account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/surat edaran bahagian akaun... · stor...

20

Upload: hoangnhi

Post on 01-Apr-2019

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 2: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 3: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 4: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 5: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 6: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 7: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 8: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 9: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 10: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan
Page 11: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 1 TAHUN 2019

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KOD CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA)

BAGI PENGKELASAN INVENTORI DI BAWAH

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia https://account.moh.gov.my

4 Januari 2019

Page 12: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

1 / 9

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 1 TAHUN 2019

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KOD CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA)

BAGI PENGKELASAN INVENTORI DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk menyelaras penggunaan kod

akaun yang tepat bagi item inventori KKM berdasarkan keperluan piawaian

perakaunan Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) 12-

Inventories, Polisi serta Carta Akaun Asas Akruan (CAA) dalam Intergrated

Government Financial and Management Accounting System (iGFMAS).

1.2 Penggunaan kod CAA ini akan memberi kesan terhadap ketepatan

Pelaporan Penyata Kewangan Kementerian. Tarikh kuatkuasa Garis

Panduan ini adalah pada 1 Januari 2019 (Surat Edaran Bahagian Akaun

Bilangan 1 Tahun 2018 dibatalkan).

2.0 PEMATUHAN PROSEDUR PERAKAUNAN INVENTORI

Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Piawaian, Polisi dan Manual

Perakaunan Akruan serta Surat Pekeliling berkaitan yang telah dikeluarkan di

laman sesawang www.anm.gov.my, www2.anm.gov.my/akruan dan

1pp.treasury.gov.my seperti berikut:

2.1 Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) 12-Inventories

2.2 Manual Perakaunan Akruan (MPA) (Versi 1: April 2014)

2.3 Manual Operasi Perakaunan Akruan (Mei 2016)

2.4 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 8 Tahun 2017: Polisi

Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan

2.5 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017: Carta

Akaun Asas Akruan

2.6 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan

(TPS): Pendahuluan AM 6.1

Page 13: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

2 / 9

3.0 TAKRIFAN

Takrifan bagi maksud garis panduan ini adalah seperti berikut:

3.1 Inventori

Merujuk kepada Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS)

12-Inventories, inventori adalah aset dalam bentuk bahan atau bekalan

yang akan digunakan atau diagihkan semasa menyediakan perkhidmatan.

3.2 Item Inventori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bagi tujuan Pelaksanaan Perakaunan Akruan ini, empat (4) item telah

ditetapkan sebagai inventori KKM iaitu:

(i) 27401: Bekalan Ubat (ii) 27403: Reagen (iii) 27404: Vaksin (iv) 27499: Bekalan Perubatan dan Pergigian Yang Lain (Bukan

Ubat/ Bekalan Pakai Buang/ Consumables)

3.3 Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori

PTJ yang mempunyai baki akhir inventori bernilai RM 1 juta atau lebih bagi

tiga (3) tahun kewangan secara berturutan. Status ini kekal walaupun baki

akhir bagi inventori tahun berikutnya kurang dari RM 1 juta.

3.4 Stor Utama

Stor di Kementerian/ Jabatan yang menyedia, mengurus dan membekalkan

barang-barang kepada Stor Unit dan pelanggan akhir.

Di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mempunyai satu (1) Stor

Utama sahaja yang boleh dibahagikan mengikut bahagian/ cawangan/

sektor.

Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada

Stor Farmasi dan Stor Makmal/ Patologi.

Page 14: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

3 / 9

4.0 LATAR BELAKANG

4.1 Sehingga 1 Januari 2018, sebanyak 84 Pusat Tanggungjawab (PTJ)

seperti di Lampiran 1 telah ditetapkan sebagai PTJ Inventori.

4.2 Proses merekodkan perolehan bekalan inventori serta penggunaan kod

Carta Akaun Asas Akruan (CAA) bagi PTJ Inventori dan PTJ selain PTJ

Inventori adalah berbeza mengikut keperluan piawaian perakaunan

MPSAS 12-Inventori.

4.3 PTJ Inventori mengiktiraf baki Inventori di bawah Aset Semasa dalam

Penyata Kedudukan Kewangan Kementerian. Manakala bagi PTJ selain

PTJ Inventori, perolehan Inventori dianggap sebagai belanja.

4.4 Bilangan dan nilai inventori di setiap PTJ, samada dalam rekod sistem dan

manual perlu bersamaan dan selaras dengan stok fizikal di stor utama yang

telah ditentukan.

