wasat adalah warkah dalam talian terbitan pergas ... filetelah diketahui salah satu masalah...

25
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim Edisi no. 3 / Jun 2015 Kandungan Dari meja penyunting (mukasurat 2) Kefahaman Wasati Tentang Jihad, oleh ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff (mukasurat 4) Salafiah, Asya’irah dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah, oleh ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8) Manhaj Wasati dalam Ijtihad Maqasidi, oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 15) Be Excellent Muslim: Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, by ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 21) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Upload: trancong

Post on 16-May-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: • Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim

Edisi no. 3 / Jun 2015 Kandungan • Dari meja penyunting (mukasurat 2)

• Kefahaman Wasati Tentang Jihad, oleh ustaz Mohammad Yusri

Yubhi Md Yusoff (mukasurat 4)

• Salafiah, Asya’irah dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah, oleh ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8)

• Manhaj Wasati dalam Ijtihad Maqasidi, oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman (mukasurat 15)

• Be Excellent Muslim: Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas, by ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 21)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam bentuk apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

Page 2: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

2

Dari meja penyunting…. Kami terus bersyukur kepada Allah taala kerana masih dapat menghasilkan Wasat edisi no. 3. Pada kesempatan ini kami ingin mengucapkan Ramadhan Mubarak kepada semua pembaca atas kehadiran bulan yang mulia di pertengahan bulan ini nanti. Semoga Allah taala memberkati kita semua di bulan yang mulia ini hingga ia menjadi penyuci dosa dan pembekal kekuatan untuk menjadi Muslim yang lebih baik lagi sesudahnya. Edisi kali ini mengemukakan empat artikel yang diharapkan dapat terus memberi manfaat yang besar dalam menghadapi cabaran-cabaran dan isu-isu terkini sesuai dengan prinsip wasatiyah yang mahu disebarkan melalui penerbitan ini.

Artikel pertama bertajuk Kefahaman Wasati Tentang Jihad adalah sumbangan ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff. Bertolak dari penyebaran fahaman dan amalan jihad yang salah yang berleluasa di kalangan segelintir anak-anak muda Muslim, artikel ini berusaha untuk mengingatkan pembaca beberapa perkara penting; a) pengertian jihad yang luas – tidak terhad hanya pada perang bersenjata, b) perbezaan jihad bersenjata dengan pembunuhan, dan c) bentuk jihad yang lebih utama bagi Muslim hari ini. Telah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya meluruskan salah faham tentang jihad amat relevan dengan wasatiyah dalam beragama. Artikel kedua pula bertajuk Salafiah, Asya`irah dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah oleh ustaz Mustazah Bahari. Artikel ini menyentuh satu isu yang sedang hangat hari ini dan amat kontroversi akibat dari perselisihan di kalangan segelintir pengikut dua aliran, iaitu aliran Salafi dan Asya`ari yang membawa kepada tuduhan sesat dan menyesatkan antara satu sama lain. Salah satu bentuk tuduhan sedemikian ialah apabila ada pihak dari kededua mazhab ini yang mendakwa sebagai Ahlis Sunnah Wal Jamaah dan menafikan pula yang lain. Artikel ini berpremis bahawa fahaman sedemikian bukanlah satu fahaman yang bersifat wasatiyah dan perlu diluruskan. Hal ini adalah kerana sesiapa pun yang mempelajari wacana (discourse) agama Ahlis Sunnah Wal Jamaah akan mengetahui bahawa membuat dakwaan sebagai Ahlis Sunnah Wal Jamaah dan menafikannya dari pihak lain bukan hanya soal menuntut hak bagi sesuatu label, brand atau trademark semata-mata. Ia memberi makna kebenaran dirinya dan penyelewangan pihak lain kerana yang dominan dalam wacana Ahlis Sunnah ialah ia adalah satu-satunya fahaman Islam yang paling benar yang diwarisi dari nabi Muhammad s.a.w. Maka yang tersirat ialah pihak yang dinafikan dari fahaman ini ialah pihak yang, kalau pun tidak kufr dari agama, ia telah menyeleweng dari Al-Haq. Artikel sumbangan ustaz Mustazah berusaha untuk menunjukkan bahawa telah sabit dari ulama dahulu dan sekarang yang menerima kededua mazhab ini sebagai Ahlis Sunnah dan perselisihan mereka dalam isu ayat-ayat mutasyabihat bukanlah perselisihan dalam persoalan pokok, tapi perselisihan dalam soal cabang agama yang tidak boleh dihukumkan sesat, sekali pun jika didapati berlaku kesilapan.

Page 3: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

3

Untuk menunjukkan sedemikian, ustaz Mustazah berusaha membentangkan pendapat ulama dari kededua pihak yang saling mengakui antara satu sama yang lain. Hakikatnya, apa yang dikemukakan oleh ustaz Mustazah bukan sesuatu yang baru dan asing bagi Pergas kerana sejak tahun 2003 lagi Pergas melalui Konvensyen Ulama dan kemudiannya melalui buku Kesederhanaan Dalam Islam Dalam Konteks Masyarakat Muslim Singapura (2004) telah merumuskan dalam Piagam Kesederhanaan yang bertujuan untuk menjadi blueprint bagi fahaman dan amalan Islam yang bersifat wasatiyah:

“Dalam persoalan fiqh, kita mengiktiraf mazhab Hanafi, Maliki, Asy-Syafi’i dan Hanbali sebagai mazhab yang boleh diamalkan oleh mana-mana umat Islam di Singapura. Begitu juga pandangan ulama-ulama mujtahid yang muktabar di sisi jumhur Ahlis Sunnah Wal Jamaah yang lain. Namun demikian, dalam apa jua urusan rasmi, mazhab Asy-Syafi’i adalah mazhab rasmi. Dalam persoalan aqidah, kita mengiktiraf pandangan Salaf dahulu dan mereka yang mengikuti prinsip Salaf kemudiannya sebagai pandangan yang selamat. Kita juga mengiktiraf mazhab Abu Hasan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi sebagai sebahagian dari Ahlis Sunnah Wal Jamaah.”

Pendirian yang sama juga terakam dalam The Amman Message yang telah ditandatangani oleh ratusan ulama dari merata dunia dan dari pelbagai aliran (lihat imej). Artikel ketiga bertajuk Manhaj Wasati Dalam Ijtihad Maqasidi oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman, seorang calon doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Artikel ini membicarakan pendekatan yang betul dalam melakukan ijtihad yang mengambil kira Maqasid Al-Shari`ah. Ia menggariskan bentuk ijtihad sedemikian yang betul dan yang salah serta syarat-syarat penggunaan Maqasid Al-Shari`ah yang betul sebagai landasan berijtihad. Artikel keempat bertajuk Be Excellent Muslim: Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas sumbangan ustaz Muhammad Haniff Hassan. Artikel ini membicarakan kepentingan untuk seorang Muslim berusaha untuk menghasilkan idea-idea yang mampu menerobosi ufuk pemikiran baru atau usaha-usaha yang bersifat perintis. Artikel ini mengemukakan 5 dalil kenapa Muslim harus melakukan sedemikian. Dari sudut kaitannya dengan wasatiyah, artikel ini berhujah bahawa apa yang dicadangkan mempunyai kaitan langsung dengan konsep Muslim yang cemerlang dan kecemerlangan adalah salah satu makna bagi perkataan wasat dalam Bahasa Arab. Wassalam

Page 4: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

4

Kefahaman Wasati Tentang Jihad oleh ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff Terdapat pelbagai tafsiran dalam memahami erti kata jihad. Jihad digunakan secara meluas dan mudah pada masa kini termasuk untuk membenarkan perjuangan bersenjata menentang pihak-pihak yang tidak sealiran dan sefahaman atas nama Al-Quran dan Hadis. Naratif jihad yang disalah fahami ini juga menjadi sumber kefahaman masyarakat bukan Islam akan erti jihad dalam Islam. Yang lebih membimbangkan, naratif yang sama juga difahami oleh sebilangan Muslim. Buktinya ialah bertambah bilangan anak-anak muda Muslim yang menyertai perjuangan bersenjata di luar negara yang didakwa oleh pihak tertentu sebagai jihad fi sabilillah yang sebenar. Persoalannya ialah:

• Apakah maksud jihad yang sebenar? • Adakah jihad hanya dikaitkan semata-mata dengan perjuangan bersenjata? • Adakah jihad bersenjata masih lagi perlu pada hari ini, dan wajar dijadikan sebagai satu keperluan dan

keutamaan masa kini? • Jika tidak, apa pula jihad yang sepatutnya menjadi keutamaan kita pada hari ini?

