ianya hanya melibatkan satu bab sahaja dan aktiviti yang dicadangkan berkenaan

dengan rasuah hanyalah gunting dan tampal gejala-gejala rasuah. Cadangan agar PPK

lebih merangka satu aktiviti yang lebih mencabar contohnya membuat soal selidik ataupun

kerja kursus yang melibatkan etika dan gejala rasuah. Walaubagaimanapun, penghargaan

perlu diberikan kepada KPM dan PPK dalam mengenal pasti dan penerapan nilai-nilai etika

dalam kurikulum sekolah kini.

            Dalam konteks alam perkerjaan pula, pendedahan tentang etika kerja kepada

pekerja baru harus ditekankan. Penekanan yang lebih berkenaan dengan konsep intergriti

dan akauntebiliti perlulah dititik beratkan oleh pihak majikan dan organisasi . Pengenalan

tentang perkara ini dapat membantu dalam pembentukan satu pekerja yang beretika dan

bertanggungjawab.

RUJUKAN

1. Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra karya: falsafah, nilai dan etika dalam

perkhidmatan awam. Kuala Lumpur: INTAN.

2. Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur

3. Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional Ethics

4. Pusat Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan

Kenegaraan Tingkatan 4

5. Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian Pembangunan

Dan Kompetensi Penilaian KPM.