edu 3073

36
NAMA YUSRI FARULZI BIN YUSUF (921111-13-5167) KUMPULAN RBT 1 SEMESTER 7 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 KOD MATA PELAJARAN EDU 3107 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING PUAN CHE HARITHUN BINTI ABDULLAH @ HARUN TARIKH SERAHAN 27 FEBRUARI 2015 INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG), KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KOMPLEKS PENDIDIKAN, 71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 7 2015 EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAK-KANAK

Upload: yusri-farulzi

Post on 10-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

l;';

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG),KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,KOMPLEKS PENDIDIKAN,71760 BANDAR ENSTEK,NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)SEMESTER 7 2015

EDU 3107BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK KANAK-KANAK

NAMAYUSRI FARULZI BIN YUSUF(921111-13-5167)

KUMPULANRBT 1

SEMESTER7 PISMP

AMBILANJANUARI 2012

KOD MATA PELAJARANEDU 3107

NAMA PENSYARAH PEMBIMBINGPUAN CHE HARITHUN BINTI ABDULLAH @ HARUN

TARIKH SERAHAN27 FEBRUARI 2015

Saya YUSRI FARULZI BIN YUSUF mengaku bahawa kerja kursus ini adalah asli tanpa sebarang unsur peniruan, penipuan, plagiarisme dan cetakan dari sumber yang lain melainkan hanya sekadar membuat rujukan sebagai sumber maklumat tambahan jika perlu sahaja.

Tandatangan: Nama: Yusri Farulzi bin YusufTarikh: 27 Februari 2015

KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

Profil

Penghargaan

Pengenalan

Tugasan Projek:i) Biodata Murid yang Bermasalahii) Analisis Murid yang Bermasalahiii) Video Rakaman Sesi Bimbingan 30 Minitiv) Transkripsi Temubual Sesi Bimbinganv) Penulisan Ilmiah: Justifikasi Penggunaan Teori Kaunseling, Kemahiran Asas Kaunseling dan Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak Dalam Sesi Bimbingan

Refleksi

Rujukan

Lampiran

PROFIL

NAMAYUSRI FARULZI BIN YUSUF

NO. KAD PENGENALAN921111-13-5167

ALAMAT RUMAHF29, PULAPOL KUCHING, JALAN PUNCAK BORNEO, 93250, KUCHING, SARAWAK

[email protected]

NO. TELEFON013-8266841

MOTTO HIDUPBE THE BEST AMONG THE BEST!

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera,Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bimbingan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak, Puan Che Harithun binti Abdullah kerana beliau telah banyak membantu saya dalam memberi maklumat serta informasi yang berguna dan berkait rapat dengan tugasan ini. Beliau juga sering memberi bimbingan dan sokongan yang amat baik untuk saya dalam meningkatkan lagi mutu tugasan ini.Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa atas sokongan yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terutama sekali rakan-rakan sekelas dan juga rakan-rakan dari IPG Kampus Pendidikan Islam kerana sudi berkongsi idea dan maklumat mengenai topik yang berkaitan dengan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka, tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.

PENGENALAN

Dalam memastikan bimbingan dan kaunseling yang kita lakukan adalah bimbingan yang betul, kita hendaklah merujuk dahulu demi melihat sejauhmana bimbingan dan kaunseling tersebut berjaya dan mampu mengubah murid daripada murid yang bersikap negatif ke sikap positif walaupun sedikit demi sedikit dilakukan oleh guru sebagai kaunselor. Geldard, D & Geldard, K berkata, kita mengendalikan sesi kaunseling dengan orang dewasa dengan menjemput mereka duduk dan berinteraksi dengan kita. Sekiranya kita menggunakan strategi yang sama kepada kanak-kanak, kemungkinan kebanyakan mereka hanya menjawab soalan yang diajukan terus tanpa berminat untuk memberitahu isu penting. Mereka juga mungkin menunjukkan reaksi bosan atau berdiam diri. Jika ada antara mereka yang bercakap, kemungkinan mereka akan mengelak kepada isu lain. Oleh itu, dewasa dan kanak-kanak adalah benda yang berbeza dan susah untuk dirungkai dengan teori dan pendekatan yang sama. Ini kerana pemikiran kedua-dua adalah berbeza dan tidak sesuai digunakan untuk dua kategori ini. Maka, teori yang sesuai untuk kanak-kanak haruslah digunakan bagi memastikan kaunselor dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dan membolehkan segala permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan oleh kaunselor tersebut.Dalam tugasan ini, bimbingan dan kaunseling dilakukan bagi memastikan murid yang bermasalah diselesaikan masalahnya dengan teori, kemahiran dan terapi yang sesuai bagi memastikan kanak-kanak tersebut rasa selesa dan meluahkan segala masalah yang berlaku.