Tulisan ini bertujuan untuk cuba memahami erti jihad menurut pandangan Islam dengan menjelaskan maksud jihad peperangan yang sebenar berdasarkan pendapat para ulama. Di samping itu, ia juga akan menjelaskan bentuk jihad yang sepatutnya menjadi keutamaan kita pada hari ini. Bagi menjelaskan perkara ini, saya akan membawa perspektif jihad sebenar yang perlu difahami oleh masyarakat Islam dan berhujah mengapa kebanyakan jihad bersenjata yang didakwa pada hari ini adalah bukan jihad tetapi sebenarnya adalah tindakan pelampauan dan keganasan. Jihad Yang Disebutkan Dalam Al-Quran Jihad dalam agama Islam bukanlah bermaksud berjuang dalam peperangan bersenjata semata-mata.

Bahkan lafaz jihad meliputi;

• berjuang sedaya kita dalam segala perkara termasuklah juga dari sudut jiwa dan harta

• bermujahadah menahan godaan hawa nafsu dan syaitan • segala bentuk perjuangan fi sabilillah lain yang dilakukan kerana untuk

mempertahankan agama Islam.1 Malah jika dikaji, kata ‘jihad’ terulang dalam Al-Quran sebanyak empat puluh satu kali dengan pelbagai bentuk lafaznya dan kebanyakannya merujuk kepada makna yang lebih luas dan umum dari sekadar maksud peperangan. 2 Menurut Prof. Muhammad Quraish Shihab, perspektif dan sikap Al-Quran terhadap jihad bersenjata ialah kita diseru agar sedaya mungkin untuk menghindarinya dan

1Rejab Abu Meleh (2014), Fauwaz Fadzil Noor (terj), Ringkasan Fiqh Jihad Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Kuala Lumpur: Telaga Biru, ms. 2. 2Muhammad Quraish Shihab (1996), Wawasan Al-Quran, Jakarta: Penerbit Mizan, ms. 515.

Page 5: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

5

tidak dilakukan kecuali setelah seluruh cara damai ditempuh.3 Ini berdasarkan firman Allah taala, “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Anfal: 61) Al-Quran juga turut menegaskan bahawa setiap peperangan itu juga harus ditamatkan apabila berakhirnya penganiayaan.4 Allah taala berfirman, “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 193) Ertinya, jihad dalam Al-Quran menuntut kita selalu bersungguh-sungguh dan bermujahadah dalam mencapai tujuan tertentu seperti menahan hawa nafsu. Manakala tuntutan untuk berjihad dalam peperangan hanya diperlukan pada saat-saat tertentu sahaja dan ianya pula perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Membezakan Antara Peperangan dan Pembunuhan Jihad dalam Islam tidak terhad hanya pada peperangan mempertahankan diri sahaja. Peperangan dalam sejarah Islam juga berlaku dalam bentuk ofensif. Ini berlaku ketika zaman Nabi s.a.w., para sahabat dan juga kerajaan-kerajaan Islam selepasnya seperti pada zaman dinasti Umawiyyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah. Perlu juga difahami bahawa objektif peperangan bersenjata ini pada dasarnya adalah untuk membebaskan umat manusia dari kegelapan dan kekufuran kepada keimanan, dan dari kezaliman pemerintah sebelumnya kepada kesejahteraan dan keadilan Islam. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, jihad bersenjata perlu mematuhi syarat-syarat yang tertentu. Ia tidak boleh diisytiharkan sesuka hati kecuali oleh penguasa yang sah. Jika tidak, ia boleh membawa ke kancah pembunuhan dan bukan jihad peperangan yang menjanjikan ganjaran syahid.5 Inilah perkara yang berlaku pada perjuangan jihad beberapa kumpulan hari ini. Ia sebenarnya bukanlah satu peperangan atau qisas (bunuh balas mengikut undang-undang Islam) tetapi merupakan pembunuhan dan berunsur jenayah, selain ianya bukan merupakan jihad yang sebenar. Menurut Sheikh Ahmed Al-Tayyib, Sheikh Al-Azhar, terdapat dua perbezaan nyata antara al-qatl (pembunuhan) dan al-qital (peperangan). Pembunuhan bermakna keupayaan membunuh pihak lain dengan senjata. Manakala peperangan ialah antara dua pihak yang saling menyerang.6 3Ibid. 4Ibid., ms. 517. 5Lihat Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, ms. 139. Dinukil dalam Sa’id Ramadhan Al-Buti (1999), Fiqh Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Beirut: Dar Al-Salam, ms. 292. 6Lihat http://www.waag-azhar.or.id/index.php/2014-04-16-08-29-52/artikel-keislaman/208-konsep-jihad-dalam-islam-bagian-i

Page 6: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

6

Adapun yang masuk dalam istilah jihad adalah al-qital sahaja dan tidak al-qatl. Memahami dan Mematuhi Etika Peperangan Peperangan dalam Islam juga perlu mematuhi garis pandu dan etika peperangan yang diajarkan agama dan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ia tidak boleh melampaui batas yang telah ditetapkan agama seperti yang difirmankan oleh Allah taala, “Dan perangilah dijalan Allah orang-orang yang memerangi kalian, dan janganlah kalian melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Baqarah: 190)

Dalam hal ini, kita akan dapati Islam bukan sahaja memberi garis pandu yang jelas dalam peperangan seperti larangan membunuh kanak-kanak atau orang tua yang tidak berdaya, tetapi juga melarang melakukan kerosakan terhadap tanaman dan tumbuh-tumbuhan.7

Namun apa yang yang diamalkan oleh beberapa kumpulan hari ini menjadikan nyawa manusia, baik Muslim atau bukan Muslim, begitu murah dan tidak mempunyai makna apa-apa.

Malah, terdapat juga penyiksaan dan pembunuhan terhadap umat Islam sendiri, samada kerana tidak mematuhi ajaran Islam ataupun kerana dakwaan bersekongkol dengan perikatan Barat.

Apa yang berlaku ini sebenarnya lebih hampir pada pembunuhan dari peperangan.

Ia jauh dari mematuhi etika dan adab peperangan yang perlu dipatuhi dan telah digariskan dalam Islam.

Keperluan Berjihad Pada Hari Ini Apakah masih ada lagi keperluan untuk berjihad pada hari ini? Jihad memang dibenarkan dalam keadaan seperti di Palestin yang mana tanah umat Islam diceroboh oleh kuasa asing dengan tujuan menjajah atau mengusir warga asal negara tersebut. Namun perlu diperhatikan bahawa pada masa kini, umat Islam rata-rata bebas mengamalkan ajaran agama dan diberi hak sebagai warga negara, walaupun hidup dan tinggal di negara sekular atau di negara yang majoritinya penduduk bukan Islam. Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh Al-Jihad, menyampaikan dakwah melalui jihad secara ofensif terhadap golongan bukan Muslim bukanlah cara yang sesuai bagi menyampaikan dakwah pada masa kini. Ini memandangkan bahawa pada hari ini umat Islam mempunyai pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah Islam tanpa menggunakan

kekerasan atau tindakan ketenteraan. Beliau turut menggesa supaya umat Islam memanfaatkan sumber manusia dalam menyampaikan dakwah yang juga merupakan satu jihad.

7Muhammad bin Muhammad Al-Khatib Al-Syarbini (t. t.), Mughni Al-Muhtaj Ila Ma`ifat Ma`ani Alfaz Al-Minhaj, j. 4, ms. 223.

