pbs 2 ass.docx

Upload: jesilivani

Post on 05-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PEMULIHAN

TRANSCRIPT

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Perkhidmatan dalam Pendidikan Pemulihan iaitu Puan Liew Fee Lan yang mengajar dan membimbing saya dengan memberi tunjuk ajar bagaimana cara membuat tugasan ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang memberi sokongan moral kepada saya. Mereka juga membantu saya dari segi kewangan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Saya dapat membuat kerja kursus ini tanpa menghadapi sebarang masalah dari segi mental dan fizikal. Segala maklumat dan pengalaman yang saya dapat semasa membuat kerja kursus ini memberi faedah yang banyak kepada diri saya.Saya dapat meningkatakan tahap penguasaan saya dalam subjek ini.Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih kepada rakan rakan sekelas saya yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Saya menghargai segala dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya.

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang memberi fokus kepada masalah menguasai kemahiran asas. Usaha bagi menangani masalah tersebut dijalankan menerusi Program Pemulihan Khas yang diwujudkan di setiap sekolah rendah. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan, iaitu yang memberi fokus kepada penguasan kemahiran asas 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Hal yang sedemikian ini menjadi masalah dalam pembelajaran pada peringkat sekolah rendah menjadi fokus polisi dan program utama negara.Program pemulihan telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasan kemahiran asas 3M. Kumpulan murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagi belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap yang tertentu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini mengunakan pendekatan klinikal untuk merawat kesukaran belajar atau masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang berkenaan.Kekangan dalam pelaksanaan program ini ialah masalah yang dihadapi oleh guru pemulihan khas (JPK) kurang memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, dan bahan rujukan yang tidak mencukupi.Menyedari hakikat inilah maka pada Bulan Novembar 1998 Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku panduan yang lengkap bagi membantu guru-guru dan juga guru besar melaksanakan program pemulihan khas secara sempurna dan berkesan. Jabatan telah berusaha memastikan buku yang dihasilkan ini mudah, menarik serta jelas maksudnya.

B.Penulisan AkademikSoalan 1Dalam kerja kursus perkhidmatan dalam pemulihan kali ini, saya dikhendaki melawat ke sebuah sekolah dan mengumpul maklumat mengenai peranan, bidang tugas dan tanggungjawap guru pemulihan khas di sekolah tersebut dalam melaksanakan program pemulihan khas. Bagi PBS kali kedua ini, saya telah melaksanakannya di negeri Selangor bersama rakan sekelas. Sekolah yang telah menjadi pilihan saya ialah SJK(T) Ladang Vallambrosa, Kapar. Selama seminggu saya menjalani PBS iaitu pada 31 Mac hingga 4 April di SJK(T) Ladang Vallambrosa. Saya mengumpul maklumat berkaitan kerja kursus tersebut dengan cara menjalankan temubual bersama dengan guru pemulihan khas di sekolah tersebut. Setelah mendapat keizinan daripada guru besar sekolah SJK(T) Ladang Vallambrosa, saya dan rakan sekelas saya membuat persediaan untuk melawat bilik pemulihan khas di sekolah tersebut. Bilik pemulihan sekolah itu sangat ceria. Setelah melawati bilik pemulihan di sekolah itu, kami pun terus pergi berjumpa dengan guru pemulihan di sekolah itu. Nama guru pemulihan sekolah SJK(T) Ladang Vallambrosa ialah Pn.Abirami A/P Gajandran. Beliau bertugas sebagai guru pemulihan di sekolah SJK(T) Ladang Vallambrosa selama 3 tahun. Beliau mengajar kepada 18 orang murid pemulihan dari tahun 2 dan 3 .Sekolah itu juga adalah sekolah pertama beliau sebagai guru pemulihan setelah menamatkan pengajiannya di Institut Perguruan Tengku Bainun Pulau Pinang.Saya dan rakan sekelas saya menjalankan temubual dengan guru pemulihan sekolah tersebut untuk mengumpul maklumat. Berdasarkan temubual bersama guru pemulihan sekolah itu, saya dapat mengumpul banyak maklumat mengenai peranan, bidang tugas dan tanggungjawap guru pemulihan sekolah itu. Sebelum memberi maklumat terperici mengenai perana dan tanggungjawap dan bidang tugas sebagai guru pemulihan di SJK)T) Ladang Vallambrosa, Pn Abirami menerangkan definisi pemulihan kepada saya iaitu, pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, selaras dengan mengira 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan membina ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menegah rendah. Justeru, melalui pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuh.Pn.Abirami juga menyatakan bahawa di dalam bilik darjah, peranan utama seseorang guru ialah melibatkan diri dalam tugas mengajar. Selain itu, peranan utamanya sebagai guru pendidikan pemulihan khas di sekolah itu adalah sebagai penilai (an assessment role). Sebagai seorang guru pemulihan, beliau menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas di sekolah itu. Sebelum menjalankan ujian saringan Pn Abirami telah menjalankan pencalonan murid melalui pengumpulan maklumat dengan guru besar, guru kelas, dan ibu bapa. Ianya adalah untuk mendapatkan maklumat peribadi dan prestasi murid untuk menolongnya memahami masalah murid dalam akademik dan juga masalah fizikal yang dihadapi oleh murid tersebut yang dicalonka. Selepas itu, beliau dapat membuat keputusan dengan teliti sama ada murid tersebut perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Melalui ujian saringan yang dijalankan di sekolahnya beliau telah mengenal pasti seramai 16 orang murid layak mengikuti kelas pemulihan. Di samping itu, beliau juga menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid murid di sekolah itu. Setelah itu beliau akan menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun dalam fail yang disediakan khas untuk murid