edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak-kanak

34
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 201 5 PENGHARGAAN 1

Upload: muizimba-muhamad

Post on 10-Nov-2015

284 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT BUAT GURU PELATIH IPG SELURUH MALAYSIA

TRANSCRIPT

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3073)2015

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3073) ini dalam tempoh masa yang diberikan. Selawat dan salam semoga dilimpahkan rahmat kepada Rasulullah s.a.w. beserta keluarga, sahabat dan umatnya. Saya menyedari terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang saya miliki daripada pelbagai aspek untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang baik dan sempurna ketika proses mengerjakan dan menyiapkan kerja kursus ini.Pertama kalinya saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah yang amat saya hormati iaitu Encik Salim Bin Md.Amin kerana telah banyak membantu dan memberi banyak maklumat kepada saya dan rakan-rakan agar dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Saya juga mendapat banyak pengalaman yang sangat berharga daripada pihak tuan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu juga, nasihat serta sokongan daripada tuan amat saya hargai sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.Selain itu juga, saya ingin berterima kasih kepada pihak IPG Kampus Dato Razali Ismail kerana telah memberi sokongan daripada pelbagai aspek kepada saya dan rakan-rakan yang lain khususnya dalam mendapatkan sumber rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu memberikan semangat dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaiknya. Tanpa mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan betul kerana tanpa teguran mereka, saya juga tidak tahu di mana salah silap yang telah saya lakukan bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaiknya.Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang saya melaksanakan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sama-sama memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Kepada semua pihak yang tidak saya sebutkan namanya baik secara langsung mahu pun tidak langsung, saya ingin berterima kasih kepada kalian semua yang telah memberikan bantuan kepada saya baik berupa moral mahupun material sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sebaiknya.Akhir kata, saya begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama-sama untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan ilmu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ini walaupun hanya sedikit demi membina suasana dan methodologi pembelajaran yang efektif dan sistematik pada masa akan datang.Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN1.1 DEFINISI BIMBINGAN1.2 DEFINISI KAUNSELING

1.0 PENGENALANAbdul Halim Mohd Hussin (2006) melaporkan bahawa sejarah kaunseling di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1940-an lagi. Pada masa itu, kerjaya lebih menonjol sebagai istilah utama kaunseling dalam kalangan penduduk Malaysia. Pada tahun 1939, sebuah buku panduan pekerjaan yang berjudul A guide to careers in Malaya for parents, teachers and pupils telah diterbitkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Walaupun perkhidmatan kaunseling telah lama dilaksanakan di Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pula hanya diwujudkan pada tahun 1980, iaitu selepas Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu membuat pengisytiharan pada tahun 1978. Semenjak tahun itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak memberi perhatian kepada perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Umumnya, Bimbingan dan kaunseling bukan bukan sahaja satu nasihat walaupun ianya banyak memberi nasihat. Kaunseling mempunyai banyak maksud, menurut kamus dewan, ia bermaksud nasihat dan pertukaran mental. Perkhidmatan ini dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan antara klien dan kaunselor adalah secara sukarela dan berterusan bergantung keperluan klien tersebut. Kaunselor tidak akan meberikan jawapan secara lansung malah membuatkan klien berfikir dan memberikan mereka peluang untuk membuat keputusan yang terbaik untuk mereka sendiri.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga dilihat sebagai satu perkhidmatan asas yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai matlamat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling banyak dibicarakan dalam masyarakat yang lebih maju kerana semakin masyarakat itu maju, fungsi-fungsi individu dalam masyarat itu menjadi semakin khusus.Melalui tugasan ini jiga akan diketengahkan pelbagai isu berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak di sekolah yang berkait rapat dengan persepsi pelbagai pihak terutama guru-guru biasa terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Melalui tugasan ini juga dapat kita tahu akan keberkesanan dan kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

