edu sem 7 latest

Upload: naimah57

Post on 07-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sk

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti maa kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang professional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepeuh hati, bersedia menanggug semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana guru merupakan pendidik bagi bakal pemimpin sesebuah negara. Dengan ini, status guru sepatutnya menjadi satu kerjaya yang amat dihormati dalam masyarakat seperti masyarakat menghormati kerjaya doktor, peguam, dan jurutera. Akan tetapi, apabila kerjaya guru dibandingkan dengan kerjaya yang disebutkan tadi, status guru adalah amat rendah.Perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan ramai guru tidak menitik berat tentang apakah itu pendidikan. Ramai guru yang sudah menjadi guru sudah kehilangan pengajaran yang mereka dapatkan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG). Selepas keluar menjadi guru sebenar, ramai guru tidaklah lagi menggunakan bahan bantu mengajar(BBM) dan hanya mengulangi pengajaran yang bosan dan bersifat mesin. lni menyebabkan masyarakat akan memberi satu pandangan kepada guru bahawa guru hanya pekerjaan yang senang, hanya cakap dan memberi arahan.Justeru itu, salah satu matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara pada masa depan. Maka, bagi merealisasikan hasrat KPM, sebahagian besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan. 2.0 Teori Perkembangan GuruMenurut Toh Wah Seng (2005), profesion keguruan semakin mencabar. Perubahan sistem pendidikan yang sentiasa berlaku dan pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru, contohnya, guru perlu melaksanakan kurikulum yang telah disemak semula untuk menangani isu relewan dengan globalisasi dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya, penguasaan kemahiran teknologi maklumat supaya dapat menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta perubahan bahasa penghantar daripada Bahasa Kebangsaan kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik juga merupakan perubahan-perubahan yang menyumbang kepada profesion keguruan kian mencabar. Justeru, Teori Perkembangan Guru yang dibincangkan adalah amat penting untuk memberikan satu gambaran yang jelas tentang perjalanan hidup seorang guru untuk mencapai kejayaan. Terdapat dua Teori Perkembangan Guru yang boleh dijadikan rujukan utama bagi seseorang guru untuk memahami perjalanan hidup seorang guru untuk mencapai kejayaan, iaitu Teori Keprihatinan (Fuller, 1969) dan juga Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986). Di sini, saya menekankan kepada Teori Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)

2.1 Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)Trotter (1986) telah mengemukakan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru. Teori ini menjelaskan tentang lima peringkat yang akan dilalui oleh seseorang guru untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010) mengemukakan lima peringkat perkembangan tersebut iaitu Peringkat Novis, Peringkat Novis Lanjutan, Peringkat Cekap, Peringkat Mahir dan Akhir Sekali Peringkat Pakar. David Berliner (1988) telah memperluaskan pengajian beliau yang berkaitan dengan teori tersebut. a. Peringkat Novis merupakan peringkat pertama yang lebih berfokus kepada guru permulaan mempelajari dan menguasai fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). b. Peringkat kedua adalah peringkat novis lanjutan. Pada peringkat ini, guru akan menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Seterusnya, guru juga akan membina keyakinan diri melalui pengalaman awal terhadap amalan bilik darjah melalui bimbingan dan motivasi daripada guru mentor.c. Untuk guru yang berada di Peringkat Cekap, beliau memiliki kelayakan ikhtisas untuk menyesuaikan diri dalam memenuhi keperluan murid dan lebih berfokus kepada pembelajaran murid. d. Peringkat Mahir pula mahir dalam bidangnya. Guru-guru di peringkat ini kaya dengan pengalaman dan dapat membuat analisis serta menyusun maklumat yang kompleks secara kreatif dan unik (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). e. Guru yang tergolong dalam Peringkat Pakar adalah orang berautoriti dalam profesionnya, kerana mereka adalah golongan yang akan mempengaruhi polisi-polisi yang berkenaan dengan pengendalian PdP dalam bilik darjah melalui idea dan kemahiran yang dikemukakan. (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

