kwwsv eorj shujdv ruj vj zdvdw - pergas blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan....

19
1 Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura. Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fikih, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah. Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan. Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting. Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang. Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman Edisi (Edition) no. 34 / Ogos 2020 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2) Menyewakan Dinding Yang Telah Diwakafkan Untuk Masjid Bagi Pengiklanan Komersial, oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jafari (mukasurat 3) Mengekang Berita Palsu Dari Sudut Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil, oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8) Berakhlak Mulia Walau Diuji, oleh Ustaz Muhammad Syafiee Bin Mohamed Hassan (mukasurat 12) Muslims Serving in a Police Dog Unit, by Ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 17) Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas. https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Upload: others

Post on 20-Dec-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

1

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan

bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut: Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah.

Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fikih, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bagi bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke [email protected] Barisan Penyunting: Ustaz Irwan Hadi Mohamad Shuhaimi, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Mohd. Yusoff, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, Puan Sundusia Rosdi Grafik / halaman web / pembantu teknikal: Remy Mahzam, Ustazah Nurhafizah Azman

Edisi (Edition) no. 34 / Ogos 2020 Kandungan Dari meja penyunting… (mukasurat 2)

Menyewakan Dinding Yang Telah Diwakafkan Untuk Masjid

Bagi Pengiklanan Komersial, oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jafari (mukasurat 3)

Mengekang Berita Palsu Dari Sudut Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil, oleh Ustaz Mustazah Bahari (mukasurat 8)

Berakhlak Mulia Walau Diuji, oleh Ustaz Muhammad Syafiee Bin Mohamed Hassan (mukasurat 12)

Muslims Serving in a Police Dog Unit, by Ustaz Muhammad Haniff Hassan (page 17)

Nota: Hakcipta penerbitan artikel ini dimiliki oleh Pergas. Tidak dibenarkan mengulang cetak artikel ini di mana-mana wadah penerbitan lain dan dalam apa jua bentuk tanpa izin dari Pergas. Namun, keizinan diberikan untuk mengongsi artikel ini melalui alamat url yang asal. Segala pendapat yang yang dikemukakan oleh para penulis artikel adalah milik penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Pergas, kecuali jika dinyatakan sedemikian secara tersurat oleh Pergas.

https://blog.pergas.org.sg/wasat/

Page 2: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

2

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Dari meja penyunting…. “Selamat Hari Raya Haji” kepada sekalian pembaca. Semoga Allah taala menerima ibadah korban yang dilaksanakan, mengurniakan ganjaran terbaik serta menjadikan kehidupan sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah taala kerana mengizinkan

Wasat untuk terus diterbitkan. Semoga ia terus memberi manfaat kepada para pembaca sekalian. Wasat edisi no. 34 / Ogos 2020 kali ini menerbitkan empat artikel untuk bacaan pembaca sekalian. Artikel pertama bertajuk Menyewakan Dinding Yang Telah Diwakafkan Untuk Masjid Bagi Pengiklanan Komersial, sumbangan Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jaafari. Artikel ini menarik kerana isu yang dibincangkan dan pendekatannya yang bersifat wasatiyah. Ia membicarakan mengenai hukum iklan komersial jika diletakkan di pelbagai tempat di bangunan masjid; a) ruang solat/iktikaf, b) dinding luar, c) papan notis, d) iklan aktiviti masjid sebagai penaja. Sifat wasatiyah artikel ini ialah ia mengelak dari melakukan generalisasi hukum (i.e memberi halal atau haram secara umum) dalam isu yang dibincangkan. Ia membahagikan masjid pada beberapa ruang yang berbeza dan memberi iklan komersial di setiap ruang dengan hukum yang sesuai. Ia mengakui realiti hari ini yang mana jawatankuasa pengurusan masjid perlu berusaha untuk menjana pendapatan bagi memastikan masjid dapat berfungsi dengan baik dan tidak bergantung pada derma masyarakat semata-mata. Dalam merumus hukum, penulis berusaha tidak mengabaikan turath (khazanah ilmu) yang sedia ada. Artikel kedua ialah sumbangan Ustaz Mustazah Bahari yang bertajuk Mengekang Berita Palsu Dari Sudut Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil. Dalam artikel ini, penulis berusaha menceduk pelajaran dari ilmu yang dibangunkan oleh para ulama apabila menilai seseorang perawi hadis bagi memastikan kesahihan berita yang dilaporkan. Penulis berpendapat sifat `adalah (integriti/wibawa) dan dhabt (kejituan) boleh

digunapakai sebagai kriteria bagi menilai samada sesuatu maklumat yang disebar di Internet sebagai benar atau palsu. Artikel keempat pula bertajuk Berakhlak Mulia Walau Diuji, oleh Ustaz Muhammad Syafiee Bin Mohamed Hassan. Artikel ini membicarakan kepentingan Muslim untuk kekal mengamalkan akhlak mulia walau pun dalan keadaan sulit seperti berhadapan dengan ujian wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan wasatiyah dalam Islam. Akhir sekali, Ustaz Muhammad Haniff Hassan, menyumbang artikel keempat dalam bahasa Inggeris bertajuk Muslims Serving in a Police Dog Unit. Penulis, dalam artikel ini, menjelaskan hukum bagi Muslim bertugas sebagai pengendali anjing di dalam pasukan-pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, iaitu harus. Namun penulis menegaskan bukan tujuan utama artikel ini menggalakkan penyertaan Muslim dalam bidang ini kerana ia sesuatu yang diakui sebagai taboo dan sensitiviti masyarakat yang sedia ada perlu diambilkira dan dihormati. Apa yang mendorong artikel ini ditulis ialah untuk menjelaskan kekeliruan yang wujud dalam masyarakat bahawa Muslim yang bertugas di unit anjing polis telah melakukan sesuatu yang haram dan tercela. Hal ini pula mengakibatkan celaan dan hinaan dari ahli keluarga dan masyarakat yang tidak sepatutnya berlaku. Atas sebab itu, masyarakat perlu dididik dengan hukum yang betul agar jauh dari sikap pelampauan yang boleh menyebabkan salah faham pula terhadap Islam di kalangan bukan Muslim. Selamat membaca. Bacalah dengan nama Tuhanmu….

Page 3: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

3

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Menyewakan Dinding Yang Telah Diwakafkan Untuk Masjid Bagi Pengiklanan Komersial

Oleh Ustaz Dr. Muhammad Adib Termizi bin Ahmad Al-Jafari

Pendahuluan

Peningkatan kos telah menyebabkan perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan masjid semakin bertambah.

Masjid-masjid tidak lagi boleh bersandar kepada kutipan tabung dan infaq masyarakat untuk terus bertahan terutama apabila ia berada di negara yang mana Muslim adalah minoriti.

Pihak pengurusan masjid harus berusaha keras mencari pendapatan untuk menampung kos pengurusan masjid.

Dalam artikel ini, penulis cuba untuk mengupas permasalahan menyewakan ruangan dinding masjid untuk pengiklanan komersial demi membantu meningkatkan pendapatan masjid tersebut. Pandangan ulama empat mazhab akan diketengahkan di samping mengambil kira maqasid syariah dalam pembangunan masjid bagi membantu mencapai satu keputusan dalam masalah ini.

Pengertian masjid

Dari sudut bahasa, perkataan masjid diambil daripada perkataan “sujud”, yang bermaksud meletakkan dahi di atas bumi. Kata ini juga digunakan untuk tempat sujud sama ada tempat itu hanyalah bumi semata-mata atau bangunan yang digunakan untuk bersujud di dalamnya.

Masjid juga merujuk kepada anggota-anggota sujud iaitu, dahi, hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut dan jari-jari kaki. Menurut Al-Zajjaj, masjid adalah setiap tempat yang di gunakan untuk beribadah.1

Sebagai Istilah syarak, Imam Al-Qurthubi mendefinisikan masjid sebagai, “sebuah kawasan yang ditentukan sebagai tempat sembahyang dengan perkataan, dan kawasan itu telah dikeluarkan dari hak milik sesiapa sehingga ia menjadi kepunyaan kaum muslimin keseluruhannya”2.

Dr. Ibrahim Al-Khudairi pula mendefinisikan masjid sebagai, “bangunan yang telah diwakafkan dan

dikhususkan untuk sembahyang berjemaah lima waktu dan lainnya.”3

Dari kedua-dua pengertian di atas dapat difahami bahawa Imam Al-Qurthubi tidak memestikan masjid dalam bentuk bangunan. Sebuah kawasan yang ditentukan juga boleh menjadi masjid di sisi beliau.

Dr Ibrahim pula mensyaratkan masjid mesti dalam bentuk bangunan, kerana pada zaman sekarang sebuah kawasan itu tidak dapat dimanfaatkan sebagai tempat beribadat kecuali ia mampu melindungi manusia dari panas dan sejuk. Namun kedua-dua definisi ini mensyaratkan masjid mesti tidak dimiliki oleh sesiapa walaupun kerajaan yang memerintah. Dalam erti kata lain ianya mestilah diwakafkan. Hal ini kerana firman Allah taala, “Dan sesungguhnya masjid itu hanyalah untuk Allah.” (Al-Jin: 18)

Ayat ini juga menunjukkan bahawa tujuan dari pembinaan masjid adalah agar ia menjadi tempat yang kondusif bagi seseorang hamba merapatkan dirinya dengan Allah taala serta sebagai tempat perkumpulan Muslim untuk mengingati Allah taala dan mempelajari ilmu agama.4

Menyewakan dinding masjid bagi pengkiklanan komersial

Masalah ini mengandungi dua perbahasan utama. Pertama, ialah soal menyewakan harta wakaf umum. Kedua pula ialah soal menjadikan masjid sebagai tempat iklan perniagaan atau perkhidmatan berbayar.