Page 7: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

7

Dengan wujudnya media sosial, dakwah juga sudah menjadi tidak bersempadan dan semakin mudah untuk disebar luaskan. Menjadi tanggungjawab individu Muslim memanfaatkan kemudahan teknologi hari ini dengan menyebarkan luaskan keindahan Islam dengan gaya bahasa yang mudah difahami masyarakat hari ini dan dalam membantu membasmi salah faham masyarakat terhadap Islam, khususnya erti kata jihad yang sebenar.8 Malah apa yang diperlukan pada hari ini ialah untuk kita melahirkan individu-individu Muslim yang hebat bagi meningkatkan kemajuan masyarakat Islam di samping menjadi seorang Mukmin yang bertakwa. Sebagai contoh, kita perlu melahirkan lebih ramai lagi insan seperti Muhammad Yunus, seorang Muslim warga Bangladesh yang mengasaskan Bank Grameen, yang mana antara objektif utamanya ialah memberi pinjaman modal bagi bakal-bakal usahawan dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah.9 Ini juga satu contoh jihad yang hebat bagi menunjukkan kecemerlangan seorang Muslim kepada warga dunia. Jihad Madani Merupakan Jihad Yang Paling Utama Pada Hari Ini Inilah yang disebutkan oleh Al-Qaradawi sebagai ‘jihad madani’, iaitu jihad yang bertujuan memenuhi seluruh keperluan masyarakat yang pelbagai, merawat berbagai-bagai permasalahan mereka, menampung segala tuntutan material dan dalaman yang menjadi sebab kemajuan dalam semua sektor sehingga masyarakat dapat mencapai suatu kedudukan yang mulia dan dihormati.10 Atas dasar ini, para pejuang pembaharuan dari kalangan ulama sentiasa menyeru umat Islam untuk mengutamakan dan mendahulukan pendidikan dan pembinaan syakhsiah dari jihad bersenjata.11 Maka langkah ke hadapan ialah mengutamakan jihad untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat Islam sendiri yang banyak ketinggalan dalam pelbagai bidang utama dalam kehidupan. Dunia hari ini di kuasai oleh orang bukan Islam. Kebanyakan negara-negara Timur Tengah masih bergantung kepada kuasa Barat dalam memajukan ekonomi. Manakala banyak negara Islam yang miskin dan tidak dapat memberikan pendidikan yang terbaik pada warga mereka. Malah, negara-negara Islam juga bergantung kepada negara bukan Islam bagi membeli peralatan tentera. Di negara kita sahaja dan Nusantara ini, banyak lagi usaha yang perlu kita perjuangkan bagi kemajuan ekonomi, pendidikan dan lain-lain bidang yang masyarakat Islam masih ketinggalan. Pastinya, inilah yang perlu difikirkan dan menjadi jihad yang utama oleh masyarakat Islam hari ini, bukannya sibuk bercakaran sesama sendiri dalam membincangkan isu-isu remeh atau perkara yang khilaf dalam agama atau 8Rejab Abu Meleh, Ringkasan Fiqh Jihad Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ms. 46. 9Lihat biodata, di http://www.muhammadyunus.org/index.php/professor-yunus/cv 10Rejab Abu Meleh, Ringkasan Fiqh Jihad Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ms. 47. 11Yusuf Al-Qaradhawi (2013), Ahmad Nuryadi Asmawi (terj.), Fiqh Keutamaan (Al-Awlawiyyat), Kuala Lumpur: Thinkers Library, ms. 245.

Page 8: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

8

mempunyai cita-cita berjihad di luar negara, sedangkan jihad yang lebih utama dan wajib untuk kita pada hari ini sebenarnya wujud di hadapan mata kita.

Salafiah, Asya’irah dan Ahlis Sunnah Wal Jamaah

oleh ustaz Mustazah Bahari

Pendahuluan

Berbeza pendapat adalah lumrah kehidupan dan tidak dapat dielakkan.

Secara fitrah, manusia memang berbeza antara satu dengan yang lain.

Namun ia tidak bererti manusia harus bersengketa dan berbalah sehingga bermusuhan dan mencetuskan huru hara dalam kehidupan.

Lebih buruk lagi apabila ada pihak menuduh pihak yang lain sebagai berdosa, sesat, malah kafir.

Isu akidah yang diperselisihkan berlaku dari dahulu hinggalah sekarang, baik di Timur Tengah mahupun di Nusantara.

Malahan di seluruh dunia hari ini, umat Islam masih berselisih mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah taala.

Dalam kelompok Ahlis Sunnah Wal Jamaah pun tidak terlepas dari perselisihan ini.

Bahkan, ada yang mendakwa bahawa merekalah golongan Ahlis Sunnah yang sebenar.

Jika jurang ini dibiarkan tanpa ada usaha untuk meletakkan perselisihan ini di tempat yang betul, umat Islam akan terus bersengketa dan boleh mencetuskan sekali lagi peperangan sesama mereka dalam masalah agama.

Pada hal, Islam mengajar umatnya agar bersatu dan mengelak dari permusuhan dan persengketaan.

Siapakah Asya`irah?

Asya`irah merupakan satu mazhab dalam bidang ilmu akidah.

Pengasasnya ialah Abu Hasan Al-Asy`ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 hijrah.

Beliau pernah berpegang pada mazhab Muktazilah dan berguru dengan ayah tirinya Abu Ali Al-Jubba’i.

Selepas berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.

Pada suatu hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati.

Page 9: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

9

Selepas itu, Abu Hasan Al-Asy`ari bangun berucap di Masjid Basrah dan mengisytiharkan dirinya keluar dari mazhab Muktazilah untuk berpegang pada mazhab Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Abu Hasan Al-Asy`ari membuat pembaharuan dalam Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik serta teks-teks Al-Quran dan Hadis yang ada.

Beliau berjaya mengumpulkan ramai murid dan pengikut.

Begitu berpengaruh aliran Asya`irah hingga hampir-hampir golongan Ahlis Sunnah Wal Jamaah dianggap sinonim dengannya.

Mazhab ini juga didokong oleh ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hanbali yang antara mereka ialah imam Al-Isfarayni, Al-Qaffal, al-Ghazali, al-Juwaini dan Al-Jurjani.

Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari membawa kekuatan kepada Ahlis Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah.

Akhirnya, golongan Muktazilah dapat dibendung dengan hujah dan pemerintahan Abbasiah pula memberi dokongan politik pula bagi mazhab Asya`irah untuk berkembang.

Imam Abu Hasan Al-Asy`ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan masih ada pada zaman sekarang antaranya ialah Al-Ibanah `An Usul Al-Diyanah. Dalam buku ini, beliau dengan tegas menyokong imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya.

Dalam buku Al-Luma` Fi Al-Rad `Ala Ahl Al-Zaigh Wa Al-Bid`i pula beliau mengemukakan hujah logik dan nas untuk menghurai isu-isu akidah.

Buku Maqalat Al-Islamiyin mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting dalam mengkaji pelbagai mazhab dalam akidah.

Buku Istihsan Al-Khaudh Fi `Ilm Al-Kalam pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari, ia tidak harus menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Fahaman beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh seperti Al-Quran sebagai makhluk, tidak boleh melihat Allah di hari Kiamat dan lain-lain.

Imam Abu Hasan Al-Asy`ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan buku-buku sebagai pusaka ilmu yang berharga serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya.

Dia telah mewariskan satu mazhab akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini bagi menghadapi cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya.

Siapakah Salafiah?

Golongan ini adalah para pengikut aliran generasi awal dari kurun pertama Islam hingga ketiga, iaitu dari zaman Nabi Muhammad s.a.w, zaman sahabat dan tabi`in.

Page 10: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

10

Imam Al-Ajiri (wafat 360) yang merupakan salah seorang ulama mazhab Syafi`i berkata ketika menyebut nama imam-imam yang patut diikuti dalam akidah, khususnya imam Ahmad dan pengikutnya, “Tanda bagi sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya ialah dengan mengambil jalan ini: iaitu jalan yang berlandaskan Kitabullah, Sunnah Rasul s.a.w, Sunnah para sahabatnya dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan baik. Semoga Allah merahmati mereka, serta para imam dan ulama yang berada di atas landasan itu di setiap negeri seperti Al-Auza`i, Sufyan Al-Thauri, Malik bin Anas, Al-Syafi`i, Ahmad bin Hanbal, Al-Qasim bin Sallam dan sesiapa sahaja yang bersama mereka serta menjauhi semua mazhab yang tidak diikuti oleh mereka.”

Imam Ibn Rajab pula berkata, “Di zaman kami, apabila dicatit secara khusus mengenai kata-kata Salaf yang diikuti, ia kembali kepada zaman Al-Syafi`i, Ahmad, Ishaq, dan Abu `Ubaid dan manusia hendaklah berwaspada dengan apa yang timbul selepas mereka kerana sesungguhnya telah berlaku banyak perkara baru selepas mereka..”

Berdasarkan kededua pendapat ini, Salaf adalah;

• golongan yang terawal di kalangan para sahabat dan tabi`in, dan • golongan yang menurut panduan Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w, Sunnah para sahabat dan tabi`in sepanjang

zaman. Kesimpulan yang sama dinyatakan oleh Syeikh Mahmud Ahmad Khafaji berkata di dalam kitab Al-Wajiiz Fi 'Aqidah Al-Salaf Al-Salih, “Barangsiapa yang pendapatnya sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah mengenai akidah, hukum dan suluknya menurut pemahaman Salaf, maka ia disebut Salafi, meskipun tempatnya jauh dan berbeza masanya….Sebaliknya barangsiapa pendapatnya menyalahi Al-Qur'an dan Sunnah, maka ia bukan seorang Salafi meskipun ia hidup pada zaman sahabat, tabi`in dan tabi` tabi`in.”

Siapakah Ahlis Sunnah Wal Jamaah?

Fakta sejarah memberitahu bahawa istilah Ahlis Sunnah Wal Jamaah tidak dikenali di zaman Nabi s.a.w.

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai kemunculan istilah ini.

Ada yang mengatakan ia timbul di zaman pemerintahan Abbasiah apabila berlaku perselisihan antara Ahlis Sunnah dan Syi`ah.

