esei mustapa.pdf

19
MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN _____________________________________________________________________________________________________ 1 Penghargaan --------------------------------------------- Assalamualaikum W.B.T.. Pertamanya saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat ilahi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini pada waktunya dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu En. Syed Muhd Kamal bin Syed A. Bakar selaku tenaga pengajar bagi subjek PKE 3103 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan pada semester ini. Tidak lupa juga kepada semua para pensyarah lain di Jabatan Pendidikan Jasmani IPG Temenggong Ibrahim yang turut membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kepada rakan-rakan guru pelatih yang lain, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi sokongan, pertolongan dan juga kerjasama kepada kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan ikatan persaudaraan yang terjalin akan bertambah erat. Sekian.

Upload: mike-lee

Post on 13-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

1

Penghargaan ---------------------------------------------

Assalamualaikum W.B.T..

Pertamanya saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat ilahi Allah S.W.T kerana

dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus ini pada

waktunya dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada

pensyarah saya iaitu En. Syed Muhd Kamal bin Syed A. Bakar selaku tenaga

pengajar bagi subjek PKE 3103 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Kesihatan

pada semester ini. Tidak lupa juga kepada semua para pensyarah lain di Jabatan

Pendidikan Jasmani IPG Temenggong Ibrahim yang turut membantu kami dalam

menyiapkan kerja kursus ini.

Kepada rakan-rakan guru pelatih yang lain, saya mengucapkan terima kasih

kerana memberi sokongan, pertolongan dan juga kerjasama kepada kami dalam

menyiapkan kerja kursus ini. Diharapkan ikatan persaudaraan yang terjalin akan

bertambah erat.

Sekian.

Page 2: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

2

1. Tulis satu esei yang dapat menghuraikan mengenai pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial

mengikut sepertimana kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

1. PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan

sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini

merupakan permulaan yang penting untuk mematangkan atau mendewasakan semua benda

hidup. Perincian bagi perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke

akhir hayat benda hidup tersebut. Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad

pada beberapa faktor.

1.1 Konsep pertumbuhan

Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mendefinisikankan

pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini

bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan

saraf-saraf otak. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahan-

perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang

berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan

adalah perubahan fizikal tubuh badan.

Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu

perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus

berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti.

1.2 Konsep Perkembangan

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan

dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Perkembangan manusia dipengaruhi oleh

dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan

sebagai pengaliran yang sangat berkait antara perubahan kuantitatif dan ade perubahan

kulitatif yang menuju ke arah tertentu. Perkembangan tidak dapat diukur secara kuantitatif

tetapi jelas dapat dilihat perubahan telah berlaku kerana kerana sifat baru berlainan daripada

peringkat yang lebih awal. Kesimpulannya, perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu

perubahan kualitatif yang sistematik meliputi sebagai satu perubahan kuantitatif yang

sistematik meliputi aspek biologi, kogmitif sosial dan emosi . perubahan tersebut akan

berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan satu benda hingga ke akhir hayatnya.

Page 3: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

3

1.3 Perkembangan Jasmani Kanak-kanak

Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan jasmani merujuk kepada perubahan

saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan

dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan

dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan

fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-

kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, perkembangan fizikal

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka

bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.

Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh

pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga

pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal

seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi

dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna

rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi

oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut

Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati

kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan

kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar

lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan

dan perkembangan individu.

1.4 Prinsip Asas Perkembangan Jasmani / Fizikal Kanak-Kanak

Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz

kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan

tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu

kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal

pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa

bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.

Pada usia 6 tahun hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat

merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.

Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada

peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot

Page 4: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

4

halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan.

Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai obkel yang dilihatnya tetapi gagal

kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi

boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek dengan sebelah tangan

menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah berkembang.

Kemudian, Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Contohnya, sekiranya

kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan,

jika insiden yang sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada

kepala yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan

memberitahu kepalanya sakit.

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat kanak-kanak juga stabil dan

tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat semasa bayi. Pertumbuhan dan

perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran

psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi

susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10

tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula

bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahap

kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih

kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak

kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas

yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan

sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat

muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik,

berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki cenderung kepada permainan lasak

misalnya permainan di padang.