3.0 Laluan yang perlu dilalui oleh guru peringkat demi peringkatSeperti yang dibincangkan di atas, Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru ini merangkumi lima peringkat. Berpandukan situasi Cikgu Amir, beliau berada di Peringkat Cekap. Ini bermaksud Cikgu Amir telah menerima tawaran lantikan ke jawatan guru dan cekap dalam pelbagai aspek serta dapat memenuhi keperluan kelayakan yang ditetapkan.3.1 Peringkat Novis (sekitar 1 tahun berkhidmat)Peringkat ini dikenali sebagai guru permulaan. Pada peringkat awal ini, guru dikatakan pasif, tidak kreatif dan tidak imaginatif.Pada peringkat ini, seseorang guru itu masih menghadapi masalah dalam penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bilik darjah. Mereka ini mula mempelajari cara mengajar, fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Kebanyakkannya masih belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah dan masih belum dapat menangani tugas-tugas harian sesorang guru dan peringkat ini semakin berubah apabila guru itu mengikuti kursus-kursus mata pelajaran . Pada peringkat ini, guru haruslah berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penyeliaan

dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang berpengalaman. Dalam peringkat itu, keupayaan menyelesaikan masalah amat penting. Guru haruslah sentiasa memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang disebutkan berikut :

a) Masalah pengetahuan kandungan pedagogi

b) Masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja

c) Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat

d) Masalah menaik taraf kedudukan sekolah

e) Masalah pengurusan sekolah dan bilik darjah

f) Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)

Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru berpengalaman, guru novis juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus yang dapat menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya adalah :

a) Ceramah pengurusan bilik darjah

a. Ceramah ini seperti tajuk "cara mengawal kelas dengan berkesan", "cara menwujubkan kelas bermesra" agak sesuai diikuti. Melalui cemahan ini, guru dapat tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebih berkesan. Jika seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan, pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna, ini dapat membantu pembelajaran murid.

b) Program masyarakat

a. Guru ini juga boleh mengikuti program seperti gotong-royong di masyarakat untuk mengaratkan perhubugan dengan penduduk di tempat. Penduduk yang datang mungkin terdiri daripada ibu-bapa murid. Guru dapat mendapatkan maklumat daripada murid dengan lebih senang kerana sudah rapat dengan ibu bapa murid.c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogia. lni lebih kurang sama dengan ceramah pengerusan bilik darjah, hanya yang berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru secara langsung dengan program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya duduk dan mendengar pemberi ceramah. Tetapi dalam kem, guru dapat mengakplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan segera dan mendapat komen daripada semua orang. lni akan banyak membantu guru yang menghadapi masalah tentang teknik pengajaran.

d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan

a. Cara berkomunikasi yang berkesan amat penting untuk guru. Sebagai guru, guru haruslah dapat berkomunikasi baik dengan murid dan guru serakan kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra terhadap guru tersebut. Dengan mendengar ceramah ini, guru dapat lebih memahami apa-apa yang sesuai dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang

dilarang buat. lni dapat membantu meningkatkan perhubungan guru dengan sesiapa sahaja.

Dengan menghadiri program atas, kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang timbul dalam pekerjaan mereka. Selepas 3 tahun di sekolah, guru akan semakin biasai dengan keadaan sekolah dan akan bergerak ke peringkat guru novis lanjutan. Guru novis lanjutan adalah guru yang telah menbiasai keadaan sekolah tetapi masih dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang ditimbul di sekolah. Oleh itu, guru novis lanjutan masih harus mengikuti kursus yang dicadangkan di atas.

3.2 Peringkat Novis Lanjutan ( sekitar 3 tahun berkhidmat)Pada peringkat ini, seseorang guru itu telah menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep dan prinsip berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam dan luar bilik darjah. Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Penting untuk guru pada peringkat ini mendapatkan bimbingan guru mentor dalam mengekalkan minat dan motivasi guru