pemulihan. Ianya adalah untuk melihat perkembangan mereka dari masa ke semasa, jika murid tersebut menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira mereka akan meneruskan pelajaran mereka di kelas biasa.Seterusnya Pn. Abirami juga menerangkan bahawa guru pemulihan khas juga berperanan sebagai pengajar. Beliau akan mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M. Pn Abirami telah mengatakan bahawa beliau akan mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai. Contohnya di kelasnya terdapat dua orang murid pemulihan yang mengalami masalah disleksia. Untuk murid ini, Pn Abirami menggunakan teknik yang berbeza semasa mengajar atau memberi aktiviti kepada mereka. Beliau juga akan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti kad suku kata yang berwarna-warna serta dengan gambar, bahan maujud seperti batu kecil, manik semasa menyuruh murid mengira supaya ianya akan menarik minat murid pemulihannya untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Selain daripada itu, beliau juga berperanan sebagai perhubungan dalam melaksanakan program pemulihan di sekolah itu. Pn Abirami menjalinkan hubungan yang baik dengan ibubapa, guru besar, guru kelas dan juga dengan guru-guru lain di sekolah itu. Dengan hubungan mesra ini, Pn Abirami dapat berbincang serta mengumpul maklumat mengenai latar belakang, kesihatan dan juga masalah murid-murid pemulihan di kelasnya yang diperlukan pada masa ke semasa. Justeru itu, dengan berperanan sebagai penghubung, Pn. Abirami juga dapat mengajukan cadangan-cadangan kepada ibubapa cara mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.Selain daripada itu, Pn.Abirami juga memberi maklumat bahawa beliau juga berperanan sebagai kaunselor di sekolah itu dalam melaksanakan program pemulihan. Di dalam bilik darjah, murid sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosioemosi. Pn. Abirami mengatakan bahawa beliau sentiasa membantu dalam mengatasi masalah murid dalam kelas pemulihannya. Selepas mengenal pasti masalah murid dalam kelasnya, beliau berinteraksi dengan murid tersebut dengan memberi bimbingan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka. Selain daripada itu, sebagai guru pemulihan Pn Abirami juga mengatakan bahawa beliau berperanan sebagai pembela (Advocative Role) di sekolah itu. Misalnya Pn Abirami mewujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga keperingkat negeri untuk berkongsi maklumat. Pn Abirami juga mengatakan bahawa, beliau telah menghadiri kursus dan mesyuarat yang dirancang oleh pejabat pelajaran daerah. Setelah menghadiri kursus dan mesyuarat beliau akan mendedahkan maklumat yang diperolehi kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah melalui program reach out atau outreach. Ianya membuatkan guru opsyen lain juga akan mengetahui program-program dan perkembangan pemulihan yang baru dilaksanakannya disekolah. Antara bidang tugas Pn Abirami di sekolah itu adalah , beliau dikhendaki menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yangterpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6 dan keutamaan hendaklah diberi kepadamurid-murid Tahun 1 hingga 3. Beliau juga membantu guru-guru asas dalam hal mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihansama ada di kelas biasa atau kelas khas. Beliau mengenalpasti murid-murid lemah dengan menjalankan ujian saringan dalam kelas biasa. Dengan cara ini, beliau dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid dalam sesebuah kelas yang layak mengikuti kelas pemulihan khas. Selain daripada itu, beliau merancang dan menyediakan aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. Semasa mengajar, beliau menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar semasa mengajar dalam bilik darjah. Selain itu, beliau juga merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid dalam kelas pemulihannya semasa pengajaran dan pembelajaran.Sebagai guru pemulihan di sekolah itu, Pn.Abirami juga mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru matapelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan. Contohnya jika guru-guru lain di sekolah itu menghadapi masalah dalam mengajar matapelajaran asas, Pn. Abirami akan membantu guru-guru tersebut dengan memberi teknik mengajar murid-murid yang lemah tersebut. Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawap dalam melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid yang mengikuti kelas pemulihan. Selepas melaksanakan setiap penilaian, Pn.Abirami merekod semua maklumat dan data dalam fail secara terperinci. Pn. Abirami mengumpul dan merekod maklumat mengenai tahap kesihatan murid yang megikuti kelas pemulihannya pada masa ke semasa dengan merujuk kepada guru kelas, guru-guru lain di sekolah itu dan juga ibu bapa murid tersebut. Hasil-hasil temubual dan rujukan yang dibuat oleh Pn. Abirami dengan guru lain atau dengan ibu bapa juga direkod dan disimpan dalam fail.Dalam temubual saya dengan guru pemulihan sekolah itu, saya juga dapat mengumpul maklumat mengenai pengurusan fail pemulihan. Saya mendapat beberapa maklumat mengenai pengurusan fail. Pn Abirami telah berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan pengurusan fail pemulihan. Beliau berkata pengurusan fail pemulihan khas terbahagi kepada 10 buah fail iaitu yang terdiri daripada fail induk, fail sukatan pelajaran, fail mesyuarat, fail program kecermalangan, fail analisis IPP2M, fail penyeliaan, fail pemeriksaan hasil kerja murid, fail aktiviti kokurikulum akademik, fail bank soalan dan fail maklumat guru pemulihan. Setiap fail mempunyai subfail-subfail yang telah diseragamkan di semua kelas pemulihan khas seluruh Malaysia. Pengurusan fail bagi tahap 1 mengikut sistem fail dalam program linus. Bagi tahap 2 pula, terdapat beberapa fail yang perlu disediakan iaitu fail individu murid, Fail borang pencalonan fail lembaran kerja, fail data prestasi murid dan kelas, fail pengurusan, dan fail perancangan program pemulihan khas. Beliau juga berkata, dalam fail perancangan program