esei kebudayaan melayu

17
PENGENALAN Hierarki masyarakat ini mula wujud setelah masyarakat mula hidup secara berkumpulan atau secara bermasyarakat dan mula dipraktikkan di dalam kehidupan bermasyarakat sejak abad ke-15 dan ke-16. Hierarki masyarakat ini telah menyumbang kepada tercipatnya suatu bentuk organisasi yang cekap dalam ketamadunan Melayu itu sendiri. 1 Secara umunya, masyarakat tradisional ini dapat diklasifikasikan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara perubahan dan keadaan sekeliling. Namun apabila terdapat perubahan yang berlaku, perubahan itu akan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. 2 Dan antara perubahan yang berlaku ialah terjadinya perjanjian antara Demang Lebar Daun dan juga Sang Sapurba, di mana Sang Sapurba mewakili golongan pemerintah dan Demang Lebar Daun pula mewakili golongan rakyat. 3 Setelah perjanjian itu termeterai maka wujudlah penggunaan istilah seperti patik untuk rakyat manakala beta pula untuk raja. Pengekelasan yang digunapakai dapat menyaksikan bahawa raja akan menduduki tangga teratas diikuti dengan golongan kerabat diraja, pembesar, ulama, rakyat dan akhir sekali ialah golongan hamba. Sistem ini telah membentuk dua golongan yang besar iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah ini terdiri daripada raja, 1 Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, Peradaban Melayu, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2005. Hlm. 78. 2 Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Idris & Naffi Mat Pengahayatan Karya Agung, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013. Hlm 133 3 A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Hlm. 25. 1

Upload: universiti-malaya

Post on 15-Feb-2017

241 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei kebudayaan melayu

PENGENALAN

Hierarki masyarakat ini mula wujud setelah masyarakat mula hidup

secara berkumpulan atau secara bermasyarakat dan mula dipraktikkan di

dalam kehidupan bermasyarakat sejak abad ke-15 dan ke-16. Hierarki

masyarakat ini telah menyumbang kepada tercipatnya suatu bentuk organisasi

yang cekap dalam ketamadunan Melayu itu sendiri.1 Secara umunya,

masyarakat tradisional ini dapat diklasifikasikan sebagai satu gambaran orang

Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati

dan kekal secara perubahan dan keadaan sekeliling. Namun apabila terdapat

perubahan yang berlaku, perubahan itu akan diterima dengan penyesuaian

keadaan setempat.2 Dan antara perubahan yang berlaku ialah terjadinya

perjanjian antara Demang Lebar Daun dan juga Sang Sapurba, di mana Sang

Sapurba mewakili golongan pemerintah dan Demang Lebar Daun pula

mewakili golongan rakyat.3 Setelah perjanjian itu termeterai maka wujudlah

penggunaan istilah seperti ‘patik’ untuk rakyat manakala ‘beta’ pula untuk

raja. Pengekelasan yang digunapakai dapat menyaksikan bahawa raja akan

menduduki tangga teratas diikuti dengan golongan kerabat diraja, pembesar,

ulama, rakyat dan akhir sekali ialah golongan hamba. Sistem ini telah

membentuk dua golongan yang besar iaitu golongan pemerintah dan golongan

diperintah. Golongan pemerintah ini terdiri daripada raja, kerabat diraja,

pembesar dan juga ulama, manakala golongan diperintah terdiri daripada

rakyat dan juga golongan hamba. Masyarakat pada ketika digambarkan telah 1 Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi, Peradaban Melayu, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2005. Hlm. 78.2 Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah & Mohd Rashid Md. Idris & Naffi Mat Pengahayatan Karya Agung, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013. Hlm 1333A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010. Hlm. 25.

1

Page 2: Esei kebudayaan melayu

membentuk penempatan masing-masing. Dimana pada ketika itu, raja dan

kaum kerabatnya akan menduduki dan tinggal di kawasan yang tinggi atau

boleh dikatakan juga tinggal di atas bukit. Tujuannya adalah untuk

membuktikan bahawa mereka mempunyai kedaulatan yang tinggi dan

disebabkan oleh itu, penempatan mereka juga berada di tempat yang tinggi.

