esei 1 malaysia

10
BINCANGKAN HALANGAN YANG DIHADAPI UNTUK MEREALISASIKAN KONSEP “1 MALAYSIA” DAN CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI HALANGAN TERSEBUT. Satu Malaysia merupakan gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Usaha itu penting kerana perbezaan kaum, keturunan serta pegangan agama masyarakat yang berbilang kaum turut memberikan peluang kepada semua pihak untuk mengenali antara satu sama lain. Rupa- rupanya setelah 54 tahun merdeka, Malaysia masih belum benar- benar berjaya menyatukan rakyatnya yang berbilqng kaum. Ia menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memperkenalkan gagasan Satu Malaysia. Jika selama ini perpaduan hanya berasakan konsep toleransi, kini ia dilihat perlu ditingkatkan kepada konsep penerimaan. Maksudnya, rakyat harus menerima hakikat sejarah dansosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep negara bangsa Malaysia. Satu Malaysia atau ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub- etnik dan kebudayaan. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi .Satu Malaysia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimipinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020

Upload: anurada-murugesan

Post on 30-Jul-2015

1.483 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ESEI 1 MALAYSIA

BINCANGKAN HALANGAN YANG DIHADAPI UNTUK MEREALISASIKAN

KONSEP “1 MALAYSIA” DAN CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK

MENGATASI HALANGAN TERSEBUT.

Satu Malaysia merupakan gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan

rakyat berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang menjadi amalan

setiap rakyat Malaysia. Usaha itu penting kerana perbezaan kaum, keturunan serta

pegangan agama masyarakat yang berbilang kaum turut memberikan peluang

kepada semua pihak untuk mengenali antara satu sama lain. Rupa- rupanya setelah

54 tahun merdeka, Malaysia masih belum benar-benar berjaya menyatukan

rakyatnya yang berbilqng kaum. Ia menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Tun Razak terpaksa memperkenalkan gagasan Satu Malaysia. Jika selama ini

perpaduan hanya berasakan konsep toleransi, kini ia dilihat perlu ditingkatkan

kepada konsep penerimaan. Maksudnya, rakyat harus menerima hakikat sejarah

dansosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep negara bangsa Malaysia.

Satu Malaysia atau ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan peribadi yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2

April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik,

sub-etnik dan kebudayaan. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara

evolusi .Satu Malaysia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimipinan

terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah

ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020

serta menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang seperti yang diperjuangkan

Perdana Menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun

Abdullah Ahmad Badawi.

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan

setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus

kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi

keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama,

perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan

bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara

Page 2: ESEI 1 MALAYSIA

yang lebih maju, selama, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan

masyarakat lain di dunia. Konsep 1Malaysia merupakan lanjutan daripada usaha

kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar

Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya agar sebarang

konflik perkauman dapat dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-

asas yang ada dalam konsep 1Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan

antara kaum di Malaysia supaya cita-cita negara untuk mencapai Wawasan 2020

sebagai negara yang berstatus maju tercapai dengan jayanya.

Di samping itu, ia diharap mampu untuk menyemarakkan lagi semangat

perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah

negara-bangsa yang berjaya. Selain itu, konsep ini juga menekankan sikap

penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak saling hormat-menghormati

antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa, dan agama.

Mengenai konsep 1Malaysia ini terdapat dua aspek utama yang perlu

dilaksanakan agar konsep ini mencapai matlamatnya dengan baik. Pertama,

penerapan teras-teras perpaduan; dan kedua, mengenai penerapan nilainilai

aspirasi. Penerapan teras-teras perpaduan perlulah dijadikan budaya dan praktis

bagi semua golongan rakyat di Malaysia kerana ia merupakan komponen utama

yang mampu menjadikan rakyat berbilang kaum di Malaysia dapat hidup bersatu

padu. Di samping itu, teras ini haruslah diimplementasikan oleh nilai-nilai murni

seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain, sabar, bersopan-santun,

dan sebagainya yang sepatutnya menjadi amalan dan praktis rakyat di Malaysia.

Aspek kedua, melalui penerapan nilai-nilai aspirasi pula, adalah perlunya ada

masyarakat yang progresif dan dinamik yang akan memacu negara dalam usaha

mencapai status negara maju. Nilai ini penting bagi mewujudkan semangat

persaingan di peringkat global serta dapat meningkatkan mutu kerja seterusnya

berjaya mengukuhkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Kita sememangnya tidak boleh lari daripada cabaran-cabaran dan halangan yang

kita harus menanggani dalam merealisasikan konsep ‘1 Malaysia’ ini. Satu daripada

sebab mengapa kita masih tidak menghampiri objektif dalam membina sebuah

bangsa bersatu adalah kerana masih tiada percubaan di kalangan kita untuk

mendalami pemahaman serta penghargaan Perlembagaan atau Rukun.

Page 3: ESEI 1 MALAYSIA

Oleh sebab itu, hampir 55 tahun negara mencapai kemerdekaan, kelompok

besar bukan Melayu menolak untuk mengakui rumpun Melayu sebagai akar kepada

identiti negara, walaupun ia menjadi sebahagian daripada landskap politik dan

budaya kita. Memang tidak dinafikan, perlu ada usaha berterusan untuk

menghubungkan prinsip Perlembagaan dan matlamat Rukun Negara, ke arah

mencapai perpaduan negara di samping kerajaan dan pelbagai pihak juga harus

menekankan perkara ini supaya matlamat nasional dapat dicapai.Rakyat Malaysia

sentiasa berharap konsep ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan Perdana Menteri itu

menjurus ke arah membina serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara

ini ke tahap lebih konkrit serta dapat memperbaiki segala kekurangan yang timbul ke

arah mencapai perpaduan.