pemulihan khas merangkumi pelan tindakan program, takwim program, carta gantt aktiviti sepanjang tahun, jadual waktu dan borang tindakan susulan. Selain daripada itu semasa perbincangan berkaitan dengan fail dengan Pn Abirami, beliau juga berkata fail merupakan alat perhubungan yang penting dan sumber mengurus maklumat. Pengurusan fail ini membantu membuat keputusan murid atau mengambil tindakan. Selain daripda itu fail juga menjadi bahan bukti dan juga bahan rujukan supaya mudah diperolehi maklumat murid pemulihan dengan cepat bila dikehendaki. Fail-fail tersebut diperlukan sebagai alat perhubungan, menguruskan maklumat, membantu membuat keputusan, mengambil tindakan, mengekalkan ingatan, bahan rujukan utama dan bahan penyelidikan. Selain itu, penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Beliau juga berkata,fail pemulihan mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Dengan pengeluaran fail segera, sesuatu maklumat dapat diperolehi dengan cepat serta tindakan dapat diambil dengan segera. Keadaan ini dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan semasa pemantauan.Di Samping itu, sebagai guru pemulihan beliau berjumpa dan berbincang dengan guru, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkanmaklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenailatar belakang murid. Semasa berbincang dengan guru kelas ,beliau mendapat maklumat terperinci mengenai murid latar belakang murid pemulihan dalam kelasnya. Beliau juga berbincang dengan guru tentang tahap kesihatan murid dalam kelasnya dan juga masalah dan tingkah laku murid tersebut yang mengikuti kelas pemulihan khas. Dengan cara ini, beliau dapat mengumpul pelbagai maklumat tentang murid pemulihan dalam kelasnya. Beliau juga bertanggungjawap dalam mengumpul latar belakang murid. Beliau mengumpul maklumat murid seperti latar belakang murid dan tingkah laku murid, dengan merujuk kepada guru kelas, guru-guru lain di sekolah itu dan juga ibu bapa murid tersebut. Selain guru klelas, beliau berbincang dengan guru matapelajaran. Beliau berbincang dengan guru matapelajaran Matematik dan Bahasa Melayu untuk mendapat maklumat mengenai penglibatan dan tahap penguasaan murid pemulihannya semasa berada di kelas biasa. Dengan cara ini, beliau dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan.Selain itu, beliau juga berbincang dengan ibubapa murid pemulihan yang mengikuti kelasnya. Beliau selalu berbincang dengan ibubapa untuk mendapat maklumat seperti tingkah laku muridnya, tahap kesihatan, dan cara pemakanan murid tersebut di rumah. Beliau juga berbincang tentang bagaimana ibu bapa juga boleh menolong dalam mengatasi masalah anak mereka dalam pembelajaran. Pn.Abirami memberi maklumat prestasi murid kepada ibu bapa murid-murid tersebut pada masa ke semasa selepas membuat penilaian. Beliau juga berbincang dengan pihak lain seperti guru besar di sekolah tersebut untuk melaksanakan program yang sesuai untuk murid-murid pemulihan di sekolah tersebut. Sebagai guru pemulihan di sekolah tersebut, Pn Abirami bertanggungjjawap dalam mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. Agihan waktu mengajarguru pemulihan khas di serkolah itu adalah 600 minit dalam semiggu untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan 180 minit dalam seminggu untuk matapelajaran Matematik. Oleh itu, jumlah waktu untuk penjaran dan pembelajaran adalaha sebanyak 780 minit. Beliau menyatakan bahawa jadual waktu ini disediakan mengikut kehendak GPK 1 sekolah itu. Waktu Panduan dan Persediaan(4 X 30 minit =120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya dalam Buku Rekod Mengajar. Dalam waktu persediaan tersebut Pn. Abirami juga membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid. Selain itu, beliau juga membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga mengemas kini rekod-rekod dengan menggunakan waktu persediaan. Dalam waktu persediaan, Pn. Abirami juga berunding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa. Pn. Abirami juga menggunakan waktu persediaan itu untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-muridnya. Contohnya dalam kelasnya terdapat dua orang murid pemulihan yang menghadapi masalah disleksia. Oleh itu, beliau memberi bimbingan yang berlebihan kepada murid pemulihan tersebut dengan memberi aktiviti yang bersesuaian untuk mengatasi masalah mereka. Pn. Abirami bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Dia Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. Beliau juga selalu menghadiri mesyuarat dan bengkel yang berkaitan dengan pemulihan khas yang dirancang oleh pejabat pelajaran daerah. Dengan ini , beliau mendapat pelbagai maklumat dan teknik mengajar murid-murid pemulihan dengan lebih berkesan. Selain itu, Pn. Abirami juga melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid. Di sekolah itu, beliau sentiasa memberi tumpuan dalam menjaga kebajikan murid-murid pemulihannya. Contohnya, Pn. Abirami melaksanakan program Guru Penyayang untuk murid pemulihan di sekolah itu yang kerap tidak hadir ke sekolah. Dengan program tersebut, Pn. Abirami dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah murid pemulihan tersebut. Selain daripada itu, beliau juga bertanggungjawab dengan mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran dalam bilik pemulihan di sekolah itu. Sudut-sudut pameran pembelajaran sangat ceria dalam bilik pemulihan itu. Sebagai guru pemulihan di sekolah itu, Pn. Abirami bertanggungjawap dalam melaksanakan semua tugasnya sebagai guru pemulihan. Kesimpulannya, daripada mengumpul maklumat mengenai peranan, tanggungjawap dan bidang tugas guru pemulihan di SJK(T) Ladang Vallambrosa, saya dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pelaksanaan pemulihan di sekolah tersebut, iklim pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan di samping dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. Maklumat yang saya dapat daripada Pn. Abirami akan membantu saya sebagai bakal guru pemulihan pada masa hadapan.

