esei 1

11
Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang diprogramkam oleh manusia bagi melaksanakan tugas- tugas yang ditetapkan. Fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan. Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 3 komponen iaitu Hardware (Pekakasan), Operating System (Sistem Pengoperasian) dan Application Software (Perisian Aplikasi). Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard. Perisian ialah satu set arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan. Contohnya seperti, System BIOS, Windows operating system dan Microsoft Office. Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen asas perkakasan dalam sesebuah komputer bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan tetikus adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah monitor (paparan), CPU(system unit), key board, printer dan tetikus.

Upload: muveena-thurairaju

Post on 21-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perkakasan komputer

TRANSCRIPT

Komputer secara amnya bolehlah dikatakan sebagai suatu mesin elektronik yang diprogramkam oleh manusia bagi melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Fungsi utama komputer ialah mengubah sesuatu data kepada maklumat. Data merujuk kepada sesuatu yang tidak tersusun atau tidak mempunyai organisasi yang teratur. Maklumat pula merujuk kepada data yang telah digubah kepada yang lebih tersusun dan bermakna. Maklumat biasanya lebih tepat, sempurna dan meyakinkan.Secara amnya sebuah komputer terdiri daripada 3 komponen iaitu Hardware (Pekakasan), Operating System (Sistem Pengoperasian) dan Application Software (Perisian Aplikasi). Perkakasan ialah peralatan elektronik dan mekanikal yang membentuk sebuah sistem komputer. Contohnya seperti, Hard Disk dan Motherboard. Perisian ialah satu set arahan yang memberitahu perkakasan bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan. Contohnya seperti, System BIOS, Windows operating system dan Microsoft Office.Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen asas perkakasan dalam sesebuah komputer bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan tetikus adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah monitor (paparan), CPU(system unit), key board, printer dan tetikus.Rajah 1 Menunjukkan bahagian-bahagian utama dalam sesebuah komputer

Pertama sekali adalah komponen CPU. CPU merupakan unit yang mengawal semua jenis proses yang akan di lakukan oleh sesuatu komputer. Dalam bahagian inilah terletaknya segala perkakasan komputer seperti ingatan, CDROM, Mother Board, Pemproses dan sebagainya.Seterusnya adalah komponen monitor. Fungsi monitor adalah untuk memaparkan maklumat. Apa yang ditaipkan pada papan kekunci akan dipaparkan pada skrin monitor.Tanpa monitor kita tidak dapat mengetahui apa yang kita taip.Komunikasi di antara kita dengan komputer akan terhalang. Selain daripada itu, papan kekunci (keyboard) juga salah satu komponen komputer. Papan kekunci merupakan satu set kekunci yang mana di atasnya terletak pelbagai aksara termasuklah huruf A-Z, angka 0-9, dan bermacam-macam kekunci yang lain lagi. Fungsinya lebih kurang sama seperti sebuah mesin taip, di mana papan kekunci ini digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer. Seterusnya adalah komponen speaker. Fungsi speaker secara keseluruhan adalah mengubah gelombang elektrik dari alat penguat audio menjadi gelombang suara atau getaran. Proses pengubahan gelombang elektromagnet menjadi gelombang bunyi tersebut boleh terjadi kerana aliran elektrik dari penguat audio dialirkan kedalam kumparan dan terkena pengaruh gaya magnet pada speaker, sesuai dengan kuat lemahnya arus elektrik yang diterima, maka getaran yang dihasilkan pada membran akan mengikuti dan jadilah gelombang bunyi yang boleh kita dengarKomponen utama yang terakhir dalam komputer adalah tetikus (mouse). Tetikus mempunyai banyak kegunaan. Sebelum wujudnya tetikus, papan kekunci digunakan. Namun setelah wujudnya tetikus, kerja dapat di jalankan dengan lebih cepat dan effektif. Tetikus dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada disenaraikan beberapa fungsi tetikus. Tetikus digunakan untuk mengerakkan kursor dan memberi arahan-arahan tertentu pada skrin dengan cara mengklik pada ikon-ikon dan membolehkan pengguna mengerakan kursor ke mana saja di atas skrin dengan mudah dan lancar. Seterusnya adalah sama ada kecil atau besar, semua komputer melakukan 5 operasi asas yang sama iaitu input, proses, output, storage dan communication.Semua operasi ini dilakukan dengan bantuan perkakasan-perkakasan yang tertentu seperti dalam jadual dibawah.

Peralatan (Device)MaksudContoh

InputPerkakasan yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam sistem komputer untuk diprosesPapan kekunci, tetikus, mikrofon, kamera digital, mesin pengimbas

ProsesPerkakasan yang digunakan untuk memproses data, arahan dan maklumatMotherboard, processor, memory, power supply

OutputPeralatan yang membawa / mengembalikan maklumat kepada pengguna Mesin pencetak, monitor, speaker

StoragePerkakasan untuk menyimpan data arahan dan maklumat untuk kegunaan masa akan datangCakera keras, CD, Disket, Thumb drive, DVD

CommunicationPerkakasan untuk mewujudkan jaringan / hubungan antara sebuah komputer dengan komputer yang lain dengan menggunakan kabel, jaringan telefon ataupun satelit.Modem, networks interface cards, hub, wireless broadband

KITARAN PEMPROSESAN DATA (DATA PROCESSING CYCLE)

ProcessInputOutputStoragePengguna memasukkan data dengan menggunakan peralatan inputData diproses oleh processor. Semasa operasi pemprosesan, data yang diterima akan di ubahsuai kepada maklumat yang berguna. Storan berfungsi untuk menyimpan data untuk kegunaan masa akan datangData atau maklumat dipersembahkan semula kepada pengguna menggunakan peralatan output

ProcessInputOutputStorage

Seterusnya adalah unit pemprosesan pusat (CPU). CPU adalah pusat sistem komputer. Ia merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. Biasanya CPU digelar sebagai otak sistem komputer. CPU bertindak sebagai pengawal dalam melakukan segala operasi komputer, memproses data di dalam sistem komputer, melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data yang tersimpan di dalam pangkalan data serta menterjemahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain.