Antara halangan –halangan lain ialah, pertama, ada jurang besar yang

memisahkan komuniti serta budaya Sabah dan Sarawak dan penduduk dari

Semenanjung. Menyatupadukan budaya mereka kepada aliran utama adalah

sesuatu yang perlu tetapi bukan menjadi satu syarat yang mencukupi untuk

perpaduan negara. Masyarakat di Sabah dan Sarawak perlu juga ditempatkan

dalam aliran utama politik serta pentadbiran dengan cepat.

Kedua, wujud juga jurang perbezaan etnik membabitkan segmen penting di

antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu di mana kita dapat melihat,

menjelaskan sendiri identiti bangsa serta hak sesuatu kaum. Satu pendekatan yang

kukuh diperlukan bagi merapatkan lagi jurang yang timbul membabitkan pelbagai

etnik.

Ketiga, wujudnya juga peningkatan jurang sosial antara masyarakat Muslim

dan bukan Muslim terutama di Semenanjung. Isu yang menyebabkan perkara ini

perlu ditangani secara efektif dan berkesan ke arah memahami agama dalam dunia

kontemporari.

Keempat, ada satu jurang memuncak dalam masyarakat kita membabitkan

pendapatan dan kekayaan di antara mereka yang 'mempunyai banyak' dan mereka

yang 'mempunyai sedikit'.

Kelima, ada satu jurang generasi yang muncul bagi membezakan mereka

berumur di antara lingkungan 50-an daripada mereka dalam usia 20-an atau 30-an

Page 4: ESEI 1 MALAYSIA

apabila wujud keperluan untuk berkompromi membabitkan pelbagai komuniti dan

kepentingan kestabilan dan perubahan dalam politik Malaysia. Perbezaan sikap ini

akan menghakis ke arah usaha untuk memupuk perpaduan negara. Kerajaan Pusat

perlu memainkan peranan utama untuk mengurangkan perbezaan itu. Semua sektor

dan strata masyarakat Malaysia juga perlu bersedia dengan sepenuh hati untuk

menempuhi cabaran bagi merealisasikan konsep 1Malaysia menjadi realiti.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum

dalam satu naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat

perpaduan dan patriotism yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu

dijaga dan sering diberi perhatian bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya bermaksud kewujudan satu

bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan menggantikan dasar

perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.

Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan

pelbagai aplikasi adat, budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi

meningkatkan kesefahaman dan menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-

menghormati danmesra antara kaum amat penting bagi menzahirkan jati diri Bangsa

Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan di peringkat awal

lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar

gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai

fahaman politik negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja

perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi

dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat

menjadi keutamaan negara yang harus didahulukan sebelum kepentingan politik

mengambil tempat. Parti-parti politik yang berpengaruh perlu bersifat glokal bagi

mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang jitu dan mapan serta

mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu

diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna

kepada masyarakat.

Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan1 Malaysia

yang lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan

Page 5: ESEI 1 MALAYSIA

Bangsa Malaysia. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam

setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah

menjaga Bangsa Malaysia dapat diperkukuhkan.

Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar

“Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah

Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan.Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia

mencapai kemerdekaan, namun kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan.

Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sector ekonomi lebih tertumpu kepada

kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu kaum Melayu lebih

tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli bidang

perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang

perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang

yang mereka mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan

menerusi dasar-dasar yang dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi

kaedah perlembagaan negara.

Dalam hal ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi

peluang dan suntikan semangat kepada individu yang berusaha untuk menceburkan

diri dalam bidang yang berpotensi untuk dimajukan. Kesannya, ekonomi negara

mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang membentuk gagasan 1 Malaysia.

Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan

gagasan 1 Malaysia. Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan

kurikulum yang telah ditetapkan. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan

dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar

memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.

Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi

pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan

masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan

sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1

Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam

memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan

Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang

diwujudkan tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu,

Page 6: ESEI 1 MALAYSIA

pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu bahasa

penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa Malaysia

yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-tindakan

seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang

berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang

tercinta.

Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut

diambil kira dalam usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini kerana, agama

dan kepercayaan merupakan pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan

yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1

Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada sikap keterbukaan

masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama

sesebuah bangsa.

Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi

anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan

perkauman perlu dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan

dan ketegangan yang seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan

konsep rumah terbuka dan kunjung-mengunjung yang semakin diguna pakai

semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan merupakan salah satu kaedah

bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu kaum seterusnya

memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah

ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, konsep 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk

generasi akan datang sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah

bermula daripada sekarang. Seruan pemimpin negara, perlu disahut semua pihak

dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideology dalam menjayakannya perlulah

bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu bagi

merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan

negara secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara

ini. Oleh itu, semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu

negara ke peringkat yang lebih tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi

Page 7: ESEI 1 MALAYSIA

arus permodenan, pembangunan, persaingan dan globalisasi dunia. Diharap

gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, konsep ‘Satu Malaysia´ adalah untuk menstruktur

semula perpaduan rakyat dan masyarakat Malaysia (Perpaduan Nasional) serta

meningkatkan nilai dalam kesejahteraan hidupan rakyat Malaysia. Selain itu, bagi

meniupkan semangat  sebuah generasi baru untuk berkhidmat kepada Malaysia

yang mempunyai satu penyatuan pemikiran, satu semangat perjuangan

berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan dan untuk membentuk negara

maju dengan mengambil kira kepreluan rakyat tanpa mengira kaum.Justeru, untuk

bersedia menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara daripada

anasir yang boleh memecah belah dan menghancurkan negara samada dari luar

atau dalam negara. Secara amnya, menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip

keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum

akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang

memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap

dilaksanakan.