Kemudian, para pembesar juga akan mendiami kawasan-kawasan di lereng-

lereng bukit yang berdekatan dengan istana. Dan jika para pemerintah

mempunyai sebarang masalah maka dapatlah dirujuk dengan cepat dan

mudah. Sementara itu, rakyat jelata pula akan tinggal di kawasan kaki bukit

iaitu di kawasan kampung-kampung kecil yang bertaburan di kawasan tersebut

atau pun mereka akan tinggal di kawasan pesisiran pantai yang bersesuain

dengan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.4 Golongan yang diperintah

ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan rakyat dan juga golongan

hamba. Kedua-dua golongan ini merupakan mereka yang memberikan taat

setia kepada pemerintah dan menyokong pemerintah mereka walau di mana

jua. Golongan rakyat ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu rakyat

biasa/merdeka dan juga rakyat asing yang datang ke kepulauan Melayu pada

ketika itu. Manakala golongan hamba pula dapat dibahagikan kepada beberapa

bahagian iaitu hamba lelaki dan hamba perempuan dan golongan hamba ini

dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang

dan juga hamba raja.

RAKYAT BIASA / MERDEKA

4 Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi Malaysia, 2005. Hlm. 79.

2

Page 3: Esei kebudayaan melayu

Rakyat ini merupakan lapisan pertama bagi golongan yang diperintah

dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Mereka ini merupakan

golongan yang mempunyai jumlah terbesar dalam kalangan penduduk.

Sebahagian besar daripada golongan rakyat ini terdiri daripada orang Melayu,

dan selebihnya adalah orang laut dan juga orang asing yang terlibat dalam

aktiviti ekonomi seperti pedagang, peniaga, mubaligh dan senteri yang

menyebarkan agama Islam. Rakyat biasa ini merujuk kepada orang yang

bermastautin tetap di dalam sesebuah kerajaan atau negeri. Dan fungsi utama

mereka ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Dan

dikatakan bahawa kerajaan yang dianggap kuat dan berkuasa ialah sekiranya

jumlah rakyat negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan negeri-negeri

lain. Contohnya di dalam Sejarah Melayu ada mencatatkan bahawa jumlah

rakyat Melaka pada awal kurun ke 16 adalah seramai sembilan belas laksa

ataupun 190,000 orang. Jumlah ini adalah bagi bandar Melaka sahaja dan

tidak termasuk jumlah kesemua rakyat jelata di seluruh jajahan takluk Melaka

pada ketika itu. Rakyat peribumi pada ketika itu terdiri daripada keturunan

Bangsa Melayu di Kepulauan Melayu antaranya ialah orang Melayu Jati,

Minangkabau, Jawa, Mendahiling, Orang Laut dan Orang Asli.

Rakyat biasa ini dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan

mengikut tugas dan peranan mereka pada ketika itu. Peranan mereka pula

bergantung kepada perkara-perkara yang mereka terlibat atau sektor pekerjaan

yang boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang mereka biasa lakukan.

Kumpulan yang pertama ialah mereka yang berkhidmat kepada raja

seperti menjadi pengikut atau pengiring kepada raja dan juga pembesar. Orang

laut boleh dikategorikan di dalam kumpulan yang pertama ini. Disebabkan

3

Page 4: Esei kebudayaan melayu

kesetiaan mereka terhadap Kesultanan Melayu Melaka tidak dapat dinafikan

lagi sejak zaman Srivijaya sehinggalah ke Zaman Melaka dan juga Johor. Hal

ini dapat dibuktikan melalui kejayaan Raja Kechil yang merampas kembali

takhta daripada keluarga Bendahara di Johor melalui bantuan Orang Laut.5

Mereka ini akan dikenali sebagai hulubalang, askar-askar, juak-juak, pengiring

raja, pembawa utusan dan juga pendayung. Tugas mereka ini mengikut

spesifikasi ialah mereka perlu memberikan perkhidmatan kepada pemerintah.

Dan kewujudan mereka ini amatlah penting kerana mereka merupakan tulang

belakang kepada kerajaan Melayu.