Kesimpulannya, perkembangan jasmani merupakan salah satu aspek perkembangan yang

terpenting dalam kehidupan kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa amat berminat terhadap

kemajuan perkembangan jasmani atau fizikal anak. Mereka juga berasa bangga sekiranya

anak mereka mencapai perkembangan yang baik dan sempurna dan bimbang dan tertekan

sekiranya perkembangan anak mereka tidak berlaku seperti yang diharapkan.

.

Page 5: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

5

1.5 Perkembangan Intelek Kanak-Kanak

Kemahiran intelek atau kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat

memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia

elibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul,

menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting

untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan intelek kanak-kanak memberi

penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan

pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang

seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud intelek adalah berkaitan rapat

dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran

melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan

perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih

berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah

bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan

orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.

Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada

kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. Jadi,

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang

membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal, membanding beza dan berfikir tentang

sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak juga akan secara beransur-ansur berubah daripada pemikiran

egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif . Pemikiran decentered membolehkan

kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya

bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia

lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan

yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami

orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang

diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan

secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate

atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan

'class inclusion'.

Page 6: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

6

1.6 Perkembangan Kanak-Kanak Dari Segi Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses yang membolehkan kanak-

kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu

masyarakat serta budaya. Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang

membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian

sosial dalam sesuatu persekitaran. Ia dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti proses

peniruan, aktiviti bermain, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang

proses sosialisasi, kanak-kanak akan mempelajari tradisi, nilai dan adat yang diamalkan oleh

sesuatu kumpulan. Selain itu, Perkembangan sosial kanak-kanak amat dipengaruhi oleh

hubungan persahabatan mereka.

Terdapat tiga tahap dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak. Tahap pertama

berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah iaitu semasa berumur dalam lingkungan 5 hingga

6 tahun. Pada tahap ini kawan hanya dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja.

Sahabat yang menjadi teman adalah adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah

sahaja. Kanak-kanak selalunya akan berkongsi alat permainan. Walaubagaimanapun,

kanak-kanak masih tidak mementingkan niolai persahabatan. Tahap kedua pula semasa

alam persekolahan. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan

8 hingga 10 tahun. Kawan diaanggap sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk

membantu mereka pada bila-bila masa. Tahap ketiga pula merupakan tahap yang

membolehkan kanak-kanak akhir dan awal remaja.

Banyak pendapat yang mengatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat

penting. Perhubungan persahabatan di antara kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak

daripada perasaan egosentrik. Ini kerana kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar

untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan lain untuk memberikan kesan kepada

kanak-kanak tersebut agar menanamkan sikap menitikberatkan perasaan dan pandangan

orang.

Jadi, Peranan orang dewasa adalah penting dalam proses sosialisasi kanak-kanak kerana

mereka selalunya bertanggungjawab mengenalkan faktor jantina kepada persahabatan

kanak-kanak antara lelaki dan perempuan. Kadang-kadang komen orang dewasa terhadap

persahabatan yang sedang berkembang. Kadangkala sikap negatif mungkin timbul di mana

kanak-kanak lelaki lebih suka menunjukkan tingkah laku yang kasar kepada kanak-kanak

perempuan. Oleh itu, bimbingan orang dewasa amat diperlukan bagi menjaga tingkah laku

kanak-kanak.

Page 7: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

7

1.7 Perkembangan emosi dan rohani

Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau

benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak

menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai

seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan keseronokan

kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan

makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan

tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak

penyesuaian yang akan diambil.

Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan.

Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau

dipelajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak

balas kepada sesuatu keadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidakselesaan. Emosi

ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi yang nyata.

Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara meluahkan

emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan

bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Pernyataan

emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja. Semakin

umurnya meningkat, kanak-kanak akan semakin berkebolehan untuk menyatakan emosinya

dengan cara yang lebih halus. Cara kanak-kanak meluahkan emosi mereka berubah

daripada penyataan secara fizikal , misalnya memukul kawan apabila berasa marah.

