kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

11
STAG3012 Petrologi batuan endapan Kuliah 4 Provenance: Pengaruh batuan punca, iklim dan jasad timbul (topografi) Dalam kitaran batuan, batuan yang ada (baik igneus, metamorf atau sedimen – dikenali sebagai batuan punca) yang terdedah di permukaan bumi akan mengalami tindakan luluhawa (fizis dan kimia) menyebabkan batuan yang pejal dan keras ini akan pecah dan terurai kepada saiz yang lebih kecil, atau boleh terus larut dalam air. PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN JENIS-JENIS SEDIMEN BARU

Upload: others

Post on 21-Apr-2022

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

STAG3012 Petrologi batuan endapan

Kuliah 4

Provenance:

Pengaruh batuan punca, iklimdan jasad timbul (topografi)

Dalam kitaran batuan, batuanyang ada (baik igneus, metamorfatau sedimen – dikenali sebagaibatuan punca) yang terdedah dipermukaan bumi akan mengalamitindakan luluhawa (fizis dan kimia) menyebabkan batuan yang pejaldan keras ini akan pecah danterurai kepada saiz yang lebihkecil, atau boleh terus larut dalamair.

PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN

JENIS-JENIS SEDIMEN BARU

Page 2: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Iklim memainkan peranan yang penting dan akan menentukan jenisluluhawa yang akan berlaku.

Bahan yang terurai atau butiranyang baru terbentuk ini akanmengalami proses angkutansebelum sampai ke suatukawasan tadahan ataulembangan pengendapanmembentuk sedimen baru.

PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN

JENIS-JENIS SEDIMEN BARU

Sedimen ini akan mengerasmenjadi batuan sedimen, danapabila tertimbus lebih dalam, suhudan tekanannya akan bertambahdan batuan sedimen boleh menjadibatuan metamorf. Batuanmetamorf juga boleh melebur danakhirnya menjadu batuan igneus.

Jenis sedimen atau batuansedimen yang bakal terbentuk akanbergantung kepada batuan asal(batuan punca), prosespengangkutan dan luluhawa yang dialami oleh butiran.

PENGARUH BATUAN PUNCA, IKLIM dan JASAD TIMBUL(TOPOGRAFI) TERHADAP PEMBENTUKAN

JENIS-JENIS SEDIMEN BARU

Page 3: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

KEMATANGAN BATUAN SEDIMEN

Semua sedimen yang baru terbentuk mempunyai kematangan yang rendah.

Sedimen yang matang ialah sedimen yang mempunyai butiran yang stabil, manakala jika masih banyak butiran yang tidak atau kurang stabil yang ada, maka di katakan sedimen atau batuan sedimen tersebu tidak stabil.

Mineral yang tidak stabil akan musnah apabila terdedah kepada prosesluluhawa (fizis dan kimia).

Ini bermakna, sedimen yang baru terbentuk adalah sedimen tidak stabil, dan semua sedimen ini menjadi sedimen matang atau sangat matangapabila butiran yang tidak stabil musnah (semasa proses luluha, prosesangkutan dan proses pengendapan).

Batuan punca merupakan batuan pejal yang terdedah di permukaan bumi, dan daripada batuan inilah sedimen baru akan terbentuk. Tiga jenis batuanpunca yang utama ialah;•Batuan igneus, termasuk daripada aktiviti gunung berapi•Batuan sedimen•Batuan metamorf

Sedimen batu adalah berasaldaripada batuan yang sedia adasebelumnya. Ini bermakna, komposisi mineral sedimen barumestilah juga terdapat di batuanasal, kecuali mineral autigenik.

Semasa proses luluhawa, prosespengangkutan dan prosespengendapan, terdapat beberapamineral yang musnah.

BATUAN PUNCA

Page 4: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

BATUAN PUNCA

Batuan igneus dan metamorfmempunyai kepelbagaianmineral yang tinggi berbandingdengan batuan sedimen. Terdapat mineral yang agakkhusus dan hanya boleh ditemuidalam batuan igneus dan begitujuga dengan batuan metamorf.

Kuarza banyak terdapat dalamsemua jenus batuan, tetapifeldspar banyak dalam batuanigneus dan metamorf. Feldspar yang ada dalam batuan igneuspluton dan igneus volkanik bolehdibezakan.

Batuan juga mencapai tahapkematangan yang berbeza.

Page 5: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Bagi sedimen yang berasal daripadabatuan igneus, pada peringkat awalpembentukannya, butiran yang baruterbentuk mangandungi mineral feldspar dalam jumlah yang tinggi. Inimenyebabkan batu pasir yang baruterbentuk terdiri daripabatuan arkos.