5.0 PENGGUNAAN CARTA AKAUN ASAS AKRUAN (CAA) BAGI PENGURUSAN

INVENTORI

5.1 Penggunaan Kod CAA Semasa Perolehan:

Semasa membuat perolehan (Pesanan Kerajaan) bagi empat (4) item

inventori KKM, kod CAA yang perlu digunakan adalah B0627000 (Kos

Barang Digunakan) khusus bagi PTJ Inventori. Manakala PTJ selain

PTJ Inventori perlu menggunakan kod CAA B0227000 (Perkhidmatan dan

Bekalan). Ringkasan Kod CAA Semasa Perolehan seperti Jadual 1 di

bawah:

Page 15: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

4 / 9

Kod

Objek

Perihal Kod CAA Semasa Perolehan

PTJ Inventori Selain PTJ

Inventori

27401 Ubat dan Dadah B0627401 B0227401

27403 Reagen B0627403 B0227403

27404 Bekalan Vaksin B0627404 B0227404

27499 Bekalan Perubatan Kesihatan

dan Pergigian Yang Lain

B0627499 B0227499

Jadual 1:

Panduan Penggunaan Kod Carta Akaun Asas Akruan (CAA) Semasa

Perolehan

Penggunaan Kod CAA B0627000 ini hanya terhad kepada empat (4) jenis

item di Jadual 1 sahaja. PTJ Inventori tidak dibenarkan untuk menggunakan

Kod CAA B0627000 bagi sebarang perolehan bekalan dan perkhidmatan

selain dari empat (4) jenis item di Jadual 1.

5.2 Penggunaan Kod CAA Semasa Pelarasan Suku Tahun Baki Inventori

Khusus bagi PTJ Inventori, jurnal pelarasan suku tahun baki inventori perlu

dibuat di dalam Sistem iGFMAS dengan menggunakan kod CAA A0627000

(Inventori Untuk Digunakan). Manakala PTJ selain PTJ Inventori tidak

perlu menyedia jurnal pelarasan baki inventori. Ringkasan Kod CAA

semasa pelarasan baki inventori seperti Jadual 2 di bawah:

Kod

Objek

Perihal Kod CAA Semasa Pelarasan Suku

Tahun Baki Inventori

PTJ Inventori Selain PTJ

Inventori

27401 Ubat dan Dadah A0627401 Jurnal pelarasan

baki inventori

tidak perlu

disediakan

27403 Reagen A0627403

27404 Bekalan Vaksin A0627404

27499 Bekalan Perubatan Kesihatan

dan Pergigian Yang Lain

A0627499

Jadual 2:

Panduan Penggunaan Kod Carta Akaun Asas Akruan Semasa Jurnal

Pelarasan Suku Tahun Baki Inventori

Page 16: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

5 / 9

Catatan jurnal pelarasan suku tahun baki inventori adalah seperti berikut.

(i) Pelarasan Baki Awal Inventori

Dt B0627000 (Kos Barang Digunakan)

Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

(ii) Pelarasan Baki Akhir Inventori

Dt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

Kt B0627000 (Kos Barang Digunakan)

5.3 Penggunaan Kod CAA bagi Penurunan Nilai Inventori

Pelarasan jurnal ini dibuat jika berlaku situasi seperti penggunaan item

inventori yang perlahan (slow moving item), yang menunjukkan

kemungkinan Nilai Boleh Realisasi Bersih berada di bawah Nilai Kos.

Nilai inventori hendaklah diturunkan dengan mewujudkan Akaun

Penurunan Nilai Terkumpul (Akaun Kontra). Baki ini akan ditunjukkan

sebagai Nilai Bersih Baki Inventori dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

(i) Catatan Jurnal Penurunan Nilai Inventori

Dt B5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan) -

Belanja

Kt A5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan)

Pelarasan jurnal timbal-balik penurunan nilai inventori dibuat jika didapati

peningkatan semula penggunaan item inventori tersebut.

Apabila penurunan nilai yang sebelum ini diiktiraf ditimbal-balik, Akaun

Penurunan Nilai Terkumpul sebelum ini dikurangkan (debit) dan Akaun

Belanja yang sama ditimbal-balik.

(ii) Catatan Jurnal Timbal-Balik Penurunan Nilai Inventori

Dt A5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan)

Kt B5227000 (Penurunan Nilai Inventori Untuk Digunakan) -

Belanja

Page 17: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

6 / 9

(iii) Catatan Jurnal Kerugian Atas Penilaian Semula Inventori

Dt B0557101 (Kerugian Atas Penilaian Semula Inventori)

Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

5.4 Penggunaan Kod CAA bagi Hapuskira Inventori

Apabila item inventori didapati telah usang, luput tempoh dan tidak boleh

digunakan atau hilang, inventori berkenaan hendaklah dihapuskira.