Soalan 2Dalam menjawap soalan 2, saya dikhendaki memilih sekumpulan murid dan menganalisi masalah tingkah laku mereka. Kemudian saya dikhendaki merancang RPI serta program yang sesuai untuk murid tersebut. Kebanyakan fakta menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Menurut Mohd Nazar Mohamad ( 1990 ), beliau mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu adalah sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menhadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat, dan seterusnya mengganggu pula keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku.Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid dalam kelas pemulihan ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu,positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru pemulihan haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu.Selepas mendapat keizinan daripada guru pemulihan di SJK(T) Ladang Vallambrosa, saya pun memerhati pengajaran dan pengajaran yang dijalankan oleh guru pemulihan sekolah itu dalam kelas pemulihan selama 3 hari. Seramai 7 orang murid dari tahun 2 dan 9 orang murid dari tahun 3 mengikuti kelas pemulihan di sekolah itu. Saya memilih sekumpulan murid yang terdiri daripada tahun 3 untuk menganalisi masalah tingkah laku mereka. Pada hari pertama, saya membuat pemerhatian ke atas sekumpulan murid tahun 3 dalam kelas pemulihan itu. Pada hari yang kedua, Saya berbincang dengan guru pemulihan di sekolah itu mengenai masalah tingkah laku yang dihadapi oleh murid-murid yang saya pilih. Guru pemulihan sekolah itu memberi maklumat terperinci mengenai masalah tingkah laku murid-murid tersebut dalam kelas pemulihan. Beliau juga menunjukkan fail maklumat murid kepada saya untuk membantu saya merekod maklumat peribadi murid yang dipilih oleh saya. Pada hari yang ketiga, saya membuat pemerhatian semula dengan menggunakan borang soal selidik dan juga borang anekdot.Saya membuat pemerhatian dalam kelas pemulihan semasa guru mengajar matapelajaran Bahasa Melayu kepada murid-murid tahun 3 yang mengikuti kelas pemulihan. Dalam pemerhatian tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa masalah tingkah laku yang berbeza di antara murid-murid yang saya pilih tersebut. Saya membuat pemerhatian terhadap 2 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang terdiri daripada tahun 3. Murid pertama yang saya membuat pemerhatian adalah yang bernama Prem A/L Raman. Saya menggunakan borang anekdot dan soal selidik semasa membuat pemerhatian ke atas murid yang bernama Prem dalam kelas pemulihan itu. Melalui pemerhatian saya dalam kelas pemulihan itu, murid yang bernama Prem ini suka mengganggu rakan-rakan lain di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu dalam kelas pemulihan dijalankan. Prem tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar di hadapan kelas. Dalam mengatasi masalah tingkah laku Prem, guru boleh menggunakan kaedah Peniruan atau modeling yang juga dikenali sebagai pembelajaran pemerhatian. Modelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagi mengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud Prem akan meniru daripada orang lain. Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada secara visual, ataupun dengan deria-deria lain, pemerhatian disimpan dalam fikiran, melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau sebagainya dan mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan. Kanak-kanak mempunyai banyak respon positif dan negatif daripada pemerhatian terhadap orang lain. Justeru itu, modeling adalah satu teknik modifikasi tingkah laku di mana guru menetapkan satu tingkah laku yang baru kepada Prem dengan menyuruhnya membuat pemerhatian terhadap murid-murid lain yang sedang menunjukkan tingkah laku yang positif. Selepas membuat pemerhatian, Prem yang mempunyai tingkah laku bermasalah di suruh untuk membuat simulasi atau role play mengenai keadaan yang diperhatikannya supaya dia dapat menunjukkan tingkah laku positif yang sama. Selain itu, guru juga harus menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas. Guru juga harus melaksanakan pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.Selain daripada itu, guru pemulihan juga boleh menggunakan kaedah Shaping yang merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur. Prinsip shaping ditakrifkan sebagai satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada sesuatu matlamat tingkah laku yang telah ditetapkan oleh guru. Apabila Prem dapat mengikuti arahan guru dalam kelas dengan menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar, guru boleh memberi ganjaran kepada Prem. Dalam teknik modifikasi ini, ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila Prem bergerak hampir ke arah pencapaian matlamat tingkah laku yang telah ditetapkan. Jika Prem secara progresif dapat mencapai objektif tingkah laku positif yang telah ditetapkan oleh guru, guru akan terus menyediakan ganjaran atau hadiah yang lebih besar sehingga tingkah laku bermasalah terus berhenti. Selain daripada itu, guru juga boleh menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif seperti menerapkan muzik dalam aktiviti dalam kelas. Dengan ini, murid seperti Prem akan seronok dan dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Oleh itu, dengan cara-cara ini guru boleh menghapuskan tingkah laku Prem yang suka menggangu rakan-rakan lain dalam kelas.Murid kedua yang saya membuat pemerhatian ialah Harrishan A/L Balamurugan. Saya menggunakan borang anekdot untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid ini. Saya membuat pemerhatian semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas pemulihan. Daripada pemerhatian saya, murid ini tidak membuat kerja yang diberi oleh guru dalam kelas pemulihan. Menurut guru pemulihan sekolah itu, murid ini seorang yang boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tetapi dia tidak membuat kerja yang diberi oleh guru. Dengan merujuki teknik modifikasi tingkah laku Skinner, guru pemulihan boleh menggunakan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif dan dendaan dalam bilik darjah untuk mengubah tingkah laku murid tersebut. Dalam peneguhan positif, saya mencadangkan guru pemulihan boleh menggunakan program token ekonomi ke atas Harrishan yang tidak membuat kerja yang diberi oleh guru ini. Tujuan token ekonomi dilakukan adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap Harrishan. Sistem