Menyewakan harta wakaf umum

Terkadang sesebuah perkara diwakafkan itu bertujuan agar dimanfaatkan zatnya atau diperolehi manfaat dari

hasilnya yang digelar dengan wakaf istighlal.

Masjid adalah dari harta wakaf umum yang bertujuan untuk diambil manfaat dari zatnya. Para fuqaha telah memberikan tiga senario bagi masalah menyewa masjid.

Senario pertama, ialah seseorang menyempitkan masjid sebahagiannya atau keseluruhannya dengan barang-barang yang dibawa olehnya sehingga masjid itu tidak dapat menjalankan peranannya sebagai rumah ibadah, seperti seseorang meletakkan barangnya di hadapan pintu masjid sehingga ia tidak dapat dimasuki atau

Page 4: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

4

Wasat no. 34 / Ogos 2020

menutup satu ruangan masjid tanpa keizinan pengurusnya untuk kegunaan diri sendiri.

Pada keadaan seperti ini beliau dikehendaki membayar sewa mengikut kadar bahagian masjid yang tidak dapat digunakan oleh orang awam.5 Termasuk dalam situasi pertama ini apabila sebuah majlis akad nikah yang dijalankan di dalamnya sehingga menghalang orang awam menggunakannya untuk beribadah.

Senario kedua, ialah apabila tujuan masjid tersebut dibina ialah untuk mengambil bayaran dari orang yang hendak beribadat di dalamnya.

Para fuqaha telah memakruhkan dan sebahagian pula menyatakan larangan membina masjid dengan tujuan mengaut keuntungan dari orang ramai dengan mengenakan bayaran sewa, apabila mereka hendak menggunakan masjid itu untuk bersembahyang, beriktikaf dan ibadah-ibadah yang lain.6

Larangan ini diserupakan dengan larangan menjadikan masjid sebagai barang jualan. Menjual masjid merangkumi menjual zatnya, manakala menjual manfaatnya bermaksud menyewakannya. Tambahan dari itu, menjadikan zat masjid sebagai alat perniagaan, menyalahi tujuan pembinaan masjid dan menyalahi suruhan memuliakan dan menganggungkan rumah Allah taala.

Senario ketiga, ialah menyewakan sebahagian daripada masjid yang tidak digunakan oleh kaum muslimin untuk kepentingan dan kemaslahatan masjid itu sendiri, seperti masjid itu mempunyai tiga tingkat dan tingkat ketiga tidak digunakan pada hari-hari biasa lalu hendak disewakan bagi mencari dana penyelenggaraan dan pengurusan masjid.

Para fuqaha mempunyai dua pendapat dalam masalah ini:

Pendapat pertama ialah tidak boleh menyewakan mana-mana bahagian dari masjid walaupun kawasan yang tidak digunakan.

Pendapat ini berdalil dengan:

1. Firman Allah taala, “Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia baik yang bermukim di situ atau di padang pasir . . .” (Al-Haj: 35)

Ayat ini menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mempunyai hak yang esklusif dalam masjid kerana

Allah taala telah menjadikan semua Muslim mempunyai hak yang sama rata di dalamnya. Menyewa mana-mana bahagian masjid melanggar ketentuan ini.7

2. Memenuhi kehendak pewakaf adalah wajib. Oleh itu, apa yang telah ditetapkan oleh pewakaf adalah sama seperti apa yang dinaskan oleh syarak. Apabila seseorang telah mewakafkan bahagian tertentu itu sebagai masjid, tidak ada sesiapa mempunyai hak untuk mengubah apa yang dikehendaki oleh pewakaf itu.8

3. Masjid mempunyai kehormatan dan kesucian dan menjadikan mana-mana bahagian masjid untuk disewa adalah bertentangan dengan suruhan menghormatinya. Tambahan lagi telah terdapat larangan dari Nabi s.a.w untuk berjual beli di dalamnya, apalagi menjadikan zat masjid itu sebagai perkara yang dijual beli.9

Pendapat kedua ialah harus menyewakan harta wakaf termasuk masjid selagi mana ia tidak merubah tujuan asal dari pembinaan masjid iaitu mengingati Allah taala dan mengganggu mereka yang hendak beribadah. Mereka berhujah:

1. Harus mengubah syarat pewakaf kepada yang lebih bermanfaat bagi masyarakat Muslim. Dengan ini, memanfaatkan bahagian atau kawasan masjid yang tidak digunakan dengan menyewakannya kemudian hasil sewaan itu dijadikan dana untuk mengurus masjid adalah harus kerana ia lebih mendatangkan maslahat untuk masjid daripada meninggalkan kawasan atau bahagian itu begitu sahaja.10

2. Para fuqaha telah menyatakan keharusan merobohkan masjid bagi membina masjid yang lebih baik, mengecilkan masjid besar bagi tujuaan perluasan jalan umum, menjual masjid yang tidak digunakan lagi atau yang dikhuatirkan akan roboh begitu juga menjual sebahagian masjid untuk memperbaiki bahagiannya yang lain.11 Jika menjual dan menghancurkan zat masjid itu diperbolehkan kerana kemaslahatan, menjual manfaatnya melalui penyewaan sambil memelihara zatnya adalah lebih patut diperbolehkan, terutama apabila hasil sewaan itu dipergunakan bagi kemaslahatan masjid.

Penulis cenderung untuk memilih pendapat kedua kerana ia lebih menjaga kemaslahatan masyarakat

Page 5: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

5

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Muslim dan masjid itu sendiri, terutama ketika terdapat bahagian masjid yang tidak digunakan sama sekali. Lebih baik menggunakannya dalam sesuatu yang bermanfaat bagi masjid dari membiarkannya terbengkalai. Menyewakannya dibolehkan selagi mana ia tidak melumpuhkan fungsi utama masjid atau mengganggu jemaah dari mengingati Allah taala, seperti menyewakan aras yang tidak digunakan pada hari-hari biasa untuk pembelajaran dan sebagainya.

Pendapat pertama lebih sesuai jika penyewaan tersebut menyebabkan terhalangnya aktivit-aktiviti beribadah dan merubah masjid menjadi seakan-akan tempat yang lain.

Meletakkan Iklan komersial dalam masjid

Iklan perniagaan adalah pendahuluan dari perniagaan dan sesebuah jual beli. Rasulallah s.a.w dengan jelas melarang jual beli di dalam masjid. Amru bin Syuaib meriwayatkan dari bapanya dari datuknya bahawa, “Nabi s.a.w melarang duduk berhalaqah (berlingkaran) sebelum sembahyang Jumaat dan berjual beli di dalam masjid.”12

Apabila syarak telah melarang, pendahuluannya juga akan turut dilarang sebagaimana yang dapat difahami dari firman Allah taala, “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)

Dalam ayat ini Allah taala melarang menghampiri permulaan zina dan perkara yang boleh membawa kepadanya seperti memandang yang haram, berkhalwat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sebagainya.

Nabi s.a.w juga bersabda, “Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara yang syubhat (kesamaran) kebanyakkan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa menjauhkan dirinya perkara syubhat, maka dia telah

menjaga agamanya dan maruah dirinya, dan barangsiapa jatuh dalam perkara syubhat ia akan terjatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya”.13

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa mendekati pekara yang haram, dikhuatiri dia akan melakukan perkara tersebut suatu masa nanti. Oleh itu, perkara-perkara yang boleh menarik kepada larangan Allah taala hendaklah dijauhkan.

Namun para fuqaha berselisih pendapat siapakah yang termasuk di dalam larangan berjual beli di di dalam masjid:

Pendapat pertama berkata larangan ini ditujukan kepada semua orang yang memasuki masjid tanpa mengira dia sedang beriktikaf atau tidak atau hanya

melintasi masjid.14

Hadis yang melarang berjual beli di dalam masjid dikuatkan lagi dengan sebuah hadis dari Nabi s.a.w yang mana beliau mengajar umatnya agar mendoakan kerugian ke atas jual beli yang berlaku di dalam masjid, “Jika kamu melihat sesiapa yang berjual beli di dalam masjid maka katakanlah: Semoga Allah tidak menjadikan keuntungan di dalam perniagaan kamu.”15

Pendapat kedua pula berkata pengharaman berjual beli dalam masjid melibatkan mereka yang tidak beriktikaf di dalamnya. Sedangkan orang yang sedang beriktikaf di haruskan berjual dan membeli barang keperluannya sahaja seperti makanan dan minuman tetapi tidak boleh berlebih-lebihan. Hukum ini berdasarkan keringanan (rukhsah) yang diberikan kepada orang yang beriktikaf untuk memenuhi hajatnya.16

Ketiga ialah pendapat bahawa berjual beli di masjid adalah harus selagi mana barang jualan itu tidak ada dalam masjid.

Pendapat ini berhujah dengan mengatakan bahawa perbincangan mengenai jual beli adalah termasuk percakapan yang harus dan ia dibolehkan di dalam masjid.17 Imam Al-Nawawi berkata, “Diharuskan untuk berbual dengan perbualan yang harus di masjid begitu juga perbualan mengenai urusan dunia dan selainnya dari percakapan yang diharuskan”18.