Komponen di dalam Unit Pemprosesan Pusat (CPU)UNIT KAWALAN(Control Unit) Mengawal dan mengkordinasikan operasi-operasi seluruh sistem komputer. Mentafsirkan semua langkah-langkah program. Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain. Mengawal aliran-aliran data semasa permprosesan.

UNIT ARITHMETIK LOGIK(Arithmetic Logic Unit) Melaksanakan pengiraan aritmetik (campur, tolak, bahagi dan darab)

Seterusnya, perisian adalah arahan yang dilarikan pada komputer. Perisian sistem bertujuan untuk menghidupkan komputer dan ia terletak di belakang perisian aplikasi. Ia juga menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Perisian sistem membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan komputer.Perisian sistem mengendalikan kerumitan fizikal perkakasan komputer. Antara peranan utama perisian sistem ialah memberitahu komputer bagaimana menterjemah data dan suruhan, bagaimana menjalankan peranti komputer seperti pencetak dan pemacu cakera dan bagaimana menggunakan perkakasan komputer.Perisian sistem terbahagi kepada empat kategori iaitu Sistem OperasiAdalah atur cara yang menjalankan mikrokomputer anda. Ia menyelaras sumber, menyediakan antara muka pengguna dan komputer serta menjalankan aplikasi Atucara UtilitiMelaksanakan tugas khas yang berkaitan dengan pengurusan sumber komputer atau fail. Ia termasuk atur cara yang membantu pengguna mengenalpasti masalah pada perkakasan, mencari fail yang hilang dan membuat salinan sandaran data. Dalam erti kata lain, atur cara utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pengformat cakera keras, perisian pemampat dan perisian membuat salinan. Penterjemah BahasaMenterjemah arahan pengatur caraan yang ditulis oleh pengatur cara ke dalam bahasa yang difahami dan diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengatur caraan.Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, penterjemah dan penghimpun. Pemacu PerantiAdalah atur cara yang direkabentuk khas untuk membenarkan peranti input dan output berkomunikasi dengan lain-lain sistem komputer.Perisian adalah perantara komunikasi diantara pengguna dan juga perkakasan. Perisian yang biasa ditemui dipasaran terbahagi kepada 3 iaitu Perisian Sistem Pengoperasian - iaitu perisian yang menguruskan,mentadbir,menjadual proses secara terancang.contohnya seperti linux,microsoft dan sebagainya. Perisian Aplikasi - iaitu perisian yang yang digunakan untuk membantu para pengguna untuk menyelesaikan perkara harian mereka..contohnya seperti microsoft word,power point,adobe photoshop dan sebagainya. Perisian Utiliti - iaitu perisian yang membantu dalam menguruskan sistem komputer agar menjadi lebih terurus dan mudah digunakan. Contohnya seperti tune-up,antivirus,windoctor dan sebagainya.Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak kurang menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video CD mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer anda. Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem PC beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan perisian(software). Dalam perkakasan, Pengawal arusSistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelabura dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC, penguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Penguna juga digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.Bekalan tenaga berterusanHari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah masa tenaga yang dibekalkan.Memindah komputerSeperti alat elektronik lain, PC agak manja, Jadi, jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban sistem ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC.Bersihkan PCPastikan PC sentiasa bersih dengan menyapu semua habuk yang terlekat pada papan kekunci dan paparan skrin. Jika mahir, pastikan papan litar juga tidak berdebu dengan menggunakan vakum dan bukannya dengan air. Jangan meletakkan komputer anda terlalu dekat dengan tingkap kerana mudah menangkap habuk, kotoran serta mungkin terkena percikan air hujan. Bagaimanapun, pastikan sistem PC diletakkan di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain paparan, casis CPU dan papan kekunci, pengguna juga boleh membersihkan pad tetikus daripada kesan minyak atau habuk yang mungkin mengganggu pergerakan bola tetikus.Scandisk dan DefragmentationImbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali setiap minggu kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan fungsi Scandisk dan Disk Defragmentor apabila anda melihat penurunan persembahan dalam sistem PC.Penggunaan Perisian Membuat Salinan (backup)Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan dokumen) selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup, klik start , program, accessories, system tools dan pilih backup. Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan. Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-WriterKaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas , boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding disket. Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip. Pengguna PC juga digalakkan membuat disket but kerana ia adalah penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi bagi membina disket but dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah virus.Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi. Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga jauhi makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan PC.Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan mengalami masalah kerana seperti barangan elektronik lain, ia juga mempunyai jangka hayat tertentu.Dengan mengetahui apa itu pengertian komputer dan juga fungsinya dalam pelbagai bidang kita akan lebih mengenalinya dan boleh tahu ternyata komputer boleh juga dimanfaatkan untuk suatu bidang pekerjaan tertentu. Dan tentu saja membuka cakrawala berfikir untuk mencari bidang pekerjaan yang mungkin boleh anda tekuni jika ahli di bidang komputer.