e4161_sistemkomputer_unit8.doc

32
KONSEP ASAS PANGKALAN DATA E4161/UNIT8/1 OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami konsep asas pangkalan data. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :- Mendefinisikan dan menerangkan Sistem Pangkalan Data Membandingkan kelebihan sistem pangkalan data dan sistem fail Melukis rajah, mengenalpasti dan menerangkan ketiga-tiga skima senibina Sistem Pangkalan Data : Skima Dalaman, Skima Konseptual dan Skima Luaran Menyenarai, mendefinisi dan menerangkan bahasa pangkalan data o Bahasa Definisi Data(DDL) o Bahasa Manipulasi Data (DML) – paras tinggi dan paras rendah. RNS/PSP/2001 UNIT 8

Upload: awe-sky

Post on 10-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIT 1

KONSEP ASAS PANGKALAN DATA

E4161/UNIT8/29

OBJEKTIFOBJEKTIF AM :

Mempelajari dan memahami konsep asas pangkalan data.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

Mendefinisikan dan menerangkan Sistem Pangkalan Data

Membandingkan kelebihan sistem pangkalan data dan sistem fail

Melukis rajah, mengenalpasti dan menerangkan ketiga-tiga skima senibina Sistem Pangkalan Data : Skima Dalaman, Skima Konseptual dan Skima Luaran

Menyenarai, mendefinisi dan menerangkan bahasa pangkalan data

Bahasa Definisi Data(DDL)

Bahasa Manipulasi Data (DML) paras tinggi dan paras rendah.

Mendefinisi, menerang dan menyenarai klasifikasi Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

Mendefinisi dan menerangkan skima dan kejadian pangkalan data

8.1 KONSEP UMUM SISTEM PANGKALAN DATA

Pangkalan data digunakan dengan begitu meluas pada masa kini dimana ianya boleh didapati di kebanyakan organisasi samada kecil atau besar. Idea untuk membina sistem ini timbul apabila organisasi perlu menyimpan data tentang aktiviti harian mereka dan interaksi dengan persekitaran baru. Antara beberapa contoh penggunaan sistem pangkalan data ialah pasaraya, perpustakaan, universiti, agensi pelancongan, penempahan tiket penerbangan, tempahan untuk menyewa kereta dan industri perkilangan seperti contoh dirajah 8.1.

Rajah 8.1. : Konsep Pangkalan Data untuk persekitaran kilang pembuatan

8.1.1Pasaraya

Semasa penggunaan membeli barang-barang di pasaraya, pengimbas digunakan untuk membaca kod universal produk. Dengan menggunakan kod yang diimbas, sistem tersebut akan mengenalpasti produk yang dibeli dan mencetak nama serta harga produk pada resit. Selain daripada itu sistem tersebut juga mungkin ada sistem kawa!an inventori untuk setiap produk dimana rekod inventori produk dapat dikemaskinikan bagi menunjukkan jumlah jualan atau bekalan stok yang masih ada. Sistem dihubungkan melalui pangkalan data produk.

8.1.2Perpustakaan

Sekiranya anda ke perpustakaan (biasanya perpustakaan besar) untuk mendapatkan buku, jurnal, prosiding, makalah, atau artikel akhbar, anda mungkin akan menggunakan sistem katalog berkomputer. Antara proses pencarian yang dilakukan ialah melalui kata kunci seperti tajuk, pengarang, subjek, tahun diterbitkan dan penerbit. Sistem katalog ini merupakan satu sistem pangkalan data yang menyimpan semua maklumat tersebut.

8.1.3Universiti

Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) juga turut menggunakan sistem pangkalan data dimana semua maklumat mengenai kakitangan, pelajar dan kursus disimpan dalam sistem ini. Antara maklumat mengenai kakitangan ialah nama, alamat, nombor pekerja, jawatan, kursus yang diajar, gaji dan cukai. Manakala data mengenai pelajar pula terdiri daripada nombor matrik, nama, alamat, jabatan, pendaftaran kursus setiap semester dan gred.