Ada yang mengatakan ia timbul ketika pergolakan antara Ahlis Sunnah yang beraliran Salaf dan Jahmiah.

Ada pula yang berpendapat ia bermula ketika perdebatan antara Ahlis Sunnah dan Muktazilah.

Imam Al-Lalaka’i, Al-Baghawi dan Ibn Kathir membawa satu riwayat bahawa Ibn Abbas berkata ketika menafsirkan ayat 106 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud, “(Pada) hari di mana wajah-wajah akan menjadi putih dan (ada juga) wajah-wajah yang hitam…. Mereka yang putih wajahnya adalah Ahlis Sunnah Wal Jamaah serta golongan ilmuan. Manakala mereka yang hitam wajahnya adalah ahli bid`ah dan sesat.”

Al-Fudhail bin `Iyadh (wafat 187) berkata, “Golongan Murji’ah berkata: iman adalah perkataan tanpa amal, Jahmiah pula berkata: iman itu adalah pengetahuan tanpa perkataan dan amal, Ahlis Sunnah berkata: iman itu adalah pengetahuan, perkataan dan amal.”

Imam Ibn Jarir Al-Tabari (wafat 310H) berkata, “Apa yang benar dalam perkara melihat Allah bagi orang beriman di hari kiamat merupakan [pegangan] agama kami yang Allah telah tetapkan dan kami telah mendapatinya sebagai

Page 11: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

11

pegangan Ahlis Sunnah Wal Jamaah, iaitu ahli syurga akan dapat melihatNya menurut khabar yang sahih daripada Rasulullah s.a.w.”

Jika dilihat dari nukilan kata-kata ulama silam seperti di atas, ia mula disebut seawal pertengahan kurun pertama hijrah, iaitu zaman generasi awal Islam yang dikenali sebagai Salaf seperti yang dinukilkan daripada Ibn Abbas r.a.

Selanjutnya para ulama terus mendukung aliran itu sehingga kepada imam Abu Hasan Al-Asy`ari yang meneruskan usaha membasmi fahaman Muktazilah sehingga terbentuk satu gerakan dan kesatuan umat Islam, berpandukan Al-Quran dan Sunnah yang dikenali juga sebagai Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Hakikat ini memberitahu bahawa Ahlis Sunnah wujud sebelum kemunculan mazhab Asya`irah dan Ahlis Sunnah pada awalnya diisi oleh generasi Salaf dahulu lalu meliputi golongan Asya`irah kemudiannya.

Sebab itulah Asya`irah dikenali juga dengan mazhab khalaf (generasi yang datang kemudian setelah Salaf).

Menghuraikan Pertikaian

Dalam menghuraikan pertikaian, pendekatan berpegang pada sudut yang disepakati adalah satu keperluan.

Al-Quran sebagai panduan manusia telah menunjukkan kaedah ini menerusi firman Allah taala, “Katakanlah wahai Ahli Kitab mari bersama kepada satu kalimat yang sama antara kami dan kamu (untuk) tidak menyembah melainkan kepada Allah dan tidak mensyirikkan-Nya….” (Ali Imran: 64)

Jika Ahli Kitab diajak untuk berpegang pada satu hakikat kebenaran yang tidak boleh dinafikan iaitu mentauhidkan Allah, maka umat Islam sendiri perlu mencari titik persamaan agar perbalahan dan persengketaan dapat dielakkan.

Sebenarnya yang menjadi bahan perselisihan antara pengikut mazhab Salaf dan Asy`irah adalah isu-isu cabang yang tidak menjadikan seseorang yang tersilap itu terkeluar dari Islam contohnya pengertian ayat-ayat mutasyabihat dan isu bertawasul dengan yang telah mati.

Dalam isu seperti ini telah ada prinsip panduannya, iaitu seorang alim yang mempunyai kemampuan berijtihad, apabila berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, tetap mendapat pahala walaupun dia tersilap, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Jika seorang Hakim melakukan ijtihad lalu dia menepati kebenaran, maka dia dapat dua pahala. Jika dia salah, dia dapat satu pahala.” (Riwayat Al-Bukhari)

Golongan yang mendakwa menuruti aliran Salaf, tidak layak, malah tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukum syirik atau terkeluar dari Islam ke atas saudara-saudaranya yang tidak sealiran dengan mereka seperti Asya`irah.

Menghukum seseorang sebagai kafir atau musyrik secara tidak benar adalah satu dosa yang besar.

Begitu juga dengan tuduhan ahli bid`ah.

Syeikh Hatim Al-`Auni, seorang ahli hadis kontemporari di Mekah berkata, “Asya`irah adalah seperti sebuah istana bagi Ahlis Sunnah”

Page 12: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

12

Begitu juga pendakwah terkenal di Timur Tengah, Syeikh Muhammad Hassan mengatakan bahawa Asya`irah adalah termasuk dalam golongan Ahlis Sunnah.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga mempertahankan Asya`irah sebagai salah satu dari kumpulan Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Ulama terdahulu juga telah menjelaskan kedudukan Asya`irah sebagai Ahlis Sunnah.

Imam Al-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-A`lam berkata, “Abu Musa Al-Asy’ari berada di atas pegangan akidah Ahlis Sunnah Wal Jamaah.”

Demikian juga pendapat ulama lain seperti Qadhi `Iyadh di dalam kitab Tartib Al-Madarik, Imam Ibn `Asakir dan Al-Subki. Mereka bahkan berpendapat imam Abu Hasan Al-Asy`ari termasuk dari kalangan Salaf dan imam Ahli Hadis.

Golongan yang selesa dengan aliran Asya’irah pula tidak boleh menolak aliran Salaf sebagai Ahlis Sunnah kerana mereka juga mengamalkan Islam berpandukan nas Al-Quran, Hadis dan fahaman para sahabat Nabi s.a.w. yang memang diakui semua sebagai sumber agama.

Imam Ibn Al-Jauzi, seorang tokoh ulama beraliran Asya`irah menyebut di dalam kitabnya Talbis Iblis bahawa yang dinamakan sebagai Ahlis Sunnah itu adalah mereka yang mengikuti kebenaran dan ahli bid`ah pula yang mengikuti kesesatan. Selanjutnya beliau menukil kata-kata Ali Al-Madini yang mengakui golongan Ahli Hadis sebagai Ahlis Sunnah.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, sebagai contoh, seorang yang mendukung dan berpegang dengan mazhab Asya`irah juga mengakui mazhab Salaf sebagai Ahlis Sunnah dan berpegang bahawa pendapat mereka dalam soal ayat-ayat mutasyabihat lebih selamat.

Seorang ulama Al-Azhar kontemporari bernama Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi turut menjelaskan bahawa tiada masalah atau pertikaian antara umat Islam terdahulu di kurun-kurun yang pertama Islam mengenai sifat-sifat Allah.

Tercetusnya masalah dalam lingkungan Ahli Sunnah pada awal kurun ketiga hijrah dan ia berkisar hanya pada perkara-perkara ijtihad dalam pentakwilan sifat-sifat Allah.

Kesimpulan dasarnya di sisi semua ulama mengenai pegangan Ahlis Sunnah ialah fahaman yang kembali kepada sumber asal iaitu Al-Quran dan Sunnah serta amalan para sahabat dan tabi`in dan mereka juga tidak berselisih mengenai fakta bahawa akidah yang dipegang dan diamalkan umat Islam pada kurun pertama Islam adalah benar kerana bersumber pada Al-Quran dan Sunnah.

Walaupun istilah Ahlis Sunnah belum digunapakai pada ketika itu, tetapi tiada khilaf dari kalangan ulama yang datang kemudian untuk menerima pendapat yang dipegang oleh mereka di zaman itu mengenai tidak mentakwil sifat-sifat Allah sebagai pendapat yang sah Ahlis Sunnah. Bahkan pendapat ini mendahului pendapat golongan Asya`irah dalam Ahlis Sunnah seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Aliran-aliran kefahaman atau mazhab boleh dianggap seperti madrasah atau sekolah.

Masing-masing mempunyai kekuatan kurikulum yang tersendiri.

Pasti juga ada sudut-sudut kelemahan yang perlu diperbaiki.

Page 13: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

13

Matlamat utama bagi semua adalah melahirkan anak-anak murid yang baik akhlaknya, cerdas pemikirannya dan bersikap profesional dalam menguruskan diri dan sekitaran apabila melangkah ke medan kehidupan.

Adalah satu perkara yang biasa bagi pelajar-pelajar dari setiap institusi pengajian untuk merasa bangga dengan tempat pengajiannya, tetapi bukanlah satu kewajaran, malah ia satu keaiban untuk menuduh institusi lain dengan tuduhan kesat dan sesat.