Kumpulan yang kedua ialah kumpulan awam biasa yang terdiri

daripada peniaga dan juga saudagar temnpatan. Peniaga sangat memerlukan

modal yang besar untuk membuka sesuatu perniagaan, oleh itu, mereka

memerlukan pemodal bagi memastikan modal yang akan digunakan

mencukupi dan perniagaan mereka dapat dijalankan dengan lancar. Lazimnya,

pemodal ini terdiri daripada golongan pembesar dan mereka ini merupakan

orang yang bertanggungjawab menjadi pemodal atau menjadi pemilik kepada

sesuatu perniagaan. Perkara seperti jelas menunjukkan bahawa pembesar ini

memiliki banyak wang yang mencukupi untuk membuka sesuatu perniagaan.

Kumpulan ketiga ialah kumpulan atau rakyat yang bergiat aktif dalam

aktiviti ekonomi sara diri. Masyarakat Melayu dalam tempoh tersebut telah

menjalankan kegiatan penanaman, penternakan dan juga memungut hasil

hutan. Kegiatan-kegiatan ini telah menjadi sumber kepada kehidupan rakyat

yang menduduki kumpulan ini. Tujuan mereka menjalankan aktiviti ekonomi

5 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2008, hlm 337

4

Page 5: Esei kebudayaan melayu

sara diri ini adalah untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan,

pakaian dan juga tempat tinggal mereka.6 Selain itu, hasil yang mereka

perolehi juga digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan. Manakala

lebihan hasil yang ada pula akan digunakan untuk memenuhin keperluan

hidup mereka dan jika ada lebihan lagi maka akan ditukarkan atau

didagangkan untuk mendapatkan barang-barang lain yang mereka perlukan.

Sebagai contoh rakyat Acheh telah wujud golongan nelayan yang merupakan

orang penting dalam kehidupan orang di Acheh.7 Mereka akan memperolehi

keuntungan hasil dari penangkapan ikan dan lebihan yang ada digunakan

untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka akan menaiki perahu kecil dan

setiap perahu akan digunakan untuk mengail ikan.

Kumpulan keempat ialah mereka yang terdiri daripada rakyat yang

menjadi artisan ataupun tukang mahir. Mereka ini mempunyai nilai estetika

tersendiri dalam penghasilan barang-barang yang memerlukan teknik ukiran

yang baik. Selain itu, mereka ini menjalankan kegiatan penghasilan ukiran

atau penghasilan barang-barang keperluan harian seperti keris, lembing,

pedang, perhiasan di istana dan lain-lain.

Dalam masyarakat Melayu Tradisi di Melaka, terdapat sekumpulan

rakyat yang bergiat aktif dan mahir dalam menjalankan urusan jual beli dan

mereka ini dikenali sebagai kiwi. Mereka ini merupakan golongan

pertengahan dalam kumpulan yang diperintah. Mereka ini terdiri daripada

saudagar-saudagar tempatan, nakhoda, pegawai kerajaan, sida-sida, bentara,

ceteria, hulubalang, pemungut cukai dan anak-anak tuan serta saudagar asing. 6Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi Malaysia, 2005. Hlm. 79.7 Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-1636, Jakarta : Balai Pustaka, 1986, Hlm 65.

5

Page 6: Esei kebudayaan melayu

ORANG ASING

Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam hierarki

masyarakat Melayu, terdapat sebuah lagi golongan yang turut terlibat dalam

masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu ‘orang asing’. Di

dalam Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing ini terlibat juga

dengan hierarki masyarakat Melayu. Dan orang asing yang terlibat dalam

kumpulan ini adalah seperti Khwaja Baba, Nainaa Isahak dan juga Sayyid

Ahmad. Orang asing ini dikenali juga sebagai ‘orang dagang’ dan ‘orang

perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama. Pertama adalah golongan

yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan dan

kebanyakan daripada mereka datang daripada Jawa dan Pasai. Selain itu,

mereka juga berperanan sebagai Mubaligh. Kedua adalah mereka yang terlibat

dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi

pemborong dan peniaga besar. Mereka ini terlibat dengan kerja-kerja mahir

yang juga dipelopori oleh golongan asing seperti perlombongan bijih timah

yang kebiasaannya dipelopori oleh golongan Cina. Dan selain itu,

pembahagian terhadap orang asing ini juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu

yang pertama adalah mereka yang menetap terus di Tanah Melayu dan

sebahagian daripada mereka ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan

serta menjalinkan hubungan dengan pembesar-pembesar. Sebagai contoh, dua

orang tokoh dari negeri Arab dan Farsi iaitu Sayyid Muhammad dan Khoja

Baba. Setelah mereka membantu Hang Nadim melarikan Tun Tijah dari

Pahang ia telah dianugerahi gelaran kebesaran Syah Andika Menteri oleh Raja

Melaka dan dimasukkan ke dalam golongan pembesar dengan tugas yang

6

Page 7: Esei kebudayaan melayu

istimewa di istana.8 Dan yang kedua ialah mereka yang menjadi pengunjung

sekali-sekala dengan tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara orang asing

pada zaman tradisional Melayu ialah mereka terdiri daripada orang Cina,

Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan juga Siam.9

HAMBA

Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu sering

dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya

sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Namun sebenarnya, institusi

perhambban ini wujud adalah disebabkan oleh dorongan keperluan dan

kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu. Hamba

ini berfungsi untuk menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan

menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam sesebuah masyarakat.10

Hamba ini juga dikatakan bahawa mampu untuk meningkatkan taraf hidup

pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang maka

semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Dan contoh yang paling

ketara yang dapat diberikan adalah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan

hamba sehinggakan dia tidak mengenali nama-nama hamba yang dimiliki

olehnya. Dan pada ketika itu, dia telah dianggap sebagai orang yang paling

kaya kerana memiliki ratusan hamba. Hamba ini dapat dibahagikan kepada

tiga bahagian yang utama iaitu hamba raja, hamba biasa dan hamba berhutang.8 Mohd Yusoff Iskandar, “Masyarakat Melaka 1400-1511 Tanah Melayu dengan Tinjauan Khusus Mengenai Orang-Orang Asing” (kertas kerja), hlm. 5-6.9 Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat Melayu Tradisi Melaka Berdasarkan Teks Sejarah Melayu (Versi R. O. Winstedt)”, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1984/85, hlm. 5410 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Hlm. 296.

7

Page 8: Esei kebudayaan melayu

1. Hamba Raja

Hamba raja ini menduduki hierarki yang paling atas dalam

institusi perhambaan. Hamba raja ini terdiri daripada orang

yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan

kemudian mereka telah tertangkap lalu mendapat keampunan

daripada sultan dan mereka juga telah berjanji untuk menjadi

hamba kepada raja secara turun-temurun. Dan dengan cara ini

mereka akan terlepas daripada menerima hukum yang berat

berdasarkan kesalahan jenayah yang mereka lakukan. Selain

itu, hamba raja ini juga terdiri daripada mereka yang telah

menjadi tawanan perang atau banduan. Hamba raja ini juga

dikenali sebagai ‘biduanda’ iaitu mereka yang melakukan

hampir kesemua jenis pekerjaan. Kedudukan mereka ini adalah

lebih tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang lainnya.

Apa yang istimewanya di sini ialah, hamba raja ini akan

mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah. Dan bagi

sesiapa yang didapati membunuh hamba raja akan mendapat

hukuman yang berat seperti yang dinyatakan di dalam Hukum

Kanun Melaka iaitu

“adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si

pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga

hukumannya”.

8

Page 9: Esei kebudayaan melayu

2. Hamba Biasa

Hamba biasa ini terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu

hamba abdi, hamba dengan dan juga hamba biasa. Hamba ini

kebanyakannya daripadanya diperoleh melalui pembelian dan

pertukaran tuan. Golongan hamba biasa ini akan menjadi

hamba secara turun temurun. Hamba abdi ini pula terbahagi

kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba diranggah dan

hamba Habsyi serta hamba hulur dan hamba serah. Hamba abdi

ini adalah hamba tawanan yang menjadi hamba apabila

tertawan di dalam sesebuah peperangan. Hamba yang kedua

ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang

Islam yang telah ditawan seperti Batak dan orang asli atau

penduduk Islam lain di rantau ini yang telah diculik dan dijual

oleh peniaga hamba abdi. Termasuk juga mereka yang telag

ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang

ketiga adalah hamba Habsyi iaitu hamba yang telah diimport

daripada Afrika.11 Dan kebanyakan daripada mereka merupakan

orang yang berkulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu

semasa mereka menunaikan Haji di Makkah. Selain itu,

terdapat juga hamba Afrika yang telah dibawa oleh penjajah

Eropah ke Tanah Melayu. Di dalam hamba abdi ini terdapat

juga hamba hulur. Hamba hulur ini merupakan mereka yang

melakukan kesalahan jenayah dan mereka menyerah diri

kepada pemerintah kerena mereka tidak mampu untuk

11 Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit University Teknologi Malaysia, 2005. Hlm. 79.