8.1.4Agensi pelancongan

Sekiranya ingin merancang sesuatu percutian tentunya anda akan berurusan dengan agensi pelancongan. Agensi ini akan menghubungi beberapa sistem pangkalan data yang berkaitan. Salah satu daripadanya ialah sistem tempahan tiket penerbangan yang menyimpan data seperti kadar bayaran dan jadual penerbangan. Selain daripada itu agensi ini juga boleh membuat tempahan sewa kereta dan hotel.

8.2Definisi Sistem Pangkalan Data

Sebelum membincangkan Sistem Pangkalan Data dengan lebih mendalam, Kita perlu tahu membezakan antara data dan maklumat.

Data ialah fakta mengenai sesuatu benda, orang, entity, kejadian dan seumpamanya yang boleh direkodkan.

Maklumat pula ialah data yang telah diproses dan disusun atur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.

Pangkalan data dapat didefinisikan sebagai sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain. lanya bertujuan untuk mengurangkan bilangan data lewah.

Data lewah berlaku apabila data yang sama muncul dalam beberapa fail yang berbeza. Data lewah akan mengakibatkan kesamaran di mana mungkin terdapat data yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan.

Sistem Pangkalan Data ialah sistem penyimpanan rekod berkomputer iaitu satu sistem yang boleh mengemas kini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta. Sistem Pangkalan Data dibina oleh pangkalan data dan perisian yang mengendalikan pangkalan data tersebut.

Secara umumnya, sistem pangkalan data terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Sistem pangkalan data terpusat

Sistem pangkalan data terpusat bermaksud terdapat hanya satu pangkalan data sahaja dimana semua data disimpan pada satu tempat. DBMS diletakkan dalam satu komputer perumah yang memuatkan pangkalan data. Contoh penggunaan sistem pangkalan data terpusat ialah di pasaraya, perpustakaan, tempahan tiket kapal terbang dan lain-lain. Rajah 8.2a menunjukkan contoh sistem pangkalan data terpusat di perpustakaan.

Rajah 8.2a : Sistem Pangkalan Data Terpusat di Perpustakaan

ii. Sistem pangkalan data teragih

Sebuah pangkalan data logikal yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi yang berlainan tetapi bekerja secara terpadu. Contoh penggunaan sistem pangkalan data teragih ialah syarikat insurans multinasional. Rajah 8.2b sistem pangkalan data teragih.

Rajah 8.2b : Sistem Pangkalan Data Teragih

Ciri Pangkalan Data

i) Pangkalan data ialah sekumpulan data yang logikal dimana data adalah berkaitan antara satu sama lain.

ii) Pangkalan Data direkabentuk, dicipta dan dilengkapkan dengan data bagi memenuhi kegunaan pengguna tertentu.

iii) Pangkalan data adalah mengambarkan maklumat didalam dunia sebenar yang boleh juga dinamakan sebagai miniworld.

Saiz Pangkalan Data

i) Pangkalan Data boleh dibina dalam bentuk yang ringkas seperti senarai nama dan alamat.

ii) Pangkalan Data boleh juga dibina dalam bentuk yang kompleks seperti pangkalan data cukai pendapatan dan jabatan imegresen.

Komponen Pangkalan Data

Sistem pangkalan data terdiri daripada 5 komponen penting iaitu perkakasan, perisian, data, tatacara dan pengguna. Rajah 8.2c menunjukkan persekitaran sistem pangkalan data.

Rajah 8.2c : Persekitaran Sistem Pangkalan Data

a)Data

Perkataan data merangkumi fakta yang disimpan di dalam pangkalan data. Ini kerana data adalah fakta mentah daripada maklumat di mana ia dihasilkan dan penentuan di mana data di masukkan ke pangkalan data dan bagaimana dihasilkan data untuk mengendalikan dalam menghubungkan maklumat pekerjaan pereka pangkalan data.

b)Perkakasan

Ditakrifkan kepada semua alatan elektronik yang dipasang pada papan litar tercetak dan membentuk kad. Ia boleh dilihat secara fizikal. Sistem pangkalan data selalunya boleh di kenali pada perkakasan seperti sebuah komputer mikro, komputer kerangka utama dan ada pula yang memerlukan rangkaian luas dalam persekitaran pelayan-pelayan.