(i) Catatan Jurnal Hapuskira Inventori

Dt B0551204 (Hapuskira Kehilangan Inventori)

Kt A0627000 (Inventori Untuk Digunakan)

6.0 PENUTUP

6.1 Penggunaan Carta Akaun Asas Akruan (CAA) diperlukan bagi

menghasilkan pelaporan kewangan dan perakaunan yang tepat dan

seragam di peringkat Kementerian/ Jabatan dan Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab untuk mematuhi

penggunaan Carta Akaun Asas Akruan (CAA) dalam semua transaksi

kewangan.

6.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai garis panduan

ini, PTJ boleh merujuk kepada pihak berikut:

Setiausaha Bahagian Akaun

Bahagian Akaun

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

(u/p: Unit Perakaunan Aset dan Inventori)

e-Mel: [email protected]

Telefon: 03-8883 3252

Page 18: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

7 / 9

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ

1 Perlis 020101 Hospital Tuanku Fauziah

2 020401 Pejabat Kesihatan Daerah Kangar

3 Kedah 030101 Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

4 030401 Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani

5 030501 Hospital Kulim

6 030901 Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

7 031401 Pejabat Kesihatan Daerah Kulim

8 Pulau

Pinang

040101 Hospital Pulau Pinang

9 040401 Hospital Bukit Mertajam

10 040801 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara

11 040901 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah

12 041101 Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut

13 041501 Hospital Seberang Jaya

14 Perak 050101 Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh

15 050401 Hospital Teluk Intan

16 050801 Hospital Seri Manjung

17 051001 Hospital Taiping

18 051701 Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

19 052101 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Dan Selama

20 052201 Pejabat Kesihatan Daerah Kinta

21 053301 Hospital Slim River

22 Selangor 060101 Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang

23 060401 Hospital Kajang

24 060501 Hospital Banting

25 060801 Pejabat Kesihatan Daerah Gombak

26 060901 Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

27 061101 Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

28 061301 Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam

29 061401 Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor

30 061501 Pejabat Kesihatan Daerah Klang

Page 19: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

8 / 9

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ

31 Selangor 062401 Hospital Sungai Buloh

32 062601 Hospital Selayang

33 062701 Hospital Ampang

34 062801 Hospital Serdang

35 Negeri

Sembilan

070101 Hospital Tuanku Jaafar Seremban

36 070401 Hospital Tengku Ampuan Najihah Kuala Pilah

37 070501 Hospital Tampin

38 070601 Hospital Port Dickson

39 070801 Pejabat Kesihatan Daerah Seremban

40 Melaka 080101 Hospital Melaka

41 080501 Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

42 080701 Pejabat Kesihatan Daerah Jasin

43 Johor 090101 Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu

44 090401 Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar

45 090501 Hospital Batu Pahat

46 090601 Hospital Kluang

47 090701 Hospital Segamat

48 091201 Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru

49 091501 Pejabat Kesihatan Daerah Kluang

50 093101 Hospital Sultan Ismail Johor Bahru

51 Pahang 100101 Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan

52 100501 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

53 100701 Hospital Kuala Lipis

54 101101 Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

55 Terengganu 120101 Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

56 120601 Hospital Kemaman

57 120701 Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu

58 Kelantan 130101 Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu

59 130701 Hospital Tanah Merah

60 130801 Hospital Pasir Mas

61 131001 Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu

Page 20: account.moh.gov.myaccount.moh.gov.my/v4/upload/edaran2019/SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN... · Stor Utama bagi tujuan Pelaporan Inventori KKM adalah terdiri daripada Stor Farmasi dan

Rujukan Fail: KKM.100-1/8/34(11)

9 / 9

LAMPIRAN 1

Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) Inventori Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bil. Negeri Kod PTJ Nama PTJ

62 Sabah 140101 Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu

63 140301 Pejabat Timbalan Kesihatan Negeri Sabah: Farmasi /

Cawangan Farmasi Logistik Negeri (CFLN) Sabah

64 140401 Hospital Duchess of Kent Sandakan

65 140501 Hospital Tawau

66 141301 Hospital Keningau

67 141601 Hospital Lahad Datu

68 142001 Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu

69 142101 Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan

70 144001 Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah

71 144701 Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu

72 Sarawak 150101 Hospital Umum Sarawak

73 151501 Hospital Sibu

74 151601 Hospital Miri

75 152501 Hospital Bintulu

76 154001 Pejabat Farmasi Bahagian Sri Aman

77 154101 Pejabat Farmasi Bahagian Sibu

78 154201 Pejabat Farmasi Bahagian Miri

79 154601 Cawangan Farmasi Logistik Negeri (CFLN) Sarawak

80 W.P Kuala

Lumpur

240601 Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur

81 240701 Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lumpur

82 250101 Pusat Darah Negara (PDN)

83 270101 Hospital Putrajaya

84 W.P Labuan 280101 Hospital Labuan

Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa

Sumber Data: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM Kemaskini: Januari 2018