pih fitri harun

14
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2.0 PENYATAAN MASALAH 3.0 PENCARIAN LITERATURE 4.0 PENEMUAN 5.0 PERBINCANGAN 6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN 7.0 RUMUSAN 8.0 LAMPIRAN 9.0 RUJUKAN

Upload: gusescheilla-revoltva

Post on 03-Oct-2015

336 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

just this pih

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2.0 PENYATAAN MASALAH

3.0 PENCARIAN LITERATURE

4.0 PENEMUAN

5.0 PERBINCANGAN

6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN

7.0 RUMUSAN

8.0 LAMPIRAN

9.0 RUJUKAN 1.0 PENGENALAN

Pregnancy Induced Hypertension (PIH) atau Hipertensi Gestasi adalah satu keadaan di mana berlaku tekanan darah tinggi semasa kehamilan. Kadangkala ia boleh menyebabkan keadaan yang lebih serius yang dipanggil Pre-eclampsia atau dikenali toksemia. Berdasarkan saintifik, definisi PIH ialah satu pembentukan arterial hipertensi bagi wanita hamil selepas usia kandungan mencecah 20 minggu tanpa kehadiran protein di dalam urin dan juga kepada wanita mengandung yang tidak pernah mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil.

Terdapat dua bacaan tekanan iaitu tekanan sistolik dan diastolik. Tekanan sistolik merupakan tekanan dalam saluran darah apabila jantung mengecut. Tekanan diastolik pula diukur apabila jantung berehat. Sekiranya bacaan tekanan darah adalah 140/90mmHg maka ia dianggap tinggi. Kebiasaannya, wanita hamil ini cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih rendah pada kira-kira 90 / 50mmHg hingga 110 / 70 mmHg. Tekanan darah tinggi semasa mengandung dikesan apabila terdapat peningkatan dalam tekanan darah sebanyak 30/15mmHg contohnya peningkatan dari 90/50mmHg ke 120/70mmHg semasa kehamilan.Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi:-

(1) Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu iaitu Essential Hypertension.Ini mungkin berlaku disebabkan sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

(2) Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu iaitu Gestational Hypertension.Ia dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

PIH ini merupakan masalah yang amat membimbangkan sekiranya tiada mendapat rawatan segera. Kejadian defaulter iaitu kegagalan mendapatkan rawatan sering berlaku kerana sesetengah ibu sibuk dengan komitmen kerja dan masalah kewanga. Kejadian tersebut menyebabkan ibu tidak mengetahui status kesihatan dirinya. Di samping itu, ibu juga tidak akan menyedari sama sekiranya dia mengalami simptom-simptom tekanan darah tinggi. Terdapat juga ibu yang mengetahui dirinya mendapat tekanan darah tinggi tetapi tidak mahu mengikuti rawatan yang telah diberikan contohnya pengambilan ubat Tablet Methyldopa 250mg. Selain itu, terdapat banyak lagi permasalahan lain antanya adalah tentang risiko dan komplikasi sekiranya mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil. Antara risiko dan komplikasinya adalah seperti berikut: Masalah Placental abruption, iaitu plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ia akan melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen kepada bayi. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak. Aliran darah ke plasenta yang kurang mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi semasa dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang kurang. Masalah yang sering berlaku adalah kelahiran pramatang. Bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. contohnya bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi ini amat memerlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ siibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil wanita ini boleh mendapat sawan, dan hal ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.3.0 PENCARIAN LITERATURE

Berdasarkan Pusat Statistik Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, pada tahun 1998, lebih daripada 146 320 kes preeclampsia sahaja telah didiagnosis. Kadar preeclampsia dikatakan telah meningkat sebanyak hampir satu pertiga.Sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan ibu-ibu yang lebih tua dan kelahiran berganda menyebabkan preeclampsia berlaku dengan lebih kerap. Pada tahun 1998 kadar kelahiran di kalangan wanita berusia 30 hingga 44 dan bilangan kelahiran kepada wanita berumur 45 dan lebih tua berada pada tahap tertinggi dalam 3 dekad. Disamping itu, ia juga disebabkan kadar kelahiran kembar meningkat kira-kira 50 peratus keseluruhan dan 1,000 peratus di kalangan wanita berumur 45-49; kadar triplet dan lain-lain yang lebih tinggi untuk kelahiran berganda melonjak lebih daripada 400 peratus secara keseluruhan, dan 1,000 peratus di kalangan wanita di mereka 40-an antara tahun 1980 dan 1998.4.0 PENEMUAN

STATISTIK KES PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION KLINIK IBU DAN ANAK AMPANGAN.1. Aini bt Mohd (Tab. Methyldopa 250mg TDS)

-Estimated Date of Delivery (EDD) : 6 Jun 2014

2. Siti Amni bt Azman (Tab. Methyldopa 250mg TDS)

-Estimated Date of Delivery (EDD) : 29 Julai 2014

3. Nur Amalina bt Zamri (Tab. Methyldopa 250mg TDS)

- Estimated Date of Delivery (EDD) : 17 Jun 2014

4. Amirah bt Omar (Tab. Methyldopa 250mg TDS)

- Estimated Date of Delivery (EDD) : 23 Jun 20145.0 PERBINCANGAN

Punca utama PIH ini ialah disebabkan satu keadaan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada eclampsia, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia merupakan punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. Berdasarkan kajian, 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.Seterusnya, terdapat juga beberapa jenis penyakit darah tinggi. Antara penyakit darah tinggi adalah penyakit darah tinggi kronik. Ia adalah penyakit darah tinggi yang dialami wanita semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi. Ia boleh menjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pantauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.