Emosi bagi kanak-kanak telah wujud pada usia 2 tahun. Pada umur 18 hingga 36

bulan, kanak-kanak muka menunjukkan emosi, malu dan perasaan bersalah, dengki dan

bangga. Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah jika ditegur oleh ibu bapa

atau penjaganya. Mereka juga bangga sekiranya ibu bapa memuji. Perasaan dengki atau

cemburu jelas kelihatan pada usia 3 tahun apabila ibu bapa menunjukkan sifat sayang pada

anak yang lain.

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati.

Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila

mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes,1998). Perkembangan empati

bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa. Perkembangan ini juga disokong

oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah

yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung bersifat

empati.

Page 8: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

8

Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain.

Mereka mula belajar memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini

suka membuat perkara yang dapat menarik perhatian orang lain. Ketika berumur 9 – 12

tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan

sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa mereka.

Selain itu juga, perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara

peniruan. Mereka meniru tingkahlaku emosi yang diperhatikan pada orang lain dan

melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan

emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya.

Page 9: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

9

RUMUSAN

Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi

jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang

berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Tahap perkembagan

kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial

walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama. Perkembangan dan

pertumbuhan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh persekitaran. Jika baik

persekitaran yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak

juga baik. Selain itu juga pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga di

pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan

bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan

kanak-kanak secara optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

berkembang seiring.

Sehubungan itu, semua keperluan dan kepentingan dalam pertumbuhan dan

perkembangan dapat dipenuhi oleh kanak-kanak dengan baik. Ibu bapa dan guru perlu

menyediakan keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan

perkembangan mereka. Semua keperluan dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah

saling berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi perkembangan dan

pertumbuhan seseprang kanak-kanak haruslah perlu di titik beratkan dari aspek

keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi kepentingan kepada

kanak-kanak tersebut.

Penyediaan sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan tahap perkembangan

kanak-kanak. Sebagai contoh apabila kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal

,maka ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga. Hal ini kerana kanak-

kanak tersebut baru pandai menggunakan basikal dan baru pandai mengayuh.oleh itu amat

bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut mengayuh basikal tanpa sokongan.

Kanak-kanak tersebut masih berada pada tahap rendah dalam menguasai kemahiran

tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu keperluan untuk kanak-kanak harus

menitikberatkan keselamatan dan kepentingannya

Page 10: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

10

2. Hasilkan satu penulisan yang dapat menganalisis perkaitan aspek fisiologi,

sosiologi, psikologi dan intelek dengan Pendidikan Kesihatan.

2.0 PENGENALAN

Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan

pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam tentang sikap dan amalan berhubung

dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Objektif Utama pelajaran Pendidikan

Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf

kesihatan individu dan masyarakat melalui kaedah-kaedah tertentu. Antaranya dengan

menanamkan minat dalam kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan agar lebih

bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka. Usaha juga dilakukan untuk menyedarkan

masyarakat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada agar masyarakat dapat

meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan penggunaan ini dengan berkesan. Selain itu,

pelbagai usaha digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada

masyarakat mengenai kesihatan baik dari segi penyakit-penyakit berjangkit dan juga

maklumat am lain yang berkait dengan kesihatan.

Beberapa aspek adalah penting yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan dapat

membantu kita untuk mengenal pasti punca dan menangani masalah-masalah berkaitan

dengan kesihatan. Terdapat empat aspek asas sains dalam Pendidikan Kesihatan iaitu

aspek biologi, aspek sosiologi, aspek psikologi dan aspek fisiologi. Aspek biologi membantu

kita untuk mengenal pasti fungsi sistem tubuh yang mempengaruhi tahap kesihatan individu

manakala aspek sosiologi pula membantu kita untuk mengetahui aspek-aspek sosial yang

mempengaruhi peranan dan tingkah laku kesihatan individu dan masyarakat. Aspek

psikologi membantu kita memahami tingkah laku individu menangani masalah kesihatan dan

aspek fisiologi pula membantu kita untuk memahami kesan dan fungsi sistem-sistem organik

tubuh terhadap kesihatan individu.