token adalah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Di dalam sistem token ekonomi ini, sesuatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini. Setiap poin yang diterima untuk tingkah laku yang diingini terhadap Harrishan adalah merupakan token. Setiap kali Harrishan menunjukkan tingkah laku yang diingini, dia akan diberikan token. Kemudian token ditukarkan dengan peneguh simpanan. Apabila token dipasangkan dengan peneguh yang lain, maka hal tersebut akan menjadi satu peneguh baru yang dapat memperkuatkan tingkah laku yang diingini. Peneguh simpanan hanya dapat diperolehi dengan menggunakan token ekonomi. Manakala token pula hanya dapat diperolehi apabila Harrishan dapat membuat kerja yang diberi oleh guru dengan lengkap. Oleh itu, Harrishan akan bermotivasi untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini dan akan mengelak tingkah laku yang tidak diingini. Justeru itu, apabila Harishan dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru dengan sempurna, dia akan mendapat token. Dengan teknik ini, murid tersebut juga akan berasa bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja yang diberi oleh guru untuk mendapat token yang lebih. Poin merit token ini yang dikumpulkan oleh murid ini boleh ditukarkan seterusnya dengan pelbagai peneguh yang diidamkan. Guru pemulihan itu boleh memberi ganjaran seperti hadiah atau menyediakan aktiviti kegemaran murid tersebut contohnya seperti menontong wayang, membawa mereka makan malam di restoren mengikut jumlah token yang diperolehi oleh mereka. Dengan ini, guru pemulihan itu dapat mengurangakan masalah tidak membuat kerja rumah oleh murid itu.Dalam peneguhan negatif, ransangan yang diberikan adalah tidak disukai oleh pelajar. Namun begitu ia dapat mengubah tingkah laku dari negatif ke positif. Maka, ia sesuai diberikan sekiranya terdapat tingkah laku negatif dalam bilik darjah. Seperti dalam situasi Harrishan yang tidak menyiapkan kerja sekolah, guru boleh berleter dan dengan ini Harrishan akan merasa bosan dan seterusnya akan menyiapkan kerja yang diberikan oleh gurunya. Di sini dapat dilihat bahawa leteran iaitu merupakan peneguhan negatif dapat mengubah tingkah laku negatif Prem iaitu tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Selain itu, apabila Harrishan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi, guru boleh menggunakan dendaan untuk mengubah tingkah laku tersebut. Antara dendaan yang boleh dibuat ialah menyuruh Harrishan berdiri di hadapan bilik darjah. Tindakan ini akan menyebabkan dia berasa malu. Maka, dia tidak akan mengulangi perkara ini kerana akan berasa malu.Seterusnya nama murid ketiga yang saya pilih untuk membuat pemerhatian ke atas tingkah laku adalah yang bernama Jayanthika A/P Krishnan. Melaui pemerhatian saya, Murid ini seorang pendiam dalam kelas pemulihan. Dia juga selalu mengasingkan diri daripada rakan-rakan lain dalam kelas. Saya juga bertemu bual dengan Jayanthika untuk mengenalpasti masalah tingkah lakunya. Jayanthika tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Dia juga suka bersendiri dan bermain sendiri. Jayanthika tidak mempunyai kemahiran interaksi dan kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri Dia juga jarang berkomunikasi dengan rakan dan guru dalam kelas. Kadangkala dia cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan kehadiran guru. Untuk mengatasi masalah tingkah laku yang dihadapi oleh Jayanthika saya mencadangkan kaedah terapi muzik. Dalam kaedah terapi ini, Jayanthika dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan terbuka untuk menjalankan aktiviti. Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid menjalankan aktiviti tersebut. Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan. Dalam kaedah ini, guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi menjadikan aktiviti lebih menarik. Peranan guru sangat penting berdampingan dengan Jayanthika dan membantu dia membuat pergerakan bersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu dia merasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan. Dengan kaedah ini, masalah tingkah laku dia yang suka berasingan juga dapat dikurangkan. Teknik modofikasi tingkah laku ini sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran sosial murid yang bernama Jayanthika dalam kelas pemulihan sekolah itu.Selain itu, Jayanthika juga selalu tidak hadir ke sekolah. Akibat daripada masalah itu, dia ketinggalan banyak pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan. Untuk mengatasi masalah murid ini yang kerap tidak hadir ke sekolah, saya merancang sebuah program iaitu Guru Penyayang. Objektif program ini adalah menggalakkan kehadiran murid ke sekolah. Program ini dilaksanakan oleh guru pemulihan khas, guru kaunseling dan juga guru yang bertugas. Sebelum program ini dilaksanakan, pihak sekolah perlu memberi taklimat program kepada semua murid. Dalam taklimat tersebut guru harus menerangkan tentang program tersebut. Guru juga perlu mengenalpasti kumpulan sasaran iaitu murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Dalam program guru penyayang ini, setiap pagi guru akan berdiri di pintu pagar utama untuk mengalu-alukan murid yang hadir ke sekolah. Jika murid pemulihan iaiti Jayanthika tidka hadir ke sekolah, guru boleh bertanya kepada dia sebab dia tidak dapat hadir ke sekolah. Guru pemulihan juga menasihatnya supaya jika dia hadir ke sekolah setiap hari, dia akan mendapat hadiah. Guru pemulihan sekolah itu boleh memberi ganjaran kepada Jayanthika jika dia tidak ponteng sekolah. Dengan melaksanakan program Guru Penyayang ini, sebagai guru pemulihan kita dapat mengurangkan masalah tingkah laku murid seperti Jayanthika yang kerap tidak hadir ke sekolah.Kesimulannya, seseorang guru pemulihan harus bertanggungjawab mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dengan ini sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih lancar dan apa yang ingin disampaikan pada hari tersebut mencapai objektifnya. Pengawalan bilik darjah adalah penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, guru pemulihan khas harus mempunyai ilmu dalam pengurusan tingkah laku bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa guru mengajar. Menggunakan pelbagai teknik yang telah disebut, guru boleh memilih jenis teknik yang ingin digunakan sama ada peneguhan, dendaan, reverse psychology, shaping, token economy, kontrak, time out, modeling, kawalan