Para ulama Salaf dan Asya`irah dari dahulu hingga sekarang telah bersepakat mengenai tanzih (mensucikan Allah dari segala persamaan dengan makhluk dan segala sifat-sifat kekurangan). Malah terdapat banyak persamaan dalam persoalan akidah antara aliran Salaf dan Asya’irah, iaitu;

• kededua pihak jelas mensucikan Allah taala daripada menyerupai makhluk.

• kededua pihak meyakini bahawa maksud sebenar ayat mutasyabihat bukanlah maksud zahirnya yang menyerupai makhluk.

• kedua-dua pihak mengetahui lafaz yang digunakan dalam ayat-ayat itu adalah lafaz yang difahami oleh manusia dan dapat dirasai oleh pancaindera. Walaupun bahasa Arab luas, tetapi ia tidak merangkumi semua hakikat ilmu. Hakikat Allah s.w.t tidak mampu diterangkan oleh keterbatasan bahasa itu. Bahasa adalah sesuatu yang terhad kerana ia difahami dari sudut makna lafaz sahaja. Menentukan makna hanya dari sudut lafaz sahaja tidak memberi erti yang tepat.

• Kededua sepakat pada keharusan takwil. Perselisihan hanya pada keperluan menentukan makna takwil yang diperlukan bagi menjaga akidah masyarakat umum daripada menyamakan Allah taala dengan makhluk.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, “Perselisihan seperti itu tidak perlu dirumitkan dan diperbesarkan.”

Dalam isu menghuraikan maksud sifat Allah yang tertentu, ada yang membiarkannya tanpa takwilan apa-apa, iaitu menyerahkan maksudnya secara total kepada Allah.

Mereka itulah golongan yang menuruti aliran Salaf.

Ada pula yang mentakwil untuk memberi kefahaman betul kepada masyarakat awam tentang sifat Allah yang tidak sama dengan makhluk.

Imam Ibn Kathir merupakan contoh terbaik dalam hal ini.

Adakalanya beliau menggunakan kaedah takwil dan adakalanya tidak.

Sebagai contoh, ketika mentafsirkan ayat istiwa’, beliau berkata, “Manusia mempunyai pelbagai pandangan tentang perkara ini. Saya (Ibn Kathir) mengikut pandangan Salaf dalam ayat ini, antaranya seperti Imam Malik, Al-Auza`i, Al-Thauri, Al-Laith bin Sa`ad, Al-Syafi`i, Ahmad, Ishak bin Rahawaih dan yang lain dari kalangan para imam dahulu dan sekarang. Mereka mengambil pandangan bagi membiarkan nas itu sebagaimana zahir tanpa disebut bagaimana dan tidak menyerupakan dengan sifat makhluk, serta tidak menafikan nas-nas itu.”

Tetapi pada ayat-ayat sifat yang lain, beliau mengambil kaedah pentakwilan pada ayat-ayat mengenai sifat tangan.

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa kaedah takwil juga digunakan oleh golongan Salaf jikalau takwilan itu hampir kepada nas Al-Quran dan tidak terkeluar jauh dari maksud yang sebenar.

Page 14: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

14

Ini dilakukan oleh imam Ibn Kathir seperti contoh di atas dan juga imam Al-Baihaqi, Al-Nawawi, Ibn Hajar dan ramai lagi.

Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Syinqiti, seorang alim dari Mauritania berkata, “Harus berlaku kesilapan pada golongan Asya`irah, Maturidiah, Hanbali, Salafiah.. dan mereka semua tidak boleh dikafirkan oleh kesilapan-kesilapan tersebut.”

Dalam konteks dunia Nusantara, Dr Abdol Rauh Yacob, seorang pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei dan juga ahli sejarah Islam dan Tanah Melayu berkata, “Dunia Melayu tidak terlepas dari jaringan ummah antarabangsa. Walau apa pun, pelbagai bentuk tasawwur yang wujud di dunia Melayu seperti akidah Asya’irah ataupun sufi Imam al-Ghazali, ijtihad Ibn Taimiyah, Salafi Wahabi ataupun dinamika Afghani, Salafi Abduh, Haraki al-Banna, namun sikap kita tidaklah harus sangsi atas kepelbagaian tasawwur dan ittijah di atas. Ini kerana tokoh-tokoh ini ialah tokoh yang berkaliber mampu menggarap persoalan umat Islam dan menyediakan formula bagi mengembalikan semula kemurniaan dan keaslian agama Islam sekaligus mengangkat kemuliaan dan keagungan Islam berdasarkan kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah… Maka adalah tidak tepat sekiranya kita cuba membezakan antara gerakan di atas apatah lagi meminggir dan menafikan peranan mereka. (Islam di Tanah Melayu

Abad ke 19, 2007)

Habib Ahmad Zein Alkaff, seorang tokoh ulama di Jawa Timur pula berkata, “Wahabi sama-sama Ahli Sunnah. Kalau Wahabi, kitab rujukannya sama, rukun Iman dan Islamnya sama..”

Kesimpulan

Jika dinilai dengan hati yang bersih dan minda yang jelas, isu perbezaan ini sebenarnya tidak mengeluarkan mana-mana pihak pun dari lingkaran Islam.

Ia hanya berkisar tentang isu cabang.

Jika itulah hakikat keadaannya, maka amat tidak berbaloi bagi umat Islam saling berbalah sehingga

ada yang memberi gelaran tertentu yang negatif terhadap pihak lain dan ada pula sampai menjatuhkan hukum kafir atau bid’ah terhadap temannya sedangkan mereka solat bersama, puasa di bulan yang sama, pergi haji ke tempat yang sama dan banyak melakukan perkara-perkara lain bersama-sama.

Mengapakah tidak mengambil jalan yang adil lagi berhikmah dalam mengendalikan isu agama dengan hubungan sesama insan?

Umat Islam sering diingatkan dengan firman Allah taala, “Dan berpeganglah kamu semua pada tali Allah dan jangan berpecah belah..” (Ali Imran: 16)

Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah mengingatkan umatnya dengan sabdanya, “Telah menular dikalangan kamu penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan benci sesama kamu, dan ia adalah pemotong. Aku tidak bermaksud memotong rambut tetapi memotong agama. Dan demi jiwaku di dalam genggamanNya, kamu semua tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan (cara) mengukuhkan sifat itu dalam diri kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.” (Riwayat Al-Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi & Al-Bukhari di dalam Adab Al-Mufrad)

Page 15: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

15

Marilah sama-sama rapatkan perhubungan sesama insan sepertimana rapatnya saf di dalam solat berjemaah.

Renggangnya saf di dalam solat akan menyebabkan syaitan mencelah, begitu jugalah boleh terjadi di luar solat, jika renggang hubungan maka mudahlah syaitan mencelah untuk menyuntik semangat permusuhan.

Perbuatan melontar tuduhan terhadap saudara sesama Islam oleh golongan Salafi dan Asya`irah hendaklah dihentikan oleh kededua pihak dan kembali kepada tradisi ulama silam yang berbincang secara ilmiyah, lapang dada dan matang.

Rujukan:

• Yusuf Al-Qaradhawi. 2014. Merungkai pertelingkahan isu akidah antara salaf dan khalaf. PTS Islamika Sdn. Bhd. Selangor.

• Muhammad Ba Karim Muhammad Ba Abdullah. 1994. Wasatiyyah Ahl Al-Sunnah Bayn Al-Firaq. Dar Al-Rayah. Riyadh.

• Hibat Allah bin Al-Hasan Al-Tabari Al-Lalakaa’i. 2001. Syarh Usul I`tiqad Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama`ah. Maktabah Dar Al-Basirah. Iskandariyyah. Misr.

• Abu Fida’ Ibn Kathir Al-Dimasyqi. 1993. Tabaqat Fuqaha’ Al-Syafi`iyyin. Maktabah Al-Thaqafah Al-`Ilmiyah. Misr.

• `Ilmiy Husain Muhammad Al-Misri. 1972. Taudhih Al-Tauhid. Maktabah Al-Jami`ah Al-Azhariah. Misr.

• Sayid Sabiq. Terj. M. Abdai Rathomy. 1991. Akidah Islam: Pola Hidup Manusia Beriman. Pustaka Nasional. Singapura.

• Ibn Al-Jauzi. 1403H. Talbis Iblis. Dar Al-Qalam. Bayrut.

• Farid Mat Zain (peny.) . 2007. Islam di Tanah Melayu Abad ke 19. Karisma Publications. Malaysia.

• www.youtube.com

Manhaj Wasati dalam Ijtihad Maqasidi

oleh ustaz Mohammad Rizhan bin Leman

Para ulama Usul Al-Fiqh telah membincangkan dengan panjang lebar mengenai ijtihad dan kepentingannya dan telah menggariskan syarat-syarat yang harus dimiliki oleh para mujtahid.