Page 11: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

11

2.1 ASPEK FISIOLOGI

Fisiologi merujuk kepada kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh manusia.

Dalam pendidikan kesihatan, aspek fisiologi membantu kita untuk mengetahui sejauh mana

sistem-sistem organik tubuh memberi kesan terhadap kesihatan dan kecergasan seseorang

individu. Antara sistem-sistem tubuh yang memberi impak terhadap tahap kesihatan dan

kecergasan tubuh kita adalah sistem pergerakan dan perlindungan badan, sistem bekalan

tenaga dan perkumuhan, sistem kardiovaskular dan sistem deria, koordinasi dan

keseimbangan serta sistem pembiakan.

Melalui pendidikan kesihatan, Pengetahuan tentang aspek fisiologi juga dapat

membantu kita mengenal pasti kesan yang dihasilkan oleh sistem-sistem organik tubuh.

Contohnya kesan terhadap pekerjaan seharian, pemakanan, perbezaan jantina,

kebimbangan penggunaan bahan seperti ubatan, dadah dan rokok ataupun aktiviti yang

lain.

Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling

berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan makanan

disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua fungsi ini

dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan sistematik.

Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan menjejaskan fungsi

tubuh dan kesihatan individu. Terdapat banyak sistem yang melibatkan fungsi tubuh badan

iaitu sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem penghadaman, sistem saraf,

sistem kardiovaskular, sistem pernafasan, sistem perkumuhan, sistem endokrin, sistem limfa

dan sistem pembiakan. Semua sistem ini amat penting kerana ianya mempunyai peranan

tertentu dalam memastikan badan kita dapat dapat berfungsi dengan sempurna.

Pengetahuan tentang ilmu sains yang berkaitan dengan fisiologi ini bermakna untuk

diaplikasikan dalam kehidupan seterusnya menjamin kesihatan yang lebih baik. Contohnya

apabila kita memahami tentang sistem penghadaman, kita akan memastikan langkah-

langkah kesihatan dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk pertu kita.

Secara tidak langsung pengetahuan sains yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya. Apa

yang pasti, sebahagian besar penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah penyakit yang

berkaitan dengan fisiologi tubuh. Jadi sudah tentu, pengetahuan yang diperoleh dalam

Pendidikan Kesihatan dapat memberi kesedaran untuk seseorang agar dapat menjaga dan

memastikan mereka sentiasa menjaga fisiologi tubuh badan agar dapat hidup dengan lebih

sempurna.

Page 12: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

12

Tubuh manusia merupakan mekanisma yang unik. Ia mempunyai sistem yang saling

berkait yang membenarkan segala keperluan hidup manusia seperti air dan

makanan disalurkan, diangkut ke semua bahagian tubuh dan dicernakan. Kesemua

fungsi ini dilakukan melalui sistem-sistem tubuh yang berfungsi dengan cekap dan

sistematik. Ketidakselarian dan kegagalan salah satu sistem ini berfungsi akan

menjejaskan fungsi tubuh dan kesihatan individu. Terdapat banyak sistem yang

melibatkan fungsi tubuh badan iaitu sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot,

sistem penghadaman, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem pernafasan,

sistem perkumuhan, sistem endokrin, sistem limfa dan sistem pembiakan. Semua

sistem ini amat penting kerana ianya mempunyai peranan tertentu dalam

memastikan badan kita dapat dapat berfungsi dengan sempurna.

Di antara sistem tubuh badan yang ada setiap orang ialah :

2.1.1 Sistem Integumentari

Kulit, kuku, rambut, kelenjar dan beberapa tisu penerima yang khusus membentuk

sistem integumentari. Antara organ yang paling utama dan bertindak melindungi

tubuh dalam sistem ini adalah kulit. Kulit merupakan organ manusia yang paling

besar. Kulir bertindak sebagai rintangan di antara persekitaran luar dan dalam

badan.