kendiri, pengurusan kendiri dan sebagainya bersesuaian dengan masalah murid tersebut. Dengan ini pembelajaran adalah lebih berkesan.Justeru itu, program modifikasi tingkah laku dapat menolong menukar persekitaran sekolah, dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Pada masa yang sama, ia juga menolong meningkatkan kepuasan intrinsik murid-murid serta menolong guru-guru mencapai tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam membantu murid yang bermasalah tingkah laku dalam kelas pemulihan tersebut, saya juga merancang Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Rancangan pengajaran individu merupakan merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluankeperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanannya, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut. Daripada 3 orang murid yang saya membuat pemerhatian, saya memlih murid yang bernama Prem. RPI ini akan memabntu guru pemulihan sekolah itu dalam menguruskan tingkah laku murid tersebut dalam kelas pemulihan. Dengan bantuan RPI ini guru pemulihan sekolah itu dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut masalah tingkah laku Prem. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan masalah tingkah laku Prem yang suka mengganggu rakan-rakan semasa pengajaran dan pembelajaran.Soalan 3Refleksi mengenai topik Teori pengurusan kelas.Salam sejahtera kepada pensyarah pembimbing semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Dalam menjawap soalan 3 dalam tugasan ini, saya dikhendaki menghasilkan satu penulisan refleksi mengenai salah satu topik yang telah dipelajari oleh saya pada proforma. Daripada beberapa tajuk yang saya belajar sebelum ini dari proforma, saya memlih tajuk yang pertama iaitu Teori pengurusan kelas. Mula-mula selepas belajar mengenai tajuk ini, saya dapat memahami konsep pengurusan kelas secara mendalam. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyususn meja kerusi; mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Selepas mempelajari tajuk ini, dalam kefahaman saya, pengurusan kelas merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan di sekolah, khasnya terlibat personaliti murid serta profesionalisme keguruan, termasuk kemudahan-kemudahan dalam bilik darjah. Dari sudut bilik darjah, pengurusan adalah satu proses sosial yang berkaitan dengan mengenalpasti, menyelenggara, merangsang, mengawal aktiviti murid supaya memenuhi objektif yang dirancang. Terdapat pelbagai teori pengurusan yang boleh digunakan menguruskan sesebuah bilik darjah berdasarkan teori pengurusan. Teori pengurusan kelas banyak mempengaruhi pembelajaran murid.Selepas mempelajari tajuk ini, saya memahami bahawa terdapat banyak teori yang boleh kita mengaplikasikannya dalam pengurusan kelas. Antaranya adalah Teori sistem sosial, Teori tingkah laku manusia Kurt Lewin, Teori tingkah laku Abraham Maslow, Teori X dan Y Douglas mcGregordan Teori Z William G. Ouchi (1981). Berpandukan teori-teori di atas, saya dapat mengetahui bahawa pengurusan kelas boleh mempengaruhi pembelajaran murid. Pengurusan bilik darjah yang efektif akan dapat mengurangkan masa guru yang terbuang kerana menguruskan tingkah laku murid bermasalah dan dapat menumpukan terhadappembelajaran murid secara aktif. Kekerapan kejadian masalah tingkah laku murid di kelas adalahmenggambarkan kegagalan guru mengurus kelas. Guru perlu menstrukturkan ruang fizikal bilikdarjah supaya dapat minimumkan masa murid tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran.Teori hubungan manusia adalah salah satu teori yang diperkenalkan oleh Elton Mayo pakar psikologi dan Friz J.Roethlisberger ahli sosiologi tahun 5-an. Teoriinidigunakanuntukmengurangkan kebosanan pekerja dalam bidang industri. Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak pengurusan untuk mengurangkan kebosanan pekerja yang boleh menjejaskan produktiviti. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan antaranya ialah seperti menukarkan waktu bekerja, menjarakkan masa rehat, membaiki kaedah bekerja, wujud suasana kerja yang baik, kondusif, memberi kebajikan kepada pekerja supaya bermotivasi dan memberi layanan yang baik kepada pekerja. Dengan menggunakan elemen dalam teori ini, seseorang guru pemulihan boleh mengaplikasinya dalam pengurusan kelas. Contohnya guru pemulihan harus mewujudkan suasan belajar yang ceria dan kondusif untuk murid pemulihan. Seseorang guru pemulihan juga sentiasa menjaga kebajikan murid dengan memberi layanan yang baik. Oleh itu, daripada mempelajari teori ini, saya memahami bahawa dengan mewujudkan suasana yang kondusif dalam kelas pemulihan, murid juga akan bersa seronok untuk belajar.Seterusnya saya juga mengenali teori soaial yang boleh diaplikasikan untuk pengurusan kelas pemulihan.Teori ini dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Mengikut teori ini, sistem sosial seperti sekolah dan bilik darjah mengandungi dua dimensi iaitu institusi atau normatif dan peribadi. Daripada kefahaman saya, dimensi ini cuba mencapai matlamat sesebuah sekolah atau bilik darjah. Semua sistem yang diwujudkan adalah bertujuan mencapai misi dan visi organisasi. Dimensi kedua iaitu peribadi atau idigrafik lebih kepada memenuhi keperluan peribadi atau personaliti seseorang pemimpin atau pengurus organisasi.Daripada tajuk ini juga, saya dapat mengenali dan memahami pendapat Getzels terhadap teori sosial. Mengikut pendapatnya keadaan dan bentuk hubungan antara ahli dalam institusi perlu difahami oleh pentadbir dan pekerja. Tingkah laku ahli dalam organisasi dikawal secara normative ataui dografik. Selain itu, konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan kehendak antara matlamat individu dengan matlamat institusi. Beliau juga berpendapat bahawa setiap individu mempunyai cara dan gaya tersendiri. Pentadbir perlu memahami dan sentiasa bekerja sama dengan pelbagai unit dalam sistem sosial. Daripada pendapat Getzels terhadap teori sosial, saya dapat memahami bahawa, seseorang guru pemulihan harus mengaplikasikan teori sosial ini dalam pengurusan kelas. Contohnya murid-murid di dalam sesebuah kelas mempenyai latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Oleh itu, dengan menggunakan teori ini , guru pemulihan harus mengawasi tingkahlaku muridnya dalam kelas. Guru pemulihan juga harus mengenali gaya pembelajaran murid dalam kelasnya untuk membimbing mereka menguasai 3M.Selain daripada itu, melalui tajuk satu