esei pentaksiran psv3131

Upload: ahmad-pojie

Post on 06-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kegunaan pelajar psv

TRANSCRIPT

TUGASAN D: PENULISAN REFLEKTIFPembinaan instrument penilaian merupakan salah satu agen permulaan dalam menilai dan memahami keupayaan seseorang murid. Pembinaan instrument yang baik akan dapat mengubah prestasi murid kearah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Penghasilan instrument membuka minda dan kematangan pemikiran berkaitan penilaian terhadap hasil kerja murid yang dianggap perkara mudah. Namun begitu, ianya tidak mudah seperti yang dijangka kerana memerlukan pemahaman yang mendalam dalam menghasilkannya. Dalam menghasilkan sebuah instrument terdapat pelbagai rintangan dan cabaran. Namun begitu, terdapat juga perkara yang perlu ditambahbaik dalam memastikan pendidikan di Malaysia mencapai tahap yang lebih baik. Antara cadangan penambahbaikkkan yang boleh dilaksanakan selepas melihat keputusan daripada pembinaan instrument penilaian hasil kerja murid adalah guru akan dapat mengesan kelemahan pengajaran mereka iaitu daripada segi teknik penghasilan karya murid. Sekiranya, murid dapat menghasilkan karya menggunakan teknik yang betul, maka pengajaran guru adalah tercapai. Namun begitu, sekiranya murid tidak dapat menghasilkan hasil karya menggunakan teknik yang betul maka guru perlu memperbaiki teknik pengajaran didalam kelas supaya murid dapat memahami teknik yang betul dengan mudah. Contohnya, pengajaran dalam teknik percikan. Guru perlu menunjukkan teknik percikkan yang betul dalam pelbagai medium contohnya demonstrasi, bimbingan, video dan tunjuk cara. Supaya murid dapat hasil yang baik. Selaras dengan gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menyatakan mengenai transformasi guru dalam kebolehan dan keupayaan dalam menyampaikan pendidikan iaitu terdapat dalam 11 anjakan utama. Pelbagai medium pembelajaran kini seharusnya digunakan sebaik mungkin oleh guru untuk meningkatkan prestasi murid serta menyokong anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Dalam perkembangan pendidikan kini, guru telah didedahkan dengan pelbagai egen terbaru dalam pengajaran berpusatkan ICT. Contohnya, schoology dan frog. Kedua-dua egen ICT ini membantu dalam pembelajaran dan pengajaran didalam kelas. Namun ianya juga boleh dijadikan sebagai medium untuk guru mendedahkan cara permarkahan iaitu dengan berkongsi instrument di dalam frog. Ibubapa akan dapat mengakses perkembangan anak mereka tanpa berjumpa dengan guru. Malahan, ianya juga akan dapat mengurangkan beban guru disekolah. Kesan positif yang dapat dilihat daripada cadangan yang telah saya dedahkan tersebut adalah ibubapa murid akan lebih memahami permakahan yang diberikan oleh guru kepada anak mereka. Malahan, ibubapa juga dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak-anak mereka. Oleh itu, mereka akan lebih prihatin terhadap pembelajaran anak-anak. Serta akan memberi bimbingan dan sokongan kepada keperluan anak-anak mengikut pencapaian mereka didalam instrument yang telah didedahkan. Kesan lain yang dapat dilihat daripada cadangan ini adalah ibubapa akan lebih peka terhadap keperluan anak-anak untuk melalui pembelajaran seperti penyediaan alat dan bahan asas. Contohnya, gunting, gam dan lain-lain. Alat dan bahan yang mencukupi akan membantu proses pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid seterusnya memberi kesan yang baik kepada hasil kerja murid. Malahan, cadangan diatas tersebut juga menyokong anjakan 9 iaitu bekerjasama dengan ibubapa. Kolaborasi ini akan mengeratkan hubungan ibubapa dengan guru walaupun tidak bertemu. Malahan, ianya juga menghubungkan dengan lebih mudah diantara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Selain itu, antara cadangan penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan adalah dengan cara guru mendedahkan kepada murid tentang bagaimana kriteria boleh dicapai melalui latihan dan melibatkan pelajar dengan penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Sekiranya murid memahami aspek-aspek penting yang dinilai daripada penghasilan karya mereka pastinya karya yang dihasilkan lebih bermutu dan bernilai. Sesungguhnya, ia akan memberi impak kepada penilaian guru terhadap murid. Murid juga akan mendapat motivasi daripada aspek yang dinilai oleh guru dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan karya yang baik. Malahan, daripada penilaian rakan sebaya pula murid akan mudah untuk menerima pendapat dan penilaian rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan pengaruh paling kuat murid ketika berada di sekolah. Pemahaman yang lebih mudah diberikan oleh ralkan sebaya akan memberi keyakinan kepada murid untuk menghasilkan karya yang bernilai. Selaras dengan penyataan daripada gelombang pertama PPPM yang menyatakan mengenai melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Nilai yang dipupuk dalam agenda ini adalah kerjasama diantara murid supaya mempunyai semangat saling bantu membantu untuk memperoleh kejayaan. Malahan, murid juga akan mempelajari cara untuk menilai keberkesanan sesuatu tindakan. Ianya membantu murid untuk mengaitkannya dalam kehidupan. Iaitu dalam menilai sesuatu perkara.

