tugasan2 qgu3013

43
KOD & NAMA KURSUS QGU 3013 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAJUK TUGASAN KUMPULAN : UPSI 68 (A121 PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON KALSOM BINTI JAAFAR D20102042247 0175345387 NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.HAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALID TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2012 TUGASAN INDIVIDU :TUGASAN 2 (Teaching games for understanding) PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH

Upload: anna-susie

Post on 16-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

1

KOD & NAMA KURSUSQGU 3013

KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM

PENDIDIKAN JASMANI

DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN :UPSI 68 (A121 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

KALSOM BINTI JAAFARD201020422470175345387

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.HAZIYANTI BINTI MOHAMAD KHALIDTARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2012ISI KANDUNGAN

BUTIRAN

MUKA SURAT1. ARAHAN TUGASAN 2

3 -42. PENGENALAN

5 - 63. KONSEP DAN DEFINISI TGFU

6 94. PERLAKSANAAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING 9 - 10 ( TGFU ) 5. KEPENTINGAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING 11- 12 ( TGFU )

6. KOMPONEN TGFU

13 - 147. KEPENTINGAN PENGAJARAN BERDASARKAN 15 - 16 TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING ( TGFU )

8. PERBEZAAN PENGAJARAN TRADISIONAL DAN TGFU 17 189. IMPLIKASI TGFU KEPADA MURID

19

10. RUMUSAN

2010. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

18 2411. LAMPIRAN

21 27

12. RUJUKAN

3113. BIBLIOGRAFI

32ARAHAN TUGASAN 2

TUGASAN 2 FOLIO FORMAT TERBUKA 20%Arahan kepada pelajar:1.Pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkenaanTeaching Game For Understanding(TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

2.Dalam folio tersebut, pelajar hendaklah berupaya mengurus, melakukan sintesis dan membincangkan dengan jelas tentang konsepTGFUberdasarkan objektif yang disenaraikan seperti berikut:

a.Mendefinisikan TGFU,

b.Menerangkan kepentingan TGFU.

c.Menyatakan komponen TGFU.

d.Menjelaskan kepentingan pengajaran PJ menggunakan kaedah TGFU.

e.Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGFU.

f.Menyediakan 1 contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi 1 tajuk kemahiran yang mengaplikasikan kaedah TGFU.

g.Memasukkan maklumat lain berkenaan TGFU yang dirasakan penting dan relevan .

3.Untuk menghasilkan portfolio yang berkualiti, pelajar dikehendaki:

a.Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan menggunakan bahan seperti dapatan kajian, gamba rajah, carta, statistik dan sebagainya yang diperoleh sumbernya selain daripada buku teks.

b.Setiap bukti dan penjelasan yang dihasilkan mesti disertakan bersama rasional dan refleksi kendiri oleh pelajar.

c.Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan portfolio yang bernas, bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.

4.Format penulisan portfolio:

a.Mengandungi muka hadapan

b.Mengandungi bahagian isi kandungan.

c.Mempunyai tajuk, sub tajuk dan rujukan

d.Di taip langkau 1.5.

e.Tiada had jumlah muka surat bergantung sebanyak mana pelajar boleh membuktikan kefahaman beliau terhadap tajuk yang diberi secara kreatif dan efektif.

f.Portfolio disusun dalam bentuksoft copydan hendaklah diuploadke dalam tapak penghantaran tugasan yang terdapat dalam MYGURU.