ini, saya juga dapat mengenali Teori Tingkah Laku Kurt Lewin. Mengikut teori ini, Lewin menjelaskan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi dan dicorakkan oleh personaliti individu atau kumpulan, norma dan budaya setempat ,pertalian interpersonal dalam kumpulan kecil disamping kedudukan seseorang didalam kumpulan. Oleh itu tingkah laku manusia dalam sesebuah organisasi adalah dipengaruhi oleh persekitaran. Selepas mempelajari teori ini, saya dapat memahami bahawa persekitaran sangat mempengaruhi dalam tingkah laku seseorang murid dalam kelas. Aspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkah laku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkan satu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Saya percaya bahawa ruang pembelajaran yang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjah yang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya murid tidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya. Teori seterusnya yang dapat saya kenali memalui tajuk ini adalah teori tingkah laku Abraham Maslow. Mengikut teori tingkah laku Maslow kehendak atau kemahuan manusia tersusun secara hierarki, jika keperluan asas telah dicapai individu akan cuba menguasai keperluan yang lebih tinggi. Biasanya manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada. Daripada implikasi teori ini, saya dapati bahawa individu dan orgnisasi berkembang. Contohnya jika guru pemulihan menggunakan teori ini dalam pengurusan kelas, seseorang murid boleh meningkatkan perkembangan diri dan juga menjadi individu yang sempurna. Dalam teori ini guru perlu jelas tentang peringkat keperluan murid terutama keperluan peringkat asas atau rendah seperti keselamatan, peraturan,ketepatan bekerja, diskriminasi, suasana bekerja dan ganjaran. Dengan ini, seseorang guru pemulihan harus mengetahui keperluan setiap murid dalam kelasnya. setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Selepas memahami teori ini, saya boleh menyatakan bahawa seseorang guru pemulihan perlu memastikan keperluan fisiologi murid dalam kelas telah dipenuhi terlebih dahulu. Keperluan ini dapat disediakan dengan adanya masa rehat supaya dapat makan juga berehat untuk seketika dan menyediakan bilik darjah yang mempunyai pengudaraan yang baik. Memenuhi keperluan fisiologi dapat membantu muridberasa selesa dan bersemangat untuk belajar. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan positif seperti pujian, senyuman atau hadiah kepada muridnya apabila murid menunjukkan tingkahlaku positif. Dengan ini, murid-murid akan terasa disayangi dan dihargai. Dengan ini, aras motivasi dalam murid dapat dipertingkatkan seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Selain itu, guru pemulihan khas perlu menyediakan bilik darjah yang kondusif dan selamat seperti susunan meja dan kerusi yang teratur, saiz meja dan kerusi yang sesuai dengan saiz murid, peraturan bilik darjah yang sesuai dan ruang bilik darjah yang mencukupi. Dengan ini,murid-murid yang ada dalam kelas pemulihan dapat melibatkan diri dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran dijalankan. Persekitaran ini mampu merangsang minat dan semangat mereka untuk terus belajar. Murid-murid juga mudah bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, jika seseorang guru pemulihan menaplikasikan teori Abraham Maslow dalam pengurusan kelas, dia pasti boleh meningkatkan prestasi murid-muridnya dalam mengusai 3M dalam kelas dan juga mencapai hasratnya sebagai guru pemulihan.Teori seterusnya yang saya memahami adalah teori X dan teori Y Douglas McGregor. Mengikut teori ini McGragor dapat mengkelaskan bahawa kumpulan manusia terbahagi kepada dua kelompok. McGregor menganggap teori X sebagai teori tradisional dan kebanyakkan tingkah laku manusia malas dan perlu diberi perhatian. Teori McGregor tidak boleh diterjemahkan sepenuhnya dalam pentadbiran pendidikan kerana semua guru rajin dan bertanggungjawab. Daripada teori tersebut, saya mendapat bahawa berdasarkan kelompok manusia ini, pihak pengurusan harus dapat mengenalpasti kelompok-kelompok manusia tersebut supaya pengeluaran menjadi produktif, begitu juga dengan pengurusan kelas guru harus dapat mengesan mana kumpulan murid yang menjadi kumpulan X dan Y supaya sesuatu tindakan dapat diambil oleh guru.Teori pengurusan kelas yang terahkir yang saya belajar dalam tajuk ini adalah Teori Z William G. Ouchi (1981). Teori ini berdasarkan keadaan masyarakat dan budaya orang Jepun. Dalam teori ini, peningkatkan kecekapan dalam pengurusan berdasarkan kerjasama antara pekerja. Berdasarkan ciri-ciri teori Z William G. Ouchi, saya memahami bahawa seseorang guru harus mewujudkan kerjasama antara murid dalam kelas. Guru juga harus mengutamakan hubungan mereka dengan murid-murid dalam kelas. Guru juga harus mewujudkan semangat berpasukan dan hubungan yang rapat antara murid dalam sesebuah kelas. Keseluruhannya teori - teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam pengurusan kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Teori - teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam pengurusan kelas pemulihan khas.Daripada tajuk ini juga, saya dapat mengenali Modelpengurusankelas. Model pengurusan kelas. Dengan ini saya memahami bahawa kelasyangdiurusdengan berkesanakanmemberikesanyang baikkepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bilikdarjahyangmengandungi muriddaripada pelbagailatarbelakang dan kebolehan memerlukan satu gaya pengurusan yang cekap dan berkesan. Dengan mempelajari tajuk ini, saya dapat mengenali tiga model yang boleh digunakan dalam pengurusan kelas pemulihan iaitu model Horse- shoe, model stesyen dan model kiosk.Dalam Model Horse- shoe biasanya murid disusun dalam barisan berbentuk ladam kuda. Jikaterdapatlebihdariduabarisanmuridakandisusunsecaraberselang supaya murid dapat belajar dengan selesa. Dengan menggunakan model ini, guru moleh memastikan penglihatan setiap murid yang duduk di belakang tidak terhalang oleh murid yang duduk di baris hadapan. Dalam model ini, jarak murid dari peti televisyen, papan tulis dan guru bersesuaian dan memudahkan pembelajaran murid. Saya dapat memahami bahawa sebaiknya model ini digunakan untuk bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan satu barisan ladam kuda sahaja terbentu. Selaian itu daripada model ini, saya dapat memahami murid mudah fokus pengajaran guru, kerana dapat melihat guru, bahan bantu mengajar