esei kes penyeludupan manusia

3
7/23/2019 Esei kes penyeludupan manusia http://slidepdf.com/reader/full/esei-kes-penyeludupan-manusia 1/3  Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru negara kita tentang kes penyeludupan manusia Oleh itu, sebagai warganegara yang berwawasan dan berpandangan jauh ke hadapan, kita hendaklah prihatin dengan isu  yang semakin hangat dibincangkan ini. Secara konseptualnya, kes penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga integriti kedaulatan negara ini. Kes penyeludupan manusia ini tidak wajar berlaku kerana  jenayah sebegini adalah melanggar hak asasi manusia ke atas individu  yang diperdagangkan. Oleh itu, kesan-kesan kes penyeludupan manusia kepada negara dan langkah-langkah untuk mengatasi jenayah ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Pada pendapat saya, kes-kes penyeludupan manusia ke negara ini atau ke luar dari negara ini jika tidak dibendung dengan segera akan menyebabkan integriti keselamatan negara dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Dunia antarabangsa akan melihat aspek keselamatan negara kita begitu lemah. Masyarakat negara ini pula akan mula hilang kepercayaan dengan keupayaan pasukan-pasukan penguatkuasaan untuk membenteras kegiatan penyeludupan manusia ini daripada terus berleluasa. Golongan yang berkepentingan mengaut keuntungan daripada kegiatan jenayah ini juga akan meremehkan tindakan penguat kuasa kerana menyedari tindakan mereka sukar untuk dikesan. Jelaslah bahawa kewibawaan negara akan dipersoalkan oleh banyak pihak jika kita gagal mengekang jenayah penyeludupan manusia di negara kita. Secara tidak langsung, imej negara juga turut terjejas di peringkat antarabangsa. Di samping itu, kegiatan penyeludupan manusia juga akan meningkatkan masalah sosial dalam negara kita. Sebagai contoh, kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang diseludup masuk akan meningkat. Tambahan lagi, kes-kes orang hilang juga akan meningkat, terutamanya melibatkan kanak-kanak atau golongan remaja untuk dieksploitasi oleh golongan yang cuba mengaut keuntungan. Kegiatan

Upload: niroshinee-ap-sukumaran

Post on 12-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei kes penyeludupan manusia

7/23/2019 Esei kes penyeludupan manusia

http://slidepdf.com/reader/full/esei-kes-penyeludupan-manusia 1/3

  Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di

segenap empat penjuru negara kita tentang kes penyeludupan

manusia Oleh itu, sebagai warganegara yang berwawasan dan

berpandangan jauh ke hadapan, kita hendaklah prihatin dengan isu yang semakin hangat dibincangkan ini. Secara konseptualnya, kes

penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh

menjejaskan keselamatan negara dan juga integriti kedaulatan

negara ini. Kes penyeludupan manusia ini tidak wajar berlaku kerana

 jenayah sebegini adalah melanggar hak asasi manusia ke atas individu

 yang diperdagangkan. Oleh itu, kesan-kesan kes penyeludupan

manusia kepada negara dan langkah-langkah untuk mengatasi jenayahini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, kes-kes penyeludupan manusia ke negara ini atau

ke luar dari negara ini jika tidak dibendung dengan segera akan

menyebabkan integriti keselamatan negara dipertikaikan oleh

pelbagai pihak. Dunia antarabangsa akan melihat aspek keselamatan

negara kita begitu lemah. Masyarakat negara ini pula akan mula hilang

kepercayaan dengan keupayaan pasukan-pasukan penguatkuasaanuntuk membenteras kegiatan penyeludupan manusia ini daripada terus

berleluasa. Golongan yang berkepentingan mengaut keuntungan

daripada kegiatan jenayah ini juga akan meremehkan tindakan

penguat kuasa kerana menyedari tindakan mereka sukar untuk

dikesan. Jelaslah bahawa kewibawaan negara akan dipersoalkan oleh

banyak pihak jika kita gagal mengekang jenayah penyeludupan

manusia di negara kita. Secara tidak langsung, imej negara juga turutterjejas di peringkat antarabangsa.