PENGENALAN

Teaching Games For Understanding ( TGFU ) telah diperkatakan lebih dari dua dekad dan bermula di United Kingdom pada awal 1980an. Thorpe,Bunker dan Almond merupakan antara perintis yang menerajui model pendekatan TGFU ini. Konsep pendekatannya yang mesra kanak-kanak dan sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang gemar bermain menjadikannya istimewa. Teaching games for understanding ( TGFU ) merupakan konsep dan juga sebagai satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) yang mana telah dihasilkan oleh David Bunker dan Thorpe pada tahun 1982. Teaching games for understanding ( TGFU ) adalah pengajaran permainan yang mewujudkan kefahaman kendiri dan juga dapat menarik minat dan perhatian serta fokus kanak-kanak di dalam atau luar bilik darjah supaya mereka tidak jemu dan tidak mudah hilang tumpuan. Berdasarkan perkembangan kurikulum kebangsaan yang telah pun diperkemas kini dan juga diberi penarafan baru berlandaskan perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) Teaching Games For Understanding ( TGFU ) merupakan salah satu pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Teaching games for unserstanding ( TGFU ) merupakan salah satu instrumen dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) dijalankan berdasarkan secara modul yang dipecahkan kepada bahgian-bahagain yang telah diagihkan. TGFU merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana ianya merupakan salah satu kaedah yang bersesuaian untuk menilai dan melakukan pentaksiran berasaskan kepada perkembangan, kefahaman, dan tahap penguasaan murid-murid dalam sesuatu aktiviti yang telahdijalankan oleh guru. Konsep Teaching games for understanding (TGFU) dapat dicapai dan dilaksanakan dengan menerapkan aktiviti ( TGFU ) ini dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Contohnya setiap aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian standard pembelajaran berdasarkan ansur maju. Oleh itu, Teaching games for understanding ( TGFU ) merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dalam setiap aktiviti Pendidikan Jasmani khususnya memerlukan tindakan guru sebagai pemberi ransangan dan memastikan setiap murid dapat bertindak balas dan memberikan respon terhadap aktiviti. Ia bertujuan bagi meningkatkan dan mengembangkan kemahiran berfikir dan murid dapat membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. KONSEP DAN DEFINISI TGFUDalam melahirkan ahli sukan dan pemain yang berkualiti, pendedahan terhadap disiplin sukan perlu didedahkan pada peringkat awal seperti pada peringkat pra sekolah atau sekolah rendah. Namun, terdapat pelbagai kekangan dalam memperkenalkan sesuatu sukan, contohnya, murid - murid yang berumur 5 9 tahun tidak sesuai lagi dari segi fizikal untuk bermain bola sepak menggunakan ukuran padang yang piawai seperti orang dewasa begitu juga dengan acara sukan lain. Infrastruktur yang sedia ada juga merupakan kekangan utama misalnya, gelanggang dan alatan. Undang-undang permainan yang sukar difahami dan dikuasai turut menjadi masalah. Dalam situasi ini, pendekatan TGFU amat sesuai diaplikasikan. Tidak seperti kurikulum sedia ada sebelum ini, Teaching games for understanding ( TGFU ) merupakan salah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku bagi bertujuan untuk memperbaiki sistem kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Berdasarkan Teori Bunker dan Thorpe, Teaching games for understanding memainkan peranan penting bagi setiap guru Pendidikan Jasmani khususnya serta kepentingan terhadap pengajaran bercorakan kemahiran untuk setiap kanak-kanak malah memberi ruangan kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok selain ianya dapat menghasilkann faedah yang baik. Kajian berdasarkan teori Bunker dan Thorpe menyatakan bahawa, dalam sesuatu permainan yang dijalankan menunjukan setiap dikalangan murid-murid haruslah diberi kesedaran tentang Apa dan Mengapa berkaitan dengan sesuatu kemahiran yang perlu dikuasai serta diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid perlulah menguasai aktiviti yang dipelajari secara berperingkat sehingga mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki serta mengetahui bagaimana dan bila sepatutnya sesuatu kemahiran dapat dilaksanakan dalam aktiviti permainan tertentu. Oleh itu, murid - murid akan dapat memberikan tindakbalas yang lebih baik dan peka sekiranya mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus diaplikasikan dalam permainan. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui bagaimana keberkesanan Teaching games for understanding ( TGFU ) membolehkan setiap murid dapat meningkatkan kemahiran yang dimiliki serta mengetahui dan mengusai aktiviti permainan tersebut. Oleh itu, keberkesanan Teaching games for understanding (TGFU) juga dapat memperlihatkan bahawa murid-murid dapat memberikan fokus bagi mengetahui dan menguasai kemahiran dan juga sesuatu aktiviti permainan.