2.1.2 Sistem Rangka

Sistem rangka merupakan bahagaian rangka tulang dan rawan yang melindungi

organ-organ tubuh dan membantu pergerakan manusia. Sistem mempunyai banyak

fungsi terhadap tubuh badan seseorang. Fungsi utama sistem ini ialah bertindak

sebagai sokongan. Tulang-tulang menyediakan kerangka kepada tubuh dan

berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot

rangka.

Sistem rangka juga berfungsi dalam memberi perlindungan. Organ dalaman

dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh. Sebagai contoh otak

dilindungi oleh tulang kranial manakala paru-paru dan jantung dilindungi oleh tulang-

tulang rusuk. Selain itu, sisten rangka merupakan tempat penyimpanan sel darah

dan penghasilan sel-sel. Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang

dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Sum-sum tulang

juga berfungsi untuk membina dan membentuk tulang.

Page 13: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

13

2.1.3 Sistem Penghadaman

Makanan merupakan keperluan yang amat penting kepada tubuh kerana ianya

merupakan sumber tenaga yang mendorong kepada reaksi tindak balas kimia yang

wujud pada setiap sel dalam tubuh. Tenaga diperlukan untuk otot menghasilkan

penguncupan otot, pengaliran impuls saraf, aktiviti-aktiviti rembesan dan penyerapan

kebanyakkan sel dalam tubuh. Pemecahan molekulmolekul makanan bagi digunakan

oleh sel-sel tubuh dinamakan penghadaman. Organ-organ tubuh yang melakukan

proses ini dalam tubuh digabungkan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem

penghadaman.

2.1.4 Sistem Saraf

Sistem saraf terdiri daripada otak, tulang belakang dan saraf-saraf. Kawalan tubuh

dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem

saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas

untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula

bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada tafsiran di

dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama

dikenali sebagai sistem saraf pusat dan kedua adalah sistem saraf periferi.

Organisasi sistem saraf sangat kompleks. Namun begitu, organisasi sistem saraf

yang kompleks ini hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia.

Neuron terbahagi kepada tiga bahagian iaitu badan sel, dendrit dan akson.

Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh

sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang

diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang

memanjang dan kelihatan bercabang-cabang. Dendrit bertugas untuk menghantar

impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan

mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron

atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada.

Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina

ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh sejenis bahan kimia yang dikenali

sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima

rangsangan fizikal atau kimia.

Page 14: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

14

2.1.5 Sistem Perkumuhan

Sistem perkumuhan terdiri daripada dua buah pinggang, dua ureter, urethra dan

pundi kencing. Fungsi utama sistem perkumuhan adalah untuk menyingkirkan bahan

buangan yang tidak diperlukan oleh badan. Antara bahan kumuh yang dihasilkan

dan dibuang ialah air kencing, peluh dan gas karbon dioksida serta wap air. Proses

perkumuhan penting bagi meastikan tubuh sentiasa dalam keadaan yang stabil.

2.1.6 Sistem Kardiovaskular

Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, salur darah dan darah. Sistem ini

berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kecergasan respiratori dan kecergasan

aerobik. Semua ini merupakan aspek kecergasan terpenting. Asas kepada sebarang

aktiviti fizikal juga faktor utama yang boleh mengurangkan risiko individu dari

penyakit kardiovaskular. Contohnya seperti penyakit jantung, penyakit hipokinetik,

penyakit lain dan kematian awal. Kardiovaskular cergas meningkatkan kebolehan

melakukan sebarang tugas.

2.1.7 Sistem Pembiakan

Pembiakan adalah proses di mana bahan-bahan genetik di sampaikan daripada

generasi ke generasi. Fungsi utama sistem pembiakan manusia ialah untuk

melahirkan anak, memastikan kehidupan spesis berterusan dan ciri-ciri warisan dap

at diturunkan dari generasi ke generasi akan datang. Sistem pembiakan manusia

terdiri daripada empat fungsi utama iaitu menghasilkan ovum (perempuan) dan

sperma (lelaki), mengangkut dan menampung sel-sel ini, menjaga perkembangan

zuriat dan menghasilkan hormon.

