esei assg yg x d edit lg

8
Tugasan 2 Sejauhmanakah kemampuan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global seperti kemiskinan,pemakanan dan kesihatan terhadap peningkatan peluang pendidikan untuk semua rakyatnya. 1.0 Pengenalan Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama memandangkan kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam tempoh rangka rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada 0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka dalam kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian kemiskinan akan diperkemaskan di bawah Skim 1

Upload: muhammad-kamil

Post on 12-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

esei

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Assg Yg x d Edit Lg

Tugasan 2

Sejauhmanakah kemampuan Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global

seperti kemiskinan,pemakanan dan kesihatan terhadap peningkatan peluang

pendidikan untuk semua rakyatnya.

1.0 Pengenalan

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh

kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya

ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula

ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat

bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah

negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan

sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang

untuk memperbaiki keadaan ini. DEB dirancang sebagai satu program jangka

panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun

1990.

Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama

memandangkan kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam

tempoh rangka rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi

kepada 0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah

membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan

di kalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan

Sarawak serta meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah,

khususnya mereka dalam kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua

program pembasmian kemiskinan akan diperkemaskan di bawah Skim

Pembangunan Kesejahteraan Rakyat termasuk mewujudkan projek yang dapat

menjana pendapatan, meningkatkan peluang memperolehi kemudahan asas dan

memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan jurang pendapatan di kalangan isi

rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatan rendah mengikuti program

pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor swasta dan pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong dan melengkapkan usaha ini.

Malaysia menghadapi cabaran-cabaran isu global seperti

kemiskinan,pemakanan dan kesihatan terhadap peningkatan peluang

pendidikan

1

Page 2: Esei Assg Yg x d Edit Lg

. Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah

cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada

ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program

seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,

pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini

juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya :

a.Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga

supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan

kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

b.Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan

perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat

menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat

kegiatan ekonomi.

c.Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor

produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak

ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

d.Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan

Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada

perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, aktiviti perolehan, penggunaan dan

penyebaran pengetahuan menyediakan asas kepada pertumbuhan. Pembangunan

ekonomi berasaskan pengetahuan melibatkan peningkatan nilai ditambah semua

aktiviti produktif melalui penggunaan pengetahuan di samping mewujudkan industri

baru berintensifkan pengetahuan. Ia akan mengukuhkan daya saing Malaysia dan

membuka peluang baru untuk negara. Antara peluang yang wujud adalah

meningkatnya perdagangan dan pelaburan antarabangsa, perolehan teknologi yang

lebih mudah, memungkinkan negara melonjak untuk merapatkan jurang dengan

negara maju, wujudnya landasan bagi membentuk pakatan strategik dengan peserta

utama dalam industri terpilih serta mengembangkan pelaburan yang sedia ada dan

menjana bidang baru dalam pelaburan. Peningkatan penggunaan pengetahuan

beserta tenaga kerja yang lebih mahir akan menyumbang ke arah peningkatan tahap

produktiviti dan menganjak potensi kemungkinan pengeluaran ke tahap lebih tinggi.

Pembangunan dan penggunaan ICT dan e-dagang akan memudahkan pembentukan

sistem maklumat yang cekap dan terkini untuk menyokong perdagangan dan

pelaburan. Ini akan membolehkan rakyat Malaysia mencari pasaran dan rakan

dagang baru untuk eksport, mendapatkan input pada harga paling kompetitif,

2

Page 3: Esei Assg Yg x d Edit Lg

menubuhkan perusahaan di luar negara untuk meningkatkan daya saing. Ekonomi

berasaskan pengetahuan akan menjana aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri

sedia ada dan industri baru hasil daripada pengenalan teknologi tinggi dan proses

pengeluaran yang berintensifkan pengetahuan.

Melalui membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu pelan induk

untuk melicinkan proses tersebut akan diperkenalkan. Antara bidang kritikal yang

akan diberi penekanan adalah pembangunan sumber manusia, S&T dan P&P,

infrastruktur maklumat dan pembiayaan. Di samping itu, usaha akan diambil untuk

mengubah cara pemikiran setiap lapisan masyarakat terutamanya sektor korporat

agar lebih mengguna pakai IT dalam urusan perniagaan dan operasi dalaman.