Kemajuan teknologi komputer memberikan kesan terus kepada kemampuan suatu sistem pangkalan data. Umumnya sistem pangkalan data memerlukan ruang memori dan storan yang besar untuk menampung jumlah yang banyak. Ia juga memerlukan komputer dengan kuasa pemprosesan yang tinggi bagi mengendalikan urus niaga serentak dalam masa yang singkat.

c) Perisian

Komponen perisian terdiri daripada :

i. DBMS iaitu perisian pengurusan pangkalan data.

DBMS merupakan sistem perisian yang menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna dan aturcara penggunaan berkaitan dengan pengurusan pangkalan data.

ii.Perisian penggunaan

Perisian penggunaan merupakan atur cara yang ditulis oleh pengatur cara penggunaan bagi menyelesaikan satu-satu masalah. Biasanya ia ditulis dalam bahasa peringkat tinggi seperti C atau COBOL, SQL, Oracle Corporations Oracle dan IBMs DB2.

iii.Perisian sistem kendalian

Perisian sistem kendalian adalah penting bagi menyokong DBMS dan membekalkan antara muka pengguna yang serasi. Kejayaan sistem pangkalan data bergantung kepada komunikasi yang licin di antara DBMS dan sistem kendalian. Jika sistem pangkalan data dalam persekitaran rangkaian digunakan, perisian rangkaian juga menjadi sebahagian daripada komponen sistem pangkalan data bagi menyokong pemindahan data dan komunikasi dalam rangkaian.

Contoh perisian sistem kendalian ialah disk operating system (DOS), OS/2 dan Windows 2000, diguna pakai oleh mikrokomputer; UNIX dan VMS diguna pakai oleh minikomputer; dan MVS diguna pakai oleh komputer kerangka utama IBM .

d) Tatacara

Adalah suatu arahan dan peraturan yang ditadbirkan dalam mereka dan menggunakan sistem. Tatacara amat penting dalam sesebuah syarikat kerana ia boleh menguatkuasakan piawaian di mana menghubungkan perniagaan diantara pelanggan dan organasasi. Tatacara juga digunakan dalam meneliti sesebuah organasasi dan mengaudit data melalui pangkalan data dan maklumat dijanakan kepada pengguna melalui data.

e) Pengguna

Pengguna boleh dibahagikan kepada pengguna akhir biasa, pengguna akhir atasan pengaturcara, juruanalisis sistem dan pentadbir pangkalan data.

i)Pengguna akhir biasa

Tidak mengetahui mengenai pelaksanaan sesuatu sistem, pengguna berinteraksi berdasarkan pertanyaan oleh sistem.

Contoh: Pengguna mesin ATM

ii) Pengguna akhir atasan

Pengguna akhir atasan akan memberikan pertanyaan secara langsung memggunakan bahasa pertanyaan. Mereka menggunakan data untuk membantu membuat keputusan.

iii) Pengaturcara dan juru analisis sistemMerekabentuk pangkalan data secara logikal dan fizikal. Menulis aturcara aplikasi untuk pengguna akhir dengan menggunakan bahasa DBMS atau aturcara COBOL atau C++.

iv)Pentadbir

Bertanggungjawab di atas perancangan, rekabentuk, ciptaan, penyenggaraan dan kawalan pangkalan data untuk memenuhi kehendak pengguna.

Contoh 8.1

_________________________________________________________

Berikan 3 (TIGA) contoh penggunaan Pangkalan Data

Penyelesaian

1. Pasaraya

2. Perpustakaan

3. UniversitiContoh 8-2

_________________________________________________________

Berikan takrifan bagi Pangkalan Data .

Penyelesaian :

Pangkalan data ditakrifkan sebagai sekumpulan data atau maklumat yang mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain.

AKTIVITI 8a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA..!

SILA SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

8.1 Senaraikan 4 (EMPAT) contoh penggunaan Pangkalan Data berserta

dengan keterangan.