3.3 Peringkat CekapMenurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), mereka berpendapat bahawa seseorang guru yang berada di peringkat ini haruslah cekap dari segi aspek-aspek yang dikemukakan di bawah:-i. Kecekapan profesionalismeii. Kecekapan melaksanakan visi dan prinsipiii. Keutuhan keperibadianiv. Kecekapan menggunakan teknologi maklumatv. Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualanvi. Kestabilan emosi dan spiritualvii. Kebijaksanaan dan kepemimpinanElaine McDewen (2000) telah mengenal pasti bahawa guru yang cekap perlu mempunyai beberapa ciri, iaitu dari segi ciri peribadi, ciri mengajar dan ciri intelektual. Seseorang guru yang mempunyai ciri peribadi, beliau adalah seorang yang bermatlamat, bersikap positif, yakin kepada diri sendiri, sabar menerima kenyataan, membimbing dan juga menunjuk ajar kepada sesiapa yang perlukan bimbingan dan bantuannya (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Seterusnya, seseorang guru itu juga perlu mempunyai gaya pengendalian PdP yang tersendiri dan sesuai dengan semua situasi serta persekitaran dalam aspek ciri mengajar. Selain daripada itu, guru juga perlu membentuk nilai dan budaya serta menekankan patuhan kepada peraturan dan undang-undang. Manakala ciri intelektual pula, guru haruslah mempunyai minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam lingkup yang luas dan menyeluruh. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi proefesionalismenya, salah satu ciri adalah intelektual.Seseorang guru itu haruslah sentiasa bersifat terbuka apabila menghadapi situasi yang berbeza supaya sentiasa bersifat positif dan optimistik. Di samping itu, guru juga boleh menghadiri kursus, program atau aktiviti yang dijalankan oleh KPM untuk mempertingkatkan pengaplikasian strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah. Selepas mendapati input yang baru, seseorang guru itu boleh berkongsi pengalaman dan idea dengan rakan sejawat. Dengan itu, guru itu bukan sahaja dapat mengaplikasikan strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah, malahan, beliau juga dapat membantu rakan sejawatnya mempertingkatkan strategi pengendalian PdP di sekolah. David Beliner (1988) telah mengenalpasti jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan diri di Peringkat Cekap adalah lima tahun. Justeru, seseorang guru perlulah sentiasa bersiap sedia untuk mendapatkan pengalaman yang banyak dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam mengendallikan PdP di bilik darjah supaya mampu meneruskan kerjayanya ke peringkat yang seterusnya.

3.2 Peringkat MahirSelepas seseorang guru itu berjaya mencapai peringkat kekecekapan, Guru itu perlulah menyediakan diri untuk mencapai ke Peringkat Mahir. Bagi membolehkan guru mencapai ke peringkat ini, guru itu mestilah mempunyai kemahiran dalam bidangnya agar dapat membantu beliau mempunyai gaya yang lancar dan spontan untuk membuat keputusan berdasarkan intuisi. Berdasarkan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010), guru yang mahir mampu memahami situasi yang berlainan akibat guru mahir mempunyai pengalaman yang mencukupi.kemampuan kognitif yang tinggi. Hal ini bermaksud seseorang guru itu perlu mempelajari untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif. Di samping itu, guru itu juga perlu mempelajari untuk mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Pada peringkat ini, guru ini sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membimbing dan menjadi guru mentor kepada guru novis (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).Untuk membolehkan sesorang guru itu mempertingkatkan pengalamannya dalam melaksanakan PdP dengan lebih baik dan kreatif, beliau boleh menggunakan bahan multimedia dalam PdP untuk membantu muridnya menjadi pengguna yang kritis terhadap sumber media yang berbagai. Seterusnya, guru juga perlu mahir dalam berkomunikasi melalui penggunaan bahasa badan, penulisan, penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Untuk membolehkan seseorang guru itu mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri, beliau haruslah mementingkan pengurusan bilik darjah yang dinamik supaya dapat menggalakkan penyertaan murid yang aktif. Beliau harus mampu membentuk suasana pembelajaran sosial yang positif supaya bilik darjah akan menjadi tempat belajar yang kondusif dan menyenorokkan. Dengan itu, guru boleh mengaplikasikan teori pembelajaran seperti pembelajaran koperatif dan pembelajaran berpandukan sumber media. Slavin (1995) menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif menggalakkan interaksi yang aktif dan positif dalam satu kelompok. Dengan adanya penggunaan bahan multimedia seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sesi PdP guru akan menjadi lebih menarik. Dengan itu, komunikasi pelbagai hala dapat dibentuk dan sesi PdP akan menjadi lebih seronok.Berdasarkan Berliner (1988), sesorang guru itu memerlukan 10 tahun untuk mencapai ke Peringkat Mahir dari Peringkat Cekap.

