laporan stor

11
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : NORIZARINA BINTI MOHD KHALID PROGRAM : PISMP BAHASA INGGERIS (AMBILAN JANUARI 2011) NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA NAMA PROJEK : SAYANGI BILIK SUKAN SEKOLAH KITA TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2014 11 JULAI 2014 OBJEKTIF Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memenuhi objektif seperti:- 1) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan di bilik sukan sekolah. 2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan juga kebersihan sebagai salah satu sumbangan kepada sekolah. 3) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru. 4) Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan alatan di stor. 5) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga sekolah. 6) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.

Upload: nory-zarina

Post on 17-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

    NAMA PELAJAR : NORIZARINA BINTI MOHD KHALID

    PROGRAM : PISMP BAHASA INGGERIS

    (AMBILAN JANUARI 2011)

    NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA

    NAMA PROJEK : SAYANGI BILIK SUKAN SEKOLAH KITA

    TEMPOH PELAKSANAAN : 8 JULAI 2014 11 JULAI 2014

    OBJEKTIF

    Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk memenuhi objektif seperti:-

    1) Meningkatkan keceriaan dan keselesaan menggunakan alatan di bilik sukan sekolah.

    2) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam bidang keceriaan dan juga kebersihan sebagai

    salah satu sumbangan kepada sekolah.

    3) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme guru.

    4) Menambahkan maklumat-maklumat berkaitan penjagaan alatan dan cara penggunaan alatan

    di stor.

    5) Mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi siswa guru dengan warga sekolah.

    6) Menyusun atur alatan dengan cara yang betul dan sistematik.

  • STRATEGI PELAKSANAAN

    1. Pada 8 Julai 2014 saya, rakan guru pelatih dan salah seorang mentor pembimbing kami, Puan

    Fauziah dan Encik Jacob Paul telah membuat perbincangan tentang projek-projek yang boleh

    dijalankan sebagai projek berkumpulan untuk internship kali ini. Hasil keputusan

    perbincangan tersebut, kami telah bersetuju untuk menjadikan Projek Sayangi Bilik Sukan

    Sekolah Kita sebagai projek internship kami di sekolah ini. Projek ini sangat bertepatan

    dengan opsyen kami iaitu Pendidikan Jasmani.

    2. Pada 8 Julai 2014, kami telah berjumpa dengan mentor kami (Puan Fauziah dan Encik Jacob

    Paul) untuk membincangkan mengenai projek yang dirancang. Perbincangan ini meliputi

    perubahan-perubahan yang boleh dilakukan di dalam stor sukan tersebut.

    3. Pada 9 Julai 2014, kami telah masuk ke dalam stor sukan tersebut bagi meninjau keadaan stor

    tersebut. Hasil daripada tinjauan menunjukkan bahawa stor tersebut dalam keadaan yang

    berselerak. Ini adalah kerana kebanyakan guru-guru rumah sukan telah meletakkan barang-

    barang yang berkaitan rumah mereka di dalam stor tersebut.

    4. Selain itu, tinjauan yang dilakukan juga menunjukkan terdapat banyak alatan sukan yang

    telah rosak namun masih diletakkan di atas rak dan tidak dihapus kira.

    5. Pada 10 Julai 2013, kami telah masuk semula ke stor tersebut untuk melakukan kerja-kerja

    mengepam bola yang kurang angin dan mengasingkan alatan-alatan sukan yang rosak.

    6. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula supaya kertas

    cadangan tersebut dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar yang

    segera. Setelah kertas cadangan disemak oleh Encik Jacob Paul selaku mentor dan

    merangkap juga Ketua Panitia Pendidikan Jasmani SK Taming Jaya, kertas cadangan

    tersebut terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar iaitu Puan Romna binti Rosli.

    7. Pada 11 Julai 2014, kami telah membuat label bagi setiap alatan sukan bagi menggantikan

    label yang lama. Label ini bertujuan supaya memudahkan murid dan guru untuk mengambil

    alatan sukan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Label tersebut telah di laminate supaya tahan

    lebih lama.

    8. Pada 11 Julai 2014, kami telah melekatkan label-label alatan sukan pada setiap rak. Selepas

    itu, proses meletakkan semula alatan sukan mengikut label telah dilakukan. Kami juga telah

    mengasingkan alatan-alatan sukan yang rosak bagi tujuan hapus kira.

  • REFLEKSI PROJEK :

    1) KEKUATAN PROJEK

    Kekuatan yang pertama adalah projek ini dapat memberi keselesaan dan kemudahan

    kepada semua guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Ini adalah kerana sebelum ini,

    stor sukan ini berada dalam keadaan yang berselerak dan alatan tidak disusun mengikut label

    yang telah dibuat. Selain itu, banyak juga alatan yang telah rosak tetapi masih diletakkan di atas

    rak. Jadi semasa menjalankan projek ini, kesemua masalah tersebut telah diatasi dan kesemua

    alatan telah disusun dengan baik dan kemas. Keadaan ini dapat memudahkan guru Pendidikan

    Jasmani semasa ingin mengambil alatan untuk digunakan.

    Kekuatan yang kedua adalah berkaitan dengan rak alatan sukan. Rak di dalam bilik sukan

    tersebut tidak mempunyai label mengikut peralatan masing-masing. Dalam projek Sayangi

    Bilik Sukan Sekolah Kita yang telah dijalankan ini, kami telah membuat label baru bagi setiap

    peralatan di dalam bilik sukan terebut. Label-label ini akan memudahkan semua guru dan murid

    untuk mengambil dan menyimpan alatan disamping alatan tersebut dapat diletakkan di tempat

    yang betul. Secara tidak langsung, hal ini juga dapat memastikan kebersihan dan kekemasan

    dalam bilik sukan berada dalam keadaan baik.