Hanya perniagaan dalam masjid itu menjadi haram apabila barang jualan itu dibawa ke dalam masjid sehingga ia kelihatan seperti kedai dan menarik perhatian manusia yang sedang beribadat di dalamnya. Ketika itu, jual beli tersebut telah bercanggah dengan tujuaan pembinaan masjid iaitu mengingati Allah taala dan beribadat kepadaNya.

Page 6: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

6

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Dalam hal ini pendapat pilihan, di sisi penulis, ialah larangan berjual beli di dalam masjid bersifat mutlak. Ia tidak membezakan sesebuah keadaan dari keadaan yang lain. Larangan ini bertujuaan agar ketenangan suasana masjid sentiasa terjaga dari pekara-pekara yang dapat menghilangkan tumpuan di dalam beribadah. Oleh itu pendapat yang tidak membolehkan berjual beli di dalam masjid pada setiap keadaan adalah lebih tepat kerana ia lebih memelihara tujuaan pembinaan masjid seperti yang terkandung dlam firman Allah taala, “Dan sesungguhnya masjid itu hanyalah untuk Allah.” (Al-Jin: 18) Pemilihan pendapat yang melarang berjual beli di dalam masjid membawa kepada larangan meletakkan iklan komersial pada dinding-dinding ruangan iktikaf. Ini kerana iklan adalah pendahuluan kepada jual beli, maka ia mengikuti hukum jual beli tersebut sepertimana yang tersebut dalam kaedah fikih, “Al-Tabi’ Tabi’ (yang mengikuti mengikut hukum yang diikut)”. Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan sifat larangan ini di antara makruh dan haram. Jumhur ulama berpandangan bahawa larangan berjualan di dalam masjid bersifat makruh sementara yang lain mengatakan ia bersifat haram.19 Bagi penulis, larangan itu pada asalnya menunjukkan haram kecuali ada dalil yang menunjukkan ianya bersifat makruh. Dalam hal ini, tiada dalil yang menunjukkan ianya bersifat makruh. Oleh itu, larangan di sini menunjukkan haram terutama apabila iklan itu mengalihkan tumpuan orang ramai dari tujuan asal dibinanya sebuah masjid.

Menyewa dinding luar masjid bagi pengiklanan komersial

Dinding masjid sama ada dinding dalamannya atau luarannya mempunyai kehormatan yang sama.20 Sebagaimana tidak diperbolehkan buang air kecil atau menconteng dinding dalamannya, begitu juga dengan dinding luarannya. Oleh yang demikian menggantungkan iklan perniagaan pada dinding luar masjid adalah tidak diperbolehkan. Dimaksudkan dengan dinding masjid adalah dinding atau tembok kawasan iktikaf, sama ada yang menghadap kawasan iktikaf atau yang menghadap keluarnya. Walaupun menggantungkan iklan di dinding luar masjid tidak mengganggu orang yang berada di dalamnya, tapi ia mencacatkan dan mengurangkan kehormatan masjid itu sebagai tempat mengingati Allah taala dan sebagai bangunan yang dikhususkan untukNya.

Iklan komersial sebagai penaja dalam iklan aktiviti-aktiviti masjid

Bagi iklan komersial yang terkandung dalam iklan aktiviti-aktiviti masjid sebagai penaja, penulis berpendapat ia diharuskan kerana tujuan utama dari iklan itu adalah menyebarkan dan memaklumkan aktiviti masjid kepada jamaah.

Pada kebiasaannya nama penaja aktiviti tersebut diletakkan hanya untuk memaklumkan aktiviti tersebut disokong olehnya dan tidak terdapat unsur mengiklankan iaitu kegiatan bersifat mempromosi barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah syarikat bagi tujuan menjualnya kepada orang ramai. Walaupun jika terdapat unsur demikian, ia hanyalah sedikit dan bukan tujuan utama dari pengiklanan tersebut.

Keharusan ini berdasarkan kaedah, “Yuhtafar Fi Al-Shay’ Dimnan, Ma La Yughtafar Fi Al-Shay’ Qasdan”, iaitu sesuatu perkara itu dimaafkan jika ia menjadi ikutan tetapi tidak dimaafkan jika ia menjadi tujuan.

Dalam hal ini iklan komersial yang terdapat di dalam iklan aktiviti sebagai penaja hanyalah bersifat mengikut dari tujuan asal iklan tersebut yang bertujuan menyebarkan aktiviti masjid. Oleh itu, ia dimaafkan.

Meletakkan iklan di luar kawasan iktikaf

Dimaksudkan dengan persekitaran masjid adalah, bangunan yang bersambungan dengan masjid yang tidak dikhaskan untuk menunaikan sembahyang berjamaah seperti dewan seminar, bilik darjah, pejabat pentadbiran, pagar luar dan sebagainya, tidak dikira sebahagian dari masjid. Dengan itu bangunan atau

Page 7: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

7

Wasat no. 34 / Ogos 2020

bahagian ini tidak memiliki kehormatan masjid. Oleh itu, menyewakan dindingnya atau bahagian dari papan notis yang berada padanya bagi tujuan meletakkan iklan perniagaan berupa poster atau kain rentang diharuskan dengan beberapa syarat:

1. Hendaklah hasil dari sewaan itu digunakan untuk maslahat dan keperluan masjid. Bukan untuk kegunaan perseorangan seperti imam, ahli lembaga pentadbir masjid dan seumpamanya.

2. Tidaklah diletakkan iklan perniagaan itu secara berlebihan sehingga menjadikan pemandangan masjid kurang elok seakan ia adalah pusat perniagaan. Begitu juga saiz poster atau kain rentang itu tidak terlalu besar.

3. Tidak diiklankan pekara yang dilarang oleh syarak, samada pada produknya seperti bahan yang tidak halal atau bagaimana iklan itu dipersembahkan seakan ia memaparkan gambar seorang wanita yang tidak bertudung atau seumpamanya.

Penutup

Masjid itu dibina dengan tujuaan mengingati Allah taala. Walaupun meletakkan iklan di ruang iktikaf itu lebih menarik perhatian bersebab lokasinya yang menjadi tumpuan setiap jemaah yang memasuki masjid, namun perkara itu adalah dilarang sama sekali.

Perkara demikian dapat mencemarkan kehormatan masjid di samping mengganggu tumpuan mereka yang beribadah. Terlebih-lebih lagi apabila terdapat sebuah larangan daripada Nabi s.a.w tentang dalam berjual beli di masjid. Manakala menyewakan ruang untuk meletakkan iklan di selain dinding masjid adalah diharuskan dengan syarat hasilnya digunakan untuk maslahat masjid dan ia tidak melanggar larangan syarak serta tidak mencacatkan kecantikan masjid itu sendiri.

1Al-Zubaidi (1994), Taj Al-`Arus, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 8, ms. 173-4; Ibn Manzur (1999), Lisan Al-`Arab, Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-`Arabiy, jld. 6, ms. 175-6.

2Al-Qurthubi (2006), Tafsir Al-Qurthubi, Al-Mansurah: Maktabat Al-Iman, jld. 1, ms. 420. 3Al-Khudairi (2001), Ahkam Al-Masjid Fi Al-Syariah Al-Islamiyyah, Riyadh: Dar Al-Fadhilah, jld. 1, ms. 11. 4Al-Samarqandi (1993), Tafsir Al-Samarqandi, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 3, ms. 41; A-Haddad (t.t.), Al-Jauharah Al-Naiyyirah, Pakistan: Maktabah Haqqaniyah, jld. 2, ms. 37. 5Al-Zarkasyi (1999), `Ilam Al-Sajid Bi Ahkam Al-Masajid, Kaherah: Wizarat Al-Awqaf Al-Misriyah, ms. 300. 6Ibn `Abidin (2003), Rad Al-Mukhtar, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 5, ms. 354. 7 Ilyas (t.t.), Qurat `Ain Al-`Abid Bi Hukm Farsy Al-Sajajid Fi Al-Masjid, Madinah: T. Pnbt, ms. 24-5. 8Al-Balkhi (1986), Al-Fatawa Al-Hindiyyah, Beirut Dar Ihya’ Al-Turath Al-`Arabiy, jld. :2, ms. 437; Ibn Muflih (1997), Al-Mubdi’, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 5, ms. 169. 9Al-Nawawi (2000), Raudhat Al-Thalibin, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 4, ms. 407; Ibn Nujaim (1997), Al-Bahr Al-Raiq, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 5, ms. 272. 10Al-Mushili (t.t.), Al-Ikhtiyar Li Ta`lil Al-Mukhtar, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 3, ms. 52; Al-Mardawi (1997), Al-Inshaf, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 7, ms. 45. 11Ibn `Abidin (2003), jld. 6, ms. 549; Al-Nawawi (t.t.), Al-Majmu`, Beirut: Dar Al-Fikr, jld. 15, ms. 361; Al-Mardawi (1997), jld. 1, ms. 238. 12 Riwayat Al-Nasa’ii. Sunan Al-Nasa`ii, Bab Al-Nahy `An Al-Bai` Wa Al-Syira Fi Al-Masjid, no. 713. 13Riwayat Muslim. Sahih Muslim, Bab Al-Akhz Bi Al-Halal Wa Tark Al –Syubuhat, no. 1599. 14Al-Mawardi (1994), Al-Hawi, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 3, ms. 493; Al-Ruyani (2002), Bahr Al-Mazhab, Beirut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-`Arabiy, jld. 4, ms. 366. 15Riwayat Al-Termizi. Sunan Al-Termizi, Bab Al-Nahy `An Al-Ba` Wa Al-Syira’ Fi Al-Masjid, no. 1336. 16 Al-Qarafi (1994), Al-Zakhirah, Dar: Al-Ghurb Al-Islami, jld. 2, ms. 539; Al-Juwaini (2007), Nihayah Al-Mathlab, Jeddah: Dar Al-Minhaj, jld. 4, ms. 100; Ibn Qudhamah (2004), Al-Mughni, Kaherah: Dar Al-Hadis, jld. 4, ms. 284. 17Al-`Aini (1980), Al-Binayah, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 3, ms. 753; Al-Zaila`ii (2000), Tabyin Al-Haqaiq, Beirut: Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, jld. 2, ms. 229; Al-Muzani (1983), Mukhtasar Al-Muzani, Beirut: Dar Al-Fikr, jld. 8, ms. 157. 18Al-Nawawi (t.t), jld. 2, ms. 176. 19Al-Syaukani (2005), Nail Al-Awthar, Kaherah: Maktabat Al-Shafa’, jld. 2, ms. 62. 20Al-Nawawi (t.t.), jld. 2, ms. 178.