SOALAN A

WARDINA EIFFAH SYUFIYA BINTI SHAHRI13 JULAI 2005HOSPITAL SERDANG, SELANGORGURU

SayaAssalamualaikum.

Wardina.Waalaikummusalam.

Saya Apa khabar?

Wardina.Khabar baik.

Saya Baik. Emmm. Baiklah, cikgu nak awak beritahu cikgu sedikt tentang latar belakang awak. Awak ada berapa orang adik, hobi dan latar belakang awak. Hobi awak apa?

Wardina.Saya main basikal

Saya Bagusnya. Selalu petang-petang main basikal. Bagus. Cikgu nak awak beritahu cikgu warna kegemaran awak.

Wardina.Hijau, cikgu.

Saya Hijau? Waw! hijau. Awak minat tumbuhan ke? Cikgu pun suka hijau.

Wardina.Tak cikgu.

Saya Awak ada berapa orang adik beradik?dan awak anak ke berapa?

Wardina.Saya ada 5 orang adik beradik termasuk saya. Dua abang dua adik dan saya anak ketiga.

Saya Baiklah. Abang awak umur berapa?paling senang tingkatan cikgu rasa.

Wardina.Tingkatan satu dan tingkatan dua.

Saya Ohh..jadi abang awak tu rapat la disebabkan umur yang dekat?

Wardina.(Mengangguk)

Saya Awak rapat dengan abang dan buat aktiviti dengan abang?

Wardina.(Mengangguk)

Saya Sekarang ni cikgu nak awak lukis apa yang awak buat selalu pada waktu malam. awak lukis atas kertas dan guna pensil warna yang awak hendak guna. Awak gunalah apa yang awak nak lukis.

Wardina.(Mengangguk)

Saya Awak suka tak melukis?

Wardina.(Mengangguk)

Saya Okey. Cikgu bagi awak ruang dan masa untuk melukis. Awak boleh mula sekarang.

Wardina.(Mengangguk)

Murid diberi masa untuk melukis apa yang disuruh oleh guru ( Terapi Seni)

Saya Baiklah. Cikgu nak tahu lukisan awak. Sekarang dalam situasi apa dan apa awak buat?

Wardina.Saya tengok televisyen di ruang tamu.

Saya Yang ni siapa ni? Yang ni orang kan? (merujuk ke arah lukisan)

Wardina.Saya dan abang saya.

SayaAbang awak ni yang mana satu?

Wardina.Abang pertama saya.

SayaCikgu nak awak beritahu apa yang ibu bapa awak buat dan adik beradik awak lain buat.

Wardina.Abah tidur. Ibu kerja dan adik yang lain tidur.

Saya Abang awak sorang lagi?

Wardina.Abang saya duduk asrama

SayaAsrama..patutlah abang awak ad seorang sahaja.

Wardina.(Mengangguk)

SayaAwak tidur dengan siapa selalu?

Wardina.Adik saya.

SayaCikgu nak tanya. Kenapa awak guna warna hitam sahaj untuk lukisan?

Wardina.Sebab waktu yang saya lakukan aktiviti tersebut adalah lewat malam

SayaOkey. Baiklah. Saya nak tanya awak selalu tengok cerita apa? Cerita korea ke melayu ke atau kartun?

Wardina.Cerita korea.

SayaAwak suka runningman ke? Setahu cikgu runningman habis lewat kan?

Wardina.(Mengangguk)

Saya Tak takut ke kalau lewat malam?

Wardina.Tak, cikgu.

Saya Yang cerita melayu pula awak suka cerita apa?

Wardina.Emmm. (Berfikir)

Saya Okey. Cikgu tengok ada jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Awak tak tidur ke waktu tu?

Wardina.Emmm. (Berfikir)

Saya Lepas makan malam awak terus tengok televisyen sampai pukul satu?

Wardina.(mengangguk)

SayaIsh ish ish..sepanjang isnin sampai jumaat, awak ada x buat kerja sekolah?

