muzik malaysia

22
UNIT 7 MUZIK KAUM CINA DI MALAYSIA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir Unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan sejarah dan perkembangan kaum Cina di Malaysia. 2. Menganalisis ciri-ciri muzik Cina di Malaysia. 3. Membincangkan jenis-jenis muzik kaum Cina yang dipersembahkan di Malaysia. 4. Menerangkan mengenai alat-alat muzik tradisi masyarakat Cina. PENGENALAN Kaum Cina merupakan kumpulan penduduk kedua terbesar di Malaysia. Kebanyakkan mereka tinggal di Bandar-bandar di Barat Semenanjung Malaysia serta di Bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak. Kaum ini membentuk budaya dan adat resam yang diwarisi dari Negara asal mereka iaitu China. Seperti yang telah dibincangkan di Unit 1, kedatangan kaum Cina ke Malaysia dalam dua cara iaitu melalui hubungan dengan kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15 serta dibawa oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah di awal abad ke 20. Kedatangan kaum Cina ke sini tidak banyak mempengaruhi muzik tradisi tempatan tetapi sebaliknya mereka mengamalkan budaya muzik yang dibawa dari Negara asal mereka. Seperti juga kaum India, kaum Cina di Malaysia pada awalnya begitu terasing dengan lain- lain kaum di Malaysia akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris. Ini telah menyebabkan kurangnya berlaku proses asimilasi budaya di antara kaum di Malaysia. Unit pembelajaran ini akan membincangkan secara terperinci

Upload: mathes77

Post on 18-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik Malaysia

UNIT 7

MUZIK KAUM CINA DI MALAYSIA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan sejarah dan perkembangan kaum Cina di Malaysia.

2. Menganalisis ciri-ciri muzik Cina di Malaysia.

3. Membincangkan jenis-jenis muzik kaum Cina yang dipersembahkan di

Malaysia.

4. Menerangkan mengenai alat-alat muzik tradisi masyarakat Cina.

PENGENALAN

Kaum Cina merupakan kumpulan penduduk kedua terbesar di Malaysia.

Kebanyakkan mereka tinggal di Bandar-bandar di Barat Semenanjung Malaysia

serta di Bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak. Kaum ini membentuk

budaya dan adat resam yang diwarisi dari Negara asal mereka iaitu China.

Seperti yang telah dibincangkan di Unit 1, kedatangan kaum Cina ke Malaysia

dalam dua cara iaitu melalui hubungan dengan kerajaan Melayu Melaka pada

abad ke 15 serta dibawa oleh penjajah Inggeris untuk bekerja di lombong-

lombong bijih timah di awal abad ke 20. Kedatangan kaum Cina ke sini tidak

banyak mempengaruhi muzik tradisi tempatan tetapi sebaliknya mereka

mengamalkan budaya muzik yang dibawa dari Negara asal mereka. Seperti juga

kaum India, kaum Cina di Malaysia pada awalnya begitu terasing dengan lain-

lain kaum di Malaysia akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris. Ini

telah menyebabkan kurangnya berlaku proses asimilasi budaya di antara kaum

di Malaysia. Unit pembelajaran ini akan membincangkan secara terperinci

Page 2: Muzik Malaysia

mengenai sejarah perkembangan muzik kaum Cina di Malaysia. Selain itu

perbincangan juga akan ditumpukan kepada bentuk-bentuk muzik yang

dipersembahkan termasuklah fungsi dan alat muzik yang terlibat.

ISI KANDUNGAN

Latar Belakang Kaum Cina di Malaysia

Kaum Cina di Malaysia merupakan orang Cina luar negara yang menjadi

warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah

keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga

pertengahan abad ke-20. Pendatang Cina yang terawal iaitu sejak abad ke-15 di

Melaka dan abad ke-18 di Pulau Pinang membentuk suku kaum yang dipanggil

sebagai Cina Peranakan atau Cina Selat. Kumpulan ini yang datang sebagai

pedagang dan juga rombongan diplomatik dengan kerajaan Melayu Melaka telah

menetap di rantau ini sejak sekian lama. Mereka juga telah menerima pakai

budaya tempatan yang diadunkan dengan budaya yang dibawa dari Negara asal

mereka. Kumpulan ini lebih dikenali dengan panggilan Baba dan Nyonya.