Page 16: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

16

Di antara syarat-syaratnya ialah menguasai ilmu mengenai Al-Quran, Sunnah, ijma’ yang sahih, Usul Al-Fiqh, Bahasa Arab dan Maqasid Al-Shari`ah (tujuan-tujuan shari`ah).12

Imam Al-Shatibi adalah di antara ulama yang terawal yang menjadikan ilmu Maqasid Al-Shari`ah sebagai syarat pertama yang harus dipenuhi untuk mencapai darjat ijtihad.13

Oleh kerana kepentingan ilmu Maqasid Al-Shari’ah tulisan ini akan membicarakan kaitan ilmu ini dan ijtihad.

Penggunaan Maqasid Dalam Berijtihad

Terdapat tiga pendekatan berbeza.

1. Berhenti pada zahir nas tanpa melihat kepada maqasid

Sebahagian ulama berhenti pada zahir nas tanpa melihat kepada maqasid di dalam Ijtihad. Di antara para ulama yang mengambil pendekatan ini adalah imam Ibn Hazm. Beliau memiliki kefahaman yang pelik mengenai hadis, “Janganlah seseorang daripada kalian kencing di air yang tidak mengalir kemudian mandi daripadanya.”14 Di dalam riwayat yang lain, “Janganlah salah seorang daripada kalian kencing pada air yang tidak mengalir kemudian berwudhu’ daripadanya.”15 Menurut pandangan beliau, haram ke atas orang yang kencing pada air yang tidak mengalir untuk berwudhu’ serta mandi daripadanya. Adapun jika seseorang kencing luar daripada air tersebut, kemudian air kencing tersebut mengalir ke dalamnya, dibenarkan baginya untuk berwudhu’ dan mandi daripada air tersebut.16 2. Memahami nas syara’ tanpa mengabaikan maqasid

Adapun jumhur ulama umat ini memahami nas Al-Quran dan Sunnah tanpa mengabaikan maqasid. Mengaitkan antara nas syara` dan maqasidnya bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan para sahabat telah mengambil jalan ini dalam memahami perintah Rasulullah s.a.w. Di dalam hadis Ibn Umar bahawasanya Nabi pernah bersabda, “Janganlah seseorang dari kamu solat Asar kecuali di Bani Quraizhah.”17

12`Abd Al-Karim bin `Ali Al-Namlah, Al-Muhazzab Fi Ilm Usul Al-Fiqh Al-Muqarin (Riyadh: Maktabah Al-Rushd, cetakan kelima, 2009), hlm. 2322-2336. 13Ahmad Al-Raishuni, Nazariyyah Al-Maqasid `Inda Al-Imam Al-Shatibi (Kaherah: Dar Al-Kalimah Li Al-Nashr Wa Al-Tawzi`, 2014), hlm. 319. 14Hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Wudhu’. 15Hadis riwayat Al-Tirmidhi dalam kitab Taharah. 16Ali bin Ahmad bin Hazm, Al-Muhalla Syarh Al-Mujalla (Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-`Arabi, cetakan ketiga, 2001), jilid 1, hlm. 164. 17Hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Solat Al-Khawf.

Page 17: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

17

Para sahabat berbeza pendapat dalam memahami sabda Nabi s.a.w ini. Segolongan daripada mereka solat asar di Bani Quraizhah walaupun waktu Asar telah pun luput kerana berpegang dengan makna zahir dari kata-kata Nabi s.a.w. Manakala para sahabat yang lain pula melakukan solat asar di pertengahan jalan sebelum terbenamnya matahari kerana mereka memahami maksud dari kata-kata itu ialah perintah agar sampai di Bani Quraizhah sebelum masuk waktu Maghrib dan solat Asar di sana. Ramai di kalangan para ulama menguatkan pandangan golongan sahabat yang menunaikan solat Asar di pertengahan jalan sebelum terbenamnya matahari.18 3. Berlebihan di dalam penggunaan maqasid dan mengabaikan nas Terdapat golongan yang berlebihan di dalam penggunaan maqasid dalam berijtihad sehingga mengabaikan nas. Mereka mengabaikan nas qath`ii atas nama maqasid dan maslahah serta mengikut hawa nafsu di dalam mengutarakan pandangan. Pendekatan ini boleh menatijahkan pandangan fiqh yang pelik dan bercanggah dengan nas Al-Quran dan Sunnah. Antara contoh-contohnya ialah: (i) Menyamaratakan antara bahagian anak wanita dan anak lelaki dalam pembahagian harta warisan

Habib Bourguiba, bekas Presiden Tunisia, pernah mengajak kepada penyamarataan bahagian anak wanita dan anak lelaki dalam pembahagian harta pusaka dengan berhujahkan perkembangan hukum-hakam berdasarkan perkembangan pemahaman konsep keadilan. Beliau berpandangan bahawa melebihkan bahagian anak lelaki hanya sesuai pada zaman lampau di mana anak-anak wanita dikebumikan hidup-hidup. Adapun pada zaman ini, hukum ini adalah tidak relevan lagi.19 Pendapat Habib Bourguiba ini tidak dapat diterima kerana jelas bercanggah dengan nas Al-Quran, “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” (Al-Nisa’: 11) (ii) Memindahkan solat Jumaat ke hari Ahad Ustaz Zhafir Al-Qasimi menceritakan dalam Persidangan Pemikiran Islam yang ke-17 di Algeria bahawa sekumpulan orang Islam dari Amerika mengadu kepada beliau mengenai isu solat Jumaat di Amerika, iaitu tidak ramai yang menghadirinya jika

diadakan pada hari Jumaat kerana kesibukan bekerja pada hari tersebut. Tapi ramai yang akan menghadirinya jika diadakan solat pada hari Ahad. Ustaz Zhafir lalu mengutarakan pandangannya bahawa dibenarkan memindahkan solat Jumaat ke hari Ahad demi menjaga kemaslahatan para penduduk di sana.20

18Jaseer `Awdah, Inatoh Al-Ahkam Al-Syar`iyyah Bi Maqasidiha (Al-Ma`had Al-`Alami Li Al-Fikr Al-Islami, 2006), hlm. 6. 19`Abd Al-`Aziz bin `Abd Allah bin Baz, Hukm Al-Islam Fi Man Za`ama Anna Al-Quran Mutanaqid Aw Mushtamil `Ala Ba`adh Al-Khurafat, http://www.binbaz.org.sa/mat/8204 (dilihat pada 18 Disember 2014).

Page 18: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

18

Bagaimanakah kita boleh menerima pandangan ini sedangkan Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Al-Jumu`ah: 9) Oleh itu, pandangan ini tidak boleh diterima kerana bercanggah dengan nas Al-Quran. (iii) Harus meninggalkan puasa Ramadan Pada tahun 1961, Habib Bourguiba mengatakan bahawa puasa pada bulan Ramadan boleh menjejas produktiviti kerja. Justeru itu, beliau mengajak rakyatnya agar meninggalkan puasa kerana menurutnya Tuhan menjadikan agama ini mudah dan bukan menyukarkan.21 Pada ketika itu, imam Tahir bin `Ashur, seorang alim dan pakar dalam bidang Maqasid Al-Shari`ah diminta untuk mengeluarkan fatwa yang bertepatan dengan pandangan pemimpin Tunisia tersebut. Beliau pun membacakan firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah:183) lalu berkata “Benarlah firman Allah dan telah berbohonglah Bourguiba.” Di antara sandaran golongan ini ialah kaedah mengutamakan maslahah ke atas nas apabila berlaku pertembungan di antara keduanya yang disandarkan kepada imam Najmuddin Al-Tufi. Persoalannya ialah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh imam Al-Tufi dari kaedah yang beliau sebutkan itu? Pengertian “Nas” Menurut Pandangan Imam Al-Tufi Para ulama berbeza pendapat dalam memahami pengertian “nas” menurut pandangan imam Al-Tufi. Samada dimaksudkan itu dalil qath`ii atau zhanni? Apabila dirujuk kembali kepada penulisan imam Al-Tufi, jelas didapati bahawa yang dimaksudkan beliau dengan nas dalam kaedah itu ialah dalil zhanni. Adapun mengenai nas qat`ii, imam Al-Tufi berkata, “Jika nas tidak mengandungi kemungkinan dalam keadaan umum, mutlak, dan menjadikannya bersifat qath`ii sehingga tidak mungkin membawa makna lain, saya berpendapat bahawa nas seperti ini tidak mungkin bertentangan dengan maslahah, tetapi selaras.”22 Maka yang difahami dari kata-kata di atas ialah nas qath`ii tidak mungkin bertentangan dengan maslahah di sisi imam Al-Tufi. Pengertian “Maslahah” Menurut Pandangan Imam Al-Tufi 20Yusuf bin `Abd Allah Al-Qaradhawi, Al-Ijtihad Al-Mu`asir Bayn Al-Indibath Wa Al-Infirath (Dar Al-Tawzi` Wa Al-Nashr Al-Islamiyyah), hlm. 73-74. 21Shawqi, Al-Nas Al-Asli Li Khitab Al-habib Bourguiba `An Ramadan, http://www.alawan.org/%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%B5%D9%91-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D8%B5%D9%84%D9%8A%D9%91.html (disaksikan pada 20 Disember 2014). 22Muhammad Yusri, Al-Maslahah Fi Al-Tashri` Al-Islami (Misr: Dar Al-Yusr Li Al-Tiba`ah Wa Al-Nashr), hlm. 133.