Antara cadangan lain untuk penambahbaikkan adalah menyamaratakan secara lebih baik pembinaan instrument disetiap sekolah. Saya merasakan penggunaan instrument yang sama dan selaras bagi setiap sekolah merupakan keperluan yang perlu dititik beratkan. Berdasarkan penghasilan membina instrument. Saya mendapati setiap sekolah menggunakan konsep berlainan dalam pembinaan instrument permarkahan. Terdapat sekolah yang masih menggunakna band sebagai penilaian kepada murid. Namun begitu terdapat juga sekolah yang masih menggunakan gred sebagai penilaian. Seterusnya, ianya mengelirukan saya sebagai seorang pelajar untuk membina sebuah instrument. Tetapi bagaimana pula dengan masyarakat atau guru yang lain?. Oleh itu, saya mencadangkan agar semua sekolah di Malaysia menggunakan instrument yang sama dan selaras untuk mengukur tahap kemampuan murid. Kesannya, akan memudahkan pelbagai pihak untuk menilai perkembangan murid-murid. Contohnya, dari segi pertukaran murid dari sebuah sekolah kepada sekolah yang berbeza. Ianya akan memudahkan guru untuk memahami dan melihat perkembangan murid sebelum memasuki sekolah tersebut. Oleh itu, ianya akan memberi kesenangan oleh guru untuk membimbing murid yang baru disesebuah sekolah terbabit. Malahan, anjakan 11 perkara 1 yang menyatakan penyamarataan akses kepada pendidikan yang berkualiti juga menyokong kepada keselaran dalam pemberian markah kepada murid. Kecelaruan ini akan membebankan pelbagai pihak seterusnya menyebabkan pelbagai pihak tidak berminat untuk mengikuti perkembangan anak-anak.

Antara cadangan lain yang perlu diketengahkan didalam penghasilan sesebuah pembinaan instrument adalah menambah ciri-ciri Kemahiran Berfikir Aras Tinggi didalam penghasilan instrument. Ianya akan membantu guru dalam menilai tahap perkembangan permikiran setiap murid. Oleh itu, ianya akan menjadi satu platform dimana guru dapat menilai serta membantu dan membimbing murid untuk mengembangkan permikiran mereka dengan mengaplikasikan KBAT. Ianya bukan sahaja sebagai sebuah alat untuk menilai tahap pemikiran pelajar, tetapi juga bahan ransangan kepada murid untuk bersaing diantara satu sama lain. Selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana, mahukan KBAT diaplikasikan secara menyeluruh didalam setiap matapelajaran. Oleh itu penambahan unsur KBAT didalam pembinaan instrument akan dapat menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan tahap pemikiran kanak-kanak di Malaysia. Malahan, penambahan ini juga akan mampu membantu negara untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam TIMMSS iaitu Trends in International Mathematics and Science Study dan PISA iaitu rogramme International Student Assessmentyang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development) yang menunjukkan penurunan yang sangat membimbangkan masyarakat Malaysia. Oleh itu, kesan yang baik daripada pengaplikasikan KBAT akan dapat membantu negara untuk mencapai kedudukan yang lebih baik. Selaras dengan kehendak KPM didalam anjakan ke 1 yang menyatakan berkait rapat dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti. Antara penanda aras KPM untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melepasi kedudukan yang lebih baik dalam PISA dan TIMMSS.Disamping itu, antara cadangan lain yang boleh diusulkan adalah dengan cara guru memberi pelbagai contoh karya yang cemerlang untuk dilihat oleh murid supaya murid akan dapat mengenalpasti kriteria yang dikehendaki oleh guru mereka dalam menilai karya. Guru juga perlu menyata contoh-contoh kriteria yang cemerlang dari segi asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Oleh itu, murid akan berusaha untuk menganalisis dan menghasilkan karya yang lebih baik. Malahan, ianya juga memberi ransangan instrinsik kepada murid untuk berusaha dengan lebih gigih. Selain itu, ianya juga membantu murid untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Selain itu, pendedahan secara menyeluruh terhadap kaedah penilaian hasil kerja murid juga akan memberikan reaksi dua hala diantara guru dan murid serta membina pembincangan ilmiah berkaitan dengan penilaian guru. Murid juga akan lebih cepat memahami perkaitan guru memberikan markah sedemikian agar mereka memahami dan mengambil tindakan terhadap kekurangan daripada hasil karya yang telah dihasilkan. kesannya yang positif akan berlaku terhadap murid iaitu murid akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kemampuan mereka.Oleh yang demikian, saya merasakan penambahbaikkan yang sesuai dengan perkembangan pendidikan kini perlu dilaksanakan segara. Supaya sistem pendidikan kita lebih teratur dan sistematik. Malahan mampu bersaing diperingkat global.