Di samping itu, kegiatan penyeludupan manusia juga akan

meningkatkan masalah sosial dalam negara kita. Sebagai contoh,

kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang diseludup masuk akan

meningkat. Tambahan lagi, kes-kes orang hilang juga akan meningkat,

terutamanya melibatkan kanak-kanak atau golongan remaja untuk

dieksploitasi oleh golongan yang cuba mengaut keuntungan. Kegiatan

Page 2: Esei kes penyeludupan manusia

7/23/2019 Esei kes penyeludupan manusia

http://slidepdf.com/reader/full/esei-kes-penyeludupan-manusia 2/3

 jenayah terancang juga boleh bertambah jika manusia yang diseludup

masuk merupakan penjenayah-penjenayah yang bermatlamat untuk

mengembangkan kegiatan haram mereka. Keadaan ini menyebabkan

penduduk tempatan akan berasa keselamatan mereka tidak terjamin.Mereka seolah-olah menjadi tebusan atau tawanan hidup di negara

sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, jenayah penyeludupan manusia

menyebabkan masalah sosial di negara kita semakin berleluasa.

Kes penyeludupan manusia hendaklah dibendung kerana banyak

membawa implikasi buruk kepada rakyat dan negara kita. Bagi

membendung masalah ini, pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

perlulah bersama-sama memainkan peranan. Ahli-ahli pertubuhansukarela ini boleh membantu pihak berkuasa mengenal pasti sektor-

sektor pekerjaan yang menjadi tumpuan tenaga buruh atau manusia

 yang diseludup masuk ke negara ini. Mereka juga boleh menggembleng

tenaga untuk melancarkan kempen-kempen yang melibatkan majikan

di seluruh negara bagi memberikan kesedaran agar tidak bersaubahat

dengan penyeludup manusia dengan menggaji orang yang diseludup

sebagai pekerja. Memang tidak dapat dinafikan penglibatan aktifNGO dalam mengatasi masalah ini amatlah dituntut kerana golongan

ini sentiasa mendekati masyarakat setempat melalui pelbagai

program yang dirancang. Langkah lain yang tidak boleh

dikesampingkan dalam usaha mengatasi masalah ini ialah

penguatkuasaan pencegahan perlulah dilakukan secara berterusan

oleh pihak berkuasa. Serbuan-serbuan di pusat-pusat hiburan,

kawasan perladangan, dan sektor-sektor industri perlu dilakukansecara kerap untuk mengesan buruh-buruh yang digaji secara tidak

sah.

Di samping itu, kawalan sempadan juga perlu dipertingkatkan dan

laluan hijau di sempadan dan semua pintu masuk perlu dimansuhkan

 jika kemudahan ini didapati sebagai penyumbang kepada peningkatan

kegiatan penyeludupan manusia. Dalam pada itu, akta dan undang-

undang yang berkaitan dengan kes penyeludupan manusia hendaklah

Page 3: Esei kes penyeludupan manusia

7/23/2019 Esei kes penyeludupan manusia

http://slidepdf.com/reader/full/esei-kes-penyeludupan-manusia 3/3

dikaji semula. Pihak yang ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan

kes penyeludupan orang hendaklah didakwa dan dikenakan hukuman

 yang setimpal untuk memberikan amaran kepada orang lain supaya

tidak terlibat dengan jenayah sebegini.

Selanjutnya, peranan media massa sama ada media cetak mahupun

media elektronik perlulah diperhebat dalam mengatasi masalah ini.

Media elektronik seperti televisyen, radio dan internet perlu

menyalurkan maklumat mengenai kes penyeludupan manusia secara

berterusan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk di negara

ini mengenai bahaya jenayah sebegini. Dengan adanya peringatan yang

berterusan sebegini, mereka akan sentiasa mengambil langkahberjaga-jaga dan tidak mudah terperdaya dengan penipuan yang

dilakukan oleh penjenayah yang terlibat dengan kes penyeludupan

manusia. Dokumentari dan filem berkaitan dengan kes penyeludupan

manusia hendaklah ditayangkan kepada orang awam supaya mereka

melihat kesan-kesan dan cara-cara untuk menghindari diri daripada

menjadi mangsa kes penyeludupan manusia. Dengan adanya

pengetahuan yang mencukupi, masyarakat dapat mengelakkan diridaripada menjadi mangsa jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini.

Kesimpulannya, kes penyeludupan manusia merupakan jenayah

terancang yang memerlukan komitmen semua pihak untuk

mengatasinya. Untuk keselamatan negara dan keharmonian negara,

 jenayah penyeludupan manusia ini perlulah dicegah dengan

perundangan dan ketegasan. Dalam pada itu, masyarakat kita

hendaklah mempunyai kesedaran untuk membantu pihak berkuasa

untuk mengatasi masalah ini dengan melaporkan kes penyeludupan

manusia yang berlaku dan tidak bersaubahat dengan penjenayah. Jika

semua pihak bersatu padu, kes penyeludupan manusia tidak akan

berlaku di negara kita. Mudah-mudahan, negara yang kita cintai ini

akan bebas daripada kes penyeludupan manusia yang tidak

berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia ini.