Page 19: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

19

Maslahah yang dimaksudkan oleh imam Al-Tufi pula adalah yang berkaitan dengan muamalat dan adat bukan yang berkaitan dengan ibadat dan muqaddarat (bilangan, jumlah, bahagian, ukuran, atau tempoh yang telah ditentukan oleh syara` seperti bahagian harta warisan) sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan. Imam Al-Tufi berkata, “Yang diambil kira (maslahah) adalah dalam (kategori) muamalat dan seumpamanya, bukan dalam (kategori) ibadat dan seumpamanya kerana ibadat merupakan hak yang dikhususkan bagi syara`.”23 Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa menurut imam Al-Tufi, dalil zhanni boleh dikhususkan dengan maslahah yang bersifat qath`ii dan bukan menolak dalil qath`ii pada dilalah dan thubut dengan berhujahkan maslahah.24 Manhaj Wasati dalam Ijtihad Maqasidi

Manhaj wasati dalam ijtihad maqasidi mempunyai garis panduannya tersendiri, antaranya ialah:

1. Tidak menetapkan Maqasid Al-Shari`ah tanpa dalil Tidak sepatutnya bagi sesiapa untuk menetapkan Maqasid Al-Shari`ah kecuali dengan membawa dalil. Tidak dibenarkan untuk menetapkannya dengan hawa nafsu semata-mata. Menetapkan maqasid tanpa dalil adalah dilarang sesuai dengan firman Allah taala, “Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.” (Al-Isra’: 36) Para ulama Usul Al-Fiqh telah membahaskan pelbagai cara untuk mengenal pasti Maqasid Al-Syari`ah di dalam kitab-kitab mereka. 2. Tidak menyamakan maqasid dengan wasail Maqasid adalah kata banyak bagi maqsad.

Dr. Muhammad Sa`ad Al-Ayubi telah mendefinisikannya sebagai “makna, hikmah dan sebagainya, yang diberikan perhatian oleh Syari` [Tuhan] di dalam mensyariatkan sesuatu yang bersifat umum atau khusus, demi merealisasikan maslahah hamba-hamba.”25 Adapun wasaail, ia adalah kata banyak bagi wasilah yang membawa erti: setiap sesuatu yang dengannya dapat direalisasikan tujuan tertentu. Adalah satu kesilapan untuk menjadikan maqsad sebagai wasilah atau sebaliknya. Maqsad adalah tetap dan tidak berubah. Sedangkan wasilah bersifat tidak tetap dan boleh berubah.

23Ibid., hlm. 145. 24Ibid., hlm. 125. 25Muhammad Sa`ad bin Ahmad Al-Ayubi, Maqasid Al-Shari`ah Al-Islamiyyah Wa `Alaqatuha Bi Al-Adillah Al-Syar’iyyah (Dar Ibn Al-Jauzi Li Al-Nashr Wa Al-Tawzi`, cetakan kedua, 1430H), hlm. 38.

Page 20: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

20

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri, beliau berkata, “Kami mengeluarkan zakat fitrah dengan satu sa` [timbangan antara 2040 – 2751 gram] makanan; satu sa` dari gandum, satu sa` kurma, satu sa` dari keju, satu sa` dari kismis”.26 Adakah barang-barang yang terdiri dari gandum, kurma, keju dan kismis dianggap sebagai maqasid atau wasail? Apakah maqasid di sebalik zakat fitrah?

Jawapan bagi soalan kedua terdapat di dalam hadis Ibn Abbas, “Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai penyucian bagi orang yang berpuasa dari percakapan dan perbuatan sia-sia, serta sebagai makanan untuk orang miskin.”27 Tujuan (maqsad) daripada zakat fitrah bagi yang menunaikannya adalah untuk menyucikannya dari percakapan dan perbuatan sia-sia. Manakala tujuan bagi yang menerimanya pula adalah untuk memenuhi keperluannya pada Hari Raya.28 Jika tujuan telah dikenal pasti, maka jelaslah bahawa perkara-perkara yang disebutkan di dalam hadis iaitu gandum, kurma, keju, kismis merupakan wasilah yang boleh berubah. Oleh yang demikian, sebahagian ulama berpendapat dibenarkan untuk menunaikan zakat fitrah dengan menggunakan wang.29 3. Membezakan antara thawabit (yang mesti kekal) dan

mutaghayyirat (yang boleh berubah) Thawabit adalah hukum-hakam syarak yang ditetapkan melalui dalil-dalil qath`ii dari sudut dilalah dan thubut, atau dengan ijma’ yang sahih.30 Ia merangkumi rukun iman, rukun Islam, muqaddarat, prinsip muamalat, akhlak dan apa jua hukum yang ditetapkan melalui dalil qath`ii dari sudut dilalah dan thubut, atau Ijma’ yang sahih. Tidak dibenarkan untuk berijtihad pada hukum sebegini. Manakala mutaghayyirat adalah hukum-hakam yang ditetapkan melalui dalil zhanni, atau ditetapkan berdasarkan qiyas, masalih mursalah (maslahat yang diakui) atau `urf (adat kebiasaan).31 Dibenarkan untuk berijtihad pada jenis hukum sebegini. Di antara contoh bagi nas zhanni adalah firman Allah taala, “dan sapulah kepala kamu” (Al-Maidah: 6). Para ulama berbeza pandangan mengenai kadar menyapu kepala ketika wudhu’ sebagaimana yang disebut dalam ayat ini.

26Hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Zakat. 27Hadis riwayat Abu Dawud dalam kitab Zakat. 28Ahmad Al-Raishuni, Al-Fikr Al-Maqasidi: Qawaiduh Wa Fawaiduh (Mathba`ah Al-Najah Al-Jadidah, 1999), hlm. 83. 29Ibid., hlm. 85. 30 Al-Qarahdaghi, Fiqh Al-Thawabit Wa Al-Mutaghayyirat, http://www.qaradaghi.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=610:2009-07-15-07-24-04&catid=108:2009-07-15-07-17-55&Itemid=40 (disaksikan pada 20 Disember 2014). 31Ibid.

Page 21: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

21

Adakah ianya meliputi seluruh kepala atau sebahagian darinya sahaja? Hal ini adalah kerana, walaupun ayat ini adalah qath`ii thubut disebabkan ia adalah ayat Al-Quran tapi ianya adalah zhanni pada dilalah (makna).

4. Menepati syarat-syarat maslahah Terdapat ikatan yang rapat antara maqasid dan masalih sehinggakan sebahagian ulama berpandangan bahawa kedua istilah ini membawa pengertian yang sama.32 Imam Al-Tufi mendefinisikan maslahah sebagai “sebab yang membawa kepada maksud Syari`”.33 Oleh yang demikian, ijtihad maqasidi perlu menepati syarat-syarat maslahah sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama’. Antaranya ialah: (i) maslahah tersebut hendaklah bersifat hakiki dalam merealisasikan kemaslahatan hamba Allah (ii) maslahah tersebut tidak bercanggah dengan ayat Al-Quran atau hadis (iii) maslahah tersebut tidak bercanggah dengan ijma` yang sahih.34

Kesimpulan

Penulis ingin mengajak para asatizah di tanahair Singapura ini agar berpegang teguh dengan manhaj wasati dalam mempraktikkan ijtihad maqasidi.

Ijtihad maqasidi mempunyai garis panduan tertentu yang harus ditepati.

Ia bukan sejenis ijtihad yang mengabaikan nas-nas qath`ii dengan berselindung di sebalik nama maqasid dan bukan juga yang memberikan perhatian kepada maslahah tanpa mengambil kira syarat-syarat penggunaannya.

Be Excellent Muslim: Why Muslims Must Have Pioneering Spirit & Breakthrough Ideas by ustaz Muhammad Haniff Hassan In an article titled, Konsep Wasatiyah Dari Sudut Pandangan Prof. Kamal Hassan (The Concept of Wasatiyah from the Perspective of Prof. Kamal Hassan), published in Wasat no 1 / Feb. 2015, Prof. Kamal Hassan, a respected contemporary Muslim thinker and scholar, asserts that wasatiyah is not mediocrity. He then explains further that Muslim scholars, past and present, have always understood that excellence and being the best is one important meaning of

32Jasser `Awdah, Maqasid Al-Shari`ah: Dalil Li Al-Mubtadi’in (Ma`had Al-`Alami Li Al-Fikr Al-Islami, 2001), hlm. 15. 33 Ibid., hlm. 16. 34Wahbah Mustafa Al-Zuhaili, Usul Al-Fiqh Al-Islami (Dimasyq: Dar al-Fikr, 1986), hlm. 799-800.