Page 8: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

8

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Mengekang Berita Palsu Dari Sudut Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil Oleh Ustaz Mustazah Bahari Pendahuluan Penyebaran maklumat dewasa ini tidak seperti dahulu lagi. Kemudahan dari teknologi moden hari ini memberi ruang yang luas untuk manusia menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan orang lain, di dalam dan di luar negaranya. Siapa pun boleh lakukan, baik yang muda mahupun yang tua, yang berpelajaran tinggi atau tidak. Dengan kemudahan ini, banyak maklumat telah disebarkan ke seluruh dunia sehingga sukar untuk dipastikan antara yang benar dan palsu. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Global Social Media Research Summary 2020, hampir 60% penduduk dunia telah melungsuri Internet dan menggunakan khidmat dalam talian. Youtube dan Facebook merupakan media sosial yang paling banyak dilayari.1 Disebabkan pentingnya maklumat itu disebarkan dengan benar dan tepat, pemerintah Singapura telah menguatkuasakan undang-undang yang dinamakan POFMA (Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act). Ia bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak, samada individu atau organisasi, dari menyebarkan maklumat palsu secara talian. Sesiapa yang didapati melakukannya boleh didakwa dan, jika didapati bersalah, boleh dihukum.2 Dalam tradisi ilmu Islam, ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil (ilmu menilai integriti perawi hadis) adalah ilmu alat yang digunakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang disampaikan oleh seseorang individu mengenai hadis atau sunnah Nabi s.a.w. Ia mencakupi segala aspek latarbelakang seseorang perawi dari sudut peribadinya, tanggapan orang ramai terhadapnya, tempat tinggalnya, pembelajarannya dan banyak lagi. Rencana ini tidak bermaksud untuk menghuraikan segala aspek aplikasinya, tapi akan menyentuh aspek berkaitan kaedah umum yang diambil oleh para ahli ilmu

ini untuk memastikan sesuatu maklumat yang diterima adalah benar dan boleh digunakan. Fungsi ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil dan kepentingannya Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil di peringkat awal Islam dikenali sebagai ilmu Al-Rijal, iaitu ilmu membahaskan tentang latarbelakang orang yang meriwayatkan hadis atau sunnah Nabi s.a.w. Setelah mengetahui nama dan latarbelakang seorang perawi hadis Nabi s.a.w, proses saringan dilakukan sama ada diterima atau ditolak periwayatan mereka. Al-Jarh membawa maksud kritikan ke atas perawi yang boleh menyebabkan periwayatannya ditolak. Al-Ta`dil pula adalah penilaian positif terhadap seorang perawi bagi membolehkan periwayatannya diterima. Persoalannya, apakah keperluannya dalam urusan agama? Bukankah ia bakal menjadi bahan bicara mengenai hal orang lain dan termasuk dalam hukum mengumpat? Hakikatnya, ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil bukan ber tujuan untuk mengumpat atau mengaibkan seseorang. Tujuannya adalah untuk memastikan berita yang disampaikan itu asli dan benar. Abu Bakar bin Khallad pernah berkata kepada Yahya bin Sa’id, “Apakah kamu tidak takut jika orang-orang yang kamu singkirkan dari menerima riwayat hadis kelak akan menjadi pendakwa kamu di hadapan Allah?” Jawab Yahya, “Aku lebih takut Rasulullah s.a.w yang akan mendakwa aku di sana kelak dari mereka yang mendakwa aku, dengan pertanyaan Baginda, “Mengapa kamu tidak mencegah kepalsuan dari hadisku?”3 Aktiviti mengesan sesuatu berita itu benar lagi asli telah dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w. Abu Bakar Al-Siddiq r.a. telah didatangi oleh seorang nenek bertanya mengenai haknya dari harta warisan. Abu Bakar tidak melayan permintaannya sehingga beliau dapat pengesahan dari sahabat lain mengenai hukum tersebut.4

Page 9: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

9

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Apabila diberitahu oleh Abu Musa Al-Asy`ari r.a. tentang perintah Nabi s.a.w kepada tetamu untuk pulang sahaja tuan rumah yang tidak menjawab salam sehingga tiga kali,5 Umar r.a tidak menerima hukum itu sehingga beliau meminta sahabat lain untuk mengesahkannya.6 Hal ini menjadi lebih genting apabila berlakunya perbalahan sesama umat Islam ketika peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan r.a. dan di zaman Ali bin Abi Talib r.a. apabila banyak hadis-hadis palsu disebarkan dengan tujuan menyokong kepentingan puak-puak yang berbalah tentang jawatan khalifah. Diriwayatkan bahawa Basyir bin Ka’ab Al-`Adawi telah mendatangi Ibn Abbas r.a. lalu mulakan bicara mengenai hadis-hadis Nabi s.a.w. Ibn Abbas kelihatan tidak mendengar dan memandang kepadanya langsung. Lalu Basyir berkata, “Wahai Ibn Abbas, mengapakah aku melihat kamu tidak mendengar kepada hadis-hadis yang aku sampaikan? Ibn Abbas berkata, “Dahulu apabila kami mendengar seseorang membicarakan tentang hadis Nabi s.a.w, mata kami akan mengekorinya dan telinga kami benar-benar dilebarkan untuk mendengarnya. Tetapi apabila manusia telah banyak dan mudah berkata dusta dan menyampaikan apa sahaja yang didengar, kami tidak lagi menerima melainkan dari orang yang kami kenal.”7 Segala yang dilakukan oleh genarasi awal Islam berpandukan kepada firman Allah taala, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat: 6) Menerusi hadis pula, Nabi s.a.w pernah ditanya oleh Fatimah binti Qais mengenai lamaran yang diterima dari Muawiyah bin Abi Sufyan dan Abu Jahm. Nabi s.a.w bersabda, “Adapun Abu Jahm adalah seorang yang kaki pukul. Manakala Mu’awiyah pula adalah seorang yang tidak mempunyai harta. Bernikahlah dengan Usamah.”8 Aplikasi ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil hari ini Seperti yang dijelaskan, tidak semua aspek jurusan ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil boleh diaplikasi dalam suasana kehidupan hari ini. Para ulama hadis telah melakukan perincian yang mendalam lagi luas untuk menilai segala

aspek sifat perawi yang boleh diterima atau ditolak periwayatan mereka. Namun, ada beberapa sudut yang boleh diambil kira untuk dijadikan sandaran bagi mengekang berita palsu. Di antara aspek yang sesuai

diambil kira adalah penilaian aspek `adalah (benar dan jujur) dan dhabit (kejituan) terhadap individu atau organisasi yang menyampaikan berita atau maklumat. `Adalah (adil/jujur) bagi seorang perawi di sisi ahli hadis adalah orang yang dikenali ramai sebagai seorang yang berintegriti dalam urusan hidupnya secara umum, jujur dalam bicaranya, tidak pernah berdusta serta disenangi tingkah lakunya. Dhabit (jitu) di dalam penyampaian khabar pula difahami dengan kesungguhan mereka dalam memastikan apa yang disampaikan, adalah asli dan tidak menyimpang dari kebenaran, samada menerusi hafalan atau catitan. Menurut ahli hadis, kedua dua ciri ini diakui sah jika ia datang dari seorang Muslim yang mukallaf. Walaupun di sisi para ulama hadis syarat penerimaan sesuatu riwayat perlu datang dari seorang Muslim, ini tidaklah bermaksud penyampaian khabar dari bukan Muslim ditolak sama sekali. Para ulama secara umumnya, baik dalam bidang hadis mahupun yang lain meletakkan syarat Islam sebagai syarat penerimaan riwayat, hanya dalam perkara yang berkaitan dengan urusan syariat Islam, bukan semua khabar. Jika dirujuk kepada sirah Nabi s.a.w, telah berlaku penyampaian dan penerimaan khabar antara umat Islam dan bukan Islam. Urusan-urusan politik dan masalah sosial secara umumnya dibicarakan oleh masyarakat umum di Madinah dan Mekah. Dalam memeterai perjanjian perdamaian antara umat Islam dan bukan Islam, kumpulan masing masing membawa khabar dari pihak mereka untuk dijadikan sandaran perjanjian. Di dalam perjanjian Hudaibiyah misalnya, Nabi s.a.w menerima baik wakil dari pihak Quraish yang bernama Suhail bin `Amr kerana beliau adalah seorang yang mudah dan jujur dalam perbincangan. Sedangkan sebelum itu, Nabi s.a.w menunjukkan rasa tidak senang dengan seorang wakil mereka yang bernama Mikraz kerana dia adalah seorang yang buruk perangainya dan tidak disenangi ketika mengadakan perbincangan.9 Justeru, hari ini sesuatu berita yang layak diterima dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk seperti di Singapura, perlu datang dari individu atau organisasi yang lama terkenal dengan sifat jujur dan amanah secara konsisten dalam menyampaikan maklumat, walaupun mereka bukanlah orang Islam.

