institut pengajian islam pergas (ipip) tel:...

2
ipip.sg Ikuti kami: Bagi maklumat lanjut: INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP) Wisma Indah 448 Changi Road #03-01 Singapore 419975 Tel: (65) 6346 9351 | Faks: (65) 6346 3450 PROGRAM TAKRIF ISLAM (PTI)

Upload: haduong

Post on 17-Sep-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP) Tel: …ipip.sg/wp-content/uploads/2014/10/PTI_latest-20141.pdf · mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendali dengan Madrasah Mingguan

ipip.sg Ikuti kami:

Bagi maklumat lanjut:

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP)Wisma Indah 448

Changi Road #03-01 Singapore 419975

Tel: (65) 6346 9351 | Faks: (65) 6346 3450

PROGRAMTAKRIF ISLAM (PTI)

Page 2: INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP) Tel: …ipip.sg/wp-content/uploads/2014/10/PTI_latest-20141.pdf · mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendali dengan Madrasah Mingguan

Selama 50 tahun yang lalu, PERGAS telah mengadakan kelas-kelas pengajian Islam yang dikendali dengan Madrasah Mingguan Pergas (MMP) dari tahun 1987 sehingga kini. Kini nama MMP telah dinaik taraf kepada Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) pada tahun 2005.

Adalah merupakan cita-cita dan visi PERGAS untuk melahirkan ‘Khaira Ummah’, yakni masyarakat Islam Contoh dan Cemerlang di Singapura, seperti yang dituntut oleh Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 110, iaitu “supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah”.

Maka ia haruslah didirikan atas dasar:• Iman dan Taqwa• Merasa Izzah kepada ajaran Islam• Ukhuwwah dan Perpaduan• Amar Ma’aruf Nahy Munkar

MATLAMAT PROGRAM

PENDAHULUAN

Mengetahui, secara menyeluruh, dasar-dasar Agama Islam.

Memahami dan mengamalkan akhlak-akhlak misali dalam kehidupan harian.

Mengenal dan membaca Al-Quran dengan aplikasi hukum-hukum tajwid pada peringkat permulaan.

Melaksanakan ibadat solat dengan memahami hukum-hukum yang berkaitan dengannya dalam hal-hal tertentu.

SYARAT KEMASUKAN

MATA PELAJARAN

Pendaftaran

Berumur 16 tahun ke atas.

Sila layari lelaman www.ipip.sg untuk membuat pendaftaran.

KENALI DAN FAHAMI ASAS ISLAM DALAM 3 BULAN!“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan untuknya, maka Allah akan memberinya kefahaman dalam Agama.” - Riwayat Al-Bukhari

Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara rasmi. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan-amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.

PENGENALAN

Jadual Pengajian

PTI Mingguan: Ahad (9.00pg - 12.00tgh)PTI Ekspres: Selasa dan Khamis (7.30mlm - 10.30mlm)

Kemasukan Buka Tutup

PertamaKedua

SeptemberApril

NovemberMei

Penarikan DiriPeratus yang dikembalikan 2 minggu sebelum program bermula: 100%Kurang dari 2 minggu: 50%Selepas program bermula: 0%

YuranPengajian: $350 (4 modul) termasuk Kursus Pengurusan Jenazah (yuran tidak termasuk buku dan nota).

Modul-Modul

PENGENALAN KEPADA ISLAM (PTPE): Modul ini memberi fokus kepada intisari agama Islam yang meliputi Akidah, Akhlak dan beberapa maklumat dasar dalam persoalan Fikah. Modul ini akan memberikan penuntut beberapa cadangan praktikal dalam melaksanakan amalan-amalan harian sesuai dengan petunjuk dan cara yang dianjurkan oleh Islam.

ASAS AGAMA ISLAM 1 (PTAS 01): Modul ini akan membahaskan dengan lebih lanjut beberapa hukum-hukum Fikah khususnya yang berkait dengan hal-hal ibadat yang mencakupi bab Thoharah dan Solat. Modul ini juga akan menerangkan dengan menyeluruh, tanpa menyentuh dengan mendalam, tentang hukum-hukum Fikah ini dan membimbing kepada pelaksanaan hukum-hukum yang praktikal dari kehidupan seharian.

ASAS AGAMA ISLAM 2 (PTAS 02): Modul ini akan menyingkap Sirah Rasulullah s.a.w. secara ringkas dan memberi panduan kepada kepentingan memahami Sirah Rasulullah dan berkaitannya dalam kehidupan seorang Muslim. Modul ini juga akan menyentuh tentang sejarah Islam secara am.

BACAAN AL-QURAN - IQRA’ DAN TAHSIN (PTBA): Modul ini direka khusus bagi penuntut yang lemah bacaannya. Penuntut akan membaca dari asas hingga ke surah-surah pilihan daripada juz Amma.

STRUKTUR PROGRAM

Seminggu 1 kali (6 minggu) 18 jam.Seminggu 2 kali (3 minggu) 18 jam.Penuntut dewasa dan remaja berumur 16 tahun ke atas.Sijil penyertaan akan diberikan kepada mereka yang memenuhi kehadiran 75%.

Pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat SPI.

   

 

Jalur Pendidikan Pengajian Islam Yang Ditawarkan Di IPIP PERGAS

PENDAFTARAN

3 BULAN1 TAHUN

1.5 TAHUN

1.5 TAHUN

4.5 TAHUN

Program Takrif Islam

Sijil Pengajian

Islam

Sijil Lanjutan

Pengajian Islam

Diploma Pengajian

Islam

Sarjana Muda