Budaya menimba pengetahuan secara berterusan akan digalak untuk

membangunkan masyarakat yang sentiasa belajar. Sementara usaha diambil untuk

membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, langkah yang selari dengannya

akan diperkenalkan untuk memastikan perkembangan tersebut tidak mewujudkan

jurang pengetahuan terutamanya di antara masyarakat bandar dengan luar bandar

serta di kalangan kumpulan pendapatan yang berbeza. Untuk memenuhi keperluan

ekonomi berasaskan pengetahuan, satu anjakan paradigma dalam dasar dan

strategi pembangunan sumber manusia perlu dilakukan. Sistem pendidikan dan

latihan akan diorientasi semula supaya menjadi lebih berkesan dalam

menyampaikan kemahiran serta menumpukan kepada bidang yang diperlukan oleh

ekonomi. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan

kemudahan dan infrastruktur serta mempergiatkan penggunaan ICT di semua

sekolah dan institusi. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran matematik,

sains dan bahasa asing.

Bagi Untuk menghadapi cabaran global yang muncul daripada pembangunan

ekonomi dan globalisasi yang pesat serta menyumbang secara berkesan kepada

pembinaan bangsa, golongan belia perlu dilengkapi dengan kemahiran dan

pengetahuan yang bersesuaian serta nilai yang baik. Peluang mereka bagi

mendapatkan pendidikan dan latihan akan diperbaiki dengan penekanan khusus

kepada mencapai tahap celik teknologi maklumat (IT) yang tinggi supaya mereka

boleh merebut peluang yang dijana dalam proses pembangunan. Usaha akan

diambil untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan di kalangan

golongan belia bagi memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan di peringkat

awal serta meningkatkan bilangan belia yang terlibat dalam perdagangan dan

industri. Penekanan akan juga diberi untuk membentuk satu generasi pemimpin

muda dan dinamik yang mampu menggembleng belia untuk memberi sumbangan

3

Page 4: Esei Assg Yg x d Edit Lg

positif kepada negara. Pada golongan belia akan diberi bimbingan sewajarnya untuk

membangunkan nilai dan sikap yang baik. Mereka akan dididik untuk menghormati

ibubapa mereka, orang yang lebih tua, guru, institusi dan undang-undang negara. Di

samping usaha untuk memperbaiki diri, mereka mesti ditanamkan dengan semangat

sukarela dan berkeinginan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Tahap kesedaran sivik juga mesti dipertingkatkan. Keinginan untuk meningkatkan

pengetahuan dan mencapai kecemerlangan perlu dipupuk sebagai nilai utama.

Golongan belia juga perlu disemai dengan nilai moral dan etika yang kukuh dan

menghindari daripada aktiviti yang bertentangan dengan kesejahteraan peribadi

mereka dan kebajikan negara. Usaha akan dipergiat bagi memastikan mereka tidak

terlibat dalam tabiat buruk seperti penyalahgunaan dadah, perjudian, kegiatan

samseng dan aktiviti jenayah yang lain.

Kesimpulan

Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi

menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat

ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap

serta usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk

mengekalkan pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh

Rancangan termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga

manusia yang berkualiti, menggiatkan aktiviti Perancangan dan Pembangunan bagi

meningkatkan pelbagai pembangunan sektor yang menyumbang kepada

pertumbuhan. Bagi membolehkan Negara membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang

lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong

oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama,

tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan

perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan,

perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain yang

berkaitan. Usaha juga akan dilaksana bagi memastikan kehidupan sosial masyarakat

diperkukuh dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang

mungkin akan member kesan terhadap asas toleransi dan keharmonian sosial serta

pembinaan nusa bangsa.

4

Page 5: Esei Assg Yg x d Edit Lg

Senarai Rujukan

1. Casserley,J.V.Longmead,Toward a Theology of History,New York:Holt,Rinehart

& Winston,1965.

2. Drs. Sidi Gazalba.1974. Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat,

Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan

Melayu Berhad.

3. Gardiner,Patrick,The Philosophy of History,Englewood Cliffs,New

Jersey:Prentice- Halk Inc.1964.

4. Mazhar Siddique,The Challenge of Economic Palestine ..The

U.K.Mission,London.2003

5.Mohd. Nasir Omar, 1986, Falsafah Etika Perbandingan Pendekatan Islam dan

Barat ; Universiti Kebangsaan Malaysia.

6.Pratima Asthana,The Palestine View History,Agra:M.G Publishers,1992.

7.Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.

8.Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan

Malaysia: Bangi.

9.Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

5

Page 6: Esei Assg Yg x d Edit Lg

10.Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep

Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

6