8.2 Berikan definisi Pangkalan Data dan Sistem Pangkalan Data.

8.3 Terdapat 5 komponen penting dalam Sistem Pangkalan Data, nyatakan komponen tersebut berserta dengan huraiannya.

MAKLUMBALAS 8a8.1 Sila Rujuk nota

8.2a)Definisi bagi Pangkalan data ialah sekumpulan data atau

maklumat yang mempunyai hubungan secara logik diantara satu sama lain.

b) Definisi bagi Sistem Pangkalan Data ialah sistem penyimpanan

rekod berkomputer iaitu satu sistem yang boleh mengemaskini maklumat dan memberi maklumat tertentu apabila diminta.

8.35 komponen penting dalam Pangkalan Data ialah

a)Data

Data ialah maklumat yang terkandung dalam pangkalan data. Contoh data ialah nama pengguna yang mempunyai kebenaran untuk mencapai system

b)Perkakasan

Media storan yang digunakan bergantung kepada saiz pangkalan data yang dicipta. Terdapat beberapa jenis storan seperti cakera liut, cakera keras dan cakera padat

c)Perisian

Semua perisian yang digunakan untuk mengurus pangkalan data dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

d) Tatacara

Peraturan dan arahan yang dikenakan terhadap rekabentuk, atur cara dan penggunaan pangkalan data dan DBMS

e)Pengguna

Pengguna boleh dibahagikan kepada pengguna akhir biasa, pengguna akhir atasan pengaturcara, juruanalisis sistem dan pentadbir pangkalan data.

8.3Perbandingan Antara Sistem Pangkalan Data Dengan Sistem Fail

Sebelum membincangkan perbandingan antara sistem pangkalan data dengan sistem fail, eloklah kita lihat konsep fail biasa terlebih dahulu.Data disimpan dalam fail yang berasingan. Contohnya disket. Setiap aplikasi memproses data mempunyai input dan output tersendiri. Rajah 8.3 menunjukkan konsep fail biasa intuk persekitaran kilan pembuatan.

Rajah 8.3 : Konsep fail biasa untuk persekitaran kilang pembuatan.

Sistem Pangkalan Data

i)Data dapat dikongsi oleh beberapa pengguna serentak.

ii)Dalam DBMS. terdapat perisian yang mengawal keserentakan untuk membolehkan proses kemaskini data oleh ramai pengguna

i) Dengan sistem pangkalan data, DBMS dapat mengawal keselamatan data dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah.

ii) Melalui sistem ini, data dapat disepadukan dan, memberi kawalan berpusat keatas piawaian.

iii) Selain itu, DBMS memudahkan kemasukan data yang baru dan penyuntingan.

Sistem Fail

i)Data hanya dapat di gunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masaii)Fail yang dikemaskini mungkin mengandungi data yang bertentangan dengan data yang sebenar disebabkan pengemaskinian tidak dilakukan oleh pengguna akhir

iii)Data tidak dapat dikawal oleh pengguna yang tidak sah kerana tiada kawalan keselamatan yang dilakukan.

iv) Membazirkan ruang sekiranya terdapat data yang berulang.

Kebaikan dan Keburukan Pangkalan Data

Kebaikan

Mengurangkan data lewah

Mengurangkan ralat pengemaskinian

Meningkatkan capaian data kepada pengguna

Meningkatkan keselamatan data

Mengurangkan kos kemasukan data, kos storan dan kos dapat semula

Mengalakkan perkembangan aturcara penggunaan yang baru.

KeburukanSistem pangkalan data adalah rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk

Kos permulaan perkakasan dan perisian yang banyak

Kerosakan kepada pangkalan data boleh melibatkan semua aturcara

Kos penukaran yang tinggi daripada sistem berasaskan fail kepada sistem pangkalan data

Latihan awal diperlukan untuk semua pengaturcara dan pengguna

8.4 Senibina Sistem Pangkalan Data

Dicadangkan oleh Standard Planning and Requirements Committee of the American Standards Institute Committee on Computers and Information Processing ( ANSJISPARK ) rajah 8.11

Rajah 8.11: Senibina ANSI/SPARK

Tujuan senibina Pangkalan Data ini bertujuan untuk mengasingkan aplikasi pengguna dan pangkalan data fizikal. Senibina pangkalan data terdiri daripada 3 paras iaitu:

i) Paras luaran

ii) Paras konseptual

iii) Paras dalaman

Paras luaran

Paras luaran ialah paras pengguna individu dan ia adalah yang terdekat dengan pengguna. Ianya terdiri daripada beberapa pandangan pengguna yang berbeza. Setiap pandangan pengguna dimodelkan kepada satu subskima. Cantuman dari semua subskima membentuk satu skima luaran.

