esei

11
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR PSV3073E 1.0 PENDAHULUAN Tugasan Projek Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR ini merupakan salah satu ruang yang membantu guru-guru pelatih untuk mempersiapkan diri mereka sebelum menghadiri praktikum di sekolah pada masa akan datang. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan guru pelatih untuk membanding bezakan pelbagai pendekatan yang digunakan dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, menyediakan rancangan tahunan, rancangan pengajaran harian dan pembelajaran PSV mengikut format terkini. Disamping itu, dalam penyediaan RPH guru pelatih perlu mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV dengan nilai-nilai murni. Selain itu, guru pelatih juga perlu menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang kreatif dan inovatif bersesuaian dengan RPH yang dirancang. Seterusnya, guru pelatih juga perlu melaksanakan pengajaran makro@mikro teaching berdasarkan RPH yang dirancang. Dengan itu, tugasan yang diberikan ini keseluruhannya merupakan tugasan yang dapat memberikan informasi kepada guru pelatih bagi memantapkan diri mereka sebelum menghadapi murid-murid di sekolah yang lebih mencabar dan menarik. [AUTHOR NAME] 1

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 01-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR

PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSRPSV3073E

1.0 PENDAHULUANTugasan Projek Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR ini merupakan salah satu ruang yang membantu guru-guru pelatih untuk mempersiapkan diri mereka sebelum menghadiri praktikum di sekolah pada masa akan datang. Selain itu, tugasan ini juga memerlukan guru pelatih untuk membanding bezakan pelbagai pendekatan yang digunakan dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, menyediakan rancangan tahunan, rancangan pengajaran harian dan pembelajaran PSV mengikut format terkini. Disamping itu, dalam penyediaan RPH guru pelatih perlu mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV dengan nilai-nilai murni. Selain itu, guru pelatih juga perlu menghasilkan Bahan Bantu Mengajar yang kreatif dan inovatif bersesuaian dengan RPH yang dirancang. Seterusnya, guru pelatih juga perlu melaksanakan pengajaran makro@mikro teaching berdasarkan RPH yang dirancang. Dengan itu, tugasan yang diberikan ini keseluruhannya merupakan tugasan yang dapat memberikan informasi kepada guru pelatih bagi memantapkan diri mereka sebelum menghadapi murid-murid di sekolah yang lebih mencabar dan menarik.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian ini memfokuskan kepada pelajar tahun 4. Bidang yang dilaksanakan ialah menggambar dan aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti membuat mozek. Tema yang dipilih oleh guru pelatih ialah bertemakan alam semula jadi dan memilih tajuk Ikan Kesayanganku yang sesuai untuk dilakukan bersama pelajar tahun empat kSSR. Tempoh masa yang diperuntukkan untuk keseluruhan aktiviti ialah selama 60 minit. 2.1 PERSEPSI ESTETIKSebelum memulakan sesi induksi guru terlebih dahulu bertanya khabar pelajar, bertanya tarikh dan hari kepada pelajar bagi memastikan pelajar peka kepada guru. Dalam bahagian persepsi seni ini guru telah mennggunakan pendekatan KBSR iaitu pendekatan humanistik yang menurut Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka. Oleh itu guru telah menyediakan video animasi bertajuk ikan kekek sebagai satu set induksi bagi menarik minat dan perasaan ingin tahu para pelajar. Strategi yang digunakan dalam persepsi seni adalah berunsurkan Teknologi Dan Maklumat iaitu dengan penggunaan video animasi lagu ikan kekek yang berdurasi selama 2 minit. Seterusnya, guru menerangkan kepada para pelajar berkenaan isi pelajaran yang akan di pelajari pada tempoh masa sejam iaitu definisi mozek yang merupakan satu aktiviti guntingan, susunan dan tampalan tanpa bertindih antara satu sama lain ini bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih baik. Seterusnya guru akan menerangkan kepada pelajar berkenaan jenis-jenis warna asas yang digunakan iaitu warna merah, biru dan kuning yang akan digunakan dalam sesi menampal mozek ini. Seterusnya bagi mendapatkan gambaran yang lebih baik kepada pelajar mengenai pembelajaran mozek ini maka guru menunjukkan contoh gambar mozek yang telah siap dihasilkan sebagai bahan bantu belajar kepada murid-murid supaya dapat membantu pelajar-pelajar berfikir dengan lebih kreatif dalam menghasilkan karya tersebut. Kaedah yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini adalah kaedah projek iaitu pelajar diberi arahan untuk menghasilkan sebuah karya mozek ikan seperti yang ditunjukkan oleh guru. Selain itu, teknik yang digunakan oleh guru di dalam RPH ini ialah menggunakan Sumber Bahan Pengajaran dan Pembelajaran seperti video animasi dan gambar mozek ikan dalam sesi induksi yang berjalan selama 5 minit.

