kenyataan media respon pergas terhadap kelulusan … · sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang...

4
KENYATAAN MEDIA 15 Oktober 2016 RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN PERJUDIAN DALAM TALIAN BAGI SINGAPORE POOLS DAN SINGAPORE TURF CLUB OLEH PEMERINTAH Merujuk kepada laporan media aliran utama setempat pada 30 September 2016 mengenai Singapore Pools (Pools) dan Singapore Turf Club (STC) yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (MHA) supaya ia dikecualikan daripada Akta Perjudian Jarak Jauh (RGA), dan dibenarkan menawarkan khidmat perjudian dalam talian dengan beberapa syarat ketat. Dalam laporan yang sama, dilaporkan juga bahawa pengendali yang gagal mematuhi syarat ketat tersebut boleh didenda sehingga $1 juta bagi setiap kesalahan. 2 Pergas memahami bahawa kelulusan ini sebagai antara usaha pemerintah untuk mengawal perjudian jarak jauh dan perjudian tanpa lesen. 3 Namun, Pergas ingin melahirkan rasa prihatin terhadap keputusan pemerintah yang meluluskan permohonan menawarkan khidmat perjudian dalam talian baru-baru ini, dari sudut kesannya terhadap kesejahteraan warga Singapura umumnya, tanpa mengira agama dan bangsa. Pandangan Islam Dalam Larangan Berjudi 4 Sebagai badan yang berperanan dalam membentuk kepimpinan agama, Pergas bertanggungjawab untuk memberikan panduan agama kepada masyarakat Islam. Dengan itu, Pergas berpendapat bahawa amalan berjudi merupakan perkara yang tidak dapat dikompromi serta membawa kepada kemudaratan yang nyata.

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN … · sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang lain pula seperti kesan penghakisan nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Kesan

KENYATAAN MEDIA

15 Oktober 2016

RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN PERJUDIAN DALAM TALIAN

BAGI SINGAPORE POOLS DAN SINGAPORE TURF CLUB OLEH PEMERINTAH

Merujuk kepada laporan media aliran utama setempat pada 30 September

2016 mengenai Singapore Pools (Pools) dan Singapore Turf Club (STC) yang telah

mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (MHA) supaya ia dikecualikan

daripada Akta Perjudian Jarak Jauh (RGA), dan dibenarkan menawarkan khidmat

perjudian dalam talian dengan beberapa syarat ketat. Dalam laporan yang sama,

dilaporkan juga bahawa pengendali yang gagal mematuhi syarat ketat tersebut

boleh didenda sehingga $1 juta bagi setiap kesalahan.

2 Pergas memahami bahawa kelulusan ini sebagai antara usaha pemerintah

untuk mengawal perjudian jarak jauh dan perjudian tanpa lesen.

3 Namun, Pergas ingin melahirkan rasa prihatin terhadap keputusan

pemerintah yang meluluskan permohonan menawarkan khidmat perjudian dalam

talian baru-baru ini, dari sudut kesannya terhadap kesejahteraan warga Singapura

umumnya, tanpa mengira agama dan bangsa.

Pandangan Islam Dalam Larangan Berjudi

4 Sebagai badan yang berperanan dalam membentuk kepimpinan agama,

Pergas bertanggungjawab untuk memberikan panduan agama kepada masyarakat

Islam. Dengan itu, Pergas berpendapat bahawa amalan berjudi merupakan perkara

yang tidak dapat dikompromi serta membawa kepada kemudaratan yang nyata.

Page 2: KENYATAAN MEDIA RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN … · sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang lain pula seperti kesan penghakisan nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Kesan

5 Judi merupakan suatu perkara yang dilarang keras dalam Islam. Di dalam

surah Al-Ma’idah ayat 90, Allah s.w.t. secara jelas melarang umat Islam dari terlibat

dalam perkara ini:

س م نخ عامال الشيخطاان م رجخ ازخلا انصااب واالخ يخسر واالخ ر واالخما تانبوه يا أاي هاا الذينا آمانوا إناا الخامخ فااجخلحونا ناكم يوقعا أان الشيخطاان يريد إناا .لاعالكمخ ت فخ اواةا الخ ب اي خ ر ف واالخب اغخضااءا عادا يخسر الخامخ واياصدكمخ واالخما

ر عان ة واعان الل ذكخ .منت اهونا أانتم ف اهالخ الصلاErtinya: “Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya khamar (yakni minuman yang

memabukkan), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah najis

(yakni perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-

perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud

hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran minuman

yang memabukkan dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan

solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah: 90 – 91)

6 Berdasarkan perintah larangan Allah ini, secara jelas Islam melarang judi

bersama dosa-dosa besar yang lain seperti meminum arak, berkorban untuk berhala

(syirik) dan menenung nasib. Judi juga disifatkan sebagai najis bagi

menggambarkan kekejiannya, selain diperintahkan umat Islam untuk menjauhinya

kerana keburukannya serta juga digesa kita untuk tidak mendekatinya. Malah

perintah Allah pada ayat seterusnya disebutkan tentang akibat buruk daripada

berjudi yang antaranya ialah menimbulkan api permusuhan dan kebencian di

kalangan kita serta menghalang umat Islam daripada mengingati Allah.