Sistem pembiakan lelaki terdiri daripada sepasang testis dan rangkaian duktus

pemancutan, semen vesikel, kelenjar prostat dan zakar. Organ-organ sistem

pembiakan wanita pula akan menghasilkan dan menampung ovum, mengangkut dan

menempatkan sel-sel ini dimana ia akan disenyawakan oleh sperma, mewujudkan

persekitaran yang sesuai bagi perkembangan fetus dan menghasilkan hormon seks

perempuan. Sistem pembiakan wanita juga terdiri daripada ovari, tiub fallopia, uterus,

faraj, kelenjar tambahan dan organ kelamin luar.

Page 15: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

15

2.1.8 Sistem Pernafasan

Setiap organisma yang hidup memerlukan oksigen dan akan menghasilkan karbon

dioksida. Sistem pernafasan pada manusia merupakan proses pertukaran gas

dengan organ tubuh yang bertanggung jawab terhadap tugas tersebut. Sistem

pernafasan atau sistem respirasi ini dilakukan oleh setiap benda hidup dengan cara

dan organ-organ yang berbeza. Bagi manusia, sistem pernafasan dilakukan oleh

organ paru-paru. Fungsi sistem pernafasan manusia adalah untuk meneruskan

kelangsungan hidup. Tanpa udara manusia sudah pasti akan mati.

2.1.9 Sistem Endokrin

Badan menggunakan pelbagai jenis bahan kimia untuk berhubung antara satu sama

lain melalui sistem endokrin. Sistem endokrin adalah sistem yang mengawal kelenjar

tanpa saluran yang menghasilkan hormon di dalam tubuh melalui saluran darah

untuk mempengaruhi organ-organ yang lain. Hormon bertindak sebagai "pembawa

pesan" dan dibawa oleh aliran darah ke berbagai sel dalam tubuh, yang selanjutnya

akan menerjemahkan "pesan" tersebut menjadi suatu tindakan.

2.1.10 Sistem Limfa

Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem peredaran darah, yang terdiri

daripada rangkaian saluran yang dipanggil saluran limfa yang membawa cecair jernih

yang dipanggil limfa kearah jantung. Sistem limfa bukanlah satu sistem tertutup.

Sistem kitaran darah memproses purata 20 liter darah setiap hari melalui penapisan

kapilari yang mengasingkan plasma ketika pada masa yang sama meninggalkan sel

darah. Sekitar 17 liter plasma sehari yang akan diserap semula terus ke dalam

saluran darah. Fungsi utama sistem limfa adalah untuk memberi laluan tambahan

bagi 3 liter yang berlebihan setiap hari untuk kembali pada darah. Jadi limfa pada

asasnya merupakan plasma darah dikitar semula.

Peranan kedua organ limfa adalah bagi memainkan peranan penting dalam sistem

pertahanan badan, mempunyai pertindihan yang agak besar dengan sistem limfoid .

Tisu limfoid terdapat dalam banyak organ, terutama nod limfa, dan pada folikel limfa

yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti tonsil.

Page 16: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

16

2.2 ASPEK SOSIOLOGI

Sosiologi adalah kajian tentang kumpulan sosial manusia yang meliputi keluarga, kumpulan

agama, organisasi sosial, trend populasi, pendidikan, aspek ekonomi dan status kumpulan

minoriti. Sosialisasi secara umumnya merujuk kepada proses yang digunakan oleh

kumpulan atau masyarakat untuk menyalurkan perkembangan individu ke dalam tingkah

laku personal dan sosial yang diterima bagi memenuhi peranan sebagai ahli dalam

kumpulan sosial tersebut.

Peranan sosial seseorang individu merupakan unit asas kepada sosialisasi. Melalui

peranan-peranan sosial ini, tugasan serta tanggungjawab diagihkan kepada individu atau

kumpulan dalam masyarakat. Setiap individu akan memainkan peranannya dalam situasi

dan bentuk yang berbeza berdasarkan kehendak dan norma-norma yang telah ditetapkan

dalam masyarakat. Pendidikan kesihatan menyediakan situasi pembelajaran khusus kepada

individu, keluarga dan masyarakat bagi memainkan peranan mereka terhadap mengamalkan

gaya hidup yang sihat dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka. Dalam

pendidikan kesihatan, sosiologi berperanan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh

pendidikan kesihatan di dalam masyarakat selain mengaitkan amalan dan gaya hidup sihat

terhadap budaya dan ekonomi masyarakat dan perkembangan sosial melalui pendidikan

kesihatan.