Page 10: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

10

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Hal ehwal yang berkaitan dengan isu kemasyarakatan, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya tidak memerlukan syarat penerimaan maklumat itu datang dari hanya seorang Muslim. Pemikiran yang menganggap sesuatu khabar itu pasti benar apabila dibawa oleh Muslim sahaja adalah meleset dan tidak bernas. Perlu difahami dengan betul bahawa perbincangan para ulama mengenai penerimaan khabar hanya apabila datang dari seorang Muslim adalah urusan-urusan agama dan ibadat sahaja. Itupun adalah pendapat golongan ulama terdahulu. Hari ini, terdapat banyak usaha telah dilakukan oleh bukan Muslim di dalam menyebarkan maklumat berunsur agama kepada Muslim dan diterima baik oleh umat Islam sendiri. Misalnya dalam bidang ilmu hadis sendiri, usaha dan karya seorang orientalis yang bernama Arend Jan Wensinck telah mengumpulkan bahan-bahan yang dijadikan rujukan hadis dalam buku yang berjudul Al-Mu`jam Al-Mufahharas Li Alfaz Al-Hadith Al-Nabawi.10 Sebelum ada enjin carian Google, buku ini menjadi rujukan utama untuk mencari hadis-hadis yang ada dalam kitab-kitab hadis utama. Para ulama dan para penuntut ilmu Islam umumnya menggunakan dan mengambil manfaat dari kitab itu sebagai bahan rujukan mereka. Tiada siapa mengingkari kelebihan dan manfaat kitab itu.

Selain itu, di dalam ilmu tafsir terdapat kitab tafsir unggul, Al-Kassyaf, yang diterima baik oleh ulama tafsir kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kitab in dikarang oleh Al-Zamakhsyari yang berfahaman Muktazilah. Ia merupakan rujukan utama dalam tafsir dari sudut nilai bahasa Al-Quran. Para ulama menghargai karya ini kerana isi dan huraian yang diberi dari sudut kajian bahasa menepati maksud ayat yang diturunkan. Justeru, aplikasi ilmu Al-Jarh Wa al-Ta`dil yang terkait dengan sifat `adalah dan dhabit pada seorang individu masih lagi sesuai digunakan bagi menerima dan menyampaikan khabar, samada dia seorang Muslim ataupun tidak, selagi mana individu yang menyampaikan maklumat itu dikenali sebagai orang jujur dan bahan yang disampaikan pula adalah benar. Jika ciri utama penerimaan sesuatu khabar dinilai dari sudut akidah dan kepercayaan, sudah pasti kedua-dua kitab yang disebutkan tidak boleh diterima sama sekali. Kesimpulan Tiada siapa boleh menahan hak orang lain untuk menyampaikan berita atau maklumat yang diperolehi. Adakala maklumat itu sememangnya secara dasarnya adalah benar. Ada ketika ia boleh jadi benar dengan proses amali, percubaan dan ujian sendiri seperti petua-petua orang lama. Ada pula yang perlu pada ketelitian mendalam untuk memastikan maklumat yang diberi adalah benar dan boleh diterima pakai. Dalam perkara yang berkaitan dengan isu-isu genting di dalam kehidupan seharian manusia, sesuatu maklumat perlu dipastikan benar dan tulen menurut sumbernya yang tidak diragui. Sebagai misal, keadaan wabak Covid-19 yang berlaku di serata dunia yang melibatkan kemudaratan hidup kepada hampir seluruh hidup manusia di dunia ini amat memerlukan maklumat yang tepat supaya wabak ini dapat dikendalikan dengan baik dan berkesan. Cara mudah untuk memastikan sesuatu berita itu benar dan asli adalah merujuk kepada individu atau pihak yang dikenali ramai sebagai sumber yang sentiasa menyampaikan maklumat yang betul secara konsisten. Merujuk kepada syarat penerimaan khabar dari seorang individu, dia hendaklah seorang yang dikenali sebagai seorang yang adil dan jujur. Dalam ruang alam maya yang terdapat ratusan, ribuan malah jutaan pengikut dan “kawan” yang ada di antara mereka tidak pernah dikenali pun, langkah-langkah wajar dalam menerima dan menyampaikan sesuatu khabar perlu diambil. Dalam suasana wabak Covid-19, banyak perkongsian telah dilakukan oleh warga Internet di seluruh dunia mengenai penawar, vaksin, perubahan polisi dan sebagainya. Namun banyak yang didapati tidak benar.11

Page 11: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

11

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Bagi maklumat terkini yang berkaitan dengan perkembangan Covid-19 di Singapura, masyarakat perlu merujuk kepada sumber rasmi Kementerian Kesihatan Singapura (MOH). Selain itu, karyawan kesihatan dan ahli sains yang berwibawa dan terkenal dengan sifat adil dalam menyampaikan maklumat mengenai wabak Covid-19 boleh juga dijadikan sandaran berita yang sahih. Segala isu atau hukum agama yang terkait dengan Covid-19 bagi masyarakat Islam pula, keutamaan ialah

1Lihat Global social media research summary 2020, di https://www.smartinsights.com/social-media-marketing/social-media-strategy/new-global-social-media-research/ (25 June 2020) 2Lihat Singapore Fake News Laws: Guide to POFMA (Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act), di https://singaporelegaladvice.com/law-articles/singapore-fake-news-protection-online-falsehoods-manipulation/ (4 July 2020) 3Ibn Salah (1986.), `Ulum Al-Hadith, Dimasyq: Dar Al-Fikr, ms. 389. 4Al-Syaukani (1427H), Nayl Al-Autar, Riyad: Dar Ibn Al-Jauzi, hadis no. 2549, jld 11, ms. 328 5Adab ketika memberi salam kepada tuan rumah adalah memberi salam sehingga 3 kali. Jika tuan rumah tidak menjawab salam, hendaklah orang yang memberi salam itu beredar dan tidak terus menunggu di depan pintu rumah. Ia termasuk di dalam adab meminta izin.

merujuk kepada panduan keagamaan dari Pejabat Mufti di MUIS dan diikuti pula dengan sumber dari para ulama di seluruh dunia dan institusi fatwa yang sudah diakui kewibawaannya di kalangan umat Islam. Dalam hal ini, rata-rata, terdapat kesepakatan besar di kalangan ulama dan institusi fatwa merata dunia tentang pesoalan penutupan ditutup, menghadkan jemaah pada bilangan tertentu, menjarakkan saf 1 meter ketika bersolat jemaah dan lain lagi. Selain itu, lelaman media arus perdana yang sering membawa berita yang tepat juga boleh menjadi rujukan. Tidak dinafikan bahawa kesilapan boleh berlaku dari orang atau sumber yang selama ini dipercayai ketika menyampaikan khabar, namun ia tidak melibatkan ‘kerosakan’ yang besar berbanding sumber yang memang asalnya diragui. Walaupun ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil lebih dikenali dalam ilmu hadis, tetapi kaedah dan metodologinya amat sesuai diadaptasi oleh pihak penguasa dan masyarakat hari ini. Dengan pengambilan maklumat dari sumber yang betul, impak terhadap kehidupan masyarakat akan lebih baik dan selamat. Ia juga dapat menghalang dari fitnah-fitnah dusta yang boleh menyebabkan keresahan dalam jiwa manusia. Ilmu ini juga menunjukkan betapa Islam kaya dengan ilmu-ilmu yang terkedepan dan menitik beratkan kepentingan menegak kebenaran dalam segala aspek kehidupan manusia. Menurut Shaykh Muntasir Zaman, seorang Orientalis bernama Aloys Sprenger sendiri mengakui bahawa tiada umat dan tidak pernah ada usaha yang dilakukan sebelum ini sepertimana yang dilakukan oleh umat Islam di dalam mengumpulkan latarbelakang setiap orang yang menyampaikan risalah Islam.12

6Sahih Muslim. Kitab Al-Adab, bab Al-Isti’zan, hadis no. 2153. 7Muslim bin Hajjaj (2014), Muqaddimah Imam Muslim, Cairo: Dar Al-Ta’sil, jld. 1, ms. 313. 8Sunan Abi Daud. Kitab al-Talaq, hadis no. 2284. 9Ibn Kathir (2004), Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, Riyadh: Bait Al-Afkar Al-Dauliyah, hlm. 599. 10Boleh didapati di https://waqfeya.com/book.php?bid=1236 11Greg Nyilasy (2020), “Fake news in the age of Covid-19”, Pursuit, 10 April, di https://pursuit.unimelb.edu.au/articles/fake-news-in-the-age-of-covid-19 (8 July 2020) 12Muntasir Zaman (2016), “The Science of al-Jarh wa al-Ta‘dīl: Separating Wheat from Chaff”, Darul Tahqiq, 3 November, di https://www.darultahqiq.com/science-al-jarh-wa-al-tadil-separating-wheat-chaff/ (25 June 2020)