Rajah 1: kesedaran murid terhadap aktiviti permainan

Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian. Dalam sesuatu permainan TGFU prosedur berpasukan dan gelanggang permainan turut diubahsuai mengikut kesesuaian. Penekanan diberikan kepada aspek permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain. Murid juga diberi peluang dan ruang untuk mencuba di pelbagai posisi yang berlainan. Dalam erti kata lain, permainan TGFU mempunyai undang-undang permainan yang mengandungi peraturan-peraturan yang minimum dan senang difahami serta ditafsir.

Kesedaran taktikal dapat dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak lawan. Bimbingan yang berterusan daripada jurulatih atau guru akan memantapkan pemahaman murid terhadap kesedaran taktikal iaitu aspek prinsip pergerakan, ruang dan masa, situasi lanjut dan cara mengesan kelemahan pihak lawan. Sesi perbincangan digalakkan sebagai proses untuk membolehkan pelajar mendalami idea dan memahami penyelesaian masalah taktikal.Secara tidak langsung para pemain akan berhadapan dengan situasi yang bakal membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Permainan dalam bentuk ini melibatkan satu atau lebih kemahiran asas, malah pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang telah dikuasai. Penguasaan kemahiran sedia ada akan membantu untuk menghasilkan pergerakan sebenar dalam situasi permainan. Prestasi kemahiran dan penguasaan strategi dinilai mengikut kriteria berasaskan kebolehan individu. Kriteria ini memberi fokus kepada keupayaan pemain bertindak balas terhadap teknik-teknik tertentu. Permainan TGFU ini sebenarnya menjadi medan untuk para pemain mengasah bakat dan seterusnya membentuk kemahiran yang kukuh bagi menyediakan pemain ke peringkat yang lebih tinggi. Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri.

Dalam konteks ini, konsep TGFU dalam perspektif Pendidikan Jasmani di Malaysia hampir menyamai perlaksanaan sukan mini. Ringkasnya, pendekatan ini membolehkan serta memudahkan proses pemahaman pelajar serta memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran setelah melihat kepentingan kemahiran dalam pertandingan. Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan.

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya murid - murid dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.

Melalui TGFU, murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, malah ia juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. PERLAKSANAAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING ( TGFU )

Teaching Games for Understanding ( TGFU ) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. Disebalik penghasilan konsep Teaching Games for Understanding ( TGFU ) ini, terdapat beberapa faktor penghasilan pendekatan permainan untuk kefahaman yang dijadikan sebagai pendekatan yang strategik dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebelum ini, berdasarkan pemerhatian dan kajian, mereka berpendapat bahawa pencapaian dan perkembangan dari segi penguasaan murid dalam aktiviti permainan berkemahiran dan secara taktikal adalah kurang memuaskan dan murid-murid juga kurang fokus dan tumpuan serta aktiviti pembelajaran mereka didapati kurang menyeronokan. Murid-murid juga tidak dapat melibatkan diri secara aktif serta boleh dianggap sebagai pasif dalam aktiviti permainan. Guru juga didapati kurang menjalankan beberapa pendekatan dalam mengetahui serta mengukur ( menilai ) sejauh manakah tahap perkembangan dan kefahaman murid dalam melakukan aktiiviti. Ini kerana, murid-murid sebelum ini dilihat tidak dapat mengusai sepenuhnya kemahiran asas yang diterapkan serta gagal mengaplikasikan kemahiran dalam aktiviti permainan taktikal.Guru hanya mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan serta pergerkan dan kemahiran asas yang perlu dipratikkan kepada murid-murid keadaan ini tidak dapat diaplikasikan dalam permaianan sebenar. Guru guru juga didapati tidak memahami matlamat dan objektif dengan jelas bagi setiap permainan yang dijalankan.Oleh itu, Bunker dan Thorpe berpendapat bahawa, setiap permainan yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan. Oleh yang demikian, perancangan aktiviti berteraskan kemahiran dapat dikuasai supaya setiap murid dapat mnguasai kemahiran dan juga konsep permainan secara taktikal serta perkembangan kognitif murid murid dapat dikembangkan lagi. Guru perlu memainkan peranan yang penting bagi mendedahkan murid kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini memahami dan fokus terhadap organisasi permainan dan mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, guru seharusnya menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya atau permainan yang lain.KEPENTINGAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING ( TGFU )

Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah mata pelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain. Pendidikan jasmani merujuk kepada proses yang dilaksanakan oleh individu untuk mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal, mental dan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang dijalankan. Selain itu, dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan seimbang serta memperbaiki ciri-ciri fizikal dan kemahiran kendiri, dan membina kesempurnaan kemahiran motor. Penerapan Teaching games for understanding ( TGFU ) dalam Kurikulum Standard Sekolah rendah ( KSSR ) adalah sebahagian daripada pendekatan serta strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum berasaskan permainan untuk kefahaman murid dan juga berdasarkan kepada pendekatan kognitif untuk perkembangan murid. Jenis kurikulumCiri-ciriAktiviti dan strategi P&P

Kurikulum berasaskan

Permainan untuk kefahaman

Disebut sebagai The Games for

Understanding (TGFU), diperkenalkan oleh Bunker dan

Thorpe (1982).Mengandungi pelbagai kategori sukan dan permainan yang diajar melalui pendekatan kognitif, penemuan terbimbing dan pemikiran divergen (Mosston & Ashworth, 1994)

Pendekatan kognitif, penemuan terbimbing dan pemikiran divergen.

Fokus terhadap penyelesaian masalah strategi dalam permainan

Rajah 2 : Ringkasan konsep pendekatan TGFU

Sebagai salah satu pendekatan pengajaran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani berlandaskan kepada perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), TGFU amat memainkan peranan penting sebagai salah satu pendekatan strategi proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kepada konsep menguasai kemahiran sambil berhibur dan pada masa yang sama dapat mengetahui dan mempelajari serta menguasai aktiviti sesuatu permainan. Tgfu yang dilaksanakan sebagai salah satu pendekatan yang straregik, ianya juga berkonsepkan kepada pembelajaran secara taktikal dalam permainan yang dapat meningkatkan fokus dan kefahaman murid dalam aktiviti yang dijalankan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. TGFU juga membolehkan setiap murid sentiasa aktif dan mempunyai keseimbangan secara menyeluruh dimana murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan yang mana memerlukan penguasaan aktiviti berkemahiran serta setiap permainan yang mempunyai taktikal ( rujuk rajah 1 ).

Selain daripada itu, kaedah pendekatan pengajaran TGFU menitikberatkan kepada pemahaman secara menyeluruh dalam setiap aktiviti permainan. Murid tidak seharusnya didesak supaya terus menguasai sebarang aktiviti permainan yang berkemahiran dan juga setiap aktiviti yang bersifat taktikal, malah setiap murid perlu memahami kaedah permainan dan menguasai serta mempelajari peringkat asas secara ansur maju. Setiap murid akan memberikan sepenuhnya perhatian dan juga fokus dalam melakukan aktiviti kemahiran. Sebagai langkah pengukuhan guru dapat melihat dan menjana sebarang tunjuk ajar bagi memperbaiki serba sedikit fasa kemahiran yang telah dikuasai murid untuk diterapkan di dalam aktiviti permainan.

Berdasarkan pengajaran aktiviti kemahiran yang perlu dikuasai dan dipertingkatkan oleh murid, guru juga dapat menilai sejauh manakah tahap perkembangan mereka berdasarkan nilai markah yang diskor yang dicapai oleh murid tersebut. Guru dan murid dapat mengenal pasti setiap kelemahan dari setiap aspek yang perlu diperbaiki dan juga perlu dikuasai uantuk diaplikasikan dalam permainan. melalui Teaching games for understanding ( TGFU ), murid bukan sahaja dapat melibatkan diri secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi berdasarkan ketetapan skor yang dijadikan aras bagi semua murid malah ianya juga amat penting bagi setiap murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai secara serta merta dalam aktiviti permainan. KOMPONEN TGFU