Semakin lama mengalami luluhawa danangkutan, kandungan feldsparnya makinberkurangan (batu pasir sub-arkos) danakhirnya mungkin kesemua feldspar musnah dan batu pasirnya menjadi arenitkuarza.

Walau bagaimanapun, dalam iklimgersang, sebahagian daripada feldspar masih boleh selamat daripada proseskemusnahannya.

BATUAN PUNCA (igneus)

Page 6: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Untuk batuan puncanya terdiri daripadabatuan metamorf, butiran baru terbentukmengandungi banyak serpihan batuanasal (serpihan metamorf). Batuansebegini dikenali sebagai batu pasirphyllarenite.

Pecahan metamorf merupakan butiranyang kurang stabil, dan akan musnah olehproses luluhawa dan proses angkutan. Phyllarenite akan berubah menjadisubphyllarenite dan akhirnya menjadi batupasir matang arenit kuarza.

BATUAN PUNCA (metamorf)

Batuan punca sedimen terdiri daripadamineral atau butiran yang stabil. Inikerana butiran kurang stabil sudahmusnah semasa pembentukan batuanpunca sedimen pertama.

Ini bermakna, butiran baru yang terbitdaripada batuan sedimen yang sedia adamerupakan butiran yang tahan terhadapproses luluhawa. Sedimen baru yang terbentuk terus menjadi batu pasirmatang atau sub-matang.

Jadi untuk menjadi batu pasir matanghanya memerlukan sedimen masa atausedikit proses luluhawa sahaja, berbanding dengan batuan punca igneusdan metamorf.

BATUAN PUNCA (sedimen)

Page 7: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul
Page 8: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Selain daripada batuan punca, iklim juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis sedimen baru yang akan dihasilkan.

Iklim akan mengawal jenis luluhawa yang dominan samada luluhawa kimiaatau luluhawa fizis, dan juga kepesatannya.

Secara umumnya, luluhawa kimia berlaku dengan pesat di kawasan panaslembab, manakala luluhawa fizis pula di kawasan gersang. Ini keranakepesatan atau kekuatan luluhawa kimia dibantu oleh kehadiran air.

Untuk melihat pengaruh iklim ini terhadap sedimen baru, kita ambil contohuntuk batuan punca igneus (granit) di dua kawasan yang berbeza, iaitusatu di kawasan beriklim gersang, dan satu lagi di kawasan panas lembab.

IKLIM

Page 9: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Hujan yang tinggi menggalakkanluluhawa kimia berlaku.

Pada peringkat awal, butiran yang terbentuk kaya dengan kuarza, feldspar, dan mineral lain (piroksin, hondblend, augit olivin dan lain-lain).

Mineral seperti olivin, augit, hondblendserta piroksin dan juga feldspar sangattidak stabil terhadap luluhawa kimia, dan biasanya akan musnah dangankadar yang cepat.

Ini bermakna, pada peringkat awal, terbentuk batu pasir tidak matang iaituarkos. Lama-kelamaan, batuannyamendai sub-arkos dan akhirnya bolehmenjadi batu pasir matang atau sangatmatang arenit kuarza.

IKLIM (panas lembab)

Keadaan berbeza berlaku di kawasangersang, yang kurang mengalamiproses luluhawa kimia.

Cuma luluhawa fizis yang pesatberlaku, dan luluhawa ini tidak merubahfeldspar tetapi cuma mengecilkannyasahaja.

Ini bermakna, pada peringkat awal, terbentuk batu pasir arkos, dan feldspar yang ada boleh terselamat, akhirnyabatuan sub-arkos boleh terbetuk.

IKLIM (gersang)

Page 10: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

IKLIM

JASAD TIMBUL

Jasad timbul ialah perbezaan ketinggian daripada kawasan puncaberbanding dengan kawasan lembangan pengendapan.

Jika jasad timbulnya tinggi, ini bermakna agen pengangkut seperti air akanbergerak menuruni cerun dengan kadar yang laju, dan secara tidaklangsung, masa yang diperlukan untuk mengangkut butiran sedimen akanmenjadi cepat, dan keadaan sebaliknya berlaku jika jasad timbil rendah.

Makin lama masa yang diperlukan untuk prose angkutan, ini bermaknamakin lama juga tindakan luluhawa (kimia dan fizis) yang terpaksa di alamioleh butiran sedimen.

Keadaan ini menyebabkan butiran yang kurang stabil terhadap luluhawakimia dan fizis lebih banyak musnah di kawasan jasad timbil rendahberbanding dengan jasad timbul tinggi. Batuan arkos atau sub-arkos bolehterbentuk di kawasan jasad timbul tinggi, dan sukar terbetuk di kawasanjasad timbul rendah.

Page 11: kuliah 4- iklim, topo, batu punca & jasad timbul

Sekian …