Wardina.(menggeleng)

SayaMacam ni, cikgu nak beritahu bahawa awak tak hantar langsung kerja rumah dengan cikgu sampaikan cikgu tunngu bila awak nak hantar buku sebab cikgu nak buat pentaksiran tetapi awak tak hantar buku latihan awak.

Wardina.(Berfikir)

SayaAwak tidur lewat dari pukul 1 ke?

Wardina.Ya cikgu. Pukul 2.30 pagi.

SayaMemang awak selalu tidur lewat ke?

Wardina.(mengangguk)

SayaSebab cikgu pelik mengapa awak tak hantar kerja rumah sedangkan awak mempunyai masa yang banyak untuk membuat kerja sekolah

Wardina.(Berfikir).

SayaTengok televisyen ni banyak kelemahan. Awak selalu mengantok ke dalam kelas?

Wardina.(mengangguk)

SayaMengantuk? Mengantuk sampai tak fokus pelajaran ke?

Wardina.(Mengangguk). Emm.

SayaSebagai seorang murid, kita kena tidur awal waktu malam. kita boleh juga tengok televisyen tetapi berpada-pada. Cikgu dulu pun suka juga tengok televisyen tetapi mak cikgu x bagi cikgu untuk tengok televisyen. Agaknya kenapa mak cikgu buat begitu?

Wardina.Sebab mengganggu pelajaran.

Saya Cikgu suka tengok televisyen sampaikan cikgu tak kemas beg cikgu. Cikgu boleh tahu beg awak mesti tak kemas buku kan?

Wardina.Ya cikgu.

SayaPernah tak cikgu hukum awak tak hantar kerja sekolah?cikgu nak beritahu, bukan saja-saja cikgu nak hukum awak kalau awak tak hantar kerja sekolah. Tetapi cikgu nak awak jangan tak hantar buku sekolah. Awak kena kemas beg, buat kerja sekolah dan tidur awal. Cikgu nak awak baca doa ataupun ayat untuk senangkan awak tidur

Wardina.(Mengangguk).

SayaAwak suka lagu tak? Contoh lagu senyum-senyum selalu.

Wardina.Emm. (Berfikir). Ada cikgu.

SayaLagu apa awak rasa best je sekarang ni?

Wardina.(berfikir)

SayaLagu akim minat?lagu hafiz?minat tak?

Wardina.(menggeleng)

SayaDari lagu hafiz matahari, awak rasa lagu tu best ke tak? Lagu tu tentang bila muncul matahari ketika susah.betol tak?gelap kan? Kalau xde matahari?

Wardina.Ya cikgu.

SayaCikgu nak tanya awak. Kalau awak tak belajar matahari (kejayaan) akan muncul tak?

Wardina.Tak cikgu.

SayaBaiklah.cikgu akan pasang lagu. Awak dengar lagu ni. Cikgu nak awak pejam mata dan fahami lagu ini. Pejam mata awak. Dengar.

Wardina.(mengangguk)

Lagu dipasang bagi melakukan aktiviti seterusnya (terapi muzik)

SayaOkey. Lagu tu best tak?

Wardina.Best cikgu.

SayaAwak tahu tak main piano?pernah dengar lagu ini?

Wardina.(Menggeleng)

SayaLagu ini flow into the river dari Yiruma

Wardina.(Mengangguk)

SayaLagu ini dibaut dengan alatan muzik piano untuk menekspresikan jiwa beliau.

Wardina.Emm..tenang cikgu.

SayaLagu mana lagi tenang?lagu orang menyanyi atau lagu instrumental seperti lagu ini?

Wardina.Lagu instrumental yang tadi.

SayaMengapa awak beritahu lagu itu tenang?

Wardina.Hati kita terasa tenang dan terasa jiwa saya tenang sahaja.

SayaBetul tu. Cikgu pun rasa. Tenangnya rasa hati. Fuhh..tenangnya. cikgu rasa cikgu ada dekat padang. Cikgu baring di atas padang hijau. Rasa macam tu kan?

Wardina.Emm. (Mengangguk)

SayaBaiklah. Lagu ini boleh menenangkan perasaan kita. cikgu tahu murid-murid terpengaruh dengan cerita adnan sempit, gangster, cerita hantu menyebabkan murid terganggu. Best tak cerita tu?

Wardina.Best.

SayaTapi boleh tak menenangkan awak?