2.2 APLIKASI SENI Seterusnya setelah tamat sesi persepsi estetik guru akan meneruskan sesi pembelajaran dengan memfokuskan kepada bahagian seterusnya iaitu bahagian aplikasi seni. Pada bahagian ini guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan cara menampal mozek mengikut ruang yang disediakan dan memastikan pelajar tidak menampal kertas mozek tersebut dalam keadaan menindih di antara kertas warna yang berada di bahagian bawah dan kertas warna di bahagian atas. Pada peringkat pertama guru akan menyatakan kepada para pelajar mengenai media yang digunakan dalam aktiviti menghasilkan karya mozek ini. Antara media yang akan digunakan adalah gunting, gam, kertas warna, pembaris dan kertas lukisan. Kesemua media ini seharusnya pelajar miliki dalam aktiviti ini supaya proses menghasilkan karya ini dapat berjalan dengan lancar sehingga tamat waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). namun begitu bagi memastikan setiap aktiviti yang dijalankan berjalan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan maka guru telah menyediakan gambar ikan di atas kertas lukisan yang berukuran A3 dan diagih-agihkan kepada setiap para pelajar di dalam kelas tersebut. Dalam gambar lukisan itu guru telah membuat garisan yang berbentuk kotak dengan ukuran empat segi sama, ini supaya memudahkan sesi penampalan oleh para pelajar disamping karya tersebut akan kelihatan tersusun malahan memiliki nilai estetika yang tinggi setelah siap dihasilkan. Seterusnya, guru menunjuk cara menampal kertas warna tersebut dengan bantuan slaid supaya menjimatkan masa disamping kaedah ini yang seiring dengan arus globalisasi kini. Selain itu, guru juga telah menyediakan potongan2 kertas warna yang berbentuk segi empat sama yang diberikan kepada setiap pelajar dalam bentuk surat berwarna merah, biru dan kuning. Di dalam setiap surat tersebut telah di isikan dengan kertas warna yang telah siap dipotong berbentuk segi empat sama mengikut warna surat tersebut. Ini kerana bagi menjimatkan masa p&p tanpa memerlukan para pelajar untuk memotong kertas warna tersebut yang tentunya akan mengambil masa yang lama hingga mengganggu waktu p&p yang telah dirancang oleh guru. Selain itu, pendekatan yang digunakan oleh guru dalam bahagian aplikasi seni ini adalah pendekatan DBAE ( Discipline-Based Art Education) iaitu setiap proses penghasilan mozek ikan dalam keadaan tersusun yang memerlukan setiap pelajar mengikut langkah-langkah yang telah disediakan oleh guru bagi mencapai hasil yang memberangsangkan. Selain itu, strategi yang digunakan oleh guru dalam bahagian Persepsi estetik adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini dapat dilihhat dengan penggunaan slaid yang menunjukkan langkah-langkah penghasilan mozek ikan tersebut kepada para pelajar bagi menjimatkan masa serta memudahkan setiap pelajar untuk melihat dengan lebih jelas langkah-langkah tersebut. Disamping itu, penggunaan slaid dalam pembelajaran merupakan salah satu langkah bagi memastikan pengajaran guru kini seiring dengan arus globalisasi kini. Seterusnya, kaedah yang digunakan pada bahagian ini adalah kaedah individu yang memerlukan setiap pelajar untuk memahami penerangan yang diberikan oleh guru bagi memudahkan mereka melaksanakan dengan sendiri aktiviti penampalan kertas warna di atas gambar ikan tersebut. Ini kerana setiap langkah adalah penting supaya para pelajar dapat menghasilkan satu karya seiring dengan objektif pembelajaran yang dicapai oleh guru. Seterusnya teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi ini adalah teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P & P, ini dapat dilihat dengan penggunaan slaid sebagai bahan bantu belajar, kertas lukisan gamabr ikan dan kertas warna yang siap dipotong oleh guru amat membantu dalam sesi penerangan supaya pelajar dapat melaksanakan mozek ikan tersebut dengan baik dan tersusun mengikut arahan yang telah diberikan. 