9

Page 10: Esei kebudayaan melayu

membayar semula hutang darah atau denda yang dikenakan ke

atas mereka. Jika ada hamba hulur terdapat juga hamba serah

iaitu hamba yang mengalami kesukaran dalam hidup dan

mereka menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka

atau tuan yang sanggup memberikan nafkah dan makanan

kepada mereka. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak

hamba iaitu anak dan isteri kepada hamba abdi tersebut.

3. Hamba Berhutang

Hamba berhutang ini merupakan golongan hamba yang tidak

dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Pada asalnya

golongan hamba berhutang ini merupakan golongan orang yang

merdeka. Disebabkan mereka tidak mampu untuk membayar

hutang yang dipinjam telah menyebabkan mereka menjadi

hamba yang berhutang. Hal ini bertujuan untuk melunaskan

hutang-hutang mereka. Mereka ini dikehendaki untuk memberi

perkhidmatan kepada si pemiutang. Dan tempoh mereka

bekerja itu bergantung kepada jumlah hutang yang dipinjam.

Jika banyak yang dipinjam maka lamalah tempoh mereka

memberi khidmat dan sebaliknya. Hamba berhutang ini akan

memberi perkhidmatan dari pelbagai jenis kerja antaranya

bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan

sebagainya. Sebagai contoh di Acheh terdapat hamba berhutang

yang wujud dan mereka ini dikenali sebagai ‘budak’ yang

berhutang. Budak ini akan melakukan segala kerja yang telah

10

Page 11: Esei kebudayaan melayu

diperintahkan oleh tuan mereka dan mereka tidak akan hidup

sengsara kerana mereka akan dijaga dengan baik oleh tuan

mereka. Budak ini akan menabung wang bagi membebaskan

diri mereka dan mereka juga dikatakan boleh membeli hari-hari

yang mereka hutang dengan membayar lima mata wang

sehari.12

Hamba berhutang ini dapat dibahagikan kepada beberapa

kumpulan iaitu yang pertama adalah orang berhutang. Orang

berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan

akan dibebaskan selepas mereka menjelaskan hutang tersebut.

Yang kedua adalah anak emas, anak emas merupakan orang

yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki

yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat dengan

tuannya. Yang ketiga adalah hamba waris. Hamba waris ini

merupakan anak-anak dan isteri kepada hamba tersebut dan

mereka dikenali sebagai hamba waris. Yang terakhir ialah

hamba bayar. Hamba bayar ini merupakan hamba abdi yang

telah diserahkan oleh tuannya kepada tuan yang lain untuk

menjelaskan hutang antara mereka.

Selain daripada jenis hamba di atas, terdapat juga hamba yang lain antaranya

adalah hamba bebas adalah hamba yang bebas bergerak dengan mengambil

upah dengan orang lain. Hasil pendapatan yang diperolehi oleh mereka akan

disimpan oleh mereka atau akan diberikan kepada tuan mereka sebagai

simpanan. Kedudukan sosial hamba ini telah dibicarakan secara panjang lebar

12 Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-1636, Jakarta : Balai Pustaka, 1986. Hlm. 78.

11

Page 12: Esei kebudayaan melayu

dalam Hukum Kanun Melaka. Dan apa yang istimewa tentang hamba ini ialah

mereka telah dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka daripada sebarang

kezaliman.

MOBILITI SOSIAL

Mobiliti sosial ini akan berlaku dalam sesebuah institusi masyarakat.