Paras kontseptual

Menerangkan struktur keseluruhan data merangkumi aktiviti-aktiviti seperti analisis keperluan pengguna dan mengenalpasti objek-ohjek bagi memenuhi keperluan tersebut. Paras ini menyokong skema luaran.

Paras dalaman

Berkaitan dengan struktur data. Merupakan paras terendah dalam senibina ini. Menghuraikan mengenai struktur storan, susunan data, indeks, penghubung dan ukuran untuk meningkatkan prestasi pangkalan data.

Ketiga tiga skima hanya menerangkan data sahaja, data yang sebenar berada di paras fizikal. Dalam DBMS, setiap kumpulan pengguna hanya merujuk kepada skima luaran masing-masing. Dengan itu, DBMS mesti menukar bentuk permintaan di skima luaran kepada permintaan di skima konseptual, dan akhirnya kepada permintaan di skima dalaman untuk memproses pangkalan data dalam storan.

Sekiranya pengguna hendak mencapai data dari pangkalan data, data yang dikeluarkan dari pangkalan data storan itu mesti diformat semula supaya berpadanan dengan paparan luaran bagi pengguna , sebelum ia dipaparkan kepada pengguna. Proses menukar bentuk permintaan diantara paras ini dinamakan pemetaan ( mapping)

AKTIVITI 8bUJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA..!

SILA SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

8.4Berikan 3 (TIGA) perbandingan antara sistem Pangkalan Data dan Sistem Fail biasa.

8.5 Nyatakan 4 keburukan Pangkalan Data.

8.6Dalam senibina sistem pangkalan data, skima didefinisikan kepada 3 paras iaitu paras dalaman, paras konseptual dan paras luaran. Terangkan ketiga-tiga paras tersebut.

MAKLUMBALAS 8b8.43 perbandingan antara Sistem Pangkalan Data dan Sistem Fail biasa.

i) Dengan sistem pangkalan data, DBMS dapat mengawal keselamatan data dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah. Manakala dalam sistem fail, data tidak dapat dikawal oleh pengguna yang tidak sah kerana tiada kawalan keselamatan.

ii) Data dalam sistem pangkalan data dapat dikongsi oleh beberapa pengguna serentak tetapi data hanya dapat di gunakan oleh seorang pengguna sahaja pada waktu yang sama dalam sistem fail.

iii) Dalam DBMS. terdapat perisian yang mengawal keserentakan untuk membolehkan proses kemaskini data oleh ramai pengguna. Manakala dalam sistem fail, fail yang dikemaskini mungkin mengandungi data yang bertentangan dengan data yang sebenar disebabkan pengemaskinian tidak dilakukan oleh pengguna akhir.

8.5 4 keburukan Pangkalan Data ialah:

i) Sistem pangkalan data adalah rumit, susah dan mengambil masa yang lama untuk direkabentuk

ii) Kos permulaan perkakasan dan perisian yang banyak

iii) Kerosakan kepada pangkalan data boleh melibatkan semua aturcara

iv) Kos penukaran yang tinggi daripada sistem berasaskan fail kepada sistem pangkalan data

8.6a)Paras luaran ialah paras pengguna individu dan ia adalah yang terdekat dengan pengguna.

b)Paras kontseptual menerangkan struktur keseluruhan data merangkumi aktiviti-aktiviti seperti analisis keperluan pengguna dan mengenalpasti objek-ohjek bagi memenuhi keperluan tersebut. Paras ini menyokong skema luaran.

c) Paras dalaman merupakan paras terendah dalam senibina system pangkalan data dan menghuraikan mengenai struktur storan, susunan data, indeks, penghubung dan ukuran untuk meningkatkan prestasi pangkalan data.