Teaching Games for Understanding (TGFU) yang telah diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe bertujuan untuk mengembangkan bakat serta kemahiran seseorang murid dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Konsep yang digunakan ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada setiap murid berkaitan kepentingan permainan bagi menguatkan proses pemahaman terhadap sukan yang berkemahiran dan mempunyai taktik bagi sesuatu permainan dengan mudah. Konsep TGFU yang dihasilkan oleh Bunker dan Thorpe diperkembangkan dan dikaji bagi memberi lebih penambahbaikan terhadap konsep TGFU sedia ada. Pada tahun 2004, berdasarkan kajian Webb dan Person telah mengaplikasikan TGFU sedia ada kepada beberapa pecahan komponen permainan bagi memudahkan kaedah pendekatan TGFU dilaksanakan oleh setiap guru. Kajian Webb dan Person telah mengelaskan permainan berasaskan konsep Teaching Games For Understanding kepada 4 kategori utama iaitu Target ( sasaran ), Striking / Fielding, Net / Wall (jarring/dinding ) dan Invasion ( serangan ). Sasaran (Target)

Menempatkan objek pada sasaran atau pun mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid menetapkan sasaran semasa melakukan aktiviti dan fokus terhadap tempat sasaran tersebut. Contoh permainan adalah seperti bowling, bowling padang, sukan memanah dan lain-lain yang berkaitan sasaran.Striking ( menyerang )/ Fielding ( memadang ) Perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking ( menyerang ) dan pasukan fielding (memadang).

Pasukan striking akan bermain dengan untuk mendapatkan mata/markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat mata/markah Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan kriket, rounders serta sebarang bentuk permainan yang berkaitan dan juga aktiviti manipulasi alatan seperti mana permainan kecil yang boleh diadakan dalam aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmani seperti rounders.

Jaring/ dinding (net/wall) permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan ping pong.Serangan (Invasion) Permainan dijalankan secara berpasukan. Aktiviti permainan dijalankan dalam jangka masa tertentu

masuk ke dalam kawasan pihak lawan ( membuat serangan, mengatur strategi ) dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti bola sepak, bola keranjang dan bola baling.Komponen Teaching Games For Understanding ( TGFU ) mempunyai faktor pembahagian permainan kepada 4 kategori berdasarkan dapatan serta saranan Webb dan Person yang menyatakan bahawa setiap murid-murid seharusnya diberikan galakkan supaya mereka dapat melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, murid juga akan memperoleh pengetahuan asas tentang sesuatu permainan dan juga kemahiran serta peraturan dan susun atur strategi permainan.KEPENTINGAN PENGAJARAN BERDASARKAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING ( TGFU )

Konsep pendekatan kaedah Teaching Games For Understanding (TGFU ) adalah bebas dan tidak terikat dengan banyak peraturan. Ini kerana pendekatan TGFU ini mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dalam keseronokan. Pendekatan TGFU yang dipraktikan guru membolehkan setiap murid diberi peluang supaya mereka dapat terus berusaha meneroka dan mengekalkan minat mereka serta lebih fokus dalam mempelajari aktiviti berkemahiran permainan untuk kefahaman. Konsep TGFU mampu mendorong dan memperkembangkan serta dapat meningkatkan aspek-aspek kognitif, afektif serta secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dikalangan murid. Corak permainan untuk kefahaman ini adalah bertujuan murid dapat berseronok sambil cuba memahami teknik dan kemahiran yang harus mereka dapat menguasai secara berperingkat sehingga penguasaan mereka terhadap sesuatu permainan dan mengetahui penyususnan strategi dan taktik yang harus diserapkan ke dalam permainan. Selain itu, perkembangan motivasi serta kemahiran, murid juga dapat meningkatkan kualiti permainan dan potensi mereka dapat dipertengahkan. Berdasarkan pendekatan TGFU murid berpeluang dalam menunjukan bakat dan potensi serta dapat menarik minat mereka untuk mendalami secara lebih serius lagi dalam sesuatu permainan yang dipelajari. Proses pengajaran dalam pendekatan TGFU memberi tumpuan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang membolehkan setiap murid untuk belajar. Ini bermakna bahawa bentuk permainan yang dicipta untuk ativiti pembelajaran murid mestilah berkaitrapat dengan aktiviti yang bersesuaian dengan mereka serta setiap murid dapat memberi fokus terhadap aktiviti pembelajaran sekaligus dapat meningkat askpek intensiti fizikal secara beransur-ansur dan juga terhadap perkembangan kognitif . Sumber : Lesson Plan model for a TGfU lesson By Dr Tim Hopper, 2004