3.3 Peringkat PakarMenurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), mereka berpendapat bahawa guru pakar adalah golongan guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga dikenali sebagai Guru Cemerlang (GC). Untuk membolehkan seseorang guru itu mengecapi matlamat ke Peringkat Pakar, beliau haruslah mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap subjek yang diajar. Selain daripada itu, guru juga perlu mewujudkan interaksi positif pelbagai hala dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajarannya. Antara ciri-ciri yang perlu dipupuk dalam diri sesorang guru itu, termasuklah aspek peribadi, aspek pengetahuan dan kemahiran, aspek hasil kerja, aspek komunikasi serta aspek potensi. Jadual yang didapati di bawah merupakan antara aspek dan ciri-ciri yang harus diambil perhatian oleh seseorang guru untuk menjadi seorang guru pakar:-Aspek Ciri-ciri

Peribadi Sahsiah terpuji Berketrampilan Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam Peka dan prihatin terhadap keperluan murid Menjadi role model kepada warga pendidik

Pengetahuan dan Kemahiran Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran / bidang pengkhususan dan kepakarannya Menjadi pakar rujuk PdP Bijak menguruskan masa, bahan sumber, alat PdP Mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran murid dan menyediakan program tindakan susulan Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ICT

Hasil Kerja Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Komunikasi Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi

Potensi Berwawasan, proaktif, berinisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Jadual 3.1: Aspek Dan Ciri-Ciri Yang Berkualiti Untuk Seseorang Guru PakarDengan adanya pelantikan sebagai guru pakar, seseorang guru itu dapat memperluaskan peluang untuk naik pangkat dan seterusnya kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi Khas Untuk Peyandang (KUP) secara laluan laju (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Untuk menjadi guru pakar, iaitu GC, guru perlu membuat permohonan. Antara syarat-syarat umum bagi semua gred adalah seperti berikut:- i. Telah disahkan dalam jawatan,ii. Telah diluluskan pengisytiharan harta,iii. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),iv. Bersih daripada tindakan tatatertib,v. Memperoleh LNPT yang cemerlang bagi tiga tahun kebelakangan,vi. Telah lulus PTK dalam gred sekarang (kecuali Gred DG54 ke Gred Khas C).Manakala untuk syarat-syarat permohonan bagi guru pakar di peringkat yang lain seperti Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (GC PPPLD), iaitu GC PPPLD DGA32 (KUP) dan juga GC PPPLD DGA34 (KUP). Manakala untuk Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (GC PPPS) termasuklah GC PPPS DG44 (KUP), GC PPPS DG48 (KUP), GC PPPS DG52 (KUP), GC PPPS DG54 (KUP) dan GC PPPS Gred Khas C (KUP). Semua peringkat guru pakar ini mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza. Untuk mencapai ke Peringkat Pakar, seseorang guru itu memerlukan 5 hingga 10 tahun untuk beranjak dari Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar (Berliner, 1988). Natijahnya, setiap guru perlu memahami kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memohon menjadi GC di peringkat-peringkat yang lain untuk membantunya menjadi guru pakar yang lebih gemilang dan terbilang. 4.0 Peningkatan Profesionalisme GuruSeperti yang didapati dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 (PIPP 2006-2010), pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Namun begitu, profesion keguruan dianggap sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang amat membebankan dan tanggungjawabnya yang begitu berat (Kamaruzaman Kamaruddin, 2007).Jadi peningkatan profesionalisme guru adalah amat penting untuk membolehkan semua guru meningkatkan kompetensi diri untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Raja Maria Diana bt. Raja Ali (2011) bersetuju bahawa profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Oleh yang demikian, guru haruslah sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab secara holistik dan sempurna. Menurut Johnson (1972) dalam Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), profesionalisme keguruan merujuk kepada kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Untuk mempertingkatkan profesionalisme, guru boleh melibatkan diri dalam program, kursus, latihan atau aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme. 4.1 Peningkatan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam PerkhidmatanBong Pong Ying (2005), guru mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai profesional kita. Salah satu latihan yang boleh disertai oleh guru adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh PPD. Untuk meningkatkan pengetahuan profesionalisme guru dari segi ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran atau bidang pengkhususan bagi seseorang guru. Contoh-contoh aktiviti merangkumi Program Perkongsian Ilmu dalam bidang pengkhususan, Kursus Peningkatan dan Aplikasi Ilmu dan juga Pembelajaran Berasaskan Projek.Berkaitan dengan ini, guru akan mendapati input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya melalui penyertaan LDP. 4.1 Amalan Reeksi Dan Penulisan Jurnal Ke Arah Peningkatan Profesionalisme GuruAmalan reeksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional (Boon Poh Ying, 2005). Reeksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) adalah batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang PdP.Justeru, guru boleh membuat refleksi untuk meningkatkan profesionalisme keguruan melalui penulisan jurnal atau refleksi. Reeksi dapat memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Kajian menunjukkan penulisan jurnal atau refleksi merupakan strategi yang terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987).Natijahnya, reeksi menyediakan satu asas yang komprehensif mengenai PdP. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian berkaitan dengan tanggungjawabnya, tetapi juga memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Justeru, guru juga boleh mengamalkan penulisan refleksi dan jurnal sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.

