esei kepentingan penggunaan resos - math is fun

12
14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun mte3109.weebly.com/esei.html 1/12 Keberkesanan Penggunaan Resos Sebelum kita memembincangkan dengan lebih jauh mengenai isu penggunaan resos ini marilah kita terlebih dahulu mengungkap maksud ataupun takrif-takrif yang telah diberikan kepada resos ini.Resos merupakan bahan–bahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai ‘alat bantu mengajar’. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar , carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set ‘benda’ yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar. Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Matematik. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.Menurut teori Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa perlunya ada objek atau bahan- bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran. Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep HOME ESEI RESOS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REFLEKSI RUJUKAN BIODATA PENULIS

Upload: aznida-ninie

Post on 23-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 1/12

Keberkesanan Penggunaan Resos

Sebelum kita memembincangkan dengan lebih jauh mengenai isu penggunaan resos ini marilah kita terlebih dahulu

mengungkap maksud ataupun takrif-takrif yang telah diberikan kepada resos ini.Resos merupakan bahan–bahan yang boleh

digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Atan Long (1982)

berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,

carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai ‘alat

bantu mengajar’. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar,

carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos

boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set ‘benda’ yang boleh

digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses

pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Matematik.

Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau

lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif

untuk berbuat demikian.Menurut teori Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan

berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar

dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan

membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa perlunya ada objek atau bahan-

bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran.

Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang

boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih

daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep

HOME ESEI RESOS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REFLEKSI RUJUKAN BIODATA PENULIS

Page 2: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 2/12

abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja.

Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari

jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik.

Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik.

Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan

penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai

kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan

mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih

pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang

dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan

resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan

penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk

menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai

seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil

kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas

tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan

menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.

Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna-

warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita

Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat

meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat.

Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu

untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting

bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik

perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan

penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh

didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan

perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar

Page 3: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 3/12

Bagaimana resos tersebut dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah?

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui

penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan

baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu

Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai

gerak balas lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih

kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan

pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

Ads not by this site

Page 4: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 4/12

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru

dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman

yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan

yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad

kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam

pengajaran dan sebagainya.

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada

pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Justeru, tidak syak lagi bahawa penggunaan resos dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat memberikan

banyak menafaat di samping dapat mengukuh dan menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan. Mari kita lihat pula kepada

beberapa contoh bahan – bahan resos yang sering digunapakai di dalam kurikulum pendidikan Matematik sekolah rendah. Secara

umumnya terdapat banyak bahan resos seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan

Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus, Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi.

Semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan pemahaman murid-murid dan bagi meyokong lagi

pengajaran para guru.

Di sini saya akan menerangkan beberapa bahan resos dari segi tujuan, cara pembinaan, dan juga cara penggunaannya :

a) Blok Dienes

Tujuan :

Membantu murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan menolak

Konsep dan Kemahiran :

Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:

a) Konsep

Page 5: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 5/12

· Nilai nombor kurang daripada 1000.

· Nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.

· Operasi tambah dan tolak.

b) Kemahiran

· Menentukan nilai nombor kurang daripada 1000.

· Menentukan nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.

· Melakukan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 1000.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 1

Bahan-bahan diperlukan :

I. Bod jerami (straw board) licin (2-3mm tebal)

II. Pen penanda

Cara Pembinaan Bahan :

1. Dengan menggunakan bod jerami, lukis bentuk sa, puluh, dan ratus secara berkadaran.

2. Potong bod jerami mengikut bentuk yang dilukis.

3. Sediakan 40 keping bagi setiap bentuk.

Penggunaan Bahan :

Blok Dienes boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran yang berikut :

a) Menentukan nilai nombor dan nilai tempat

Ads not by this site

Page 6: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 6/12

b) Melakukan operasi tambah tanpa mengumpul semula

c) Melakukan operasi tambah dengan mengumpul semula

d) Melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula

Ads not by this site

Page 7: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 7/12

e) Melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula

b) Jalur Nombor

Tujuan :

Membantu murid memahami konsep nombor dan operasi asas (tambah, tolak, darab, dan bahagi)

Konsep dan Kemahiran :

Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:

a) Konsep

· Nombor 1 hingga 20.

· Kombinasi nombor.

