esei sains obeysiti

Upload: yow-jing-pei

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Esei Sains obeysiti

    1/4

    Esei Sains : Obesiti

    OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah

    yang cukup merisaukan di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan

    menjadi permasalahan yang cukup berat, kerana keinginan untuk tampil sempurna

    yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik,

    merupakan idaman bagi mereka.

    Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di televisyen, surat

    khabar dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang

    langsing dan iklan pelbagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk

    merampingkan tubuh.

    Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-

    perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan,remaja lelaki juga takut menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih

    dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian

    lawan jenis. Ramai remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuhnya ideal

    (menjadi sedikit berotot atau kekar) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian

    remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

    Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai seksaan.

    Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan

    atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk memperlariskanbarangan dagangan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini,

    tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit

    yang seringkali dihadapi remaja dan juga termasuk orang dewasa.

    Hal ini tercermin dalam banyak dana yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli

    ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat

    badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang

    disebabkan oleh penumpukan adipose (adipocytes: jaringan lemak khusus yang

    disimpan tubuh) secara berlebihan. Jadi obesiti adalah keadaan di mana seseorang

    memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan

    terjadinya penumpukan lemak di tubuhnya.

    Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja bertindak secara berlebihan.

    Seringkali pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet yang

    ketat dan mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata

    kegemukan tubuh tidak kunjung susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab

    persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti.

  • 7/30/2019 Esei Sains obeysiti

    2/4

    Menurut para pakar kesihatan, didasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi

    oleh berbagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi

    salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang gerak sukan, emosi,

    dan faktor persekitaran.

    GENETIK

    Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di

    dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang

    gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya

    faktor genetik telah ikut campur dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam

    tubuh.

    Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel

    lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan

    diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi

    yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

    KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK

    Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak

    yang disebut hipotalamus, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan

    dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak. Hipotalamus

    mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga

    lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

    Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu

    hipotalamus lateral (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan);hipotalamus ventromedial (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan

    (pemberhentian atau pusat kenyang).

    Daripqada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau

    hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali

    apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan

    terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus

    atau gelojoh dan kegemukan.

    POLA MAKAN BERLEBIHAN

    Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya

    normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu

    makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan, bukan

    makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan mereka

    sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan

    motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan.

  • 7/30/2019 Esei Sains obeysiti

    3/4

    KURANG GERAK SUKAN

    Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh.

    Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

    1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;

    2) angka metabolisme basal atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk

    mempertahankan fungsi minimum tubuh.

    Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga

    daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski aktiviti fizikal hanya mempengaruhi

    satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang

    yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.

    Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak

    kalori yang hilang.

    Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk

    bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekuranganaktiviti gerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti

    sukan menjadi sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara

    tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut.

    Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak sahaja kerana dapat

    membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur berfungsinya

    metabolis normal.

    PENGARUH EMOSIONAL

    Sebuah pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalahemosional yang tidak dapat diatasi. Orang yang gemuk dahaga akan cinta kasih,

    seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang

    ibu, atau kelebihan makan adalah sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang

    tidak tercapai dalam kehidupannya.

    Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang

    yang kelebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi dibandingkan

    dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meski banyak pendapat yang

    mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya

    ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripadakegemukannya.

    Hal ini demikian kerana dalam suatu masyarakat seringkali tubuh kurus disamakan

    dengan kecantikan, sehinggakan orang gemuk cenderung berasa malu dengan

    penampilannya dan kesukarannya mengendalikan diri terutama dalam hal yang

    berhubungan dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa

  • 7/30/2019 Esei Sains obeysiti

    4/4

    mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka dalam keadaan ketegang atau

    cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

    Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat tertekan; orang

    dengan berat badan yang normal makan dalam situasi yang kurang tertekan (McKenna,

    1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orangdengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang

    berkurangan, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton

    empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang suspens,

    ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

    Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek

    setelah menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingkan setelah menonton

    filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan berkurangan,

    selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem

    yang membosankan.PERSEKITARAN

    Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk

    menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap

    gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan

    cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh

    faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah

    psikologi berkaitan dengan kegemukan.

    Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan belum

    berjaya mengurangi berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan

    mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas anda akan

    menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

    Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah sejauh tubuh anda tidak mengidap

    apa-apa penyakit maka tidak ada yang salah dengan tubuh yang besar (gemuk).

    Perkara lain yang juga tidak kalah penting adalah cubalah untuk bersukan secara

    teratur dan menjaga agar emosi anda tetap terkawal.