2.3 EKSPRESI KREATIF Disamping itu, pada bahagian ekspresi kreatif merupakan bahagian yang memerlukan para pelajar melaksanakan aktiviti mozek dengan biimbingan guru. Pada langkah pertama para pelajar telah melihat langkah perlaksanaan mozek satu-persatu melalui slaid yang ditunjukkan oleh guru maka pelajar-pelajar perlu melakukan aktiviti menampal dengan mengikut kreativiti masing-masing. Namun begitu pada bahagian perut ikan pelajar perlu menampal kertas bewarna kuning, kepala ikan berwarna merah dan sisik ikan bewarna biru seiring dengan panduan yang telah diberikan oleh guru. Namun begitu pelajar bebas untuk menampal mana-mana sahaja bahagian ikan tersebut terlebih dahulu. Namun begitu setiap pelajar akan dipantau dan dibimbing oleh guru dalam proses penghasilan mozek ikan tersebut. Selin itu, guru perlu memastikan setiap pelajar menampal kertas warna tersebut dengan susunan mozek yang betul tanpa menindihkan kertas warna tersebut di antara satu sama lain. Guru juga akan membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam menggunting kertas warna yang telah ditampal supaya mengikut alur lukisan ikan tersebut. Aktiviti ini memerlukan pelajar untuk menghasilkan karya mereka dalam tempoh masa 25 minit, oleh itu sekiranya terdapat pelajar yang masih belum menyelesaikan karya mereka dalam tempoh masa tersebut maka karya mereka masih dikumpul oleh guru. Setelah setiap pelajar selesai melaksanakan karya mereka maka mereka bebas untuk menghias ikan tersebut mengikut kreativiti masing-masing bagi menambahkan lagi nilai estetika karya mozek ikan mereka. Pendekatan yang digunakan oleh guru pada bahagian ini adalah pendekatan Chapman, yang mempunyai empat aspek iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan berlanjutan. Pemerhatian pertama telah dilakukan pada peringkat aplikasi seni, seterusnya penerokaan dilakukan oleh setiap pelajar dalam proses menampal kertas warna mengikut cara mozek iaitu tampalan dengan tersusun dan tidak menampal dengan cara penindihan. Seterusnya penghasilan pada peringkat akhir setelah kesemua pelajar selesai dengan hasil karya masing-masing. Strategi yang digunakan oleh guru dalam peringkat adalah kemahiran berfikir iaitu kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Dalam proses penghasilan karya mozek ini pelajar berfikir dengan sendiri untuk menampal karya yang menarik dengan mempunyai daya estetika yang tinggi. Pelajar juga berfikir bagaimana untuk memotong kertas warna yang disediakan supaya tidak bertindih dengan kertas warna yang lain. Seterusnya, kaedah yang ditekankan dalam aktiviti ini adalah kaedah projek iaitu pelajar menghasilkan sebuah karya mozek ikan yang cantik dan menarik sebagai projek mereka. Hasil akhir daripada penghasilan karya mozek ini akan dinilai dan pelajar dapat mengenalpasti tahap kreativiti mereka setelah siap dinilai hasil karya masing-masing. Disamping itu, teknik yang terdapat dalam peringkat ini ialah teknik tunjuk cara iaitu, guru membantu para pelajar dengan menunjukan kepada setiap pelajar cara untuk menampal dengan baik, cara memotong kertas warna dan cara untuk menghasilkan karya yang cantik dan menarik.

