esei

Upload: ben-segaran

Post on 08-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdp

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN

Pascamodenisasi ini, pendidikan di negara kita mengalami perubahan dan kemajuan yang amat pesat. Perubahan ini boleh dikatakan dari aspek pendemokrasian pendidikan, persaingan yang drastik sebagai usaha ke arah mencapai objektif menjadikan sistem pendidikan Malaysia ke bertaraf dunia. Bagi mencapai matlamatnya semua sekolah dan pusat pengajian tinggi haruslah turun padang bagi berganding bahu dengan kerajaan untuk memberi taraf pendidikan yang mencabar kemahiran intelek yang tinggi para pelajar supaya mereka dapat sesuaikan diri bagi menghadapi dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran. Selain itu, dengan ini mereka juga dapat mengetahui kemahiran yang kompleks yang mendalam selain daripada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Pendidikan merupakan satu proses yang setiap orang melalui sejak dilahirkan hinggalah menjadi tua. Ia merupakan satu proses yang tidak mempunyai sempadan. Kita boleh mempelajari pendidikan secara formal atau tidak formal dalam sepanjang kehidupan seharian kita. Sebagai contohnya, seorang bayi akan mula bertutur mengikut apa yang ia lihat daripada ibu bapanya. Ini merupakan proses bukan formal manakala apabila bayi itu mencapai usia tujuh tahun dia akan menerusi pelajaran secara formal di sekolah dengan apa diajar oleh guru. Di sinilah guru memainkan peranan yang sangat penting dimana menjadi ibu bapa yang kedua kepada para murid-murid yang baru sahaja memijak alam pendidikan. Seorang guru perlu memastikan persekitaran, hubungan dengan murid dan semua aspek lain yang melibatkan para murid-murid kerana ia merupakan aspek yang sangat penting bagi setiap guru.

1.1 KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan dapat dilihat dari pelbagai sudut. Ia merupakan suatu gabungan seluruh iaitu mengandungi komponen pendidikan seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan. Pertamanya, mari kita melihat apa yang dimaksudkan dengan seni. Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.

Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi.

Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan.Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang.Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan.Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :i.Keinginan untuk bergerakii.Keinginan untuk berjayaiii.Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebayaiv.Keinginan untuk bersaingv.Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikalvi.Keinginan untuk mengembaravii.Keinginan untuk memperoleh daya penarikviii.Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativitiix.Keinginan untuk mengetahui

Seperti mana yang kita mengetahui bahawa seni dalam pendidikan merupakan gabungan 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Salah satu konsep penting mengenai seni dalam pendidikan ialah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat diajar atau diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain seperti bahasa melayu, sejarah dan sebagainya. Intergrasi ketiga- tiga kemahiran ini dapat mengembangkan minda secara luas serta meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang murid.

Membantu guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.

Guru dapat mencapai objektif pengajaran dan memberi input kepada murid-murid.

Bagaimana SDP membantu guru dan murid dalam proses pengajaan dan pembelajaran???

Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.

Intergrasi dengan mata pelajaran lain dapat mengimbangkan otak kiri dan kanan.

Mendorong murid-murid menggunakan imaginasi,inkuiri,kecerdasan pelbagai.

Murid-murid dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Memudahkan murid untuk mengingat kandungan pembelajaran.

Membantu melatih minda murid supaya menjadi kreatf dan aktif.

Pertamanya, mari kita melihat bagaiman seni dalam pendidikan dapat membantu guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi mata pelajaran yang mengajar di sekolah rendah. Pengintergrasian seni dalam pendidikan dalam mata pelajaran yang hendak diajar dapat membantu guru untuk menjalanka proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan mudah. Hal ini demikan kerana, apabila guru merancang rancangan pembelajaran harian seawal sebelum mengajar guru dapat merancang dengan baik melalui memasuki tiga elemen yang berbeza iaitu seni,muzik dan pergerakan. Dengan ini, guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Sebagai contohnya, bagi mengajar matapelajaran bahasa melayu, guru menunjukkan video suku kata menggunakan perisian youtube akan menarik perhatian murid dan mewujudkan suasana untuk melibatkan diri dengan aktif apabila guru mengajar.

Di samping itu, apabila guru mengajar menggunakan tiga elemen yang berbeza ia dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan memberi input kepada murid-murid. Ini kerana, pengabungan elemen seperti muzik dan pergerakan dapat menyebabkan murid berasa teruja dan akan memberi respons yang baik kepada guru. Secara tidak langsung murid-murid akan mendapat input yang guru memberikan dengan mudah. Sebagai contohnya, bagi mata pelajaran pendidikan jasmani guru menggunakan iringan muzik untuk mengajar pergerakan kreatif kepada murid-murid dapat merangsang minat murid dan melibatkan mereka secara menyeluruh.

Tambahan pula, seni dalam pendidikan dapat memainkan peranan penting dalam membantu guru untuk membentuk murid yang bersifat holistik. Ia juga membantu guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. Semasa pengajaran dan pembelajaran guru dapat mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dalam satu waktu sesi pengajarn dan pembelajaran. Sebagai contohnya, kaedah demonstrasi dan kaedah tayangan video dapat diaplikasikan dalam masa yang sama untuk mengajar murid-murid cara untuk mencuci tangan dengan betul. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang lain seperti kaedah kuliah, pembelajaran masteri, pembelajaran berbantukan computer dan sebagainya boleh digabungkan dalam menyampaikan tiga elemen yang berbeza.

Seni dalam pendidikan juga dapat membantu murid untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pertamanya ialah, mendorong murid-murid menggunakan imaginasi,inkuiri,kecerdasan pelbagai.

Selain itu, seni dalam pendidikan dapat memudahkan murid untuk mengingat apa yang diajar oleh guru. Hal ini kerana, murid akan lebih mengingat lembaran visual daripada lembaran tulisan. Pelbagai warna yang terdapat dalam visual akan membantu merangsang minat murid dan mereka akan lebih suka kepada perkara yang berwarna warni. Ini dapat membantu mereka untuk mengingat mudah apabila guru mengajarinya. Sebagai contonhya, bagi mata pelajaran sejarah yang baru diperkenalkan bagi tahun empat mulai 2014, akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menaakul kandungan kerana sejarah meliputi banyak fakta. Guru yang mengintergrasikan elemen seni dalam pendidikan kepada sejarah dapat membantu murid untuk visualasikan fakta tersebut dalam gambar dan ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka dapat berpeluang untuk merasai peristiwa- peristiwa sejarah melalui tayangan video berserta dengan iringan muzik dan juga gambar- gambar yang berkaitan dengan mata pelajaran.

Melatih minda murid supaya menjadi kreatif dan aktif juga salah satu cara seni dalam pendidikan membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.