esaimen teknologi maklumat

Upload: zawanah-izzati

Post on 03-Mar-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Esaimen Teknologi Maklumat

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARUL AMAN 06000 JITRAKEDAH DARUL AMAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)AMBILAN JUN 2013KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)___________________________________________________________________KEMAHIRAN BELAJAR (GKB 1053)

NAMANO.KAD PENGENALAN

ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN951217-01-5080

KUMPULANBIMBINGAN DAN KAUNSELING SEMESTER 1 2013

NAMA PENSYARAHPN. SHAHIDA BINTI IBRAHIMJABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TARIKH HANTAR11 SEPTEMBER 2013

BIODATA DIRI

NAMA : ZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN NO. I/C : 951217-01-5080 KELAS : PPISMP SEM 1 BIM. AMBILAN JUN 2013 ALAMAT : NO 7, LORONG 1, JALAN SURIA 6, TAMAN MATAHARI, 86000 KLUANG , JOHOR NO. TEL : 017-7514489 EMAIL : [email protected] MENTOR : TENGKU NORHANI BINTI TENGKU BESAR

ii

1.1) REFLEKSIZAWANAH IZZATI BINTI MISRAN951217-01-5080PPISMP SEM 1 BIMBINGAN DAN KAUNSELINGAlhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dan rakan-rakan yang lain akhirnya berjaya menyiapkan tugasan bagi subjek GKB 1053, Kemahiran Belajar ini setelah bertungkus lumus menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Pn. Shahida binti Ibrahim yang telah banyak membantu saya dan rakan sekelas yang lain dalam memberikan maklumat, panduan dan cadangan yang berguna. Bagi semester 1 PPISMP ini, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan tugasan GKB 1053 iaitu Kemahiran Belajar. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk membina satu persembahan elektronik interaktif alat berfikir peta pemikiran beserta soalan mengikut proses pemikiran yang bersesuaian. Dalam membina soalan pula, kami dikehendaki memilih satu sahaja subjek sekolah rendah dan saya telah memilih subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, 5 dan 6. Melalui tugasan ini, saya menerima banyak pengetahuan dan pengalaman dalam memperoleh maklumat dan cara membina slaid yang pada awalnya sangat asing dan sukar bagi saya yang sememangnya buta IT. Bahkan, semasa dalam kelas pengajian, saya sering kali berasa keliru dengan apa yang diajarkan oleh pensyarah sehingga seringkali berasa mengantuk dan bosan. Walaupun saya sedar itu adalah kesalahan saya yang sepatutnya bertanya kepada pensyarah, namun saya berasa malu untuk bertanya dan akhirnya kadang kala saya mengelamun di dalam kelas. Namun, dengan tugasan yang diberikan, ianya sangat membantu saya dan akhirnya saya mengerti dan memahami sedikit sebanyak yang diajar oleh pensyarah. Bahkan sikap saya sebelum ini yang suka memandang enteng akan sesuatu ilmu atau subjek telah menyedarkan saya bahawa untuk menerima dan mempelajari sesuatu ilmu adalah sukar sekiranya diri kita sendiri enggan berusaha menerima dan memahaminya. Melalui tugasan ini juga saya sedar dan insaf bahawa pengurusan masa amatlah penting kerana sifat bertangguh dan berlengah-lengah telah membuat saya semakin malas dan alpa akan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang perlu menuntut ilmu dan menyiapkan segala tugasan saya. Saya mengambil iktibar daripada kesilapan dan kelemahan saya. Saya berazam untuk berubah dan menjadi pelajar yang berkualiti dari semua segi iaitu sahsiah, akhlak, fizikal dan rohani.

40Semasa melaksanakan tugasan ini juga, rakan sekelas saya memiliki masalah di mana dia tidak mempunyai komputer riba untuk membuat tugasan kerana tertinggal di Kuala Lumpur. Di samping itu juga dia mempunyai masalah kesihatan. Saya telah membuat keputusan untuk berkongsi komputer riba saya dengan dia dan melaksanakan tugasan ini secara bergilir-gilir. Saya juga menemani dia di saat dia ke hospital. Saya sedar ini adalah satu ujian buat diri saya dan dia. Saya mahu dia dan saya bersama-sama menyiapkan tugasan ini dan saya yakin bahawa kami mampu menghadapi ujian ini bersama-sama. Hal ini demikian kerana saya sedar bahawa kami berdua perlu saling membantu kerana kami berdua saling berjauhan daripada keluarga masing-masing. Saya dan dia sudah seperti adik-beradik. Tugasan ini juga telah memberikan peluang kepada saya untuk bekerjasama dengan beberapa orang rakan lain untuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Saya belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dalam menyiapkan sesuatu tugasan supaya tugasan yang dihasilkan mampu disiapkan dengan sempurna. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini, saya telah memperolehi beberapa perkara baru seperti cara untuk membina slaid, menghubungkan setiap slaid dan memasukkan video ke dalam slide dan paling penting saya berjaya memahami konsep dan penggunaan peta pemikiran. Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan kerja yang telah dihasilkan dan saya berharap tugasan seperti ini dapat diberikan kepada bakal guru supaya mereka juga dapat memperolehi kemahiran yang sangat berguna ini dan menggunakannya pada masa akan datang.Hal ini demikian kerana tugasan seperti ini dapat memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berkemampuan menghasilkan suatu jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah kelak. Saya yakin guru-guru yang menguasai kemahiran belajar ini mampu melahirkan inovator generasi masa depan negara Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.Di samping itu, saya juga sedar bahawa pembelajaran yang lebih berkesan bukan sahaja bergantung kepada arahan yang merangsangkan daripada guru tetapi yang lebih penting ialah memberi dan menyediakan peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri. Bahkan berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Peta pemikiran juga mendidik saya tentang cara berfikir yang konsisten untuk guru menyampaikan maklumat kepada murid agar mereka dapat belajar dan mengingat. Malah, saya juga yakin peta pemikiran membolehkan murid-murid memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentuk visual yang konkrit. Pendek kata, peta pemikiran perlu dilaksanakan atas dasar sekolah secara keseluruhannya. Akhir kata, tugasan seperti ini mampu meningkatkan keupayaan seseorang untuk membentuk sifat dan kemahiran seorang guru. Saya juga belajar untuk memberikan penerangan kepada orang lain yang ingin mempelajari sesuatu ilmu melalui tugasan yang berkaitan dengan pembinaan slaid. Saya juga yakin saya tidak akan kekal sebagai orang buta IT. Saya benar-benar berasa bertuah dan bersyukur dapat belajar subjek GKB 1053 ini. Saya berharap saya dapat meluaskan ilmu saya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Insyallah.