Page 12: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

12

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Berakhlak Mulia Walau Diuji Oleh Ustaz Muhammad Syafiee Bin Mohamed Hassan Penularan wabak Covid-19 menggegarkan dunia. Ia membuat negara-negara gergasi berlutut mencari huraian bagi permasalahan ini, baik dari segi mencari penawar mahupun berusaha mengekang penularannya. Ramai mangsa telah menjadi korban. Namun yang patut menjadi kebimbangan utama bukan pada kadar jumlahnya mahupun cepatnya penularan wabak tersebut, tetapi pada sikap kita dalam menghadapi ujian ini. Kita dapat lihat bagaimana wabak ini memberi kesan pada ekonomi, gaya hidup, daya tahan dan persepsi kita, baik di peringkat global mahupun di peringkat individu. Sikap adalah kunci utama untuk kita harungi segala ujian berat dan pahit. Sikap juga boleh disinonimkan dengan akhlak. Rasulullah s.a.w menganjurkan agar kita berakhlak baik walaupun dalam keadaan susah melalui hadisnya, “Ibadah ketika waktu susah (fitnah) mendapat ganjaran seperti berhijrah kepadaku” (Riwayat Muslim dan Ibn Majah) Maksud ibadah di sini merangkumi semua bentuk perbuatan seorang mukallaf yang dilakukan kerana Allah taala,1 dan ini meliputi akhlak yang baik. Rasulullah s.a.w, pernah bersabda, “Bertakwalah kamu walau di manapun jua. Setiap yang baik akan menghapuskan yang buruk, berakhlaklah kamu dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Al-Tirmizi) Mengenai bersikap pemurah walaupun dalam keadaan terdesak, Rasulullah s.a.w bersabda, “Telah mendahului satu dirham di atas 100,000 dirham. Seorang lelaki yang hanya ada dua dirham mengeluarkan satu dirham untuk

sedekah. Sedangkan lelaki yang satu lagi pula mempunyai harta yang banyak akan tetapi hanya mengeluarkan 100,000 dirham untuk sedekah.” (Riwayat Al-Nasa’ii dan Ahmad). Allah taala berfirman, “Barangsiapa mengatasi kekikiran dalam jiwanya maka dia adalah orang-orang yang berjaya.” (Al-Hashr: 9) Bagi menghuraikan tajuk ini, penulis akan membahagikan artikel ini kepada tajuk-tajuk kecil berikut; 1. Maksud dan konsep akhlak 2. Kelebihan akhlak yang baik 3. Cara dan rahsia mendidik jiwa 4. Contoh-contoh akhlak mulia walau dalam kesempitan 5. Bagaimana menghadapi ujian besar seperti wabak

Covid-19? 6. Rumusan dan penutup Maksud dan konsep akhlak

Akhlak adalah sesuatu keadaan yang terpahat pada jiwa seseorang secara tetap menyebabkan dia mudah untuk melakukan sesuatu perkara tanpa bersusah payah.2 Berikut adalah contoh-contoh bagi menjelaskan lagi kefahaman; a) Orang bakhil yang bersedekah. Adakah dengan hanya

dia bersedekah satu kali dikatakan dia orang yang pemurah? Sudah tentu tidak. Justeru, akhlak atau sikap “pemurah” bukan dinilai daripada perbuatannya.

b) Orang yang pemurah selalu bersedekah tetapi kebetulan apabila diminta untuk bersedekah, dia tidak membawa wang. Adakah kerana dia tidak bersedekah waktu itu, dia dikatakan orang yang bakhil? Sudah tentu tidak.

Dari contoh ini, kita tahu bahwa akhlak tidak dinilai hanya pada perbuatan. Namun ia dinilai pada sikap seseorang. Sikap yang telah menjadi sebahagian daripada diri orang

Page 13: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

13

Wasat no. 34 / Ogos 2020

tersebut. Sikap yang mencorakkan perbuatannya, pergaulannya, pemikirannya bahkan kehidupannya. Sepertimana sikap orang yang pemurah selalu terdorong untuk membantu orang lain, begitu juga sikap orang yang bakhil seringkali memikirkan dirinya sahaja. Begitu juga dengan seseorang yang bersikap memungkiri janji, walaupun pejabatnya berdekatan dengan rumahnya, beliau tetap akan datang lambat. Sama juga dengan orang kaya yang kikir, walaupun banyak hartanya tetapi dia masih lagi merasakan kekurangan. Akhlak adalah suatu konsep yang melambangkan harga diri seseorang. Ia mencorakkan perbuatan, pertuturan dan sebagainya. Jika baik akhlaknya baiklah perbuatannya. Begitu pula jika buruk akhlaknya, buruk pula perbuatannya. Oleh itu, akhlak menjadi timbangan yang paling berat di akhirat dan ia merupakan sebab utama Nabi diutuskan kepada umat manusia.3 Kelebihan akhlak yang baik Imam Al-Ghazali mengatakan akhlak yang baik akan terhasil daripada jerih usaha seseorang hamba yang menjaga hatinya daripada keburukan. Ia adalah pintu untuk mendapatkan rahmah Allah taala. Akhlak yang buruk bukan sahaja membawa kepada kemungkaran dan kemurkaan Allah s.w.t., ia juga merupakan satu penyakit hati. Setiap individu berperanan penting untuk menjaga hati dan diri daripada unsur-unsur negatif kerana tiada yang mampu mengubah kita, kecuali kita sendiri yang bersifat positif hendak mengubahnya.4 Allah taala telah meletakkan peraturan alam bahawa barangsiapa membersihkan hatinya dengan akhlak yang baik, pasti akan berjaya. Manakala orang yang tidak memperhatikan akhlaknya sehinggakan mencemarkan hatinya, akan mengalami kesusahan.5 Oleh itu, Rasulullah s.a.w memuji orang yang berakhlak mulia walaupun ia menghadapi pelbagai ujian seperti sabdanya, “Tiada sesuatu perkara yang diletakkan pada timbangan amalan seseorang hamba yang lebih berat daripada akhlak yang baik.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku (Nabi Muhammad s.a.w) menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi sesiapa yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, dan rumah di tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan kebohongan sekalipun dalam bergurau, dan rumah di atas syurga bagi orang yang berakhlak mulia.” (Riwayat Abu Daud). Terdapat banyak lagi ayat Al-Quran serta hadis-hadis Nabi s.a.w berkenaan akhlak yang mulia. Namun, apa yang membuatkan akhlak terpuji begitu berat timbangannya di akhirat sehingga mengalahkan ibadah solat dan puasa? Cukupkah hanya dengan orang tersebut melakukan kebaikan dan meninggalkan yang haram, bermakna dia sudah berakhlak mulia?

Jika benar pendapat ini, bagaimana pula dengan orang yang ingin melakukan kebaikan tetapi terhalang? Atau orang yang melakukan keburukan kerana terpaksa? Adakah dia tidak berakhlak mulia? Ataupun jika dia membuat kebaikan tetapi berniat buruk di sebalik kelakuannya itu? Adakah ini juga termasuk dalam maksud

akhlak mulia? Jadi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan akhlak terpuji? Cara dan rahsia mendidik jiwa Sikap atau akhlak dapat dicorakkan melalui pengalaman dan perbuatan yang sering diulang-ulang. Sebab itulah orang yang sering berbohong akan dikenali di sisi Allah taala sebagai pembohong. Begitu juga orang yang berkata jujur, dikenali di sisi Allah taala sebagai orang yang jujur. Rasulullah s.a.w bersabda, “Hendaklah kalian berlaku jujur. Sesungguhnya jujur itu membawa kepada kebaikan. Dan sesungguhnya kebaikan akan membawa ke syurga. Seseorang hamba itu apabila berkata jujur, dan sentiasa berkata jujur, maka akan ditulis “status” hamba tersebut sebagai orang yang jujur di sisi Allah taala. Jauhilah kalian daripada berkata bohong. Kerana berbohong itu akan membawa kepada keburukan. Sesungguhnya keburukan akan membawa kepada neraka. Seseorang hamba itu apabila berbohong, dan sentiasa berbohong, maka akan ditulis “status” hamba tersebut sebagai pembohong di sisi Allah taala.” (Riwayat Al-Bukhari)