Kesan Buruk Perjudian Dalam Talian Pada Kehidupan Masyarakat

7 Dalam usaha untuk membanteras perjudian tidak berlesen dan jarak jauh, ia

sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang lain pula seperti kesan penghakisan

nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Kesan negatif ini juga telah terbukti dari

pelbagai kajian mengenai akibat buruk perjudian terhadap kehidupan sosial. Dengan

kelulusan judi secara dalam talian kepada pengelola tempatan, ia semakin

memudahkan serta meningkatkan peluang untuk berjudi di mana sahaja termasuk

melalui alat telefon bimbit.

Page 3: KENYATAAN MEDIA RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN … · sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang lain pula seperti kesan penghakisan nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Kesan

8 Banyak kajian juga menunjukkan bahawa perjudian secara dalam talian kini

semakin menjadi satu aktiviti masa lapang. Masalah perjudian juga biasanya akan

mengakibatkan kepada kesan sosial, psikologi dan kewangan yang boleh

menjejaskan para penagih judi dalam pekerjaan, pendidikan, kesihatan, hubungan

peribadi dan lain-lain.

9 Malah kajian juga turut menunjukkan bahawa kebiasaannya penjudi yang

bermasalah lebih ketara di kalangan penjudi melalui internet berbanding dengan

mereka yang tidak berjudi secara dalam talian. Justeru kajian membuktikan terdapat

kaitan antara ketagihan perjudian dengan keselesaan dan kemudahan akses

internet.1 Bahkan tinjauan Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG)

bagi Penyertaan Aktiviti Perjudian di kalangan Penduduk Singapura 2014,

menunjukkan bahawa penjudi secara dalam talian menduduki tangga pertama bagi

penjudi yang menghadapi masalah lemah kawalan diri atau ‘poor self-control’.

10 Tambahan dari itu, kajian yang sama mendapati bahawa penjudi permainan

meja di kasino tempatan menduduki tempat kedua bagi penjudi yang menghadapi

masalah lemah kawalan diri. Turut dilaporkan bahawa terdapat peningkatan

bilangan penjudi baru yang tampil ke hadapan bagi mendapatkan bantuan. Maka

dengan itu, Pergas prihatin kelulusan perjudian dalam talian ini akan menjurus

kepada lebih banyak masalah.

Panduan Agama Kepada Masyarakat Islam

11 Melangkah ke hadapan, Pergas ingin mengingatkan masyarakat Islam agar

menghindarkan diri dari terlibat dalam sebarang kegiatan perjudian yang dilarang

agama, serta memelihara daya tahan diri daripada terjebak dalam apa jua bentuk

perjudian yang semakin mudah dengan kelulusan ini. Semoga dengan semangat

berpesan-pesan pada perkara kebaikan dan kebenaran dapat mengingatkan

sesama kita akan sebarang anasir yang boleh merosakkan diri termasuk perjudian.

1 Auer, Michael, and Mark Griffiths. “The Use of Personalized Behavioral Feedback for Online Gamblers: An Empirical Study.”

Frontiers in Psychology 6 (2015); Gainsbury, Sally M. “Online Gambling Addiction: The Relationship Between Internet

Gambling and Disordered Gambling.” Current Addiction Reports 2, no. 2 (2015).

Page 4: KENYATAAN MEDIA RESPON PERGAS TERHADAP KELULUSAN … · sebenarnya menimbulkan kesan negatif yang lain pula seperti kesan penghakisan nilai moral dalam kehidupan masyarakat. Kesan

12 Terdapat juga beberapa langkah yang boleh diambil sebagai solusi dalam

mengatasi ketagihan berjudi dan segala isu yang berkaitan dengannya seperti

masalah kewangan, hutang dan sebagainya. Bantuan seperti ini boleh didapati dari

pusat perkhidmatan keluarga (FSC) mahupun agensi seperti NCPG yang dibentuk

pemerintah, yang antara fungsinya ialah menawarkan khidmat kaunseling dan juga

talian bantuan (helpline) bagi membantu masalah ketagihan judi. Sebagai tambahan,

dalam keadaan seperti ini Islam juga mengajar kita solusi kerohanian iaitu dengan

melatih diri mengekang nafsu dengan kesabaran melalui solat dan doa.

PERSATUAN ULAMA DAN GURU-GURU AGAMA ISLAM (SINGAPURA)