Penyakit darah tinggi kedua adalah penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan (PIH) yang hanya terjadi semasa kehamilan dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.Penyakit darah tinggi yang ketiga adalah Pre-Eclampsia(PE) iaitu penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan. Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protein di dalam. urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protein yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.6.0 CADANGAN DAN PENYELESAIANAntara persoalan yang timbul adalah bagaimana untuk mencegah PIH semasa kehamilan. Seseorang wanita yang ingin hamil tetapi mempunyai masalah tekanan darah tinggi haruslah segera membuat temu janji dengan doktor dan jururawat. Langkah awal ini adalah untuk mengawal tekanan darah ibu sebelum dan semasa hamil serta mendapatkan penjagaan pra natal yang sempurna demi memelihara kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Antara langkah yang perlu diambil sebelum hamil adalah:

1. Pastikan tekanan darah anda di bawah kawalan. Perubahan gaya hidup seperti mengehadkan pengambilan garam anda, mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang kerap, dan kehilangan berat badan jika anda kelebihan berat badan boleh membantu.2. Berbincang dengan doktor bagaimana tekanan darah tinggi boleh menjejaskan ibu dan bayi semasa mengandung, dan apa yang ibu boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkan masalah.

3. Ibu mengambil ubat-ubatan untuk tekanan darah, minta pendapat doktor sama ada ibu perlu menukar jumlah yang diambil atau berhenti mengambil ubatan tersebut semasa mengandung. Pakar kini mengesyorkan mengelakkan penukar angiotensin enzim (ACE) inhibitors dan Angiotensin II (AII) antagonis reseptor semasa mengandung; lain ubat tekanan darah mungkin boleh untuk digunakan. Namun, jangan berhenti atau menukar ubat melainkan jika doktor memberitahu untuk berbuat demikian.Antara langkah semasa hamil pula adalah:

(1) Dapatkan rawatan perubatan pranatal biasa.(2) Elakkan alkohol dan merokok.

(3) Berbincang dengan doktor mengenai ubat-ubatan yang perlu diambil.

(4) Pengurusan dan rawatan

(5) Cara yang terbaik untuk merawat pra-eklampsia adalah untuk menamatkan kehamilan dan melahirkan bayi. Pre-eclampsia akan melanggan sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Dalam pra-eklampsia teruk, kelahiran adalah pada 36 minggu kehamilan untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang kepada ibu dan bayi. Sebelum kelahiran, ibu diberikan corticosteroid untuk mempercepatkan perkembangan paru-paru bayi dan meningkatkan fungsi paru-paru bayiselepas kelahiran. Sindrom masalah pernafasan pada bayi pramatang ini akan dikurangkan dengan kortikosteroid.(6) Antara rawatan lain untuk Pra-eklampsia adalah:

a) Ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.

b) Rehat di atas katil.

c) Pemantauan tekanan darah dan menukar ubat untuk mengekalkan kawalan yang baik.

d) Memantau pertumbuhan bayi dengan ultrasound dan cardiotopogram. Apabila risiko bayi dalam rahim adalah tinggi, kelahiran akan menyebabkan bayi pramatang.

e) Amalan diet rendah garam.

7.0 RUMUSANPIH atau tekanan darah tinggi semasa mengandung merujuk kepada jarak antara tekanan darah tinggi dengan permulaan di bahagian pengakhiran mengandung iaitu semasa hamil hingga hamil pada minggu ke 20. Ia adalah tanpa ciri-ciri lain preeclampsia, dan diikuti dengan tekanan darah normal selepas bersalin. Ibu-ibu yang mengalami masalah ini harus diperhatikan dengan teliti untuk perkembangan bayi yang normal dalam kandungan. Patofisiologi tekanan darah tinggi semasa mengandung masih tidak diketahui. Tekanan darah tinggi semasa mengandung bagaimanapun menjadi petanda tekanan darah tinggi kronik pada masa yang akan datang.

Oleh itu, ibu haruslah mendapatkan pemeriksaan awal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dalam memastikan peratusan ibu yang mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil dikurangkan. Selain itu, ibu juga haruslah mengetahui status kesihatan diri dan bayi dalam kandungan supaya tiada sebarang komplikasi yang akan berlaku semasa proses kelahiran. Hal ini haruslah diambil berat kerana tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan anak.8.0 LAMPIRAN

9.0 RUJUKAN

1. Michel E. Rivlin, M. (1986).Manual Of Clinical Problems in Obstetrics andGynaecology. United States: Little, Brown and Company Boston/Toronto.

2. Malaysia, K. K. Pengendailan Kes-kes Risiko Tinggi Bagi Ibu-ibu Mengandung. Kuala Lumpur: Selaseh Sdn Bhd.

3. Development, D. O. (2003). Training Manual Hypertensive Disorders in Pregnancy. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.4. MEDICAL DISORDER DURING PREGNANCY N Engl J Med 333:1737, 2002

5. Medical dictionary definition of hypertension from KMLE Medical Dictionary retrieved on 07-04-17.

6. Ahmad R. Mafi, Oxford Handbook Of Clinical Medicine, 8 Edition, PAGE 308.