Page 14: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

14

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Ahli Fisiologi Russia, Ivan Petrovich Pavlov ada menemukan hubungan sikap dengan perbuatan.6 Beliau meletakkan satu eksperimen di mana anjing ini sering mengeluarkan air liur ketika mendengar bunyi tapak orang yang akan memberi dia makanan. Ini kerana hubungan erat bunyi tapak kaki tersebut dengan makanan anjing. Daripada eksperimen ini, beliau mengeluarkan satu kaedah yang dikenali sebagai “classical conditioning”. Kaedah ini terus dikaji dan digunakan untuk mendidik sesuatu tabiat. Terdapat juga kaedah yang lain.7 Namun keseluruhan kaedah ini berpaksikan pada hubungan antara perbuatan dengan sikap. Sebelum penemuan ini semua, Imam Al-Ghazali telah meletakkan kaedah ini dalam kitabnya, Ihya Ulum Al-Din.8 Bahkan beliau menambahkan bahwa perbuatan yang diulang itu, hendaklah berterusan sehingga menjadi tabiat. Tidak cukup hanya dengan merasakan kemanisan sesuatu perbuatan itu di suatu masa dan tidak pula di masa yang lain. Contohnya ialah jika seseorang itu seringkali solat, namun belum terdetik rasa kemanisan dalam solat atau hanya rasa kemanisan solat pada satu waktu tetapi tidak pula di waktu yang lain, perbuatan solat itu belum menjadi sikapnya. Selain daripada perbuatan yang diulang untuk mendidik sesuatu akhlak, seseorang itu perlu mengetahui hakikat jiwanya. Daripada situ barulah dia mampu untuk meneliti daripada mana punca akhlak yang buruk dan cara mengatasinya.9 Terdapat tiga daya kekuatan pada jiwa manusia yang mempengaruhi perbuatannya:

daya kekuatan akal

daya kekuatan marah

daya kekuatan syahwat. Ketiga-tiga daya ini tidak diluputkan dari manusia. Namun, ia dapat disalurkan pada tempatnya. Alat untuk menyalurkan ketiga-tiga daya ini pada tempatnya adalah i’tidal atau sikap keseimbangan antara dua ekstrem bagi setiap daya kekuatan. Daya kekuatan akal mempunyai dua ekstrem. Satu ekstrem menyebabkan seseorang dibodohkan. Manakala satu lagi adalah memperbodohkan orang lain. Begitu pula dengan daya kekuatan kemarahan. Satu sudut membuat seseorang dipijak kerana hilangnya sifat marah yang dijadikan sebagai “defence mechanism”. Dari satu sudut lain pula hanya membuat kerosakan. Sama juga dengan daya kekuatan syahwat. Yang mana bertujuan untuk menjaga kewujudan anak Adam. Jika tiada daya ini, manusia akan pupus. Dari sudut ekstrem yang

lain, ia oleh menyebabkan perzinaan dan kerosakan pada keturunan manusia, jika tidak disalurkan pada tempatnya. Apabila semua daya kekuatan ini diarahkan kepada keseimbangan, baru akan terlahir sifat yang terpuji dan empat sifat terpuji utama adalah; Hikmah (bijaksana), Syaja’ah (berani), `Iffah (menjaga kesucian diri), `Adalah (keadilan). Dari hikmah sikap pertengahan antara dua extrim bagi daya kekuatan akal, lahir sifat pemurah, mengeratkan silaturahmi, memaafkan, memahami keadaan manusia, beradab tatasusila dan sebagainya.

Begitu juga setiap daripada syaja’ah (berani), iffah (menjaga diri), ‘adalah (keadilan) menghasilkan sifat-sifat mulia yang lainnya seperti membela yang lemah, menundukkan pandangan, amanah dan sebagainya. Contohnya, sifat sabar. Ia adalah pertengahan pada setiap daripada daya kekuatan yang ada pada manusia. Ia membuatkan seseorang menahan marahnya, atau syahwatnya, atau ‘aqalnya untuk mendapatkan keredaan Allah taala. Dia mengawal daya kekuatan tersebut, dengan tunduk pada daya kekuatan ‘aqal yang ingin mengutamakan Allah taala, “Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu.” (Al-Nazi’at: 40) Contoh lain ialah sikap kita terhadap kewangan seperti firman Allah taala. yang menjelaskan antara sifat orang-orang pilihanNya, “Mereka apabila mereka membelanjakan harta mereka, mereka tidak boros dan tidak pula kikir, bahkan mereka mengambil jalan tengah antara kededuanya.” (Al-Furqan: 67)

Page 15: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

15

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Maka itu, antara rahasia mendidik jiwa adalah membiasakan diri dengan melakukan perbuatan yang baik disertakan pengharapan pada rahmat Allah s.w.t dan mengenali diri kita. Mengenali daya kekuatan yang ada pada jiwa, sekaligus melatih diri untuk memberi kesimbangan pada setiap daya kekuatan tersebut. Contoh-contoh akhlak mulia walau dalam kesempitan Setelah mengetahui bahwa akhlak adalah suatu sikap yang sebati dengan jiwa, kita dapat lihat bahawa akhlak ini tidak akan berubah dengan perubahan keadaan. Contohnya, orang yang syahid bila diberikan peluang untuk hidup lagi, pasti dia akan berjuang dan syahid sekali lagi. Begitu pula keadaan orang yang masuk neraka, bila dikembalikan ke dunia pasti mereka akan membuat perkara yang sama.

Allah taala berfirman, “Jikalau mereka dikembalikan ke dunia pasti mereka akan kembali melakukan keburukan. Sungguh mereka adalah pendusta.” (Al-An`am: 28) Adapun keadaan

orang yang beriman, akhlak serta perbuatan mereka tidak akan berubah mengikut keadaan seperti sabda Rasulullah s.a.w, “Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangannya, sungguh mereka bergembira dengan musibah seperti mana mereka bergembira dengan kesenangan.” (Riwayat Ibn Majah) Motivasi utama orang yang berjaya untuk berakhlak mulia adalah mencintai Allah taala lebih daripada mencintai diri mereka sendiri dan mencintai akhirat atau hari pembalasan. Mereka juga mengetahui hakikat ujian kehidupan. Daripada keimanan yang mantap inilah, lahir sikap dan akhlak yang terpuji. Oleh itu, apabila terdapat sesuatu perkara kebaikan, pasti Rasulullah s.a.w akan menggandingkannya dengan orang-orang beriman di hari akhirat.

Namun, ada segelintir manusia yang tidak mempunyai kekuatan motivasi untuk berakhlak baik, sehinggakan menghasilkan tabiat yang berubah mengikut keadaan. Keadaan mereka ini digambarkan dalam firman Allah taala, “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.” (Al-Haj: 11) Oleh itu, kita perlu kepada perubahan sikap dan akhlak semasa menghadapi keadaan yang tidak menentu sekarang ini. Dari sikap yang berubah mengikut keadaan, kepada akhlak yang mulia yang tidak berubah mengikut perubahan zaman. Namun apakah sikap atau akhlak yang boleh kita sematkan untuk mengharungi ujian ini? Bagaimana menghadapi ujian besar seperti wabak Covid-19?

Allah taala berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-4) Keadaan mereka yang beriman dan bertakwa akan tenang walaupun di dalam keadaan yang genting. Akhlak yang bersemadi di dalam diri sentiasa mencorakkan perbuatan mereka. Akhlak yang disirami dengan keimanan tidak akan goyang, bahkan dengan ada kejadian-kejadian ini menguatkan lagi keimanan mereka.10 Namun apakah persiapan bagi mengharungi ujian seterusnya khususnya situasi ekonomi yang tidak menentu setelah wabak penularan ini berkurangan? Berikut ini beberapa perkara yang boleh diusahakan: a) Sikap memperbanyakkan kebaikan Allah taala berfirman, “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).” (Al-Rahman: 60) Bagaimana perkara yang baik akan datang jikalau kita tidak menjemputnya dahulu? Oleh itu, perbanyakkanlah amal soleh dengan menjaga perhubungan baik kita dengan manusia juga dengan Allah taala dalam keadaan wabak dan ujian yang besar ini.

Page 16: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

16

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Sematkan dalam jiwa bahawa Allah taala tidak akan mensia-siakan ganjaran orang yang berbuat baik. Tunaikan hak Allah, banyakkan Istighfar, bersedekah, menjaga hubungan antara manusia dan saling memberikan sokongan moral dan mendoakan antara satu sama yang lain. Carilah peluang-peluang yang ada lagi bermanfaat dan jangan merasa terganggu dengan melihat keburukan yang ada. Sikap ingin melakukan kebaikan walaupun dalam keadaan sukar ini, membuatkan kita lebih cekal untuk mengharungi cabaran dan meraih peluang. Malahan ia juga dapat mempersiapkan diri kita dengan sikap yang lebih positif bagi mengharungi keadaan setelah episod wabak ini. b) Ikhtiar

Di sebalik memperbanyakkan amal kebaikan, kita juga dituntut untuk menjaga nikmat yang dianugerahi Allah taala sebagai tanda kesyukuran. Antara usaha yang harus diambil dalam keadaan yang genting akibat penularan wabak ini ialah menjaga kesihatan badan dengan mengubah sikap kita terhadap pemakanan dan mengelakkan budaya pembaziran. Selesakan diri dengan diet pemakanan yang sihat, seimbang dan makan hanya ketika lapar, berhenti sebelum kenyang kerana pemakanan memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Selain itu, elakkan diri dari menjadi punca penularan wabak tersebut atau punca masalah kehidupan lain. Sikap ini akan mengajarkan kita untuk mengurangkan “liability” (tanggungjawab) yang mungkin dihadapi. Ambil iktibar daripada pengajaran hadis Nabi s.a.w, “Berkata baik ataupun diam”, kerana kita akan dipertanggungjawabkan dengan buruk yang pernah kita ucapkan. Sikap sebegini juga akan dapat membantu kita mengharungi kebanyakan aspek kehidupan lain seperti masalah kewangan, masa, hubungan kekeluargaan dan

1Al-Jurjani (t.t.), Al-Ta`rifat, 6th of October City: Maktabah Dar Al-Rayyan Li Al-Turath, ms. 189. 2Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Al-Dimasyqi (1994), Mau`izat Al-Mukminin Min Ihya’ Ulum Al-Din, Beirut: Dar Al-Nafais, ms. 268. 3Al-Bukhari, Adab Al-Mufrad, hadis no. 273 4Al-Dimasyqi (1994), Mau`izat Al-Mukminin Min Ihya’ Ulum Al-Din, ms. 265. 5Lihat surah Al-Syams: 9-10. 6Dennis Coon and John O. Mitterer (2008), Introduction to Psychology: Gateways to Mind and Behavior, Boston: Cengage Learning, ms. 220.

sebagainya. c) Reda dengan takdir Apabila hati kita dihiasi dengan akhlak terpuji, kita akan mudah berdamai dengan takdir. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan setiap kejadian yang berkaitan dengan dunia, hanya bersifat sementara. Dan di sebalik ujian pasti ada ganjaran yang menanti.11 Sikap ini bukan sahaja mampu memberikan kita semangat dan ketenangan untuk mengharungi ujian yang melanda, bahkan ia dapat melahirkan dua sikap terpuji, iaitu sabar dan syukur. Rumusan dan penutup Sebagai rumusan, setiap daripada kita berkewajipan untuk menjaga sikap atau akhlak kerana kededuanya akan mencorakkan cara kita berinteraksi dengan keadaan sekeliling, baik di waktu senang atau susah. Akhlaklah yang memartabatkan harga diri seseorang manusia dan disebabkan akhlak juga turunnya rahmat dan rezeki daripada Allah taala. Semoga perkongsian ini dapat menjadi satu peringatan untuk kita sama-sama amalkan bagi menuju ke arah umat Islam yang seimbang lagi cemerlang – umattan wasatan.