8.5Bahasa Pangkalan Data

Sistem Pengurusan pangkalan data menyediakan beberapa bahasa pangkalan data untuk pengguna:-

i) Bahasa Definisi Data (DDL)

ii) Bahasa Manipulasi Data (DML)

iii) Bahasa Pertanyaan

iv) Bahasa Hos

Bahasa Definisi Data ( DDL)

Bertujuan membina struktur pangkalan data iaitu skema luaran, skema konseptual dan skema dalaman. Ia menukar data yang dijana secara aplikasi dan paras konseptual (pandangan pengatur cara) kepada paras fizikal (storan data).

Bahasa Manipulasi Data (DML)

Membolehkan proses manipulasi keatas data seperti rnencapai/ memasukkan/ menghapuskan/ modifikasi data. Terdapat 2 jenis bahasa:

i.DML paras tinggi

Pernyataan bahasa ini dimasukan kedalam bahasa aturcara atau boleh berinteraksi terus dari terminal.

ii.DML paras rendah

Pernyataan bahasa ini mesti dimasukkan kedalam bahasa aturcara

Bahasa Pertanyaan

Bahasa ini subset (ahli) kepada DML yang khas untuk capaian data sahaja. Ianya dikelaskan sebagai bahasa tidak bertatacara. Contohnya:- Pengguna memberitahu data/tugas yang diperlukan tanpa menentukan bagaimana ia perlu disempurnakan.

Bahasa hos

Bahasa ini membolehkan aturcara aturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara paras tinggi seperti COBOL, FORTRAN dan C bagi mengolah dan mencapai data.

8.6Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) merupakan sekumpulan aturcara atau satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mencipta dan menyelenggarakan pangkalan data seperti mendefinisi, membina, dan memanipulasikan data dalam satu pangkalan data.

Mendefinisi pangkalan data ialah menentukan dan menerangkan jenis data yang hendak disimpan di dalam pangkalan data.

Membina pangkalan data ialah proses penyimpanan data ke atas media storan yang dikawal oleh DBMS.

Memanipulasi pangkalan data terdiri dari fungsi-fungsi seperti menyoal pangkalan data mengenai data tertentu, kemaskini pangkalan data mengenai data tertentu, kemaskini pangkalan data dan menghasilkan laporan (report) dari data tersebut.

Perisian merupakan komponen yang penting dalam sistem pangkalan data. Antara pakej yang terdapat di pasaran ialah:

i)SQL Server, IMS, Oracle, Ingres untuk kerangka utama dan minikomputer

ii) DBASE IV, SQL, Access, R- Base dan Paradox untuk Mikrokomputer

Data yang membina pangkalan data disimpan secara fizikal didalam media storan komputer. Perisian DBMS digunakan untuk mencapai, mengemaskini dan memproses data tersebut. rujuk Rajah 8.6

Rajah 8.6 : Capaian Data

Media storan komputer terbahagi kepada dua kategori

i) Storan Utama (Storan Primer)

Terdiri daripada media storan yang dioperasikan terus oleh CPU (Unit Pemprosesan Pusat) seperti memori utama komputer dan memori kecil. Storan utama cepat mencapai data tetapi dengan ruangan storan yang terhad.

ii) Storan Kedua ( Storan Sekunder)

Terdiri dari peranti storan seperti cakera magnet. Storan ini lambat mencapai data dan tidak boleh diproses terus oleh CPU. Data perlu disalin dahu1u ke dalam storan utama untuk diproses.

Terdapat 2 operasi keatas fail iaitu:

i) Mencapai data

Data dalam fail tidak berubah. Operasi ini hanya mencari rekod dan nilai medan untuk disemak dan diproseskan.

ii) Mengemaskini data

Operasi ini menukarkan kandungan dalam fail melalui kaedah menyelitkan data baru, menghapuskan rekod dan mengolah nilai medan

8.7Skima dan Kejadian

Skima pangkalan data merupakan penerangan satu pangkalan data yang ditetapkan semasa merekabentuk pangkalan data. Rajah 8.12 menunjukkan contoh rajah skima pangkalan data. Maklumat atau data yang terkandung di dalam pangkalan data tersebut pada satu waktu tertentu dipanggil kejadian.