Sosiologi amat penting untuk dimuatkan ke dalam Pendidikan Kesihatan kerana

sosiologi merupakan suatu pendekatan saintifik untuk mengkaji bagaimana manusia

berinteraksi dan seterusnya membentuk kumpulan dan sosiologi. Dengan kata lain, sosiologi

adalah tentang bagaimana seseorang individu itu mengubahsuaikan dirinya dalam suatu

persekitaran. Sosiologi dalam Pendidikan Kesihatan juga ditakrifkan sebagai satu

pembelajaran yang sistematik tentang manusia dan tingkah laku masyarakat yang

berinteraksi dalam menghasilkan satu tindakan sosial. Oleh itu, apabila sosiologi dimuatkan

dalam Pendidikan Kesihatan, wujudnya interaksi dan kerjasama antara satu sama lain. Hal

ini dapat membantu dalam mengeratkan hubungan kita dengan kawan –kawan. Sosiologi

dalam pendidikan Kesihatan dapat mendedahkan isu yang kritikal. Ianya adalah kerana

sukar dianggap sebagai salah satu bidang kemasyarakatan, isu yang sama wujud dalam

kelompok masyarakat yang besar dan juga di dalam aspek pendidikan jasmani.

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia,

mengenalpasti tekanan-tekanan utama yang mengerat dan melemahkan mereka dan

mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial. Kita mengetahui masyarakat

yang mempunyai cara hidup dan kebudayaan yang tersendiri akibat daripada perbezaan

budaya tersebut menyebabkan kadang-kala mereka sukar untuk menghubungkan di antara

satu kelompok dengan yang lain.

Page 17: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

17

Jika sosiologi tidak dimuatkan dalam Pendidikan Kesihatan, murid-murid tidak dapat

merapatkan hubungan mereka dengan murid yang lain. Selain itu, sosiologi tidak dimuatkan

akan menyebabkan kekurangan keserasian antara serta mempengaruhi prestasi pasukan.

Sosiologi bukan sahaja wujud dalam pasukan atau sekumpulan,malahan ia wujud antara

dua orang. Contohnya, apabila bermain badminton tidak mungkin kita bermain secara

bersendirian, dan kita perlu mempunyai seorang lawan untuk bermain bersama. Oleh itu,

interaksi telah wujud antara satu sama lain.

Sosiologi wujud apabila perbualan berlaku. Apabila perbualan dijalankan, hubungan

dapat dirapatkan dan lebih memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, apabila

seseorang murid cedera semasa bermain, guru akan bertanya dan mengambil berat tentang

kecederaan.. Selain itu, dengan proses sosiolisasi, guru dapat mengajar kemahiran untuk

murid dan murid dapat mengetahui cara bermain, peraturan permainan dan berpakaian yang

betul semasa Pendidikan Kesihatan. Jika murid tidak tahu sebarang pengetahuan dalam

cara permainan dan kemahiran, bagaimanakah murid itu bermain? Jika murid itu tidak tahu

memakai pakaian yang sesuai untuk pendidikan jasmani, murid lebih senang mengalami

kecederaan. Oleh itu, sosiologi antara murid dengan guru amat penting dalam pendidikan

jasmani. Sosiologi bukan sahaja wujud antara murid,malahan wujud antara penonton

dengan peserta. Penonton yang memberi galakkan dan sokongan dalam pertandingan juga

wujud sosiologi. Sebagai contoh, apabila penonton memberi sorakan dan sokongan, pemain

akan lebih bersemangat untuk terus berjuang dan tidak putus asa sehingga pertandingan

tamat. Oleh itu, sosiologi tidak semestinya ada perbualan antara satu sama lain .