7Frances K. McSweeney and Eric S. Murphy (2014), The Wiley Blackwell Handbook of Operant and Classical Conditioning, Sussex: John Wiley & Sons, ms. 3. 8Al-Dimasyqi (1994), Mau`izat Al-Mukminin Min Ihya’ Ulum Al-Din, ms. 271. 9Ibn Maskawaih (1981), Tahdzib Al-Akhlaq, Beirut: Maktabah Dar Al-Kutub Al-`Ilmiyah, ms. 13-4. 10Lihat Al Imran: 173 11Lihat Al-Zumar: 10

Page 17: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

17

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Muslims Serving in a Police Dog Unit By Ustaz Muhammad Haniff Hassan A Malay Muslim person posted his dilemma on Internet about his immediate family members’ negative reactions and attitudes towards his job as a police officer in dog unit. They consider his job as haram (forbidden) and the salary that he got from it is impure. The post had invited controversy among netizens. Some of the comments raised concerns because it highlights a misunderstanding of Islamic rulings on the matter. If left uncorrected, it would remain in the society and spread to others. The misunderstanding could also then be manifested in unkind behavior that would cause negative perceptions among non-Muslims towards Islam and Muslims. Some of the misunderstanding are as follow: a) the idea of serving in a police dog unit is impermissible (haram) for a Muslim officer because dogs are impure (najis) and this would affect a Muslim’s personal cleanliness and his or her subsequent act of worship (ibadah), b) dog is an inauspicious animal for Muslims to be in close contact with, c) a dog’s presence prevents the coming of angels tasked to bring divine blessings. Unkind behaviours could be in the form of nasty comments, online harassments and social boycott because the serving officer is regarded to have committed a grave sin and has compromised Islamic teachings which puts his religious integrity into question. This article’s primary objective seeks to correct some misunderstandings on the topic. Its objective is not to normalise close contact between Muslims and dogs, which is culturally frowned upon in a Malay Muslim community. The article also does not seek to offer a fatwa justifying the decision to make Muslim officers serve in dog units of security agencies.

The writer recognises that respecting and being sensitive to local societal norms and culture is a must for Muslims. However, this should not lead to misunderstandings of the religion itself and wrongful application of its rulings which would cause unkind behaviours and unjustified allegations towards a fellow Muslim’s integrity to be made. Serving in a dog unit It is permissible for Muslims to serve in and be part of a dog unit belonging to local security agencies such as the police, military, customs and prison service. Muslim scholars since the classical period have ruled for the permissibility of using dogs to protect houses and farm from criminals and wild animals. The most cited dalil is from 5:4 of the Qur’an which mentions and, thus, permits the use of dogs for hunting. The verse was revealed to the Arab people during the time where hunting was no more their primary means of food and survival. Then, Arabs were not a hunting society anymore. They had become an agricultural and trading society. Thus, hunting merely became a recreational activity and a supplementary source of food. If the use of dogs for hunting for a non-dharuri (essential) purpose is permissible, then its use for security protection of individual and personal property should take the same ruling too, according to Muslim scholars. It is logical then to deduce that the use of dogs for the protection of public security and property is more critical and should be permissible too. Furthermore, the efficiency of dogs for this function have been recognised by experts and tested. It is also a current practice in security fields all over the world. This argument could be supported by the fact that security forces in Muslim countries operate dog units which are handled by Muslim officers and local Muslim scholars are not known to have spoken against it. As such, the issue of angels staying away from dog-handling Muslims does not materialize because it happens for reasons that are recognised by the shari`ah.

Page 18: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

18

Wasat no. 34 / Ogos 2020

Impurity of dog Firstly, a dog’s status as an impurity is not a principle religious issue. It falls under a contentious issue among Muslim scholars. The Shafi`ites, the dominant mazhab in this region, and the Hanbalites rule that a dog’s whole body is impure. The Hanafites, however, rule that only a dog’s mouth, saliva and waste are impure. The other parts of its body are not. These three mazhabs do not regard the touching of a dog as haram. They do not differentiate between a dog and other impurities such as urine, poop and carrion. All are impurities that must be cleansed from one’s body and clothes but touching or being stained by them is not considered haram. Some Malikites hold an opinion that dogs are not impure at all. They regard the Prophet’s command to perform special washing (six washes with water and one wash with a mix of earth and water) to anything in contact with dogs as a matter of “ta`abbudi” (pure devotional obedience), not because of dogs’ impure status). Cleansing dog’s impurity The Shafi`ites, Hanafites and Hanbalites agree that cleansing a dog’s impurity must be done with the special washing stipulated by the Prophet. The Hanbalites hold a slightly different view. They allow the use of soap as an alternative to earth mixed with water. Thus, the impurity could be cleansed with one washing with soap and six more with water or by allowing tap water equivalent to the amount of six washes to flow (i.e six small dippers of water). The Malikites who view that dog is not impure hold the view that the special cleansing recommended by the Prophet is not obligatory. Based on this, the available options for Muslims when in contact with dog before performing their prayers are;

to perform the original cleansing ritual based on the Shafi`ites and Hanafites. This could be made easier with the use of special soap as a modern alternative to earth mixed with water which is available in the markets

to perform the cleansing ritual based on the Hanbalites which is the use of normal soap as alternative to soil mixed water

non-obligatory normal wash for hygiene reason based on the Malikites, except when in contact with a dog’s urine or waste. In such a case, obligatory but normal wash would suffice.

When ranked in accordance to hardship and difficulty, the first option will be the most challenging. Although the second option is less troublesome, it may not be practical because it necessitates changing of one’s uniform every time a Muslim wants to perform prayer and this may not be possible when he is working outside his base. Obviously, the least troublesome and most practical option is the third. For this reason, many contemporary Muslim scholars recommend the adoption of this view in such a situation because it suits the character of Islam that is easy and practical. Adopting opinions from other mazhabs It is the right of a Muslim to continue with the opinion of the Shafi`ite mazhab on the issue discussed in this article. For other Muslims, it may be difficult to practice the opinion, but not difficult for him or he is prepared to bear the hardship. However, the right of other individuals to choose the less difficult opinion from other mazhabs must also be respected. Often, the allowance for other Muslims to adopt opinions from other mazhab is seen suspiciously as an attempt to challenge the existing dominance of the Shafi`ite mazhab among Malays here and to replace it with a mazhab-free orientation often associated with the Kaum Muda movement or Wahabis. However, this is a misconception that must be corrected. Adopting opinions of other mazhabs as a more practical solution for specific issue or problem has been practiced by Muslim community for very long time. Some examples are;

the use of money for payment of zakat fitrah, as an alternative to the use of rice

Page 19: KWWSV EORJ SHUJDV RUJ VJ ZDVDW - Pergas Blog · sepanjang tahun penuh rahmat dan keberkatan. Bersyukur juga kepada Allah ... wabak Covid-19 sekarang ini, satu sifat yang sejajar dengan

19

Wasat no. 34 / Ogos 2020

the use of mathematical calculation (hisab) in determining the beginning and end of Ramadan, as an alternative to the use of ru’yah (visual sighting of moon)

the adoption of the Hanafite opinion, for haj and umrah pilgrims, that wudhu’ does not become void due to bodily contact between non-mahram male and female, as an alternative to the contrasting view taken up by the the Shafi`ites.

These examples have long been practiced by Muslim community in Singapore without altering the long held tradition of the Shafi`ite mazhab among Malays. Recommending the Malikite opinion as a solution for the specific issue discussed here is no different from the above examples. Conclusion It is not haram for Muslims to serve in the police dog unit, be it by his choice or order by the authority. Thus, the serving Muslim officer should not be condemned or ostracised. Admittedly, it is important for Muslim to respect the community’s traditions and norms and to be sensitive with their sensitivities such as practices that are culturally regarded taboo by Malays. However, this should not lead to one judging another person with a wrong rule in the name of Islam such as wrongly ruling a person as having committed a sinful act or prejudicing him as one who has neglected his religious duties or questioning his religious integrity. Finally, what is discussed in this article could also be applied to Muslims who wish to be professional veterinarians because it may be difficult, in Singapore context, for such Muslims to avoid treating dogs – an act that is regarded noble in Islam too.