PELAJAR

NAMANO_PENDKELASUNIT

KURSUS

NAMAKURSUSKODKURSUSJAMKREDITBAHAGIAN

MATAPELAJARAN

NAMA M/PELKOD M/PELTAHUNSEMESTERPENSYARAH

GRED

NO_PENDKOD M/PELGRED

Rajah 8.7: Contoh rajah skima pangkalan data

Pengenalan keatas skima dan kejadian pangkalan data penting kerana jika satu pangkalan data baru hendak didefinisikan, kita hanya spesifikasikan ke dalam DBMS skima. Pada saat ini, kejadian pangkalan data adalah sifar (tiada data). kejadian pertama pangkalan data ialah semasa data pertama dimasukkan. Kejadian pangkalan data akana bertambah setiap kali operasi kemaskini dijalankan. DBMS akan menentukan yang setiap kejadian pangkalan data bersesuaian dengan struktur dan batasan yang ditetapkan dalam skima. DBMS menyimpan skima di dalam katalog DBMS untuk rujukan perisian DBMS bila diperlukan.

AKTIVITI 8cUJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA..!

SILA SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS DIHALAMAN BERIKUTNYA.

8.7 Huraikan 4 (EMPAT) jenis bahasa pangkalan data

8.8 Media storan komputer terbahagi kepada dua kategori iaitu storan utama dan storan kedua. Terangkan kedua-dua storan tersebut.

MAKLUMBALAS 8d8.7 Empat jenis bahasa pangkalan data ialah Bahasa Definisi Data, Bahasa Manipulasi Data, Bahasa Pertanyaan dan Bahasa Hos.

i) Bahasa Definisi Data digunakan untuk membina struktur pangkalan data iaitu skema luaran, skema konseptual dan skema dalaman. Ia menukar data yang dijana secara aplikasi dan paras konseptual (pandangan pengatur cara) kepada paras fizikal (storan data).ii) Bahasa Manipulasi Data membolehkan proses manipulasi keatas data seperti mencapai/ memasukkan/ menghapuskan/ modifikasi data. Terdapat 2 jenis bahasa manipulasi data iaitu bahasa manipulasi data paras tinggi dan Bahasa Manipulasi Data paras rendah.iii) Bahasa Pertanyaan ialah subset atau ahli kepada DML yang khas untuk capaian data sahaja dan ianya dikelaskan sebagai bahasa tidak bertatacara. iv) Bahasa hos membolehkan aturcara aturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara paras tinggi seperti COBOL, FORTRAN dan C mengolah dan mencapai data.

8.8Storan Utama terdiri daripada media storan yang dioperasikan terus oleh CPU (Unit Pemprosesan Pusat) seperti memori utama komputer dan memori kecil. Storan utama cepat mencapai data tetapi dengan ruangan storan yang terhad.

Storan Kedua terdiri dari peranti storan seperti cakera magnet. Storan ini lambat mencapai data dan tidak boleh diproses terus oleh CPU. Data perlu disalin dahu1u ke dalam storan utama untuk diproses.

PENILAIAN KENDIRIAnda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Semoga anda maju jaya.

SOALAN 8-1 (5/98)

a.Berikan definisi sistem pangkalan data dan terangkan 3 (TIGA) skima senibina sistem pangkalan data.

b.Nyatakan dan terangkan bahasa pangkalan data yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Pangkalan Data.

c.Terangkan kelebihan menyimpan maklumat dalam sistem pangkalan data.

SOALAN 8-2

a. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pengurusan Pangkalan Data

b. Dalam kaedah pemprosesan fail, terdapat 2 operasi keatas fail. Terangkan kedua-dua operasi tersebut.

c. Apakah yang dimaksudkan dengan skima dan kejadian

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Adakah anda telah mencuba dahulu?