· Hukum tukar tertib.

b) Kemahiran

· Menguasai fakta asas dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi..

· Melakukan operasi asas yang melibatkan nombor dalam lingkungan 20.

· Mencari kombinasi nombor dalam lingkungan 20.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 1

Bahan-bahan diperlukan :

Page 8: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 8/12

I. Papan (40 cm x 20 cm x 1 cm)

II. Papan lapis nipis (40 cm x 30 cm)

III. Kayu beroti nipis (400 cm x 2 cm x 0.5 cm)

Cara Pembinaan Bahan :

1. Dengan menggunakan papan berukuran 40 cm x 20 cm x 1 cm dan papan lapis nipis berukuran 40 cm x 30 cm, bina rak jalur

nombor.

2. Dengan menggunakan kayu beroti nipis pula, bina jalur nombor 1 hingga jalur nombor 20.

3. Jumlah jalur nombor yang perlu dibina adalah seperti dalam jadual berikut :

Penggunaan Bahan :

Jalur nombor boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran seperti yang berikut :

a) Kombinasi nombor

Ads not by this site

Ads not by this site

Page 9: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 9/12

b) Fakta asas operasi (tambah, tolak, darab, dan bahagi)

c) Petak Seratus

Tujuan :

Page 10: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 10/12

Membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan yang penyebutnya 2, 4, 5, dan 10 kepada peratus.

Kumpulan Sasaran :

Murid Tahap 2 (Tahun 6)

Bahan-bahan diperlukan :

I. Bod lekap (100 cm x 100 cm)

II. Plastik pembalut buku

Cara Pembinaan Bahan :

1. Sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 dengan menggunakan bod lekap. Ukuran setiap petak kecil (grid) ialah 5

cm x 5 cm.

1. Pasangkan tali pada petak seratus supaya mudah digantung pada dinding.

Catatan :

Untuk kegunaan murid, sediakan petak seratus 10 x 10 dan petak seratus 5 x 20 yang dibuat pada kertas biasa. Saiz grid yang

dicadangkan ialah 1 cm x 1cm

Penggunaan Bahan :

Petak seratus boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai kemahiran menukar pecahan kepada

peratus.

Page 11: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 11/12

Jelas sekali jika kita lihat daripada penggunaan bahan-bahan resos seperti yang ditunjukkan di atas, setiap bahan-

bahan resos mempunyai keunikan dan cara penggunaannya yang tersendiri. Antara perkara yang guru perlu peka di dalam

penggunaan bahan bantu mengajar adalah guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai dengan isi

kandungan pelajaran yang hendak disampaikan dan guru harus arif dan perpengetahuan untuk mengendalikan alat bantu mengajar

tersebut agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia. Alat-alat bantu mengajar tersebut juga harus

sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan

masa yang diperuntukkan.

Berdasarkan penyataan-penyataan dan contoh-contoh penggunaan bahan resos di dalam pengajaran di atas jelas

sekali menunjukkan bahawa penggunaan resos memainkan peranan yang penting di dalam mencapai kejayaan di dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Justeru itu pihak pentadbir terutamanya di sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya

dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta membantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti

mengadakan bilik khas untuk Matematik dan sebagainya. Manakala para guru pula perlu mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme. Selain itu, guru juga

harus memupuk sikap ingin memcuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat

mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Sesungguhnya bahan-bahan resos ini bukan sahaja berguna kepada kita sebagai seorang guru tetapi impaknya juga

besar kepada para pelajar.Sehubungan dengan itu saya kira perbincangan mengenai isu sajauh manakah penggunaan resos ini

dapat mengukuh dan menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan sudah terjawab dan kini menjadi

tanggungjawab kita semua untuk terus mempertingkatkan kemahiran diri terutamanya di dalam penggunaan bahan-bahan resos ini

agar dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran seterusnya mencapai matlamat misi kementerian pendidikan Malaysia iaitu untuk

membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia (world class) bagi memperkembangkan potensi individu secara

sepenuhnya dan seterusnya memenuhi aspirasi negara kita yang tercinta.

Create a with

Ads not by this site

free website

Page 12: Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math is Fun

14/09/2013 Esei Kepentingan Penggunaan Resos - Math Is Fun

mte3109.weebly.com/esei.html 12/12