Wardina.(Menggeleng)

SayaCerita tu tak sesuai. Sepatutnya awak suka cerita seperti motivasi. Cerita tanah kubur. Alhamdulillah. Cerita tu best tak?

Wardina.Best cikgu.

SayaCerita tu banyak bagi pengajaran mengenai kehidupan kan?ehmm.. cikgu nak tanya, awak tenang tak dengan cerita tu?

Wardina.Emm. (Menggeleng)

SayaTapi cerita tanah kubur boleh tak tenangkan awak?

Wardina.(Berfikir) ya cikgu.

SayaCikgu nak bagi nasihat. Cikgu nak awak hantar kerja rumah yang cikgu berikan. Boleh?

Wardina.(Mengangguk)

SayaKerja cikgu senang je. Cari gambar tapi awak susah nak buat. Cikgu nak awak siapkan kerja yang cikgu berikan tetapi cikgu yang lain. Boleh tak?

Wardina.Emm. Boleh cikgu

SayaCikgu nak minggu depan kita jumpa lagi dan awak tak mengantuk lagi dalam kelas. Janji dengan cikgu. Janji?

Wardina.(Mengangguk) janji cikgu.

SayaAwak seronok tak dalam sesi cikgu tadi?

Wardina.(Tersengih) seronok cikgu.

SayaCikgu nak minggu depan kita jumpa lagi dan awak cergas dan tak mengantuk. Boleh?

Wardina.Ya cikgu.

SayaBaiklah. Terima kasih Wardina

Wardina.Sama-sama.

SOALAN B

TEORI YANG TELAH DIPILIHDalam bimbingan dan kaunseling, kita sebagai kaunselor hendaklah mempunyai petunjuk bagi membolehkan seeorang mempunyai asas-asas atau dasar dalam memastikan satu perkara tersebut akan diselesaikan dengan mudah. Teori merupakan asas-asas yang menjadi pembentukan sesuatu pengetahuan. Acap kali teori ini dengan para ilmuwan dan tokoh-tokoh yang terkenal bagi mengetahui apakah maksud disebalik teori ini. Dalam erti kata lain, teori ini hanyalah mengikut kata-kata dari para ilmuwan dan tokoh-tokoh. Pandangan mereka adalah berbeza sama sekali dan hanya sedikit sahaja persamaan daripada tokoh yang lain. Teori ini pada benarnya adalah sebenarnya merujuk kepada kepercayaan-kepercayaan dan andaian-andaian manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian yang mereka jalani. Mengikut teori , ianya banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang terutamanya hubungan antara individu sesama manusia dan kelompok sosial mereka. Kebanyakan teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan kesedaran diri. Jika kita sedar, teori peribadi kita sebenarnya berkait rapat dengan teori formal yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dimana teori tersebut telah banyak yang dibuktikan melalui kajian-kajian yang dibuat. Oleh itu, maksud teori hanyalah mengikuti apa yang diperkatakan oleh para ilmuwan yang membuat kajian mereka serta teori mereka sendiri bagi membuktikan apakah itu teoriTeori adalah andaian bagi sesuatu pemikiran mengenai apa perkara dan benda yang berlaku. Teori juga merupakan suatu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh bertujuan menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena. Kepentingan teori kepada kaunselor ialah ia dapat memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunselor. Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan diramalkan.

Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena. Seterusnya mari kita lihat maksud pembelajaran. Pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan (Ormrod, 1995). Oleh itu dapat saya katakan bahawa pembelajaran adalah satu usaha memberi fokus kepada usaha mendapatkan maklumat semasa proses belajar. Jadi apa sahaja penjelasan tentang bagaimana manusia dan haiwan belajar akan dikenali sebagai teori pembelajaran. Apabila kita bercakap tentang pembelajaran maka secara tidak langsung, teori pembelajaran akan berusaha untuk menjelaskan cara bagaimana manusia belajar dan memberikan cadangan bagaimana menyelesaikan masalah. Dalam perkataan lain teroi pembelajaran tidak menjawab ia sebagai penyelesai masalah tetapi menjawab dan memberi pilihan bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah.Saya mendapati bahawa ada seorang murid di dalam kelas saya yang mempunyai masalah dari segi tidak menyiapkan kerja sekolah, menunjukkan rasa kurang minat dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, sering tertido di dalam kelas serta tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Murid tersebut menunjukkan masalah dan bersikap negatif dalam banyak perkara sehingga menganggu pembelejaran murid lain. Murid tersebut mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi tidak minat terhadap apa yang sedang diajarkan oleh guru. Oleh itu, dalam tugasan ini, saya telah memilih teori pemusatan perorangan sebagai teori utama dalam bimbingan yang saya lakukan. Tujuan kaunseling pemusatan perorangan ialah membimbing klien yang mempunyai konsep kendiri negatif supaya memahami bahawa dirinya tidak perlu menerima definisi, konsep dan penilaian orang lain. (Mok Soon Sang, 2011). Maka, dalam menyelesaikan masalah murid ini, saya memilih teori ini sebagai salah satu cara untuk mendekati murid tersebut.

Menurut Khoo Bee Lee (2104), teori pemusatan perorangan ini sebenarnya memang wujudnya gejala atau keadaan yang boleh menimbulkan perubahan. Maka hal ini bermakna perubahan boleh berlaku pada diri seseorang individu. Rogers (1942) pula telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau juga turut percaya bahawa jika seseorang itu mendapat kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan dan keyakinan di dalam dirinya sendiri. Secara tidak langsung, ianya merupakan salah satu ciri-ciri positif yang terdapat dalam diri seseorang.

TEKNIK-TEKNIKDisebalik teori yang saya gunakan, saya menggunakan teknik-teknik bagi memastikan murid dapat membina hubungan bersama murid sewaktu proses bimbingan sebelum ia berlaku. Oleh itu, saya telah berhubung dengan Wardina bagi memastikan Wardina selesa untuk berkomunikasi dengan saya dan dapat wujudkan hubungan yang baik sebelum memulakan bimbingan yang hendak dilakukan. Situasi: Semasa waktu rehat, Wardina duduk berseorangan di bangku pondok bacaan sekolah memerhatikan rakan-rakannya makan.Cikgu: Wardina, kenapa awak duduk berseorangan?Awak sudah makan? Wardina: Belum.Cikgu: Awak tidak lapar? Marilah ikut cikgu ke kantin?Wardina: menggelengkan kepalanyaCikgu: Awak tak mahu risau, cikgu belanja. Lagipun cikgu belum makan lagi.Wardina: Bangun daripada tempat duduknya

Maka dengan itu, Khairul dengan rela akan meluahkan masalah yang dihadapi dan yang menganggu fikirannya. Teknik menerapkan unsur-unsur penghargaan, empati dan kasih sayang juga perlu diaplikasikan terhadap murid ini. Saya perlu memberikan respon yang mengalakkan dan positif agar murid tersebut mempercayai kesediaan saya untuk memahami dan mendalami masalah yang dihadapi. Langkah seterusnya, setelah saya dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Wardina, saya cuba mendalami dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci. Saya telah mengaplikasikan soalan terbuka dan tertutup kepada Khairul. Saya juga menggunakan dorongan yang minima supaya dapat memberi galakan kepada Wardina agar dapat meluahkan dengan lebih baik masalah dan pandangannya terhadap sesuatu aspek. Ini merupakan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam teori pemusatan perorangan.Dalam hal ini, pelbagai kemahiran yang telah saya lakukan bagi memastikan Wardina dan saya membina hubungan bagi memastikan segala masalah yang dihadapi oleh dia akan diceritakan kepada saya. Ini kerana bagi mengetahui segala permasalahan yang berlaku di rumah dan apa yang menyebabkan murid tersebut mempunyai masalah sebegitu, saya juga turut mengaplikasikan kemahiran prafrasa, refleksi perasaan, konfrontasi dan memfokus semasa menemubual dan berbincang dengan Wardina. Pandangan saya bahawa kemahiran yang ada dalam teori tersebut dapat menghasilkan keuntungan dari segi murid boleh meluahkan perasaan kepada guru dan murid juga dapat membolehkan murid menceritakan masalah serta apa yang dilakukan di rumah bagi membolehkan guru mengenalpasti apakah punca utama yang menyebabkan murid tersebut boleh menunjukkan sifat negatif di dalam kelas dan menyebabkan masalah dalam hal tersebut. Kepercayaan juga akan meningkat disebabkan murid diberikan dorongan kepada guru dan guru cuba mendekati murid dan menyebabkan murid tersebut berani untuk bercakap. Oleh itu, saya juga dapat meneruskan proses penerokaan untuk terus mendalami dan memahami Wardina secara mendalam. Selain itu, Wardina juga semakin percaya dan terjalinnya kepercayaan yang baik setelah beliau mendapati saya memberikan respon dan reaksi yang mendalam terhadap perasaan yang dihadapinya dan murid tersebut juga bebas untuk menyatakan pendapatnya dan tidak merasa tertekan disebabkan kaunseling yang diadakan.Dalam bimbingan yang telah dilakukan, saya telah menggunakan teknik kaunseling bagi memastikan murid tidak didedahkan dengan perbualan sahaja malah saya menggunakan terapi lain bagi membolehkan murid dibelai atau membuat aktiviti dan tidak hanya bercakap sahaja. Terapi pertama yang saya gunakan adalah terapi seni. Terapi seni ini dilakukan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan mereka di dalam seni lukisan yang diolah oleh murid tersebut. Hasil daripada seni tersebut adalah ekpresi murid bagi membolehkan guru melihat apa yang dilukis murid dan apa warna yang digunakan oleh murid. Dengan cara tersebut, walaupun sedikit sahaja tetapi ia membolehkan guru membaca pemikiran murid bagi memastikan segala apa yang telah diluahkan akan ditanya oleh guru. Contohnya, apakah alasan bagi murid menggunakan warna hitam sebagai warna asas bagi lukisan tersebut?. Dengan soalan begini kita dapat mengetahui apakah alasan serta tujuan kukuh bagi murid untuk melukis lukisan tersebut.Terapi lain yang saya gunakan juga adalah terapi muzik. Muzik adalah ekspresi jika memerlukan ketenangan serta memberikan belaian kepada seseorang jika mereka terasa diri mereka dalam keadaan stress ataupun keadaan tidak terkawal. Dengan adanya belaian muzik ini, ia membolehkan murid menggunakan muzik sebagai satu terapi jiwa dan hati klien tersebut. Hal ini kerana dengan menggunakan muzik, jiwa seseorang serta minda akan berubah jika mendengar lagu yang boleh mengubah jiwa mereka serta memberikan satu nafas baru dalam kehidupan mereka. Selain itu, muzik juga dapat mengubah tingkah laku seseorang. Ia kerana uzik ini sebagai satu gambaran imaginasi pencipta lagu. Jika lagu itu ganas, maka ganaslah tingkah laku serta jiwa seseorang. Jika lagu tersebut lembut dan mempunyai tingkah laku yang elok, ia menunjukkan bahawa lagu tersebut adalah lagu yang boleh menjadikan seseorang menjadi lemah lembut serta tenang dari segi jiwanya.Saya mengambil masa bagi menganalisis mengapakah Wardina melakukan sebegitu di dalam kelas dan membuktikan bahawa Wardina dipengaruhi oleh sesuatu perkara dan perlakuan di rumah. Hasilnya, peringkat mencari alternatif iaitu dalam pemilihan strategi dan mengambil tindakan telah dilakukan. Akhirnya, saya telah berjaya mengenalpasti punca masalah Wardina. Masalah yang dihadapi oleh Wardina adalah tidak minat untuk belajar dan memberikan respon yang positif di dalam kelas. Ini disebabkan Wardina selalu mengantuk dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Selain itu, Wardina berborak dengan rakan dia kerana Wardina merasakan dia mengantuk dan dengan cara berbual dengan rakan, ia akan mengurangkan rasa mengantok. Hasilnya, Wardina tidak fokus di dalam kelas disebabkan Wardina terlalu mengantuk di dalam kelas. Selain itu, kerja rumah yang tidak siap disebabkan Wardina tidak membuat langsung sebarang kerja di rumah dan menyebabkan Wardina mempunyai masalah dalam pembelajaran dia serta sering dihukum guru kerana tidak menyiapkan kerja yang telah diberikan. Ini memberikan kesan yang buruk jika tidak dicegah dengan awal. Di sebabkan oleh itu, saya membantu Wardina dengan mengaplikasikan Teori serta kemahiran dan terapi. Dalam masa yang sama, saya cuba membantu Wardina dengan membina konsep kendiri yang positif terhadap diri beliaunya sendiri dan berusaha untuk mengubah diri sendiri tanpa sebarang masalah yang dihadapi. Saya juga memberikan peneguhan, galakan motivasi dan kata-kata semangat agar murid tersebut terus berjaya dan menambahkan lagi perubahan tingkah laku yang lebih positif lagi sebagai tindakan susulan bagi membolehkan Wardina dapat memberikan satu persatu maklumat yang ada bagi mengetahui apakah masalah yang berlaku di dalam kelas dan di rumah. Ini membolehkan kaunselor dapat maklumat dari klien mereka.Terdapat kelebihan dari segi teori yang saya gunakan bagi membolehkan murid tersebut tiada masalah akan berlaku. Teori behavioris mempunyai banyak kelebihan. Ia dapat menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran. Dari tingkah laku manusia kita dapat memastikan bahawa klien tersebut mempunyai masalah dari segi kejadian yang berlaku contohnya di dalam kelas serta tingkah laku klien tersebut. Contohnya, Wardina mempunyai masalah di dalam kelas sehinggakan murid tersebut mempunyai masalah serta membolehkan guru melihat sejauhmana kejadian tersebut telah berlaku di dalam kelas dipengaruhi tingkah laku negatif oleh murid tersebut.Selain itu, menghargai klien dan bersikap menerima serta memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza dan Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat. Adalah merupakan kelebihan bagi teori ini. Ia penting bagi memastikan setiap yang dibuat oleh kaunselor terutama sewaktu bimbingan dan kaunseling diadakan, ia akan memberikan satu impak dalam membina hubungan bersama klien. Klien lebih merasa dihargai serta cerita klien didengar oleh kaunselor. Dalam bimbingan dan kaunseling yang telah saya lakukan, saya rasakan bahawa ia banyak membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi, dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dantatatertib. Oleh itu, dalam bimbingan dan kaunseling yang saya lakukan, saya telah menolong Wardina untuk mengenal diri dia sendiri serta memberitahu Wardina mengenai kepentingan Wardina dalam mengubah diri serta menyesuaikan diri dalam kelas serta tidak mementingkan diri dalam memastikan Wardina sekali belajar dan bersama rakan lain dan tidak timbulkan suasana negatif dalam kelas.Selain itu, dalam memberikan perasaan dan perlakuan positif dalam sesorang, bimbingan dan kaunseling perlu dilakukan bagi membolehkan klien mengetahui apa kebolehan sebenar klien tersebut. Ia dapat mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan dayakebolehan dirinya mengikut kesanggupannya. Dalam hal itu, kaunseling juga adalah membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untukmengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supayamemperolehi pencapaian yang lebih baik. Ini kerana kaunseling mampu memberikan satu keberkesanan jika klien mendengar serta masalah klien tersebut akan diselesaikan oleh kaunselor tetapi ikut sesorang jika ada masalah berlaku. Seperti Wardina, dia cuba untuk mengubah disebabkan dia tahu bahawa perangai dia boleh menyebabkan orang lain terseksa. Akan tetapi dengan adanya nasihat dari saya, alhamdulillah, Wardina mudah untuk melupakan sekejap kelemahan dia dan cuba untuk mengekalkan dengan mencuba untuk merasakan bahawa ia akan membantu dia dalam permasalahan yang berlaku terhadap Wardina. Dengan cara itu, klien akan mudah untuk mendengar nasihat dari guru dan masalah akan diselesaikan.Tambahan pula, kaunseling juga, dalam pengamatan saya sewaktu melakukan dalam membentuk sifat-sifat sosial yang psoitif seperti bertanggungjawab, bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan kepimpinan dalam diri klien yang saya temubual. Ini kerana, ia mula untuk mengingat mengenai kepentingan pelajaran terhadap hidup dia. Ini kerana, klien terasa bahawa diri dia terlalu malas dan perlu berusaha jika hendak berjaya sewaktu akhir temubual tersebut apabila klien mula sedar akan apa yang dihadapi. Selain itu, ia juga menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akanmembolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur sertamenepati masa. Seperti dalam video saya, kaunselor cuba untuk mengingat klien untuk menepati masa dan memastikan bahawa klien menepati masa untuk tidur dan menghantar kerja yang hendak dihantar. Ia mampu untuk mengubah secara langsung cara pengajaran murid.Bagi saya, hal ini mampu memberikan satu impak yang mampu memberikan satu petunjuk yang tinggi dalam memastikan murid yang bermasalah dilayan dengan baik agar klien tersebut berasa senang dengan apa yang diperkatakan oleh kita. oleh itu, dengan adanya kaunseling sebegini, ia mampu menghasilakn pulangan yang hebat bukan sekadar kaunselor tapi pulangan yang menguntungkan kepada klien. Oleh itu, saya merasakan bahawa dengan cara ini, insyaAllah segala apa yang dilakukan permasalahan yang berlaku akan diselesaikan walaupun memakan masa tapi sedikit demi sedikt lebih baik daripada tiada perubahan langsung.

REFLEKSI

Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, saya telah menyiapkan kerja kursus ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana tiada sokongan dan harapan yang telah ditanam dalam hati saya, akhirnya saya telah menyiapkan kerja yang telah diberikan. Saya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga saya kerana memastikan saya boleh membuat kerja tersebut serta memberikan semangat dalam melakukan kerja yang saya hendak lakukan. Mereka adalah pendorong utama saya dalm melakukan hal tersebut. Tidak lupa juga oleh pensyarah tersayang saya, Puan Che Harithun binti Abdullah keran memberikan kami masa serta memberikan kami peluang serta ruang dalam memastikan segala perancangan yang telah saya lakukan ditukar menjadi baik jikalau saya ada tersalah silap dalam melakukan kerja tersebut. Tanpa sokongan dari dia, tidak mungkin saya boleh berdiri diatas kaki sendiri serta mempu memberikan satu persatu kerja yang perlu disiapkan dahulu. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana saya mempunyai pensyarah sebegitu. Saya mengharap bahawa beliau boleh maafkan saya jika ada tersalah kata atau perbuatan jika saya melakukan masalah yang berlaku.Dalam waktu saya melakukan kaunseling ini, terdapat permasalahan yang telah saya hadapi antaranya teori dan terapi yang hendak saya gunakan. Saya berfikir dengan apa yang saya perhatikan saya dalam membolehkan saya melakukan intervensi. Saya memulakan dengan bertanya dengan guru kaunseling di sekolah dan alhamdulillah dengan segala bantuan yang diberi saya dapat menyelesaikan masalah tersebut dan bagi saya tidak mudah dalam melakukan kaunseling.

Selain itu, saya ada masalah dalam pemilihan murid.murid pertama mempunyai permasalah sehinggakan saya memakan masa yang lama dalam mengenali budak tersebut sehingga menyebabkan masalah dalam melakukan tugasan ini. Oleh itu saya bersedia mencari murid lain dalam mencepatkan tugasan yang telah dilakukan. Hal tersebut mencepatkan lagi proses membuat tugasan ini. Saya berterima kasih atas segala tugasan yang telah saya lakukan. Maaf jika ada tugasan saya tidak sempurna. Saya mengucapakan ribuan maaf atas segala permasalah dan berterima kasih kepada semua.

Rujukan

BUKUChoong Lean Keow, PhD. Terbitan pertama 2010. Siri Pendidikan Perguruan Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak: Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Instititut Pendidikan Guru Malaysia. Muka surat 121 240. Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. Cetakan pertama 2013. Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Muka surat 59 174. Terbitan Freemind Horizons Sdn Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti. 2012. Siri Pendidikan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak. Muka surat 50 201. Terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd.

JURNALSapora Sipon. Peranan Kaunselor Sekolah Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya Dalam Bidang Sains Dan Matematik di Kalangan Pelajar Bumiputera. Universiti Malaysia Sabah.

Sapora Sipon. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Universiti Malaysia Sabah.

Sapora Sipon. Gejala Sosial di Kalangan Pelajar Dan Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Malaysia Sabah.

INTERNET2011. Kong Nee Ping. Terapi-Terapi Kaunseling dan Bimbingan. http://psikologidplimu2012.blogspot.com/2012/08/terapi-terapi-kaunseling-dan-bimbingan.html. Dimuat turun pada 26 Januari 2014.

2012. Cikgu Muzik Cun. Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan Individu dan Bimbingan Kelompok. http://cikgumuzikcun.blogspot.com/2012/08/1.html. Dimuat turun pada 26 Januari 2014.

2012. Shafina Kamarul. Teori Pemusatan Insan Carl Rogers. http://shafinakamarul4644.blogspot.com/2012/11/teori-pemusatan-insan-carl-rogers.html. Dimuat turun pada 26 Januari 2014.

MODULSlideShare Kepentingan Kaunselor Mempunyai Kemahiran Asas Komunikasi dan Kemahiran Memberi Tumpuan

Mansor Abu Talib, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia. Kemahiran Asas Kaunseling (Untuk ParaKaunselor)LAMPIRAN