esei penulisan kurikulum1

6
Model Inkuiri Sosial yang digunakan untuk mengkaji topik- topik yang berkaitan denganbidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model Inkuiri Sosial - Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. - Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik. - Merangkumi 6 langkah: i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN Kajian Kes Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka, kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan

Upload: azlinaali

Post on 23-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: esei penulisan kurikulum1

 Model Inkuiri Sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan denganbidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktivitipemerhatian, temubual atau soal selidik.

Model Inkuiri Sosial

- Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan

kemanusiaan.

- Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal

selidik.

- Merangkumi 6 langkah:

i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU

ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID

iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS

iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS

v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS

vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

Kajian Kes

Kes didefinisikan sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam suatu konteks tertentu dengan

lingkungan atau sempadan yang tersendiri. Individu atau aspek tertentu dalam sepadan

berkenaan dipilih sebagai fokus kajian untuk menghuraikan fenomena yang menjadi kes. Maka,

kes merupakan suatu unit analisis dalam sesuatu kajian kes. Kajian kes merupakan suatu inkuiri

empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar.

Kajian kes adalah suatu strategi kajian komprehensif, bukannya suatu tektik pengumpulan data

(Yin, 1994). Namun begitu, ia juga merupakan kajian tentang suatu sistem yang terbatas,

melibatkan kajian tentang suatu detik pada waktu tertentu (Adelman, Jenkin & Kemmis, 1980).

Di samping itu, ia juga boleh berupa suatu penelitian mendalam terhadap sesuatu keadaan, atau

suatu bentuk dokumen yang tersimpan atau suatu peristiwa tertentu (Meriam, 1988). Pada

Page 2: esei penulisan kurikulum1

umumnya, kajian kes digunakan untuk menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk

menghuraikan “bagaimana” atau ` “mengapa” tentang sesuatu fenomena. Pemilihan kajian kes

juga dipengaruhi oleh kawalan penyelidik ke atas peristiwa atau fenomena yang dikaji.

Sekiranya peristiwa atau fenomena sukar dikawal oleh penyelidik, maka kajian kes lebih sesuai.

Di samping itu, kajian kes juga sesuai sekiranya fokus kajian ialah fenomena kontemporari

dalam konteks kehidupan sebenar (Yin, 1994)

Kajian kes terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Kajian Kes Penerokaan, Kajian Kes Deskriptif (cth.

Street Corner Society oleh Whyte, 1943) dan, Kajian Kes Penerangan (cth. Essence of Decision:

Explaining the Cuban Missile oleh Allison, 1971). Salah satu daripada jenis tersebut boleh

digunakan berdasarkan kesesuaiannya dengan tujuan kajian.

Proses pelaksanaan kajian kes melibatkan langkah-langkah sistematik yang khusus. Setiap

langkah perlu diikuti dengan teliti bagi membolehkan suatu kajian mendalam dilakukan. Hal ini

perlu kerana kajian kes melibatkan suatu lingkungan atau konteks khusus yang biasanya terbatas.

Tanpa pelaksanaan yang teliti dan sistematik peluang untuk mendapat data yang secukupnya

mungkin tidak tercapai.

Pertama, data tentang latar belakang konteks kes perlu diperoleh sepenuhnya, seperti bentuk kes,

latar belakang sejarah, konteks fizikal, konteks sosial, ekonomi dan politik, lain-lain yang

berkaitan dan, pemberi maklumat tentang kes kajian (Stake, 1994). Kedua, data yang

dikumpulkan perlu dianalisis dan diinterpretasi. Proses ini membolehkan data diurus dan

dikelompok-kelompokkan untuk menunjukkan pola atau tema tertentu. Ketiga, daripada data

yang dikelompok-kelompokkan itu, rumusan kajian dibina. Akhir sekali, keseluruhan laporan

kajian ditulis mengikut suatu format yang sesuai

Proses Kajian

Tanpa mengira apakah kaedah kajian yang digunakan, semua penyelidik melibatkan diri dalam

aktiviti kajian yang agak sama. Secara amnya sesuatu kajian melibatkan 5 langkah asas seperti

dalam Jadual 3:

Page 3: esei penulisan kurikulum1

Proses AsasProses Catatan

Mengenal pasti focus/

isu/masalah

Pernyataan masalah kajian

Persoalan kajian /hipotesis

Definisi istilah

Tinjauan literatur

Kerangka konsep kajian

Bacaan awal dan tinjauan

awal yang luas perlu

dilakukan untuk memahami

isu /focus/masalah yang ingin

dikaji atau difahami.

Perbincangan dan pemikiran

perlu fokus, khusus dan

perinci atau didefinisikan

sendiri

Pembinaan kerangka konsep

menentukan skop kajian dan

akan memudahkan

perbincangan kelak.

Merancang strategi kajian

Metodologi kajian

-rekabentuk kajian

-persampelan

-instrumentasi

-prosedur kajian

-kaedah analisis data

(Langkah 1 & 2 terkandung

dalam kertas cadangan

kajian)

Komponen perancangan

adalah standard dan boleh

berubah mengikut jenis

kajian atau rekabentuk yang

dibina.

Rekabentuk kajian harus

berpotensi menjawab semua

persoalan dan hipotesis

kajian dengan menyakinkan.

Melaksanakan strategiMelaksanakan kerja lapang

mengikut rancangan sambil

mengumpul data

Prosedur kajian mungkin

perlu diubahsuai mengikut

reality dan keadaan kerja

lapang

Page 4: esei penulisan kurikulum1

Pengumpulan data harus

mengikut prosedur yang tepat

dan sah

Mengumpul dan Analisis

data

Data dikumpul, disusun dan

dianalisis mengikut kaedah

analisis yang sesuai

Pengumpulan dan

penyusunan sebaik-baiknya

setelah dikumpul semasa

kerja lapang. Data dianalisis

mengikut kaedah yang

dikenal pasti.

Membuat intepretasi.

Membuat kesimpulan /

generalisasi

(Mereflek)

Membuat taksiran dan

kesimpulan

Menjawab soalan kajian

Membincangkan implikasi

dapatan kajian

Mencadangkan tindakan atau

kajian lanjutan

Kesimpulan harus

berdasarkan dapatan kajian

sahaja

Teknik / kaedah EksperimenTinjauanTemubual berstrukturKuasi eksperimentalPemerhatian berstrukturSet data

PermerhatianMengkaji pelbagai dokumen dan artifakPemerhatian turut sertaTemubual tidak berstruktur