esei-pbs 2

9
Soalah: Huraikan sebab-sebab pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang diperkenalkan mulai 2011 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK adalah transformasi daripada sistem yang mengutamakan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya adalah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Pentaksiran merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan kerana aspek ini mampu memberikan maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran berupaya membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Upload: tan-wei-hui

Post on 20-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Esei-PBS 2

Soalah: Huraikan sebab-sebab pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang

diperkenalkan mulai 2011 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan satu sistem pentaksiran

yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK adalah transformasi daripada

sistem yang mengutamakan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi

peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya adalah untuk menyediakan satu

set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji

penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran merupakan suatu komponen penting dalam pendidikan kerana aspek ini

mampu memberikan maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan

murid itu sendiri. Hasil pentaksiran berupaya membantu guru menilai kaedah pengajaran

dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara kita terlalu

berorientasikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember

2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai

sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan suatu usaha ke arah membangunkan modal insan secara holistik dan

menyeluruh menerusi penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal

intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi

seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti

Nasional (PIN) dan seperti yang termaktub dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat

Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah

akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan

dijalankan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

Page 2: Esei-PBS 2

Tujuan PBS diperkenalkan dalam KSSR

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:

memperoleh gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu

memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu

membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya, PBS akan dapat memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara

mencapai taraf antarabangsa dalam aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

Kelebihan PBS

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah yang sedia ada, Pentaksiran

Rujukan Standard diwujudkan, yakni menggunakan Standard Prestasi untuk melihat

kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang

murid. Ia merupakan proses memperoleh maklumat tentang sejauh mana seseorang murid

itu tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan

pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti

yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan

murid lain, sebaliknya melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk

kepada pernyataan standard.

Murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan

dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

Page 3: Esei-PBS 2

bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang

murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami,

menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai individu yang berguna, penting

dan memiliki potensi untuk menyumbang bakti kepada kemajuan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan tersendiri.

Dalam sistem PBS, pencapaian murid akan dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi

sebagai skor mentah seperti 81% ataupun gred A,B,C,D.

BAND

STANDARD

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

2

Tahu dan Faham

1

Tahu

Di Band 1, murid tahu tentang perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau

memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di

Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Page 4: Esei-PBS 2

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman dalam menukar bentuk komunikasi atau

menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham

nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan untuk melaksanakan

sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah

menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek

tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran secara beradab, seperti tertib atau

melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan

operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

Di Band 5, murid melakukan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan

mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik

murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah

yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,

memiliki keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran

dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan

maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara

tekal. Di Band 6 murid berupaya untuk membuat keputusan dalam masalah seperti

membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50%

dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti

pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

Page 5: Esei-PBS 2

PBS memberikan autonomi kepada guru untuk menjalankan pentaksiran berdasarkan

kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid untuk mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu,

guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Adalah wajar untuk diingat bahawa PBS tidak lagi membandingkan murid dengan murid lain.

Akan tetapi kejayaan murid diukur berdasarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu

tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan kaedah ini, stres terhadap murid dan guru

dapat dikurangkan memandangkan murid tidak akan dibandingkan dengan kumpulan yang

lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya

sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan

terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk

perkembangan individu.

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan cekap dan bijaksana, guru akan mendapati

bahawa PBS sebenarnya memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban

tugas guru.

Dalam membantu guru melaksanakan PBS dengan lebih lancar dan teratur, dua aplikasi ICT

telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian.

SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan

melapor perkembangan murid. Data yang disimpan bolehlah dicetak sebagai laporan

apabila diperlukan.

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui

penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid mestilah dijadikan evidens yang perlu difailkan

sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:

a. Pementoran

b. Penyelarasan

Page 6: Esei-PBS 2

c. Pemantauan

d. Pengesanan

Pementoran merupakan proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk

melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh

dilakukan sama ada secara formal atau tidak formal.

Penyelarasan pula ialah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard

Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan

boleh dipercayai.

Pemantauan adalah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis

panduan yang ditetapkan untuk memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan

mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di

peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM

terlibat dalam proses ini.

Pengesanan adalah suatu proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen

pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan

kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai

KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang,

Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

Pelajaran Malaysia menjamin bahawa PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.

Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran

pendidikan memikul peranan bagi menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan.

Kualiti perlulah menjadi fokus utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.