Baba dan Nyonya adalah keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya

di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini

sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka, Singapura dan Pulau

Pinang. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana

kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai

unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

Gelombang kedua kedatangan kaum Cina ke Malaysia ialah semasa

penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada abad ke-19. Kebanyakan mereka

datang untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah sebagai "buruh terikat"

melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli. Kebanyakan

pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya

wilayah Fujian dan Guangdong. Sementara yang selainnya datang secara bebas

untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Terdapat enam suku

kaum utama Cina di Malaysia. Suku kaum ini terbahagi mengikut dialek

Page 3: Muzik Malaysia

percakapan mereka iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan

Hokchiu.

Masyarakat Baba dan Nyonya

Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur iaitu di

Sabah dan Sarawak. Suku Kantonis pula membentuk suku dialek terbesar di

Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Sementara itu,

suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah,

Terengganu, Kelantan, Selangor terutamanya di Klang dan kawasan pantai

Selangor serta barat Johor. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak,

iaitu Kuching. Suku Teochew bertumpu di beberapa bahagian tertentu di Pulau

Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan selatan Johor, terutamanya Johor

Bahru dan Pontian.

Sejarah Perkembangan Muzik Cina

Bangsa Cina telah mewarisi kekayaan budaya muzik yang telah wujud

dan berkembang sejak zaman dahulu lagi. Beberapa penemuan artifak

berbentuk alat muzik yang diperbuat dari tulang haiwan yang berusia lebih

Page 4: Muzik Malaysia

kurang 7000 tahun sebelum Masehi yang dikenali sebabagi Jiahu merupakan

bukti penting dalam sejarah muzik Cina. Selain itu terdapat juga bukti-bukti lain

seperti penemuan koleksi loceng, dram, alat muzik tiupan serta alat muzik dawai

yang diperbuat dari perunggu pada makam pahlawan pada abad ke 5 sebelum

Masehi.

Masyarakat Cina mempercayai bahawa bunyi nada yang harmoni

merupakan keselarasan dalam alam semesta. Selama lebih dari 2000 tahun

masyarakat Cina percaya kepada ajaran ahli falsafah Confucius. Di dalam ajaran

ini, mereka percaya bahawa muzik merupakan gambaran sosial budaya

masyarakat dan kepercayaan yang meliputi cara berfikir, bertindak dan

mengatur. Oleh itu, muzik merupakan satu syarat mutlak yang harus dipenuhi

oleh seseorang yang terpelajar untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat.

“Jiahu” alat tiupan daripada tulang haiwan

Selain itu, muzik juga menjadi elemen penting dalam upacara ritual dalam

Dinasti Shang (1550-1111 SM) dan mencapai puncak kegemilangannya dalam

Dinasti Zhou (1111-222 SM). Ini kerana pada masa itu banyak penggunaan alat-

alat perkusi di dalam upacara-upacara tersebut. Alat muzik Cina boleh

diklasifikasikan ke dalam lapan kumpulan iaitu mengikut bahan-bahan yang

digunakan untuk menghasilkan alat muzik tersebut iaitu;

Page 5: Muzik Malaysia

i. Logam

ii. Batu

iii. Kain

iv. Tanah

v. kulit

vi. Labu kering

vii. Buluh

viii. Kayu

Gambaran Muzik Tradisional cina

Sekitar abad ke 19, tradisi muzik Cina telah mula terpengaruh dengan

tradisi muzik Eropah. Alat-alat muzik dari orchestra Barat telah mula

diperkenalkan. Begitu juga dengan orchestra simfoni dan opera Barat telah mula

meresap ke dalam pertunjukkan di China. Hal ini telah banyak mempengaruhi

budaya muzik Cina sehingga mereka membuat modenisasi ke atas muzik

mereka. Muzik tradisional Cina mula dipersembahkan seiring dengan komposisi

muzik Barat. Akhirnya muzik kontemporari Cina terhasil dari asimilasi dan

adaptasi dari muzik popular Barat.

Page 6: Muzik Malaysia

Bentuk dan Genre Muzik Cina

Orkestra Cina Moden

Muzik orkestra Cina moden ini adalah gabungan antara alat-alat muzik

Barat dan juga alat Muzik tradisional Cina. Oleh kerana pengaruh orchestra

Barat begitu mendalam, maka muzik orchestra Cina juga menggabungkan

elemen muzik tradisional Cina dan muzik Barat. Ini termasuklah elemen polifoni

dengan skel dan mod muzik tradisional Cina. Ramai pemain orkestra Cina

tempatan memainkan lagu–lagu rakyat bangsa mereka di mana pelbagai

komposer berusaha untuk menyerapkan unsur– unsur muzik tradisional dalam

bentuk orchestra. Orkestra Cina di Malaysia biasanya mendapat penajaan dari

pelbagai organisasi bangsa Cina termasuklah sekolah dan juga persatuan

penganut Buddha di Malaysia. Orkestra ini terdiri daripada ahli seramai 12

hingga 50 orang.

Orkestra

• Huayue tuan (Orkestra Cina Moden)

• Bentuk-bentuk ensemble lain.

Keagamaan

• Digunakan di dalam upacara keagamaan dan juga ritual

• Tarian Singa • Tarian Naga • Gendang 24 Musim • Muzik perarakan

orang meninggal dunia

• Dan lain-lain

Muzik Cina

Muzik Teater

- Digunakan untuk mengiringi pelbagai bentuk teater dan opera.

- Opera Cina - Po Te Hi (Glove

puppet) - Wayang patung

(Shadow play)

Page 7: Muzik Malaysia

Susun atur Orkestra Cina Moden

1. Orkestra Cina moden merupakan adaptasi dari orchestra simfoni Barat.

Teknik orkestrasinya adalah mengikut stail orchestra Barat Cuma berbeza

dari segi penggunaan alat-alat muzik. Berdasarkan senarai alat muzik

orchestra Cina Moden, buat satu analisis perbandingan dari segi

instrumentasi orchestra Barat dan orchestra Cina Moden.

Alat Tiupan - Tone yang

dihasilkan lebih baik dari alat muzik Barat

- Dizi - Sheng - Souna

Alat bertali yang di gesek - Gaohu - Erhu - Zhonghu - Semua alat

ini berfungsi seperti violin dan viola

- Alat Barat yang kekal ialah Cello dan Dabal bes

Alat Muzik Orchestra Cina

Alat bertali yang dipetik - Liuqin - Yangqin - Pipa - Zhonggruan - Daruan - Guzheng - Sanxin - Konghou Bunyi yang dihasilkan tidak sama dengan alat muzik Barat

Alat Perkusi - Tanggu - Muyu - Qing - Luo - Gu - Bo - Bianzhong - Alat alat ini

dipukul dengan pemukul khas dibahagian tertentu.

Page 8: Muzik Malaysia

Gendang 24 Musim

Gendang 24 musim atau dikenali sebagai Jie Qi Gu merupakan satu

bentuk ensemble gendang besar yang dikenali sebagai gu yang hanya

dipersembahkan di Malaysia. Ensembel ini tidak dimainkan di China kerana idea

dan pembentukan ensemble ini berasal dari budayawan Cina di Malaysia. Beliau

mencetuskan idea untuk membentukkan sebuah ensemble beberap[a biji

gendang yang berasaskan konsep 24 „Jie Qi‟ iaitu musim mengikut kalender di

Tanah besar Cina. Idea ini mendapat reaksi yang baik dari seorang guru muzik

yang pada ketika itu bertugas di Sekolah Menengah Foon Yew iaitu En. Tan

Hooi Song. Beliau menggunakan pukulan gendang „shigu‟ iaitu sejenis gendang

dalam tarian singa dengan iringan koreografi badan yang canggih dan

menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Maka

dari situ lahirlah persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Ensembel Gendang 24 Musim

Dalam Kalendar Cina, setiap musim besar iaitu empat musim (musim

bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6

musim kecil, oleh itu, dalam satu tahun calendar Cina terdapat 24 musim kecil.

Page 9: Muzik Malaysia

Musim kecil ini ada kaitan dengan jadual pekerjaan petani yang mana kaum

petani akan tahu masa mereka patut membajak, menyemai, menuai dan aktiviti

pertanian lain. Koreografi pergerakan pemuzik semasa memainkan gendang ini

juga mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian dan mempamerkan suasana meriah.

Konsep 24 Musim Kalendar cina

Alat muzik gendang yang digunakan ialah gendang shingu iaitu dram

yang digunakan dalam tarian singa dan terdapat juga gendang longgu. Kedua-

dua gendang ini hampir sama iaitu gendang besar yang berbentuk tong dan

mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku

pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa

dawai besi berbentuk seperti spring yang memberikan getaran kepada bunyi

yang dihasilkan. Gendang ini diletakkan atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit

gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu mengikut rentak-

rentak yang tertentu.

Page 10: Muzik Malaysia

Tarian Singa

Tarian Singa lazimnya dipersembahkan ketika hari perayaan Tahun Baru

Cina dan juga beberapa acara tertentu yang melibatkan kepercayaan dan

kebudayaan. Ia juga dipersembahkan untuk upacara tertentu seperti majlis

pembukaan perniagaan baru dan sebagainya. Ia adalah merupakan

persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan. Satu patung berbentuk

singa ditarikan oleh dua orang lelaki mengikut rentak gendang yang dimainkan.

Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh

menghalang Nian iaitu sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara

China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Nian

merupakan makhluk dongeng yang ganas dan sering mengancam manusia.Ini

membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Orang Cina

menyedari bahawa makhluk itu takut kepada bunyi kuat dan warna merah.

Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben

merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan

malam. Akhirnya Tarian ini dicipta dan dipersembahkan untuk tujuan tersebut. Di

Malaysia terdapat dua jenis tarian singa iaitu tarian singa Utara dan tarian singan

selatan. Kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.

Persembahan Tarian Singa

Page 11: Muzik Malaysia

Tarian Naga

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa

luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya

Cina. Masyarakat Cina sangat memuja naga sebagai symbol tuah oleh itu

mereka mencipta satu tarian yang berasaskan kepercayaan ini sejak Dinasti han

iaitu kira-kira 2000 tahun lalu. Dalam Dinasti Tang dan Song, tarian naga telah

menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting. Tarian Naga lazimnya

dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, dan dipercayai membawa

tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru.

Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi mempertunjukkan

persembahan yang penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian

yang tepat. Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas

kayu, kain, dan lain-lain. Naga yang dihias cantik akan mempunyai nilai seni

yang tinggi. Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar

naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia kelihatan

sangat menarik. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina,

mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

Page 12: Muzik Malaysia

Tarian Naga

Opera Cina

Opera Cina ialah satu bentuk drama muzikal. Ia menggabungkan seni lakon,

pantomin, akrobatik dan kostum, nyanyian dan tarian. Opera Cina mempunyai

lebih dari 300 variasi daerah di China. Gaya nyanyian diolah sebgitu rupa

berbeza dari bentuk percakapan harian mereka. Penyanyi lelaki biasanya

menyanyi menggunakan suara yang serak dan penyanyi perempuan

menggunakan suara yang tinggi. Mereka diiringi di atas pentas oleh okestra kecil

yang terdiri daripada alat muzik seperti pipa, erhu, dizi, gendang, bo dan luo.

Di Malaysia, Opera Cina dipersembahkan dalam pelbagai dialek seperti

Teochiu, kantonis dan Hokien. Terdapat tiga cirri penting opera Cina iaitu cara

percakapan, corak rentak muzik dan jenis nyayian. Ia berdasarkan cerita dan

watak yang dimainkan. Di dalam opera Cina, terdapat empat peranan atau watak

utama yang penting iaitu Sheng (lelaki), Dan/Toa (wanita), Chou/Thiu (pelawak),

Hua/Hoa Bin (wajah yang disolek). Setiap watak mempunyai kostum dan

solekan yang tersendiri yang memberikan imej khusus untuk watak-watak

tersebut.

Watak Sheng

Page 13: Muzik Malaysia

Watak Dan/Toa

Watak Chou/Tiu

Watak Hua/ Hoa Bin

Page 14: Muzik Malaysia

Alat Muzik Dalam Opera Cina

Terdapat juga kumpulan alat muzik di dalam opera Cina iaitu kumpulan wen

(sivil) dan wu (tentera). Instrumentasi kumpulan Wen (sivil) terdiri daripada alat-

alat muzik kordofon dan arofon seperti erhu, yehu, gaohu, yueqin dan dizi.

Kumpulan Wu (militar) pula meliputi alat-alat membranofon dan idiofon. Erhu

merupakan alat membranofon dan luo adalah alat idiofon. Persembahan

kumpulan profesional dan amatur menggunakan kedua kumpulan alat muzik

Wen (sivil) dan Wu (militar). Walaupun fungsi persembahan kedua kumpulan

opera adalah berlainan, tetapi masing-masing memerlukan iringan muzik yang

bermelodi ataupun berentak supaya persembahan dapat berjalan lancar dan

tidak membosankan. Selain itu muzik iringan juga member kesan kepada watak

dan jalan cerita.

1. Dengar atau tonton video opera Cina. Kenalpasti dan senaraikan alat-alat

muzik yang digunakan di dalam persembahan tersebut.

2. Buat satu analisis tentang penggunaan jenis-jenis alat muzik berdasarkan

jalan cerita dan watak di dalam opera Cina.

Po Te Hi

Po te hi merupakan salah satu muzik teater dalam budaya Cina yang

berasal dari selatan China. Ia merupakan sejenis teater boneka sarung tangan

yang dimainkan oleh pelakon-pelakon tertentu. Ia dipersembahkan bertujuan

untuk menghormati dewa-dewa sempena ulang tahun kelahiran dewa-dewa

tersebut. Ia dipersembahkan di tokong-tokong Cina dan tidak memerlukan

Page 15: Muzik Malaysia

banyak peralatan melainkan patung-patung sarung tangan dan juga pentas kecil

atau panggung yang berbentuk bangsal kecil.

Panggung Po Te Hi

Patung Sarung Tangan Po Te Hi

Watak-watak dalam Po Te Hi

Page 16: Muzik Malaysia

Alat Muzik Cina

Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional mkaum Cina. Mereka

mengklasifikasikan alat alat tersebut kepada empat kumpulan utama iaitu alat bertali yang

dipetik, alat tiupan, alat bertasli yang digesek dan alat pukulan. Berikut adalah contoh-

contoh alat muzik Cina

Bertali Dipetik

- Pipa - Guzheng - Liuqin - Yangqin - Ruan - San Xian - Yue Qin

Pukulan

- Bo - Ching and

chap - Gu - Piagu - Tagu - Muyu - Luo

Bertali di gesek

- Erhu - Gaouhu - Gehu - Leiqin - Panhu

Tiupan

- Dizi - Houguan - Xiao - Suona - Sheng

Alat Muzik Cina

PIPA

- Mempunyai 4 tali logam, badan dibuat dari kayu - Dadanya bulat dan belakangnya cembong, permukaan dan mendatar. - Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti

fret. - Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4

pemulas melaras disisi papan jari. - Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi Digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina dan alat solo atau mengiringi nyanyian.

Page 17: Muzik Malaysia

Guzheng

- Alat muzik jenis zither - Mempunyai 12,13,15, atau 16 tali. - Pemain memetik tali menggunakan tangan kanan, sementara tangan

kiri menekan tali di bahagian kiri instrumen untuk menghasilkan bunyi.

- Rupabentuk hampir sama dengan instrumen Koto dari jepun dan merupakan instrumen solo.

Liuqin

Alat tali petikan, bentuknya sama seperti pipa Liu qin yang dimainkan dalam persembahan

opera tempatan di kalangan rakyat di Shandong, Anhui dan Jiangsu China dalam jangka masa panjang.

Ketika mengadakan persembahan, orang duduk dan meletakkan liuqin pada depan dada dan tangan kirinya memegang liuqin dan jari memetik tali.

Boleh menjadi alat muzik permainan solo. Digunakan semasa mengadakan persembahan

muzik China. Di orkestra instrumen etnik, alat muzik nada

tinggi antara alat muzik petikan dan mempunyanyi nada yang istimewa.

Sering dimainkan dalam persembahan yang tekniknya sangat tinggi dan juga digunakan dalam iringan muzik alat muzik barat.

Page 18: Muzik Malaysia

Gaohu

Leiqin

Sejanis alat muzik gesek yang muncul pada abad ke-20 Dicipta oleh artis kelangan rakyat China Wang Dianyu Dibuat daripada kayu Sejenis alat muzik yang merdu, boleh meniru suara orang, bunyi

opera, suara binatang serta alat-alat muzik yang lain seperti Sheng, Guan, Suona, Jinghu, Erhu, Luo, Gu dan lain-lain.

Ada dua jenis. panjang 110 meter panjang 90 meter.

Gaohu adalah panggilan keseluruhan terhadap Erhu Suara Tinggi.

Gaohu dicipta daripada Erhu dan merupakan sejenis alat muzik tradisional yang diminati ramai di Guangdong China.

Berasal usul dari opera tempatan dan muzik kalangan rakyat.

Bunyinya sangat tinggi dan menempati kedudukan penting dalam orkestra.

Page 19: Muzik Malaysia

Alat Tiupan

Houguan Sheng Suona

Dizi

Erhu

-

Alat bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Cara Bermain Didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Page 20: Muzik Malaysia

1. Sila dengar rakaman beberapa contoh muzik untuk upacara keagamaan Cina.

Bincangkan unsur-unsur muzik tersebut.

Rumusan

Muzik Cina merupakan antara muzik yang tertua didokumenkan. Ia

dipersembahkan dengan pelbagai tujuan termasuklah untuk upacara keagamaan

dan ritual, hiburan dan sebagainya. Sejajar dengan sifat orang Cina yang suka

merantau keseluruh pelusok dunia, mereka membawa bersama budaya mereka.

Setiap tempat yang menjadi penempatan kaum Cina akan ada aktiviti muzik

berasaskan budaya yang dibawa dari negara mereka. Ini termasuklah di

Malaysia. Walaupun mereka telah bercampur aduk dengan masyarakat

tempatan tetapi adat dan budaya tetap tidak mereka lupakan.

Kata Kunci

Opera Cina

Po te hi

Huayue tuan

Tarian Singa

Tarian Naga

Gendang 24 Musim

Page 21: Muzik Malaysia

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan tiga (3) kategori muzik Cina

a. _____________________________

b. _____________________________

c. _____________________________

2. Opera Cina diasaskan kepada tiga elemen muzik utama. Terangkan

ketiga-tiga elemen tersebut.

a. _____________________________

b. _____________________________

c. _____________________________

3. Namakan tiga (3) jenis alat muzik dalam setiap kategori alat muzik berikut;

i. Bertali yang digesek

a. _____________________________

b. _____________________________

c. _____________________________

ii. bertali yang dipetik

a. ______________________________

b. ______________________________

c. ______________________________

iii. Tiupan

a. _______________________________

b. _______________________________

c. _______________________________

iv. Pukulan

a. ________________________________

b. ________________________________

c. ________________________________

Page 22: Muzik Malaysia

RUJUKAN

Ang, (1998). Malaysian Music, A Comprehensive Discussion on the Different

types of Music Found in the Country: Contemporary Art Music, Classical

Music, Syncretic Music and Folk Music, Universiti Putra Malaysia:

MusicMall Conservatoire Productions Sdn.Bhd.

Lee, Eleine, (2007). Ethnic Musical Instrument of Malaysia, edited by Mohd

Hassan Abdullah, Subang Jaya: Win Publication.

Mohd Ghouse Nasuruddin, (1992).The Malay Traditional Music, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matusky, P. and Tan S.B., (2004). The Music of Malaysia: The Classical, Folk

and Syncretic Traditions, Kuala Lumpur: The Asian Centre.