Berdasarkan kajian Hopper menjelaskan bahawa, setiap pendekatan berasaskan TGFU memerlukan setiap guru menggunakan pendekatan secara sistematik dan lebih terancang dalam menadakan setiap aktiviti berteraskan pengajaran dan pembelajaran murid. Setiap permainan yang hendak diajarkan seharusnya dipermudahkan secara berperingkat dan teratur. Aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan aktiviti yang diterapkan dalam pendidikan jasmani yang mana hubungan sosial serta mental dan fizikal murid. Ianya secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan motivasi dikalangan murid tentang Apa yang perlu dilakukan serta kenapa setiap lakuan harus dijalankan bagi meningkatkan kemampuan mereka dalam membuat keputusan untuk diaplikasikan dalam permainan mereka. Konsep yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan Teaching games for understanding ( TGFU ) ini, ia dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran asas dalam sesuatu permainan dan juga mengetahui secara lebih terperinci tentang peraturan dan tatacara permainan yang sebenar melalui strategi dan taktikal yang telah diserapkan dalam aktiviti permainan untuk kefahaman. PERBEZAAN PENGAJARAN TRADISIONAL DAN TGFU

PENGAJARAN TRADISIONAL Aras kemahiran yang tinggi Terlalu berfokuskan kepada teknik

Penekanan aspek teknik menutup elemen-elemen penting di dalam permainan

Mempunyai hasil yang boleh diukur

Kesukaran untuk menguruskan kelas yang mempunyai kemhiran pelbagai peringkat.

Kurang kefahaman terhadap penyelesaian sesuatu masalah

Tidak dapat mengaplikasikan kemahiran dalam corak permainan sebenar

Guru memberikan terlalui banyak input berasaskan fakta berbanding elemen amali bagi menjana pemahaman terhadap sesuatu permainan terhadap murid

Proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru. Murid melakukan gerak kerja berdasarkan tunjuk ajar dan arahan guru serta guru akan menunjuk cara yang betul terlebih dahulu.

Aras aktiviti kemahiran yang dipelajari terlalu tinggi serta kurang penekanan diberikan bagi aspek kemahiran asas serta aktiviti permainan sebenar terus diterapkan.

Murid perlu menguasai aspek kemahiran di aras tinggi dalam kadar segera bukan secara beransur-ansur( kurang penerapan aspek ansur maju )

PENGAJARAN TGFU Dilaksanakan oleh guru secara sistematik dan terancang berdasarkan kesesuaian aktiviti terhadap murid, pengalaman sedia ada ( PSA ) serta perapan kemahiran yang sesuai.

Siri latihan kemahiran berkonsepkan ansur maju.

Murid perlu menguasai kemahiran secara berperingkat ( asas- kompleks dan lebih spesifik )

Knsep ansur maju digunapakai ( mudah- sukar )

Penerapan aktiviti kemahiran dan permainan secara asas

a) pemahaman terhadap permainan

b) mengusai kemahiran asas bagi mengukuhkan kefahaman. Memberikan keseronokan kepada murid semasa menyertai aktiviti pendidikan jasmani

Murid lebih fokus dalam aktiviti permainan ( fokus terhadap sasaran, jaringan gol, strategi serangan ) Murid didedahkan kepada aspek taktikal permainan secara berperingkat

Murid dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari serta aspek strategi dan taktikal dalam aktiviti permainan sebenar.

Motivasi murid dapat ditingkatkan Pencapaian dan perkembangan murid dalam aktiviti kemahiran dapat dinilai berdasarkan sasaran dan skor yang diperolehi Tahap keseimbangan JERIS dapat dicapai.

IMPLIKASI TGFU KEPADA MURID

Implikasi TGFU terhadap murid RUMUSAN

Teaching Games for Understanding (TGfU) telah diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe pada tahun 1982 dengan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu, murid perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan . Selain itu juga, TGFU menekankan bagaimana murid bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk pemain itu belajar membuat keputusan yang sesuai ketika di dalam sesuatu permainan.