Jika SUDAH , sila semak jawapan anda

Soalan 8-1

a. Sila rujuk nota anda

b.Empat jenis bahasa pangkalan data ialah Bahasa Definisi Data, Bahasa Manipulasi Data, Bahasa Pertanyaan dan Bahasa Hos.

i)Bahasa Definisi Data digunakan untuk membina struktur pangkalan data iaitu skema luaran, skema konseptual dan skema dalaman. Ia menukar data yang dijana secara aplikasi dan paras konseptual (pandangan pengatur cara) kepada paras fizikal (storan data).ii)Bahasa Manipulasi Data membolehkan proses manipulasi keatas data seperti mencapai/ memasukkan/ menghapuskan/ modifikasi data. Terdapat 2 jenis bahasa manipulasi data iaitu bahasa manipulasi data paras tinggi dan Bahasa Manipulasi Data paras rendah.iii) Bahasa Pertanyaan ialah subset atau ahli kepada DML yang khas untuk capaian data sahaja dan ianya dikelaskan sebagai bahasa tidak bertatacara.

iv) Bahasa hos membolehkan aturcara atturcara yang ditulis dalam bahasa aturcara paras tinggi seperti COBOL, FORTRAN dan C mengolah dan mencapai data.c.

Kelebihan menyimpan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data

i) Mengurangkan data lewah

ii) Mengurangkan ralat pengemaskinian

iii) Meningkatkan capaian data kepada pengguna

iv) Mengurangkan kos kemasukan data, kos storan dan kos dapat semula

v) Mengalakkan perkembangan aturcara penggunaan yang baru.Soalan 8 2

a. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) merupakan sekumpulan aturcara atau satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mencipta dan menyelenggarakan pangkalan data seperti mendefinisi, membina, dan memanipulasikan data dalam satu pangkalan data.

b. Dua operasi ke atas fail ialah mencapai data dan mengemaskini data.

i) Mencapai data

Data dalam fail tidak berubah. Operasi ini hanya mencari rekod dan nilai medan untuk disemak dan diproseskan.

ii)Mengemaskini data

Operasi ini menukarkan kandungan dalam fail melalui kaedah menyelitkan data baru, menghapuskan rekod dan mengolah nilai medan.

c.Skima pangkalan data merupakan penerangan satu pangkalan data yang ditetapkan semasa merekabentuk pangkalan data.

Kejadian adalah maklumat atau data yang terkandung di dalam pangkalan data pada satu waktu tertentu.

Fail Stok

No Stok,Nama Stok, Kuantiti, Parasmin

Kos/unit

UNIT 8

SERONOKNYA BELAJAR ..MARI KITA TERUSKAN LAGI

input

input

input

Capai

Tulis

Guna

Reka

MARI KITA BEREHAT DENGAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN.

ALU

UNIT KAWALAN 7

BACA

PENIMBAL

PERMINTAAN DATA DBMS

ATURCARA PENGGUNA

STRORAN KERJA

PANGKALAN DATA

1

2

6

4

5

Paras dalaman

Kebebasan data fizikal

Kebebasan data logikal

Simpanan Pangkalan Data

Skema Fizikal

Skema Konseptual

Pemetaan

Pemetaan

Pandangan n

Pandangan 2

Pandangan 1

Pengguna akhir n

Pengguna akhir 2

Penggunan akhir 1

Paras

Fizikal

Paras

konseptual

Paras

Luaran

3

Suruhan untuk Mencapai Pengkalan Data

CPU

STORAN UTAMA

STORAN KEDUA

Aplikasi atur cara sistem kewangan

Aplikasi atur cara sistem jualan

Aplikasi aturcara

Sistem

Pengeluaran

DBMS

PANGKALAN DATA

No Stok/Noitem,

NamaStok/Nama Stok,Kuantiti, ParasMin, Kos/unit/Kos/item

Nama Pel/Nama Pelanggan, Alamat, NoInvois, Amaun, Kos Tempahan, Had Kredit, Bayaran

Aplikasi

Aturcara

Sistem

Pengeluaran

Fail Jualan

Nama Pel, Alamat, No.Invois, No.Item, Nama Stok, Amaun, Kos/Item

Aplikasi

Aturcara

Sistem

Jualan

Fail Akaun

Nama pelanggan, No Invois, Kos Tempahan, Bayaran, Had Kredit, Sistem Kewangan

Aplikasi

Aturcara

Sistem

Kewangan

Urus

Perkakasan

Pereka

P/D

Juruanalisa Sistem

Pengaturcara

Pengguna Akhir

Pentadbir

Sistem

Pentadbir

P/D

Tulis & Arah

Program Aplikasi

Tatacara & Piawai

RNS/PSP/2001