4.2 Amalan Konsep Belajar Seumur HidupAmalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang pengkhususan. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran (Boon Poh Ying, 2005).Justeru, guru juga boleh haruslah mengambil usaha untuk mengamalkan Belajar Seumur Hidup agar mampu memperbaiki diri sebagai guru dalam paradigma belajar seumur hidup. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), pembelajaran berterusan penting untuk seseorang guru supaya guru menjadi lebih profesional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Dalam era transformasi pendidikan ini, penguasaan pengetahuan dan penggunaan ICT adalah amat penting. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang memperoleh kemahiran professional adalah guru yang bertauliah dan cekap mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam sesi PdP berlandaskan teori pendidikan. Lantaran itu, guru juga harus meningkatkan profesionalisme diri dengan membuat jaringan dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantarabangsaan dan memberikan peluang untuk guru berkongsi ilmu dan kemahiran dengan guru-guru dari negara lain.

5.0 Cabaran dan Transformasi Pendidikan yang perlu dihadapi5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dihadapiSeperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2010), peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh seseorang guru adalah cabaran kepimpinan. Kepimpinan pada amnya didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). 5.1.1 Pelaksanaan Dasar-dasar Kerajaaan dengan berjayaCabaran pertama adalah melibatkan diri dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan sehingga berjaya. Sebagai contoh, Wawasan Pendidikan Negara yang dibentangkan pada tahun 1993. Anjakan paradigma yang perlu dilakukan untuk memastikan pengisian Wawasan Pendidikan Negara perlu diamalkan melalui tujuh aspek:i. Perpaduan dalam semua lapisan organisasi dan masyarakat.ii. Stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti mencapai tahap tiada kecacatan.iii. Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan dan keakraban serta melahirkan warga pendidik yang prihatin.iv. Penupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran, daripada kawalan kepada perkongsian kuasa dan juga daripada technical rationality kepada reflective rationality.v. Budaya ilmu melalui melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.vi. Sekolah penyayang yang memupuk harga diri pelajar supaya komitmen dan perasaan cintakan sekolah dapat diwujudkan.vii. Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan.Dasar ini merupakan salah satu cabaran kepimpinan guru kerana kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Menurut Mok Soon Sang (2001) dalam Mohd Azmin bin Mat Seman (2003), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Jadi, perbezaan antara setiap individu mungkin menyebabkan guru menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan membuat perbincangan dengan pihak-pihak yang lain. Seterusnya, sikap dan perangai individu yang berbeza juga akan menjadi satu cabaran bagi guru apabila beliau diamanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. 5.1.2 Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah kurang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), satu kajian telah dijalankan untuk menilai prestasi KPM dari segi keberkesanan dan kecekapan serta faktor pengurusan organisasi yang mempengaruhi prestasi KPM dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.Dapatan kajian menunjukkan salah satu kelemahan terhadap pelaksanaan dasar kerajaan yang menunjukkan pihak sekolah melaporkan bahawa mereka diarahkan untuk melaksanakan terlalu banyak program dalam setahun. Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT) mungkin mampu menangani program-program yang diarahkan oleh KPM, tetapi sekolah-sekolah lain terpaksa bertungkus lumus menanggung beban tugas serta hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Akan tetapi, semua program yang diarahkan oleh KPM adalah untuk kebaikan guru dan murid di sekolah. Hal ini bergantung kepada cara kepimpinan pihak pentadbiran sekolah dan juga guru-guru. Peranan guru yang dianggap sebagai pengamal reflektif bukan sahaja sesuai terhadap aspek sesi PdP di dalam bilik darjah, malahan, guru sebgai pengamal reflektif juga perlu membuat refleksi dan memikirkan cara-cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Lantaran itu, guru haruslah mengamalkan amalan reflektif apabila menghadapi cabaran ini supaya dapat membuat penambahbaikan terhadap aktiviti pengajaran yang dilaksanakan.