    Kekuatan yang ketiga adalah projek ini dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam

    stor sukan. Suasana kondusif dapat diwujudkan di dalam stor ini setelah kesemua peralatan telah

    disusun dengan kemas. Apabila suasana stor sukan menjadi kondusif maka pengaliran udara

    akan menjadi lebih lancar. Jadi keadaan ini akan membuatkan semua warga sekolah berasa

    selesa untuk masuk ke dalam stor sukan. Selain itu juga, kekuatan yang terakhir semasa kami

    melaksanakan projek ini adalah kami telah mengeratkan silaturahim antara warga dan staf

    sekolah. Kami banyak berinteraksi dan berkomunikasi dengan warga seperti mentor kami sendiri

    untuk meminta pandangan mengenai pelaksanaan projek yang kami lakukan ini.

    2) KELEMAHAN PROJEK

    Kelemahan pertama projek kami ini adalah berkaitan dengan bilangan mesin untuk mengepam

    bola. Semasa melaksanakan projek ini, kami telah mendapati bahawa banyak peralatan (bola)

  • telah rosak berada di atas rak peralatan. Kami telah mengasing bola yang boleh digunakan dan

    tidak boleh digunakan. Semasa kami menggunakan mesin untuk mengepam bola, saya

    mendapati mesin tersebut mengambil masa yang lama untuk mengepam kesemua bola yang

    sudah kempis di dalam bilik sukan tersebut. Hanya terdapat satu mesin pam sahaja dibekalkan

    dalam bilik ukan tersebut. Oleh sebab itu, secara tidak langsung masalah yang dihadapi oleh

    kami ini menyukarkan pelaksanaan projek kami ini.

    Kelemahan yang kedua pula adalah berkaitan dengan ruang. Semasa mengemas bilik

    sukan tersebut, terdapat banyak peralatan yang tidak boleh digunakan telah dikenalpasti. Kami

    tidak mempunyai ruang untuk meletakkan kesemua peralatan tersebut pada ruang yang sesuai.

    Kami hanya boleh meletakkan peralatan tersebut pada sudut belakang dalam bilik sukan tersebut.

    Masalah ini mungkin boleh memberi risiko kepada guru dan juga murid. Jika peralatan yang

    rosak ini digunakan semasa P&P, iannya boleh memberi kesan dan juga risiko yang buruk.

    Kelemahan yang ketiga adalah berkaitan dengan kekurangan tenaga kerja untuk melakukan tugas

    mengangkat alatan yang berat. Tugasan untuk mengemas bilik sukan sekolah dilakukan semasa

    bulan ramadhan. Rak alatan dan barang-barang yang berat sukar dialihkan kerana tenaga kerja

    yang ada tidak mencukupi iaitu hanya melibatkan tiga orang guru pelatih sahaja. Jadi masalah ini

    telah melambatkan perancangan projek.

    3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan terhadap projek yang telah kami laksanakan ini.

    cadangan penambahbaikkan ini adalah untuk tujuan pada masa hadapan. Cadangan yang pertama

    kami adalah untuk meminta sekolah menyediakan satu bilik khas untuk guru sukan (PJ)

    mengasingkan peralatan yang tidak boleh digunakan untuk proses P&P dan juga aktiviti

    kokurikulum. Langkah ini juga secara tidak langsung akan memastikan kekemasan dan

    keselamatan bilik sukan dapat dikawal dan dipantau secara berterusan. Selain itu juga,

    penggunaan ruang yang baik dalam bilik sukan juga akan memudahkan pergerakkan semua

    orang semasa menggunakan bilik sukan tersebut. Selain itu bagi mengekalkan dan mewujudkan

    suasana kondusif dalam bilik sukan tersebut, bilangan peralatan seperti kipas angin juga boleh

    diperbanyakkan. Ini disebabkan oleh kerana bilangan kipas tidak mencukupi di dalam bilik

    sukan tersebut. Hanya satu kipas angin sahaja dibekalkan dalam bilik sukan tersebut.

  • KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya menyiapkan projek kemas kini bilik

    sukan ini walaupun menghadapi beberapa masalah. Namun atas semangat iltizam yang tinggi,

    projek ini telah berjaya disiapkan. Melalui projek ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk

    guru dan murid berasa selesa semasa menggunakan bilik sukan ini. Akhir sekali, saya berharap

    semua guru dan warga sekolah berpuas hati dengan hasil kerja saya dan rakan guru pelatih yang

    lain.

  • LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SEBELUM)

    Susunan peralatan sukan sebelum projek mengemas bilik sukan dijalankan

    Keadaan peralatan yang berselerak dalam bilik sukan

  • LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SEMASA)

    Peralatan tidak disusun di atas rak yang disediakan

    Keadaan dan susunan tilam lompat dan kon di dalam bilik sukan SKTJ

  • LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SEMASA)

    Guru pelatih sedang memeriksa keadaan peralatan dalam bilik sukan

    Guru pelatih sedang membuat tagging pada peralatan yang tertentu

  • LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SELEPAS)

    Guru pelatih sedang mengemas peralatan yang berselerak

    Peralatan sukan yang perlu dikemaskini oleh guru pelatih

  • LAMPIRAN PROJEK MENGEMAS BILIK SUKAN (SELEPAS)

    Keadaan stor sukan selepas guru pelatih mengemas (projek)

    Susunan peralatan (gelung) selepas guru pelatih mengemas bilik sukan

  • Peralatan dalam stor sukan disusun mengikut ruang masing-masing

    Keadaan rak dalam bilik sukan selepas guru pelatih membuat label (tagging)