yang guru gunakan dan tulisan guru di papan kapur.Selain itu, Guru boleh memberi perhatian kepada semua murid semasa memberi arahan atau tunjuk cara.Dengan ini, Komunikasi pelbagai hala dapat dijalankan dengan berkesan dalam bilik darjah. Oleh itu pada pandangan saya, model Horse shoe ini sangat sesuai digunakan untuk murid pemulihan. Guru pemulihan juga mudah untuk membimbing murid dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya melalui tajuk dalam proforma yang saya belajar ini, saya juga mengenali model stesyen. Daripada kefahaman saya, model ini dilaksanakan untuk kelas yang ramai murid dan tahap kebolehan berbeza. Model ini mengatasi masalah kekurangan alat untuk mendapatkan kemahiran yang sama. Dalam stesyen ini murid berpeluang belajar sendiri secara aktif melalui pembelajaran kendiri dan sambil bermain. Dalam model ini, bilik darjah disusun mengikut stesyen tertentu berdasarkan kemahiran atau aktiviti. Dalam model stesyen ini, pembelajaran plebih berpusatkan kepada murid dan bahan. Melalaui model ini pembelajaran pelbagai kemahiran dijalankan serentak dan memenuhi keperluan pelbagaian kecerdasan murid. Dengan menggunakan model ini juga, masalah kekurangan alat dapat diatasi tanpa mengurangkan peluang setiap murid belajar. Selain itu, saya dapat menyatakan bahawa disiplin kendiri murid dapat dibentuk jika seseorang guru pemulihan menggunakan model stesyen ini dalam pengurusan kelas.Akhir sekali, saya memahami tentang model kiosk yang terkandung dalam model pengurusan kelas. Model kiosk sama seperti kaedah stesyen tetapi ia agak kekal di satu-satu sudut pembelajaran dalam bilik darjah. Melalui kefahaman saya, Kiosk dibina berdasarkan kepada kepelbagaian kebolehan murid dan murid perlu belajar mengikut minat dan kebolehan yang berbeza. Dengan mempelajari model pengurusan kelas dalam tajuk ini, saya dapat mengenali jenis-jenis pengurusan kelas. Sebagai guru pemulihan pada masa hadapan, saya boleh mengaplikasikan model pengurusan kelas ini dalam kelas pemulihan saya. Saya boleh menguruskan kelas pemulihan boleh dengan menggunakan model tertentu yang bersesuaian mengikut kesesuaian saiz kelas saya. Justeru itu, kefahaman saya daripada tajuk ini banyak memberi maanfaat kepada saya sebagai bakal guru pemulihan pada masa hadapan. Seterusnya, saya juga dapat memahami Pengurusan pembelajaran murid pemulihan khas daripada tajuk 1 dalam proforma. Pembelajaran bermaksud pemerolehan tingkah laku baru secara kekal melalui pengalaman dan latihan. Pembelajaran boleh berlaku secara terancang dan tidak terancang. Ini bermakana pembelajaran terancang memerlukan satu bentuk pengurusan yang cekap supaya pengajaran berkesan dan memberikan impak yang nyata kepada murid. Melalui tajuk ini, saya mengenali beberapa bentuk pengurusan pembelajaran murid pemulihan. Antaranya ialah secara kelas, berpasangan, individu, berkumpulan dan kendiri. Pembelajaran akses kendiri merupakan satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.Selain daripada itu, pembelajaran akses kendiri juga lebih dikenali sebagai satu pendekatan lain iaitu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih tertumpu kepada para pelajar. Melalui kefahaman saya, program pembelajaran akses kendiri adalah dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Dalam pembelajaran akses kendiri murid akan dilatih untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif Oleh itu, pendekatan ini dalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran terbaik yang seusia dengan dirinya.Selain daripada itu, saya juga mengenali pembelajaran secara kelas. Ia merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Guru memainkan peranan yang utama di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini. Dalam startegi, guru yang akan mengawal segala segala aktiviti pelajaran pengajajaran lebih memusatkan guru. Selain itu, pengurusan pembelajaran murid secara berkumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid murid dalam satu satu kumpulan tertentu. Dalam strategi ini, Lazimnya bahan bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang di susun secara berkelompok dalam kumpulan. Saya memahami bahawa dengan menggunakan strategi pembelajaran murid secara berkumpulan, guru boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap murid yang baik, sederhana dan lemah. Oleh itu strategi ini membantu guru dalam menjalankan aktiviti yang sesuai mengikut tahap murid dalam sesebuah kelasa. Daripada kefahaman saya mengenai pengurusan pembelajaran murid pemulihan ini, sebagai seorangbakal guru pemulihan, saya boleh membentuk dan mengurus pembelajaran murid pemulihan dalam kelas pada masa hadapan nanti. Kesimpulannya, daripada tajuk 1 dalam proforma, saya dapat mempelajari banyak ilmu yang berguna kepada saya sebagai bakal guru pemulihan pada masa hadapan. Strategi pengurusan kelas yang baik dan sesuai untuk sesuatu pelajaran akan membolehkan guru mencapai objektif pelajarannya dengan berkesan. Guru perlu memahami keperluan setiap murid dalam kelasnya sebelum memulakan pelajaran. Sebelum merancang sesuatu pelajaran di dalam kelas, guru terlebih dahulu perlu mengkaji dan menganalisis jenis dan kesediaan pelajar dari segi tingkah laku, pencapaian akademik dan tahap emosi pelajar. Ini menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih terancang dan berkesan. Di samping itu, ia akan menimbulkan minat dan mendorong pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh. Sebagai Pengetahuan tentang pengurusan kelas adalah sangat penting kepada saya sebagai bakal guru pemulihan. Ini kerana ia dapat membantu dalam menguruskan bilik darjah yang kondusif , tingkah laku pelajar dan seterusnya dapat mengembangkan intelek para pelajar.BibliografiBuku

Mok Soon Sang. Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.2011.Penerbitan Multimedia SND.BHD. Selangor Darul EhsanPelaksanaan Program pemulihan khas.(2003).Jabatan Pendidikan khas.Kementerian Pendidikan Malaysiaaliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.

ModulJabatan Pendidikan Khas. Kursus Asas Program Pemulihan Khas.

Internethttp://dplimatematik2012.blogspot.com/2012/08/teknik-modifikasi-tingkah-laku.html -Diakses pada 2 April 2014http://cikguhijau.blogspot.com/2012/03/senarai-tugas-tanggungjawab-dan-peranan.html - Diakses pada 2 April 2014http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/06/pengurusan-tingkah-laku.html-Diakses pada 3 April 2014

16