5.1.3 Bebanan kerja yang berlebihanBidang tugas guru pada era ini bukan sahaja merangkumi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi juga terlibat tugas di luar bilik darjah mahupun di luar waktu persekolahan. Menurut Lemaire (2009), guru-guru pada masa kini terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program murid, menguruskan karenah dan kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan. Hal ini akan membebankan guru dan memberikan impak yang mendalam terhadap guru sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah tekanan emosi, seperti stres dan burn-out. Nobile dan McCormick (2005) juga mendapati bahawa tekanan yang dihadapi oleh para guru memberikan impak yang mendalam terhadap emosi, psikomatik dan fizikal guru.Justeru, guru haruslah sentiasa bersikap positif dan mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya sekiranya seseorang guru tersebut dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

5.2 Transformasi Pendidikan yang perlu dihadapiDalam usaha mencapai aspirasi negara yang tinggi dalam persekitaran persaingan global, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa. Justeru, proses transformasi pendidikan Malaysia mesti dilaksanakan. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), transformasi pendidikan Malaysia yang akan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek. Contohnya, aspek pendekatan pembelajaran murid, latihan guru dan sebagainya.Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013) berpendapat bahawa perubahan pendekatan pembelajaran murid melalui perubahan kurikulum. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang lebih bertumpu kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Strategi untuk memartabatkan pelaksanaan Sekolah Besteri termasuklah Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab dan Projek Sekolah Vista.Manakala aspek latihan guru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menekankan pembangunan profesionalisme. Oleh yang demikian, KPM akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Inisiatif yang pertama adalah pewujudan perpustakaan video e-Guru yang berpandukan teknologi ICT. Video ini dapat digunakan semasa latihan dan bimbingan kemahiran pedagogi. Inisiatif yang kedua adalah peluasan program bimbingan guru, iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah. Di samping itu, KPM akan bermula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data yang sedia ada untuk memudahkan tugas guru dan meningkatkan keberkesanan tugas utama guru, iaitu PdP. Selain itu, KPM juga akan mengkaji semula keperluan laporan pendokumentasian dan laporan yang sedia ada bagi mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Jika cabaran yang akan dihadapi oleh guru dapat diatasi dan transformasi pendidikan berjaya dijalankan, maka, sistem pendidikan negara dapat berfungsi dengan berkesan. Seterusnya, mampu menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Natijahnya, usaha negara untuk mengecapi Wawasan 2020 bukan setakat satu laungan yang diuar-uarkan sahaja. Tetapi, ianya merupakan satu matlamat negara yang mampu dicapai pada tahun 2020.6.0 KesimpulanGuru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan tanggungjawab membina modal insan yang cemerlang dan berkualiti melalui pendidikan dan aspirasi masyarakat dan negara. Usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru adalah amat diperlukan.Natijahnya, guru haruslah sentiasa bersemangat tinggi untuk mempertingkatkan diri sendiri supaya dapat menyediakan diri bagi menghadapi cabaran dan transformasi pendidikan negara pada masa yang akan datang. Maksudnya ialah guru haruslah berani membuat perubahan terhadap pengurusan bilik darjah, strategi pengendalian sesi PdP di dalam bilik darjah, cara berkomunikasi dan lain-lain. Perubahan ke atas guru boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Hal ini untuk memastikan anak bangsa Malaysia mampu menyahut dan mengharungi cabaran ke tahap yang lebih tinggi. Jika tidak ada peruabahan yang berlaku, ini bermakna keputusan peperiksaan akan terus kekal seperti sebelumnya atau semakin merosot.Kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri berkaitan dengan tanggungjawab professional yang disebut perkembangan profesionalisme (Saipo bin Ayub, 2012). Ini termasuklah bidang pengajaran yang luas dan keupayaan mentadbir dan memimpin. Seterusnya, guru juga haruslah peka terhadap polisi-polisi atau dasar-dasar kerajaan agar dapat mengetahui cara untuk mempertingkatkan kemampuan diri dalam pelbagai aspek untuk menyahut cabaran dan menghadapi transformasi pendidikan negara.