2.4 APLIKASI SENI

Seterusnya bagi sesi apresiasi seni pula guru dan pelajar bersama-sama memainkan peranan yang penting bagi mendapat impak ke atas semua aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini. Dalam sesi penutup setiap pelajar akan mampu menceritakan pengalaman mereka ketika menghasilkan karya mozek ini. Guru akan memilih salah seorang pelajar untuk menceritakan pengalamannya ketika menghasilkan karya mozek ini. Guru akan mengumpulkan semua karya mozek pelajar dan menilai karya yang menarik untuk dijadikan contoh kepada semua murid. Seterusnya karya-karya tersebut akan dipulangkan semula kepada setiap pelajar. Seterusnya guru akan membukan tayang slide video ikan kekek kepada pelajar disamping itu setiap pelajar akan memegang karya masing dan sama-sama menyanyikan lagu ikan kekek mengikut video tersebut. Seterusnya pendekatan yang digunakan oleh guru dalam sesi ini ialah pendekatan chapman, dalam sesi akhir ini guru dan pelajar menilai karya yang telah siap dihasilkan bersama-sama dan hasil karya yang menarik akan menjadi contoh kepada pelajar yang lain . strategi yang digunakan dalam sesi ini ialah Kajian Masa Depan iaitu suatu cara untuk memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau perkara dan peristiwa yang telak berlaku dan sedang berlaku. Strategi ini dapat membantu menyedarkan dan merangsang minda untuk berfikir tentang perkara yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Oleh yang demikian, bagi mencapai tahap pemikiran tersebut, murid akan diajar berfikir untuk meramal sesuatu yang didasarkan kepada nilai positif. setiap pelajar akan berfikir akan tanggungjawab mereka dalam memastikan penjagaan alam sekitar ini disamping memastikan generasi akan dating masih lagi mampu mengenal dan melihat haiwan-haiwan pada masa akan datang. Kaedah yang digunakan dalam sesi ini ialah kaedah individu iaitu setiap pelajar dinilai oleh guru mengenai hasil karya mereka disamping itu, setiap pelajar tahap kreatviti diri mereka. Teknik yang digunakan pula ialah teknik sumber bahan P & P yang di akhir sesi guru menayangkan video ikan kekek dan pelajar bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. Disamping itu, pelajar juga memegang hasil karya mereka ketika menyanyikan lagu tersebut.

3.0 PENUTUPKesimpulannya, hasil daripada melakukan tugasan projek ini maka guru pelatih mendapat pendedahan bagaimana untuk menghasilkan sebuah RPH yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah. Selain itu, guru pelatih juga dapat mengenalpasti Rancangan Tahunan yang telah dirancang oleh kementerian pendidikan yang akan digunakan di sekolah untuk memastikan setiap guru menjalankan proses P&P mengikut keselarasan yang telah ditetapkan supaya silibus yang ingin di ajar kepada murid-murid di sekolah dapat dijalankan dengan lancer dan tersusun. Seterusnya, guru pelatih juga dapat melatih keyakinan diri untuk berada di khalayak ramai tanpa merasa gementar dalam sesi pengajaran mikro@makro teaching yang banyak membantu guru pelatih dalam proses persediaan sebelum bertemu dengan murid-murid sekolah yang sebenar. Disamping itu, penghasilan BBM dalam membantu menarik minat pelajar dan memahami objektif pelajaran dengan lebih berkesan malahan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan pelbagai jenis BBM untuk diaplikasikan di dalam proses P&P. berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga sebaliknya. Justeru, bagi memberikan pembelajaran yang meninggalkan kesan terhadap pelajar di sekolah maka amat penting untuk guru mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan seiring dengan RPH yang dirancang.

[Author Name]

7