Teaching Games For Understanding (TGFU) merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan yang dijalankan. Ianya juga menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Pendekatan Teaching Games For Understanding (TGFU) digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sehingga kini.

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan seharusnya memainkan peranan yang penting bagi mendedahkan murid kepada aktiviti permainan yang pelbagai supaya mereka lebih memahami konsep permainan melalui penerapan aktiviti kemahiran dan taktikal bagi sesuatu permainan. Selain itu, guru wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani serta guru perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran berdasarkan komponen-komponen TGFU seperti sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI

2012

Tunjang : KemahiranTajuk : Permainan HokiSub tajuk : Kemahiran menolak & menahan Hoki rounders: striking and fielding( menyerang dan memadang )

Tarikh: 20/04/2012

Masa

: 7.40-8.40 pagi

Tahun : 5

Kelas: 5 Zamrud

Bil. Murid: 25 orang

Objektif: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat :

Psikomotor : membuat 5 tolakkan tepat ke arah rakan dengan teknik yang betul

Kognitif: mengetahui teknik asas lari pecut yang betul ( postur tubuh badan dan berlari di atas bebola kaki ).

Afektif

: melahirkan perasaan gembira apabila menyertai aktiviti individu dan kumpulan.

K.B.K.K

: Permainan bersyarat secara berkumpulan, permainan berasaskan kepada menyerang dan memadang serta sasaran

Gabungjalinan : MatematikAlat bantu mengajar (abm) : kun kecil, marker, wisel, bola hoki dan gelung

Pengalaman sedia ada : Murid pernah bermain aktiviti kejar- mengejar dan rounders

Nilai murni

: Kerjasama diantara ahli kumpulan dan hormat menghormati

FASA/

MASAAKTIVITIBUTIRAN MENGAJARORGANISASIALAT BANTU MENGAJAR

Permulaan

( 10 minit )Memanaskan badan1.Train Linei) Murid murid berjoging perlahan dalam

kawasan yang ditetapkan

secara kumpulan 5orang (satu barisan).

ii) murid - murid di belakang sekali akan ke hadapan barisan(bukan berlari tetapi lebih laju dari joging perlahan) apabila wisel dibunyikan.

iii) Pemain paling hadapan menentukan

arah pergerakan barisan.

2. Regangani) Murid-murid membuat kedudukan separuh bulat ( ladam kuda ).ii) Seorang pemain akan mengetuai aktivitiberada di tengah separuh bulatan.iii) Pemain melakukan pemanasan badan dari bahagian atas ke bahagian bawah.

Kon, wisel

Langkah 1

( 10 15 minit)Penerangan & Perlakuan Menolak & Menahan1. Murid - murid berdiri dalam separuh bulatan dan jurulatih di hadapan.

2. Guru menerangkan mengenai Menolak & Menahan

3.Murid - murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B.

4.Kumpulan A akan menolak bola hoki kepada kumpulan B dan kumpulan B akan menahan bola hoki tersebut.

5. Langkah ini dijalankan berulangan iaitu A ke B,B ke A. Jarak antara kumpulan adalah 5 meter. Menolak Bola Hoki

1.Cara memegang kayu hoki yang betul. ( tangan kiri memegang atas kayu hoki manakala tangan kanan dijarakkan memegang pertengahan kayu hoki ( Double V Grip ).

2. Bola berada berhampiran kaki kanan. Kayu diletak di belakang bola. Bengkokkan lutut dan pinggang serta bahu kiri menghadap sasaran.

3. Pindahkankan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri. Gunakan kekuatan tangan dengan menolak bola ke hadapan

Menahan Bola Hoki

1.Cara memegang kayu hoki yang betul. ( tangan kiri memegang atas kayu hoki manakala tangan kanan dijarakkan memegang pertengahan kayu hoki ( Double V Grip ).

2.( Up Right ).Perhatikan bola yang datang.Menahan bola hoki dengan 2 belah kaki dirapatkan. Kedudukan lutut dan pinggang dibengkokkan.Kayu hoki dicondongkan sedikit ke hadapan.