Mobiliti sosial ini merujuk kepada pergerakan antara individu atau kumpulan

kepada kedudukan yang berbeza. Mobiliti sosial ini terbahagi kepada dua iaitu

molibiti mendatar dan mobiliti menegak. Mobiliti mendatar melibatkan

perubahan status atau peranan tanpa mengubah kdudukan atau kelas

sosialnya.13 Mobiliti ini hanya akan berlaku dalam kalangan pembesar sahaja.

Manakala mobiliti menegak pula terbahagi kepada dua iaitu mobiliti ke atas

dan ke bawah. Mobiliti menegak ini akan mengubah kedudukan sosial

seseorang sama ada status mereka akan lebih tinggi atau sebaliknya. Mobiliti

sosial ini boleh berlaku dalam perkahwinan, sebagai contoh Paduka Seri China

dan Paduka Mimat iaitu dua orang putera Sultan Mansor Syah dengan

isterinya seorang wanita China. Raden Klang iaitu putera Sultan Mansor Syah

juga dengan isterinya anak seorang Jawa.14 Jelas disini bahawa wanita dari

negara lain yang melahirkan anak yang boleh menduduki kelas kerabat, anak-

anak mereka boleh memakai gelaran ‘raja’ ataupun ‘raden’ dan ‘paduka’.

Selain itu, mobiliti sosial ini juga akan berlaku jika mereka telah memberikan

perkhidmatan yang cemerlang kepada kerajaannya. Sabagai contoh Badang

telah menjadi Panglima Singapura dan Pembesar Utama Negeri dengan

gelaran ‘Orang Kaya Sayung’ setelah beliau beberapa kali mengharumkan 13 Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat Melayu Tradisi Melaka Berdasarkan Teks Sejarah Melayu (Versi R. O. Winstedt)”, hlm. 39.14 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990. Hlm. 300.

12

Page 13: Esei kebudayaan melayu

nama Raja Singapura. Beliau pada asalnya merupakan seorang hamba dan

setelah memakan muntahan hantu beliau telah menjadi Badang Perkasa.

Mobiliti ke bawah boleh berlaku dalam kalangan rakyat biasa. Apabila mereka

berhutang dan mereka tidak dapat membayar hutang tersebut mereka akan

menyerah diri kepada seseorang untuk bekerja dan berkhidmat kepada mereka.

Jelaslah bahawa kedudukan seseorang itu boleh berubah dari semasa ke

semasa sama ada melalui perkahwinan, perkhidmatan cemerlang dan

sebagainya.

KESIMPULAN

Jelaslah bahawa masyarakat Melayu tradisional ini telah dibina

bersama empat struktur golongan masyarakat yang telah melahirkan satu

bentuk struktur sosialnya tersendiri. Dan setiap golongan itu, mempunyai

fungsi dan tugas-tugas khas masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukkan

bahawa hubungan timbal balik itu akan berlaku dimana hubungan pemerintah

dan rakyat itu akan terjalin. Mereka akan memerlukan antara satu sama lain

untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Keadaan ini menunjukkan bahawa pada

13

Page 14: Esei kebudayaan melayu

ketika itu sistem masyarakat Melayu tradisional ini hidup dalam keadaan aman

dan harmoni. Selain itu, mobiliti sosial yang berlaku juga jelas menujukkan

bahawa masyarakat Melayu ini telah diberikan peluang untuk mengubah corak

kehidupan mereka. Namun begitu, setelah kedatangan British, institusi

perhambaan secara perlahan-lahan telah dihapuskan.

BIBLIOGRAFI

A.Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2010.

Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Kuala

Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2008.

Lombard D, Kerajaan Acheh : Jaman Sultan Iskandar Muda 1607-

1636, Jakarta : Balai Pustaka, 1986.

14

Page 15: Esei kebudayaan melayu

Mohd Khairuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Skudai : Penerbit

University Teknologi Malaysia, 2005.

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

Seri Lanang Jaya Haji Rohani, Abd Rahman Napiah & Mohd Rashid

Md. Idris & Naffi Mat Pengahayatan Karya Agung, Tanjung Malim :

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2013.

Zainal Abidin Wahid et al, Malaysia : Warisan dan Perkembangan,

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

Zanariah Abdol, “Suatu Gambaran Umum Mengenai Masyarakat

Melayu Tradisi Melaka Berdasarkan Teks Sejarah Melayu (Versi R. O.

Winstedt)”,

15