1.1 DEFINISI BIMBINGANBimbingan merupakan satu proses untuk membantu seseorang individu itu dalam membuat sesuatu keputusan yang akan memberikan impak dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana, bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya, dan sebagainya demi kepentingan masyarakat amnya, dan individu khasnya (Forum Kebangsaan Bimbingan, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2010) di dalam buku Bimbingan dan Kaunseling, bimbingan merupakan satu aktiviti yang dijalankan untuk membekalkan individu atau kelompok dengan ilmu atau kemahiran tertentu. Oleh itu, bimbingan boleh ditakrifkan sebagai satu cara dalam membantu seseorang individu itu memilih apa yang mereka inginkan. Bimbingan yang diberi adalah bertujuan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri mereka secara maksima sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. Tapi terpulang kepada individu tersebut untuk memenuhi kehendak, keperluan atau minatnya. Hal ini kerana, pembimbing tidak akan menentukan cara serta tidak akan membuat keputusan kepada murid itu. Mereka hanya dibantu untuk menyedari tentang kekuatan serta kelemahan yang ada pada diri mereka. Disamping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh individu itu semata-mata.maka dengan itu, James telah menyatakan bahawa fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri.Yang diimplikasikan oleh James di dalam pengertian bimbingannya ialah memberikan peluang-peluang kesedaran kendiri dan arahan kendiri.Pengertian bimbingan yang boleh dikatakan komprehensif telah diberikan oleh Jones yang menyatakan bahawa bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang paling baik; ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.Kini kita perlu meneliti perkhidmatan-perkhidmatan yang mewakili bimbingan.Mengikut Belkin menyatakan bahawa bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputu orientasi, inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan, dan perkhidmatan susulan.Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling. Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber, seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.1.2 DEFINISI KAUNSELINGPerkataan kaunseling berasal daripada perkataan Latin iaitu cousilium yang bermaksud bersama, ambil-menerima atau memahami. Pelbagai definisi telah dikemukakan untuk menafsirkan maksud kaunseling. Walaubagaimanapun, kesemua definisi yang diberikan adalah bermatlamat untuk membantu individu dalam menjalani kehidupan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Menurut Patterson (1995), kaunseling didefinisikan sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dengan klien dalam aspek tingkah laku, kepercayaan dan kemahiran dalam membuat keputusan. James (1982), mendefinisikan kaunseling sebagai suatu langkah proses pembelajaran yang lebih menekankan untuk membantu individu dalam mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.Terdapat dua jenis kaunseling iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Kaunseling individu dikenali sebagai perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Selain itu, kaunseling kelompok ialah perhubungan kanuselor dengan beberapa orang ahli .Kaunseling kelompok ini juga adalah suatu proses perhubungan individu yang berasaskan akal fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana peransaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Oleh itu, secara keseluruhannya, kaunseling merupakan satu proses di mana untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Selaras dengan ajaran Islam dimana kaunseling dilihat sebagai satu amalan asas yang digunakan dalam perhubungan sesama manusia dengan cara nasihat-menasihati antara satu sama lain dan jauhkan dari perkara yang bertentangan dengan Islam.

2.0 PENULISAN AKADEMIK2.1 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING2.2 KEBERKESANAN DAN KELANCARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH

2.0 PENULISAN AKADEMIKPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sering mendapat persepsi yang salah di kalangan warga pendidik terutama dari kalangan guru-guru. Persepsi yang salah ini boleh menimbulkan halangan terhadap perlaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah pada masa ini. Antara punca utama permasalahan ini timbul adalah kerana guru biasa: merujuk kepada bukan kaunselor, dilihat tidak berminat dalam menjayakan sesuatu yang di luar bidang mereka.Seperti yang sedia maklum, Negara kita Malaysia masih lagi kekurangan kaunselor di sekolah-sekolah berdasarkan nisbah 500 murid kepada 1 orang kaunselor (500:1) yang di tetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Nisbah yang besar ini menghadkan proses kaunseling secara mendalam dan berkesan seterusnya menimbulkan persepsi yang salah dalam kalangan warga sekolah terutamanya warga pendidik. Melalui tugasan ini, kami diberi tugas untuk menemu bual guru-guru di sekolah, berkenaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Antara soalan temu bual yang telah diketengahkan adalah seperti sejauh mana peranan guru biasa sebagai guru pembimbing di sekolah, kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, keberkesanan dan kelancaran kaunseling di sekolah. Kajian temubual ini dijalankan secara khusus di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal yang merupakan sekolah kami menjalani praktikum pada kali ini. Umumnya, pandangan warga pendidik terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini masih lagi dalam keadaan yang memuaskan. Namun, persepsi terhadap pelajar yang perlu menghadiri kaunseling ialah pelajar bermasalah masih lagi tertanam erat dalam minda para pendidik.Tidak dapat dinafikan faktor pendedahan tentang Bimbingan dan Kaunseling ini masih lagi ditakuk yang lama, namun saban tahun ada saja inisiatif yang dilakukan dalam memperkasakan program ini. Menurut Puan Ayu, seorang kaunselor di SK Bukit Tunggal, guru-guru biasa samada secara sedar atau tidak sedar juga merupakan guru pembimbing. Sebagai seorang guru, mereka telah sedikit sebanyak membimbing dan membantu para pelajar dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Sebagai contoh, guru biasa atau guru subjek akan membekalkan maklumat kepada guru kaunseling sebelum murid yang disasarkan diberikan sesuatu perkhidmatan. Maklumat awal yang dibekalkan akan diteliti dan perkhidmatan yang sesuai akan diberikan berdasarkan masalah murid tersebut. Walaupun tugas guru biasa kelihatan tidak sukar, tetapi peranan yang dibawa oleh mereka juga salah satu faktor yang penting dalam Bimbingan dan Kaunseling. Tidak bergelar Kaunselor Unit Bimbingan dan Kaunseling bukanlah status yang perlu diukur kerana setiap guru itu sendiri sebenarnya telah pun membimbing murid-murid di sekolah. 2.1 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGKerjaya seorang guru bukan sahaja setakat mengajar mata pelajaran yang diajar semata-mata. Bahkan golongan ini juga perlu mendekatkan diri dengan pelajar dengan kata lain pelangan mereka sendiri. Hal ini sedemikian kerana, dengan perhubungan yang positif diantara guru dengan pelajar ia dapat memberi kesan yang baik kepada individu pelajar tersebut khususnya.Oleh itu seorang guru biasa perlulah bersedia sebagai ahli kaunseling untuk membantu anak pelajar dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Negara kita Malaysia masih lagi kekurangan kaunselor di sekolah-sekolah berdasarkan nisbah 500 murid kepada 1 orang kaunselor (500:1) yang di tetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Nisbah yang besar ini menghadkan proses kaunseling secara mendalam dan berkesan seterusnya menimbulkan persepsi yang salah dalam kalangan warga sekolah terutamanya warga pendidik. Jesteru, guru-guru biasa mungkin dilantik membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menurut Mizan Adiliah (1987), mendapati sukar guru yang sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan tugas ini. Mereka yang dilantik pula tidak begitu berminat menjalankan tugas tersebut dengan alasan bahawa mereka sudah pun mempunyai beban kerja yang sangat berat. Walaubagaimanapun, guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Hal yang demikian sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku yang bermasalah. Seorang guru yang berintegriti dan bersikap profesional akan cuba mendidik pelajar mereka untuk menjadi seorang yang hebat dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan dengan itu, untuk menjayakan hasrat murni kerajaan seorang guru biasa haruslah bersedia untuk berperanan sebagai guru pembimbing. Peranan utama seorang guru pembimbing ialah membantu pelajar atau memberi cadangan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Oleh itu, sekiranya guru biasa berperanan sebagai guru pembimbing maka mereka lebih cakna keperihalan anak didik mereka.Melalui temubual yang dilakukan bersama rakan sekerja saya iaitu Muhammad Faiz Bin Mat Saud kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, saya dapati bahawa peranan guru biasa sebagai guru pembimbing telah lama diaplikasikan dalam kalangan guru di sekolah ini. Tambahan pula, rata-rata guru menyatakan bahawa guru biasa ini sewajarnya juga bertindak sebagai guru pembimbing di sekolah yang mana tugas mereka bukan sahaja mengajar malahan membimbing dan mendidik mereka ke arah yang lebih baik iaitu dari segi akademik, moral dan juga akhlak di dalam diri setiap individu.Diantara peranan utama seorang guru pembimbing yang dimainkan oleh guru biasa ialah membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran. Sebagai contoh, guru akan memberikan peluang kepada pelajar untuk berkenalan dengan rakan sebaya baharu dan membantu mereka supaya perhubungan yang dibina semakin akrab. Selain itu, guru juga perlu membimbing murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi dan akademik serta perkembangan mental dan akhlak.Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling juga merangkumi dua aspek penting, iaitu keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga perlu memahami pencapaian akademik murid yang lemah. Masalah yang berkaitan dengan konsep kendiri yang rendah perlu dikenalpasti agar masalah ini dapat diatasi. Sebagai guru bimbingan juga, mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah berkaitan tingkah laku seperti vandalism atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.Di SK Bukit Tunggal, jelas kelihatan bahawa guru biasa secara tidak lansung memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran di dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid yang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dengan adanya guru biasa, mereka dapat menerangkan bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masakini. Pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depan mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untukmengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini.Tambahan pula, Peranan guru biasa bukanlah hanya di dalam kelas tetapi juga di luar kelas.Tidak dinafikan pendidikan itu berlaku di dalam situasi formal tetapi pendidikan informal juga masih mampu memberikan impak kepada murid. Contohnya, murid tidak akan belajar cara berjual beli di dalam kelas.tetapi apabila berada di kantin, mereka akan melalui proses berjual beli itu. Dalam pada masa yang sama, mereka belajar untuk saling hormat-menghormati, beratur dengan baik dan tidak melakukan pembaziran. Maka, peranan gurulah yang akan mengingatkan mereka untuk terus berkelakuan baikSelain itu, tugas guru biasa sebagai guru pembimbing ialah menyediakan peluang untuk murid mengembangkan bakat terpendam serta daya kebolehan sesuai dengan keupayaan, minat dan perkembangan masing-masing. Melalui pemerhatian saya di sekolah, guru berusaha membuat ujibakat untuk mengenalpasti kebolehan murid untuk diserap masuk dalam kumpulan Action Song di mana murid bukan sahaja memerlukan kebolehan menyanyi dalam Bahasa Inggeris dengan lancar malahan dapat menari dengan baik dan seragam.Ustazah Asyikin pula, beliau telah memberi peluang kepada dua orang murid yang petah berkata-kata untuk menyertai kategori bercerita dalam pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Dengan penglibatan murid sebagai wakil sekolah dalam pertandingan ini, ia sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan lagi bakat disamping ia juga merupakan dorongan yang wajar dalam meningkatkan Self Esteem murid tersebut.Hasil dapatan temubual dan borang kaji selidik yang saya edarkan, seseorang guru pembimbing itu juga berperanan membimbing murid dalam membentuk budaya kerja yang baik disamping melahirkan rasa untuk menghargai kerja tersebut. Hal demikian penting kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Maka, seseorang guru itu perlu menegur perbuatan salah yang dilakukan oleh murid. Pendekatan yang bijak seperti memberi peneguhan positif sekiranya pelajar melakukan perbuatan yang baik juga perlu diterapkan agar melatih murid tidak mengharapkan ganjaran berupa wang mahupun material. Cukuplah sekadar pujian yang mampu menggembirakan hati mereka lantas memberi kesedaran tentang kebaikan melakukan perkara yang betul. Sebagai contoh, pelajar dipuji oleh guru apabila menjaga kebersihan kelas, secara tidak lansung ia mampu untuk mendorong pelajar untuk terus menjaga kebersihan kelas sepanjang masa.Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa.Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan profil murid-murid mereka.Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek nilai dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling.Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur-prosedur berikut:1) Mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik darjah.2) Mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau.3) Memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara kumpulan.Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu mereka mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, mengenali diri mereke sendiri dengan lebih jelas sebagai seorang individu, membantu mengatasi isu-isu seperti stress, buli, kebimbangan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya. Selain itu, guru biasa juga mampu membantu murid memilih mata pelajaran yang mereka ingin belajar. Murid pada zaman sekarang menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu, bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar juga merupakan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing. Hal ini sedemikian kerana, guru diibaratkan ibu-bapa kedua pelajar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga hubungan baik dengan ibu-bapa supaya pergerakan anak didik kita diluar waktu persekolahan dapat dipantau.Kesimpulannya, peranan guru sebagai guru bimbingan amat perlu dimainkan dalam setiap individi yang berkerjaya sebagai seorang guru.Hal ini sedemikian kerana, dengan adanya sikap yang dicadangkan oleh teori bimbingan dan kaunseling amat memnabtu guru dalam mengenali pelajar sejurus merealisasikan hasrat kementerian pendidikan negara iaitu melahirkan modal insan yang sempurna daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.2.2 KEBERKESANAN DAN KELANCARAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUSELING DI SK BUKIT TUNGGALPerkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak sengan aktiviti penggayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah lengkap dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan peranan sebagai kaunselor untuk membantu murid-murid.Mengenai kelancaran dan keberkesanan program kaunseling di SK Bukit Tunggal, banyak program dan sesi pertemuan yang dijalankan dengan sistematik. Berpandukan kepada susunan jadual dan kenyataan lansung kaunselor, Puan Ayu, guru kaunseling di sekolah ini akan masuk ke kelas-kelas untuk mengadakan sesi perjumpaan sekitar 30 minit hingga 60 minit seminggu. Hal demikian adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi murid disamping ia merupakan pantauan berskala oleh kaunselor. Bagi guru-guru biasa, mereka tiada masalah untuk meluangkan masa bersama kaunselor malahan turut mengalu-alukannya untuk mengadakan pertemuan dengan murid mereka. Rancangan pertemuan dengan pelajar diadakan sepanjang tahun dengan menjadikan kumpulan sasaran bermula daripada murid prasekolah sehingga tahun 6. Di samping itu, pertemuan kaunselor dan guru-guru di sekolah ini juga ada dinyatakan dan direkod dalam buku perancangan tahunan.Hasil dapatan temubual secara lisan bersama 20 orang responden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di SK Bukit Tunggal ini memberi kesan yang positif kepada semua lapisan organisasi warga sekolah apabila para murid, guru, pihak pentadbir dan ibubapa dapat memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sebaik mungkin. Hal ini dapat dibuktikan apabila terjalinnya ukhuwah mereka ini melalui program-program yang dianjurkan pihak sekolah yang melibatkan mereka semua. Terbaru, program Aku Janji UPSR 2015 memperlihatkan sokongan ibubapa kepada pihak sekolah dengan menghadirkan diri biarpun diwaktu kerja dengan harapan dapat membantu memotivasikan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan terbesar di peringkat sekolah rendah ini. Dengan kerjasama pihak Bimbingan Kaunseling juga, dikatakan hampir setiap minggu pihak sekolah akan meluluskan pembiyaan untuk menjalankan program motivasi khususnya murid tahun 6 dengan menjemput Penceramah dari luar. Hal yang demikian sedikit sebanyak membantu para murid meningkatkan motivasi mereka sekaligus dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Guru-guru kelas juga berbesar hati untuk mengorbankan waktu pengajaran dan pembelajaran mereka dengan pengisian yang bermanfaat ini kerana mereka lebih tahu bahawa pentingnya program seperti ini. Program ini bagus dan perlu diadakan dengan lebih kerap, kata seorang guru tahun 6 berhubung perlaksanaan program ini.Dengan mengamalkan konsep pintu terbuka, Unit Bimbingan dan Kaunseling memberikan peluang kepada semua murid dan guru untuk mendapatkan perkhidmatan tanpa terbatas oleh ruang dan waktu. Lebih meyakinkan, SK Bukit Tunggal ini telah melantik 2 orang Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) untuk berkhidmat disekolah ini iaitu Puan Ayu dan Encik Abdul Rahim. Hasil temubual mendapati konsep ini mendapat respon yang memberansangkan apabila rata-rata klien yang hadir adalah dengan sukarela. Hal yang demikian membuktikan bahawa perkhidmatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kebiasaannya, klien yang hadir dengan sukarela terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah seperti penceraian ibubapa berbanding klien yang dirujuk guru kelas yang rata-ratanya mempunyai masalah tingkah laku seperti bergaduh dan buli. Lebih mengujakan lagi, keberkesanan perkhidmatan bimbingan kaunseling ini dapat dilihat melalui pembentukan budaya sekolah itu sendiri. Murid-murid dididik untuk mengurangkan penghasilan sampah dengan mengurangkan tong sampah di sekitar bilik darjah. Hal demikian mengingatkan mereka untuk selalu berwaspada dalam melakukan kekotoran dan membudayakan kebersihan dalam kawasan sekolah. Tidak dinafikan juga murid akan memberi salam apabila berselisih dengan guru atau pun orang yang lebih tua sebagai tanda hormat dan juga merupakan penghargaan kepada mereka yang bersusah payah mencurahkan ilmu. Tambahan pula, kerjasama guru dalam menjayakan Program Sekolah Penyayang tidak dapat dinafikan sama sekali apabila guru yang bertugas mengikut jadual akan berdiri dihadapan pagar sekolah di awal pagi untuk menyambut kedatangan murid. Sudah menjadi rutin para murid bersalaman cium tangan dengan guru di awal pagi sebelum melangkah dengan bersemangat menuju ke kelas masing-masing. Bacaan doa memperlihatkan murid beratur di luar kelas dalam keadaan terkawal dengan pekikan suara yang bergema mengaminkan doa sudah cukup membuktikan bahawa program yang dijalankan usahasama unit bimbingan dan kauseling dengan pihak pengurusan sangat berkesan sama sekali.Selain itu, Unit Bimbingan Kaunseling yang digerakkan guru pembimbing juga meliputi program kesederan murid dalam berkomuniti dengan merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan seperti program anti dadah, pengharaman rokok dan alcohol, vandalism dan juga buli. Hal ini boleh dilihat di sekolah SK Bukit Tunggal dengan adanya input di laluan jalan kaki yang diwujudkan khas untuk program pendidikan ini disamping sudut-sudut yang diwujudkan ditangga, papan kenyataan dan di kantin sekolah. Dengan ini, ia memberi gambaran asas kepada pelajar sekolah ini untuk menghindari daripada terjebak dalam gejala social bermula daripada pendedahan awal melalui bahan bacaan dan grafik yang menarik. Hal ini akan memberikan kesedaran yang total kepada murid untuk menjauhkan diri. Ya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat memberi kesan positif kepada sekolah dan keberkesanan peranan mereka membantu murid untuk lebih fokus disamping bergiat aktif dalam kurikulum mahupun kokurikulum kata salah seorang responden. Berdasarkan kepada respon seorang guru di SK Bukit Tunggal ini, dapatlah dinyatakan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling disekolah ini berjalan dengan baik dan lancar sekali. Kelancaran aktiviti yang direncanakan atau dirancang oleh guru bimbingan kaunseling melibatkan semua pelajar dapat dizahirkan dengan adanya perancangan aktiviti ataupun program tahunan unit ini.Namun, perlu diingatkan juga bahawa perkhidmatan ini seharusnya dijalankan secara menyeluruh dengan menyasarkan kesemua murid. Akan tetapi, diwaktu ini kebanyakan program yang dijalankan di SK Bukit Tunggal ini lebih tertumpu kepada murid tahun 6 sahaja. Tidak ketinggalan badan yang berjawatan besar seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan pengawas skim pinjaman buku teks yang senantiasa mendapat perhatian unit ini dalam menjalankan program berunsurkan kepimpinan dan motivasi.Keseluruhannya, saya dapati bahawa semua murid dan guru berbesar hati dengan kelancaran program yang terlaksana. Selain itu, slot-slot yang diisi sepanjang program itu juga mendapat feedback yang positif oleh peserta. Rata-rata memberikan respon amat memuaskan, amat membantu, dan menarik. Oleh itu secara kesimpulannya unit bimbingan kaunseling mampu melaksanakan program dengan baik serta pengisian yang ditetapkan juga mampu menarik minat murid untuk terus menerus memberikan sokongan.

3.0 PENUTUP

3.0 PENUTUPAlhamdulillah, tugasan ini akhirnya dapat juga saya menjayakan tugasan kerja kursus ini iaitu Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU 3073) dengan jayanya. Saya berasa amat bersyukur sepanjang menyiapkan tugasan ini, Allah telah memberi semangat dan kekuatan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan ini dengan sebaiknya walaupun terbapat banyak kekangan dan rintangan yang harus saya tempuhi.Dalam tugasan ini, pelbagai aspek telah ditekankan. Antaranya ialah saya dapat melihat bahawa kefahaman dan pengetahuan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengenai bidang-bidang kerjaya personaliti individu amatlah penting kepada setiap individu terutamanya murid-murid di sekolah rendah untuk memperkembangankan lagi pertumbuhan dan perkembangan mereka selaras dengan kemahiran kognitif, intelek, jasmani dan sosial mereka di peringkat sekolah dan masa depan kelak.Selain itu dapatlah difahami bahawa bimbingan merujuk dengan perkhidmatan memberikan maklumat dan hala tuju dari segi pemilihan pendidikan kerjaya. Manakala, kaunseling pula menekankan akvtiviti sokongan, penyelesaian masalah, peningkatan kesedaran, masalah kini dan jangka pendek.Persepi yang salah timbul terhadap Bimbingan dan Kaunseling ialah ketidakfahaman golongan tertentu mengenai matlamatnya. Satu daripadanya ialah membantu seseorang individu mengendalikan tugas-tugas terhadap proses perkembangan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Tugasan ini amat bermakna kepada saya kerana banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya dapat. Saya juga berharap segala input yang diperolehi ini dapat dikongsikan kepada orang lain supaya sama-sama mendapat ilmu dan pedoman berkaitan ilmu bimbingan dan kaunseling ini terutama kepada kami bakal pendidik yang akan menghadapi suasana yang sebenar sebagai seorang guru kelak, InsyaAllah.Sekian terima kasih.

4.0 REFLEKSI

4.0 REFLEKSINAMA: MUHAMAD MUIZ BIN MUHAMADNO K/P: 920709-11-5289NO MATRIK: 124864Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan seluruh manusia yang memperjuangkan syariat-Nya sampai hari Kiamat. Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi yang tidak terhingga berkat taufik hidayahNya dan keizinanNya, dapat saya, menyiapkan tugasan kerja pembentangan bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3073) yang telah diberikan oleh pensyarah, Encik Salim bin MD.Amin ini dengan jayanya. Pada 1 Februari 2015, kumpulan kami iaitu PISMP PA 2 SEM 7 telah diberikan satu tugasan projek subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (EDU 3073). Penerangan berkaitan sesi pembentangan ini telah disampaikan oleh Encik Salim bin MD.Amin sendiri, iaitu pensyarah kelas kami. Di dalam tugasan tersebut, kami diminta untuk membuat dua tugasan yang merangkumi penulisan akademik pada bahagian 1 dan penghasilan produk pada bahagian 2. Tugasan kali ini memperlihatkan kami untuk menjalankan satu temubual yang melibatkan guru di sekolah dan juga penghasilan produk yang mana perlu disiapkan dalam kumpulan yang telah dibentuk.Dengan melakukan tugasan secara individu dan berkumpulan, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, ingin saya berterima kasih kepada pensyarah, dan rakan-rakan yang banyak membimbing. Hal yang demikian kerana dengan hasil tunjuk ajar mereka, saya berjaya memahami objektif tugasan dengan jayanya iaitu mencari maklumat berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, mengenalpasti kaedah mengenalpasti kanak-kanak bermasalah dan juga membincangkan cabaran yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling. Dengan tertawannya objektif-objektif ini maka dapatlah saya menarik nafas kelegaan lantaran penat lelah dalam mencapai objektif yang dinyatakan. Di samping itu juga, tugasan ini meningkatkan daya mptivasi, kreativiti inovasi serta kemahiran dalam bidang kaunseling ini.Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai analisis dan juga pemerhatian yang telah saya lakukan. Analisis yang telah saya lakukan ini dapat mengajar saya pelbagai ilmu yang memberi manfaat dan juga faedah kepada saya selaku bakal guru pada masa hadapan. Dalam penulisan refleksi ini, saya akan menghuraikan beberapa perkara mengenai hasil pemerhatian dan pengalaman sepanjang menyiapkan tugasan ini. Seperti yang sedia maklum, terdapat dua tugasan yang perlu disiapkan iaitu Bahagian 1 dan juga Bahagian 2.Bagi memudahkan dalam pelaksanaan tugasan tersebut, kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Hal ini memudahkan kami rakan seunit untuk menjayakan tugasan 1 dan 2 untuk membincangkan sejauh mana persepsi warga pendidik terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah dan menyediakan pamplet mengenai bidang kerjaya yang dikemukan oleh Teori Pemilihan Kerjaya Holland, personaliti individu dan bidang kerjaya. Secara tidak langsung, beberapa perancangan dan proses telah dirancang dan di catat dengan teliti dan jelas serta menunjukkan semangat dan keikhlasan dalam menjayakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi memastikan saya dan rakan sekumpulan memuatkan segala input yang lengkap, berperingkat dan menyeluruh. Hal ini di sokong oleh Noriati (2004) yang mengatakan bahawa kesantuanan yang bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan yang menyenangkan semua pihak.Penemuan yang saya perolehi sepanjang menjayakan tugasan ini ialah kefahaman dari segi pendekatan atau kaedah untuk membuat temubual, mencari maklumat dan menganalisis maklumat yang diperoleh secara lisan daripada guru biasa di sekolah rendah.Hal ini telah mendedahkan lagi pengetahuan saya mengenai proses-proses temubual untuk mendapatkan respon dan persepsi daripada responden yang di pilih.Secara tidak langsung, saya mengenalpasti bahawa setiap pendekatan dan kaedah yang hendak digunakan seharusnya di teliti dan disediakan dalam bentuk yang mudah dan lebih berfokus sebelum diaplikasikan kepada sesuatu tugasan atau projek yang hendak dilaksanakan.Selain itu, saya telah mempelajari dan mengetahui lebih jelas maklumat-maklumat mengenai pelbagai kerjaya dengan jelas dan lengkap. Saya melihat bahawa kefahaman dan pengetahuan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengenai bidang-bidang kerjaya personaliti individu amatlah penting kepada setiap individu terutamanya murid-murid di sekolah rendah untuk memperkembangankan lagi pertumbuhan dan perkembangan mereka selaras dengan kemahiran kognitif, intelek, jasmani dan sosial mereka di peringkat sekolah dan masa depan kelak. Lantaran itu, saya terpanggil bahawa pengalaman dan pengetahuan am mengenai teori-teori pemilihan kerjaya dan kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling merupakan landasan minor untuk dipelajari kerana guru pelatih seperti saya serta bakal pendidik pada masa akan datang berkemungkinan besar terlibat secara langsung dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah.Tambahan pula, pengalaman sepanjang menjalankan tugasan ini, saya merasakan bahawa kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam perkembangan profesionalisme keguruan perlulah diberikan perhatian yang menyeluruh daripada sesuatu organisasi.Hal ini kerana, dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini, program-program seperti motivasi, perkhemahan dan guru penyayang dapat dilaksanakan dalam bentuk kelompok-kelompok individu dan kumpulan.Beberapa kekangan dan masalah timbul sepanjang proses menjayakan tugasan projek ini, contohnya dari segi masalah kekangan masa. Hal ini kerana proses dalam menyiapkan tugasan projek ini ketika kami menjalani praktikum akhir di sekolah masing-masing. Oleh itu, sukar bagi saya untuk menyusun jadual dan masa untuk membuat temu bual secara lisan dengan guru biasa yang ada di sekolah ini, memandangkan juga mereka sibuk dengan tugasan lain. Oleh itu saya terpanggil untuk sentiasa menyediakan satu perancangan yang tersusun agar mudah untuk menguruskan dalam sesuatu perkara dan boleh dijadikan sebagai rujukan sepanjang menjayakan sesuatu perkara berkenaan. Hal ini seterusnya telah menampakkan kekuatan dalam tugasan saya ini di mana dapat memuatkan segala input yang di minta dan tersusun rapi seperti mana yang telah di rancang.Bagi memastikan tugasan projek ini mencapai tahap yang sewajarnya, saya juga telah membuat beberapa rujukan yang berlainan sumber. Hal ini jelas ketara apabila saya menghadapi masalah untuk menyediakan beberapa soalan temu bual mengenai persepsi guru biasa dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Jadi dengan adanya inisiatif dalam diri ini, saya telah membuat rujukan yang terdiri daripada buku-buku ilmiah, internet, jurnal-jurnal dan sebagainya untuk memastikan soalan-soalan yang dikemukan lebih berfokus dan penyediaan pamphlet yang mempunyai input-input yang tepat dan sahih.Penggunaan teknologi seperti slide show merupakan satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di samping dalam penyampaian sesuatu topic, contohnya dalam membuat ceramah kerjaya.Teknik ini mampu mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yang kondusif kerana teknologi boleh dimuatkan sekali dengan bunyi yang baik, gambar yang jelas dan lain-lain lagi. Seterusnya, kanak-kanak akan mudah untuk memberikan perhatian dan akan tertarik untuk mengikuti sepanjang proses pengajaran tersebut kerana mereka akan mudah tertarik dengan elemen dan aspek yang ceria dan harmoni. Tambahan pula, ceramah kerjaya yang akan disampaikan juga akan lebih menarik dan semua audien yang terlibat lebih aktif dan membantu mereka memamahi sesuatu bidang dalam suasana yang santai. Hal ini kerana saya melihat bahawa perasaan cinta akan tersemai dalam diri seseorang apabila kita sendiri secara rela dan berfikiran terbuka untuk menerima segala perkara yang di minati atau ilmu dan kemahiran yang baharu. Penemuan-penemuan lain yang saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mengenalpasti akan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Jenis-jenis perkhidmatan yang teratur, holistik dan mempunyai objektif yang jelas memberikan persepsi yang positif daripada setiap warga pendidik yang terlibat. Oleh itu, saya merasakan bahawa penemunan ini dapat membantu saya menjadi seorang pendidik yang sentiasa berusaha dan berpandangan positif dalam melibatkan diri dalam sesuatu program atau aktiviti apabila berada di sekolah kelak agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah tidak mendapat persepsi yang salah dan negatif daripada guru-guru biasa.Tambahan lagi, penemuan yang saya temui dan pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini ialah dari segi nilai bekerjasama antara satu sama lain dan cara untuk merancang dan aplikasikan sesuatu aktiviti dalam pendidikan bimbingan dan kaunseling kelak agar murid-murid mendapat semua aspek yang di perlukan dalam perkembangan dan pertumbuhan diri mereka. Semoga dengan pelaksanaan tugasan ini, ia mengajar saya untuk lebih memahami dalam mengetahui konsep, matlamat, keperluan dan jenis-jenis perkhidatan bimbingan dan kaunseling agar tidak ketinggalan dengan peredaran teknologi dan pembangunan yang semakin canggih dan maju.Setelah meneliti beberapa permasalahan yang timbul sepanjang menyiapkan tugasan pembentangan ini, saya dan rakan-rakan telah menggunakan beberapa cara yang sesuai untuk mengatasinya. Antaranya ialah merujuk kepada rakan-rakan lain mengenai tugasan ini agar kami boleh saling berkongsi maklumat yang ada supaya lebih berkembang. Selain itu, mengenai proses pembinaan soalan temubual yang seragam, beberapa ahli kumpulan turut berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing dan rakan kelas yang lain bagi memastikan semua perkara dapat diuruskan dengan baik dan lancar. Selain itu, saya merangka pelan tindakan sendiri atau pun jadual kendiri supaya perkara-perkara kecil tidak terlepas pandang. Dengan adanya pelan ini, saya dapat menyiapkan tugasan ini tanpa sebarang kecacatan yang akan menjejaskan prestasi dan markah dalam mengejar kecemerlangan. Kesimpulannya, tugasan pada kali ini memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada saya dan rakan-rakan sebagai persediaan sebelum menempuh suasana sebenar di sekolah suatu hari nanti. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah, sahabat-sahabat dan selainnya yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan tugasan pada kali ini. Semoga jasa baik anda semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah. Natijahnya, banyak pengetahuan baru yang telah saya dan rakan tugasan saya timba sepanjang menyiapkan tugasan projek ini. Segala penat lelah sudah terbayar cukup dengan ilmu yang kami peroleh. Sekian, terima kasih.

5.0 BIBLIOGRAFI

5.0 BIBLIOGRAFI

Suradi Salim. (1996).Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Winkel W.S. (1981). Bimbingan dan Penyuluhan di Sekolah Menengah.Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Tang, Chee Yee. (1987). Bimbingan dan Kaunseling.Selangor Darul Ehsan: KumpulanBudiman Sdn. Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun.(2006). Bimbingan dan Kaunseling.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

R.D. Myrick. (1997). Perkembangan Bimbingan & Kaunseling.(Zuraidah Abdul Rahman,trans.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Khoo Bee Lee (2014).Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

6.0 LAMPIRAN