Page 22: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

22

wasat in Arabic which reconciles the concept of ummah wasat (justly balance nation) in the Quran, 2:143 and khayr ummah (the best nation) in the Quran, 3:110. In other word, to be a wasat Muslim is to be the best of his ability and to strive for excellence all the time. There are many characteristics of an excellent Muslim. This article seeks to highlight the importance of pioneering spirit and breakthrough ideas that Muslim should possess to achieve excellence and manifest wasatiyah of Islam. The article argues that Islam commands Muslim to possess pioneering spirit and constantly generate breakthrough ideas that will shatter imaginary and real life barrier that inhibit personal success, progress and development. The 5 dalils (evidences) that will support the above point. 1. Islam commands Muslim to attain ihsan in all things The Prophet has said, “Verily Allah has prescribed ihsan (proficiency, perfection) in all things. So if you kill then kill well; and if you slaughter, then slaughter well. Let each one of you sharpen his blade and let him spare suffering to the animal he slaughters.” (Narrated by Muslim) Ihsan is popularly related to compassion. However, it also carries another meaning that is more relevant here which is striving for perfection or giving one’s best

as implied from the above hadith by many scholars. Another hadith that carries a similar meaning is the Prophet’s response to a request by Angel Gabriel that came to visit him in front of his companions, “Inform me about ihsan.” The Prophet replied, “It is that you should serve Allah as though you could see Him, for though you cannot see Him yet He sees you.” (Narrated by Muslim) The hadith enjoins us not to submit to Allah by mere belief but to attain a higher (perfect) order of submission – as though we see Him with all His greatness in front of us or we feel His greatness and presence all the time. Scholars view that upholding ihsan is not an option but an obligation. This is implied the word kataba (has prescribed) in the first hadith which is often used to mean obligatory.

Thus, the value of ihsan here must spur in us a “give-our-best” spirit to attain and produce the best and excellent result in our every endeavour. Muslims cannot settle or content with mediocrity or average achievement. Ihsan has two aspects, 1) to constantly improve our personal performance and achievement, and 2) to be the best in comparison with others’ achievement. It is on the basis of the former that our past scholars strive to attain their “[to]day is better than yesterday and tomorrow is better than today”. The latter will be touched in the succeeding part. It must also be highlighted that the Quran describes Muslims as the best nation (3:110).

Page 23: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

23

This is not a mere description of Muslims during the revelation but also a command for all Muslims to attain. Logically, this noble status can never be achieved without the value of ihsan. 2. Islam commands Muslims to compete with one another in doing good deeds There are many verses in the Quran that relate to this point; “For, every community faces a direction of its own, of which He is the focal point. Vie, therefore, with one another in doing good works. Wherever you may be, God will gather you all unto Himself: for, verily, God has the power to will anything.” (The Quran, 2:148) “So for this let the competitors compete.” (The Quran, 83:26) “And vie with one another to attain to your Sustainer's forgiveness and to a paradise as vast as the heavens and the earth, which has been readied for the God-conscious.” (The Quran, 3:133) As of hadiths, the following quatations are some that point to the same meaning; “If people knew what virtue lies in the azan and [praying] in the first row, and they could not [obtain these opportunities] except by drawing lots, they would definitely do so. If they knew what virtue lies in going early to prayer, they would have vied with one another [to do so]. If they knew what virtue lies in the evening and morning prayers, they would definitely go to them, even if crawling on their knees.” (Narrated by Al-Nasa’ii) “There should be no envy but only in case of two persons: one having been endowed with wealth and power to spend it in the cause of Truth, and (the other) who has been endowed with wisdom and he decides cases with the help of it and teaches it (to others).” (Narrated by Muslim) Both hadiths enjoin spirit of competition in rituals and charity. More interestingly, the later hadith teaches us that the right way to “envy” someone’s achievement is to drive ourselves to do better than the person is, instead of destroying his accomplishment. This is the essence of healthy or ethical competition that is known today in business. The spirit was alive among the companions during the life of the Prophet that each of them was trying to be better than the other in ibadah and charity. One most prominent and popular example is reported in a hadith on Umar. It was reported, when the Prophet made a public appeal for donation to support a military mission, Umar said, “At that time I had some money. I said, ‘Today I shall surpass Abu Bakr, if I am to ever surpass him on any day.’ I therefore brought half of my wealth. The Messenger of Allah s.a.w asked, ‘What have you left for your family?’ I replied, ‘The same amount.’ Abu Bakr r.a brought all that he had with him. The Messenger of Allah s.a.w asked him, ‘What have you left for your family?’ He replied, ‘I have left Allah and His Messenger for them.’ Thereupon I said, ‘I shall never surpass him in anything.’” (Narrated by Al-Turmuzi and Abu Daud) Another hadith reports a competitive spirit between Abu Bakr and Umar r.a. Both have heard the Messenger of Allah s.a.w praising the way Ibn Mas`ud r.a. recited the Quran, saying: “A person who wants to recite the Quran as tenderly as it was revealed should recite it in the same way as Ibn Um ‘Abd does.” Umar r.a hurriedly went to Ibn Mas`ud’s house at night to convey these glad tidings to him only to be told that Abu Bakr r.a. has already preceded him. Umar r.a. then said, “If he really did, then he usually does precede us in everything that

Page 24: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

24

is good. Whenever we compete against each other in goodness, Abu Bakr always wins!” (See article Competition in Good Deeds, at islamweb.net) Competition and being competitive as driving forces for development and progress are a known fact in business studies and history of civilisations. It is in the same spirit that many have driven themselves to venture into new terrain or pioneering work or invention that benefits many. 3. Pioneering work is highly encouraged in Islam The Prophet says, “He who introduced some good practice in Islam which was followed after him (by people) he would be assured of reward like one who followed it, without their rewards being diminished in any respect.” (Narrated by Muslim) If we are to put together the meaning of this hadith with the above three points, we can conclude that Muslims are not

only enjoin to do good deed and lead others to do the same but more importantly in the spirit of ihsan and competition to pioneer new deeds, new ways to good deed, new ideas or new invention, as long as they do not fall under prohibited bid`ah in Islam. Nothing is dearer to Muslims than getting rewards from Allah and His pleasure that would guarantee salvation in the eternal life. Here, the hadith points to such way. By pioneering new deeds, ways and ideas and inventing new things not done by anyone before, a Muslim would not only reap reward for his deed but also get a share from those who benefit from his pioneering contribution. 4. Islam encourages Muslim to leave behind legacy This is based on the Prophet’s saying, “When a man dies, his deeds come to an end except for three things: sadaqah jariyah (ceaseless charity); a knowledge which is beneficial, or a virtuous descendant who prays for him (for the deceased).” (Narrated by Muslim)

Sadaqah jariyah and beneficial knowledge are the relevant point here. Of course, Muslims will benefit from any sadaqah jariyah and knowledge but the one that is new and without peer will bring greater benefit to people and greater reward to its pioneer. This is also in line with the spirit of ihsan and competition. Although we do not belittle small and ordinary deeds, the spirit of doing and being the best requires us to chart new and pioneering terrain. Historically, pioneering work that benefits many would be remembered most and last in history and this could be another source or benefit for the pioneer – du`a (prayer) from all that remember him throughout history. 5. Islam commands itqan in everything The Prophet says, “Allah loves to see his servant who does a job with itqan (meticulously).” (Narrated by Al-Tabarani)

Page 25: Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas ... fileTelah diketahui salah satu masalah pelampauan yang menonjol hari ini ialah pelampauan dalam berjihad. Atas dasar ini, pastinya

25

It could be said that itqan is another side of ihsan. One manifestation of ihsan is to do anything with itqan or in a meticulous manner. Being meticulous includes asking questions;

• What have not been done before? • What is in need for improvement? • How can it be done differently, rather than repeating the same thing?

Closing Remark It must be highlighted also knowing the above and inculcating them in us are important but is not enough to effect pioneering work. We need right skill and knowledge on how to translate the above into real action and product. We also need skills and knowledge relevant to specific work that we want to do or field we are venturing into. These cannot be found in religious sciences only. Thus, to put the above into real action effectively, do read more on people who have pioneered new things among Muslims and non-Muslims, past and present. We also need to expand our knowledge to areas such as business studies that provide many tools for generating creative and innovative ideas.