7.0 Refleksi IndividuKerja kursus ini merangkumi beberapa aspek utama yang amat penting. Aspek pertama adalah menjelaskan laluan yang perlu dilalui oleh seorang guru dari Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar dan menunjukkan hasil dapatan yang didapati melalui cara penulisan esei dalam berbagai bentuk secara kreatif. Bahagian ini telah meningkatkan kemahiran saya dan ahli kumpulan yang lain untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugasan yang diingini.Seterusnya, penghasilan esei akademik berdasarkan Teori Perkembangan Guru, iaitu Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986), peningkatan profesionalisme guru, cabaran dan transformasi pendidikan masa kini serta ramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya cabaran dan transformasi pendidikan berjaya dijalankan juga perlu disiapkan.Melalui proses pengumpulan maklumat, saya telah memahami proses perkembangan guru berpandukan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) dengan lebih jelas. Seterusnya, saya juga mempelajari ciri-ciri seorang guru dalam peringkat yang berbeza. Hal ini membolehkan saya didedahkan kepada asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam menempuh cabaran di dunia pekerjaan yang sebenar.Bagi melaksanakan tugasan ini, saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan buku, internet, jurnal dan suerat khabar. Bacaan tentang topik yang telah ditetapkan telah dijalankan. Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untukmengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan.Melalui tugasan ini saya melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu berkaitan guru mendapat liputan yang meluas dari media massa. Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal untuk melariskan jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar. Saya mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca, menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian, saya mendapat banyak pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru..Saya amat bersetuju dengan idea Slavin (1995) yang berpendapat bahawa tiga konsep utama yang akan dibentuk melalui pembelajaran kooperatif ialah penghargaan kelompok, mementingkan akauntabiliti individu dan mempunyai peluang yang sama untuk menyumbang kepada tugasan dan berhasil kepada semua ahli. Hal ini kerana tugasan ini telah mengingatkan saya supaya menghargai dan berterima kasih terhadap jasa baik orang lain sepanjang masa saya sebagai seorang guru pelatih mahupun guru yang sah pada masa depan. Tanpa penghayatan nilai-nilai murni, iaitu nilai bertanggungjawab dan juga nilai bertoleransi antara satu sama lain, hasil tugasan ini tidak akan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.Selain daripada itu, ini ialah kali pertama bagi saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk menyiapkan kerja kursus ataupun projek sementara kami menjalani internship di sekolah. Kali ini saya telah menunjukkan peningkatan dalam pengurusan masa dalam menyiapakan projek ini. Pada masa yang sama, saya juga mendapati bahawa komunikasi antara saya dengan ahli kumpulan saya semakin banyak dan semakin baik melalui penggunaan sumber yang lain selain daripada menggunakan panggilan dan menghantar mesej melalui telefon bimbit serta menghantar email, iaitu laman Facebook. Salh seorang rakan sekumpulan saya- Wee Shan telah berhubung semua ahli kumpulan dan cuba berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan laman Facebook. Akan tetapi, saya juga mendapati kelemahan saya semasa saya membuat projek ini iaitu dalam aspek kolaborasi saya masih mempunyai kelemahan, iaitu saya tidak berkolaborasi dengan kawan saya yang menganalisis dan mensistesiskan maklumat tentang indeks kesukaran. Hal ini kerana kami perlu memberikan contoh tentang penggubalan item-item yang tidak sesuai untuk menjadi item yang mempunyai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang lebih baik. Akan tetapi, dengan adanya rakan sekumpulan yang prihatin dan bekerjasama, saya dapat mengetahui keabaian saya dalam aspek ini dan mengadakan perbincangan serta mencapai kesepakatan dalam penggubalan item sebelum projek ini dihantar.Secara keseluruhan, saya telah mempelajari betapa pentingnya untuk memahami dengan mendalam tentang konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas kepimpinan dan profesionalisme yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa. Saya juga perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak baik seperti peribahasa menyebut buang yang keruh, ambil yang jernih.

BibliografiBukuDewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston, MA: Heath.Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., et.al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning: Theory, research, and practice (2nd ed.). Boston: Allyn& Bacon.Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

JurnalBolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about, Journal of Teacher Education, 39 (2), 48-54.Boon, P.Y. (2005). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Dir Guru. Kuala Lumpur: Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA). Fuller, F.F. (1969). Concepts of Teachers: A Developmental Conceptualization. American Educational Research Journal, 6 (2), 207-226.Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6.Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme structure. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527.Tajulashikin Jumahat, Fazura bt. Mohd Noor & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-faktor Penentu Stres dalam kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 1-9Toh, W. S. (2005). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah.Kuching: Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman dan MP Batu Lintang.Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery, Psychology Today, 20 (7), 32-38.Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reflect. Harvard Educational Review, 57 (1), 23-48.

InternetKamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan Kerja di kalangan Guru Sekolah Menengah. https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Fe-management%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolah-menengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhCGyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.51156542,d.aGc. Dilayari pada 15 Ogos 2013.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf. Dilayari pada 18 Ogos 2013.Mohd Azmin bin Mat Seman. (2003). Penilaian Kesesuaian MPK yang Dihasilkan bagi Mata Pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi Topik Perubahan/ Pindaan Kerja Terhadap Pelajar Semster Enam Kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik Kota Bahru. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn. http://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdf. Dilayari pada 23 Ogos 2013.Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD Hilir Perak). http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid=58&task=view.download&cid=46. Dilayari pada 19 Ogos 2013.Raja Maria Diana bt. Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf. Dilayari pada 26 Ogos 2013.Saipo bin Ayub. (2012). Guru Menghadapi Perubahan. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf. Dilayari pada 29 Ogos 2013.

Isi Kandungan Isi KandunganMuka Surat

1.0 PENGENALAN1

2.0 TEORI PERKEMBANGAN GURU2.1 Teori Keprihatianan (Fuler, 1969)2.2 Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Tortter, 1986)22-33-4

3.0 LALUAN YANG PERLU DILALUI OLEH CIKGU AMIR BERPANDUKAN TEORI LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER, 1986)3.1 Peringkat Cekap3.2 Peringkat Mahir3.3 Peringkat Pakar

55-66-78-10

4.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME4.1 Peningkatan profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan4.2 Amalan refleksi dan penulisan jurnal ke arah peningkatan profesionalisme guru4.3 Amalan konsep belajar seumur hidup10-11

11

1212-13

5.0 CABARAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG PERLU DIALAMI OLEH CIKGU AMIR5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir5.1.1 Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dengan berjaya5.1.2 Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah kurang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP)5.1.3 Bebanan kerja yang berlebihan5.2 Transformasi pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir13

13-1414-15

15-1616-1717-18

6.0 KESIMPULAN19

7.0 REFLEKSI INDIVIDU20-22

BIBLIOGRAFI23-25