2.3 ASPEK INTELEK

Unsur intelek merangkumi ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif,

logikal, analitis dan ilmu yang bermanfat. Walau bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang

diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori

barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu

kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu

dengan Tuhan. Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada

enam bahagian iaitu kognitif, mental, pemprosesan maklumat, berasaskan biologi,

perkembagan kognitif dan interaksi sosial.

Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu. Akal

merupakan alat peneroka dan pemyelidik ilmu dan maklumat kepad manusia. Akal yang

waras secara berterusan penting untuk menjana ilmu dan maklumat terkini sejajar dengan

tuntutan semasa. Antara otak dan akal sememangnya mempunyai perkaitan yang amat

rapat, akal tidak sihat tanpa adanya otak. Oleh yang demikian, otak itu sendiri memainkan

peranan yang amat penting dalam pelahiran yang waras.

Page 18: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

18

Kelebihan seseorang itu bergantung kepada penggunaan otaknya bagi berfikir. Otak

yang berada di hemisfera kanan misalnya berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan

dan merupakan sesuatu yang amat unik. Dalam bahagian ini, seseorang itu berkebolehan

berbahasa, bertutur, analisa matematik, analitik, logik, rasional, turutan dan disiplin.

Manakala, hemisfera kanan pula berfungsi untuk proses non verbal, holistik, .lutnitif, visual,

muzik, perasaan, dan imaginatif kerohanian. Berdasarkan kegunaan, otak hemisfera kiri

digunakan untuk menanamkan perasaan mencintai sama ada kepada insan dan juga Tuhan.

Kesimpulannya, berdasarkan berfungsi sebagai ingatan, perasaan, mensintesis, dan

daya berfikir, visual atau bayangan, Oleh yang demikian, para pendidik tidak seharusnya

mengenepikan agama itu sendiri kerana agama bukan sahaja bersesuaian dengan

perkembangan daya intelek malah membantu untuk mendorong proses merealisasikan daya

intelek dengan sempurna dan membekalkan daya petunjuk bagi perkembangan intelek

secara beradab terutamanya dalam perkembangan dunia yang semakin mencabar kini.

Sekiranya konsep dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Pencipta itu diterapkan nescaya

impian falsafah pendidikan negara akan tercapai terutamanya melahirkan masyrakat

yang berilmu pengetahuan, dan berakhlak mulia akan tercapai

2.4 ASPEK PSIKOLOGI

Dari aspek psikologi dalam pendidikan kesihatan adalah satu cabang ilmu yang memberi

tumpuan kepada pemahaman bagaimana seseorang boleh kekal sihat, mengapa seseorang

jatuh sakit dan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila jatuh sakit. Ini

menunjukkan bahawa mesti ada beberapa bentuk kawalan yang penting dalam dari sudut

psikologi untuk kesihatan.

Psikologi sebenarnya adalah satu bidang sains yang bertumpu pada kajian tingkah

laku manusia. Pendidikan kesihatan pula bertujuan untuk memperkembangkan mental dan

kebolehan individu individu menjadi insan yang seimbang. Jadi, psikologi membantu guru

untuk memahami dan membimbing murid dalam pembelajaran dengan lebih berkesan.

Untuk mencapai tujuan tersebut, faktor psikologi murid amat mempengaruhi pembelajaran di

dalam kelas.

Selain itu, kita boleh mengaitkan bahawa psikologi seseorang sangat berhubung rapat

dengan pendidikan kesihatan. Contohnya, seseorang yang sering berfikiran positif

menunjukkan dia berfikir secara sihat. Dengan berfikir secara sihat sebenarnya mampu

memberikan seseorang itu berada dalam keadaan fizikal yang baik. Dengan itu, mereka

akan mampu untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan persekitaran.

Page 19: ESEI MUSTAPA.pdf

MUSTAFA BIN ALI 780205-11-5419 PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

_____________________________________________________________________________________________________

19

3. BIBLIOGRAFI

1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-

kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009),

Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

4. Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan

Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

5. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi

dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman

6. Abdul Aziz Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan (2007). Psikologi

pendidikan. Kuala lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd