emosi dalam gambar

2
WAN YIN KHEI Berdasarkan gambar di atas, dapat kelihatan suasana waktu senja dan kehidupan kuda belang. Beberapa warna yang dapat menonjolkan mood atau perasaan boleh dikesani dengan mendalami gambar ini. Warna-warna panas seperti warna oren dan warna kuning telah mendominankan gambar ini. Warna-warna lain seperti warna coklat, warna putih, warna hitam juga membawa maksud yang tersendiri dalam gambar ini. Dari aspek psikologi, warna merupakan satu medium yang dapat mendatangi pengaruh terhadap mood seseorang. Para pengamal terapi alternatif memberikan hujah bahawa keadaan ini berlaku adalah disebabkan warna mengandungi tenaga penyembuh. Dalam gambar di atas, warna panas yang ditampilkan memberi kesan kuat, bertenaga, dan ceria. Warna oren yang terdapat pada langit gambar di atas boleh dihubungkaitkan dengan keriangan. Warna ini dapat membebaskan dan melepaskan perasaan serta meringankan emosi-emosi negatif seperti rasa kasihankan diri sendiri, rendah diri dan tidak sudi memaafkan. Oleh itu, warna ini berkesan sebagai anti kemurungan merangsangkan semangat. Bukan itu sahaja, warna kuning yang ditunjukkan juga memberi kesan kegembiraan, kecerahan dan menaikkan semangat seperti warna oren. Warna kuning

Upload: chloewan13

Post on 03-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni dalam pendidikan

TRANSCRIPT

WAN YIN KHEI

Berdasarkan gambar di atas, dapat kelihatan suasana waktu senja dan kehidupan kuda belang. Beberapa warna yang dapat menonjolkan mood atau perasaan boleh dikesani dengan mendalami gambar ini. Warna-warna panas seperti warna oren dan warna kuning telah mendominankan gambar ini. Warna-warna lain seperti warna coklat, warna putih, warna hitam juga membawa maksud yang tersendiri dalam gambar ini.Dari aspek psikologi, warna merupakan satu medium yang dapat mendatangi pengaruh terhadap mood seseorang. Para pengamal terapi alternatif memberikan hujah bahawa keadaan ini berlaku adalah disebabkan warna mengandungi tenaga penyembuh. Dalam gambar di atas, warna panas yang ditampilkan memberi kesan kuat, bertenaga, dan ceria.Warna oren yang terdapat pada langit gambar di atas boleh dihubungkaitkan dengan keriangan. Warna ini dapat membebaskan dan melepaskan perasaan serta meringankan emosi-emosi negatif seperti rasa kasihankan diri sendiri, rendah diri dan tidak sudi memaafkan. Oleh itu, warna ini berkesan sebagai anti kemurungan dan merangsangkan semangat. Bukan itu sahaja, warna kuning yang ditunjukkan juga memberi kesan kegembiraan, kecerahan dan menaikkan semangat seperti warna oren. Warna kuning dapat memupuk sikap kepercayaan kepada diri sendiri dan mengalakkan sikap yang optimis. Warna coklat boleh dikenali sebagai warna semula jadi iaitu warna tanah. Coklat bermaksud kemantapan meringankan rasa tergugat. Berdasarkan gambar di atas, warna coklat telah meningkatkan nilai estetika gambar tersebut dengan mendekati alam semula jadi.Selain itu, warna neutral iaitu warna hitam dapat dikesani pada badan kuda belang serta langit. Warna ini adalah bersifat selesa, perlindungan dan penuh misteri. Belang yang berwarna hitam pada badan kuda belang mempunyai fungsi perlindungan. Hal ini kerana, kuda belang memerlukan ciri tersebut untuk menyembunyikan diri daripada menjadi makanan haiwan ganas.Akhir sekali, warna putih pada matahari terbenam boleh dianggap sebagai warna yang paling suci. Warna ini membawa maksud perlindungan, keamanan dan selesa. Dengan ini warna putih dapat mengurangkan tekanan emosi secara berkesan. Warna putih yang terdapat pada matahari dapat memberikan rasa kebebasan dan kemesraan. Lantaran itu, seseorang dapat merasai kebebasan, keriangan dan kegembiraan semasa memerhati gambar ini.