3.( Fore Hand ). Perhatikan bola yang datang.Menahan bola hoki dengan tangan kiri memegang atas kayu hoki manakala tangan kanan dijarakkan memegang pertengahan kayu hoki. Kedudukan lutut dan pinggang dibengkokkan dengan kaki kiri dihadapan dan kaki kanan berada dihadapan.

4.( Low Reverse). Perhatikan bola yang datang.Menahan bola hoki dengan tangan kiri lurus memegang kayu hoki dalam keadaan reverse dengan kedudukan kayu hoki 45 darjah.Lutut dan pinggang dibengkokkan.

Kumpulan A Kumpulan B

X X

X X

X X

X X

X X

Kayu hoki.

Bola hoki,

Kon

Langkah 2 (15 minit )Latih Tubi asas Menolak & Menahan1.Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan mempunyai 4 orang pemain.

2.A menolak bola secara penjuru kepada C untuk menahan.C menolak bola kepada B untuk menahan yang kemudian B menolak bola kepada D untuk menahan.

3.D meneruskan pergerakan bola menolak kepada A untuk menahan.

D A

C B

Kon, kayu hoki, bola hoki

Langkah 3

( 15 minit )Permainan Kecil

Menolak & Menahan

Roundes Hockey

Roundes Hockey

1. Murid A berada di home plate untukmenolak bola ke mana mana arah dalam kawasan permainan (diamond).2. Kemudian murid A akan berlari menuju ke base 1.

3. Murid B yang menerima bola dari rakannya akan menghantar bola ke base di mana pemain A berlari

.

4. Jika bola sampai sebelum murid A sampai ke base tadi, pemain A

akan terkeluar.

5.Giliran menolak akan bertukar kepada pasukan B jika 3 pemain A telah dikeluarkan.

2

B B

B

3 B B B 1

Home Plate

A pemain

A

A

Kon, kayu hoki, bola hoki

Penutup

( 5 minit )Refleksi & Warming down1.Guru bertanya kemahiran yang dipelajari pada pemain.

2. Murid-murid melakukan warm down dengan berjalan bebas di dalam kawasan yg ditetapkan dan menarik nafas.

1.Pemain memahami dan melakukan aktiviti dengan baik.

LAMPIRAN

PERKEMBANGAN MODEL TGFU

Model TGFU oleh David Bunker and Rod Thorpea ( 1982 )

Model kaedah pengajaran berdasarkan pendekatan TGFU oleh Dr Tim Hopper, 2004

Perkembangan kajian terhadap TGFU berdasarkan perspektif Situated Learning Kirk dan MacPhail( 2002 )RUJUKAN1. Lesson Plan model for a TGfU lesson By Dr Tim Hopper, 2004

2. http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf)3. http://www.playsport.net/

4. http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf)5. http://education2.uvic.ca/Faculty/thopper/tactic/index.htmBIBLIOGRAFI1. Abd Hafidz Hj Omar, Husain Ayon Dan Zalawati (2004). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Selangor, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Helen Ten H. B. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-

Kanak.Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. Wee E. H. (1991). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Hooper, T. (1998). Teaching Games Centered Gemes using Progressive

Principles of Play. Victotoria : CAHPERD

PEMARKAHAN1TUGASAN 12TUGASAN 23E FORUMJUMLAH

TUGASAN INDIVIDU :TUGASAN 2 (Teaching games for understanding)

MURID

Mengekspresikan nilai estetika

( fokus, motivasi, kognitif dan afektif )

dalam pembelajaran

Kemahiran dapat ditingkatkan secara berperingkat - peringkat

(asas kepada dinamik)

Pemahaman terhadap sesuatu permainan dapat ditingkatkan

Mengeksplorasikan minda bagi mencari idea

Pemahaman aspek taktikal permaianan dapat ditingkatkan

Potensi dan bakat dapat diketengahkan

Mewujudkan pesaingan secara sihat

Keseimbangan Jasmani, emosi,rohani, intelektual dan sosial dapat dicapai

Jurulatih

Pemain

Jurulatih

Pemain

PERMAINAN

AFEKTIF

- Seronok / fokus

PENGETAHUAN TERHADAP PERMAINAN

MURID

PENGETAHUAN TERHADAP TAKTIKAL

KOGNITIF

KEPUTUSAN

- Apa dan mengapa

- 5 -